Rabu, 26 November 2008

MAJLIS FATWA TIDAK DIHORMATI

Yoga bukan perkara baru di dalam masyarakat. Ianya telah mula diterima sebagai satu dari kaedah senaman yang dipercayai menghasilkan kesihatan malah memberi ketenangan dalam tingkatan senaman dan amalan yang lebih tinggi.Apapun di saat ia di terima masyarakat, negara dikejutkan dengan fatwa pengharamannya. Banyak pihak dilihat melatah.



Isu keraguan dan ketidakyakinan masyarakat terhadap fatwa bukan perkara baru. Ianya seakan satu bentuk berfikir masyarakat kini. Pengharaman Pengkid turut "riuh" seketika. Apa sebenarnya persoalan??

Beberapa fakta ketidakykinan itu hrus diberi perhatian.

01. Kelembapan majlis fatwa bertindakbalas dengan isu masyarakat.
Ianya hanya diberi perhatian setelah menjadi barah dalam masyarakat. Yoga buka amalan baru. Ianya amalan ribuan tahun dulu. Berkembang di Malaysia lebih dari 10 tahun. Apakah sebelum ini tidak disedari?? atau majlis Fatwa terpaksa mengambilkira sensitiviti beberapa pihak sebelum mengharamkannya? Apapun ianya tetap baik. cuma kerja yang dibuat terpaksa digandakan untuk memberi penerangan secara bersungguh sebab pengharamannya.

02. Keyakinan masyarakat terhdap majlis Fatwa.
Dalam beberapa isu majlis Fatwa agak memilih dalam berfatwa. Seakan ada pihak yang dijaga dan dipelihara kepentingan mereka. Isu ISA umpamanya menjadi isu besar dalam masyarakat. Akhir akhir ini bukan islam juga telah menentang. Tak kira parti Pembangkang atau kerajaan. Cuma parti orang Islam kerajaan dan akhir akhir ini NGO yang bernama islam turut menyokong dengan alasan islam. Ianya mengelirukan. Satu pihak Islam menyokong dan satu pihak menentang. Keduanya membawa hujjah Islam. Majlis fatwa sepatutnya menjdi pihak tengah!

03.Sikap masyarakat terhadap Islam.
Ummat islam kini berada di lembah dua persimpangan. Antara kejahilan Ummat dan pengkhianatan ilmuan Islam. Ummat Islam tidak lagi menjadikan hukum sebagai pemutus dalam semua isu mereka. Faham Rasionlisme ( mengikut akal) telah bertuhan kepada masyarakat moden. Selagi Rasional kebendaan atau hujjah yang boleh dilihat kesan buruknya tidak dibuktikan maka mereka sukar menolak.

04. Penguatkuasaan terhadap Fatwa
Penguatkuasaan adalah kunci kekuatan sesuatu fatwa. Tiada guna jika fatwa yang dikeluarkan sekadar memberi tahu tanpa tindakan. Fatwa pengharaman ratu cantik di Selangor bukan sahaja tidak dikuatkuasakan malah pihak penguatkuasa pula menerima tempiasnya. Semua pihak masih ingat Allahyarham Dato Ishak Baharum yang tidak disambung Kontrak (Dipecat!) kerana berusaha menguatkuasakannya.

Secara ringkas, penguatkuasaan adalah kunci penghormatan masyarakat terhadap sesuatu fatwa. Jika tidak, ianya akan terus dimainkan dan tidak dipedulikan dan akan tiba masanya Fatwa menjadi bahan lawak dalam masyarakat jika fenomena ini berterusan... bagi kita.. jujurkah kita menerima dan membincangkannya dengan menjadikan iman sebagai neraca??? sendiri jawablaaaaa...

Tiada ulasan: