Selasa, 23 Oktober 2007

KEMAAFAN DI AIDILFITRI

MAAF DI AIDILFITRI.- KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH………..

Menjadi adat budaya kita, bila tiba Aidilfitri, barmaafan menjadi kemestian. Ketika itu tangan ayah dan ibu dicium penuh keinsafan, mengharap keampunan. Bagi teman teman inilah jua kesempatan mengucapkan kemaafan. Namun hanya beberapa hari sebelum diulang kesilapan yang serupa. Apakah benar ianya sebahagian dari tuntutan agama di aidilfitri?? Dalam hadith jelas digambarkan antara ucapan Rasulullah menjelang aidilfitri ialah doa “ Semoga Allah menerima dari kami dan kamu”

Bermaafan adalah jua tuntutan agama, namun bukan tuntutan bermusim. Sayangnya bagi masyarakat kita, hampir semua tuntutan agama dijadikan amalan berkala. Malah amalan sunnat berkala lebih diutamakan dari amalan wajib sepanjang masa. Contohnya, sunnat Aidilfitri dilaksanakan dengan penuh persediaan, bermula dari pakaian, menghafaz zikir dan doa malah semua yang berkaitan termasuk takbir raya, namun kesibukan di hari itu kekadang menyebabkan solat lima waktu diabaikan. Inikah agama kita???

Kemaafan adalah ucapan lisan, namun ia mestilah lahir dari hati yang penuh keinsafan dan penyesalan, bukan hiasan pada wajah yang diukir senyuman. Dosa sesame manusia adalah penghalang urusan nikmat di akhirat. Lantas syarat taubat bermula dengan memohon kemaafan dari manusia selain penyesalan, andai dosa itu dengan manusia.Malah sebahagian ulama mensyaratkan disebut dosa yang dilakukan.Namun bagi kita hari ini merasakan sudah cukup dengan MAAF ZAHIR BATIN ATAU 0-0.

MAAF bukan mudah diucapkan, malah kita boleh mengenal sifat ego dalam diri seseorang jika jarang sekali kita mendengar ucapan maaf darinya. Bagi mereka ucapan itu lambang kekalahan!! TIDAK!!! Itu sebenarnya lambang KEMENANGAN….. kemenangan dari syaitan yang dilaknat kerana KESOMBONGAN. Mengucapkan MAAF lambang sifat kesederhanaan, menyedari diri penuh kelemahan, takut pada balasan malah itulah lambang hati yang penuh keikhlasan. Dan ianya jalan ke syurga tuhan….

Pernah berlaku di zaman Rasulullah, baginda menunjukkan seorang pemuda bakal penghuni syurga selama tiga hari berturut turut. Abdullah bin Umar yang terlalu ingin mengetahui amalan pemuda tersebut telah menyiasat. Dan tiada amalan tambahan yang dilihat. Setelah ditanya dan di selidiki , pemuda itu menjelaskan bahawa setiap hari sebelum tidur, beliau mendoakan untuk semua orang Islam, mengampunkan dosa mereka kepadanya dan tidak pernah berhasad terhadap saudara seagamanya…..

Itulah nilai sebuah KEMAAFAN, Buat semua kenalan, kawan kawan, sahabat dan teman teman…. Diri yang penuh kelemahan ini memohon sejuta kemaafan… Tiada terukir dihati ini secebis dendam dan kemarahan yang berpanjangan….. andai ada kata kata yang menyinggung perasaan, perlakuan yang melangkau adat dan kesopanan, senyuman yang mungkin menyakitkan pandangan,renungan yang mungkin meresahkan malah segala yang tidak menyenangkan….pohon diampunkan… Andai kita diizinkan bertemu, pasti tangan ini akan dihulurkan… namun andai kematian mendahului segala perancangan….. doakanlah dengan penuh keikhlasan agar hamba hina ini bakal ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan dinaungi rahmat dari tuhan Arrahman!!!!!! Bak kata alunan merdu….. KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH…..

Isnin, 8 Oktober 2007

SYAWAL DAN KEMENANGAN

Hampir sebulan kita di medan pertempuran....bertempur dengan nafsu... Kini tiba bulan kemenangan...Syawal. Benarkah kita layak mendapat kemenangan.? Bagaimanakah kita menyambut kemenangan? dan apakah kesan dari kemenangan ini yang akan kita perolehi atau mampukah kita mempertahankan kemenangan. Berjuangkah kita jika sepanjang ramadhan langsung kita tidak merasai kesusahan sedangkan perjuangan mustahil dilalui tanpa kesusahan. Menangkah kita jika seluruh didikan yang kita lalui di bulan ramadhan hangus di bakar mercun dan bunga api... hanyut dengan hiburan di TV...... dan apakah kita berjaya mempertahankan kemenengan jika surau dan masjid kembali kesunyian bertemankan kipas dan lampu yang tak pernah keluar dari situ??
Berjuang untuk mencapai kemenangan bukan mudah... Namun lebih susah untuk kita mempertahankan kemenangan. Berdoalah agar kemenangan ini berkekalan untuk kita semua....

Rabu, 3 Oktober 2007

WASIAT ASSYAHID SYEIKH AHMAD YASIN

WASIAT ASSYAHID SYEIKH AHMAD YASIN UNTUK UMMAT ISLAM SELURUH DUNIA.-

-Renungkanlah wahai saudara. Moga ruh jihad menyala dalam tubuh kita-

Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab ( symbol ummat Islam) sudah sampai ke tahap mana keadaan ini??

Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) . Aku bukan seorang penceramah lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku (yang lemah ini). Aku tidak mampu ke mana mana bagi memenuhi keperluanku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa macam macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian sebegitu wahai bangsa arab, kalian diammembisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku kepada kami sehingga tiada satupun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…..Tiada satu kumpulan pun dari kalangan kalian bangun menentang musuh musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari kalangan mulia kepada golongan yang diinaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah kamu yang mahu bangkit menentang musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah Negara ummat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami. Adakah pertubuhan umat ini, tenteranya, partinya, tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya dan keluar beramai ramai sambil melaungkan;

Ya Allah, perkuatkanlah saudara kami yang sedang dipatahkan tulang mereka, kasihanilah saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambamu yang beriman.!!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang perang besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh kami dan bukan mati dengan melarikan diri.Akan mati bersama kami anak anak kami, wanita , orang tua dan pemuda kami. Kami jadikan kalangan merekakayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Jangan kalian menanti kami menyerah diri atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah.Biar kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhadak.Jika kalian mahu, marilah bersama kami. Tugas membela kami di bahu kalian. Kalian sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa yang lalai dari kewajipan amanahnya.

Kami juga berharap supaya kalian jangan menjadi usuh yang menambah derita kami.DEMI ALLAH jangan menjadi musuh kami wahai pemimpin ummat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah kami mengadu kepadaMu….kami mengadu padaMu….kami mengadu padaMu…. Lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan orang orang yang lemah..Engkaulah tuhan kami…kepada siapa engkau tinggalkan kami..Orang jauh yang menyerbu kami atau musuh yang menguasai kami. Ya Allah kami mengadu padaMu darah darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak kanak yang diyatimkan, wanita yang dijandakan, ibu yang kehilangan anak,rumah yang diruntuhkan… tanaman yang dirosakkan… Ya Allah, kami mengadu padaMu berseleraknya kesatuan kami, Berpecahnya kesatuan kami, berbagainya haluan kami akhir akhir ini. Kami mengadu padamu lemahnya kaum kami, tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh kami……..

Selasa, 2 Oktober 2007

RAMADHAN – BERMUSIMKAH IBADAH KITA??
Sebelum ramadhan tiba, jawatan kuasa masjid dan surau sibuk memikirkan bagaimana ingin menambah ruang solat mereka?? Awal ramadhan , tersenyum mereka melihat kehadiran yang tak terduga….. tetapi bak kata lirik lagu spring….ku sangkakan panas berpanjangan…. Rupanya gerimis… mengundang……. Belum masuk sepertiga ramadhan…. Keadaan mula seperti sediakala…. Mungkin tiangnya lebih banyak dari jamaah. Khemah yang sebelum ini di tempah sudah mula boleh di buka… sedangkan kata nabi.. rebutlah sepuluh terakhir ramadhan…..
Bermusimkah ibadah kita.. itulah persoalan yang bermain di fikiran saya… Solat fardhu tidak seramai solat jumaat. Solat jumaat tidak seramai solat sunnat idulfitri atau iduladha… Kalau penganut Kristian sememangnya beribadat hanya pada hari ahad walaupun asalnya kitab mereka menyuruh beribadat pada hari sabtu. Apakah kita juga seperti mereka…
Kewajipan puasa sesuatu yang sukar….. tetapi mampu kita lakukan berbanding solat fardhu…. Solat jamaah maghrib hanya tiga rakaat berbanding terawih mungkin sebelas atau dua puluh satu… bermusimkah ibadah kita atau sememangny kita mudah jemu………………
DAMAINYA JIWA PEJUANG….
Sajak terakhir Assyahid Sayyid Qutb yang ditulis beberapa waktu sebelum dilaksanakan hukuman gantung kepadanya. Renunglah betapa damainya jiwa pejuang kebenaran…sekalipun di saat akhir kehidupan yang telah pasti baginya kematian.
Dari seorang sasterawan menjadi pejuang dengan penanya yang tajam. Akhirnya ditangkap oleh rejim Jamal Abd Nasir dan dipenjara selama 15 tahun. Dibebaskan dan ditangkap semula berselang beberapa bulan. Dijatuhkan hukuman gantung pada akhir tahun 1964- Moga Allah mencucuri rahmat kepadanya.

Saudara
Andai kau tangisi kematianku
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman taman syurga bangga menerimaku
Burung berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara
Puaka kegelapa pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar…..

BICARA HATI

ANTARA PRINSIP DIRI DAN PERSAHABATAN

“Anta nak kritik berlapik sikit, anta kenal tak siapa sebelah anta tadi”. Kata –kata itu masih menganggu fikiran saya. Nada yang sama biasa saya terima tetapi bukan di bulan ramadhan. Kata kata itu datang dari seorang sahabat. Mungkin ianya tulus demi menjaga sahabat. Saya rasa terbelenggu antara nasihat seorang sahabat dan prinsip diri sendiri. Bagaimana boleh saya berbicara jika ianya terbit hanya dari sekeping lidah. Sedaya mungkin saya cuba melontar apa yang terbit dari lubuk hati, kerana saya meyakini sesuatu yang terbit dari hati akan singgah di hati. Proses penyampaian bukan hanya memindah maklumat tetapi bermatlamatkan merubah sikap. Saya bukan seorang artis yang datang untuk menghiburkan lantas mengharapkan pujian. Biar sakit di hati namun sememangnya itulah proses penyembuhan.
Saya masih ingat apa yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hambal ketika diminta oleh muridnya bertaqiah ( berpura-pura) menyatakan alquran sebagai makhluk mengikut faham muktazilah anutan pemerintah. Imam hambali diseksa lantara sikap dan pendiriannya mempertahankan kebenaran. Islam membenarkan seseorang yang diancam suasana darurat untuk bertaqiah tetapi jawapan tegas Imam Hambali amat membekas di jiwa saya: “Kalaulah orang alim bertaqiah kerana menjaga dirinya maka orang jahil akan terus dalam kejahilan, bilakah akan terpancarnya kebenaran.” Saya bukan orang alim tetapi mengikut orang alim.
Seorang seharusnya mempertahankan prinsip dirinya apabila berdepan situasi sukar. Kemulian hanya dimiliki oleh mereka yang mempertahankan prinsip diri. Rubaie bin Amir, panglima perang Islam datang menemui panglima Rostam dengan kemegahannya.Bila diminta menghormati Rostam, Rubaie dengan tegas menjawab , aku adalah golongan yang diutus untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan mutlak kepada Allah. Begitu juga rombongan Jaafar bin Abu Tholib yang menghadap Najasyi. Ia tidak menundukkan diri menghormati Najasyi sekalipun didesak oleh pegawai Najasyi. Sedangkan mereka datang mengharapkan perlindungan Najasyi. Prinsip diri inilah yang dikagumi oleh Najasyi hingga ia tunduk kepada ajaran Rasulullah yang di bawa oleh Jaafar.
Tughluq Timur Khan, raja Kasyghar menganut Islam kerana ketegasan Syeikh Jamaluddin yang mempertahankan kemulian Islam. Terlalu banyak sejarah memaparkan kemulian diri seseorang keranamempertahankan prinsip dirinya. Apatah lagi prinsip itubertepatan dengan islam. Firman Allah dalam surah Munafiqun :
4 ¬!ur äo¨“Ïèø9$# ¾Ï&Î!qß™tÏ9ur šúüÏZÏB÷sßJù=Ï9ur £`Å3»s9ur šúüÉ)Ïÿ»oYßJø9$# Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÑÈ

Kemulian itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada Mengetahui.

Saya adalah antara orang yang terlalu inginkan kemulian itu. Sedangkan tiada apa yang saya cagarkan untuk mendapatkan semua itu. Ketika Rasulullah mengemukan syahadah kepada seorang Badawi lantas dijawab oleh badawi tersebut ; Inilah perkara yang dibenci oleh raja raja dan kamu akan diperangi oleh orang arab dan bukan Arab.

Mestikah kita menjaga hati manusia dengan melupakan perintah Allah……..
19 ramadhan 1427