Jumaat, 28 November 2008

MENCARI PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN

"katakanlah wahai Muhammad, Marilah kepada kalimah yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah, tidak mensyirikkannya dengan sesuatu... (Ali Imran 24). AlQuran membimbing dan terus membimbing, demikianlah mukjizat, sesuai sepanjang masa dan ketika.

Jika dicari perbezaan nescaya jurangnya semakin luas.Namun di mana persamaan di situlah kita bertemu. Andai perbezaan dijadikan perkara besar, saya yakin hampir semua rumah tangga akan musnah. Apatah lagi di awal perkahwinan. mennyatukannya mungkin mengambil masa 5 tahun barangkali.Saya selalu berhadapan klien sebegitu. Menyatukan cara hidup yang telah didik selama berpuluh tahun bukan mudah. Namun banyak rumahtangga kekal teguh. Antaranya menolak perbezaan dan mencari persamaan. Mungkin dipertahankan kerana sayang anak anak... akhirnya anak bertambah dan kasih sayang juga bercambah... rumah tangga kekal bergenerasi lamanya.



Di dalam aliran Feqah, terkadang ummat berbalah hanya kerana masalah kecil, matlamatnya sama mencari redho Allah. Wajarkah??? Isu bilangan rakaat Terawih masih menjadi isu yang memeningkan sebahagian yang ingin menghampiri masjid. Apatah lagi bila muncul isu bidaah. Gemparlah tok imam dan bilal. Tanah perkuburan terkadang menjadi medan perbahasan Talqin.wajarkah???

Jamaah Islam berselerak, begitu juga NGO Islam. masing masing dengan peranan masing masing. Bersatu itu indah. Namun menyerang dengan berbagai senjata,, pelbagai sudut lebih indah. Ada kalanya kepelbagaian adalah strategi. satu mati yang lain bertahan lagi. YANG PENTING JANGAN MENYERANG KAWAN SENDIRI!!! ianya bukan kebijaksanaan...

Berbalah dan bersusah payah mencari salah hanya kerana apa yang kita sangka tetap tidak wajar.Sewajarnya kita berlapang dada dengan kepelbagaian variasi medan dan wasilah perjuangan. Kepelbagaian pandangan dan medan bertujuan saling mengukuhkan bukan satu persaingan memusnahkan rakan seperjuangan.Bukankah kerana adanya pandangan mazhab selain Syafei memudahkan kita berzakat dengan wang ringgit hari ini?

BERSATU TIDAK BERMAKNA KITA SALING MENUMPU DISATU SUDUT. JIka di dalam sebuah kapal, maka, lebih mudah untuk berdayung jika kita berada di posisi yang berlainan. Di padang bola kita mesti mencari ruang dan memenuhkan ruang kosong. Jika berkumpul setempat, itu bukan kebijaksanaan namanya. Mungkin di waktu tendangan percuma kita bersatu di satu tempat, namun itu untuk pertahanan. Penyerang mesti mengambil tempat sendiri.Maknanya ... tidak beerti berada di satu kelompok itu sahaja melahirkan kekuatan.

Dunia maya kini memberi pelbagai pilihan. Mengatasi dunia maklumat cetakan. Kalau dulu... jika telah membeli satu akhbar, mungkin kita tak membeli akhbar lain kerana peruntukan. Namun dunia maklumat siber tidak begitu. lain orang lain citarasa. maka kejemuan di laman atau blog tertentu membolehkan mereka berubah ke laman lain.. YANG PENTING KITA MEMBANYAKKAN LAMAN AGAR SEMUA SUMBER MAKLUMAT DARI KITA.. tidakkah itu satu keuntungan??? bertambahnya medan bukan satu persaingan tetapi satu pilihan dan kepelbagaian. Banyaknya menu makanan tentu menambah selera... bukan memeningkan kepala.... yang penting semua menu yang kita hidangkan HALAL DAN BAIK!!!

Tiada ulasan: