Khamis, 4 Disember 2008

KERAJAAN PERAK BERJASA LAGI

Pinjaman tanpa faedah untuk Anak Perak

December 4, 2008 · Print This Article

Ipoh, 3 Disember : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Rakyat Perak bertuah mendapat kerajaan yang melaksanakan
kebajikan untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan ugama.

Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah.

Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut.

“Saya mendapat pinjaman berjumlah RM25 ribu bagi
tempoh pengajian selama 4 tahun dan saya kena
bayar RM250.00 sebulan apabila bekerja nanti,” jelas
Lutfi dengan wajah yang ceria.

Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan yang melaksanakan kebajikan untuk rakyat kerana sanggup memberikan pinjaman tanpa mengenakan sebarang bayaran faedah.

“Saya harap rakyat Perak akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ini,” katanya.

YB Su Keong Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sain, Teknologi dan Komunikasi menjelaskan bahawa 200 pelajar Melayu dan 31 pelajar bukan-Melayu telah mendapat pinjaman tanpa faedah itu dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berhasrat untuk menambah lagi bilangan penerima pinjaman tersebut dimasa akan datang sekiranya ada cukup dana untuk berbuat demikian.

“Ramai yang telah memohon tetapi kerajaan negeri tidak cukup wang untuk membantu semua pelajar,” katanya.

“Semua permohonan diproses melalui satu jawatan kuasa penapis sebelum keputusan dibuat oleh pihak Lembaga Amanah,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar para pelajar akan membayar kembali pinjaman tersebut apabila mereka bekerja nanti supaya pelajar-pelajar lain akan dapat menikmatinya sama kelak.
Sumber: Al-Husseyn

1 ulasan:

Abu Sufiyan berkata...

Sesuatu yang baik dan manfaat spt ini perlu disebarkan lagi.. terutama kepada pihak sekolah supaya bantuan ini sampai ke yang memerlukannya..