Selasa, 14 Oktober 2008

MASA UNTUK BEKERJA

DSAI hari ini menyatakan sasaran beliau kini ialah menumpukan ekonomi negara. Tiada lagi usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia. Mimpi lompat tiada lagi. Harapan rakyat kini terhenti. Pastinya isu yang sedikit sebanyak menggugat perpaduan ahli dan pimpinan PAS sepatutnya selesai. Kenyataan TGHH sewaktu muktamar bahawa beliau tidak mahu menjadi Mat jenin ternyata tepat. Pandangan Datuk Mustapha Ali yang mencetuskan perselisihan terbuka dalam PAS juga terpaksa diakui.



Bukan tujuan mengungkit, namun mengharapkan kita kembali berada di landasan perjuangan yang berpijak di bumi nyata. Hampir semua program dalaman parti yang membuat post mortem biasanya menekankan agar kita tidak mengharapkan kemenangan dari kelemahan musuh sebaliknya kekuatan sendiri. Samada persoalan lompat parti itu bermaruah atau tidak , kini bukan persoalan lagi. PR perlu terus bekerja kuat dan memastikan perpaduan dalaman dikukuhkan. Selain itu startegi sepatutnya ditumpukan bagi meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan PR. Isu isu sensitif sepatutnya ditangani secara bijak. Perpecahan atau perselisihan dalaman sesama parti anggota PR atau dalam parti parti yang menganggotai PR sepatutnya selesai di meja rundingan bukan di media massa atau di blog atau sebarang media.

Umum mengakui isu 16 september mampu menggoncang kerajaan BN walaupun asas tarikh untuk perubahan itu agak longgar. Setelah 16 september isu itu seakan mati namun sedikit sebanyak kepercayaan rakyat juga mula longgar kepada PR khususnya dsai. Saya pasti akan ada yang menafikan kenyataan ini, namun teori yang lahir dari harapan dan angan angan tak mampu memadamkan realiti di rasai rakyat bawahan. Rakyat yang meletakkan harapan tinggi terhadap perubahan pada tarikh itu, khususnya setelah kenaikan mendadak minyak pastinya kecewa. Ada yang bersikap menaruh harapan baru , ada yang terus tunggu dan lihat dan ada yang mula kecewa dan mengangap tertipu. Bagi yang bersifat terbuka dan memahami itu sebahagian strategi Bijak DSAI hanya ketawa dengan kebimbangan yang ditunjukkan BN.

Diharapkan jangan ada pihak yang terlalu mengharap dan beriman dengan tarikh perubahan tersebut sehingga tidak rela ditegur atau dikritik menyalahkan pihak pihak yang tidak yakin sebelum ini. Jangan dituduh bahawa ada pihak dalaman PR sendiri yang menggagalkan rancangan tersebut untuk menyelamatkan UMNO. JANGAN! JANGAN! JANGAN!. Anggaplah strategi DSAI itu berjaya kerana sekurang kurangnya BN turut berpecah. MPnya terpaksa dilarikan. Banyak masa dihabiskan untuk memastikan MP Sabah tak lompat parti. khabarnya apa sahaja yang diminta oleh kerajaan Sabah ditunaikan...Rakyat Sabah paling beruntung dengan isu itu.... atau pemimpin Sabah yang paling beruntung kerana pengaliran kewangan negara yang banyak mungkin tidak meleleh kepada rakyat. Yang pasti 16 september menjadi tarikh yang diberi perhatian oleh kerajaan pusat untuk disambut selepas ini sebagi tarikh penubuhan Malaysia. tidakkah itu kejayaan???

Apa yang penting semua ahli dan pendokong PR mesti bekerja untuk mengambil alih kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Jangan mengharap jalan mudah dengan menanti orang lompat parti. Kenyataan pemimpin DAP bahawa lompat itu sesuatu yang tak bermaruah adalah isyarat yang mesti diberi perhatian. Bukan disudut jadi atau tidak tetapi menggesa kita bekerja keras. Menanti tarikh baru dengan jalan pintas menjadikan kebanyakan kita terus leka dari bekerja. Lebih malang menghabiskan masa berhujjah SESAMA SENDIRI samaAda JADI ATAU TIDAK 16 SEPTEMBER? Saya yakin ramai yang letih memberi ramalan jadi atau tidak perubahan tersebut. Kalau diperingkat kawasan pun kita dah dijadikan sasaran membuat ramalan,, saya yakin peringkat negeri dan pusat lebih lagi... Yang pasti telah ramai melahirkan pakar ramal dikalangan kita. Apa yang saya tahu ramalan semata mata tidak menghasilkan kerja!!!

SEKALI LAGI DIINGATKAN...JANGAN MENYALAHKAN KEGAGALAN INI KERANA ADA PIHAK YANG TIDAK MEMBANTU MENJAYAKANNYA SEBALIKNYA MEMBANTU MUSUH! JANGAN ! JANGAN ! JANGAN!

Empat tanda kebinasaan "Hati yang keras, Mata yang beku (tak mengalirkan air mata menyesal dosa), Rakus dan PANJANG ANGAN ANGAN. - Alhadith.

Kini PR perlu kehadapan. Jangan biarkan pendokong hanya menanti tarikh baru untuk perubahan. Kita perlu kehadapan. Rancang strategi menawan hati rakyat. Rakyat kini perlu menjadi perhatian! setiap parti dalam PR mesti mengukuhkan perpaduan. Jangan menghabiskan berbalah dan mencabar sesama sendiri untuk sesuatu yang tak pasti. Paling penting! kerajaan yang kita kuasai benar benar berbeza dari kerajaan BN sebelum ini. Jangan ulangi kesilapan Bn yang menyebabkan rakyat benci. Kita menang kerana kebencian rakyat terhadap BN bukan hanya kekuatan sendiri. Kalau kita jua dibenci... pastinya kita juga kehilangan kuasa seperti BN dikalahkan.Pastikan pemimpin tidak menyeleweng, kebajikan rakyat diberi perhatian..bla..bla...bla... untuk pemimpin... bagi kita pastikan menjadi tenaga kerja kepada kerajaan memperbaiki kelemahan dan menegur kesalahan... BUKAN MENGUMPUL KEKAYAAN!!!

Tiada ulasan: