Sabtu, 1 November 2008

HUKUM BOHONG SUNNAT

BOHONG SUNAT

Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih

Jawapan;

Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)

Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Azkar, Imam an-Nawawi.
2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 16, kitab al-Birri wa as-Silah.., Bab Tahrim al-Kazibi..
3. Raudhatul-Muttaqien, Syeikh Abdul-Qadier ‘Irfan, jil. 1, bab al-Islah baina an-Naas.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:49 PM

11 ulasan:

Assiddiq berkata...

salam..ni sy nak tanya skit.. bab berbohong gak.. camne kalo kita berbohong untuk melega kan perasaan..kalo tak tipu perasaan kita,fikiran kita jadi terganggu.. ni masalah tipu pasangan sy..sy syg sangat kat die.. jadi die ni prangai agak kebudakkan..sy takut dia tinggal kan sy so sy tipu sy ni ada pyakit..walhal tipu..camne tu ya?

muhammad hilmi zolkifli berkata...

salam ziarah dari ana..

Erm.. ana nk tanya pendapat ustaz.. bagaimana caranya kita ingin bertemu dengan guru yg betul2 mursyid yang betul2 boleh pimpin kita memahami Islam secara total supaya kita dapat mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan menyampaikannya kepada masyarakat sekeliling.. kalau boleh,ana mintak tolong ustaz emailkan ke awe_kmehe@yahoo.com..

Ana mengalami sedikit masalah untuk mencari guru yg betul2 mursyid yang boleh menamkan fikrah yang sebetulnya untuk diri ana. Ana juga keliru dgn sesetengah pendapat yang mengatakan usrah itu merupakan satu diskusi yang hanya membincangkan berkenaan ilmu yang dikupas di dalam buku dan saya musykil, adakah dengan kupasan ni, para ahli2 usrah akan faham bkenaan Islam apatah lagi bg ana yang terlalu cetek pengetahuan agama Islam dan mengalami masalah untuk mencari murobbi yang betul2 mursyid bagi memimpin kami mengenal Islam,mengamalkan 100% Islam dan menyebarkan Islam dgn cara yang betul berdasarkan ilmu yang betul.. Wallahuanlam

muhammad hilmi zolkifli berkata...

‘Menempuh jalan suluk’ berarti memasuki sebuah disiplin selama seumur hidup untuk menyucikan qalb dan membebaskan nafs (jiwa) dari dominasi jasadiyah dan keduniawian, dibawah bimbingan seorang mursyid sejati (yang telah meraih pengenalan akan diri sejatinya dan Rabb-nya, dan telah diangkat oleh Allah sebagai seorang mursyid bagi para pencari-Nya), untuk mengendalikan hawa nafsu, membersihkan qalb, juga belajar Al-Qur’an dan belajar agama, hingga ke tingkat hakikat dan makna.

bagaimana ingin mengenal diri??
bagaimana nk mencari mursyid sejati yang telah mengenal dirinya sendiri.. Ana buntu.. help me!!

Tanpa Nama berkata...

Salam mat Din, Tikah dan Dayah. Terima kasih kerana sudi mengunjungi ruang perkongsian saya....
Walaupun bohong ada ruang keharusan, namun ia bukan sikap yang baik. Bohong diharuskan dengan tujuan yang baik..perhatikan petikan artikel;
""Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). "".
- Kalau dia tak tinggalkan saudara kerana menyangka saudara sakit ..itu simpati... bukan sayang. Malah jika kebenaran terserlah dia mungkin lebih marah kepada saudara.

02. Berterus terang adalah sifat orang yang berani.Menghadapi kenyataan adalah lebih baik dari kita terus berpura.

Kesimpulan.. Jika perasaan tak lega jika tak berbohong itu bahaya kerana berbohong itu tetap sifat tercela.- Buatlah sesuatu yang ikhlas menunjukkan kasih sayang dari menipu. Saya tidak nampak tipu begini harus. banyak cara lain lagi. saudra mesti berani... sikap mengharapkan simpati bukanlah sifat orang yang tabah.Saya yakin keikhlasan dari hati mampu menawan hati. Ia lebih bersifat kekal tanpa kita diburu kebimbangan tipu kita diketahui. Wallah hu A' lam.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Muhammad Hilmi.. InsyaAllah saya akan ambil masa untuk email saudara dalam minggu ini.

Assiddiq berkata...

alhamdulillah.. insyaALLAH.. akan sy jadikan agama dan akidah berasas kan ketakutan sy pada ALLAH untuk menghadapi cubaan ni..sesungguhnya azab ALLAH tu amat pedih..syukur dgn jawapan ustaz.. sy betol2 truja ngan blog ni.. maybe sy akan jadi ahli tetap blog ni insyaALLAH..syukur dgn KEKUASAAN ALLAH.. Terima kasih ustaz..Harap ustaz di redhai oleh ALLAH di dunia dan di akhirat.. insyaALLAH..

Ustaz..kebimbangan sy..sy xnak jadi munafik dan mensia2 kan ibadah amal yg ALLAH izinkan sy lakukan..Sia2..Walhal solat tu mencegah kemungkaran..Tapi sy tetap terjatuh dosa..bermakna sy ni still hamba yg tidak diredhai..sy akan terus berusha untuk mencari jalan yg lurus dan betol..insyaALLAH.. Terimaksih skali lagi ustaz.. alhamdulillah..

Assiddiq berkata...

alhamdulillah.. sy telah menceritakan hal sebenar.. dgn kehendak ALLAH yg MAHA SUCI..macam yg sy agak..perasaan yg tak tenteram.. tapi sy jadikan perasaan ni kelemahan sy sebagai manusia dan terima..kerana kerunsingan dunia ni hanya sementara..dari kerunsingan AKHIRAT yg KEKAL ABADI.. ALLAH ya rabbi~ LEMAH NYA HAMBA MU INI..BERDOSA..SESUNGGUH NYA KAMI GOLONGAN YG ZALIM..DAH LAMA SAYA SOLAT HAJAT DGN IZIN ALLAH MINTAK KEKUATAN KEYAKINAN DARI NYA..DAN DIA JADIKAN MELALUI USTAZ..ITU LA CARA ALLAH.. TRIMAKASIH USTAZ..

Tanpa Nama berkata...

Mat Din... Kata seorang sufi... bagaimana aku mungkin merasa lemah sedangkan aku punya tuhan yang Maha Kuat... Bagaimana aku merasa hina sedangkan aku punya tuhan yang maha Mulia....kekuatan kita kerana kita ada tempat mengadu. Andai tiada yang sudi mendengar... percayalah Allah sentiasa sudi mendengar keluhan hambanya.
Ketahuilah segala yang berlaku dalam ilmu Allah." Boleh jadi benda yang kamu benci itu baik bagimu. boleh jadi yang kamu suka itu buruk bagimu...Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (kalau tak silap albaqarah 126 )

Tanpa Nama berkata...

harap renungan saya di atas tu mampu membantu Mat Din

Assiddiq berkata...

salam ustaz.. alhamdulillah.. trima kasih banyak2.. terus terang sy cakap..ati sy..prasaan saya mmg tak keruan skarang.. tapi sy trima dan trima kerana ALLAH xjadikan satu perkara itu sia2.. Berdebar.. hati xkeruan.. huhu.. Entah la ustaz.. Keyakinan sy ari ada goyah ada x.. YA ALLAH..:")Ustaz Doakan sy ada kekuatan dlm menempuh dugaan ni ya? Tiada daya upaya kecuali pertolongan ALLAH YG ESA..trima kasih banyak2 ustaz..alhamdulillah..

Assiddiq berkata...

salam ustaz.. ustaz..hubungan kami dah putus.. slama setahun saya menipu.. mmg ni lah akibat.. kata org.. banyak duggan dalam nak memperjuangkan hukum dan agama ni.. kali ni sy trima kerana ianya ada hikmah.. :)