Sabtu, 29 November 2008

TELADAN DARI KHALID ALWALID

Sejarah tetap sejarah. Namun sejarah peribadi didikan Rasulullah terlalu indah. Indah untuk dikenang, manis untuk di bayang, dan pastinya terlalu agong untuk diteladani.
Ianya bukan lakonan. Ianya satu keikhlasan. Mereka mempunyai pandangan tersendiri, namun mereka memuliakan pandangan sahabat lain. Cinta mereka mengatasi cinta diri sendiri. Jihad mereka bukan memburu ghanimah duniawi.
Nama empat sahabat agong khalifah Arrasyidin memang tiada tolok bandingnya, namun terlalu banyak nama lain mengukir dan melakar sejarah perjuangan unik ini. Benarlah kata Assyahid Syed Qutb Mereka adalah generasi Al Quran yang unik. Hasil tangan didikan langsung dari Rasulullah SAW. Antaranya Khalid Al Walid.
Indahnya membaca kisah Khalid Alwalid. Sejarah hidupnya penuh kegemilangan di medan peperangan. Dari zaman Jahiliah, beliaulah perancang menyebabkan medan Uhud menjadi medan muhasabah sepanjang masa pejuang Islam. Di kemuncak karier sebagi panglima tentera, di tengah medan peperang sedang bergelora, sampai berita pertukaran pimpinan perang. Khalid dilucutkan jawatan. Hanya tentera biasa. Semuanya percaturan politik saidina Umar alkhattab.
Bermusuhkah Umar dengan Khalid??? Tidak!!! Hilangkah kepercayaan Umar kepada Khalid??? Tidak. Curigakah Umar kepada Khalid??? Juga tidak!!! Apa perlu jawatan Khalid dilucutkan? Dia tidak pernah mengkritik Umar. Atau mengkritik orang kepercayaan Umar. Apabila ditanya tentang tindakan Umar…. Jawapan mudah… tanda betapa ikhlasnya Khalid Al Walid “ Aku berjuang bukan kerana Umar. Aku berjuang kerana Allah”
Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid. Terlalu agongnya cinta Khalid kepada perjuangan Islam. Kalau Khalid mengkritik Umar, Khalid punya alasan yang kuat. Namun Umar jua punya alasan tersendiri. Tindakan Umar kerana sayangnya Umar kepada perjuangan. Umar mahu menjaga perjuangan. Memastikan halatuju perjuangan di landasan yang benar. Tindakan Umar ialah tarbiah buat tentera agar mereka menyedari bahawa kemenangan tentera Islam adalah kerana pertolongan Allah, bukan kerana kehebatan Khalid.
Pernahkah Khalid mendakwa kemenangan Islam kerana kebijaksanaan atau kepimpinannya?? Atau pernahkah Khalid mengkritik pemimpin pasukan tentera lain yang mungkin tidak sehebat percaturan Khalid atau kemenangan yang diperolehi Khalid?? Tidak… tidak… tidak sama sekali… Jauh sekali untuk Khalid bertemu musuh meluahkan kekecewaannya. Alangkah indahnya keperibadian Khalid Al Walid!!! Semoga kita semua mencontohi Khalid Al Walid walu kita bukan bernama Khalid!!

Tiada ulasan: