Khamis, 13 November 2008

SEKADAR PANDANGAN.

Ketika ini sidang DUN sedang berlangsung dengan pergulungan. YAB MB begitu bersungguh membuat pergulungan. Dalam masa yang sama ADUN pembangkang begitu bersungguh menganggu ucapan tersebut dengan soalan yang bukan soalan sebaliknya gangguan. Contoh terlalu banyak.... Kubu Gajah ( R Ahmad Zainudin) adalah seorang yang dianggap "kurang berakhlak". Menggunakahan peraturan dewan sebagai helah mengemukankan dakwaan MB berbohong... Sesekali nampak macam cerdik...namun akhirnya kebodohan itu terserlah jua. Sayangnya timb speaker terlalu berlembut.

Speaker dewan telah menunjukkan peningkatan keyakinan dan keberanian yang ketara. Mungkin selepas ini perlu mengambil tindakan jika perlu kepada yang biadap seperti Kota Tampan dan Kubu Gajah. Walaupun tindakan berhemat perlu namun sesekali sikap biadap mesti diajar.

Satu perkara yang mungkin membosankan apabila YAB MB banyak memberi ruang mencelah yang digunakan untuk menghentam kerajaan. Ruang dan keterbukaan YAB MB telah disalahgunakan. Sikap ini adalah suatu yang melampau.Semoga keterbukaan ini boleh difikirkan kembali...

Bukan apa...geram nengoknya.....

Tiada ulasan: