Khamis, 28 Ogos 2008

SEKITAR PERMATANG PAUH.



PKR mendominasi kempen.



FRU mengawal Remaja UMNO (budak sekolah)


Wanita UMNO yang tak bermaya.


Budak sekolah yang mengelilingi pusat pengundian dengan basikal.



Pemuda hanya menunggu makan. Seorang remaja yang saya temui menyatakan mereka turun pun kerana ada "luruh" RM 100 sorang.


Jejambat berhampiran pusatpengundian SK Penanti tempat DSAI membuang undi nyata didominasi PR.


Budak sekolah bersedia untuk diarahkan!



Terserlah penguasan PR.

Saya mengambil kesempatan bercuti sempena Pulihanraya Permatang Pauh. Tujuan asal ialah menjemput seorang sahabat yang bertugas sebagai pengadil kebangsaan rugbi di Perlis. Beliau singgah di Alor Setar. Dari Ipoh saya bersendirian terus ke rumah seorang lagi sahabat yang kini menetap di Alor Setar, Sdr Zamri yang menjadi tempat perhentian sahabat dari Sabah. Saya sampai jam 6 petang.

Selesai makan malam kami terus bertolak ke Permatang Pauh dengan harapan dapat mengikuti kempen malam terakhir. Walaupun hajat ingin menziarahi seorang guru saya - Ustaz Jamaluddin, tetapi kerana keterbatasan waktu, saya hanya mampu menghubungi melalui telefon sahaja.

Setelah menghubungi Sdr Kasim yang tinggal di Alma, kami terus menuju ke kawasan Permatang Pauh. kononnya kawasan P. Pauh tak boleh dimasuki. Kami keluar melalui sg Dua dengan harapan mendapat jalan mudah. Malangnya.... semua kawasan P Pauh seakan beku sehingga kenderaan tak dapat bergerak lagi. Hampir tiga jam menekan brek kerana kenderaan bergerak perlahan. keras kaki.mujurlah keretaautomatik. Sdr Syahidzan yang bersama saya dah mula boring kerana hajat untuk mengikuti kempen terakhir tak tercapai.Kami hanya sempat mendengar kempen Pemuda BN kerana kereta yang tersangkut di situ.. Kalau tak silap saya Lokman Nor Adam... suara yang pernah saya kenali kerana pernah berkenalan seketika dulu. Yang di dengar.... " Saya bersumpah.. wallah hi, watallah hi, wabillahi.... dengan mata saya nampak Anuar dengan Amir Hamzah dalam bilik hotel. Amir pernah mengaku diliwat. Anuar tak berani bersumpah kerana anuar masih Islam.masih bersembahyang. Masih percaya hari akhirat. sebab itu dia tak berani sumpah...."antara yang masih saya ingat.

Esoknya kami keluar awal. Meronda sekitar P Pauh dengan Kasim yang membantu menunjuk jalan. Sayangnya kawasan masih sesak. Kami hanya mampu ke Pekan Permatang Pauh dan satu lagi pusat pengundian yang saya terlupa untuk mencatat. Kerana Sdr Syahidzan terpaksa ke Bayan Lepas, maka kami terus ke Pulau pada jam 11pg.

Jam 2 petang kami kembali ke rumah Kasim . Kali ini ambil motor. Alternatif untuk sampai dengan mudah ke kawasan kempen dan rayu undi. Dengan motor lebih mudah. Hampir semua kawasan dan pusat pengundian kami jelajahi. Sehingga jam 6 petang barulah kami balik. Saya menerima berbagai pertanyaan antaranya tentang masa yang kononnya dilanjutkan SPR. ada yang bertanya tentang peluang. Saya dengan yakin hanya mampu berkata :SANGAT MUSTAHIL BN AKAN MENANG!!!!". Ternyata saya menerima sms seawal jam 8.30mlm menyatakan DSAI menang dengan majoriti lebih besar!!!Malam itu saya tidur awal kerana tak berdaya lagi.

Sabtu, 23 Ogos 2008

KASIH TUAN GURU HJ HADI PADA PAS!!!!

Membaca posting Roslan SMS tentang lawatan TG Presiden ke Maha 2008 di Serdang tiada luar biasanya. Ia hanya coretan berita perjalanan dan aktiviti TG Presiden. Sebagai setiausaha akhbar, wajar bagi Sdr Roslan memuatkan beritanya kerana tiada media utama menyiarkan.

Namun hati saya tersentuh apabila membaca perenggan Tg Presiden berpuasa. Bukan kerana berpuasa semata.... biasa bagi umat Islam berpuasa sunnat terutama di bulan Syaban apatah lagi bagi seorang tuan Guru. Apa yang menyentuh hati saya ialah apabila sdr Roslan menulis bahawa puasa Tg Hj Hadi ialah puasa Nazar... Nazar apa pulak tuan Guru???? Apakah anaknya lulus periksa? Atau beliau nak dapat anak lagi atau naik pangkat atau....atau.... berbagai sebab lagi nazar seperti kebanyakan orang. Nazar kerana Allh memberi atau menunaikan hajat berkaitan diri atau keluarga mereka.

Roslan menulis ... Nazar Tg Hj Hadi ialah kerana kemenangan PAS. Beliau bernazar untuk berpuasa sebanyak bilangan kerusi dimenangi PAS... Bukan hanya parlimen malah juga DUN.... Subhanallah.... Seakan ingin menitis air mata saya kerana terharu dikurniakan Allah seorang pemimpin yang begitu prihatin terhdap parti yang dipimpinnya. Bayangkan PAS memperolehi 23 kerusi Parlimen dan 83 DUN. Ini bermaknPresiden akan berpuasa selama 106 hari..... Allah hu Akbar!!!

Terlintas difikiran saya... masih adakah lagi dikalangan kita yang begitu prihatin seperti Tg Guru terutama dalam keadaan kesihatannya yang kurang memberangsangkan. Beliau dinasihatkan agar tidak berceramah pada malam terakhir muktamar di stadium Ipoh kerana gangguan kesihatan. Ketika menggulung perbahasan Tg Guru kelihatan bersemangat sekali.

Bernazar membotakkan kepal tidak menjadi masalah bagi yang berambut kepalanya. Bernazar untuk kenduri bukanlah masalah bagi yang berduit. Malah bernazar menghantar pisang ke masjid amat mudah. Berpuasa adalah nazar yang paling sukar. Sebab itun tak ramai ingin bernazar berpuasa. Lebih muda barangkali bernazar umrah di Mekah dari berpuasa apatah lagi 106 hari!!!!

Kepada mereka yang meragui kecintaan Tn Guru kepada parti dan perjuangan ini sewajibnya MENCERMIN MUKA. Lebih lebih lagi yang menghina dan memperlekehkan beliau. bak kata pepatah melayu.... KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL LAUTAN DALAMJANGAN DIDUGA!!!!!

Semoga mengekalkan kesihatan Tn Guru untuk terus memimpin perjuangan Islam di Malaysia dan dunia!!!!!!!!!!

Khamis, 21 Ogos 2008

KONSPIRASI 31 OGOS.

Berita tangkapan 2 exco Perak bersama beberapa rakan mereka sedikit mengejutkan. Bermula jam 11 pagi setelah TV 3 menyiarkan dalam berita terkini sms dan telefon dari rakan termasuk dari Kelantan, Kedah, Melaka dan Sabah. Saya cuba menghubungi beberapa rakan bagi mengesahkan berita sebenar. Walaupun ianya telah sampai ke pengetahuan saya semenjak malam 19 ogos, namun saya mendiamkan diri menanti perkembangan tersebut.

Sememangnya latarbelakang ADUN PKR tidak disenangi sebahagian pendokong Totok PAS. Bagi golongan ini, siapa sahaja yang menolak Islam dan tiada sahsiah Islam, ianya mesti dicurigai. Hanya mereka yang memiliki iman sahaja yang akan diyakini mampu berhadapan dengan apa sahaja ujian. Itu memang benar.Tiada mustahil keterlibatan sesiapa sahaja yang tiada iman dengan rasuah.

Saya tidak mengiakan atau menafikan apa yang berlaku. Kebetulan anak saudara kedua exco tersebut adalah rakan saya. sedikit sebanyak latar belakang mereka dikenali. Me seseorang dianggap tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah adalah prinsip yang mesti dipegang bersama. Itu di akui semua pihak!!! Saya di fahamkan operasi ini telah bermula sejak 3 bulan yang lalu. Ia sumber dari BPR sendiri. Saya bersama seorang sahabat bekas polis bertemu rakan lamanya ketika berhenti makan laksa di Kuala Kangsar. Rakannya itu kini bertugas dengan penyiasatan BPR Putrajaya. Menurut katanya beliau balik 3 bulan ke Perak kerana menyiasat kes besar. Mungkin inilah kesnya!!!

Tajol Rosli masih Istiqamah bahawa kerajaan PR akan tumbang sebelum 31 Ogos. Cita cita membeli ADUN PR berkubur begitu sahaja. Petisyen pilihanraya ditolak. PAS Perak menyangka UMNO Perak kehabisan modal.... Rupanya perangkap tak pernah lupakan pelanduk... kini perangkap menangkap pelanduk... soalnya mampukah pelanduk melepaskan diri????

Datuk Seri Nizar mengeluarkan kenyataan bahawa Projek 180 juta yang menyebabkab kes rasuah ini tidak pernah wujud. Kalau tak wujud bagaimana boleh rasuah??? saya tidak tahu di sudut undang undang apakah rasuah projek yang tak wujud boleh diterima??? Kini beberapa persoalan timbul.
1. Benarkah mereka terlibat rasuah?
2. Jika benar mereka rasuah projek yang tak wujud,,, apakah sabitan itu boleh dikuatkuasakan???
3. Apakah semua yang terlibat itu diinaya atau ada dikalangan mereka yang sengaja mewujudkan plot terinaya untuk menjayakan impian konspirasi 31 ogos Tajol?
4. Siapa yang merancang dengan terancang dan siapa yang terjebak dalam perancangan ini dan siapa pula yang sengaja mengajak rakan mereka terjebak dengan rancangan ini??

Ianya persoalan yang boleh terbit dari segala kemungkinan. Itupun hanya bagi yang mahu dan mampu melihat yang tersirat dari yang tersurat


Berjayakah konspirasi Tajol??? dan pastinya Tajol akan sentiasa memantau lukah yang banyak dipasang sejak beliau hilang kerajaan Perak. Beliau sedar ramai dari ADUN PR belum matang dengan sepak terajang politik. Kebanyakannya baru pertama kali menyertai politik. Kini masanya mereka belajar berpolitik.... Namun apa yang membimbangkan .... cagarannya ialah KERAJAAN PERAK???? Berjayakah Konsprasi ini???? Berdoalah semoga Allah menjauhkan dan menggagalkan usaha jahat musuhnya!!!!

Selasa, 19 Ogos 2008

SEKITAR MUKTAMAR


Ustaz Nasharudin semasa merasmikan muktamar pemuda


MB Perak- Datuk Seri Jamaludin melawat gerai.


Suasana di Stadium Perak semasa ceramah umum. Sesak. Tuan Guru Nik Aziz disertai beberapa wakil luar negara seperti Pakistan, Turki dan Tajikistan turut memberi amanat kepada hadirin



Stadium Indera Mulia sesak dengan pemerhati dari seluruh pelusuk negara. Lebih sesak dari semuapertandingan sukan yang pernah berlangsung di sini.


Muaz mengalunkan nasyid bersama Hafiz bermain muzik- hebat dan memukau!!!


Pyan Habib mencuit hati dengan sajak yang penuh bermakna. Pyan memang hebat!!!



Mengambil kesempatan menghadiahkan butang kristal kepada Tuan Ibrahim. Terima kasih ustaz kerana pakai semasa muktamar.


Wakil Jordan Syeikh Hammam berangkat pulang selepas dijamu dengan durian perak.


Ustaz Bakar Chik turut menyaksikan Tarian sing semasa perasmian Muktamar Pemuda.

MAHABBAH KEMBALI TERSIMPUL

Berakhirnya muktamar PAS Pusat dengan ucapan penangguhan TG Presiden umpama menyimpul kembali tali mahabbah yang nampak seakan longgar lantaran isu muzakarah atau muqablah. Ucapan yang agak ringkas namun ikatannya amat kemas yang terlalu sukar untuk dirungkai lagi. Semuanya tersimpul dalam istilah keperluan berilmu, memantapkan tarbiah, alwala' disamping penjelasan isu dan harapan dari perwakilan. Itulah kemampuan seorang pemimpin yang tidak hanya bergantung dengan kemampuan akal semata. Ianya lahir dari pergantungan dan penyerahan kepada Allah yang bulat.

Media seakan kaku untuk menyeliratkan ikatan jauh sekali untuk merungkainya kembali. Ternyata berita hanya mampu mengulas dengan nada yang sangat besederhana. seakan tumpul dan hilang daya memutarbelitkannya. Hati perwakilan telah ditaut kembali dengan ucapan penangguhan ini. Benarlah apa yang diingatkan Allah bahawa hanya Allah yang mampu menautkan hati manusia, bukan manusia sendiri walaupun dengan harta seluruh isi dunia.

Alangkah indahnya hidup di bawah payung jamaah Islam dinaungi kepimpinan ulama.Benar mereka tiada wahyu dari langit untuk memimpin sebagaimana Rasulullah namun wahyu yang diterima Rasul;ullah sudah cukup untuk mereka memandu kepimpinan Islam kerana Al Quran telah sempurna. Apa yang disebut Rasulullah dalam hadits Qudsi tentang wali Allah adalah benar. Allah menjanjikan kepada walinya bahawa mereka melihat dengan penglihatan Allah mendengar dengan pendengaran Allah malah kaki yang berjalan dan tangan yang semuanya milik Allah. Pastinya mereka sebenarnya dalam pimpinan Allah. Jelasnya inilah kehebatan KEPIMPINAN ULAMA!!!

Khamis, 14 Ogos 2008

PERTAHAN PRINSIP ISLAM!!!


Ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Pusat telah memperjelaskan halatuju pemuda dalam menunjangi perjuangan PAS.Bermula dengan mengngatkan hakikat perjuangan Islam dengan kemenangan golongan ashabul ukhdud yang dibakar di dalam parit api.Hakikat kemenangn Islam yang mesti difahami pendokongnya.Antara persoalan yang turut disentuh;
01.Mengukuhkan pakatan Rakyat dalam keadan terus memperteguhkan prinsip masing masing.
Ianya mesti di asaskan melalui k-politik bagi menjelmakan wajah sebenar PR.
02. Memastikan kemenangn diisi dengan keadilan dan kesederhanaan.
03. Memastikan PAS kekal dalam orbit dan paksi perjuangan yang tak akan berubah hasil kemenangnan.Ianya memerlukan ahli menghormati dan meletakkan kepentingan jamaah dan keputusan syura melebihi kepentingan peribadi.
04. Menekankan kepentingan tarbiah berasaskan prinsip baiah 10 imam hasan al banna. Hanya dengan tarbiah fahaman maddiah dapat di elakkan, menjelmakan kesatuan fikrah yang mampu melenyapkan dan menghalang anasir luar yang cuba memecahkan parti.
05.meningkatkan kemampuan ahli parlimen.
06. Memperkasakan gerakan dakwah. Manafatkan peluang penguasaan kerajaan untuk melebarkan dakwah.
07. Menggariskan cabaran perjuangan alaf baru.
Semoga pemuda dapat menghadamkan ucapan dasar tersebut dan diterjemahkan dalam perbahasan bagi menghasilkan halatuju perjuangan PAS di masa depan

BERMULA MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.


Detik bersejarah di Stadium Indera Mulia bermula dengan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat. Muktamar Dewan Pemuda bermula dengan sambutan pemeriksaan hormat Unit Amal oleh Timbalan Presiden PAS Pusat, Ust Nasharudin Mat Isa. Sambutan begitu meriah diserikan oleh tarian singa dan gendang tradisional India.
Timbalan Presiden disambut oleh saf kepimpinan pemuda PAS Pusat diketuai oleh Ketua Pemuda Pusat YB Salehuddin Ayyub dan Sabki Yusof yang juga pengarah program.
Majlis perasmian turut disertai oleh Hj Mohd Sabu dan Ust Ahmad Awang selaku Naib Presiden, YB Mahfuz Omar, YAB MB Perak, Ust Abu Bakar Chik, Hj Mustafa Ali dan beberapa pimpinan Pusat lain. Turut kelihatan YB Nga Kor Meng mewakili DAP Pusat, Samsul Iskandar mewakili Keadilan dan beberapa NGO seperti GPMS.

Khamis, 7 Ogos 2008

TERUNGKAINYA KEKUSUTAN


"Salam,semua ajk dpp kaw wajib hadir malam ini liqa pemuda negeri di Ipoh jam 9.30 mlm: Naqib ust Nik Abdu b Nik Aziz." mesej yang membangkitkan semangat saya. Memang menjadi rutin bulanan mengikuti Liqa pemuda negeri pimpinan Ust Suaid Din Ketua Dewan Ulama Negeri Perak. Saya mengkagumi Ust Suaid Din sejak beliau mengajar saya di sekolah menengah lagi. Namun nama Nik Abduh begitu menjdikan saya teruja.... khususnya sejak saya menjadikan tuilsan beliau dalam blognya...Politik Damai.... sebagai bahan menenangkan dan merasionalkan ahli PAS tentang isu muzakarah atau muqabalah...

Memang penjelasan Ust Nik Abduh begitu mengkagumkan... di tambah lagi dengan sokongan hujah mantap dari rakannya Ust Shari Mustafa. Menyentuh tentang siasah syariah sebagai asas membuat keputusan dalam politik. siasah syariah bukan hanya kebijaksanaan politik tanpa asas tetapi ialah kebijaksanan menggunakan hujjah syara' dalam menyelesaikan isu politik. Sebab itu kemampuan ulama yang memahami siasah syariah tidak sama dengan ulama yang tidak mendalami ilmu tersebut. Apatah lgi bagi mereka yang langsung tidak mempelajari ilmu tersebut.. Inilah asas yang membezakan antara ulama dan bukan ulama dalam memimpin ummat khususnya jamaah Islam.

PAS bukan hanya inginkan kuasa tetapi inginkan kuasa yang boleh mendaulatkan Islam. Keghairahan memiliki kuasa bersama PR menjadikan sebahagian pemimpin PAS dan ahli terlupa realiti perjuangan. Ada yang sanggup menunduk melebihi batas keizinan syarak demi menjaga hati rakan sekalipun rakan tidak memperdulikan asas perjuangan kita. Ust Nik Abduh antara lain mengingatkan di awal ucapannya tentang kuasa yang di beri ini adalah ujian bagi PAS untuk mempelajari bagaimana mengurus kuasa. Mungkin jua untuk membersihkan PAS sebelum dianugerahkan kemenangan mutlak.
Paling menarik ketika menjawab soalan hadhirin tentang isu pemimpin menipu ahli apabila menafikan adanya pertemuan. Beliau menjelaskan bahawa pertemuan itu perkara biasa malah penafian itu adalah hak pimpinan dalam menjaga strategi parti. Malangnya ahli mendesak sesuatu yang tak perlu mereka tahu... Sayangnya buah itu gugur sebelum masak...Indahnya berjamah jika kita memahaminya.

Moga Allah sentiasa menjaga perjuangan suci ini. Moga terungkai kekusutan selama ini .membelenggu sabahagian ahli yang memang keliru...Terima kasih Ustaz Nik Abduh dan Ust Mustafa.

Selasa, 5 Ogos 2008

MENULIS UNTUK APA?


"Iman tak dapat di warisi, sedang anak nabi Nuh pun derhaka padanya. Itu anak nabi...apa lagi kita ni setakat ustaz je...." itu Antara luahan dan alasan apabila kita dikaitkan dengan kegagalan mendidik keluarga. Bila kegagalan mengajak isteri menutup aurat pula hujah nabi Luth dijadikan sandaran. Untuk bapa pula ada contoh nabi Ibrahim yang ayahnya tukang buat berhala. . Saya cuba menyelak tafsir Ibnu kathir berkaitan surah Attahrim. Di dalamnya ada seruan agar kita menyeru diri dan keluarga agar selamat dari neraka. (ayat 6).Dalam ayat 10 ada cerita isteri Luth dan Nuh yang derhaka. Ayat 12 pula isteri Firaun yang beriman. Semuanya dalam satu surah.

Apakah semua itu memperlihatkan kegagalan mereka mendidik keluarga. Itu belum dicampur kegagalan Nabi Muhammad SAW menarik bapa saudaranya Abu Tholib memeluk Islam. Lebih memeningkan jika ditambah peristiwa perang Jamal yang membabitkan isteri Rasul dengan Ali yang juga menantu tirinya , sahabat dan sepupu nabi. Apakah Nabi Muhammad juga gagal???? Nak lagi???? Apakah Allah gagal mentarbiah Iblis sehingga engkar dan menolak perintah Allah. Na'uzubillah. Maha suci Allah dari sifat kelemahnan dan kekurangan. Apakah semua alasan ini membolehkan kita berlepas tangan dari tugas dan tanggungjawab???

Saya bersetuju dengan semua hujjah itu bagi manyatakan bahawa pendidikan hanyalah usaha. Allah memberikan hasilnya. Namun jika hujjah anak nabi NUh.... ingin saya bertanya sejauh mana kita berusaha??? adakah seperti Nabi Nuh yang tak jemu walau di saat akhir ketika bumi telah mula disirami air dan banjir besar mula melanda. Al Quran menceritakan rintihan Nuh : Aku menyeru kaumku MALAM DAN SIANG , tiadalah mereka menerima selain semakin jauh dariku...... MALAM DAN SIANG adalah bukti kesungguhan.... Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada Abu Tholib sehingga di hujung usia Abu Tholib..... Adakah kita telah melaksanakan begitu????

Di dalam masyarakat kita kerapkali kita temui hujah: dan bertahun mengaji pun tak berubah juga ... BAIK TAK PAYAH NGAJI.... ( betulke?). pakai tudung pun kuat mengumpat... BAIK TAK PAYAH PAKAI TUDUNG... (betul ke?). Namanya berulang alik solat ke masjid tapi buat fitnah... BAIK TAKPAYAH SOLAT.... ( betul ke?).

Kita kena membezakan antara usaha dan hasil. Usaha milik kita...Hasil ketentuan Allah. Layakkah kita menyalahkan anak kita jika usaha kita mendidik mereka hanya 40%? Mampukah kita berlepas diri di hadapan Allah jika isteri kita mendaakwa kita hanya menyuruhnya taat kepada Allah beberapa kali dalam perkongsian hidup berpuluh tahun dengannya???.... setelah usaha bersungguh seperti nuh As dan junjungan nabi kita muhammad saw lakukan, maka mungkin mampu untuk kita berhujjah di depan Allah nanti.

samalah...... sudahkah kita mendidik ahli jamaah kita dengan usrah dan tarbiah dengan tuntutan yang sebenarnya.... jika sudah.. maka wajarlah kita membandingkan kegagalan kita dengan golongan di atas... jika Tidak?????????? MAMPUKAH KITA BERDEPAN DAN BERALASAN DENGAN ALLAH.... NUH PUN GAGAL, LUTH PUN GAGAL MALAH MUHAMMAD SAW PUN GAGAL........ Saya rase saya tak mampu......

PERLUKAH UST NASHA BERSUMPAH???

Wallahi, wabillahi,watallahi saya tidak pernah berunding dan berjumpa Najib di luar negara. Demikianlah sumpah Timbalan Presiden PAS Ust Nasharudin Mat Isa menjawab tohmahan mengatakan beliau bertemu Najib di UK. Fitnah ini turut di siarkan secara bersungguh oleh bloger yang mendakwa pendokong PAS atau orang dalam PAS.Ianya turut berlegar di kalangan bawahan yang menjadikan satu keyakinan alasan melepaskan kemarahan kepada tokoh PAS ini.

Bukanlah tujuan artikel ini membangkitkan kembali api yang ingin di padamkan. Apa yang diharapkan ialah agar kita kembali kepada perintah Al Quran dalam surah Hujurat; Sekiranya datang kepada kamu orang fasiq membawa berita, maka hendaklah di kaji, bimbang kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan kamu jahil lantas kamu menyesali ( Hujurat )

Tidak tergambar bagaimana adanya di kalangan pendokong PAS sanggup membiarkan pemimpin mereka terpaksa membuat penfian sehingga terpaksa bersumpah sedemikian rupa.Jika ini berlaku, tentunya ia lambang kegagalan sistem tarbiah kita kini.Bukan pada silibusnya tetapi kesediaan ahlinya dan sebahagian pimpinan menerimanya.

Persoalan tsiqah bukan lagi keperluan. Mungkin kita terlalu sibuk suatu ketika dulu bagi meraikan kerja pilihanraya. Kemenangan dan kemasukan beramai ramai ke dalam PAS juga merupakan rahmat yang gagal di syukuri. Mensyukuri bukan hanya dengan ucapan Alhamdulillah tetapi juga memastikan nikmat Allah di hargai dan dimanafaatkan dengan sebenarnya. Antaranya memastikan golongan ini ditarbiah dengan sistem yang sekian lama menunjangi Keutuhan PAS selama ini. Ada pulak yang hadir Usrah terlalu bimbang membincangkan Al Quran dan hadits malah akidah. Mereka beralasan kita perlu bincang tentang strategi dan pengurusan sahaja kerana hampir pilihanraya. Ya !!! ianya antara yang penting namun meninggalkan teras usrah adalah satu kesalahan yang akan mengundang kegagalan!!!

Beralasan bahawa pemimpin bukan maksum dan mesti ditegur seolah olah menjadi lesen menghalalkan kerja kotor seumpama ini. Tidak dinafikan kritikan membina adalah suatu keperluan kerana tiada manusia sempurna selain junjungan Nabi kita MUhammad SAW. Namun menggunakan hujah fitnah yang tidak teruji kebenarannya bukanlah sifat seorang yang terlibat dalam kerja Islam. Beralasan perkara seumpama ini tidak pernah berlaku semasa zaman Allahyarham Ust Fadhil Nor mungkin cukup di jawab dengan jawapan Saidina Ali ketika ditanya suasana pemerintahan di zamannya yang kacau :"Khalifah sebelumku memerintah orang seperti aku sedangkan aku memerintah orang seperti kamu."

Marilah kita berlapang dada dengan apa yang berlaku. segalanya merupakan ruang untuk kita bermuhasabah terhadap tunjang yang selama ini kita abaikan. Kini masanya untuk bermuhasabah terhadap perjalanan tarbiah. Apakah peringkat cawangan hingga pusat masih menjadikan Usrah sebagai rutin menambat ukhuwwah dan membina peribadi pendakwah. inilah teras yang membezakan PAS dengan PKR, DAP malah UMNO dan pertubuhan siasah yang lain.Kita ialah jamaah Siasah dan dan dakwah. Pastikan ia bermula dari peringkat tertinggi iaitu JK PAS Pusat. Jika ada yang selalu "ghaib "setiap kali usrah pastikan mereka tidak lagi dalam JK Pusat atau juga cawangan. Inilah punca segala penyakit dalam jamaah sekalipun mereka "Ghaib" atas alasan buat kerja politik atau penerangan parti!!!!!!

Isnin, 4 Ogos 2008

SUKARNYA KEMENANGAN



Beberapa hari saya cuba memerhati reaksi pendokong PAS. agak reda sikit selepas JK PAS Pusat Bermesyuarat. Namun rupenye riak itu hanya sementara dan pastinya gema sebenar akan berlaku dalam Muktamar PAS Pusat.

Membaca tulisan NIk Abduh menjadikan jiwa tenang dan damai. Andai begitulah semua kefahaman dan bentuk berfikir pendokong PAS. Sehingga kini saya masih menjaja tulisan Nik Abduh yang ditulis sebelum lagi majlis Syuro bermesyuarat. Menjernihkan keadaan malah menjelaskan hala tuju perjuangan disamping mengingatkan realiti yang sedang menguliti parti.

Tadi saya terbaca pula tulisan Roslan SMS. Semakin resah hati ini. Bagaimana cerita mesyuarat JK PAS Pusat sampai ke tangan Jocelin. Apa yang saya paham ada tangan dalam menghulur berita ke luar. itu yang saya faham... Entahlah kalau saya yang tak paham atau salah paham.

Sememangnya benar ujian kala kemenangan lebih sukar dari mendaki kemenangan. Kalaulah benar apa yang saya paham...jelas PAS telah terlepas saring orang yang tak ditarbiah ke JK PAS PUsat. Sememangnya kita akui kepimpinan PAS ramai yang hebat, namun kadang kadang kita terlupa bahawa Kehebatan jiwa adalah kunci kemenangan kita. Membaca Wasilah yang dibeli hari ini.. tersentak jiwa saya bila membaca sumpah Timb Presiden bahawa beliau tak pernah bertemu Najib di London. Mengapa sampai begini???? Pastinya beliau dah tak tertahan dengan tuduhan melampau terhadapnya.... sebahagiannya dari dalam kepimpinan parti. Buktinya???? Lihat saje beberapa tulisan di blog dan kenyataan terbuka. Di peringkat bawah suara menuntut Timb Presiden meletak jawatan agak keterlaluan. Saya tak fikir ianya bertahan melainkan ada dalang berpengaruh di belakang.

Sebagai ahli di peringkat bawah sewajarnya kita wala dan tsiqah kepada kepimpinan tertinggi parti. Kini tiupan angin perubahan tanpa keperluan terus ditiupkan??? Oleh siapa dan ape agendanya??????