Selasa, 30 Disember 2008

FALASTIN BUMI JIHAD

Tika dan saat ini tiada lain yang mendukacitakan hati para mukmin melainkan apa yang terjadi kepada ummat Islam Falastin khususnya di Semenanjung Ghazzah. Di saat kita bergembira menyambut kedatang awal hijrah dengan kesyukuran , mereka menyambut tahun baru dengan rintihan kematian para syuhada'. Mungkin kita mampu malaungkan seruan kembali kepada semangat hijrah dengan bermacam bentuk hijrah, namun bagi warga Falastin, Hijrah mereka hanya jihad menghalau Yahudi dari bumi barakah tersebut.




Andai ada di kala ini penceramah yang mengegarkan medan Forum atau ceramah dengan seruan hijrah tanpa menyentuh isu Falastin, sewajarnya seruan itu dilupakan kerana jelas penceramah tersebut tiada kasih kepada Falastin. Kasih kepada saudara mukmin adalah tanda iman. malah jika tidak kasih kepada sesama mukmin bukti tanda tiada iman. Berhentilah menjadi pendakwah jika hati tidak tersentuh dengan apa yang menimpa saudara seagama mereka di bumi jihad tersebut. Atas apa alasan pun , di waktu ini mengingatkan ummat terhadap bumi Falastin adalah kewajipan pendakwah.

Sememangnya tidsa damai antara mukmin dengan Yahudi di bumi Falastin. Yahudi tetap Yahudi. Sejak dahulu sejarah negara haram Yahudi memastikan serangan gila tanpa perikemaknusiaan pasti berlaku apabila berganti Perdana Menteri. Di hujung riwayat pemerintahan, PM akan agak berlembut, dan turun dari kuasa dengan kononnya bersedia berdamai. Umast Islam terus tertipu dan tertipu, sayangnya mereka tidak mengambil pengajaran dari pesanan Rasulullah " tidak akan disengat orang mukmin di dalam lubang yang sama untuk kali yang kedua."

Sebagai mukmin, rasa cinta sesama ummat seagama mesti dibuktikan, Bagi yang turun berdemonstrasi TAHNIAH diucapkan, bagi yang terhalang, ayuh mainkan peranan anda semampu yang mungkin.

Tiada ulasan: