Rabu, 3 Disember 2008

KHIANATKAH KERAJAAN PERAK??

Wahai manusia,aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu, sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu, jika aku baik tolonglah aku, jika aku salah perbetulkan aku. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku , sehingga aku mengambil hak darinya (jika dia mengambil hak dari orang yang lemah) dan orang yang lemah di sisimu adalah kuat di sisiku hingga aku mengembalikan kepadanya (yang dirampas oleh orang yang kuat)..... Demikianlah antara intipati ucapan Abu Bakar assidiq ketika ditabal menjadi pengganti Rasulullah SAW.

Ianya menjadidasar dan garis panduan pimpinan pengganti Rasulullah. Menjadi ikutan orang yang menjejaki Rasulullah. Keadilan Islam bukanlah melambakkan semua hak kepada bangsa sendiri. Keadilan Islam ialah mengembalikan hak kepada orang yang berhak. Antara hak yang sangat diperlukan oleh setiap insan ialah tempat tinggal. Muslimkah dia atau bukan. Melayu, cina, India, asli dan siapapun mengharapkan tempat berteduh dan bernaung.

Saya yakin ramai dari kita pernah menonton rancangan BERSAMAMU TV3. Tiada tempat tinggal adalah sesuatu yang paling sukar dalam hidup. PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat menjadikan ianya manifesto dalam pilihanraya. Ternyata rakyat menyambutnya. Walupun yang menyambut itu ramai bukan melayu, namun tiada dendam dalam istilah pakatan Rakyat. Perak antara negeri yang dianugerahkan kemenangan oleh rakyat, melaksanakan janji tersebut. Ianya bukan janji pilihanraya , dan diikat untuk pilihanraya akan datang. Ianya janji yang mesti ditunaikan. Ianya bukti keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat. HAK MILIK SELAMANYA.... bukan umpan janji yang diikat saban tahun!!!



Pas pernah menunaikannya di Trengganu. Apabila BN memerintah, hak milik itu ditarik balik, Ada yang telah mendirikan rumah, diruntuhkan, masjid turut menjadi mangsa. Namun ianya bukan dianggap satu kesalahan.Hanya kerana ianya dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. BN adalah maksum dari sebarang dosa dan kesalahan..politik wang bukanlah rasuah... dan bla..bla..bla...lagi.. Apabila Kerajaan Perak menyatakan akan menunaikan janji menyerahkan hak milik tanah kediaman kepada kg Baru dan Kg Tersusun, gegak gempita seluruh negara. "Perak khianat melayu" antara slogan keramatnya. Tidakkah memberi hak kediaman itu tanggungjawab kerajaan. Salahkah di beri kepada kG Baru yang dihuni oleh orang Cina??? Itulah yang dijadikan isu...di anggap salah... Apakah BN pernah memberi hak kekal kepada orang melayu di Kg Tersusun??? BN tak buat apa apa tak salah, PR buat jasa menjadi salah hanya kerana turut memberi hak kepada bukan Melayu... Dituduh Khianat... Tidakkah Bn tak memberi hak kepada Melayu lebih khianat lagi??? entahlan fikirkan sendiri.....

Memberi hak kepada yang berhak adalah tuntutan Islam tanpa mengira warna kulit dan agamanya. Cina di Malaysia adalah sebahagian warganegara. Mereka bukan pendatang seperti Myanmar atau Bangladesh. Salahkah memberi hak kepada mereka??? Kalau mereka di beri hak mewakili rakyat malaysia tanpa sempadan kaum di Parlimen, kenapa dalam soal tanah tak boleh???

Sebenarnya ia bukan isu, memberi hak tanah kediaman, tanah untuk membantu pendidikan adalah sesuatu yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia, cuma ianya dipolitikkan oleh pemimpin politik BN, di hebohkan oleh media BN dan kemudiannya di sambut oleh sebahagian rakyat yang tidak berfikiran terbuka... semuanya diolah menjadi isu perkauman dan kebencian yang mendalam., ditokok tambah dengan berita palsu dan fitnah menjadi penambah perisa sehingga daging yang manis menjadi terlalu pedas lantaran banyaknya cili dan lada yang disimbah kedalamnya. Bukan daging itu yang pedas... perisanya yang menjadikan daging itu pedas!!! Sejarah lama diungkit kembali... memang luka itu akan berdarah... dan warna merah memang sukar disembunyi.... itulah seni dalam politik jahat oleh orang orang jahat.BN antaranya yang beriman dengan politik tersebut.

Saya meyakini, andai kita memahami realiti, merasai nilai dan erti sebuah bangsa, memahami nilai dan erti menegakkan sebuah negara, apatah lagi Islam menjadi pasak dan neraca dalam semua pertimbangannya.... kita akan dapati indah dan uniknya kepelbagaian bangsa yang kita rasai bersama.... namun selagi kedegilan dan kejahilan, kesombongan dan kedengkian menguasai diri...apatah lagi jauh dari bimbingan dan pedoman nabi... selagi itulah tiada erti yang kita perjuangkan selama ini... dan akhirat nanti bersedialah menghadapi HARI PENYESALAN!!! Hukuman dari Allah yang MAHA ADIL KEPUTUSANNYA..

Tiada ulasan: