Jumaat, 26 Disember 2008

HUDUD.

Beberapa hari ini isu hudud kembali lagi. Sememangnya PAS tidak pernah menghapuskan cita cita menegakkan Hudud. Mana mungkin hudud di gugurkan dari perjuangan PAS. Ia sebahagian dari agenda perjuangan kerana ia sebahagian dari Islam. Apatah lagi hudud telah diundang undangkan dalam DUN Kelantan dan Trengganu semasa PAS menerajui kerajaan. Ianya terhalang lantaran sekatan kerajaan pusat.(baca UMNO).

Hudud undang undang Allah. Ia tanda kasih sayang Allah terhadap makhluknya. Memelihara nyawa, harta, keturunan, akal, agama dan maruah antara syarat kebahagian hidup insan.Semua undang undang telah teruji, namun gagal. Islam juga pernah diuji, Ia terbukti hasil apa yang berlaku di Saudi dan sejarah kegemilangan Islam terdahulu.

Apa yang peliknya ialah apabila ada pihak melenting. Saya tak pelik apabila Karpal melenting. Beliau memang Istiqamah menentang hudud yang beliau sendiri barangkali tak mengerti. Saya juga tak pelik apabila Kit Siang juga menentang kerana kebanyakan agenda politik keduanya telah basi dan tak laku lagi. Saya juga tak pelik apabila UMNO juga menentang kerana UMNO parti melayu yang jauh dari Islam. Namun apabila Guan Eng yang kagum kepada Umar Abdul Aziz juga membebel, saya sikit ragu. Benarkah Guan Eng menentang atau hanya berpolitik mengikut jejak ayahnya? Antara dua yang tak mungkin bersama ialah Guan tak boleh menentang Hudud jika beliau mencontohi Umar Abd Aziz atau Guan Eng hanya menjadikan Umar sebagai gula lidahnya pemanis mulut politik. Dalam Politik selain Islam segalanya berkemungkinan.

Islam bukan milik melayu, jua bukan milik Cina atau India. tetapi ia milik Islam Melayu India Cina dan segala bangsa. Ia di amalkan seluruh negara yang bernaung di bawah Islam termasuk di zaman Umar Abdul Aziz. Undang Undang British di Malaysia datang kemudian dari kedatangan Islam, malah kemudian dari kedatangan Cina dan India ke tanah melayu. Ia hanya datang dan wujud selepas merdeka secara rasminya. Kalau Cina dan India yang tiada kaitan dengan Undang Undang Lord Reid yang wujud selepas kedatangan mereka ke Tanah melayu boleh menerimanya, sewajarnya mereka juga tidak menentang Undang Undang Islam yang sedia ada di tanah melayu sebelum kedatangan mereka.

Apapun penantang mereka berkemungkinan kerana kejahilan mereka. Persoalannya mengapa mereka tidak belajar. belajar undang undang Islam khususnya dan belajar sejarah Islam di tanah Melayu . Jika tidak, mereka tidak layak menjadi pemimpin di Tanah Melayu lantaran mereka tidak memahami sejarah tanah melayu

Tiada ulasan: