Ahad, 23 November 2008

PULAU PANGKOR


Pangkor lagi. bermula jumaat hingga ahad saya bertapa lagi di Pulau Pangkor. Dah hampir empat bulan tak ke Pangkor. Biasanya sebulan sekali mesti ke Pangkor.. bertugas.. cuma akhir akhir ni agak sibuk...

Pangkor memang popular seantero dunia. Popular sejak dulu hingga kini... Dulu Pangkor menjadi destinasi perjanjian sekular pertama di Tanah Melayu. Sultan Melayu dipaksa menandatangani perjanjian melantik Inggeris sebagai penasihat... bermakna pemerintahan dan politik milik Inggeris... adat dan agama (kerohanian) milik melayu..

Itulah Pangkor yang dikenali pada tahun 1874. Kini di Pangkor ada Pangkor Laut yang dikatakan antara pulau tercantik di dunia. Saya hanya pernah memijak jauh di hujung pulau Pangkor Laut. itupun kawasan yang tak dimajukan. singgah dengan kayak je...

Pangkor kini destinasi perlancungan, jua kawasan memancing... tapi Kota Belanda di Pangkor adalah bukti Pangkor pernah mencatatkan sejarah hitam penjajahan yang menghitamkan warna Islam dalam jiwa melayu.....

Tiada ulasan: