Khamis, 20 November 2008

KEMBALI KEPADA ALQURAN

Akhir akhir ini masyarakat kita kerap membincangkan tentang pembinaan insan. Suatu ketika dulu istilah masyarakat Madani kerapkali dibicarakan. Persekitaran perbincangannya sama. Membina manusia yang membina negara. Masyarakat Madani merujuk kepada masyarakat yang dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Ia juga merujuk kepada sebuah masyarakat yang bertamaddun.Mungkin seiring dengan istilah Hadhari.Bezanya hanya merujuk kepada Masyarakat dan satu merujuk Islam secara Langsung.

Islam Hadhari dibantah secara tak langsung oleh Assyahid Syed Qutb dalam Maalim fi Thoriq.Baginya Islam tidak memerlukan sesuatu yang indah untuk dipautkan kepadanya kerana Islam itu sendiri bersifat terlalu indah. Apatah lagi ianya bercanggah dengah struktur bahasa arab.Barang harus diingat istilah Islam ialah istilah yang langsung datang dari Allah SWT.



Pembinaan manusia adalah asas yang terkandung di dalam AlQuran. Manusia walaupun berbeza zaman dan kemajuannya, namun hakikat sifat manusia tak pernah berubah. Sifat inginkan nikmat yang kekal di dalam syurga diceritakan melalui kisah Adam dan Hawa. Dengki dan hasad melalui kisah Qabil dan Habil, sombong dan angkuh melalui kisah Firaun. Raja berharta dan berkuasa yang kufur dicontohkan melalui kisah Namrud dan Firaun, Raja taat melalui Dzulqarnain dan Sulaiman. Insan berilmu yang derhaka melalui Musa samiri, berilmu yang taat melalui kisah Luqman al hakim. Isteri taat disisi suami derhaka dalam kisah Asiah di sisi Firaun, Isteri derhaka di sisi suami Taat melalui kisah Nuh dan Luth. Anak taat di sisi ayah derhaka melalui kisah Ibrahim dan anak derhaka di sisi ayah taat dalam kisah Nuh as.semuanya di dalam Al Quran jika kita membaca dan mentadabbur nya.

Al Quran menyelesaikan masalah yang dihadapi semua golongan tersebut di atas. Akhirnya terbentuklah masyarakat yang terbina akhlak dan ketamadunan mereka.Ianya hanya dapat difahami apabila dirujuk kepada Al Quran.Selagi kita menjauhi al Quran , selagi itulah tiada jalan penyelesaian kemelut ummat ini. HANYA SATU!!! KEMBALI KEPADA AL QURAN!!!

Tiada ulasan: