Sejarah tetap sejarah. Namun sejarah peribadi didikan Rasulullah terlalu indah. Indah untuk dikenang, manis untuk di bayang, dan pastinya terlalu agong untuk diteladani.
Ianya bukan lakonan. Ianya satu keikhlasan. Mereka mempunyai pandangan tersendiri, namun mereka memuliakan pandangan sahabat lain. Cinta mereka mengatasi cinta diri sendiri. Jihad mereka bukan memburu ghanimah duniawi.
Nama empat sahabat agong khalifah Arrasyidin memang tiada tolok bandingnya, namun terlalu banyak nama lain mengukir dan melakar sejarah perjuangan unik ini. Benarlah kata Assyahid Syed Qutb Mereka adalah generasi Al Quran yang unik. Hasil tangan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Antaranya Khalid Al Walid.
Indahnya membaca kisah Khalid Alwalid. Sejarah hidupnya penuh kegemilangan di medan peperangan. Dari zaman Jahiliah, beliaulah perancang menyebabkan medan Uhud menjadi medan muhasabah sepanjang masa pejuang Islam. Di kemuncak karier sebagi panglima tentera, di tengah medan peperang sedang bergelora, sampai berita pertukaran pimpinan perang. Khalid dilucutkan jawatan. Hanya tentera biasa. Semuanya percaturan politik saidina Umar alkhattab.
Bermusuhkah Umar dengan Khalid??? Tidak!!! Hilangkah kepercayaan Umar kepada Khalid??? Tidak. Curigakah Umar kepada Khalid??? Juga tidak!!! Apa perlu jawatan Khalid dilucutkan? Dia tidak pernah mengkritik Umar. Atau mengkritik orang kepercayaan Umar. Apabila ditanya tentang tindakan Umar…. Jawapan mudah… tanda betapa ikhlasnya Khalid Al Walid “ Aku berjuang bukan kerana Umar. Aku berjuang kerana Allah”
Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid. Terlalu agongnya cinta Khalid kepada perjuangan Islam. Kalau Khalid mengkritik Umar, Khalid punya alasan yang kuat. Namun Umar jua punya alasan tersendiri. Tindakan Umar kerana sayangnya Umar kepada perjuangan. Umar mahu menjaga perjuangan. Memastikan halatuju perjuangan di landasan yang benar. Tindakan Umar ialah tarbiah buat tentera agar mereka menyedari bahawa kemenangan tentera Islam adalah kerana pertolongan Allah, bukan kerana kehebatan Khalid.
Pernahkah Khalid mendakwa kemenangan Islam kerana kebijaksanaan atau kepimpinannya?? Atau pernahkah Khalid mengkritik pemimpin pasukan tentera lain yang mungkin tidak sehebat percaturan Khalid atau kemenangan yang diperolehi Khalid?? Tidak… tidak… tidak sama sekali… Jauh sekali untuk Khalid bertemu musuh meluahkan kekecewaannya. Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid!!! Semoga kita semua mencontohi Khalid Al Walid walu kita bukan bernama Khalid!!
Sabtu, 29 November 2008
Jumaat, 28 November 2008
MENCARI PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN
"katakanlah wahai Muhammad, Marilah kepada kalimah yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah, tidak mensyirikkannya dengan sesuatu... (Ali Imran 24). AlQuran membimbing dan terus membimbing, demikianlah mukjizat, sesuai sepanjang masa dan ketika.
Jika dicari perbezaan nescaya jurangnya semakin luas.Namun di mana persamaan di situlah kita bertemu. Andai perbezaan dijadikan perkara besar, saya yakin hampir semua rumah tangga akan musnah. Apatah lagi di awal perkahwinan. mennyatukannya mungkin mengambil masa 5 tahun barangkali.Saya selalu berhadapan klien sebegitu. Menyatukan cara hidup yang telah didik selama berpuluh tahun bukan mudah. Namun banyak rumahtangga kekal teguh. Antaranya menolak perbezaan dan mencari persamaan. Mungkin dipertahankan kerana sayang anak anak... akhirnya anak bertambah dan kasih sayang juga bercambah... rumah tangga kekal bergenerasi lamanya.

Di dalam aliran Feqah, terkadang ummat berbalah hanya kerana masalah kecil, matlamatnya sama mencari redho Allah. Wajarkah??? Isu bilangan rakaat Terawih masih menjadi isu yang memeningkan sebahagian yang ingin menghampiri masjid. Apatah lagi bila muncul isu bidaah. Gemparlah tok imam dan bilal. Tanah perkuburan terkadang menjadi medan perbahasan Talqin.wajarkah???
Jamaah Islam berselerak, begitu juga NGO Islam. masing masing dengan peranan masing masing. Bersatu itu indah. Namun menyerang dengan berbagai senjata,, pelbagai sudut lebih indah. Ada kalanya kepelbagaian adalah strategi. satu mati yang lain bertahan lagi. YANG PENTING JANGAN MENYERANG KAWAN SENDIRI!!! ianya bukan kebijaksanaan...
Berbalah dan bersusah payah mencari salah hanya kerana apa yang kita sangka tetap tidak wajar.Sewajarnya kita berlapang dada dengan kepelbagaian variasi medan dan wasilah perjuangan. Kepelbagaian pandangan dan medan bertujuan saling mengukuhkan bukan satu persaingan memusnahkan rakan seperjuangan.Bukankah kerana adanya pandangan mazhab selain Syafei memudahkan kita berzakat dengan wang ringgit hari ini?
BERSATU TIDAK BERMAKNA KITA SALING MENUMPU DISATU SUDUT. JIka di dalam sebuah kapal, maka, lebih mudah untuk berdayung jika kita berada di posisi yang berlainan. Di padang bola kita mesti mencari ruang dan memenuhkan ruang kosong. Jika berkumpul setempat, itu bukan kebijaksanaan namanya. Mungkin di waktu tendangan percuma kita bersatu di satu tempat, namun itu untuk pertahanan. Penyerang mesti mengambil tempat sendiri.Maknanya ... tidak beerti berada di satu kelompok itu sahaja melahirkan kekuatan.
Dunia maya kini memberi pelbagai pilihan. Mengatasi dunia maklumat cetakan. Kalau dulu... jika telah membeli satu akhbar, mungkin kita tak membeli akhbar lain kerana peruntukan. Namun dunia maklumat siber tidak begitu. lain orang lain citarasa. maka kejemuan di laman atau blog tertentu membolehkan mereka berubah ke laman lain.. YANG PENTING KITA MEMBANYAKKAN LAMAN AGAR SEMUA SUMBER MAKLUMAT DARI KITA.. tidakkah itu satu keuntungan??? bertambahnya medan bukan satu persaingan tetapi satu pilihan dan kepelbagaian. Banyaknya menu makanan tentu menambah selera... bukan memeningkan kepala.... yang penting semua menu yang kita hidangkan HALAL DAN BAIK!!!

Khamis, 27 November 2008
TANGAN BERBICARA, KAKI BERSAKSI
"Pada hari dikunci mulut mulut mereka, dan berkatalah tangan mereka dan bersaksilah kakai kaki mereka di atas apayang mereka lakukan" Demikian petikan surah yasiin yang menjadi muqaddimah ucapan YAB Datuk Seri ir Hj Nizar Jamaludin dalam pertemuan pertama dengan sebahagian Blogers negeri Perak. Pertemuan di adakan di bilik mesyuarat Menteri besar di SUK Perak.Pertemuan turut di hadiri Ustaz Misbah- Setiausaha Politik dan Hj Anuar Hashim- setiausaha akhbar.

DS NIZAR JAMALUDIN , USTAZ MISBAH DAN HJ ANUAR HASHIM.
Muqaddimah itu cukup menjadi garis panduan blogers untuk merasai serta menghayati seterusnya bertanggungjawab dengan tulisan mereka.Sememangnya sifat bertanggungjawab dengan apa yang ditulis , dikata dan di lakukan ialah asas gerak geri mukmin. Muqaddimah tersebut cukup untuk menzahirkan gaya kepimpinan YAB MB. Al Quran ternyata menjadi garis dan pimpinan tindakan beliau.Ianya dibuktikan bukan hanya dalam pertemuan sesama muslim malah jua dengan pelbagai masyarakat bukan muslim dan jua mesyuarat exco... macam Tajol Rosli dan UMNO??? jauh mancis api dari Pucuk kayu api...

ANTARA YANG HADIR. MEMPELBAGAIKAN SUDUT DAN SENJATA MENYERANG.
Pertemuan ini bertujuan memperkasakan penerangan kerajaan Perak dengan pelbagai medium. Usaha penerangan mesti digandakan bagi menjelaskan isu semasa dan aktiviti kerajaan PR. Tindakan RTM yang sepatutnya menjadi alat kerajaan sebaliknya menyerang kerajaan negeri amat dikesali. Lantaran itu setiap rakyat yang menjulang kerajaan Perak berkewajipan memberi sumbangan membantu semampu yang boleh. Inilah sikap rakyat bertanggungjawab.
Pertemuan telah menghasilkan penubuhan seketeriat yang dipengerusikan oleh YB Khalil Idham Lim atau Bloger Cina Muslim. Selain melantik AlHuseyn sebagai naib pengerusi, beberapa tugas lain telah diatur sebagai menggerakkan dan merancang gerak kerja seterusnya.
Semua yang hadir terdiri dari alhuseyn,Wartasgrapat,Telukbakong, pastambun, ajijoi, bumiperak,budakipohtimur dan anaksengat selain perakdaily (Setiausaha akhbar MB) dan msibah (SETPOL MB).
Harapan terlalu tinggi bagi mengekalkan malah mengukuhkan kerajaan PR bagi melaksanakan agenda keadilan dan kebajikan kepada rakyat. Kerajaan ini mesti dipertahankan. Biarkan pemimpin terus memimpin tanpa gangguan, dan rakyat menjalankan tanggungjawab mempertahankan dan menjadi benteng kepada pemimpin... Tidakkah anda merasakan tanggungjawab ini atau hanya TUNGGU DAN LIHAT???? lakukan yang termampu

Rabu, 26 November 2008
BOLASEPAK PERAK

Musim bolasepak Malaysia bakal bermula lagi. Perak antara negeri yang agak lewat membentuk pasukan. Semuanya gara gara mainan politik BN. Sukar bagi mereka melepaskan PFA. Semua mengakui dan menyedari betapa pengaruh bolasepak dalam politik masyarakat dan betapa pengaruh politik dalam masyarakat Malaysia kini.
Khairy Jamaludin antara orang yang meyedari pentingnya bolasepak. Bermula dengan Myteam, kini Khairy berada di jalan puncak FAM. Paling tidak Khairy mempunyai tempat untuk berdamping dengan anak muda.
Sejarah bolasepak Perak seperti Yoyo. Saya hanya mengenal Bolasepak Perak awal 90an. Ketika itu M Karathu adalah jurulatihnya. Masih semi Pro. Antara nama besar bolasepak Perak ketika itu iala Azizul Abu Hanifah arkitek kebangsaan selain pemain import Aung ning dan Kwi Lin dari Burma dan seorang pertahanan dari Korea Selatan.
Kebetulan pengurusan baru PFA di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin memilih Karathu mengemudi pasukan Perak. Difahamkan antara punca Karathu meninggalkan Perak suatu ketika dulu ialah rasuah dan campurtangan Raja Ahmad sebagi Pengurus pasukan. Karier Azizul juga musnah lantaran Rasuah. Malah penyakit rasuah bolasepak adalah antara isu yang menenggelamkan pasukan negara. Beberapa bulan sebelum berakhir piala Malaysia, isu rasuah bolasepak kembali menghantui negara. Ianya belum berakhir.. Namun apalah peliknya... Bolasepak dikendalikan oleh pemimpin UMNO yang memang bagai isi dan kuku dengan rasuah... buktinya... pemilihan UMNO sendiri.. Diakui oleh TPM betapa rasuah (politik wang) dalam UMNO sukar dibenteras.
Pengurusan baru bolasepak Perak memberi harapan buat warga Perak. Keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri MB sangat tinggi.Perak memang tidak pernah tandus pemain Profesional. Banyak nama besar telah dilahirkan sejak dulu hingga kini. Namun yang peliknya di saat harapan terhadap tahap pemain yang begitu tinggi,pasukan Perak kalah... tentu ada yang tak kena... dan bisik bisik disekeliling pemain ianya berpunca dari rasuah, buka diatur pemain tetapi pengurusan. Jika benar ianya satu PENGKHIANATAN terhadap Penyokong Perak.
Kita nantikan pengurusan baru. Dengan pemain baru, pengurus baru dan serba serbi baru termasuk harapan dari rakyat juga baru.Moga langkah Perak lebih bergaya musim ini dengan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT yang jua masih baru!
MAJLIS FATWA TIDAK DIHORMATI
Yoga bukan perkara baru di dalam masyarakat. Ianya telah mula diterima sebagai satu dari kaedah senaman yang dipercayai menghasilkan kesihatan malah memberi ketenangan dalam tingkatan senaman dan amalan yang lebih tinggi.Apapun di saat ia di terima masyarakat, negara dikejutkan dengan fatwa pengharamannya. Banyak pihak dilihat melatah.

Isu keraguan dan ketidakyakinan masyarakat terhadap fatwa bukan perkara baru. Ianya seakan satu bentuk berfikir masyarakat kini. Pengharaman Pengkid turut "riuh" seketika. Apa sebenarnya persoalan??
Beberapa fakta ketidakykinan itu hrus diberi perhatian.
01. Kelembapan majlis fatwa bertindakbalas dengan isu masyarakat.
Ianya hanya diberi perhatian setelah menjadi barah dalam masyarakat. Yoga buka amalan baru. Ianya amalan ribuan tahun dulu. Berkembang di Malaysia lebih dari 10 tahun. Apakah sebelum ini tidak disedari?? atau majlis Fatwa terpaksa mengambilkira sensitiviti beberapa pihak sebelum mengharamkannya? Apapun ianya tetap baik. cuma kerja yang dibuat terpaksa digandakan untuk memberi penerangan secara bersungguh sebab pengharamannya.
02. Keyakinan masyarakat terhdap majlis Fatwa.
Dalam beberapa isu majlis Fatwa agak memilih dalam berfatwa. Seakan ada pihak yang dijaga dan dipelihara kepentingan mereka. Isu ISA umpamanya menjadi isu besar dalam masyarakat. Akhir akhir ini bukan islam juga telah menentang. Tak kira parti Pembangkang atau kerajaan. Cuma parti orang Islam kerajaan dan akhir akhir ini NGO yang bernama islam turut menyokong dengan alasan islam. Ianya mengelirukan. Satu pihak Islam menyokong dan satu pihak menentang. Keduanya membawa hujjah Islam. Majlis fatwa sepatutnya menjdi pihak tengah!
03.Sikap masyarakat terhadap Islam.
Ummat islam kini berada di lembah dua persimpangan. Antara kejahilan Ummat dan pengkhianatan ilmuan Islam. Ummat Islam tidak lagi menjadikan hukum sebagai pemutus dalam semua isu mereka. Faham Rasionlisme ( mengikut akal) telah bertuhan kepada masyarakat moden. Selagi Rasional kebendaan atau hujjah yang boleh dilihat kesan buruknya tidak dibuktikan maka mereka sukar menolak.
04. Penguatkuasaan terhadap Fatwa
Penguatkuasaan adalah kunci kekuatan sesuatu fatwa. Tiada guna jika fatwa yang dikeluarkan sekadar memberi tahu tanpa tindakan. Fatwa pengharaman ratu cantik di Selangor bukan sahaja tidak dikuatkuasakan malah pihak penguatkuasa pula menerima tempiasnya. Semua pihak masih ingat Allahyarham Dato Ishak Baharum yang tidak disambung Kontrak (Dipecat!) kerana berusaha menguatkuasakannya.
Secara ringkas, penguatkuasaan adalah kunci penghormatan masyarakat terhadap sesuatu fatwa. Jika tidak, ianya akan terus dimainkan dan tidak dipedulikan dan akan tiba masanya Fatwa menjadi bahan lawak dalam masyarakat jika fenomena ini berterusan... bagi kita.. jujurkah kita menerima dan membincangkannya dengan menjadikan iman sebagai neraca??? sendiri jawablaaaaa...

Isnin, 24 November 2008
KENANG DAKU DALAM DOAMU
Kenang daku dalam doa mu... seakan kalimah lunak percintaan... menyebabkan kita seakan rasa mual atau loya menggunakannya. Bukankah mudah kalau kata..." Doakan saya". Kalimah itu lahir dari bingkisan orang orang tua kita yang penuh adat dan kaya keindahan bahasa.
Doa adalah senjata mukmin. Doakan lahirkan kekuatan jiwa. Agar hidup diberkati diajar kepada kita doa harian dalam kehidupan. Tanpa doa pun hidup tetap diteruskan. kejayaan mungkin dimiliki namun TANPA keberkatan. Pastinya ada beza kejayaan tanpa berkat dan kejayaan diiringai keberkatan.

Doa jua adalah lambang kasih sayang dan kemurahan Allah. Ia mudah, tanpa modal, cuma air liur dan akal serta perasaan yang tulus. Hasilnya terlalu lumayan. Kadang kadang diberi tanpa diminta...hanya hasilnya sahaja yang diterima.Terlalu banyak hadis malah ayat Al Quran menjelaskan kesediaan Allah menerima doa hambanya. Doa boleh dilakukan dimana sahaja kecuali tempat hina dan najis seperti tandas itu pun boleh jika hanya di hati tanpa lahir dengan kata kata.
Dimana mana jua, bila bila masa tanpa had dan batas permintaanya.Gunalah sebarang bahasa asal maksudnya jelas memohon kepada Allah. Satu satunya tempat mengadu. Jangan memohon selain darinya. Tiada kurang kerajaanNya dengan anugerah kepada kita. Semakin kita berdoa, semakin dekat kita dengan Sang Pencipta... Allah pemilik kerajaan langit dan buni. Setiap kali melihat hasil... semakin yakin kita kepadaNya.
Doa tanda pengharapan, doa tanda keyakinan, tanpa doa.. tanda tak ingat kepadanya atau mungkin ragu pada kuasanya atau mungkin jua meragui sifat pengasih dan penyayangNya. Kemuncak doa ialah solat. Solat membawa erti doa. Setinggi tinggi nilai doa ialah di dalam Fatihah " Tunjukilah kami jalan yang lurus.. jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang engkau murkai, jua bukan mereka yang sesat!"
Berdoalah mestilah meyakini penerimaan Allah, walau tidak dilihat hasilnya di duni, pasti di akhirat. malah pahala doa di akhirat jauh lebih bernilai... bayangkanlah pahala keyakinan, pengharapan, kesabaran bagi seseorang yang tiada hasil doa di dunia.
Sultan Muhammad Qutuz melambatkan peperanga dengan tentera Moghol kerana mengharapkan doa sesama mukmin selepas menunaikan solat Jumaat. Ternyata kerajaan Fatimiah itu berjaya melenyapkan impian dan mitos bahawa Moghol tak mampu dikalahkan. Doa Rasulullah dalam perang Badar menjadi penyebab pertolongan Allah.
Doa adalah semudah mudah ibadah... mendoakan seseorang sahabat tanpa pengetahuannya tentang doa kita lebih mudah dimakbulkan Allah. Ia digelar doa dibelakang ghaib. satu hadis menerangkan persoalan ini ;
Doa seorang saudara kepada saudara lain( saudaranya tak tahu dia mendoakannya) adalah doa yang pasti diperkenankan . di sisinya seorang malaikat ditugaskan setiap kali dia berdoa kebaikan saudaranya malaikat berkata " amin dan bagimu seumpama doa mu.. ( Muslim)
Pernahkan kita bermuhasabah bahawa apa yang kita dapati kini adalah kesan doa kita. Jika tidak... mulakan doa dalam kehidupan harian kita mulai sekarang. Doakan untuk saya jua untuk seluruh muslimin dimana jua berada.

Ahad, 23 November 2008
PULAU PANGKOR
Pangkor lagi. bermula jumaat hingga ahad saya bertapa lagi di Pulau Pangkor. Dah hampir empat bulan tak ke Pangkor. Biasanya sebulan sekali mesti ke Pangkor.. bertugas.. cuma akhir akhir ni agak sibuk...
Pangkor memang popular seantero dunia. Popular sejak dulu hingga kini... Dulu Pangkor menjadi destinasi perjanjian sekular pertama di Tanah Melayu. Sultan Melayu dipaksa menandatangani perjanjian melantik Inggeris sebagai penasihat... bermakna pemerintahan dan politik milik Inggeris... adat dan agama (kerohanian) milik melayu..
Itulah Pangkor yang dikenali pada tahun 1874. Kini di Pangkor ada Pangkor Laut yang dikatakan antara pulau tercantik di dunia. Saya hanya pernah memijak jauh di hujung pulau Pangkor Laut. itupun kawasan yang tak dimajukan. singgah dengan kayak je...
Pangkor kini destinasi perlancungan, jua kawasan memancing... tapi Kota Belanda di Pangkor adalah bukti Pangkor pernah mencatatkan sejarah hitam penjajahan yang menghitamkan warna Islam dalam jiwa melayu.....
TAJOL ROSLI BOHONG!!!
IPOH : Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.
Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong. Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008.
Tajol juga mendakwa kononya segala harta benda dalam dewan turut dipunggah oleh JKKK baru juga bohong. Yang berlaku, masih banyak dewan orang ramai dan balai raya tidak diserahkan oleh JKKK lama kepada JKKK yang baru, sekalipun penghulu dan DO campurtangan, namun penyerahan kunci dewan orang ramai masih belum berlaku, kerajaan dan JKKK yang baru masih tetap bersabar. Ada juga yang telah menyerahkan kunci kepada JKKK yang baru, tetapi segala harta benda seperti kerusi, meja, canopy dan lain-lain tidak ada di dalam dewan.
Penyata Kewangan juga tidak diserahkan kepada JKKK yang baru. Malahan ada di kalangan mereka masih mahu lagi menjalankan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dijalankan oleh mereka seperti memungut bayaran pasar malam, kerja-kerja menebas parit dan sebagainya.
Dalam sidang DUN yang lepas, Tajol juga pernah berbohong di dewan. Beliau mendakwa sudah menanda tangani penyerahan tugas kepada Menteri Besar yang baru. Dalam sesi penggulungan Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah menunjukkan buku penyerahan tugas, dan ternyata dokumen tersebut tidak ditanda tangani oleh beliau.
Inilah dia perangai pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, bongkak dan tidak tahu malu. Kalau kita ikuti ucapan Tajol di dalam dewan, kita dapati ucapan beliau tidak sedikitpun memperlihatkan bahawa beliau ini pernah menjadi Menteri Besar Perak, ucapannya umpama orang bodoh yang tidak tahu apa-apa. Beliau mengkritik kerajaan dengan cara memperbodohkan kerajaan, pada hal dialah yang paling bodoh. Benar firman Allah di dalam al Quran, surah Baqarah ayat 13 yang bermaksud :
"Apabila dikatakan kepada mereka ;Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman; Mereka menjawab, Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu"
Posted by MisbahulMunir at 1:39 AM

Khamis, 20 November 2008
KEMBALI KEPADA ALQURAN
Akhir akhir ini masyarakat kita kerap membincangkan tentang pembinaan insan. Suatu ketika dulu istilah masyarakat Madani kerapkali dibicarakan. Persekitaran perbincangannya sama. Membina manusia yang membina negara. Masyarakat Madani merujuk kepada masyarakat yang dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Ia juga merujuk kepada sebuah masyarakat yang bertamaddun.Mungkin seiring dengan istilah Hadhari.Bezanya hanya merujuk kepada Masyarakat dan satu merujuk Islam secara Langsung.
Islam Hadhari dibantah secara tak langsung oleh Assyahid Syed Qutb dalam Maalim fi Thoriq.Baginya Islam tidak memerlukan sesuatu yang indah untuk dipautkan kepadanya kerana Islam itu sendiri bersifat terlalu indah. Apatah lagi ianya bercanggah dengah struktur bahasa arab.Barang harus diingat istilah Islam ialah istilah yang langsung datang dari Allah SWT.

Pembinaan manusia adalah asas yang terkandung di dalam AlQuran. Manusia walaupun berbeza zaman dan kemajuannya, namun hakikat sifat manusia tak pernah berubah. Sifat inginkan nikmat yang kekal di dalam syurga diceritakan melalui kisah Adam dan Hawa. Dengki dan hasad melalui kisah Qabil dan Habil, sombong dan angkuh melalui kisah Firaun. Raja berharta dan berkuasa yang kufur dicontohkan melalui kisah Namrud dan Firaun, Raja taat melalui Dzulqarnain dan Sulaiman. Insan berilmu yang derhaka melalui Musa samiri, berilmu yang taat melalui kisah Luqman al hakim. Isteri taat disisi suami derhaka dalam kisah Asiah di sisi Firaun, Isteri derhaka di sisi suami Taat melalui kisah Nuh dan Luth. Anak taat di sisi ayah derhaka melalui kisah Ibrahim dan anak derhaka di sisi ayah taat dalam kisah Nuh as.semuanya di dalam Al Quran jika kita membaca dan mentadabbur nya.
Al Quran menyelesaikan masalah yang dihadapi semua golongan tersebut di atas. Akhirnya terbentuklah masyarakat yang terbina akhlak dan ketamadunan mereka.Ianya hanya dapat difahami apabila dirujuk kepada Al Quran.Selagi kita menjauhi al Quran , selagi itulah tiada jalan penyelesaian kemelut ummat ini. HANYA SATU!!! KEMBALI KEPADA AL QURAN!!!

HUKUM TERNAK CACING

Soalan; asalamualaikum apakah hukumnya bisnes cacing dan lintah
Jawapan;
Firman Allah; “Dialah (Allah) yang telah menjadikan untuk manfaat/kegunaan kamu segala yang ada di atas muka bumi” (al-Baqarah, ayat 29). Berdasarkan ayat ini dan seumpamanya, para ulamak memutuskan bahawa; sekelian yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus selagi tidak ada nas (dalil al-Quran atau as-Sunnah) yang melarang atau menegahnya. Kerana itu, perkara yang perlu dipersoalkan tentang hukum cacing dan lintah itu ialah; adakah terdapat dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang mengharamkan cacing sama ada untuk makanan atau untuk kegunaan-kegunaan lain.
Dari segi Fiqh, cacing termasuk dalam kategori binatang-binatang yang melata di atas bumi seperti ulat, serangga, cacing, lipan, kala dan sebagainya. Dalam menjelaskan hukum memakannya, para ulamak terbahagi kepada dua pandangan;
Pertama; haram memakannya kerana ia adalah keji. Mereka berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Dan dia menghalalkan untuk mereka yang baik-baik dan melarang ke atas segala yang keji-keji” (al-A’raf; 157)
Pandangan pertama ini adalah pandangan jumhur ulamak. Bagi mereka; maksud keji dalam ayat di atas ialah yang dipandang jijik oleh manusia terutamanya masyarakat Arab. Setiap yang dipandang keji oleh tabiat manusia yang normal, maka memakannya adalah haram sekalipun tidak disebut pengharamannya secara khusus oleh al-Quran atau Hadis.
Kedua; ulamak-ulamak mazhab Maliki berpandangan; tidak haram memakannya kecuali jika diketahui boleh mendatangkan mudarat pada badan. Hujjah mereka ialah; tidak ada nas yang menunjukkan pengharamannya. Adapun mengenai ayat di atas, mereka tidak sependapat dengan jumhur ulamak di atas. Bagi mereka, maksud keji dalam ayat di atas bukanlah diukur berdasarkan perasaan atau fitrah manusia, tetapi berdasarkan nas Syarak (yakni al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w.). Jadi “yang keji-keji” dalam ayat di atas maksudnya ialah yang diharamkan oleh Syarak seperti bangkai, darah, daging babi dan sebagainya. Adapun binatang-binatang melata itu, tidak ada dalil dari Syarak yang mengharamkannya, maka ia kekal atas hukum asalnya iaitu harus, kecualilah jika boleh mendatangkan bahaya atau mudarat maka haramlah ia dengan sebab tersebut, bukan dengan sebab kedudukannya sebagai binatang yang melata.
Itu adalah hukum memakannya. Bagaimana pula hukum memanfaatkannya dengan kegunaan-kegunaa lain dari sebagai makanan? Katakanlah kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakannya, adakah ia bermakna haram juga kita memanfaatkannya untuk kegunaan lain? Jawapannya; tidak. Tahi lembu, tahi ayam dan sebagainya; haram kita memakannya, namun Syarak mengharuskannya untuk digunakan sebagai baja tanaman. Malah ulamak-ulamak mazhab Hanafi mengharuskan menjualnya melihat kepada manfaatnya walaupun dari segi zatnya ia adalah najis. Tegasnya, tidak semua yang haram dimakan, haram pula dimanfaatkan untuk kegunaan lain selain makanan. Dalam sebuah hadis, Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. telah melihat seekor kambing yang mati. Lalu Nabi s.a.w. berkata kepada sahabat-sahabatnya; ‘Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, kemudian menyamaknya dan memanfaatkannya’. Mereka menjawab; “Ia adalah bangkai, wahai Rasulullah’. Baginda menjawab; “Yang haram ialah memakannya” (HR Imam Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa tidak semua yang haram dimakan, haram pula memanfaatkannya untuk kegunaan lain –selain makanan-. Kita telah menjelaskan di awal tadi bahawa; semua yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus selagi tidak ada nas yang melarang atau menegahnya. Maka sekalipun kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakan cacing dan lintah, namun itu tidak bermakna haram pula untuk kita memanfaatkanya untuk kegunaan lain, kecualilah jika ada nas lain pula yang mengaramkan kita memanfaatkannya. Selagi tidak ada nas yang melarang, haruslah kita memanfaatkannya.
Satu persoalan lagi; adakah semua yang haram dimakan dianggap najis oleh Syarak? Jawapannya; tidak. Semua najis haram dimakan, namun tidak semua yang haram dimakan adalah najis. Para ulamak menjelaskan; asal setiap benda yang wujud di atas muka bumi ini adalah suci hinggalah terdapat nas dari al-Quran dan Hadis Nabi yang menegaskan ia adalah najis dan perlu dikeluarkan dari hukum asal itu. Cacing dan lintah, walaupun haram memakannya kerana dianggap keji oleh manusia (berdasarkan pandangan jumhur), namun keduanya tidak boleh dianggap najis melainkan ada nas (dalil) dari al-Quran atau as-Sunnah yang menjelaskan keduanya sebagai najis. Selagi tidak ada nas yang menyebutkan keduanya sebagai najis, kekallah mereka atas hukum asal iaitu suci.
Kesimpulannya, berdasarkan penerangan di atas saya berpandangan –wallahu a’lam-; harus menternak dan menjual cacing dan lintah untuk tujuan-tujuan dan kegunaan-kegunaan selain makanan manusia sama ada dijadikan baja, bahan kosmetik, makanan ternakan dan sebagainya kerana tidak ada nas yang melarang kita dari memanfaatkannya dan tidak ada nas yang menyebutkannya sebagai najis. Adapun untuk dijadikan makanan manusia, hukumnya tidak harus kerana ia tergolong dalam makanan yang menjijikkan yang dilarang oleh Allah dalam ayat 157 dari surah al-A’raf di atas berdasarkan tafsiran jumhur ulamak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-At’imah Wa az-Zabaih Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Abu Sari’ ‘Abdul-Hadi.
2. Majmu’ al-Fatawa, Imam Ibnu Taimiyyah, juz. 5.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
4. Tafsir al-Qurtubi (ayat 157, surah al-A’raf).
5. Tafsir Ibnu Kathir (ayat 157, surah al-A’raf).
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Rabu, 19 November 2008
UJI MINDA ANDA.
BIOR PAPE ASE BERGAYE II.

Antara yang menggamatkan DUN Perak baru baru ni ialah PASAL kereta PROTON PERDANA. Kereta nasional Malaysia. Banyak juga cerita PASAL lain lain hal. Tetapi boleh dikatakan semua cerita tu cerita yang tak de PASAL dan sengaja nak cari PASAL. Entahlah … inilah sikap wakil BN. Isu rakyat seperti ISA depa lari masa nak ngundi. Tak payahlah saya nak ulas semua cerita…nanti Nampak nak mempengaruhi plak. Secara jujurnya carilah rakaman dan buat penilain sendiri. Bukan pada lagak dan gegak gempita gaye… tetapi isu apa yang dibincangkan.. Isu rakyat atau isu geram kat Kerajaan Pakatan Rakyat?
Tajol Rosli Nampak bersungguh mempertahankan kereta Nasional tu. Nilaian wang kerajaan negeri bukan pertimbangan. Yang penting kereta tu buatan Malaysia. Di buat di Tanjong Malim dalam negeri Perak katanya. Kalau Perak tak pakai siapa lagi nak pakai??? Itu antara hujahnya. Exco Perak, Nga Kor Meng telah membentangkan nilaian kerugian ditanggung kerajaan negeri kerana PERDANA. Dibuat bandingan dengan jangkaan nilai jika menggunakan kereta Toyota Camry.( Rujuk Harakah terbaru). Semua itu bukan hujjah bagi Tajol dan rakan BN nya. Yang penting kereta Nasional!!!
Secara peribadi seakan dirasakan Tajol paling layak menjadi MB Perak kerana menjiwai budaya Perak yang popular…. Orang Parit tentu bangga dengan Tajol kerana mereka tahu sangat dengan pepatah orang Perak “ BIOR PAPE ASE BERGAYE, BUKAN GHRETE KITE, GHRETE PAK MERTUE. (Biar papa asal bergaya, bukan harta kita, harta bapak mertua)…. Tapi yang Tajol nak bawak lari (beli murah) Mercedes rasmi MB tu apeke hal plak……..???
Isnin, 17 November 2008
API PERKAUMAN
“Takkan Melayu Hilang di Dunia” antara ungkapan yang kononnya dilafazkan oleh Hang Tuah. Sejauh mana kebenarannya Wallah hu A’lam. Yang pasti, ianya dijaja seumpama satu hadis dikalangan Nasionalis melayu. Kewujudan Hang Tuah itu sendiri diragui, malah yang menerima kewujudannya meragui kemelayuan Hang Tuah dan rakan-rakannya. Nama hang tiada dalam nama melayu.. yang paling hampir di zaman itu dan diterima sejarah dengan nama Hang ialah Hang Li Poh. Sebab itu ada yang menyatakan Hang Tuah dan rakannya ialah pengiring Puteri Hang Li Poh. Orang melayu tidak bernama Hang di Melaka. Yang ada hang di Kedah…. Hang (kamu)
Apa tujuan sebenar ungkapan tersebut dicipta tidak diketahui. Yang diyakini ialah menaikkan semangat orang melayu. Perlu diingat, penjajah telah menyediakan bom jangka di tanah jajahannya ini dengan mewujudkan sentiment perkauman. Ia pernah meletus dengan peristiwa 13 Mei 69. Ada keuntungan politik disebalik peristiwa berdarah itu. Mestilah kepada pemerintah. Yang menjadi mangsa ialah rakyat.
Dalam system pendidikan dikatakan antara rangka matlamatnya ialah menyatukan bangsa di Malaysia. Kemuncaknya ialah sekolah wawasan. Namun yang peliknya kita ditanam dengan semangat perkauman yang tinggi ketika menghadiri kursus anjuran Biro Tatanegara- agensi kerajaan. Apakah di satu pihak mereka membina dan dipihak yang lain meruntuhkannya??? Apa tujuan sebenar????
Barisan Nasional diwujudkan bertujuan menyatukan rakyat pelbagai bangsa dalam satu parti, namun jelas kewujudan UMNO dengan melayunya, MCA dan GERAKAN dengan cinanya dan MIC dengan Indianya saling meniupkan api perkauman. Operasi Lalang adalah kesan dari percakaran perkauman yang wujud antara kompenan pearti tersebut. Mangsanya rakyat ..khususnya pemimpin pembangkang…Yang untungnya tetap pemerintah.
Penubuhan Pakatan Rakyat secara tak dirangka dengan tersusun dalam pilihanraya ke 12 membawa lembaran baru dalam penyatuan kaum dikalangan rakyat Malaysia. PAS mewakili Melayu Islam, DAP mewakili parti cina dan PKR antara keduanya. Walaupun ketiga parti secara asasnya tidak dibina dengan perkauman. DAP ialah parti pelbagai kaum, PKR jua begitu, Cuma PAS dilihat kemelayuan namun hakikatnya ia bukan parti melayu …. Namun Islam tanpa ras bangsa. Kini PAS telah memiliki kelab penyokong dari kalangan bukan melayu dan bukan islam yang mencecah 20 ribu penyokong. Pemudanya telah menubuhkan kelab penyokong muda bukan islam.
Di saat terlihat cahaya penyatuan kaum pelbagai bangsa kini, api perkauman ditiupkan kembali. Ketua Bahagian Bukit Bendera dari UMNO dalam kempen di Permatang Pauh menghina kaum Cina hingga membangkitkan kemarahan Cina. Dijawab pula oleh ketua wanita GERAKAN yang juga timbalan menteri Penerangan dengan menuduh Melayu juga pendatang. India pula dilebel dengan samseng.
Kini budaya samseng bangsa seakan dihidupkan kembali. India dengan samsengnya, cina dengan kongsi gelapnya, melayu dengan persatuannya. PAKIDA adalah pertubuhan melayu yang mendominasi perkauman. PAKIDA kini terbahagi dua. Golongan lama denagan semangat asal penubuhannya dan kumpulan baru dari kalangan muda yang tidak memiliki Islam sebagai benteng perkauman. Golongan ini mempunyai baiah yang kuat. Taat setia dan tak akan mengkhianati ketua. Bahayanya ketua itu sebahagiannya tak memiliki jiwa Islam. Malah kini ramai yang tak bersembahyang jamaah. Sembahyang sendiri??? Walla hu A’ lam. Golongan muda adalah sasaran mereka. Saya mengetahuinya kerana saya banyak melibatkan diri dengan dakwah golongan muda. Itu yang sampai di telinga saya.
Apa yang membimbangkan ialah ianya dijadikan bom jangka meletuskan api perkauman sekali lagi demi menyelamatkan politik kerajaan BN. Diharapkan semua pihak dapat bekerjasama menjalinkan hubungan antara kaum ini. Sepatutnya keterbukaan bangsa lain terhadap kaum melayu khususnya dijadikan ruang memperkenalkan Islam kepada mereka… bukan hanya untuk politik. Semoga semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab agama dari rasulullah ini.

Ahad, 16 November 2008
JANJI KEMENANGAN

“SEKIRANYA KURUN KE 19 ADALAH KURUN KAPITALIS, KURUN KE 20 ADALAH KURUN KOMUNIS, MAKA KURUN KE 21 ADALAH KURUN UNTUK ISLAM. Demikian sorotan tulisan Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Mubasyirat Bin Tisoril Islam atau khabar gembira dengan kemenangan Islam.
Ketika persidangan membela Quds baru baru ini Qardhawi sekali lagi menyarankan ummat Islam agar menjadikan falsafah ekonomi Islam sebagai gantikepada keruntuhan ekonomi Kapitalis hari ini. Demikianlah komeitd dan keyakinan Qardhawi terhadap Islam. Keyakinan itu tentunya dikongsi sama oleh seluruh pemimpin dan pendokong gerakan Islam seduni kerana ianya lahir dari Janji Rasulullah SAW. Mereka yang tidak meyakini kemenangan Islam beerti tidak beriman dengan Rasulullah SAW beerti mereka terkeluar dari landasan Islam. nau'zubillah.
Bagi mereka yang menyusuri kandungan Al Quran pastinya akan temui janji Allah SWT terhadap kemenangan Islam. Surah Attaubah ayat 32-33;
Mereka bercita cita memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka.Allah menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci orang kafir. Dialah yang mengutuskan rasulnya membawa pertunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkannya atas segalaagama lain walaupun orang Musyrikin tidak menyukainya.
Rujukan lain boleh ditemui dalam surah Saff 8-9, Al fath 28,annur 55 dan banyak lagi.
Hadits yang merupakan sumber kedua memgukuhkan lagi keyakinan ini.Dalam Hadits yang diriwayatkan oleh Al Miqdad alAswad menyatakan aku mendengar Rasulullah bersabda Tidak akan tinggal di bumi ini yang dibuat daripada batu kayu dan batu atau atap daun melainkan Allah pasti memasukkan kalimah Islam dengan kemulian orang yang mulia dan kehinaan denganorang yang hina.
Kisah kemenangan Islam pimpinan Muhammad Murad Al Fateh membuka kota Konstantinopal yang menjadi pusat RomTimur telah berlaku pada 20 jamadilawwal 857 H bersamaan 29 Mei 1453 m. Ianya dipimpin pemuda bani Uthmaniah berusai 23 tahun.
Pembukaan semula kota Falastin oleh Salehuddin Ayyubi, pembukaan Andalus oleh Abd Rahman Addakhili, Toriq bin Ziyad, Tunduknya kuasa Monghol ke atas kerajaan Fatimiah Mesir, kuasa mongholkemudiannya menjadi kuasa Islam dan berbagai realliti sejarah mamaparkan kebenarang jan ji Rasulullah. KIta sedang menanti kenyataan janji pembunuhan Yahudi dengan jalinan makhluk Allah manusia dengan batu dan kayu sebagaimana hadith Rasulullah SAW.
Tidak terjadi kiamat sehinggaMuslim membunuh Yahudi dan larilah mereka dibelakang batu dan kayu lantas batu dan kayu berkata; wahai muslim wahai hamba Allah, ini yahudi dibelakang ku marilah dan bunuhlah dia. (Muslim- jami' soghir 7428)
Almarhum Assyahid Syeikh Ahmad Yasin pernah mendedahkan peristiwa seumpama ini pernah berlaku kepada dua pemuda Muslim yang mengejar seorang pemuda Yahudi. Akhirnya pemuda Yahudi itu hilang. ketika ingin meninggalkan tempat tersebut , mereka terdengar suara menyeru mereka dan akhirnya ditemui Yahudi di belakang pokok. ternyata suara itu dari pokok tersebut.
Keyakinan Ulama Islam kini , Yahudi sedang kembali berkumpul di Falastin bagi menyempurnakan janji Rasulullah bahawa mereka akan dibunuh. Sebab itu ramai Yahudi yang membaca kisah dalam kitab mereka tidak mahu kembali. Yahudi yang menguasai Falasti kini adalah Yahudi Fremeson yang tidak mempercayai janji tersebut.
Di suatu ketika dunia Islam diselubungi mendung. Namun mendung itu hanya seketika. Apabila angin bertiup, awan akan berarak... angin itu ialah janji Rasulullah terhadap golongan Mujaddid setiap seratu tahun. Samada ia berbentuk gerakan Islam atau Individu yang memimpin gerakan itu... perjuangan itu takkan berakhir.
Perubahan pandangan terhadap Islam sedang menular.Mereka bertujuan memfitnah Islam namun ianya menjadi ruang baru tersebarnya Islam. 11 September yang dirancang menjelmakan Islam sebagai ganas diterima kebanyakan negara Ummat Islam. Pemimin mereka menangkap pejuang Islamkhususnya yang terlibat dengan Jihad di Afghanistan. Mereka dikurung termasuk di Malaysia di bawah ISA. Namun di Eropah mereka mempelajari islam dan menemui Islam sejati dan mereka memeluk Islam. Fitnah Islam menindas wanita menjadikan wanita Eropah mempelajari Islam..dan kini mereka bersama Islam.
Benarlah kata Said Nursi Badiuzaman, seorang pemikir Islam Turki, Dunia Islam sedang mengandungkan anak penjajah sedangkan Eropah sedang mengandung anak Islam. Perubahan sikap penduduk Amerika menerima Obama sebagai berkulit hitam wajar di beri perhatian. bukan kepada Obama untuk diletakkan harapan tetapi masyarakat Amerika yang boleh menerima perubahan. Apakah jika Islam yang mulia berjaya didedahkan kepada mereka, Islam akan ditolak. Saya tak berfikir begitu. Saya terlalu yakin Islam akan diterima jika kita berjaya menjelmakan Islam sebagaimana kehendak Al Quran, dan paling penting ummat Islam tidak menjadi tabir menghalang wajah Islam sejati.
Kita meyakini masa yang dijanjikan itu semakin hampir, harapan dan keyakinan itu kian menjelma... cuma ianya bukan percuma... semua pihak mesti melaksanakan tugas yang termampu... Kemenangan itu pasti berlaku.... persoalannya.?????? apakah kita terpilih menjadi tentera yang melaksanaknannya?????
Jumaat, 14 November 2008
KONVENSYEN PASTI GOPENG
13 November- PASTI kawasan Gopeng mengadakan KOnvokesyen di dewan perbandaran Gopeng. Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan. Persembahan dari kanak kanak PASTI seluruh Gopeng.

PETUGAS MUSLIMAT BERSEDIA MENYAMBUT DATIN SERI FATIMAH.

JAMUAN SEBELUM MAJLIS BERMULA.

ANAK SAPA LA PULAK NI ??SELAMBA JE MACAM ANAK MB? MANA MAK BAPAK DIA? ALAMAK..... ANAK SENDIRI LA PULAK!!!! MALUNYA... MAAF DATUK DAN DATIN SERI ... MAAF JK... BAPAK DIA TAK DATANG .... ADA TUGAS LAIN.....
Kehadiran YAB Menteri Besar bersama isteri menjadikan majlis tersebut penuh bermakna dan bersejarah. Walaupun YAB MB baru sahaja menyelesaikan tugasan berat membentangkan belanjawan yang merupakan harapan warga Perak keseluruhan. Datin Seri yang difahamkan baru kehilangan abangnya pada hari rabu turut memberi sokongan terhadap majlis. PASTI Gopeng adalah antara PASTI bertuah di Perak kerana antara murindnya ialah anak bongsu YAB MB.

PERSEMBAHAN TUNAS HARAPAN AGAMA DAN BANGSA. MOGA JADI INSAN BERGUNA.
YAB MB dan Isteri sudi menyampaikan hdiah dan sijil kepada anak anak PASTI yang berjaya. Semoga anak anak yang disemaikan benih Islam akan muncul sebagai harapan agama dan bangsa di masa akan datang. Majlis juga telah mengiktiraf jasa Imam Fahmi sebagai penggerak awal PASTI Gopeng.Tahniah juga buat JK yang bertungkus lumus menjayakan majlis gemilang tersebut. Semoga segala amal kebaikan mendapat ganjaran kebaikan dari Allah SWT.

Khamis, 13 November 2008
TRIO BALI DITEMBAK
Beberapa hari yang lalu tiga warga Indonesia dihukum tembak sampai mati. Mereka menerima dengan penuh keyakinan sehingga meminta supaya mata mereka tidak ditutup. Mereka dituduh terlibat dengan penegeboman di Bali Indonesia. Sebuah kelab malam tempat berhibur terutama rakyat Australia. Perbicaraan ketiga mereka mendapat perhatian dan tekanan hebat dari Australia. Malah ketika mahkamah membebaskan Ustaz Abu Bakar Basyir, Australia memberikan reaksi tidak gembira.
Sebagai muslim, saya turut kagum dengan komitmen dan keyakinan mereka terhada apa yang mereka lakukan. Pastinya kenyataan yang konsisten dan tidak pernah menyesal itu hasil menifestasi keyakinan hati mereka. Wajah yang sentiasa tersenyum dan tenang menarik perhatian semua yang melihat. turut kagum ialah seorang mangsa terselamat warga Australia. Ia mengharapkan mereka mendapat apa yang mereka cari dari tuhan.
Saya tidak menyatakan apa yang mereka lakukan itu sesuatu yang benar kerana Islam melarang kita membunuh orang awam, namun saya tidak berani mengatakan apa yang mereka lakukan itu salah. Mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan, dalam suasana mereka dan keyakinan mereka. Mungkin sedikit sebanyak mereka mencalarkan nama Islam yang dilebel ganas oleh Amerika, namun itu adalah persepsi musuh yang mustahil menyokong.Harapan saya semoga Allah yang lebih mengetahui tujuan dan perjuangan mereka dapat menerima mereka dengan penerimaan rahmat dan kasih sayang.Alfatihah.
berita yang boleh dilayari dengan wajah mereka ketika kematian.
wwwsyukranwordpress.com

SEKADAR PANDANGAN.
Ketika ini sidang DUN sedang berlangsung dengan pergulungan. YAB MB begitu bersungguh membuat pergulungan. Dalam masa yang sama ADUN pembangkang begitu bersungguh menganggu ucapan tersebut dengan soalan yang bukan soalan sebaliknya gangguan. Contoh terlalu banyak.... Kubu Gajah ( R Ahmad Zainudin) adalah seorang yang dianggap "kurang berakhlak". Menggunakahan peraturan dewan sebagai helah mengemukankan dakwaan MB berbohong... Sesekali nampak macam cerdik...namun akhirnya kebodohan itu terserlah jua. Sayangnya timb speaker terlalu berlembut.
Speaker dewan telah menunjukkan peningkatan keyakinan dan keberanian yang ketara. Mungkin selepas ini perlu mengambil tindakan jika perlu kepada yang biadap seperti Kota Tampan dan Kubu Gajah. Walaupun tindakan berhemat perlu namun sesekali sikap biadap mesti diajar.
Satu perkara yang mungkin membosankan apabila YAB MB banyak memberi ruang mencelah yang digunakan untuk menghentam kerajaan. Ruang dan keterbukaan YAB MB telah disalahgunakan. Sikap ini adalah suatu yang melampau.Semoga keterbukaan ini boleh difikirkan kembali...
Bukan apa...geram nengoknya.....

Rabu, 12 November 2008
DUN PERAK
Persidangan DUN perak sedang berlangsung. Menarik kerana ada peningkatan khususnya sessi perbahasan. Walaupun banyak ruang boleh ditingkatkan terutama pihak kerajaan namun ianya banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk pengendalian Speaker.
Saya sempat mengikuti perbahasan dari Kota Tampan. Ulasan pertama saya mudah. Lagak samseng!!! Dalam lagak seolah bijaksana seorang pembahas dengan contoh tak pasti, beliau diakhir pembahasan mengakui sebagai bekas exco kebajikan. Paling menarik dan menampakkan kebodohan ialah apabila beliau mendedahkan tentang ramainya orang di kawasan beliau yang masih perlukan rumah......perlukan bantuan air bersih.... Saya yang pernah ke Kg Luat dan Kg Beng dapat melihat sendiri prasarana di sana. Kg Beng yang pernah muncul dalam iklan Petronas.... ternyata hanya boleh dihubungi dengan kenderaan air.. SETELAH 50 TAHUN MERDEKA!!!
Ketua Kampung yang saya temui memaklumkan bahawa jalanraya dalam proses terpaksa dihentikan kerana ada kepentingan lain. Demikian mudah mempermainkan orang kampung. Apa peranan beliau sebagai exco membiarkan kawasannya sendiri. Bila dah takde kuasa berlagak jaguh membela kawassannya. Orang yang melihat lagak beliau akan terpesona, namun orang yang memikirkan ucapan beliau akan membodohkannya....
Demikianlah wakil BN. Raja Ahmad Zainudin yang sedang bermasalah dengan Hamzah Zainudin merebut ketua bahagian Larut pula menampakkan sikap DESPRADO menyerang kerajaan. Penilaian hanya boleh dilakukan oleh orang yang bijak. bukan hanya mendengar ucapan mereka tanpa melihat apa yang dilakukan mereka. Mempertikaikan usaha kerajaan negeri menaikkan bantuan kononnya sedikit...sedangkan sewaktu mereka berkuasa mereka tidak melakukannya
Saya teringat semasa kecil.....saya dipuji oleh seorang guru kerana berjaya mengawal kelas setelah ditugaskan menjaga kelas.... beliau bekas ketua kelas mengejek saya..... ", bukan semua diam.... sedangkan yang bising itu ialah beliau sendiri... macam tu la gamaknya pembangkang Perak hari ini.......Entahlah... sendiri mau pikiaq la.......

Takziah
Al Fatihah buat Ustaz Khairudin Isa, seorang kenalan jua kakitangan pejabat mufti Perak.Beliau meninggal dunia ditetak dengan parang dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak petronas gunung Lang jalan Kuala Kangsar Ipoh kira kira jam tujuh pagi selasa.
Kematian bukan suatu yang pelik namun sebab kematian meninggalkan kesan memilukan. Beliau yang saya kenali seorang pendiam, mudah berurusan ketika sesekali saya ke pejabat Mufti.Beliau ditetak ketika proses pertukaran syif. Dipercayai empat lelaki India menyamun Rm1000 darinya. Mudahnya membunuh di Malaysia kini.
Apa yang memilukan cara kematian itu satu kekejaman.Melihat anaknya yang masih kecil menyebabkan ramai yang hadir ke majlis pengkebumiannya menitiskan air mata.Bukanlah mudah bagi saya yang turut menyaksikan detik itu namun yang menanggung beban tentunya lebih lagi. Beliau dimaklumkan baru melakukan kerja sambilan tersebut empat hari.mempunyai enam anak berusia empat bulan hingga 17 tahun. anak sulungnya sedang mengambil SPM hari ini di SM Raja Perempuan Taayah Ipoh. Beliau melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan menyambung pelajaran PJJ. CCTV menunjukkan beliau sempat berjalan meminta tolong sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.Moga Allah merahmati beliau dan memberi ketenangan serta kesabaran kepada keluarganya.

Selasa, 11 November 2008
MENGAPA SOMBONG???
'Aku tau la... Aku lebih dulu makan garam dari hang'. Sesuatu yang biasa kita dengar dalam masyarakat.Ia antara tanda kesombongan diri...Mengapa kita sombong?? kerana merasa diri lebih dari orang lain. Tidak pernah bermuhasabah diri....
Kisah Iblis yang enggan sujud hormat kepada Adam memang diketahui umum kerana kesombongannya. Dia merasa lebih baik kerana di cipta dari api sedangkan Adam dari tanah.Dia barangkali terlupa dalam kebanyakan hal.... tanah mampu memadamkan api. Tanah lebih keras dari api... dan tanah yang dibakar api lebih keras dari sebelumnya.

Dalam suatu kisah, seorang panglima perang kepada Hajjaj bin Yusof, Muhallab bin Abi Safrah....berjalan dengan kesombongan dan kemegahannya...tiba tiba ditegur oleh seorang Tabiin bernama Mutharrif" Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berjalan dalam keadaan sombong". Muhallab yang menjawab" Kamu kenal kah siapa aku??." Mutaharrif dengan spontan menjawab " Aku kenal kamu seorang yang berasal dari benda yang hina(air mani), membawa benda yang hina( najis) dan akan kembali ke tempat yang hina(tanah). Muhallab yang mendengar jawapan itu terus terdiam.
Sufyan Astsauri pernah berkata " bagaimana seorang boleh sombong sedangkan dia keluar dari lubang kencing ( kemaluan ayahnya dan kemaluan ibunya) sebanyak dua kali? Andai kita sedar siapa kita, wajarkah kita merasa sombong?? Apalah yang ada pada diri kita. Andai kita miliki sesuatu yang lebih dari orang lain tentu ada yang lebih dari kita dan pastinya.... Allah lebih dari segalanya...
Rabiatul Adawiah pernah diajak oleh Hassan Basri bersolat di atas air... Rabiah menolak, kemudian dia mengajak Hasab Basri solat di atas angin... Hasan basri serba salah kerana dia tak mampu melakukannya... melihatkan keadaan Hasan Basri, Rabiah lantas berkata. " Apalah yang kamu hairankan? terapung di atas air yang engkau lakukan itu mampu dilakukan oleh seekor ikan sedangkan apa yang aku lakukan ini mampu dilakukan oleh seekor burung.

Ahad, 9 November 2008
PENTOMEN ALAM BARZAKH
Berita TV3 menyiarkan bantahan seorang ibu berkenaan tayangan video Alam barzakh yang ditontonkan kepada murid sekolah rendah ketika mengikuti program Bestari Solat. Menurut ibu tersebut kononnya tayangan itu menganggu emosi anak di bawah usia 18 tahun,. Dimaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan polis terhadap guru agama sekolah rendah Damansara. Ia seorang yang berstatus Dr. saya tak pasti doktor falsafah atau doktor perubatan. Ia ditemani oleh suaminya seorang lelaki inggeris muallaf barangkali. Melihat kepada cara bertudung si ibu pastinya ia bukan seorang yang baik amalan Islamnya.
Berita hari ini pula menyiarkan bantahan sebahagian ibu bapa dan juga guru terhadap pandangan ibu tersebut. Masing masing mempinyai hujah dan alasan tersendiri. Bagi saya alasan dan hujjah masing masing sememangnya dipengaruhi latar belakang khususnya amalan dan pegangan agama.
Saya memiliki salinan video tersebut. Kadang kadang saya menggunakannya ketika memgisi slot kepada remaja khususnya golongan yang bermasalah. Secara jujur, sememangnya pentomen tersebut memberi kesan kepada emosi penontonnya. Malah memang itulah tujuan ia dipersembahkan. Adalah sesuatu yang gagal jika seseuatu persembahan tidak menyentuh emosi penontonnya. Filem Indonesia yang mendapat sambutan ratusan siri seperti Bawang putih Bawang Merah yang kini diulang siarannya adalah kerana ianya menyentuh emosi walaupun rancangan tersebut banyak yang tak masuk akal dan bagi saya yang sesekali mengikutinya merasakan tak ada langsung pengajarannya.
Filem Hindustan dulunya mendapat sambutan kerana berjaya mengkesankan menontonnya. Apakah wajar sebuah pentomen yang sememangnya dibuat untuk menyedarkan serta menginsafkan tidak menyentuh emosi penonton. Barangkali masyarakat kita lebih suka sentuhan emosi khayalan berseronok atau mengalirkan air mata tentang kecewa percintaan sahaja? Bagaimana pula dengan cerita seram dan tahyul yang kini membanjiri industri filem Malaysia. Tidak menganggu emosi Penonton? Kisah Filem Harum Sundal Malam, Hantu Kg Pisang, Kekasih ku seru dan banyak lagi??? Ditayangkan tanpa pengawasan kadangkala. Pentomen Alam barzakh ditayangkan dengan pantauan guru agama!!!
Apakah pengharaman lagu selimut putih suatu ketika dulu akan berulang?? Tidakkah anak menjadi takut meninggalkan solat kerana azab kubur itu sesuatu yang baik??? Atau ada ibu bapa yang ditegur oleh anak kerana tak solat dan menutup aurat rasa tercabar. Penyelesaiannya meminta tayangan itu dihentikan. Apapun kita menanti reaksi dari kementerian Pelajaran. Apakah tekanan golongan Sebegini akan diberikan perhataian?? Entahlah...kuasa guru mendidik dengan hukuman telah dihalang...kini Psikologi tentang janji azab bagi yang derhaka pula dipersoalkan... Kita menanti apakah bentuk generasi kelahiran Kementerian Pelajaran hari ini setelah di ubah dari Kementerian Pendidikan.... Apapun..keputusan yang akan diambil akan menggambarkan sebahagian dari sifat sebenar pemimpin dan masyarakat kita...Tunggulah....

Khamis, 6 November 2008
HARAPAN BUAT OBAMA?
Kemenangan Barackk Obama dalam pilihanraya Presiden mungkin tidak dipedulikan oleh rakyat Malaysia. Bagi kita yang penting kini ialah memerhatikan masa depan Malaysia di bawah Najib Tun Razak yang dikenali berada di bawak ketiak isteri. Ia buykan rahsia.
Walau apa pun, kemenangan presiden Amerika itu sesuatu yang mesti di beri perhatian. Sebabnya ialah Amerika ialah kuasa besar dunia. Segala yang berlaku kepada Amerika akan menimpa negara lain. buktinya ialah krisis ekonomi sekarang ialah lanjutan apa yang berlaku kepada ekonomi Amerika. Yang lebih penting, sebagai muslim kita mesti menjadi orang yang peduli apa yang berlaku kerana hubungan Islam tidak disempadani oleh geografi. Hati kita di seluruh dunia sesama ummat Islam. Cita cita kita ialah Khalifah Islam kembali tegak menguasai dunia... Itulah sifat muslim sejati!!!
Barack Obama ialah keturunan Muslim dari ayahnya Husein Obama warga Kenya. Darah Muslim mengalir dalam Obama biarpun beliau seorang Kristian. Kita tidak mengharap sesuatu yang luar dari realiti dari Obama, namun janjinya menjalin hubungan dengan negara Islam khususnya Iran, mengkaji penjara Guatanamao dan membawa pulang askar dari Iraq dan Afghanistan diterima majoriti rakyat Amerika. Itu sebahagian janji selain memulihkan ekonomi. Obama diterima dengan dasar yang dibawa sepanjang kempen. Jika dia mungkir dia mengkhianati harapan rakyat Amerika.
Lebih menarik, Obama ialah seorang berkulit hitam yang dulunya adalah kelas kedua di Amerika.Mereka dibawa ke Amerika menjadi hamba. Saya masih ingat cerita yang ditayangkan RTM masa kecil dulu- Kunta kinte - kalau tak silap. Gambaran kehidupan warga kulit hitam di Amerika . Warga Amerika terpaksa menerima hakikat kini mereka yang membawa warga kulit hitam. Kini mereka melihat warga kulit hitam sebahagian dari mereka. Yang penting kulit hitam telah menerima mereka sebahagian warga Amerika dan menganut fahaman Amerika.
Bagaimana kita. Secara rela atau paksa, Pemimpin negara dulu telah mengkhianati rakyat dengan memberikan kewarganegaraan kepada bangsa India dan Cina. Kini keturunan Cina dan India sebahagian kita. Mereka tidak bersalah.Mereka mempunyai hak kerana mereka adalah warga yang sah. Cuma kita memiliki undang undang bahawa rakyat Malaysia yang menjadi MB dan PM mestilah Melayu. Dalam Undang undang diterima Malayu adalah Muslim dan muslim adalah Melayu. Jika Cina dan India itu Muslim wajarkah kita meletakkan mereka di kelas kedua sedangkan mereka telah menyembah Allah seperti kita???
Kini dunia telah menolak semangat perkauman sebagaimana Rasulullah menghapuskan semangat bangsa ini dulu. Mahu atau tidak kita tak boleh lari dari kenyataan apatah lagi tuntutan Islam. Politik perkauman telah ditolak. Bukan hanya di Amerika, namun seluruh dunia. Mengapa di negara kita masih berbau perkauman ??? Kita masih menjunjung Bangsa walaupun bangsa kita mengkhanati kita dan menzalimi bangsa lain. Keadilan kah itu??? Apa yang penting keterbukaan ini memberi ruang kita menterjemahkan Islam yang hakiki kepada mereka tanpa mengira bangsa. Ini kewajipan kita.
Berbalik kepada Obama, kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya, namun kita mengharapkan beliau menghargai sokongan warga Musli Amerika kepadanya. Jangan mengkhianati mereka sebagaimana kita dikhianati pemimpin sebangsa kita lebih 50 tahu lamanya......

INAI DI JARI.

Soalan; ustaz, saya ada kemusykilan berkaitan dengan hukum meletakkan inai berukir di tangan. Adakah ianya dilaknat Allah? Mohon penjelasan dari ustaz. Terima kasih ya ustaz.
Jawapan;
Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya.[1] Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah.[2] Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah.[3] Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.
Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.
Nota kaki;
[1] Hendaklah dipastikan bahan itu bersih dan tidak menghalang air dari sampai ke kulit semasa mengambil wudhuk.
[2] Hukum makruh ini menjadi pegangan ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie.
[3] Antara yang mengharuskannya ialah ulamak-ulamak mazhab Hanbali.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:13 AM
Rabu, 5 November 2008
MENYINGKAP YANG TERSIRAT.
MEMBACA YANG TERSURAT DAN MENYINGKAP YANG TERSIRAT. Itulah pengenalan blog saya. Keyakinan dan cita cita saya. Ada yang sesekali bertanya maksudnya. Izinkan saya berkongsi apa yang saya rasa ....
Apakah kamu menyangka kami menciptakan kamu sia sia sahaja?Dan kamu tidak kembali kepada kami? almukminun 115.
Di atas prinsip tersebutsaya meyakini sesuatu yang terjadi pasti ada sebab dan rahsianya. Mencari hikmah akan menambahkan iman kita walaupun itu bukan syaratnya. Erti Ihsan juga memahamkan kita erti menyembah Allah seolah melihatnya... bukan beerti kita nampak kewujudan Allah... na'uzubillah... namun melihat ciptaan Allah menjadikan kita ingatkan Allah ..itulah Ihsan.
Kita hidup di zaman yang terlalu banyak kekeliruannya."Zaman kebaikan disangka kejahatan orang amanah disangka khianat dan orang khianat disangka amanah." Apatah lagi peranan media yang menguasai masyarakat.... memperlihatkan artis sebagai golongan yang perlu dijadikan model sebaliknya golongan agama sebagai bermasalah... bomoh dikaitkan dengan gelaran Ustaz. Ulama dikatakan gila kuasa...minta bayaran lebih.... pemecah belah.... dan seribu satu label kejahatan disangkutkan kepada mereka.
Ramainya golongan munafiq... Hati mereka benci Islam namun mulut mereka manis memuji Islam. Banyak rahsia mereka dalam surah Al Baqarah dan Al Munafiqun. Andai kita melihat selapis kita aka tertipu... benarlah kata Allah... Apabila kamu melihat mereka kamu menjadi taajub pada diri mereka... apabila mereka berkata kamu terpesona mendengar kata kata mereka..(al munafiqun 4).
Diri kita sendiri penuh rahsia... penciptaannya dan segala yang terjadi padanya. Islam menggalakkan kita bermuhasabah... muhasabah ialah merenung rahsia dan hikmah yang terjadi... menjadikan iman kepada Qadha dan Qadar sebagai sempadan... itulah jalan menambah iman dan menjadikan kita akan pasrah terhadap apa yang terjadi, berusaha melaksanakan apa yang kita inginkan sebelum ianya terjadi.
Kesimpulannya.. secara ringkas.. saya mengharapkan kita menjadi orang yang peka dan sensitif terhadap apa yang berlaku terhadap diri kita dan sekeliling kita. Sebagai mukmin pastinya kita akan bertindak balas dengan apa yang terjadi.... bertaubat andai itu dosa... bersyukur andai itu nikmat dan bersabar andai itu ujian. Marah jika itu maksiat.. suka dan membantu andai itu taat.Dan pastinya setelah TERSURAT APA YANG TERSIRAT... kita mempunyai sikap dan pendirian yang jelas dalam menentukan sokongan dan tindakan kita... kerana semua itu akan dipersoal oleh Allah yang Maha Esa

Selasa, 4 November 2008
KHUSYU DALAM SOLAT
Kertas perbincangan yang di bentangkan dalam program di masjid Taman Meru Ipoh.
SOLAT – AMALAN HATI – MELAKSANAKAN PEYEMPURNAAN DAN MENCARI KHUSYU’.
- Kata Al Ghazaly – Orang yang tidak khusyu’ di dalam solat adalah sia sia belaka kerana tidak merasa gerun ketika melakukan keji dan mungkar.Solat adalah munajat ( berbisik) seseorang dengan Allah.
- Seseorang yang tidak khusyu’ samalah seperti seseorang yang mengigau dalam tidur.
- Khusyu’ dalam solat adalh roh kepada solat. Tanpa khusyu’ seumpama menyembahkan sesuatu yang tidak bernyawa kepada Allah.
Dalil – Al mu’minun 1-2. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman . iaitu mereka yang khusyu didalam solat mereka.
Mencari khusyu’
Secara ringkasnya ada enam perkara ;
01. Hudhur al Qalbi (hadhir hati)
02. Tafahhum ( Memahami bacaan).
03. Atta’zim ( Membesarkan Allah)
04. Al Haibah ( Gerun dengan kehebatan)
05. Al Khauf wa Arraja’ (Takut dan Mengharap)
06. Alhaya’ ( Malu)
a)Sebelum solat.- Bersedia dan menanti menunaikan solat.- Menyahut seruan azan seumpama dipaksa hadhir ketika panggilan perhimpunan mahsyar.
- Berwudhu dengan sempurna- elakkan pembaziran.
b) Ketika solat - Berdiri dengan kehinaan- Bayangkan berdiri di mahsyar.penuh kehinaan.
- Takbiratul ihram dengan membesarkan Allah. Buangkan ingatan perkara lain kerana mengingati perkara lain beerti membesarkan selain Allah.
- Hanifan Musliman dalam Iftitah- Pengakuan sebagai muslim yang menghadap seluruh hidup sebagai ibadah.
- Himmah (kemahuan/ semangat) dalam solat.
- - Fatihah – dialog dengan Allah.
- Membatasi pandangan.
- Solat dalam keadaan merasa diri bersalah.
- Ruku’ dan sujud dalam keadaan penyerahan diri yang bersalah.Mengingati asal kejadian dari tanah ketika sujud.
- Mengulangi tasbih agar hati lembut sambil memahami ungkapan tasbih.
- Sujud sebagi sujud terakhir dalam hidup.
- Membayangkan Rasulullah di hadapan ketika tasyahhud- Salam ke atas nabi.Tajrid ataumengosongkan selain dari memberi ruang rasulullah hadir didalam hati sebagai sesuatu yang lebih penting.
- Solat seumpama meninjau negeri akhirat.
c) Selepas Solat- Mengharapkan dapat hidup untuk solat yang seterusnya.
SEMOGA KITA DIKURNIAKAN SOLAT YANG KHUSYU’

Sabtu, 1 November 2008
HUKUM BOHONG SUNNAT
BOHONG SUNAT
Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih
Jawapan;
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.
Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).
Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Azkar, Imam an-Nawawi.
2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 16, kitab al-Birri wa as-Silah.., Bab Tahrim al-Kazibi..
3. Raudhatul-Muttaqien, Syeikh Abdul-Qadier ‘Irfan, jil. 1, bab al-Islah baina an-Naas.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:49 PM

Langgan:
Catatan (Atom)