Isnin, 17 November 2008

API PERKAUMAN

“Takkan Melayu Hilang di Dunia” antara ungkapan yang kononnya dilafazkan oleh Hang Tuah. Sejauh mana kebenarannya Wallah hu A’lam. Yang pasti, ianya dijaja seumpama satu hadis dikalangan Nasionalis melayu. Kewujudan Hang Tuah itu sendiri diragui, malah yang menerima kewujudannya meragui kemelayuan Hang Tuah dan rakan-rakannya. Nama hang tiada dalam nama melayu.. yang paling hampir di zaman itu dan diterima sejarah dengan nama Hang ialah Hang Li Poh. Sebab itu ada yang menyatakan Hang Tuah dan rakannya ialah pengiring Puteri Hang Li Poh. Orang melayu tidak bernama Hang di Melaka. Yang ada hang di Kedah…. Hang (kamu)

Apa tujuan sebenar ungkapan tersebut dicipta tidak diketahui. Yang diyakini ialah menaikkan semangat orang melayu. Perlu diingat, penjajah telah menyediakan bom jangka di tanah jajahannya ini dengan mewujudkan sentiment perkauman. Ia pernah meletus dengan peristiwa 13 Mei 69. Ada keuntungan politik disebalik peristiwa berdarah itu. Mestilah kepada pemerintah. Yang menjadi mangsa ialah rakyat.

Dalam system pendidikan dikatakan antara rangka matlamatnya ialah menyatukan bangsa di Malaysia. Kemuncaknya ialah sekolah wawasan. Namun yang peliknya kita ditanam dengan semangat perkauman yang tinggi ketika menghadiri kursus anjuran Biro Tatanegara- agensi kerajaan. Apakah di satu pihak mereka membina dan dipihak yang lain meruntuhkannya??? Apa tujuan sebenar????

Barisan Nasional diwujudkan bertujuan menyatukan rakyat pelbagai bangsa dalam satu parti, namun jelas kewujudan UMNO dengan melayunya, MCA dan GERAKAN dengan cinanya dan MIC dengan Indianya saling meniupkan api perkauman. Operasi Lalang adalah kesan dari percakaran perkauman yang wujud antara kompenan pearti tersebut. Mangsanya rakyat ..khususnya pemimpin pembangkang…Yang untungnya tetap pemerintah.

Penubuhan Pakatan Rakyat secara tak dirangka dengan tersusun dalam pilihanraya ke 12 membawa lembaran baru dalam penyatuan kaum dikalangan rakyat Malaysia. PAS mewakili Melayu Islam, DAP mewakili parti cina dan PKR antara keduanya. Walaupun ketiga parti secara asasnya tidak dibina dengan perkauman. DAP ialah parti pelbagai kaum, PKR jua begitu, Cuma PAS dilihat kemelayuan namun hakikatnya ia bukan parti melayu …. Namun Islam tanpa ras bangsa. Kini PAS telah memiliki kelab penyokong dari kalangan bukan melayu dan bukan islam yang mencecah 20 ribu penyokong. Pemudanya telah menubuhkan kelab penyokong muda bukan islam.

Di saat terlihat cahaya penyatuan kaum pelbagai bangsa kini, api perkauman ditiupkan kembali. Ketua Bahagian Bukit Bendera dari UMNO dalam kempen di Permatang Pauh menghina kaum Cina hingga membangkitkan kemarahan Cina. Dijawab pula oleh ketua wanita GERAKAN yang juga timbalan menteri Penerangan dengan menuduh Melayu juga pendatang. India pula dilebel dengan samseng.

Kini budaya samseng bangsa seakan dihidupkan kembali. India dengan samsengnya, cina dengan kongsi gelapnya, melayu dengan persatuannya. PAKIDA adalah pertubuhan melayu yang mendominasi perkauman. PAKIDA kini terbahagi dua. Golongan lama denagan semangat asal penubuhannya dan kumpulan baru dari kalangan muda yang tidak memiliki Islam sebagai benteng perkauman. Golongan ini mempunyai baiah yang kuat. Taat setia dan tak akan mengkhianati ketua. Bahayanya ketua itu sebahagiannya tak memiliki jiwa Islam. Malah kini ramai yang tak bersembahyang jamaah. Sembahyang sendiri??? Walla hu A’ lam. Golongan muda adalah sasaran mereka. Saya mengetahuinya kerana saya banyak melibatkan diri dengan dakwah golongan muda. Itu yang sampai di telinga saya.

Apa yang membimbangkan ialah ianya dijadikan bom jangka meletuskan api perkauman sekali lagi demi menyelamatkan politik kerajaan BN. Diharapkan semua pihak dapat bekerjasama menjalinkan hubungan antara kaum ini. Sepatutnya keterbukaan bangsa lain terhadap kaum melayu khususnya dijadikan ruang memperkenalkan Islam kepada mereka… bukan hanya untuk politik. Semoga semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab agama dari rasulullah ini.

Tiada ulasan: