Selasa, 30 Disember 2008

ISA BABI, BABI ISA?

Ribut tak, hujan pun gerimis je, tiba tiba PERWARIS muncul dengan anti babinya. Berjuang untuk meminta Presiden PAS dan DS Anuar Ibrahim campur tangan dengan isu babi di Melaka. Ketika menerima memorandum bagi pihak Presiden PAS abg Mat Sabu sempat menyindir, "hantar memo babi pakai baju kekalkan ISA.




Memang babi terlalu sensitif bagi masyarakat melayu. Kekadang saya tak tergamak menggunankan istilah membabi buta, saya lebih selesa menggunakan istilah MengKHINZIR BUTA. Entahlah nak masukkan ke kamus mana? Babi semakin di benci apabila munculnya JE. Limau bali Tambun antara yang terkesan kerana dikatakan ladang limau gunakan najis tahi babi..Wallu hu A'lam..tetapi memang pun ada ladang babi dalam ladang limau bali Tambun dulu...kesannya masih ada hingga kini.

Apa yang lucunya PERWARIS melayu ni tak mahu babi tetapi mahu ISA. Kawan saya pernah kata "BABi betul la ISA!. Saya cuba membuat pertimbangan dengan sikit akal kurniaan Allah, antara babi dan ISA mana lebih teruk???




Babi najis, najis mughallazah. haram dimakan. tetapi di saat mudharat babi boleh dimakan dan najis babi boleh dihilangkan dengan mensucikannya.

ISA zalim. Menangkap orang tanpa di dakwa, anaknya terinaya, isterinya menderita. Tiada seharipun anaknya tak berduka di saat sang ayah terpenjara tanpa bicara di Kemunting, Tak sedetikpun si ibu bergembira di kala suaminya terkurung di balik tabir batu.Saya berusaha mencari dalil yang memungkinkan ISA menjadi luntur kezalimannya seperti babi yang boleh di makan di kala darurat. Masihkah kita ingat bagaimana seorang anak gadis meninggal dunia tanpa ayah di sisi? ayah hanya datang dengan tangan bergari setelah anak gadis tak bernyawa lagi??? Entahlah...

Bagi saya... ISA adalah babi bagi segala Babi... dan cadangan saya..mari kita pindahkan ladang babi di Melaka ke Taiping...Penjara Kemunting dan bebaskan tahanan ISA.... Pilihlah wahai PERWARIS!!! atau kalau masih sayangkan ISA..kita letakkan BABI dengan pejuang dan AJK PERWARIS dalam kandang ISA di Kemunting

FALASTIN BUMI JIHAD

Tika dan saat ini tiada lain yang mendukacitakan hati para mukmin melainkan apa yang terjadi kepada ummat Islam Falastin khususnya di Semenanjung Ghazzah. Di saat kita bergembira menyambut kedatang awal hijrah dengan kesyukuran , mereka menyambut tahun baru dengan rintihan kematian para syuhada'. Mungkin kita mampu malaungkan seruan kembali kepada semangat hijrah dengan bermacam bentuk hijrah, namun bagi warga Falastin, Hijrah mereka hanya jihad menghalau Yahudi dari bumi barakah tersebut.




Andai ada di kala ini penceramah yang mengegarkan medan Forum atau ceramah dengan seruan hijrah tanpa menyentuh isu Falastin, sewajarnya seruan itu dilupakan kerana jelas penceramah tersebut tiada kasih kepada Falastin. Kasih kepada saudara mukmin adalah tanda iman. malah jika tidak kasih kepada sesama mukmin bukti tanda tiada iman. Berhentilah menjadi pendakwah jika hati tidak tersentuh dengan apa yang menimpa saudara seagama mereka di bumi jihad tersebut. Atas apa alasan pun , di waktu ini mengingatkan ummat terhadap bumi Falastin adalah kewajipan pendakwah.

Sememangnya tidsa damai antara mukmin dengan Yahudi di bumi Falastin. Yahudi tetap Yahudi. Sejak dahulu sejarah negara haram Yahudi memastikan serangan gila tanpa perikemaknusiaan pasti berlaku apabila berganti Perdana Menteri. Di hujung riwayat pemerintahan, PM akan agak berlembut, dan turun dari kuasa dengan kononnya bersedia berdamai. Umast Islam terus tertipu dan tertipu, sayangnya mereka tidak mengambil pengajaran dari pesanan Rasulullah " tidak akan disengat orang mukmin di dalam lubang yang sama untuk kali yang kedua."

Sebagai mukmin, rasa cinta sesama ummat seagama mesti dibuktikan, Bagi yang turun berdemonstrasi TAHNIAH diucapkan, bagi yang terhalang, ayuh mainkan peranan anda semampu yang mungkin.

Isnin, 29 Disember 2008

SALAM HIJRAH

Beberapa hari ini jadual ceramah berkaitan hijrah memenuhi masjid dan surau. Biasanya pengajaran tentang hijrah adalah menu utama penceramah. Bagaimana berlakunya hijrah dan individu yang terlibat dengan hijrah akan dibincangkan. Ada yang keterlaluan sehingga berlaku tokok tambah dalam penceritaan.

Satu perkara besar yang barangkali terlepas pandang pada penceramah ialah tentang asas berlakunya hijrah. Tidak dinafikan iman ialah asas hijrah. Namun jika kita pergi lebih awal dari peristiwa hijrah ialah permulaan yang membawa kepada islamnya orang yang mengundang Rasulullah dan orang Islam Mekah berhijrah ke Yatsrib.

Orang Yatsrib yang datang ke Mekah sebenarnya telah ada pengetahuan tentang Islam dan Rasulullah. Mereka mengenali diri Rasulullah dari ahli kitab Yahudi yang bertebaran di Madinah. Mereka mengenali rasulullah melalui ilmu berbanding orang Mekah yang mengenali Rasulullah melalui jasad dan tubuh badan baginda. Orang Mekah menolak Rasulullah walaupun mengenali peribadian serta asal usul Rasululullah yang mulia. Orang Yatsrib mudah menerima rasulullah lantaran mengenali Rasulullah melalui ilmu. mengenali kebenaran melalui ilmu jauh lebih beerti dari mengenali batang tubuh baginda. Inilah perbandingan semasa bagaimana orang melayu yang islam keturunan dengan orang yang baru masuk islam hasil pengkajian ilmu.

Persoalan kedua ialah berkaitan dengan perjuangan bangsa. Jelas Rasulullah bukan pejuang bangsa. Malah orang yahudi adalah pejuang bangsa sebenar. Mereka mengenali Rasulullah malah mengajar orang tentang Rasulullah tetapi menolak baginda lantaran sikap mengutamakan bangsa. Rasululullah ditolak kerana baginda bukan bangsa Yahudi. Jika kita juga menilai kebenaran dan keadilan melalui kacamata bangsa. tidak banyak beza antara kita dan Yahudi.

Alangkah baiknya jika Hijrah tahun ini kita menilai dua persoalan pokok berlakunya hijrah. Paling penting hijrah tidak berlaku jika tiada keberanian. Perubahan hanya berlaku apabila ada keberanian mencuba sesuatu yang lain dari kebiasan. Inilah sifat orang yang berjaya. orang yang hanya melalui dan melakonkan kebiasan dalam hidupnya akan berakhir dengan kebosanan. Semoga Hijrah tahun ini adalah tahun yang membawa banyak perubahan dalam hidup kita bersama. Paling penting merubah pemikiran masyarakat yang sarat dengan faham bangsa yang mambabi buta kepada keadilan dan keterbukaan Islam yang indah.

SELAMAT BERTEMU DAN BERJUANG DI TAHUN HIJRAH 1430

Jumaat, 26 Disember 2008

HUDUD.

Beberapa hari ini isu hudud kembali lagi. Sememangnya PAS tidak pernah menghapuskan cita cita menegakkan Hudud. Mana mungkin hudud di gugurkan dari perjuangan PAS. Ia sebahagian dari agenda perjuangan kerana ia sebahagian dari Islam. Apatah lagi hudud telah diundang undangkan dalam DUN Kelantan dan Trengganu semasa PAS menerajui kerajaan. Ianya terhalang lantaran sekatan kerajaan pusat.(baca UMNO).

Hudud undang undang Allah. Ia tanda kasih sayang Allah terhadap makhluknya. Memelihara nyawa, harta, keturunan, akal, agama dan maruah antara syarat kebahagian hidup insan.Semua undang undang telah teruji, namun gagal. Islam juga pernah diuji, Ia terbukti hasil apa yang berlaku di Saudi dan sejarah kegemilangan Islam terdahulu.

Apa yang peliknya ialah apabila ada pihak melenting. Saya tak pelik apabila Karpal melenting. Beliau memang Istiqamah menentang hudud yang beliau sendiri barangkali tak mengerti. Saya juga tak pelik apabila Kit Siang juga menentang kerana kebanyakan agenda politik keduanya telah basi dan tak laku lagi. Saya juga tak pelik apabila UMNO juga menentang kerana UMNO parti melayu yang jauh dari Islam. Namun apabila Guan Eng yang kagum kepada Umar Abdul Aziz juga membebel, saya sikit ragu. Benarkah Guan Eng menentang atau hanya berpolitik mengikut jejak ayahnya? Antara dua yang tak mungkin bersama ialah Guan tak boleh menentang Hudud jika beliau mencontohi Umar Abd Aziz atau Guan Eng hanya menjadikan Umar sebagai gula lidahnya pemanis mulut politik. Dalam Politik selain Islam segalanya berkemungkinan.

Islam bukan milik melayu, jua bukan milik Cina atau India. tetapi ia milik Islam Melayu India Cina dan segala bangsa. Ia di amalkan seluruh negara yang bernaung di bawah Islam termasuk di zaman Umar Abdul Aziz. Undang Undang British di Malaysia datang kemudian dari kedatangan Islam, malah kemudian dari kedatangan Cina dan India ke tanah melayu. Ia hanya datang dan wujud selepas merdeka secara rasminya. Kalau Cina dan India yang tiada kaitan dengan Undang Undang Lord Reid yang wujud selepas kedatangan mereka ke Tanah melayu boleh menerimanya, sewajarnya mereka juga tidak menentang Undang Undang Islam yang sedia ada di tanah melayu sebelum kedatangan mereka.

Apapun penantang mereka berkemungkinan kerana kejahilan mereka. Persoalannya mengapa mereka tidak belajar. belajar undang undang Islam khususnya dan belajar sejarah Islam di tanah Melayu . Jika tidak, mereka tidak layak menjadi pemimpin di Tanah Melayu lantaran mereka tidak memahami sejarah tanah melayu

YAHUDI

SEJARAH RINGKAS

PERGERAKAN YAHUDI

MENJELANG PENUBUHAN ISRAEL


OLEH : HAJI HANAFI RAHMAN EL FESFANJI

KEMASUKAN YAHUDI KE TURKI DAN KEKACAUAN-KEKACAUAN


Untuk membangunkan Istanbul, bandar yang baru untuk di majukan, Sultan Sulaiman al Qanuni (926H/1520M- ?/1566M) telah membawa masuk Yahudi dari Teluk balkan untuk menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul.


Sebelum ini , khalifah-khalifah uthmaniyyah yang terdahulu telah menyelamatkan mereka dari di bunuh oleh Pemerintah Kristian di Sepanyol dengan membantu mereka masuk ke Bulgaria dan menyediakan kehidupan yang selamat untuk mereka. Dengan gaji yang murah, mereka sanggup menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul dan mentaati kerajaan Uthmaniyyah.


Dua ratus tahun sebelum Uthmaniyyah di gelar orang tua sakit Eropah, sebahagian mereka telah dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran termasuk dalam ketenteraan , manakala sebahagian yang lain pula menjadi taukeh-taukeh yang memiliki gedung perniagaan yang besar .


Setelah kedudukan mereka kuat dan teguh, mereka telah mendesak Uthmaniyyah agar memberikan Palestin kepada mereka, bersama seruan Yahudi yang bersifat global untuk menubuhkan Negara mereka yang merdeka di Palestin.


Pada tahun 1840, sebagai suatu kesedaran baru di kalangan orang-orang Yahudi berikutan kejayaan mereka dalam perancangan colonial yang sedang berlaku di sebahagian besar Dunia Islam.


Dari sini, maka seruan untuk kembali ke Palestin mewujudkan Negara Yahudi merdeka yang berasingan dari Negara-negara penjajah lain telah di laung-laungkan oleh Perdana Menteri British (1840) Frankrut BilMereston . pada tahun 1897, sebuah organisasi yang di bernama zionisme telah ditubuhkan di Swaziland untuk tujuan-tujuan tersebut.


Bermula dari tarikh tersebut,golongan yahudi di Turki telah menjadi sebahagian dari tulang belakang yang bergerak aktif untuk mencapai impian tersebut. Beberapa usaha telah di jalankan oleh golongan Yahudi di Turki termasuk menyogokkan kepada khalifah-khalifah Uthmaniyyah rasuah politik.


Sultan Abdul Hameed II (1876-1909) telah mendedahkan bagaimana ia telah di tawarkan dengan wang pound yang banyak dan beberapa kereta mewah supaya memberikan tanah di Palastin kepada orang-orang Yahudi. Melalui pakatan Yahudi, apabila Sultan Abdul Hameed menolak tawaran tersebut, beliau telah di lucutkan jawatan khalifah dan demikianlah mereka lakukan kepada khalifah-khalifah lain sehingga kerajaan tersebut jatuh dalam Perang Dunia Ke Dua


Dalam masa yang sama, British yang mana pekerja-pekerjanya adalah merupakan Yahudi Eropah yang beerasal dari luar Turki juga turut menjalankan dasar melemahkan pemerintahan Uthmaniyyah dengan cara menghasut pemimpin-pemimpin di wilayah Uthmaniyyah supaya bangkit secara bersenjata menentang Uthmaniyyah.


Mereka telah menjanjikan untuk membekalkan senjata kepada pemberontakan as Sanusiyyah di Afrika, Sharef Hussain Ibn Ali di Hijjaz(1856-1931), gerakan al Wahhabiyyah di Saudi-Iraq dan sebagainya.


PALESTIN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH


Berikutan lenyapnya Uthmaniyyah dari muka bumi ini , super power yang di geruni selama lima ratus tahun, pihak bersekutu telah menubuh suatu organisasi politik yang di namakan League of nations bertujuan untuk mengelakkan peperangan. Ini kerana desakan penduduk Eropah yang terpaksa menanggung kerugian nyawa yang banyak akibat harga perang yang sangat mahal.


Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negeri –negeri bekas wilayah Uthmaniyyah yang telah lama bergelar Orang Tua Sakit Di Eropah telah di serahkan kepada British , termasuklah Palestin telah di serahkan di bawah Naungan British,


Suatu polisi yang melarang penduduk palastin mengekport hasil mahsul mereka sebagaimana yang telah berjalan lama sebelum perang telah di perkenalkan. Ini menyebabkan Palastin mengalami krisis ekonomi yang teruk.


Sebagai usaha memulihkan keadaan tersebut, British telah menggalakan penduduk-penduduk tempatan supaya menjual sebahagian tanah-tanah yang mereka miliki. Ekoran dari Muktamar Yahudi Antarabangsa ke 5, Jewish National Fund telah di daftar sebagai suatu badan kewangan yang di lindungi British untuk tujuan membiayai pembelian tanah-tanah Palestin.


Apabila rancangan jahat yang terselindung di sebalik memperkemaskan ekonomi Palastin ini ke sedari oleh Ulama-Ulama, seorang pemimpin mereka, al Qadhi Mohamad Amen al Husaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kepada penduduk Palastin dari menjual tanah kepada orang-orang Yahudi.


Dengan menyatakan sebab pengharaman tersebut adalah kerana orang-orang yahudi yang membeli tanah adalah bertujuan untuk merampas Palastin daripada menjadi hak milik orang-orang Islam. Namun begitu, Yahudi telah berjaya mempengaruhi segelintir masyarakat Islam Palastin supaya memperlekehkan fatwa tersebut. Akhirnya fatwa tersebut tidak di endahkan, al Qahdi Mohamad Amen al Husaini di pecat dari jawatan tersebut dan telah mati di bunuh oleh orang-orang Yahudi dalam satu pertempuran


Dalam kemelesetan Ekonomi akibat inflasi yang teruk melanda dunia selepas Perang Dunia Pertama , Perdana Menteri British, Winston Churchill (1874-1960) telah memujuk ahli-ahli perniagaan yang kaya raya agar membiayai perang tersebut. Ahli-ahli perniagaan Yahudi telah bersetuju untuk membiayai perang dengan syarat , sebagai bayarannya, pihak British perlulah menyediakan satu negara yang sah untuk orang-orang yahudi di Palestin. Permintaan ini tidak sulit bagi British untuk di tunaikan kerana tanah tersebut adalah naungannya.


SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA


Selepas Perang dunia kedua, British telah memperolehi kemenangan besar menentang musuh-musuhnya. Maka hutang perang di tuntut supaya di lunaskan, tibalah masanya untk mewujudkan Negara Israel. League of Nations telah buburkan kerana kegagalannya dan digantikan United nations yang telah di tubuhkan pada awal 1948 . Usaha-usaha seterusnya di pergiatkan sehingga tertubuhnya Israel beberapa bulan selepas itu pada tahun yang sama

Ahad, 21 Disember 2008

HENTIKSAN TEORI!

Terlalu banyak berteori kekadang menjadikan kita tenggelam dalam khayalan. Berkarya di bilik berhawa dingin tidak sama dengan membanting tulang di tengah sawah. Bergitu juga memaki di bangku penonton tidak sama dengan lelah dan payah di tengah padang. Menghukum tindakan keras pejuang di bumi Iraq terhadap musuh dari renungan kaca television pastinya tidak sama dengan mereka yang berhujan peluru. Itulah dua perkara yang berbeza. Matlamat yang barangkali sama, namun suasana berbeza menjadikan tindakan yang berlainan rupa.

Berteras realiti masyarakat yang terlalu banyak berteori, Al Banna menegur dalam risalah Taalim perkara ke sembilan. Katanya; "Setiap masalah yang tidak mendorong amal merupakan perkara yang memberatkan yang ditegah oleh syarak....." KIta sedang berhadapan dengan budaya ahli fikir yang terlalu tinggi . Teori yang lahir dari pemerhatian dari dewan perpustakaan dan kajian perbincangan di dewan kuliah belum pasti menghasilkan sesuatu yang mampu di terjemahkan dengan tindakan.

Mengapa terlalu banyak resolusi hanya lahir dalam bentuk perisriharan semata? Tidakkah pandangan itu sesuatu yang hebat. Begitu juga kebanyakan keputusan dalam mesyuarat, indah dan hebat. Dirangka dlam bentuk kertas kerja..akhirnya kertas mampu bekerja kerna kertas itu tidak berperasaan dan bertenaga seperti manusia, sedangkan manusia terus berbalah dan berhempas pulas untuk merealisasikannya.

Berteori memang mudah, namun teori seorang profesor di laut tentang gelombang dilautan tentunya tak sama dengan pengalaman nelayan. Begitu juga pemimpin yang sesekali nampak terlalu hebat dengan madah tersusun indah, dari lidah yang kerap kali basah. Menjadi semakin gah bila disulam Takbir bergema. meninggalkan yang dipimpin memikirkan cadangan dan kerenah masyarakat bawahan tanpa bimbingan, sedang pemimpin bersembunyi di perut mercedes penuh kemewahan.... berfalsampah di dewan lain pula.

Andai direnungi pandangan Al Banna...alangkah indahnya... Jangan terlalu berteori, permudahkan jangan disusahkan...seolah olah semakin sukar difahami apa yang ingin di sampaikan beerti semakin hebat pemimpin tersebut. Mengapa tidak dibincang sesuatu yang mampu, sesuatu yang dilihat, bukan yang diingat. PALING PENTING BUAT APA YANG DICAKAP. TUNJUK CONTOH APA YANG DIHARAP..GUNAKAN CERMIN MUKA BUKAN HANYA CERMIN MATA! Tinggalkan teori hebat, laksanakan apa terdaya insyaAllah kita akan berjaya...

Selasa, 16 Disember 2008

MUHASABAH BERSAMA AGAR TAK TERLEKA

Isu penjualan arak di MBSA Selangor agak sedikit menganggu, apatah lagi dikaitkan kemudiannya dengan pengguguran Khalid Samad dan Shaari Sungib dari kepimpinan PAS Selangor. Mengawal penjualan arak adalah usaha melaksanakan tanggungjawab. Ianya usaha baik yang mesti disokong!. Pengolahan isu oleh media menjadikannya agak tidak teratur seakan ada perbezaan pendapat antara kompenan Kerajaan Selangor. Apapun yang berlaku PAS dalam kerajaan Selangor cuba membawa aspirasi Perjuangannya ! Andai diatur dengan baik, ia tidak akan berhenti disitu. Berjaya atau tidak bukan persoalannya. Gelanggang telah dibuka untuk meneruskan usaha.

Bagaimana dengan Kerajaan Perak.?? Walaupun PAS di Perak hanya minority tetapi kuasa penggerak di tangan PAS. MB dan Exco yang paling berpengalaman berada dalam PAS . Walaupun HJ Zainudin bukan Exco kanan tetapi difahamkan beliau antara yang paling berpengalaman dalam pentadbiran kerana beliau bekas pegawai kanan kerajaan. Ketokohan MB PAS tak pernah dipersoalkan melainkan oleh mereka yang memiliki lidah terbalik. Apa yang diperkatakan oleh golongan ini …kebenaran berada di sebaliknya… mudah difahami. Kerja kuat MB memadamkan isu boneka DAP di awal pemerintahannya. Isu kecil kecilan yang timbul hanya menjadi bahan lawak kedai kopi.

Mengimpikan kerajaan Perak melaksanakan Hudud adalah impian yang hampir mustahil ketika ini. Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru paling berpengaruh pun hanya mampu meng”enekmenkan” tanpa mampu melaksanakan kerana kekangan pusat. Tiada siapa pernah menuntut dari Nizar! Usaha mewarnakan Ipoh dengan Islam seperti Terawih di Dataran Bandaraya pun cuba di eksploitasi… bukan oleh DAP tetapi UMNO!!!

Arak dan judi adalah penyakit masyarakat. Arak dan judi diakui sebagai perkara yang tidak berfaedah. Arak walupun dibenarkan oleh sebahagian agama lantaran penyelewengan paderi mereka tetap ditolak oleh pakar kesihatan. Islam sendiri mempunyai cara lunak mengharamkan arak yang menjadi candu arab Jahiliah. Bermula dengan menjelaskan bahawa ianya ada manafaat ( pada pandangan penagihnya) tetapi dijelaskan mudharatnya lebih banyak! Disusuli larangan mendekati solat dalam keadaan mabuk hinggalah larangan mutlak meminumnya. Demikianlah toleransi Islam. Memulakan dengan membuka fikiran masyarakat sehingga datang kesedaran dalaman mereka sendiri terhadap mudharatnya. Bagi yang masih menurut nafsu walau menyedari mudharatnya, barulah datang hukuman!

Di Malaysia, walupun kilang arak telah wujud sekian lama, namun dalam peraturan , pemandu kenderaan boleh dikenakan hukuman jika didapati memandu di bawah pengaruh alcohol. Tak kira muslim atau bukan. Ia tetap satu kesalahan. Tiada siapa membantah. Mengapa ruang dan peluang ini tidak digunakan oleh PAS Perak? Jangan mengharapkan MB dan Exco dari PAS semata memikir dan melaksanakannya. Saya tidak sesekali mengharapkan DAP atau PKR . Saya menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan PAS Perak.

Jangan dipersoalkan apa di buat Ustaz Azizan di Kedah! Saya anak Sengat! Saya anak Perak. Melihatkan jadual harian DS Nizar sudah cukup menyenakkan perut! Kalau kerja sebegini juga diserahkan kepadanya… saya rasa, cukuplah beliau seorang memimpin PAS Perak. Ke hulu ke hilir keluar masuk kampung dan negeri, tukar baju merata bilik dan persinggahan di perjalanan cukup menggambarkan masa 25 jam sehari yang digunakan NIzar! Di fahamkan telah beberapa kali beliau ke hospital. YB Zainudin juga mungkin tak mampu selaju Nizar. Beliau lebih berusia. Maklumle…orang melayu ni kalau dah jadi YB sampai tahlil pun nak panggil YB. “Cerita cerai pun minta MB selesaikan” Luah MB dalam satu sembang santai.

PAS Perak mempunyai team yang kuat kalau dihitung dari kemampuannya. Dari Pesuruhjaya seorang Naib Presiden dan bekas YDP Persatuan Ulama, bergiat di peringkat Nasional dan internasional. Di sisinya ada peguam terkenal, doctor, bekas pegawai kerajaan dan berpuluh korporat. Apakah PAS Perak merasa fobia dengan isu arak yang berlaku di Selangor?? Saya tidak mengharapkan pemimpin PAS Perak selaju PAS Selangor. Sekurang kurangnya langkah awal telah bermula. PAS tetap Parti Islam. Penggabungan dengan PR tidak mencairkan cita cita perjuangan PAS. Itu kata kata Pesuruhjaya dalam LIqa Disember. Tetapi apa kerja kita melaksanakan cita cita tersebut??? Yang dilaksanakan oleh PAS…. bukan kerajaan . PAS bukan kerajaan tetapi parti yang mendokong kerajaan. Sewajarnya ia bergerak membuka jalan membantu dua exco dalam kerajaan Perak bagi menuju cita cita perjuangan PAS. Cita cita tanpa usaha adalah ANGAN ANGAN!.

Usaha seperti seminar, kolokium, dialog dan pelbagai bentuk diskusi ilmu mungkin permulaannya. Ia bersifat memberi kefahaman secara fakta dan rasional. Mengambil pandangan pelbagai pihak sebelum dibuat satu kertas kerja saranan kepada kerajaan. Dalam isu arak sebagai contoh, Mengambil pandangan tokoh pelbagai agama, pakar kesihatan dan sosiologi untuk dirasionalkan kebaikan pengawalan arak atau judi dalam masyarakat. Saya meyakini semua pihak bersefahaman dalam isu ini. Tidakkah Al Quran mengajar kaedah mencari persamaan dan mujadalah dalam berdakwah?? Pastinya warga Perak adalah bangsa yang beragama. Mereka akan mematuhinya walaupun hati mereka sebahagiannya mungkin tidak rela sebagaimana orang Islam sendiri.

Saya mengulangi, kepimpinan PAS Perak mampu menerajuinya. Hasil untuk melaksanakan dan membentangkan di dalam kerajaan serahkan kepada wakil kita. Kalau tak jalan serahkan kepada kepimpinan pemuda. Siapa tak kenal Ustaz Azli Toliban. Tokoh demonstrasi. Kelibatnya sahaja sudah menakutkan polis. Baru baru ini Polis memenuhi RTM Ipoh lantaran mendengar bisik bisik demonstrasi lepas jumaat. Mungkin ramai polis tak solat jumaat. Hujahnya hanya kerana Toliban dilihat masih di Ipoh pagi Jumaat. Akhirnya…Toliban ke Kelantan kerana urusan keluarga…tinggallah polis tercangak cangak menanti serangan pemuda yang diterima maklumatnya dalam mimpi!!!
Itulah kehebatan pemuda dengan demonstrasi.

Saya ulangi tetap meyakini kepimpinan PAS Perak mempunyai strategi tersendiri. Tetapi kalau strateginya seperti peperangan di zaman Rasulullah… menghantar seorang demi seorang di medan tempur, kemudian barulah peperangan sebenar… saya tak fikir ianya berkesan di zaman ini. Ketika berperang dengan Jalut, Thalut menghantar nabi Daud berdepan Jalut. Ia Berjaya…. Tetapi Nizar bukan nabi Daud. Ia hanya sangkaan saya. Tak pasti
Percaturan ialah strategi. Strategi adalah rahsia. Saya bukan kepimpinan yang boleh mengetahui tentang strategi parti. Tetapi saya dan yang lain mungkin ingin menanti apakah strategi itu. Andai mampu, kami akan melaksanakannya. Namun jangan dihimpunkan semua proram dan kerja parti kepada kami sekaligus. Kami tak mampu apatah lagi apabila pilihanraya begitu hampir nanti. BN sedang berusaha keras. Mereka sedang bekerja. Lebih 60 juta untuk tahun ini bukan sedikit. Kita perlu segara bergerak dan mengatur kerja… Berbincang secara serius. Bukan berbincang sambil “makan makan”. Nanti tercekik. Apatah lagi kalau “hidangan” yang tersedia terlalu banyak. Bukan tuduhan hanya kebimbangan.

Kita adalah pendokong kerajaan. “BERFIKIR SEBAGAI KERAJAAN” adalah slogan yang cukup baik. Tetapi kita bukan kerajaan. Hanya dua wakil kita di dalam kerajaan. Tinggalkan kerja mengarah kerajaan. Tumpukan kerja membantu kerajaan.

Jangan tunggu Ngeh Ko Ham atau Nga Kor Meng mencadangkan pengawalan arak, judi atau sesuatu yang bersifat islamik. Saya malu… dan saya yakin ramai ahli PAS akan terasa malu… Tak tahulah pulak kalau ada pemimpin kita nanti mendakwa “ Inilah kejayaan dakwah kita”…Entahlah….

Rakyat sedang menanti dan memerhati. Allah sedang menguji dengan kemenangan ini. Menjadikan kemenangan tanpa di duga ini sebagai sempadan mengukur keikhlasan diri…
Jujurkah kita mengurus kemenangan sebagaimana pernah kita berjanji atau tiada beza antara kita dengan mereka.

Isnin, 15 Disember 2008

TEMPATAN VS IMPORT

Sebenarnya dengan isu toyota Camry sekarang, kerajaan Perak boleh menarik nafas lega kerana ia menandakan BN Perak ketandusan isu. Kerja kuat MB khususnya, adalah antara penyebab kegagalan BN mencipta isu. Namun dengan suasana masyarakat yang malas berfikir dan bergantung dengan media kerajaan seperti TV dan radio serta akhbar arus perdana,mungkin ada sedikit kesukaran.

Semua tahu dengan nilai kualiti kereta nasional. Bukan satu rahsia tentang kereta nasional di pasaran antarabangsa adalah kereta yang berlainan dengan kualiti tempatan malah harga diluar lebih murah dari di rumahnya sendiri. Di pasaran tempatan kini, kereta Toyota, Honda dan Nissan adalah pilihan masyarakat pertengahan. Bagi yang memilih gaya pastinya Mercedes dan Volvo atau BMW menjadi pilihan. secara jujur adakah menteri atau kabinetnya yang hanya memiliki kereta jenis nasional sahaja. Kalau ada yang memiliki kereta nasional seperti Perdana, ianya mungkin kereta kedua atau simpanan untuk menunjuk sikap patriotik konon....

Perdana adalah satu kereta tempatan yang agak mewah. Sebagai galakan, Kerajaan mengarahkan semua agensi dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional. Namun isu perdana bukan isu baru. Ianya pernah dibahaskan di Parlimen tentang niliai kualiti khususnya "Gear box". Oleh kerana ianya berupa arahan tak langsung maka semua arahan itu diturutkan. Apa susahnya??? kalau rosak kerajaan tanggung...kalau nasib baik boleh "untung" plak!

Apabila kerajaan Perak menyatakan hasrat menukar kereta Perdana dengan Camry, riuhlah pemimpin BN di Perak. Tajol Rosli sendiri bertungkus lumus di dewan kononnya sebagai prihatin nasib rakyat.Namun semua tahu, kereta Rasmi MB yang dipakai Nizar kini selain Perdana ialah KIA Sorento Dan Mercedes pacuan 4 roda warisan tinggalan Tajol Rosli. Hasrat Tajol ingin membeli dengan nilai harga murah terhalang kerana DS Nizar ingin menggunakan kereta second hand Tajol demi penjimatan wang rakyat.

Tujuan Perak membeli Camry pun adalah kerana inginkan penjimatan . Jawapan di DUN Perak baru baru ini menyatakan bahawa lebih sejuta (1.3juta) adalah kos penyelengaraan. Kos tersebut boleh dijimatkan apabila Perak menggunakan Toyota Camry. Di fahamkan kos penyelengaraan selama 3 tahu kereta jenis import adalah percuma. Bukan hanya kos buruh tetapi termasuk kos lain.

Keutamaan kerajaan PR adalah penjimatan wang rakyat. Semangat patriotik adalah penting! namun apalah gunanya jika "BERGAYE TAPI PAPE". Tak payah le pmimpin berkokok tentang pembaziran kerana semua tahu erti [pembaziran kerajaan BN dulu. Untuk Zamry Kadir " bertanyalah tentang Jeti di Sungai Pinang Kecil yang jadi "pulau timbul" sekarang. Kosnya pun kena tanya dia... nak tumpang memancing pun tak boleh! Untu erti Patriotik, tak payah merenung jauh... kita tanya pula berapa ramai pemimpin BN seluruh negara memiliki kereta peribadi jenama Nasional ???? Kalau tak de atau hanya kereta untuk berlakon??? ghentikan... Namun mungkin Datin Rosmah adalah contoh wanita Malaysia yang berjiwa Patriotik dalam BERBELI-BELAHHHHHHHH!

KEWAJARAN TOYOTA CAMRY


ALOR STAR 14 Dis. - Menteri Besar Perak mempertahankan keputusan untuk menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri meskipun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan Perak berpendapat penggunaan kereta buatan Jepun itu memberi jaminan dan khidmat yang lebih baik berbanding Proton Perdana.

"Kita rasakan penggunaan kenderaan Exco dan pegawai cukup lasak dan Toyota Camry merupakan satu model yang boleh melalui proses demikian dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat ke pejabat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada kerajaan Perak akan mengubah keputusan mengenai kelulusan penggunaan kereta Toyota Camry bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive selepas pelbagai pihak mengkritik tindakan itu.

Kelmarin, Kerajaan Perak dilaporkan meluluskan pembelian 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Mohammad Nizar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan Perak akan meneruskan rancangan penukaran kereta berkenaan tetapi belum memutuskan bila kerana perlu menilai kemampuan kewangan negeri.

Ditanya tindakan tersebut sebagai tidak patriotik, beliau berkata: "Hanya kerana pakai kereta tempatan kita dipanggil patriotik? Saya rasa masalah ini tidak timbul."

Kenyataan beberapa pemimpin pembangkang di Perak yang mengatakan tindakan ini tidak patriotik dan penghianat adalah tidak berasas kerana segala penjelasan dan kelemahan pengunaan kerata nasional itu telah dibentangkan dalam Sidang Bajet DUN Perak yang lepas.

Isu yang sama juga telah menyeret kepada keputusan Kerajaan BN Terengganu untuk mengganti kereta tersebut dengan kereta Mercedes Benz.
Diposkan oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:22:00
Link ke posting ini

Jumaat, 12 Disember 2008

RENUNGAN

BN Perak tak pernah mengaku mereka kehilangan kerajaan. Tajol Rosli pernah berkurung beberapa hari di kediaman rasmi. Beberapa bulan bermimpi akan kembali menerajui Perak, namun semuanya hampa kerana mimpi tinggal mimpi. Tinggal Tajol Rosli, Raja Ahmad, Zamri yang berkokok di Dewan undangan negeri.

Mimpi tetap mimpi. Namun dalam mimpi ada jalan cerita. Kadang kadang jalan ceritanya lojik dan boleh dilaksanakan.Apatah lagi dengan duit semua mimpi boleh dibeli menjadi realiti. Itu keyakinan mereka. Perancangan Allah mungkin berbeza kerana Allah mampu dan berkuasa menolong hambanya. Persoalannya adakah hambanya sedang mengadu kepadanya??

SATU LAGI PROJEK BN TAWAN PERAK

SERI ISKANDAR-Kerajaan Negeri Perak akan menerima suntikan dana khas sebanyak RM60 juta daripada kerajaan pusat.
Pengarah Pembangunan Negeri (gambar) Datuk Zainal Abidin Omar berkata semua JKKKP di setiap kawasan Parlimen di arah menghantar senarai projek yang perlu dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Katanya,peruntukan khas itu diperolehi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Timb. Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini." Kita juga telah mengarahkan Pejabat Pembangunan Negeri agar mengemukakan senarai projek baru termasuk menaik taraf kemudahan asas yang perlu dilaksanakan segera".

" Kerja-kerja pembangunan projek itu akan dilakukan segera pada akhir bulan ini walaupun peruntukan hanya akan diperolehi awal tahun depan"katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama kira-kira 700 JKKKP diseluruh Perak bertempat di Institut Latihan Kemas Di sini semalam.

Beliau juga turut menggesa semua JKKKP supaya terus mengurus tadbir Dewan Orang Ramai di kawasan masing-masing,dan tidak sesekali menyerahkan kepada JKKK yang ditadbir kerajaan negeri." Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa kesemua Dewan Orang Ramai tersebut adalah dibina atas tanah kerajaan negeri tetapi menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Pusat ".

" Oleh itu Dewan Orang Ramai mesti diuruskan oleh JKKKP dan segala penyelenggaraan akan dibuat melalui peruntukan yang diterima daripada kerajaan Pusat selepas ini " katanya.

Petikan Kosmo!

Khamis, 11 Disember 2008

PENGAJARAN TENTERA THALUT

Perjuangan Islam adalah perjuangan yang panjang. Tiada nokhtah, tiada koma. Sukar, jauh dan banyak halangan. Ada ketikanya diuji kesusahan, ada ketikanya ujian siksaan dan ada ketikanya ujian kesenangan.

Bani Israel diuji dengan ujian jihad. Mereka gagal. Namun setelah dihukum sesat 40 tahun di padang Sinai. Tiada lagi nabi Musa yang selama ini membantu dan menunjukkan jalan kepada mereka , timbul sedikit kesedaran lantas meminta nabi memohon agar Allah melantik ketua memimpin perjuangan jihad yang pernah mereka engkari suatu ketika. Mereka berjaya melepasi ujian nafsu yang menghalang jihad. Jua berjaya melangkah menempuh padang pasir yang luas, kesukaran dan kepayahan namun dalam perjalan yang panjang sebelum tiba di medan sebenar, mereka diuji pula dengan kesenangan. Air sungai yang mampu menghilangkan dahaga merentangi perjalanan yang dipenuhi dengan derita dahaga sekian lama. Dan mereka tewas di sini...

Bukan dihalang untuk minum...minumlahhhh...namun hanya sekadar membina kekuatan bagi meneruskan perjalanan. Namun banyak yang tewas termasuk beberapa pemimpin kaum.....

Perjuangan PAS di Perak penuh duri dan ranjau... Berapa ramai pemimpin yang diuji dalam tahanan. Mungkin tiada yang syahid seperti di Memali... Biarpun bergerak dalam tekanan amat sukar... Ujian kesusahan bukanlah mengggerunkan pejuang PAS. Mereka telah menyediakan diri untuk itu... Ianya biasa..Bila sungai harta dan kemewahan merentangi perjalanan, ianya tidak di duga, apatah lagi apabila ia muncul tiba tiba... ia menakutkan...

Bukanlah dihalang kita merasai nikmat air menghilang dahaga...seperti Gerombolan tentera Thalut.... Mereka dibenarkan minum sekadar melepaskan dahaga.... ianya UJIAN.....UJIAN yang menjadi SUNNAH DALAM PERJUANGAN... MINUMLAH WAHAI PEMIMPIN DAN PEJUANG... tetapi jangan sampai terlena...tidak berdaya lantaran terlalu kekenyangan dengan LIMPAHAN UJIAN.... INGATLAHHH.. kita masih belum tiba di medan pertempuran ....

Untuk meneruskan perjalanan...kita memang ingin melepaskan dahaga...tetapi untuk meneruskan perjalanan bukan berpuas hati dengan apa yang kita miliki...Pengajaran kisah tertapisnya tentera Bani Israel MESTI menjadi renungan bersama Dari PESURUHJAYA hinggalah pendokong di peringkat cawangan!!

Rabu, 10 Disember 2008

KISAH BANI ISRAEL DAN JALUT.

Ulama Tafsir menceritakan kisah Thalut dan Jalut dalam surah Ali Imran. Bani Israel yang sisesatkan oleh Allah kerana tidak mahu berjihad selama 40 tahun di padang Sinai. Akhirnya mereka meminta nabi di kalangan mereka memohon kepada Allah agar dilantik raja di kalangan mereka bagi memimpin jihad. Dengan kehendak Allah, dipilih Thalut sebagai raja mereka.

Apabila Thalut dipilih sebagai raja, sebahagian besar bani Israel menolak dengan alas an Thalut tidak memiliki harta yang banyak. Mereka mahu raja dan pemimpin yang berharta. Namun Allah menegaskan bahawa Thalut layak kerana memiliki kekuatan dan ilmu. Asas raja atau pemimpin yang ingin mengetuai bangsanya berperang. Mereka masih tidak berpuas hati, meminta didatangkan bukti Thalut sebagai raja. Allah telah mengembalikan Tabut-peti yang dikatakan terdapat Taurat- sebagai bukti perlantikan tersebut.



Raja Thalut telah membawa tentera seramai 80,000 orang untuk berperang dengan Jalut. Perjalanan mereka yang jauh menyebabkan mereka keletihan dan dahaga. Akhirnya Allah menguji mereka dengan Sungai Jordan. Mereka telah dilarang dari meminumnya melainkan sedikit sekadar satu cedukan tangan. Namun kerana keletihan ramai yang melanggar perintah tersebut. Diriwayatkan hanya tinggal seramai 4000 sahaja yang Berjaya melepasi ujian tersebut. Mereka belum lagi berperang…. Hanya ujian sedikit di perjalanan….akhirnya sekitar 76000 orang tewas dalam perjalanan….

PENGAJARANNYA…… insyaAllah menyusul… sekarang ada tetamu…

Sabtu, 6 Disember 2008

SALAM IDULADHA

Membicarakan Iduladha tak mampu melepaskan diri dari berbicara soal Pengorbanan. Pengorbanan satu tuntutan. Ia bukan sambilan. Mengharapkan sesuatu dengan membuang sesuatu. Ianya satu perniagaan. Tiada perniagaan yang lebih untung selain berniaga dengan tuhan. Harga jual belinya lumayan. Nilai cagarannya ialah diri dan harta benda. Gantinya ialah syurga.

Jika ditunjukkan nilainya pasti semua sanggup menjual diri dan harta benda, namun kerana janjinya hanyalah dalam bentuk keyakinan. Bukan sesuatu yang kelihatan. Ceritanya hanya dalam Al Quran dan hadis. Tak ramai yang sanggup menjual sesuatu yang kelihatan dengan sesuatu yang hanya mampu diterima di telinga dan hati.Inilah namanya Iman.

Idul Adha adalah bentuk dan contoh pengorbanan. Nilai dari seorang ayah keturunan nabi dan Rasul. Seorang yang penyayang kepada kanak kanak, dituntut menyembelih anaknya sendiri. Yang sekian lama ditinggalkan dan dirindui. Tatkala bertemu melepas rindu dendam yang sekian lama terpendam, tiba tiba perintah korban yang diturunkan. Pilihlah... antara anak dan Allah. Sebelumnya antara ayah dan Allah.... Sukarnya... wajarlah ianya contoh keyakinan dan kataatan yang tiada sempadan. Lambang menyedari diri hanya hamba yang tiada pilihan...lantaran itu adalah perintah Tuhan sekian Alam.......

Salam buat semua tetamu yang sudi berkomunikasi menjalin ukhuwwah, jua buat yang sudi bertamu berkongsi pandangan....

KESEORANGANKAH SI ISTERI (MB)???

Diam tak diam, kerajaan Perak telAh menjelang usia 9 bulan. Tempoh sembilan bulan bagi seseorang perempuan yang mengandung sepatutnya mula melahirkan anak. Memang benar, anak yang dikandung mula dilahirkan. Pinjaman tanpa faedah kepada pelajar adalah anak terkini yang dilahirkan. Persoalannya mampukah sang ibu keseorangan membesarkannya???

Ketika Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, semua tergamam, yang kalah terkejut beruk yang menang terkejut monyet. Yang kalah berfikir bagimana nak merampas semula dengan apa cara sekalipun. Yang menang memikirkan bagaimana nak menjaga isteri baru.... Hingga kini, BN kehilangan isteri yang selama ini djunjung dan disanjung. Terlepas kepada Pakatan Rakyat.Isteri itu ialah jawatan MB. PR khasnya PAS memiliki isteri itu...suaminya ialah seluruh kepimpinan PAS Perak!

Si suami berbangga mendapat isteri yang cantik dan berkuasa. Di jaja ke sana ke mari...kita mesti berfikir dan bertindak sebagai seorang suami ( kerajaan). Persoalan yang bermain ialah bagaimana berfikir dan bertindak sebagai seorang suami... Mempertahankan dan menjaga isteri serta bekerja bersungguhkah atau sekadar berbangga dengan isteri yang kuat bekerja dan menumpang sedikit ( atau sebanyak) hasil isteri??? Hanya sang suami yang mampu menjawabnya.

Kini yang jelas, sang isteri sedang bekerja keras. Dengan perut yang membusung, pastinya tenat. Namun demi anak anak yang dikandung, si isteri terus bekerja tanpa henti.... Di mana sang suami yang gagah bekerja untuk memiliki isteri sebelum ini??? Tergamakkah melihat isteri kesana kemari sendiri??? sang suami pula terkadang hanya barangkali cuba mengatur gerak geri isteri...Cemburu bila isteri bermanja dengan orang lain. Marah bila isteri meluahkan rasa hati... begitukah sang suami????....

Anak anak sedang melihat...memerhati...mulut ini terasa ringan ingin bersuara namun rasa malu dan hormat pada ayah masih ada... namun anak ini takkan lama tergamak melihat ayah bermewah dengan harta ibu ,, menegur dan mengatur ibu...bukan membimbing dan membantu ibu... JANGAN SAMPAI ANAK INI HILANG RASA MALU... TIDAK HORMAT LAGI PADA AYAH SEKALIPUN AYAH BERSERBAN EKOR HINGGA KE KAKI....

Khamis, 4 Disember 2008

KERAJAAN PERAK BERJASA LAGI

Pinjaman tanpa faedah untuk Anak Perak

December 4, 2008 · Print This Article

Ipoh, 3 Disember : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Rakyat Perak bertuah mendapat kerajaan yang melaksanakan
kebajikan untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan ugama.

Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah.

Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut.

“Saya mendapat pinjaman berjumlah RM25 ribu bagi
tempoh pengajian selama 4 tahun dan saya kena
bayar RM250.00 sebulan apabila bekerja nanti,” jelas
Lutfi dengan wajah yang ceria.

Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan yang melaksanakan kebajikan untuk rakyat kerana sanggup memberikan pinjaman tanpa mengenakan sebarang bayaran faedah.

“Saya harap rakyat Perak akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ini,” katanya.

YB Su Keong Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sain, Teknologi dan Komunikasi menjelaskan bahawa 200 pelajar Melayu dan 31 pelajar bukan-Melayu telah mendapat pinjaman tanpa faedah itu dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berhasrat untuk menambah lagi bilangan penerima pinjaman tersebut dimasa akan datang sekiranya ada cukup dana untuk berbuat demikian.

“Ramai yang telah memohon tetapi kerajaan negeri tidak cukup wang untuk membantu semua pelajar,” katanya.

“Semua permohonan diproses melalui satu jawatan kuasa penapis sebelum keputusan dibuat oleh pihak Lembaga Amanah,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar para pelajar akan membayar kembali pinjaman tersebut apabila mereka bekerja nanti supaya pelajar-pelajar lain akan dapat menikmatinya sama kelak.
Sumber: Al-Husseyn

Rabu, 3 Disember 2008

KHIANATKAH KERAJAAN PERAK??

Wahai manusia,aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu, sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, jika aku baik tolonglah aku, jika aku salah perbetulkan aku. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku , sehingga aku mengambil hak darinya (jika dia mengambil hak dari orang yang lemah) dan orang yang lemah di sisimu adalah kuat di sisiku hingga aku mengembalikan kepadanya (yang dirampas oleh orang yang kuat)..... Demikianlah antara intipati ucapan Abu Bakar assidiq ketika ditabal menjadi pengganti Rasulullah SAW.

Ianya menjadidasar dan garis panduan pimpinan pengganti Rasulullah. Menjadi ikutan orang yang menjejaki Rasulullah. Keadilan Islam bukanlah melambakkan semua hak kepada bangsa sendiri. Keadilan Islam ialah mengembalikan hak kepada orang yang berhak. Antara hak yang sangat diperlukan oleh setiap insan ialah tempat tinggal. Muslimkah dia atau bukan. Melayu, cina, India, asli dan siapapun mengharapkan tempat berteduh dan bernaung.

Saya yakin ramai dari kita pernah menonton rancangan BERSAMAMU TV3. Tiada tempat tinggal adalah sesuatu yang paling sukar dalam hidup. PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat menjadikan ianya manifesto dalam pilihanraya. Ternyata rakyat menyambutnya. Walupun yang menyambut itu ramai bukan melayu, namun tiada dendam dalam istilah pakatan Rakyat. Perak antara negeri yang dianugerahkan kemenangan oleh rakyat, melaksanakan janji tersebut. Ianya bukan janji pilihanraya , dan diikat untuk pilihanraya akan datang. Ianya janji yang mesti ditunaikan. Ianya bukti keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat. HAK MILIK SELAMANYA.... bukan umpan janji yang diikat saban tahun!!!



Pas pernah menunaikannya di Trengganu. Apabila BN memerintah, hak milik itu ditarik balik, Ada yang telah mendirikan rumah, diruntuhkan, masjid turut menjadi mangsa. Namun ianya bukan dianggap satu kesalahan.Hanya kerana ianya dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. BN adalah maksum dari sebarang dosa dan kesalahan..politik wang bukanlah rasuah... dan bla..bla..bla...lagi.. Apabila Kerajaan Perak menyatakan akan menunaikan janji menyerahkan hak milik tanah kediaman kepada kg Baru dan Kg Tersusun, gegak gempita seluruh negara. "Perak khianat melayu" antara slogan keramatnya. Tidakkah memberi hak kediaman itu tanggungjawab kerajaan. Salahkah di beri kepada kG Baru yang dihuni oleh orang Cina??? Itulah yang dijadikan isu...di anggap salah... Apakah BN pernah memberi hak kekal kepada orang melayu di Kg Tersusun??? BN tak buat apa apa tak salah, PR buat jasa menjadi salah hanya kerana turut memberi hak kepada bukan Melayu... Dituduh Khianat... Tidakkah Bn tak memberi hak kepada Melayu lebih khianat lagi??? entahlan fikirkan sendiri.....

Memberi hak kepada yang berhak adalah tuntutan Islam tanpa mengira warna kulit dan agamanya. Cina di Malaysia adalah sebahagian warganegara. Mereka bukan pendatang seperti Myanmar atau Bangladesh. Salahkah memberi hak kepada mereka??? Kalau mereka di beri hak mewakili rakyat malaysia tanpa sempadan kaum di Parlimen, kenapa dalam soal tanah tak boleh???

Sebenarnya ia bukan isu, memberi hak tanah kediaman, tanah untuk membantu pendidikan adalah sesuatu yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia, cuma ianya dipolitikkan oleh pemimpin politik BN, di hebohkan oleh media BN dan kemudiannya di sambut oleh sebahagian rakyat yang tidak berfikiran terbuka... semuanya diolah menjadi isu perkauman dan kebencian yang mendalam., ditokok tambah dengan berita palsu dan fitnah menjadi penambah perisa sehingga daging yang manis menjadi terlalu pedas lantaran banyaknya cili dan lada yang disimbah kedalamnya. Bukan daging itu yang pedas... perisanya yang menjadikan daging itu pedas!!! Sejarah lama diungkit kembali... memang luka itu akan berdarah... dan warna merah memang sukar disembunyi.... itulah seni dalam politik jahat oleh orang orang jahat.BN antaranya yang beriman dengan politik tersebut.

Saya meyakini, andai kita memahami realiti, merasai nilai dan erti sebuah bangsa, memahami nilai dan erti menegakkan sebuah negara, apatah lagi Islam menjadi pasak dan neraca dalam semua pertimbangannya.... kita akan dapati indah dan uniknya kepelbagaian bangsa yang kita rasai bersama.... namun selagi kedegilan dan kejahilan, kesombongan dan kedengkian menguasai diri...apatah lagi jauh dari bimbingan dan pedoman nabi... selagi itulah tiada erti yang kita perjuangkan selama ini... dan akhirat nanti bersedialah menghadapi HARI PENYESALAN!!! Hukuman dari Allah yang MAHA ADIL KEPUTUSANNYA..

JANJI DITUNAI

IPOH, 2 Disember :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato' Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Perak, Yb. Mohd Zainuddin Yusuf, YB. Thomas Su dan YB. Tai Sing Ng. Sementara ADUN yang hadir ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim( Titi Serong), YB. Ong Boon Piao (Tebing Tinggi) dan YB. Leong Mee Meng(Jalong). Hadir sama ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.

Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.

Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu.

Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak.

Dato' Ngeh juga menjelaskan pemberiaan hak milik ini adalah memenuhi janji parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas. Dasar ini juga merupakan polisi Kerajaan pakatan Rakyat untuk memperkayakan dan memperkasakan rakyat. Jelasnya dasar ini dapat meningkatkan nilai tanah dan rumah sehingga melebihi RM 1.5 billion.

Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik. Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.

Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato' Ngeh dalam sidang media itu.

Menjawab soalan mengenai dakwaan setengah pihak dasar ini menimbulkan masalah pengambilan tanah untuk pembangunan di masa akan datang beliau menafikan dakwaan itu kerana tanah tersebut tetap boleh dibangunkan dengan menggunakan dasar pengambilan tanah yang sedia ada dengan harga semasa yang dibayar kepada pemilik.

Isnin, 1 Disember 2008

ANDA BANGGA MENJADI MELAYU???

Kita berbicara tentang Melayu tetapi ramai dari kita tidak mengenal apa itu melayu. Kita hanya mewarisi sesuatu yang kita sendiri tak pasti. Sejarah menyatakan kita tuan di bumi ini.Tak lebih dari itu yang kita ketahui. Asal usul kita mesti diselidiki. Susur galurnya panjang. Ianya berakhir dengan adam AS atau Beruk Darwin. Saya tak pernah menerima jauh sekali mengaku teori Darwin. Saya meyakini dari keturunan Adam AS.

Teori menyatakan Melayu dari Austronesia Yunan.Menjelma Melayu Proto. Ianya keturunan asli semenanjung yang dikatakan datang 2500 sebelum masihi. maknanya lebih 4800 tahun lampau. Melayu Deutro yang dikatakan asal usul kita hanya datang sebelum 1500 masihi. Ianya teori. mungkin betul mungkin salah. Yang tak mungkin salah ialah kita keturunan Adam kerana ia terkandung dalam Al Quran. Anda ragu??? mungkin anda keturunan Beruk Darwin. Saya cucu cicitpiut Adam. Soalnya Adam berbangsa apa???? Al Quran tidak menyatakan jawapannya. MUngkin Adam tidak berbangsa. Dia berbangsa manusia. Atau sememangnya bangsa itui tidak penting lantas Al quran tidak memperdulikannya. Saya cenderung kepada keduanya. Anda bagaimana????

Masing masing bangsa bangga dengan bangsa mereka tetapi semua mereka hakikatnya dari keturunan yang satu. Satahu saya tiada bangsa yang lebih berbangga dengan bangsa mereka selain Yahudi. Bagi mereka tiada bangsa yang lebih mulia dari bangsa mereka. Semua harta dunia milik mereka. Seluruh bumi ini anugerah Allah untuk mereka. Mereka berbangga antaranya kerana ramai keturunan mereka menjadi Nabi dan rasul. Mereka ada asas untuk berbangga. Saya sedang mencari asas apakah yang saya boleh berbangga tentang melayu selain saya seorang melayu Islam. Hang Tuah?? Saya lebih meyakininya sebagai pengiring Puteri Hang Li Poh. Bukan Melayu. Lihatlah persamaan antara nama mereka. Melayu tiada nama bermula Hang. Mahsuri???? Hanya sebuah skandal lagenda melayu.

Bangsa Yahudi menganggap selai Yahudi ialah Goyyem iaitu binatang. Bermuamalah riba sesama Yahudi adalah haram walaupun merekalah pencetus riba di dunia. Segala penindasan hanya untuk kaum selain Yahudi.Yahudi menganggap mereka memiliki ketuanan di dunia ini bukan hanya di Malaysia. Mereka akan menolak dan menzalimi sesiapa sahaj sekalipun mereka meyakini dan menanti rasul akhir zaman. Ianya ditolak hanya kerana bukan Yaudi. Abdullah bin Salam mengakui dan mendedahkan kebenaran ini.

Rasulullah orang Arab Quraisy bani Hasyim. Satu qabilah ternama dan mulia. Rasulullah tidak pernah meleboihkan orang arab dari selain arab. Tidakkah kita membaca kisah Bilal Al Habsyi, Suhaib Arrumi, Salman al Farisi dan sahabat sahabat lain lagi? Terjumpakah kita kisah Rasulullah mendiskriminasi mereka. Bilal diangkat menjadi Muazzin dan kekal hingga kini nama si Bilal keturunan Al habsyi dengan penuh kemuliaan. Arab ada kemuliaan kerana Rasulullah berketurunan arab, Al Quran menggiunakan bahasa Arab. Tetapi hadis menjelaskan "Tiada kemuliaan bangsa Arab dari selain arab" berkulit merah dengan kulit hitam meleinkan dengan taqwa.
Inginkah kita melayu MULIA??? TAQWALAH SATU SATUNYA JALAN KEMULIAAN ITU!!!