Khamis, 31 Julai 2008

PAS GABUNG UMNO PERAK- SAY NO.-ULASAN PJ PERAK

Maksud firman Allah SWT:
“Jika kamu mendapat sesuatu kebaikan, maka mereka menjadi tidak senang kerananya; dan jika kamu ditimpa oleh sesuatu bencana, mereka berkata: “Sesungguhnya kami sebelumnya telah memperhatikan urusan kami”, dan mereka berpaling dengan rasa gembira.” (At-Taubah:50)

Dalam ucapan alu-aluan di majlis perasmian Konvensyen PAS Perak Kali Ke-13 di Ipoh pada 26-27 Julai 2008 yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, saya mengulangi lagi ketegasan PAS menolak sebarang rundingan untuk membentuk kerajaan dengan UMNO/BN di Perak. Saya menegaskan bahawa PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat. Saya lihat Dato’ Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan Hj Ismail Yusof, Pengerusi Perhubungan PKR Perak, kedua-duanya mengangguk-angguk sambil tersenyum mendengar penegasan saya di hadapan lebih 800 orang peserta konvensyen. Turut hadir dif-dif jemputan dari pimpinan DAP dan PKR, ketua-ketua Kelab Penyokong PAS, wakil-wakil NGO dan Dewan Perhimpunan Cina Perak serta Yayasan Orang Asli Perak (YOP).

Tiba-tiba tak semena-mena sehari selepas konvensyen itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli mengadakan satu sidang akhbar di Ipoh. Kononnya sebagai respon kepada kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang melontarkan cadangan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dan ditubuh satu parti baru berteraskan Islam sekiranya orang Melayu/umat Islam negara ini hendak benar-benar disatukan.

Dalam sidang media itu, Tajol Rosli menawarkan kepada PAS Perak untuk membentuk kerajaan baru bersama UMNO/BN. Beliau bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Perak terus dipegang oleh Menteri Besar yang mewakili PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. Beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan Exco atas alasan supaya tidak dituduh mengontrol kerajaan PAS/UMNO yang dicadangkan itu. Dalam tawaran pada kali ini tidak disebutkan samada jawatan speaker diberi kepada PAS seperti yang pernah ditawarkan dahulunya selain daripada 4 jawatan Exco.

Sebenarnya rakyat Perak umumnya mengetahui bahawa tawaran ini adalah merupakan lamaran kali ke-2 yang dibuat UMNO kepada PAS Perak. Lamaran pertama dibuatnya 138 hari yang lalu sebelum tawaran ke-2 ini. Bezanya lamaran dahulu dibuat melalui agen UMNO yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan negeri, wakil-wakil NGO dan wakil UMNO Pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Perak.

Alasan yang diberikan pihak UMNO dalam kedua-dua lamarannya adalah sama sahaja iaitu demi untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Cuma sedikit kelainannya pada kali ini UMNO bersedia memberi ruang kepada PKR dan DAP untuk ikut serta dalam kerajaan yang dinamakan oleh Tajol Rosli sebagai kerajaan PAS-BN. Hujah tambahan beliau ialah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh ke arah mencapai wawasan 2020 menjadikan Perak negeri maju.

Saya menerima panggilan telefon dan pesanan SMS bertalu-talu sebaik sahaja sidang media Tajol Rosli itu disiarkan. Tergambar di fikiran saya betapa dedikasinya mantan MB Perak itu merancang hendak menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang disasarkan menjelang 31 Ogos ini. Dalam perjalanan pulang ke KL, sempat saya memberi respon kepada beberapa pemberita akhbar berbahasa Cina di Ipoh yang menghubungi saya. Dengan tegas saya katakan: “No way PAS nak sambut tawaran itu”. Sejak awal-awal lagi selepas bulan Mac lalu, PAS Perak tidak bersedia berbincang mengenai tawaran mereka yang serupa. Bahkan saya menolak untuk bertemu dengan Tajol Rosli sebab kami sudah awal-awal bersetuju menyahut mandat rakyat untuk kami membuat perubahan di Perak dengan bersepakat bersama-sama parti PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan baru menggantikan BN.

Siang tadi saya terbaca dalam media utama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beriya-iya benar mendokong tawaran Tajol Rosli. Bahkan beliau menegaskan bahawa UMNO benar-benar ikhlas dalam tawaran kali ini demi untuk mengukuhkan perpaduan Melayu dan kestabilan kerajaan Perak. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak bersedia menyambut tawaran tersebut kerana menurut beliau suasana dan keadaan sekarang ini berbeza dengan suasana 4 bulan yang lalu ketika saya menolak untuk bertemu dengan beliau yang mewakili Tajol Rosli.

Saya bersetuju keadaan politik di Perak yang dilalui oleh PAS berbeza dengan suasana 4 bulan yang lalu. Dahulunya hubungan PAS dengan DAP agak kurang stabil apabila pihak DAP memboikot perlantikan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS menjadi Menteri Besar. Malah pihak PKR juga pada awalnya memboikot upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak itu. DAP juga menuntut 2 jawatan Timbalan Menteri Besar Perak. Begitu juga pengagihan jawatan Exco dan portfolionya pernah menimbulkan kontroversi.

Akan tetapi keadaan hari ini amat berbeza kerana bertambah kukuh dan mantap persefahaman di kalangan pimpinan ketiga-tiga parti pakatan dan anggota Exco kerajaan. Kebanyakan perkara-perkara penting yang diputuskan dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah manifestasi dari persefahaman dan muafakat yang dicapai secara syura dalam mesyuarat jawatankuasa penyelarasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu.

Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Perak juga berjanji akan memberi peruntukan yang besar sekiranya PAS menerima tawaran mereka kali ini. Bagi saya tawaran ini merupakan sogokan kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada PAS. Sebabnya, rakyat telahpun memberi mandat kepada kami untuk membuat perubahan melalui undi rakyat yang diberikan dalam PRU Ke-12 lalu. Mengapa kami yang telah diberi mandat rakyat itu disogok dengan bantuan yang dijanjikan? Kalau jujur untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang, laksanakan sahajalah segala rancangan pembangunan yang telah diperuntukkan dalam RMK-9 khususnya Projek Koridor Pembangunan Wilayah Utara Perak yang diperuntukkan berbilion-bilion ringgit itu. Sukar bagi saya hendak mempercayai keikhlasan UMNO seperti yang didakwa oleh Zahid dengan alasan-alasan berikut:
• Baru sahaja seminggu dua mereka menyerang Menteri Besar Perak dengan fitnah kononnya beliau membuat Perjanjian Pangkor II dengan DAP. Beliau juga dituduh sebagai boneka DAP.

• Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-12, penggal ke-2, pada akhir Jun 2008 yang lalu, sepanjang persidangan 3 hari mereka menyerang Menteri Besar dan Exco-Exco kerajaan Pakatan Rakyat sebagai tidak layak dan berkemampuan mentadbir negeri.

• UMNO Perak mengadakan roadshow menyerang PAS Perak dan pimpinannya dengan melemparkan pelbagai cacian dan tuduhan sebagai pengkhianat agama dan bangsa, hatta dalam kursus BTN juga pimpinan PAS dicaci dan dikutuk.

• Dalam dua majlis Upacara Penyampaian Pungutan Zakat kepada Majlis Agama Islam Perak yang dilakukan oleh Zahid sendiri, Menteri Besar Perak tidak diundang untuk hadir menyaksikannya.

• Sepanjang 4 bulan yang lalu, tidak pernah UMNO menunjukkan kepercayaan mereka terhadap DAP dan PKR. Tiba-tiba sekarang bersedia pula mengajak kedua-dua parti itu untuk menyertai kerajaan baru yang ditawarkan kepada PAS.

• Hingga ke hari ini gambar Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin tidak dibenarkan digantung di premis-premis yang terletak di bawah kerajaan pusat termasuk di sekolah-sekolah bahkan di Sekolah Menengah Agama Rakyat bantuan kerajaan.

• RTM Stesen Radio Perak di Ipoh tidak melaporkan berita dan aktiviti Menteri Besar atau kerajaan Pakatan Rakyat kecuali untuk mengelirukan rakyat.

• Kerajaan Pusat terus melantik Ketua Kampung dan JKKP di negeri Perak padahal kerajaan negeri telahpun melantik Ketua-ketua Kampung yang memang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Mereka dilantik melalui pemilihan secara demokrasi.

Pada saya tawaran UMNO itu dibuat semata-mata untuk membolehkan mereka berkuasa semula di negeri Perak. Mereka mendakwa mereka masih kuat dengan 27 ADUN UMNO dan 1 MCA. Mengapa mereka tidak boleh memerintah sedangkan PAS hanya mempunyai 6 ADUN tetapi memegang tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Setelah mereka mendapat berkuasa, mereka boleh merancang tipu daya untuk menyingkirkan PAS seperti yang pernah mereka lakukan di peringkat Pusat pada tahun 1978 yang lalu. PAS disingkirkan di atas tuduhan menikam UMNO dari belakang kerana membuka cawangan-cawangan PAS di FELDA dan membawa seorang pemimpin UMNO di Johor menyertai PAS.

InsyaAllah PAS tidak akan dipatuk ular yang sama di lubang yang sama sekali lagi. UMNO Perak bersabarlah menerima keputusan PRU Ke-12 dan teruskanlah tugas anda sebagai pembangkang yang berperanan membina dan menjadi watchdog yang sebenar. Bagaimanapun, jika teringin benar hendak bersama dengan pihak kerajaan, PAS mengalu-alukan secara ikhlas ADUN-ADUN UMNO yang benar-benar hendak membela bangsa dan agama itu menyertai PAS dengan segera tidak terkecuali Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli sendiri.

Rabu, 30 Julai 2008

MB PERAK LANCAR BULAN SOLAT .




29 Julai bersamaan 27 Rejab bertempat di Dataran MBI (Ipoh) telah tercatat sejarah baru untuk warga negeri Perak. MB Perak, Datuk Seri ir. Hj NIzar Jamaludin telah melancarkan Bulan Solat Peringkat negeri Perak . Program yang julung kali diadakan itu merupakan sejarah baru negeri Perak. Ianya turut menafikan kononnya MB telah menandatangani Perjanjian Pangkor 2 yang melarang program berbentuk Islam.



Lebih menarik pada malam tersebut Kerajaan Negeri menganugerahkan sumbangan RM 10 ribu seorang untuk Qari dan Qariah negeri Perak yang menjadi Johan kebangsaan dan mewakili Malaysia dalam Tadarus Al Quran peringkat antarabangsa.

Turut sama di majlis tersebut ialah Datuk Jamri pengarah JAIP, Datu Bandar Ipoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kehadiran warga Perak amat menggalakkan sehingga khemah disediakan penuh. Turut menyerikan majlis ialah persembahan Suhaimi (bekas penyanyi Intim). Beliau menyampaikan 4 buah lagu. Turut bersama beliau ialah isterinya yang juga seorang artis- Diana Naim.



Kehadiran pada malam tersebut dimanafaatkan dengan tazkirah dari Ustaz Zulkarnain Hasan yang juga Setiausaha Dewan Ulama PAS Perak. Semoga perlancaran tersebut menambahkan keberkatan untuk seluruh warga Perak sempena bulan Rejab. Inilah sebahagian hasil keberanian rakyat Perak memilih Pakatan Rakyat menerajui negeri. Apakah mungkin PAS akan menerima tawaran UMNO Perak untuk bergabung?.... nampaknya Tajol Rosli akan terus "meghraban" dengan mimpinya. Bulan takkan jatuh ke riba....... hanya roket yang mampu sampai ke sana....

Selasa, 29 Julai 2008

RINGKASAN KERTAS KERJA TSIQAH DALAM JAMAAH.

Kertas kerja ini dibentangkan ketika program Tarbiyah PAS negeri Sabah di Tawau sekitar tahun 1997. Moga ada manafaat.

Maksud Tsiqah.

Keyakinan seorang dai kepada pimpinan dan kepimpinannya, kemampuan dan keikhlasannya sehingga lahir perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.

Cara Menilai Tsiqah.
01. adakah beliau mengenali qiadah?
02.Adakah beliau meyakini dan keupayaan dan keikhlasan qiadah?
03.Adakah beliau menganggap perintah sesuatu yang putus, tidak dicanggahi atau dibincangkan lagi melainkan sekadar nasihat atau menunjukkan yang benar.
04.Bersediakah membuat andaian beliau salah dan qiadah benar dalam soal ijtihad?

Cara Membina Tsiqah.

01. Tidak memberi kedudukan dalam jamah jikaorang itu tidak layak.
02.anggota jamaah merasakan keputusan qiadah betul dan selamat serta tepat.
03.Menganggap semua arahan qiadah mesti dipatuhi kecuali jelas maksiat.
04. Membentuk satu tanzim yang kemas.
05. Bermuhasabah dan bekerja secara syuro.
06. Sentiasa menaruh harapan anggota jamaah bekerja lebih baik dari kita.
07. Bertolak ansur dalam perkara uslub dan pendekatan dan bertegas dalam perkara prinsip.

Perkara merosakkan Tsiqah.

01. Ketidak upayaan menyemai rasa tsiqah.
02. Mengharapkah tsiqah tanpa membayar harga.
03. Wujudnya golongan menimbulkan keraguaan dan meruntihkan tsiqah.
04. Musuh menabur desas desus dan fitnah merosakkan persaudaran dan tsiqah.
05. Ego, Merendahkan orang lain, sinis, ambil mudah dan dengki dalam jamaah.

Mudahan kita membina tsiqah dalam jamaah kerana kita jamaah Islam dan pemimpin kita Ulama!!! siiru a"la Barakatillah...........

APA AGENDA MAHFUZ DAN HANIFA MAIDIN???


Saya agak terkejut membaca surat maaf Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat. Sebelum itu kenyataan Hanifa Maidin juga agak menghairankan.Apa dah jadi dengan kepimpinan PAS yang kedua duanya tiada latar belakang agama ini??? Kenyataan Mohamad Sabu lebih bertanggungjawab meminta pendokong dan pemimpin PAS tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan susulan isu muzakarah atau muqabalah yang dianggap selesai setelah pertemuan majlis Syura di JKR 10 Kota Bharu.

Membaca mesej tersirat , saya meyakini bahawa Mahfuz bukan hanya kononnya ingin memohon maaf. Kalau pun benar beliau memohon maaf tetapi yang jelas meletakkan kesalahan kepada " individu " tertentu di dalam PAS.kenyataan tersebut amat jelas;

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.


Secara jelas beliau masih tidak berpuas hati sebaliknya mengharapkan Khir Toyo yang tak pernah boleh harap membuat penjelasan.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.


Bagaimana Ketua Penerangan PAS itu boleh menjadikan Khir Toyo rujukannya. Tidakkah "Individu" yang dimaksudkannya telah memberi penjelasan???? Menimbulkan semula isu yang telah diterima oleh pendokong PAS hasil Pertemuan Syura adalah bersifat Nakal. Atau lebih tepat Jahat. Sewajarnya nasihat Mat Sabu diberi perhatian.

Dengan alasan minta maaf mahfuz kelihatan baik dan bersih dari kesalahan. Inikah cara beliau berpolitik??? Umum mengetahui bahawa Mahfuz begitu berminat untuk menawarkan "khidmat" dalam PAS Pusat. Menawarkan diri bertanding jawatan tinggi dalam PAS. Kesungguhannya untuk "berkhidmat" terbukti apabila beliau bersungguh meraih undi dari perwakilan. Tentunya perwakilan dari Sabah khususnya Tawau dan beliau sendiri lebih memahaminya. Itu yang saya tahu . lain tak tahu.

Kenyataan Hanifa juga memeranjatkan. Khususnya kekeliruanya bahawa " sepatutnya keputusan politik dibuat oleh JK PAS Pusat bukan majlis syura.Majlis Syuro hanya membuat hukum>

Apakah Hanifa yang dah lama dalam PAS sampai jadi JK PAS Pusat tak faham benda ni? sejak bila Majlis Syuro jadi JK Fatwa PAS Pusat. Apakah Hanifa dikuasai minda sekular lagi??? Apakah agenda Hanifa menulis secara terbuka sedangkan beliau JK PAS PUsat. Kenapa tidak dibawa dalam mesyuarat??? Adakah beliau ingin penyokong simpati dan bersama menanggung perasaan kecewa bersama beliau??? Atau..... atau.... beribu kemungkinan yang hanya Allah dan Hanifa yang tau.

Saya melihat isu muzakarah atau muqabalah menjelmakan beberapa kelompok di dalam PAS yang cuba menjatuhkan pemimpin tertentu. Isu ini adalah kuncinya. Kita membaca bagaimana TGHH turut menjadi sasaran. Mengapa??? entahlah... mungkin ada kelompok yang diambil tindakan sekitar 90 yang TGHH pengerusi JK disiplinnya kembali berpengaruh dalam PAS. Mudahan tidak. Kelompok ini parasit yang tak pernah wala' kepada Pemimpin PAS apatah lagi memiliki tsiqah terhadap pimpinan.

Timbalan Presiden tentunya lebih lagi kerana penonjolannya yang mendadak di dalam kepimpinan. Dari Pensyarah Universiti dibawa menjadi SU Agong dan terus menjawat timbalan Presiden. Namun sememangnya beliau layak!!! Allahyarham Ustaz Fadzil melihat bintang yang bersinar padanya.

Apapun, diharapkan yang ditulis diatas sekadar bacaan yang tidak tepat. Moga Allah memelihara jamaah PAS dari sikap sedemikian. Agenda peribadi tidak layak melekat di hati pemimpin PAS. Namun kenyataan yang berlaku tidak sepatutnya berlaku

Rabu, 23 Julai 2008

CUKUP!!! TIBA MASANYA UNTUK WALA'

" Berbagai pandangan dilontarkan , berbagai tohmahan dan label diberikan kepada pimpinan PAS khususnya yang cenderung dengan muzakarah. Pendokong PAS yang saya yakin terlalu sayang kepada jamaah secara tak sedar meruntuhkan jamaah. Bagi yang ada dendam dan marah kepada pimpinan tertentu mengambil kesempatan memarakkan api kebencian... Kesannya pasti dalam jangka masa panjang akan menghilangkan ketaataan di dalam jamaah. Apalah erti sebuah jamaah tanpa ketaatan.....


Sehingga kini terlalu banyak jarum yang menusuk ahli PAS. terlalu banyak minyak yang disiram kepada api kemarahan. Sebahagiannya melontarkan tohmahan tanpa mengkaji kebenaran. Menuduh pemimpin gila pangkat dan kuasa???? kalau benar tentu Di Selangor PAS adalah MB kerana UMNO telah menawarkannya. Di Perak malah UMNO menawarkan beberapa jawatan exco tambahan. PAS tetp menolak. Gila jawatankah ini?????

Saya meyakini semua komen ini kerana sayangkan jamaah. Tetapi betulkah sayangkan jamaah dengan meniupkan kebencian kepada pemimpin tertentu dalam jamaah??? Seolah akhlak yang menunjangi perjuangan ahli PAS telah terpadam dengan api kebencian dan prasangka MELAMPAU kini. Sehingga dengan Ulamak pun dah tak peduli. Dulu kita bersungguh menjunjung ulama. Apabila Ulamak tak sesuai dengan kehendak kita lalu ulamak dibakul najiskan??? apa beza antara kita dengan UMNO??

Apakah pendirian sebahagian pemimpin PAS telah lari dari akhlak dan syariat Islam. Kalau telah lari wajar kita menentang. Apakah bermuzakarah ( berbincang) dengan UMNO itu maksiat???? kalau maksiat wajar kita menentang!!! Apakah erti kita melantik mereka sebagai pemimpin jika kita tidakmeletakkan kepercayan kepada mereka. BUKAN kita tak boleh memberi pendapat tetapi biarlah dengan akhlak. pendapat kita tak mesti betul. Kalau ulamak tak lari dari salah apakah kita maksum???

Siasah telah melaporkan bahawa esok 23 Julai mesyuarat Majlis Syura akan bersidang di Kota Bharu. Kini tiba masanya ahli dan pendokong PAS bermuhasabah di atas keterlanjuran lampau. Sediakan diri untuk menerima apa jua keputusan pimpinan tertinggi. Jangan tapis dengan pendirian kita sendiri. Inilah akhlak berjamah Islam. jika tidak ANDA TIDAK LAYAK BERGELAR PENDOKONG JAMAAH ISLAM. Selepas keputusan mesyuarat ini diterima...sebarang komen menentang adalah datangnya dari mereka yang memusuhi gerakan Islam!!!! penyokong dan pendokong PAS jangan lagi baca apatah lagi memikirkan untuk menerimanya walaupu satu huruFFFFF!!! SEKARANG MASANYA UNTUK WALA'.
"

Selasa, 22 Julai 2008

MUZAKARAH-PANDANGAN NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Di sini saya perturunkan pandangan Nik Abduh tentang Muzakarah agar kita tidak melatah, lari dari sasaran dan halatuju perjuangan. Kuasa yang kita inginkan hanya bagi melaksanakan impian tertegaknya Islam. Apapun akan kita lakukan bagi memelihara halatuju perjuangan selagi syarak mengizinkan.

Salam Kamunting,
Ramai datang bertanya saya mengenai rundingan PAS-UMNO. Saya jadi laku untuk disoal sebab saya sendiri telah menulis di laman ini mengenainya. Saya menyokong, sedang yang bertanya itu pelbagai. Ada yang datang bertanya sambil membawa kalungan tahniah, ada yang membawa selambak kekeliruan dan yang betul - betul berang dan marah, belum datang lagi walaupun ada yang memang betul - betul berang dan marah dengan tulisan saya.
Bila saya jawab, harapan saya ia menenangkan mereka. Itulah harapan daripada sebuah jawaban. Tapi, siapalah saya untuk menenangkan semua, sedang persoalannya adalah besar. Ia isu terbaru politik semasa walaupun ia bukanlah baru dalam politik Malaysia, apatah politik Islam.
Saya rasa elok untuk dikongsi beberapa persoalan dan jawaban yang merungkai.
1) Bila Islam akan berdaulat di Malaysia dan bagaimana?
Jawaban saya: Bila itu janji Allah. Bila Allah berjanji maka janjiNya adalah benar dan dekat. Dunia ini terlalu dekat dan akhirat itu tidak jauh. Cukuplah bagi seorang mukmin itu sebuah keyakinan yang terpaku di hatinya. Keyakinanlah asas segala pergerakan dan natijahnya.
Bagaimana? Ia berlaku dengan sunnah Allah dan jadualNya. Islam itu milikNya dan kita hanya menikmati perjalanannya. Apabila Allah menghendaki, dijadikan hambaNya yang beriman itu tersedia dengan kekuatan yang cukup, kualiti dan kuantiti, lalu tercetuslah kemenangan yang di nanti.
Kualiti itu mendahului. Ia bermaksud taqwa, ikhlas dan menjadikan ar Rasul sebagai ikutan ( mutaba’at ul Rasul ). Kemudiannya adalah kuantiti. Dihijrahkan ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam demi menyempurnakan tuntutan bilangan yang diperlukan untuk sebuah kemenangan Islam. Dulu satu mampu menewaskan sepuluh. Adapun untuk ummat Nabi akhir zaman, ia memerlukan satu jumlah yang lebih baik ( Rujuk al Anfal:64-65 ).
Bagaimana di Malaysia? Ia sama. Sunnah Allah berjalan. Dalam bicara konteks demokrasi pilihan raya hari ini, Islam akan berdaulat dengan penyempurnaan tuntutan sunnahNya jua.
Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang ‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru. Undi tuan guru mengaut ribuan undi pengikutnya. Itulah undi kualiti. Jikalah kita pemilik undi kualiti..
Maka tiadalah jalan untuk perjuangan ini tanpa kehadiran para ulama yang bertaqwa.
Kemudian, kita perlukan undi umat Islam yang ramai. Islam didaulatkan oleh umatnya jua. Tiada dalam sunnah Allah golongan bukan Islam menjadi pendukung kemenangan sebelum umat Islam sendiri. Mereka sekadar membantu. Sesetengah mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah. Allah memegang hati setiap manusia.
Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu. Kemudiannya adalah undi muslim bukan Melayu. Undi mereka mungkin lebih berkualiti tetapi bukan pada kuantitinya.
Kemudiannya pula adalah undi bukan Islam. Beberapa individu bukan Islam ( musyrikin ) membantu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di dalam perjuangan baginda. Di dalam negara kita, akan ada sekelompok bukan Islam yang terpesona dengan Islam dan kecewa dengan sistem lain yang akan membantu Islam. Ramaikah? Mungkin, tetapi ia tak mungkin diimpikan daripada mereka melebihi harapan kepada umat Melayu Islam sendiri.
Gobala mungkin ya, tetapi belum lagi Tian Chua, apatah Xavier Fernandes.
Di Kelantan, Islam tidak menang kecuali sesudah Melayu UMNO dan Melayu atas pagar beralih kepada PAS. Samada mereka mendaftar sebagai ahli PAS atau Allah memaut hati mereka untuk mengundi PAS. Jadilah PAS menang dalam demokrasi berpilihan raya.
Justeru, kemenangan Islam adalah melalui gerakan Islam yang dipimpin ulama ( kualiti ) dengan sokongan bangsa Melayu seramainya.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham mengapa orang UMNO begitu bernilai untuk PAS demi kemenangan Islam.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham bagaimana mendekati UMNO adalah tuntutan yang tidak akan berubah dan pudar.
Jika anda memahami ini, anda akan faham betapa berusaha memecahkan tembok keras UMNO yang memagari dan menutup orangnya daripada didekati adalah tuntutan sepanjang masa.
Jika anda sudah faham, fahamilah bahawa berunding dengan UMNO yang telah membuka pintu itu adalah peluang keemasan untuk memperkenalkan Islam kepada ahli UMNO yang telah lama dikongkong pemikiran mereka.
Saya mengupas dalam konteks kita di dalam sistem demokrasi hari ini. Allah lebih tahu bila dan bagaimana sebenarnya. 1% adalah usaha, 99% adalah tawakkal. Sekelumit kecil daripada kita. Itupun kerana Allah inginkan untuk kebaikan kita. Seagungnya adalah penyerahan segala daya dan upaya kepada Allah jua. Itulah akidah kita para pejuang.
2) Tidakkah UMNO itu ditakuti kejahatan mereka dan disempadani tipu daya dan makar mereka? Apa lagi yang diharapkan daripada mereka selepas mereka sendiri menetang Islam mendahului DAP sendiri?
Jawaban saya: Ya, sejarah kejahatan UMNO siapa boleh mengubahnya? Tipu daya adalah sebahagian kejahatan. Tetapi, adakah penyelesaiannya adalah dengan hanya menjauhinya? Sedang anda memerlukan orang UMNO untuk didekati. Memanggil dari jauh tidak sama dengan memanggil dari dekat. Dari dekat anda mudah didengari dan mudah dikenali.
Adakah kita ini buruk sehingga dijauhi sesudah dikenali atau kita pasti didampingi sesudah dikenali kebaikan kita?
Kemudian, adakah kita sudah begitu lemah untuk berhadapan tipu daya mereka? Mengaku kalah sentiasa selepas perit ditipu berkali - kali. Adakah kita lemah atau bilakah pula kita akan gagah? Tidakkah kita sendiri yang berkata dan berbangga bahawa kitalah lebih kuat hari ini?
UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang sebelum mereka berkuasa. Mereka tidak pernah menerima sistem Islam. Hanya wujud beberapa individu yang tampak bersedia menerima. Apa beza dengan UMNO? Anda yakin mereka lebih baik? Yakin? Atau itu hanya satu telahan daripada jutaan. Anda kata UMNO sudah terbukti. Saya kata, DAP sudah terbukti. Adakah anda menunggu bukti sesudah mereka berkuasa?
Kemudian, sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-62 ) sejelasnya sebelum anda bermati - matian bertempik - tempik menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan ( sebagaimana ucapan seorang pemimpin di PUTIK ) ?
Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”
Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh. Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu diperbodohkan.
Ayat di atas mudah difahami maksudnya. Tetapi anda akan lebih jelas jika menelaah tafsirnya. Cari dan baca sendirilah. Saya malas nak tulis panjang - panjang.
Kemudian pula, sudahkah anda meneliti dan fana dengan fiqh perjanjian Hudaibiyah di antara ar Rasul dan kaumnya yang musyrikin di Makkah? Jelaskah di kotak faham anda bagaimana demi perdamaian dan keluhuran, ar Rasul memilih penangguhan 10 tahun ( atas kertas perjanjian ) memasuki Kota Makkah dengan kemenangan daripada memilih kemungkinan kemenangan keesokannya melalui serangan dan libasan pedangnya yang perkasa ke atas kota pembukaan itu?
Cerita panjang Hudaibiyah bacalah sendiri. Ada masa saya akan ulas, insya Allah. Sekarang saya malas.
Kita hanya tahu politik perang dengan UMNO. RasuluLlah tahu berperang dan tahu berdamai dengan UMNO Makkah. Baginda mengajar kita politik.
Adakah anda tak nak belajar politik damai sesudah anda mahir politik perang? Nak tak nak? Hah..?
Atau, jika anda mahu menjenguk ke Palestin hari ini, maka di sana ada pelajaran.
Israel itu zalim dan terzalim. Ia membunuh dan membakar. Antara senjatanya, perjanjian damai. PLO seribu kali terperangkap dalam perdamaian. Kemudian datang HAMAS yang lebih baik sebagai pengganti demi perjuangan yang lebih suci.
Adakah HAMAS berkata, NO for peace with Israel? Tidakkan? HAMAS terlibat dengan pertemuan, rundingan dan gencatan senjata dengan Yahudi itu. Bezanya, HAMAS lebih sedia dan lebih cemerlang berbanding PLO dan Fatah sebelumnya. HAMAS pun ditipu, tetapi Israel mengaku HAMAS semakin kuat.
Begitu politik damai!
PAS dan HAMAS, pada perjanjian Hudaibiyah itu adalah ikutan yang baik buat semua pejuang Islam.
Saya tidak akan kata PAS pasti bertambah kuat selepas berdamai dengan UMNO. Saya hanya akan kata, PAS mungkin akan bertambah kuat. Pandai - pandailah pemimpin kita bawa diri. Struktur parti PAS gagah untuk membuat keputusan. Saya yakini.
UMNO tidak akan rugi jika PAS kuat. UMNO hanya rugi jika mereka semakin jauh daripada Islam. PAS untuk semua. PAS untuk UMNO dan PAS untuk bukan Islam juga.
3) Bagaimana dengan PKR? Tidakkah kita diangap pengkhianat? Kita pengkhianat rakyat?
Saya yakin PKR tidak akan dipinggirkan. Salah besar jika PAS meminggirkan PKR. Tetapi salah lebih besar jika PKR meminggirkan Islam. Jika PKR meminggirkan kepentingan Islam, PKRlah yang mengkhianati PAS.
Saya hanya tahu bahawa PAS berkerja sama dengan PKR sesudah wujud persefahaman bahawa PKR, jika diberi kuasa bersama, mereka akan memberi ruang lebih selesa untuk Islam dan menyekat usaha - usaha membantutkan laluan kepada Islam. Itulah yang saya tahu dan itulah yang anda kena tahu kerana itulah siasah syar’ieyah pada segala maksudnya ( maqasid ).
Selepas pilihan raya yang menyaksikan segenggam kuasa telah diberi dan PKR diberi mandat untuk terus memburu kuasa, PAS menuntut satu penegasan semula atas jaminan sebelumnya.
Apakah jaminan untuk Islam yang lebih baik jika bersama PKR? UMNO sudah datang dengan tawaran baru yang tidak pernah dicadangkannya sebelum ini. UMNO datang begitu sebab mereka lemah dan mereka mengaku kita kuat hari ini. Saya yakin tawaran UMNO menggiurkan. Di dalamnya ada madu. Di dalamnya ada racun juga.
PAS perlu mengukur pada pengukur Allah. PAS hanya setia pada satu iaitu Islam. Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat ialah rakyat.
Politik tiada hukum selain siasah syar’ieyah. Siasah syar’ieyah bergerak bagai air yang mengalir. Di mana Islam dijunjung, di situlah ia bertakhta.
Jangan hidup dalam teka teki kehidupan. Teka teki membingungkan. Hiduplah pada yang pasti. Tiada yang pasti selain Islam.
4) Adakah PAS akan bergabung dengan BN?
Dua yang saya tahu dan dua yang saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah pertemuan telah berlaku. Mungkinkah akan wujud persefahaman, saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah tiada pernah wujud usaha bergabung dengan BN. Ia jauh sekali dari tuntutan siasah syar’iyah hari ini. Mungkinkah ia berlaku, saya tak tahu.
Saya harapkan persefahaman berlaku demi Islam. Saya tak harapkan penggabungan berlaku. Saya tak nampak baiknya berbanding hodohnya.
5) Tidakkah ahli PAS akan marah jika perdamaian PAS - UMNO berlaku? Bagaimana jika rakyat marah, apatah bukan Islam?
Adakah anda boleh bayangkan ahli PAS akan marah pada pemimpinnya? PAS bergerak dalam kerangka sebuah gerakan Islam. Ia hidup dengan kekuatan sendiri yang tiada dalam parti politik lain. Dengan jaminan seorang ketua dan syura yang ditaati, adalah sukar dibayangkan ahli bangkit melawan.
Marah itu mungkin berlaku. Marah itu tanda sayang. Marah itu akan reda bila datang keredhaan.
Ya, rakyat mungkin marah sesetengahnya. Tapi ia akan diganti dengan yang lain. Rakyat adalah sokongan yang ditagih, tetapi dalam politik ia seperti angin. Ia datang dan ia berlalu. Yang tetap hanyalah daripada yang memahami perjuangan.
Begitulah bukan Islam. Dalam sejarah politik Malaysia, PAS bukan pengkhianat bangsa dan negara, apatah agama.

LAGI MUZAKARAH


Seakan bergegar dan dilanda taufan apabila cerita Muzakarah dibincangkan secara terbuka. Apa pandangan ustaz? antara persoalan yang popular yang dilontarkan seolah saya seorang dari JK PAS Pusat. Namun sebagai tidak menghampakan....saya melontarkan jua pandangan peribadi jua pandangan yang saya rase lunak dan berakhlak jamaah dari pandangan sahabat lain..

Jawapan dalam masa yang ringkas tentunya saya menjawab; apa nak kecoh??? takkan nak jumpa bincang pun tak boleh?? takkan sejak PAS berpakat dengan PR maka berbincang dan berjumpa pun di haramkan??? Rilek la. Kita dah pilih pemimpin...serahkan kepada pemimpin.. tak setuju kita cari pemimpin lain atau kita sendiri tawar diri jadi pemimpin. Kekadang saya agak emosional juga bila tuduhan melampau dilemparkan kepada golongan Ulama. Kenapa ??? dah tak percaya ulamak dah ke.... sejak dapat sikit kuasa ni.... dah lupa halatuju dah??? dah lupa akhlak dengan ulamak???

Jawapan itu hanya untuk sembang santai. Namun bagi yang bertanya secara jujur maka saya perlu bertanggungjawab;Bagi yang berdamping dengan komputer saya mencadangkan menilai penulisan Nik Abduh Nik AZIZ. Penjelasan yang terlalu padat dan kukuh bagi saya dalam menangani isu ini.Saya juga memberi perbandingan mudah;

01. Kita dalam PR ibarat orang miskin (ada pelajaran dan ramai orang nak ambil kita bekerja- malah ada barang berharga yang boleh kita niagakan) yang kahwin dengan orang kaya. Secara tak langsung sebagai suami kita menjadi kaya kerana harta dibawah kawalan kita. Namun kita mencurigai isteri kita kerana selalu mengungkit dan seolah tak peduli kewujudan kita sebagai suami. berbuat sesuka hati. Apakah wajar kita berdiam diri?? atau kita mula bersedia membina kekuatan diri sendiri agar isteri lebih menghormati. Kalau isteri masih mempertikaikan kita , menghina dan tak pernah peduli pandangan kita...apa perlu kita bersama dalam rumahtangga lagi??

02. Sebagai parti islam tulin dan solid penyokong terasnya orang melayu, maka kita tak boleh mengenepikan undi orang melayu. Dari pilihanraya lalu jelas kita mendapat sokongan undi bukan melayu... adakah kerana mereka percaya kita? percaya kerana prinsip islam kita atau keterbukaan kita? walaupun keduanya dari satu sumber tetapi pemahaman mereka tidak mesti seperti kefahaman kita. Kawasan undi majoriti melayu kita gagal. Saya berkesempatan turun berkempen di sekitar negeri Perak khususnya di kawasan melayu. Beberapa kali ke Parlimen Parit, Bagan Dato dan Bagan Serai dan Lumut. Ternyata Parit yang dijangka menang tetap tewas walaupun UMNO bergolak masalah calon. Ini kawasan yang pernah dimenangi PAS 1999. Maknanya Melayu masih menyokong UMNO. Kalau kita bimbang UMNO akan menendang PAS apabila mereka kuat??? apakah kita tak pernah curiga DAP akan menendang kita jika mereka kuat. Dalam politik segala kemungkinan mesti ditimbang. Sangka baik terhadap UMNO dulu dibalas dengan pemngkhianatan, maka apakah sangka baik dengan DAP dan mungkin PKR yang sebahagiannya masih berdarah UMNO yang mengkhianat kita dulu tak mungkin berlaku?? Asas yang ingin saya tekankan ialah PAS mesti membina kekuatan sendiri. dan pengundi melayu adalah fokus utama PAS berbanding bukan Islam yang juga tak boleh ditinggalkan.

Apapun , sebagai pendokong kepimpinan yang ada walak mesti diutamakan. Kita hanya berbicara atas pandangan peribadi hasil penilaian berita yang diterima sebahagian besarnya dari sumber fasiq. Secara ringkas ;

1. kita perlu meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan.
2. Kita mempunyai ruang untuk berbincang dalam muktamar ogos ini di Perak.
3. Berilah ruang kepada pimpinan parti merancang halatuju jamaah.Terlalu banyak yang tidak kita ketahui berbandng pimpinan.Mereka berada di tempat tinggi yang dapat melihat dalam dimensi yang lebih luas berbanding kita di bawah.

PAS tetap sebuah jamaah Islam yang sedang mencuba peluangnya di dalam PR untuk merealisasikan cita cita Islam. Kita terpaksa membuat penilain dari masa ke semasa untung rugi di dalam Pakatan ini. Jika untung lebih banyak maka kita akan terus bertahan, jika rugi terhadap Islam yang kita dapati maka apa kita tunggu lagi. Saya pernah menulis tentang apa yang kita dapatihasil permuafakatan di dalam PR ini, namun itu nilaian ketika ini berbanding dulu. Masa depan mesti dirancang supaya kekuatan kita tidak luntur dan larut dalam PR. TGHH malah TGNA yang cuba dilagakan oleh media kini tetap mempunyai kefahaman yang satu : MATALAMAT ISLAM KITA TAKKAN BERUBAH WALAUPUN APA YANG TERJADI!!! BERSABARLAH... BERTENANGLAH.... ALLAH PASTI MEMBANTU KITA JIKA KITA IKHLAS MEMBANTU AGAMANYA.... Apapun akhlak tetap hiasan kita.

PERJANJIAN PANGKOR- PANDANGAN PJ PERAK


Maksud firman Allah SWT:
“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63)

UMNO Gunakan Badan NGO
Setelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini mereka lakukan pada hari-hari pertama mereka kehilangan kuasa. Namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan walaupun media perdana yang dikuasai UMNO/BN mewarwarkan perhimpunan yang gagal itu sebagai satu kejayaan. Semenjak itu timbullah tuduhan-tuduhan dan fitnah yang diatur secara terancang. Kesemuanya cuba memberikan persepsi bahawa Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar yang menjadi Menteri Besar adalah boneka kepada DAP Perak yang diketuai oleh Dato’ Ngeh Koo Ham.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 pada hujung bulan lalu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Menteri Besar. Namun strategi serangan mereka memakan diri sendiri apabila isu yang mereka lontarkan disanggah oleh Menteri Besar dan pihak kerajaan. Di luar dewan, Dato’ Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang mendominasi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah dibuat secara konsensus. (rujuk kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam akhbar The Sun 25 Jun 2008)

Pimpinan UMNO diketuai oleh Tajol Rosli dengan dibantu oleh media arus perdana pro-UMNO terus memainkan pelbagai perkara yang mereka putar belitkan sehingga dilihat sebagai isu yang mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negeri Perak. Di antaranya, arahan pertukaran jawatan Dato’ Haji Jumry, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dalam tempoh 24 jam yang kemudiannya ditarik balik setelah mendapat nasihat pihak istana. Perkara ini mereka permainkan habis-habisan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menegur raja-raja. Bagaimanapun isu ini selesai apabila DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengeluarkan kenyataan memuji sikap Menteri Besar dalam menangani perkara berkenaan dengan cara yang harmoni dan penuh kebijaksanaan.

Geran Kekal 999 Tahun?
Tuduhan yang boleh mengelirukan rakyat terutama orang-orang Melayu di negeri Perak ialah mengenai tawaran geran pemilikan tanah Kampung-kampung Baru di negeri Perak yang diberikan taraf Pemilikan Kekal selama 999 tahun. Kononnya kerajaan Perak membuat keputusan sedemikan adalah kerana desakan DAP. Perkara seperti ini memang sangat mudah dipermainkan apabila media perdana terus mewarwarkannya, jangankan orang-orang biasa, pemimpin PAS pun ada yang ikut terbawa-bawa dengan propaganda UMNO ini. Ramai orang terkejut apabila Dato’ Mustafa Ali dalam catatan awalnya dalam blog beliau pada bulan lalu secara terbuka menegur Menteri Besar Perak tentang perkara ini. Padahal beliau boleh bertanyakan kepada saya atau memberikan pendapatnya terus tanpa perlu mencatat dalam blognya.

Sebenarnya, cadangan pemberian geran milik kekal kepada Kampung-kampung Baru dan Kampung-kampung Tersusun bukannya datang dari DAP tetapi perkara itu adalah sebahagian dari sepuluh tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam PRU Ke-12 yang lalu. Semestinya untuk memenuhi janji BA, perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh DAP. Tidak timbul sama sekali hanya Kampung Baru sahaja yang berhak mendapat geran milik kekal, tetapi Kampung Tersusun juga sama berhak. Bahkan kerajaan juga bersetuju menawarkannya kepada perkampungan Orang Asli. Apapun, tawaran geran milik kekal iaitu pegangan bebas (freehold) itu adalah ditawarkan secara pilihan (option) kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30 atau 60 atau 99 tahun. Kesemuanya bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.

Bagaimanapun, jika diandaikan kesemua penghuni Kampung-kampung Baru menerima tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas, maka kawasan Kampung Baru itu sampai bila-bila pun tidak akan bertambah keluasannya (kira-kira 6,000 ekar) sedangkan Kampung Tersusun yang kini keluasannya kira-kira 7,000 ekar boleh bertambah bila dibuka lagi Kampung-kampung Tersusun pada masa akan datang. Kampung-kampung Tersusun ini hampir seratus peratus penghuninya adalah orang-orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO sangat mengetahui perkara ini sebab pada zaman mereka memerintah 50 tahun itulah terbangunnya Kampung-kampung Tersusun sedangkan Kampung Baru wujud pada zaman penjajah semasa darurat kerana ancaman komunis. Dalam hal ini saya sukalah mengingatkan semua pihak khasnya orang Melayu bahawa sepanjang UMNO/BN berkuasa di Perak, mereka telah mengorbankan puluhan ribu ekar Tanah Rizab Melayu untuk kepentingan golongan tertentu atas nama pembangunan. Sebagai satu contoh, kira-kira 7,000 ekar Tanah Rizab Melayu di kawasan Beruas telah dikorbankan untuk membangun Gula Perak Berhad. Hari ini apa sudah jadi dengan syarikat itu, adakah ia mati tanpa kubur? Inilah yang patut rakyat tanya pimpinan UMNO seperti Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli.

UMNO Mencipta Fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’
Fitnah terbaru ialah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang direka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menimbulkan pelbagai fitnah lagi, samada untuk tujuan memecahbelahkan antara PAS dengan rakan Pakatan Rakyat atau untuk menimbulkan keresahan atau pertelingkahan di antara pimpinan PAS dengan ahli-ahli grassrootnya. Untuk menegakkan fitnah ini seolah-olah satu fakta yang benar, UMNO Perak terpaksa mendapatkan pandangan seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan UMNO yang dianggap sebagai pakar iaitu Dato’ Seri Rais Yatim yang juga Menteri Luar. Padahal pakar undang-undang mereka inilah yang bertanggungjawab melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura kerana tidak berjaya menegakkan hujah Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Padanlah Malaysia kalah, kerana dalam fitnah yang direka UMNO inipun beliau memberikan pendapatnya berasaskan andaian semata-mata seperti yang beliau sendiri sebutkan. (rujuk Utusan Melayu 9 Julai 2008)

Ada pula di antara pemimpin UMNO mengatakan perjanjian itu dimeterai di Pulau Pangkor di antara Hj Nizar dan DAP (masyaAllah!). Inilah bukti yang menunjukkan mereka meraba-raba di dalam mencipta fitnah tersebut. Ke sana-sini mereka mewarwarkan bahawa kerana ‘Perjanjian Pangkor II’ itu Menteri Besar Haji Mohammad Nizar tidak boleh menyebut perkataan-perkataan Islam dan istilah Islam seperti hudud, qisas dan seumpamanya. Terlampau dangkal nampaknya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO mencari modal untuk membuat fitnah. Mereka cuba menggambarkan PAS Perak kononnya mengkhianati perjuangan dan jihad menegakkan Islam. Fitnah ini turut dijual dalam ceramah-ceramah kursus-kursus BTN kepada peserta-peserta dari kalangan guru-guru agama SMABK baru-baru ini.

Begitu juga dalam suatu perhimpunan belia di Padang Rengas baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mereka memperalatkan seorang abang kepada Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Kedah. Beliau menuduh adiknya Dato’ Seri Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kononnya sentiasa tunduk kepada DAP akibat dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang didakwa oleh UMNO.

Demikianlah UMNO terus memfitnah dan mengharapkan dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka reka-rekakan itu akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka agak kecewa apabila lontaran fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka permainkan di tengah-tengah rakyat, ianya begitu mudah ditendang keluar padang oleh Menteri Besar dan Pengerusi DAP Perak apabila kedua-duanya menafikan kewujudan perjanjian yang UMNO fitnahkan itu. Realiti yang disaksikan oleh rakyat dalam tempoh 3 bulan Menteri Besar menerajui Pakatan Rakyat, beliau tidak pernah lupa menyebut ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah Islam samada dalam ucapan rasmi atau dalam ceramah umum. Bahkan setiap kali Mesyuarat Exco pun, beliau memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan tahmid serta salawat. Tidak pernah mana-mana Exco DAP membantah atau persoalkannya. Bukan itu sahaja, malah saya sendiripun ketika mempengerusikan mesyuarat di antara ketiga-tiga parti, berbuat demikian juga dan menutup mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-‘Asr. Tiadapun sebarang masalah.

Kononnya Menteri Besar tidak berani menyebut istilah syariat Islam seperti hudud dan qisas. Saya fikir eloklah pemimpin UMNO cermin muka mereka dulu. Bukankah UMNO yang paling keras menentang hudud dan qisas yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Bercakap fasal kedudukan Islam dan kepentingannya di negeri Perak, saya kemukakan pertanyaan kepada UMNO, bukankah kerajaan UMNO/BN yang membunuh Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak? Bahkan Sekolah Agama Negeri yang hanya ada dua buah (Izzudin dan Raja Ta’yah) itupun telah diputuskan oleh kerajaan UMNO/BN Perak yang lalu untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Alasannya kerajaan negeri Perak tidak mampu membiayainya. Nasib baik kerajaan Pakatan Rakyat sempat menarik balik keputusan itu sebelum penyerahan rasmi dilakukan. Kini hanya tinggal beberapa buah Sekolah Agama Rakyat di Perak yang terselamat. Baru-baru ini juga Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membantu sekolah-sekolah tersebut. DAP tidak teragak-agak menyokongnya.

Sementara itu pelbagai perancangan sedang disusun oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ummah seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan. DAP tak bangkang pun. Begitu juga pemilihan Ketua-ketua Kampung seramai lebih dari 700 orang secara demokrasi yang hampir seratus peratus terdiri dari orang Melayu, pun tidak dipertikaikan langsung oleh DAP.

Satu perkara yang UMNO patut tahu bahawa DAP sebagai rakan sepakat dalam kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menerima keputusan yang dibuat secara syura (konsensus) oleh pemimpin ketiga-tiga parti pakatan. Sebagai contoh, jawatan Datuk Bandar Ipoh dipersetujui secara syura supaya jawatan tersebut dipegang oleh penjawat awam, bukan ahli politik seperti yang dihasratkan oleh DAP. Pemimpin DAP menerima dengan senang hati keputusan ini. Bahkan semenjak awal-awal perlantikan Menteri Besar tiga bulan yang lalu, pimpinan DAP tidak bermasalah menerima keputusan syura kami supaya tidak diwujudkan jawatan Timbalan-timbalan Menteri Besar dari kalangan orang bukan Melayu yang pernah diura-urakan oleh DAP.

Inilah sebahagian daripada realiti yang menjadi bukti bahawa fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ itu adalah rekaan yang memakan diri UMNO sendiri.

Isnin, 21 Julai 2008

BEGINIKAH MELAYU- ANDA YANG MAMPU MENAFSIRKAN


Barangkali gambar ini boleh ditafsir bagi mereka yang mampu MEMBACA YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT. ianya adalah gambaran kelompok masyarakat yang mementingkan diri dan penuh hasad dengaki dan khianat sesama sendiri. SEMUANYA KERANA MENGABAIKAN HIDUP BERAGAMA!!!!!

gambar ini lebih jelas jika dibesarkan

Sabtu, 19 Julai 2008

MUZAKARAH.

Sana sini heboh memperkatakan tentang muzakarah UMNO -PAS. Sebahagian ahli semakin bimbang tentang perkembangan yang berlaku. UMNO pula seakan mempergunakan isu ini sebaik mungkin untuk melonggarkan ikatan Pakatan Rakyat. Ahli PAS yang dulunya cenderung PAS keluar PR pula seakan dipersimpangan. Mereka mengharapkan PAS kembali bersendirian namun perkembangan ini amat membimbangkan.Semuanya gara gara mempercayai sumber media perdana seperti berita TV dan akhbar harian sebagai "Quran".

Di satu sudut kelompok TGHH di lagakan dengan TGNA. Malah ada yang lebih ghairah lagi memperkatakan komplot ini antara Kelantan dan Trengganu. TG Presiden digambarkan bercanggah dengan Mursyidul Am. Sejauh mana berita ini tersebar Wallu hu A'lam? Namun, itulah riak yang berlegar di peringkat akar umbi. Kecurigaan antara ahli PR khususnya antara PAS dan PKR seakan dibiarkan. Berita bohong sengaja dicipta dari kenyataan yang diputar belitkan . Dewan Pemuda Pas Pusat terpaksa menafikan berita kenyataan yang dikaitkan dengan sumber dalaman Pemuda.


Sewajarnya sebagai ahli yang mendokong perjuangan ini memahami dasar PAS secara jelas. Dalam masa yang sama kebijaksanaan siasah juga mestilah dijadikan faktor penilaian. Pertimbangan kedua aspek tersebut juga mestilah dibawah kawalan wala' dan akhlak berjamaah. Apapun asas penilaian semua itu mestilah menolak sumber fasiq dan munafik.

Muzakarah adalah antara tuntutan agama dalam dakwah. Ia bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran dakwah. Sebagai gerakan dakwah,PAS tidak boleh menolak atau meninggalkan tugas tersebut. Kebimbangan masuk perangkap atau disengat dalam lubang yang sama untuk kali yang kedua adalah berbentuk kewaspadaan. Ia bukan pengharaman total!!! Dalam sejarah Islam, peristiwa Bi'ru Maunah adalah antara peristiwa hitam dakwah Islam. 'Amru bin Malik meminta Rasulullah menghantar pendakwah ke Najd, dengan hujjah mudah mudahan mereka akan menyahut seruan tersebut. Jawab Rasulullah " aku CURIGA dengan penduduk Najd.Amir memberi jaminan... mereka di bawah perlindungan aku....... Peristiwa ini berlaku pada bulan Safar 4 hijrah. 70 orang dihantar oleh Rasulullah. Kesemua pendakwah tersebut syahid diserang. oleh Amru bin Tufail.

Kebimbangan rasulullah memang ada asasnya. Namun tanggungjawab dakwah adalah kemestian. Kebimbangan adalah kemungkinan. Sewajarnya ia boleh dijadikan asas merancang strategi bagi menjayakan misi dakwah!!! TGHH telah menegaskan bahawa PAS akan kekal di dalam PR. TGNA pula menegaskan beberapa syarat muzakarah. Keduanya berjalan seiring dengan nada berlainan bagi menyampaikan mesej yang jelas. Segala kebimbangan ini semakin ketara hasil temubual dengan TGHH yang disiarkan Harakah. Menyelami mesej TGHH ialah supaya PAS diletakkan ditempat yang betul dalam penilaian rakan PR. Kebelakangan ini dilihat satu keadaan yang membelakangkan PAS sebagai rakan yang mempunyai kekuatan jentera kerja yang tersusun dan istiqamah. hakikat ini mesti disedari!!! Walaupun ahli parlimen PAS paling sedikit tetapi ADUN PAS seramai 83 mengatasi PKR 40 dan DAP 73. Malah Parlimen yang dimenangi sebahagiannya adalah pengorbanan PAS dan hasil kerja jentera PAS. Hakikat ini tidak boleh ditolak oleh mereka yang terlibat dalam jentera PRU 12. Mungkin yang menafikan hakikat ini ialah mereka yang muncul tiba tiba setelah PR mencapai kemenangan.

PAS mempunyai haknya untuk berunding dengan siapa sahaja kerana pakatan PR tidak pernah menghalang mana mana parti melaksanakan perbincangan. Masing masing dengan strategii masing masing. Kritikan DAP yang agak keras boleh diserap dengan rasional dengan tenang oleh ahli dan pimpinan PAS. Tindakan PKR khususnya di Selangor ditangani dengan penuh hikmah oleh PAS. Apakah satu yang tak boleh diterima jika PAS bersdia untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Isu yang dimainkan oleh BN ialah perpaduan melayu. Mereka berjaya mengambarkan kepada rakyat bahawa mereka adalah ekstremis melayu. Semuanya hasil propaganda media arus perdana. Kesediaan PAS untuk bermuzakarah adalah langkah bijaksana dalam menangani pengundi melayu. Setidak tidaknya, PAS dilihat meletakkan keutaman perpaduan dalam politiknya. PAS adalah parti yang didokongi melayu Islam seperti UMNO. tidak bagi PKR dan DAP. Memastikan pengundi melayu cenderung menyokong PAS adalah agenda yang tak boleh diabaikan. Demi kekeuatan PAS dan PR secara langsung. Tidakkah kenyataan keras DAP selama ini bertujuan menjaga pengundi Cina??? Demi kelangsungan perjuangan... Muzakarah adalah strtegi terbaik PAS dalam suasana UMNO berjaya memanipulasi keadaan kononnya melayu terancam. Di satu sudut yang lain PR mesti mengandakan usaha menjelaskan bahawa melayu sebenarnya tidak terancam berbanding ketika BN berkuasa. Ianya boleh dinilai melalui bilangan MP melayu dulu dan kini.

Sewajarnya parti dalam PR menjalankan kerja masing masing dan menyerang BN dari sudut yang berbaza. Muzakarah ini bolehlah dilihat sebagai usaha PAS membendung penumpuan kaum malayu kepada UMNO hasil propaganda media. Hakikat tetap hakikat. Apapun..... kepercayan dan strategi pimpinan mestilah diyakini.. .... demikianlah akhlak jamah!!! Politik adalah peperangan!!!

Rabu, 16 Julai 2008

UMNO PERAK KEMARUK- PENJELASAN UST AHMAD AWANG

Maksud firman Allah SWT:
“Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal:62)

Jerit pekik dan suasana gempar berlaku di kediaman mantan Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir, Ipoh pada malam 8 Mac 2008. Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli dan isterinya Datin Seri Kamariah di antara mereka yang seperti sesak nafas apabila keputusan PRU Ke-12 yang diumumkan menunjukkan UMNO/BN hanya memenangi 28 kerusi DUN Perak, manakala selebihnya 31 kerusi dimenangi oleh parti-parti pembangkang PAS-PKR-DAP.

Pada waktu yang sama di ibupejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di Jalan Medan Istana 2, Ipoh Raya, kami pimpinan PAS dan PKR (BA) berunding untuk menimbangkan tawaran DAP bagi membentuk kerajaan campuran. Akhirnya kira-kira jam 2 pagi (9 Mac), kami berenam dari pimpinan PAS, PKR dan DAP membuat sidang media di ibupejabat DAP (yang terletak kira-kira hanya 100 meter jaraknya dari ibupejabat PAS) dan mengumumkan persetujuan bersepakat membentuk kerajaan campuran di antara ketiga-tiga parti yang kami namakan pada ketika itu Barisan Rakyat (kini dinamakan Pakatan Rakyat).

UMNO tidak sanggup menerima kekalahan kerana parti itu memenangi hanya 27 kerusi dari 35 kerusi yang mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu menentang PAS dan PKR. Bermula dari saat itu UMNO berusaha dengan begitu yakin untuk membentuk kerajaan melalui pelbagai cara dan pendekatan. Pada mulanya mereka menawarkan puluh jutaan ringgit kepada beberapa orang ADUN PAS supaya melompat parti dan menyebelahi mereka. Orang yang pertama mendapat tawaran rasuah itu ialah ADUN Pasir Panjang yang menjadi menjadi Menteri Besar Perak sekarang.

Bila gagal berbuat demikian, mereka mengajak PAS Perak membentuk kerajaan campuran dengan UMNO/BN. Pelbagai pihak digunakan sebagai agen mereka menemui saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak. Bahkan ada agen mereka yang menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka gunakan beberapa orang mufti, pegawai tinggi kerajaan negeri, pertubuhan NGO dan seorang ADUN BN yang ada hubungan keluarga dengan saya. Namun Tajol Rosli sendiri tidak sanggup berhubung terus dengan saya walaupun saya ada dijemput untuk bersemuka dengan beliau.

Tajol Rosli terus berbincang bersama pimpinan UMNO untuk memujuk PAS walaupun pada kira-kira jam 4 petang 10 Mac kami pimpinan dari ketiga-tiga parti Pakatan telah diterima mengadap oleh DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah di Istana Kinta. Saya selaku ketua rombongan pakatan kemudiannya mengadakan sidang media di ibupejabat PAS selepas selesai mengadap DYTM Raja Muda. Turut hadir ialah YB Dato’ Husam Musa, Naib Presiden PAS. Dalam sidang media itu saya menjelaskan bahawa sekiranya Menteri Besar Perak dilantik dari pimpinan PAS, maka ia bukanlah kerajaan PAS, begitu juga sebaliknya. Yang paling penting bahawa kerajaan campuran yang akan dibentuk adalah mengikut perlembagaan negeri Perak. YB Dato’ Husam juga turut memberikan penjelasan mengapa PAS bersepakat membentuk kerajaan campuran dengan DAP dan PKR.
Sidang Media PAS Perak pada 10 Mac 2008
(video ehsan TheStarOnline.tv)

Kesempatan Terbuka Bila
Upacara Angkat Sumpah MB Tertunda
Pimpinan UMNO semakin gelabah, mereka terus berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka melihat kesempatan terbuka apabila upacara mengangkat sumpah Hj Nizar selaku Menteri Besar pada 13 Mac terpaksa dibatalkan kerana bantahan dari ADUN-ADUN PKR. Kali ini mereka menggunakan agen dari Kuala Lumpur. Seorang pemimpin tertinggi UMNO yang berasal dari Perak dan seorang pegawai tinggi kerajaan Pusat yang isterinya berasal dari Perak bersungguh-sungguh mencuba untuk menemui saya untuk berbincang. Kedua mereka disertai oleh rektor sebuah kolej pengajian tinggi negeri Perak. Pemimpin tertinggi UMNO tersebut yang kami telah lama berkenalan dan kini menjadi salah seorang Menteri Kabinet sempat berbual dengan saya melalui telefon meminta saya bertemu empat mata dengan beliau. Bagaimanapun saya mempunyai beberapa jadual pertemuan dengan pimpinan PAS kawasan Bagan Serai dan Taiping dan saya tidak dapat berjanji untuk memberi masa kepada beliau.

Namun akhirnya beliau dan rombongannya sampai ke tempat penginapan saya di Balai Kuliyyah Tasawwur Islami, Simpang Empat Semanggol tetapi gagal menemui saya kerana tempat penginapan kami dikawal ketat oleh pasukan Unit Amal dengan dibantu oleh dua buah kereta peronda PDRM. Peristiwa itu berlaku pada jam 9 malam 16 Mac. Esok hari selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar selesai, saya ditemui oleh seorang agen UMNO yang menunjukkan mereka belum berputus asa memujuk kami untuk membentuk kerajaan campuran bersama BN atas alasan ahli-ahli Exco belum dilantik.

Kemudian pada 29 Mac, 10 orang ahli Exco kerajaan Pakatan Rakyat mengangkat sumpah. Pimpinan UMNO segera mempertikaikan perlantikan tersebut kerana Exco-Exco berkenaan tidak diumumkan portfolio jawatan masing-masing. Sebenarnya MB Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar sengaja menangguhkan pengumuman mengenai pembahagian portfolio di antara Exco-Exco berkenaan, walaupun keputusan mengenainya telah dicapai setelah kami pimpinan ketiga-tiga parti bermesyuarat beberapa kali. Kami berpendapat adalah lebih harmoni pengumuman dibuat setelah keputusan tersebut disahkan dalam sidang mesyuarat pertama Exco tersebut.

UMNO cuba ambil kesempatan lagi menuduh kononnya Menteri Besar menyerahkan Portfolio Kewangan kepada Exco kanan DAP Dato’ Ngeh Koo Ham. Tuduhan itu mereka sebarkan melalui ceramah penerangan UMNO Perak dalam ‘roadshow’ mereka ke seluruh negeri. Padahal kami telah bersepakat bahawa Menteri Besar memegang Portfolio Kewangan, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Pembangunan Ekonomi, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Tipudaya Tidak Menjadi
Akhirnya, semua tipudaya dan percubaan mereka satu semi satu tidak menjadi. Bermula dengan memainkan isu perkauman dan agama, kemudian menghasut rakyat dengan membangkitkan hak ketuanan Melayu dan percubaan melaga-lagakan Menteri Besar dengan pihak istana. Kesemuanya tidak dapat memenuhi hasrat mereka yang sedang dilanda oleh perasaan mabuk kuasa akibat kekalahan UMNO/BN, yang mereka anggap tsunami politik negara.

Habis apa langkah seterusnya? Lakukan gerakan perang saraf terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dan parti-parti pakatan. Maka UMNO kembali semula kepada taktik dan pendekatan menawan ADUN Pakatan Rakyat. Kini sasaran mereka adalah ADUN DAP. Beberapa orang ADUN DAP kononnya secara sukarela bersetuju akan melompat kepada BN. Maklumat yang kami perolehi dari sumber yang kami percayai, agen-agen UMNO yang ditugaskan untuk membeli ADUN-ADUN berkenaan telah mengaturkan rundingan tawar-menawar di sebuah negara jiran. Bagaimanapun pimpinan DAP telah mengambil beberapa tindakan dalaman dan membuat laporan polis serta memaklumkan perkara ini kepada BPR.

Saya yakin amat sukar bagi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat keluar parti kerana setiap ADUN Pakatan Rakyat telah menandatangani surat perjanjian masing-masing dengan DYMM Sultan Perak pada 13 Mac 2008 di Istana Kinta. Bolehlah ianya dinamakan ‘Perjanjian Kinta 2008’. Perjanjian itu mengandungi ikrar setiap ADUN Pakatan Rakyat (seramai 31 orang) bahawa mereka secara sukarela bersetuju mendokong penubuhan kerajaan campuran PAS-DAP-PKR dan bersetuju atas perlantikan Haji Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang kesepuluh.

Implikasi melanggar surat perjanjian ini boleh menyebabkan ADUN berkenaan dianggap menderhaka kepada sultan. Kecuali ke mana parti pun mereka melompat mereka tetap menyokong kerajaan pakatan Pakatan Rakyat sebagai tanda kesetiaan mereka kepada sultan. Tapi jika keadaan seperti ini berlaku UMNO/BN tidak akan mendapat apa-apa peluang untuk membentuk kerajaan. Bahkan sebaliknya sekiranya ADUN-ADUN yang melompat itu berani mengambil tindakan menyertai ADUN BN untuk membentuk kerajaan maka bukan saja mereka akan mengadapi masalah besar dengan pihak istana, malah pimpinan UMNO sendiri boleh dianggap bersubahat dengan penderhakaan kepada sultan. Beranikah UMNO mengambil risiko besar ini, hanya Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli dan rakan-rakannya sahaja yang boleh menjawab.
Di‘blog’ oleh Ustaz Ahmad Awang pada 11:50

RANCANGAN TERGENDALA.

Beberapa hari saya terputus lagi dengan dunia maklumat siber. Semuanya gara gara masalah laptop. Sememangnya ia menganggu sumber maklumat kerana saya tidak lagi mempercayai maklumat dari media perdana di pasaran.Gara gara berita fasik yang kerap kali termuat di dalamnya. Alhamdulillah segalanya telah kembali sedia kala. Alhamdulillah.

Khamis, 10 Julai 2008

GERAKAN ISLAM SEPANJANG ZAMAN



Semua di kalangan kita menyedari bahawa dunia Islam terletak dalam kedudukan yang strategik di peta dunia.
Negara-negara umat Islam kaya dengan hasil bumi semulajadi yang turut sama memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Umat Islam bertebaran di seluruh dunia sama ada di Timur atau Barat.
Mereka merupakan tenaga manusia yang memikul amanah dakwah agama Islam, yang mengajak kepada keamanan , keadilan dan persaudaraan antara sesama manusia.
Tenaga kerja umat Islam pula dapat menjana tenaga kerja mahir dalam pasaran global yang luas. Umat Islam juga merupakan umat yang mampu membangunkan tamadun manusia dan mentajdidkannya. Namun kesan dan pengaruh penjajah masih lagi utuh dan teguh.
Situasi ini menghalang usaha murni untuk membangunkan aspek kerohanian dan material umat Islam itu sendiri apatah lagi untuk mambangunkan manusia keseluruhannya supaya mereka menjadi umat yang disebut oleh Allah sebagai umat yang terbaik.
Marilah kita menyedari bahawa Orde baru dunia hari ini adalah merupakan hasil dan cetusan strategi penjajah yang bertujuan untuk membendung kebangkitan Islam dan seterusnya menyekat umat Islam daripada kembali kepada ajaran agama Islam yang menjadi punca keagungan kita.
Negara-negara umat Islam hari ini tidak mempunyai kebebasan dalam menyusun hal ehwal ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan media. Mereka masih dibelenggu oleh peraturan yang ditetapkan oleh penjajah. Namun pada masa ini peraturan-peraturan penjajah itu dilaksanakan oleh anak bangsa kita yang menerajui sistem pemerintahan dan mereka bercakap dengan bahasa kita.
Dalam masa yang sama, gerakan Islam yang berjuang untuk membebaskan umat ini daripada cengkaman penjajah terpaksa berdepan dengan berbagai halangan dan rintangan sama ada dari dalam atau luar.
Sekalipun mereka bergerak dengan cara aman seperti menggunakan kaedah demokrasi, kebebasan hak asasi manusia, keadilan dan berbagai syiar yang dimomokkan oleh order baru pada masa ini, gerakan Islam masih dihalang daripada menegakkan syiar-syiar tersebut kecuali dengan syarat mengubah Islam atau mengenepikan asas-asas keimanan dan akhlak sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka.
Jika kita mengimbau sejarah umat Islam, kita dapati umat Islam telah berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada umat manusia khususnya di zaman keagungan Islam. Islam telah mengemukakan sistem yang terbaik dalam menguruskan sumber manusia sama ada dalam pembentukan individu, sistem pemerintahan, pengurusan ekonomi dan sebagainya.
Islam juga berjaya memberikan definisi yang jelas mengenai nilai-nilai baik, keadilan, persaudaraan antara sesama manusia dan hak-hak asasi kemanusiaan. Dari sudut yang lain Islam juga berjaya meletakkan manusia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Antara keistimewaan Islam adalah kesesuaiannya dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia. Oleh itu al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia sama ada melalui peraturan-peraturannya atau kisah-kisah yang dipaparkan supaya ia menjadi panduan kepada manusia dalam semua urusan mereka.
Islam merupakan agama yang paling sempurna mengatasi segala idealogi dan pemikiran yang dijadikan asas kepada order baru dunia hari ini. Kepincangan dan kelemahan idealogi manusia ini boleh mengancam keamanan dan kestabilan dunia sehingga tersebarnya gejala-gejala buruk dalam masyarakat dan negara. Manusia diancam kebuluran dan ketakutan sehingga akhirnya boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudara kita di Turki yang telah menganjurkan muktamar tahunan yang menghimpunkan seluruh persatuan-persatuan dan gerakan Islam di seluruh dunia.
Muktamar ini diharap akan dapat menyatukan saf perjuangan umat Islam. Saya juga berharap semoga muktamar ini akan dapat menyelaraskan kerja-kerja ini dengan lebih baik dan teratur supaya kita akan berjaya memimpin umat ini untuk mencapai objektif yang diharapkan dan menyelamatkan umat manusia daripada agama yang menyimpang serta idealogi yang merosakkan.
Mudah-mudahan usaha ini akan menyebabkan kita berjaya menjulang tinggi agama Islam yang mulia ini sekalipun ia dibenci oleh orang yang kufur.
Islam sebagai agama yang syumul dan global memerlukan kita bersikap positif dalam menangani isu-isu berkaitan dengan politik, keamanan, ekonomi, akhlak, alam sekitar dan sebagainya.
Sungguhpun gerakan Islam disekat daripada bergerak secara bebas kita masih boleh berdepan secara aman dalam negara yang demokrasi.
Dari sudut yang lain, kita juga tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan bagi menghalang kemenangan kita di setiap tempat.
Begitu juga kezaliman yang menyekat kemajuan kita dalam bidang sains dan teknologi serta paksaan untuk kita patuh dan tunduk dalam usaha untuk menjajah bumi umat Islam dan menghalang hak-hak kita untuk hidup.
Dalam perayaan memperingati pembukaan kota Istanbul oleh orang-orang Turki yang keluar dari Asia Tengah dengan dipimpin oleh Muhammad al-Fatih r.h. mengingatkan kita kembali bahawa Islam akan memuliakan mereka yang berpegang dengan ajarannya.
Sebagaimana Allah telah memuliakan masyarakat Arab yang keluar dari tengah padang pasir dan berjaya menewaskan dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Rom dan Parsi.
Mereka berjaya memimpin dunia setelah mereka berpegang kepada ajaran Islam. Kita juga akan berjaya memulihkan dunia yang telah dirosakkan oleh golongan Zionis dan penjajah moden ini jika kita kembali kepada Islam kerana kita berada di atas landasan yang benar.
Kebenaran akan terus kekal dan akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT Mereka membuat perancangan-perancangan jahat mereka sedang Allah juga merancang untuk mereka dan ingatlah bahawa Allah tidak akan menyalahi janji kepada para rasul-Nya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bertindak. - mks.
[Terjemahan intipati ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berucap di 17th International Congress of Muslim Communities Union, 29 � 30 Mei 2008, Istanbul, Turki. Ucapan diberikan dalam Bahasa Arab] _
- SUMBER HARAKAH DAILY

Selasa, 8 Julai 2008

PENYAKIT MALAS MEMBACA


Dalam buku Mubasyirat bintisoril Islam Dr Yusof Qardhawi antara lain mengulas tentang kelemahan ummat Islam. Katanya ummat Islam ramai yang tak tahu mambaca Al Quran, yang tahu membaca malas membaca, yang rajin membaca tak faham apa di baca, yang faham tidak beramal dengan apa dibaca dan yang beramal tidak bersungguh dalam amalannya. Sungguh jauh kita dari petunjuk Al Quran.

Saya melihat fenomena ini sesuatu yang bersifat realiti bukan sahaja di Saudi sebagaimana ulasan Dr Yusof Qardhawi, tetapi juga di Malaysia. Bukan sahaja malas membaca Al Quran malah malas membaca bahan ilmiah atau sekurangnya bahan yang mengajak kita berfikir.. Sebab itu saya suka memilih menulis artikel pendek. Apa yang lebih malang, dalam keadaan malas membaca itu kita lebih cenderung untuk mengkritik tanpa memahami apa yang kita kritik. Malah lebih mendukacitakan bahasa yang melambangkan katandusan adab dan akhlak. Sifat ini juga menjangkiti orang yang mengaku pejuang atau pendokong Islam. Sesuatu yang tidak wajar berlaku. Ketika membela Rasulullah SAW yang mulia akhlaknya kita menggunakan bahasa yang langsung tak beradab.

Islam mengajak kita menggunakan hikmah, nasihat yang baik dan bermujadalah kerana itu yang terbaik. pastinya dengan adab dakwah. Saya kerap kali mengunjungi Tranungkite mengikuti bentuk pandangan masyarakat Malaysia. Pastinya di situ wujud hantu provokasi yang mungkin ditaja bagi menganggu pemikiran pengunjung. Ia boleh dikenalpasti dari komen, forum atau artikel yang dihantar. Bahasanya kadang kadang seperti bahasa pelacur. Sumpah seranah, makian dan cacian melambangkan peribadi penulis. Paling ketara jika kita mengikuti ruangan Forum, juga komen artikel.

Saya antara yang turut menghantar artikel dan pandangan menggunakan nama anaksengat. Sekadar memeriahkan ruang berfikir atau sekurang kurangnya mengimbangi provokasi di situ. Antara artikel yang mendapat perhatian dengan komen yang banyak ialah artikel yang saya postingkan juga dalam blog ini dengan tajuk PAS MESTI KELUAR PR? di siarkan Tranungkite pada selasa 8 Julai sekitar jam 11.tgh. Sebelum mengisi ruang arkib terdapat kira kira 46 komen. Saya membaca setiap komen dengan teliti. sekadar melihat reaksi pembaca. moga ada yang boleh diperbaiki. Terima kasih bagi yang memberi perhatian.Boleh dilihat di Tranungkite 8/7/2008(arkib).

Kesimpulan yang boleh dibuat amat mudah. Ramai berminat memberi komen tanpa membaca isi. Sengaja saya memilih tajuk yang kontroversi. Terlalu ramai yang melompat dan komen yang keterlaluan dan beremosi. Saya mengkagumi semangat sayang kepada jamaah tetapi golongan sebeginilah yang menjadi beban kepada jamaah.nickname seperti orangtua, longan, volume, jonlompey dan ramai lagi perlu memperbaiki diri dan akhlak. andai anda adalah pendokong jamaah Islam. Ada juga yang membaca tetapi dengan prasangka...mungkin kerana kesilapan teknik penulisan saya barangkali....anda boleh membaca pada posting terdahulu di sini.

Saya teringat bagaimana Salehuddin Ayubi telah menyaring tenteranya ketika ingin membuka Falastin. Siapa yang tidak berqiamulail di waktu malam diasingkan. Saya tidak bermaksud mendesak setiap kita yang mendokong perjuang Islam bersifat begitu walaupun itulah yang sepatutnya. Namun kita perlu menjauhkan diri dari sifat yang menghalang turunnya pertolongan Allah. Di saat ulama dan pimpinan bermunajat, kita pula mengundang dosa dengan lidah dan tulisan kita. Diriwayatkan munajat Nabi Musa memohon hujan terhalang kerana ada seorang namimah di dalam jamaahnya.

Moga kita tidak menjadi pumca terhalangnya pertolongan Allah untuk kemenangan Islam bagi jamaah. Gunakan pemikiran menyaring perasaan, gunakan iman membimbing pemikiran. InsyaAllah kita akan mendapat pertolongan dan kemenangan

PAS MESTI KELUAR PR???


PAS mesti keluar Pakatan Rakyat" seorang sahabat memulakan bicara."Kenapa?" saya menyambut dengan tujuan membuka gelanggang perbincangan." Banyak sebab antaranya;

1. Kehadiran PAS dalam PR tak dihormati, contoh;
a) Kit Siang nak pulau perlantikan MB Perak,
b) Karpal bantah hasrat PAS nak buat Islam.
c) Guan Eng tak lantik wakil PAS dalam kerajaan PP walaupun untuk majlis agama.
d) MB Selangor teruskan konsert Ella walaupun dibantah Pemuda PAS.
e) Guan Eng kritik MB Kedah secara terbuka.
bla.bla.bla...katanya bersungguh sungguh.

Saya seakan membenarkan hujjahnya....mengangguk. "Kalau PAS keluar PR apa pulak hasil yang boleh kita dapat??" saya memancing hujjahnya.Sahabat tadi terdiam. "Kita terus macam dulu.... Allah akan tolong kita bila berjuang dalam Islam.Kita mesti pertahankan prinsip perjuangan.katanya sekadar menambah kata tanpa hujjah yang kukuh.

Kata kata begini kerap kedengaran akhir akhir ini terutama selepas tragedi PROTES di Petaling Jaya yang dicemari Konsert Gila tajaan HIshamudin Rais.Kita tidak menafikan sebahagian dari hujjah golongan yang berfikiran sebegini. Sebahagian besar mereka adalah golongan yang sayang kepada perjuangan PAS. Mereka tidak mahu PAS keluar dari landasan perjuangan. Saya amat bersetuju.!!! Namun ianya bukan semudah kita menyalin baju. Pakai kemudian tanggal. Ia mesti mengambil kira untung rugi.Rugi pula bukan dikira berdasarkan jangkaan untung yang tak dapat tetapi mestilah dinilai dari modal yang hilang. apa yang kita hilang???

PAS masih baru bersama PR. Ditambah lagi baru menjadi kerajan di beberapa negeri. Terlalu banyak yang mesti diseragamkan. Kaedah Al Quran ialah mengajak kita mencari titik persamaan bukan perbezaan. Penilaian untung rugi mesti diukur dengan perbandingan bukan sekadar matlamat dan impian yang belum dicapai. Apa untung menjadi kerajaan bersama PR di beberapa negeri dengan keuntungan minimum berbanding menjadi pembangkang di bawah kerajaan BN dalam keadaan terus ditindas dan disekat.

Keuntungan juga bukan hanya di sudut politik semata mata tetapi juga disudut dakwah. Kita ghairah membincangkan apa yang kita tak boleh buat dan dapat walaupun menjadi kerajaan bersama PR. Kita terlupa membincangkan apakah yang kita ingin buat dan dapat jika kita menjadi pembangkang di bawah kerajaan BN boleh kita dapat? Semua kita maklum dengan kejahatan dan kezaliman BN yang tak pernah berubah. Di Selangor dulunya TGNA nak ceramah pun tak boleh... sekarang ianya dibuka seluas luasnya malah kita boleh menggunakan Premis yang dulunya dinafikan hak seperti Stadium. padang awam, dewan orang ramai dan beberapa premis awam lain lagi. Begitu juga di beberapa negeri PR.

Dulu terlalu sukar kita mendekati atau orang bukan Islam ingin hadir di majlis PAS, tetapi kini keadaan berubah mendadak malah kelab penyokong PAS ditubuhkan dengan banyaknya. Di dalam kerajaan, walaupun suara kita tidak didengar semuanya, tetapi sebahagian darinya didengari, sekurang kurangnya diberi perhatian. Beberapa pemimpin kita khususnya diperingkat negeri tertonjol mendadak sekali. Nama Nizar yang tak pernah dikenali melainkan bagi kami di Perak muncul tiba tiba. Jangan kita lupa bahawa kejayaan Kedah juga hasil persefahaman kita terlibat dengan PR. Jangan juga kita lupa, dengan tertubuhnya kerajaan PR di negeri lain, Kelantan tidak lagi menjadi sasaran tunggal BN. Kini BN terkial kial menembak me"khinzir" buta tanpa sasaran khusus. Tidakkah ini menguntungkan PAS???

Kita mesti ingat bahawa kini adalah masanya menerangkan konsep dan perjuangan PAS kepada masyarakat. Terlibat dengan PR adalah jalan pintas memperkenalkan PAS kepada rakyat Malaysia. Tiada lagi kebimbangan bukan Islam terhadap PAS.

Inilah kebijaksanan pimpinan PAS menilai. Hasilnya bukan hari ini, mungkin esok atau lusa. Contoh Turki adalah paling ideal. AK menafikan langsung mereka memperjuangkan Islam. Namun mereka membuka ruang yang luas terhadap Islam apabila menjadi kerajaan. Tudung di Universiti cuba diperjuangkan. Kuasa Presiden dan tentera cuba dikurangkan. Tujuan utama mematikan benih dan akar yang melindungi sekular di Turki. Tugas seterusnya mesti disambung oleh generasi berikutnya. Tidakkah hayat Islam di Turki hanya disambung dengan sekolah Imam yang kemudiannya pun diharamkan setelah kerajaan sekular menyedari bahayanya. Sekolah Imam yang begitu terhad dan terbatas bidangnya inilah yang menyambung talian hayat hingga Islam muncul tiba tiba di Turki. Belajarlah dari realiti!!!

Perjuangan Islam mestilah di bina dengan kesabaran dan kesungguhan. Tempoh 13 tahun adalah tempoh lama seorang rasul di Mekah. Hasilnya terlalu sikit malah seolah tak kelihatan Hasilnya hanya dilihat di Madinah. kITA MESTILAH BIJAK MENGAMBIL PELUANG. Tidakkah Allahyarham Datuk Fadhil Nor dikritik habis habisan apabila bertindak bertemu dan membela DSAI ketika dibuang dari kerajaan??? hasilnya kita nikmati kini. Setelah ketiadaan Allahyarham.

Akhirnya diharapkan kita menilai dengan akal bukan dengan perasaan semata mata. Kita takkan mungkin mendapat semua yang kita inginkan, tetapi sekurang kurangnya kita mendapat sedikit yang boleh menjadi tapak yang lebih luas bagi generasi selepas kita meneguhkannya. Jangan dilayan provokasi musuh dengan hujjah kononnya PAS hilang identiti, tak di hargai. Mereka ini kebanyakannya ejen BN yang sedang memecahkan PR. Sebab itu TGNA dan TGHH menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan BN. Ambillah peluang menjadi kerajaan bersama PR memperkukuhkan perjuangan kita. Percayalah!!!!!Menjadi pembangkang dalam keadaan ditindas dan disekat oleh BN adalah lebih merugikan. Kita akui segala kesilapan dan harapan kita yang terlalu jauh untuk dicapai sebagai kerajaan namun ianya akan menjadi lebih sukar dan lebih terhalang jika menjadi pembangkang dalam keadaan BN berkuasa. Tiada yang lebih buruk dan zalim di Malaysia selain kerajaan BN!!! Teruskan Perjuangan!!!!!

Ahad, 6 Julai 2008

PROTES yang Di Protes.

Memang dah di duga...memang dah di jangka... banyak yang tak kena dengan PROTES minyak kali ni.Saya bersyukur kerana memilih untuk tidak hadir walaupun baju dah dibeli dan tiket dah diambil. Kemuncak kekecewaan saya ialah apabila tempatnya diubah ke stadium.
Bagi saya PROTES mesti dilakukan di jalanraya atau paling kurang di padang terbuka. Stadium mungkin boleh jadi tempat berhimpun mula atau berakhir sahaja. Bukan dari awal hingga akhir di stadium. Kawan kawan yang hadir seakan bersumpah...mampuih aku tak nak pegi lagi kalau program macam ni...Umum telah mengetahui bahawa program ini gagal disebabkan beberapa alasan;

1. Perubahan tarikh dan tempat yang kerap.
2. Pengisian program - tidak wajar disertakan konsert. Kalau pentomen atau sajak atau syair mungkin sesuai. Apa tah lagi pengarah kesenian ini ialah Hisyamudin Rais ( saya ragu latar belakang beliau walaupun bekas aktivis - dulu.....)
3. Gerak kerja program tak serius walaupun sasaran jauh lebih besar dari BERSIH.

Kegagalan yang ketara dan melampau ialah apabila kumpulan yang menyanyi diprotes oleh penonton. Tetapi pada persembahan kumpulan berikutnya nampak lebih melampau lagi sehingga penonton membaling objek kepada mereka. Hisyamudin Rais mengambil sikap mudah dengan beliau mengaku bertanggungjawab. Apakah beliau tidak menjangka keadan ini akan berlaku???

Apapun kegagalan telah berlaku. Sewajarnya satu post mortem menyeluruh di buat termasuk latarbelakang diri JK penganjur khususnya kesenian . Kita tak mahu ada duri dalam daging yang sememangnya merancang mengagalkan program tersebut.

Bagi yang telah menghadiri program ini diharapkan mendapat ganjaran kebaikan di atas niat dan kesungguhan yang baik. Semoga Allah sentiasa merahmati.