Selasa, 2 Oktober 2007

BICARA HATI

ANTARA PRINSIP DIRI DAN PERSAHABATAN

“Anta nak kritik berlapik sikit, anta kenal tak siapa sebelah anta tadi”. Kata –kata itu masih menganggu fikiran saya. Nada yang sama biasa saya terima tetapi bukan di bulan ramadhan. Kata kata itu datang dari seorang sahabat. Mungkin ianya tulus demi menjaga sahabat. Saya rasa terbelenggu antara nasihat seorang sahabat dan prinsip diri sendiri. Bagaimana boleh saya berbicara jika ianya terbit hanya dari sekeping lidah. Sedaya mungkin saya cuba melontar apa yang terbit dari lubuk hati, kerana saya meyakini sesuatu yang terbit dari hati akan singgah di hati. Proses penyampaian bukan hanya memindah maklumat tetapi bermatlamatkan merubah sikap. Saya bukan seorang artis yang datang untuk menghiburkan lantas mengharapkan pujian. Biar sakit di hati namun sememangnya itulah proses penyembuhan.
Saya masih ingat apa yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hambal ketika diminta oleh muridnya bertaqiah ( berpura-pura) menyatakan alquran sebagai makhluk mengikut faham muktazilah anutan pemerintah. Imam hambali diseksa lantara sikap dan pendiriannya mempertahankan kebenaran. Islam membenarkan seseorang yang diancam suasana darurat untuk bertaqiah tetapi jawapan tegas Imam Hambali amat membekas di jiwa saya: “Kalaulah orang alim bertaqiah kerana menjaga dirinya maka orang jahil akan terus dalam kejahilan, bilakah akan terpancarnya kebenaran.” Saya bukan orang alim tetapi mengikut orang alim.
Seorang seharusnya mempertahankan prinsip dirinya apabila berdepan situasi sukar. Kemulian hanya dimiliki oleh mereka yang mempertahankan prinsip diri. Rubaie bin Amir, panglima perang Islam datang menemui panglima Rostam dengan kemegahannya.Bila diminta menghormati Rostam, Rubaie dengan tegas menjawab , aku adalah golongan yang diutus untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan mutlak kepada Allah. Begitu juga rombongan Jaafar bin Abu Tholib yang menghadap Najasyi. Ia tidak menundukkan diri menghormati Najasyi sekalipun didesak oleh pegawai Najasyi. Sedangkan mereka datang mengharapkan perlindungan Najasyi. Prinsip diri inilah yang dikagumi oleh Najasyi hingga ia tunduk kepada ajaran Rasulullah yang di bawa oleh Jaafar.
Tughluq Timur Khan, raja Kasyghar menganut Islam kerana ketegasan Syeikh Jamaluddin yang mempertahankan kemulian Islam. Terlalu banyak sejarah memaparkan kemulian diri seseorang keranamempertahankan prinsip dirinya. Apatah lagi prinsip itubertepatan dengan islam. Firman Allah dalam surah Munafiqun :
4 ¬!ur äo¨“Ïèø9$# ¾Ï&Î!qß™tÏ9ur šúüÏZÏB÷sßJù=Ï9ur £`Å3»s9ur šúüÉ)Ïÿ»oYßJø9$# Ÿw tbqßJn=ôètƒ ÇÑÈ

Kemulian itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada Mengetahui.

Saya adalah antara orang yang terlalu inginkan kemulian itu. Sedangkan tiada apa yang saya cagarkan untuk mendapatkan semua itu. Ketika Rasulullah mengemukan syahadah kepada seorang Badawi lantas dijawab oleh badawi tersebut ; Inilah perkara yang dibenci oleh raja raja dan kamu akan diperangi oleh orang arab dan bukan Arab.

Mestikah kita menjaga hati manusia dengan melupakan perintah Allah……..
19 ramadhan 1427

Tiada ulasan: