Jumaat, 31 Oktober 2008

DISEBALIK WAJAH

Jumaat 24 Oktober saya ke Sekolah Tunas Bakti Taiping. Mengisi satu slot untuk pelajar yang difahamkan lebih seratus orang. Saya hadir lewat 2 minit. Namun kehadiran saya disambut oleh dewan yang kosong. Beberapa minit kemudian kelihatan penghuni sekolah berkenaan yang terdiri dari pelajar lelaki muslim menuju dewan. Saya hanya melihat disamping menanti sambil melayan latop untuk pengisian hari itu. Ada yang berseluar dan berkopiah, malah ada yang berkain. jam menunjukkan pukul 10 pagi.

Menanti urusetia menyediakan beberapa keperluan, saya mendampingi penghuni dengan duduk bersama mereka ... cuba menyelami situasi yang perlu saya tangani. Bau rokok yang terlalu kuat menyebabkan saya rasa tak selesa, namun teruskan jua. Ada yang kelihatan terus mencium sesuatu...ubat hidung berbentuk kiub yang biasa digunakan oleh penghidap selsema... Wajah sebahagian mereka agak bengis... petanda mereka adalah insan bermasalah...

Saya mengambil kesempatan dihujung penyampaian menyentuh hati mereka dengan ingatan kepada ibu bapa... di sammping bantuan LCD. Ternyata jiwa mereka masih tersentuh... petanda ada ruang untuk disantuni.... mungkin mereka perlu kasih sayang... apa yang penting hati mereka masih subur untuk disirami dengan petunjuk Ilahi...

Ketika saya meninggalkan dewan... mereka bersalaman.... sebahagiannya nampak petanda keikhlasan... ketika bergerak dengan kereta... saya terus di sapa... tanpa arahan sesiapa... dan mereka menuju asrama seumpama penjara kerana dipagari dawai dan pengawalsepanjang masa..saya meyakini di sebalik keterlanjuran silam...masih ada ruang memperbetulkan..andai kita memberi perhatian.
----------------------------------



Ahad 30 oktober .. saya bergegas ke Pasuukan Simpanan Persekutuan (FRU) setelah sampai di Ipoh dari LCCT menyambut rombongan sahabat dari Tawau Sabah.Buka kali pertama saya ke FRU...malah mungkin kali kelima atau keenam. Surau memang penuh. Difahamkan ada kursus seluriuh Malaysia di situ...patutle...

FRU mungkin digeruni ketika menangani tunjuk perasaan. Saya masih ingat hentakan cota berderap langkah mereka menyuraikan perhimpunan anti kenaikan Minyak di KLCC dan himpunan BERSIH tahun lalu... saya masih merasai perit asid dan air pancutan meriam yang memang pedih...

Wajah di hadapan saya yang berkopiah dan bersongkok tidaklah segarang di perhimpunan. Beberapa gurauan yang sebenarnya "perli" untuk mereka disambut dengan ketawa. Kesungguhan ketika mengingatkan nasib bangsa dan agama mendapat perhatian serius mereka.Kesimpulannya mereka adalah insan yang tetap punyai jiwa dan perasaan... ada ruang untuk mereka menjulang agama andai mereka diarah untuk menjulang agama... namun apakan daya...kerana perintah yang datang untuk mereka dari golongan yang tak fikirkan agama melainkan kedudukan mereka semata... ,maka...begitulah mereka bekerja...

Ketika di Sabah... berebapa kali saya masuk ke penjara. Berkongsi rasa dan agama dengan penghuninya. Ramai dari mereka menyesali apa yang telah terjadi... Sabahagiannya menjadi mangsa keadaan.. sebahagiannya tuntutan keluarga... dan semuanya lantaran suasana msyarakat dan negara yang tidak membina... mereka terjerumus dengan tuntutan nafsu mereka... Kini suasana sedang membantu mereka... namun dengan tekanan ingatan terhadap keluarga dan penyesalan terhadap masa depan yang entah bagaimana rupanya....

mereka semua ada harapan untuk kembali...setelah mereka menyesali...dan barangkali antara mereka akan lebih mulia dari kita jika benar taubat mereka... seperti Ibrahim Adham yang meninggalkan Istana... atau seperti Umar Alkhattab yang mendampingi Rasulullah setelah kian lama bercita membinuh baginda... Hidayah Milikya Jua... dariNya jua... dan Untuk sesiapa yang di kasihiNya

Semoga kita sebahagian dari mereka yang di kasihiNya...

Selasa, 28 Oktober 2008

DENGKI


Kata Abdullah bin Mubarak " Waspadalah dari sifat sombong kerana ia adalah dosa pertama makhluk terhadap tuhannya, waspadalah terhadap sifat dengki kerana ia adalah dosa pertama makhluk manusia di bumi." Kisah Habil dibunuh oleh saudaranya Qabil memang diketahui umum. Ianya berpunca dari dengki atau hasad.

Allah mengingatkan kita terhadap bahaya hasad dalam surah Al Falaq" dan dari kejahatan orang yang hasad apabila ia hasad". bahaya hasad jua disebut Rasulullah SAW " Hasad itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.

Masyarakat melayu telah dihimpunkan dengan perangai hasad ini. Samada secara sengaja atau tidak, ia seakan sebati dengan masyarakat kita. Betul atau tidak bukan persoalannya namun beberapa realiti seperti santau menjadi hujjah walaupun rapuh. Apakah sebabnya??? Wallah hu A'lam...

Ada pandangan menyebut..ianya mungkin juga punca didikan tak langsung melalui permainan masyarakat kita...entahlahhhhhhhhhhhhh

Dalam permainan gasing...biasanya keutaman bukan hanya untuk memusingkan gasing tetapi "memangkah". Main guli pula kira nak pecahkan guli kawan. mungkin ada kebenarannya...kalau betul mari kita perbetulkan.... nak main apa ye.... game kut...

Isnin, 27 Oktober 2008

HUKUM BAYARAN PANCING KOLAM

BAYARAN UNTUK MEMANCING

Soalan; Ustaz sudah dijelaskan bahawa sebarang pertandingan yang menggunakan wang penyertaan untuk hadiah adalah berjudi dan haram, antaranya adalah pertandingan memancing. Ditempat saya terdapat sebuah kolam ikan yang menjalankan perniagaan dimana setiap pemancing dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 dan ianya seperti kebanyakan kolam lain. Tetapi pemilik kolam ini akan memberi hadiah kepada pemancing yang memancing ikan terberat dan teringan iaitu beberapa peratus dari kutipan yang diperolehi pada hari tersebut. Keadaan ini adalah bagi setiap hari dan tidak dihadkan pada hari tertentu. Peratus hadiah juga tetap dan tidak berubah mengikut hari atau keramaian. Waktu memancing hanya di sebelah malam iaitu pada pukul 8.00pm - 12.00pm dan ini dapat memastikan semua yang memancing berhak ke atas hadiah tersebut. Ikan yang dapat dipanjing adalah milik pemancing. Operasi pemberian hadiah ini tidaklah saya ketahui samada sejak kolam ini dibuka atau selepas menghadapi masalah kehadiran pemancing kerana sejak saya tahu ujudnya kolam ini operasinya sedemikian rupa. Soalannya :
1. Adakah hasil hadiah ini termasuk dalam kategori judi?
2. Adakah dengan niat saya masuk untuk dapatkan hadiah tersebut dengan memilih hari orang ramai memancing sebagai judi? Jazakallah dan maaf atas panjangnye cerita sebab tak tau nak ringkaskan.

Jawapan;

Bayaran RM20 itu yang menjadi persoalan;

1. Jika tujuannya sebagai bayaran sewa tempat dan perkhidmatan, insya Allah ia adalah harus. Harus seseorang menyewakan rumah, tanah dan benda-benda lain miliknya untuk orang lain bagi tujuan yang diharuskan Syarak seperti untuk kediaman, pejabat, kilang, tempat riadhah dan reakresi dan sebagainya.

2. Jika RM20 itu adalah sebagai bayaran kepada ikan yang mungkin diperolehi pengail dari kolamnya, maka muamalat tersebut terbabit dengan gharar yang diharamkan Syarak. Menurut hadis dari Abu Hurairah r.a.; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (HR Imam Ahmad dan Muslim). Gharar ialah menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa kepastian barang/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Dalam kes di atas, orang yang membayar RM 20 itu belum pasti jumlah ikan yang bakal diperolehinya; banyak atau sikit atau mungkin juga tidak dapat langsung. Menurut Imam Ibnu Qaiyim; “Gharar ialah suatu yang tidak dapat dipastikan sama ada ia wujud atau tidak. Maka ditegah jualan gharar (yakni jualan suatu yang tidak pasti) kerana ia tergolong dalam jenis qimar (pertaruhan) yang merupakan perjudian...di mana terjadinya qimar (pertaruhan) itu kerana satu pihak sudah pasti akan memperolehi harta tukarannya, sementara satu pihak lagi belum pasti sama ada akan memperolehi harta tukarannya atau tidak. (Lihat; Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqahak, Dr. Nazih Hamad)

3. Jika RM 20 itu tujuannya ialah untuk hadiah, yakni diambil darinya (keseluruhan atau sebahagiannya) untuk pemberian hadiah kepada pemenang, maka ia adalah pertaruhan atau perjudian yang dilarang Syarak sebagaimana dijelaskan sebelum ini (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/hadiah-pertandingan.html).

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 11:45 PM

ENTAHLAHHHHHHHHHH

Kita semakin hampir meninggalkan syawal, bulan kemenangan setelah sebulan dibulan ujian. Sebulan dibulan ramadhan penuh dengan ibadah dan ketaatan. Masjid dan surau menjadi tempat ulangan saban malam. Kicau burung belum kedengaran ketika menghidang makanan untuk sahur malah mungkin segala yang mengundang murka tuhan ditinggalkan.

Kini setelah hampir sebulan di bulan kemenangan...saban hari ada sahaja undangan majlis hidangan hari raya, makanannya tak terhitung jumlah dan jenisnya... mungkin ianya tanda kesyukuran...malah mungkin juga tanpa disedari ianya tanda pembaziran. Kesyukuran tuntutan tuhan...namun pembaziran adalah teman musuh insan...syaitan.. di mana kita sebenarnya???? Entahlahhhhhhhh

Apakah masih kekal masjid dan surau terus setia dikunjungi saban malam...atau telah diutus ucapan perpisahan sementara untuk bertemu ditahun berikutnya.... Apakah penghuni rumah telah berdiri menghadap Ilahi sebelum kicau burung berbunyi...atau kita masih diulit mimpi ketika burung telah lama meninggalkan sarangnya??? Entahlahhh

Apakah janji dan ikrar kasih setia hanya untuk Ilahi yang dirintih dimalam sunyi ketika menanti dan mengharap Lailatul Qadr masih kukuh tersemat di hati atau ucapan itu umpama orang yang mengingau disaat tidur setelah keletihan bekerja sepanjang hari??? Entahlahhhhhhhhhh

Mungkin kini waktu sesuai untuk merenung kembali apa yang dilalui agar sempat kita kembali andai langkah kian jauh dari pertunjuk Ilahi... Dan mampu kita berdiri meneguhkan segala janji yang pernah diungkap agar kasih Ilahi terus bertaut di hati dan Cinta kita terus kekal Abadi....................hingga Bertemu Rabbul Izzati...

Rabu, 22 Oktober 2008

Muhasabah diri


Memahami hakikat kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah..bukan juga terlalu susah. Segala panduan telah disediakan. Segala jawapan sudah dimaklumkan. namun kelekaan apa yang wujud dihadapan menjadikan kita lupa apa yang telah ditinggalkan ...jua lupa apa yang sedang menanti di hadapan...seringkali memuji dan mengeji apa yang dilihat... terlupa rahsia dan pengajaran yang tersimpul dan tersembunyi diseblik apa yang terjadi..

Seringkali kita mengeluh terhadap musibah yang menimpa... jua seringkali terlupa bersyukur nikmat yang diperolehi... sesekali sakit namun mengeluhnya sepanjang masa...sepanjang masa beroleh nikmat namun tak pernah disyukuri... itulah kita..

Rabiatul Adawiah pernah bertanya seorang pemuda yang membalut kepalanya... Apa yang berlaku kepadamu?? Jawab pemuda itu... aku sakit kepala... Berapa lama ? tanya Rabiah..Beberapa hari... Kata Rabiah" engkau merasai nikmat Allah sekian lama namun tak pernah engaku tunjukkan..namun engkau diuji Allah sakit beberapa hari telah engkau tunjukkan dengan membalutnya sehingga dilihat orang ramai sakitmu...

Firaun menjadi sombong dikatakan lantara tidak pernah merasai sakit...entahlah.. apapun sebagai mukmin kita merenung mafhum hadith nabi..

Sesuatu keajaiban yang dimiliki mukmin... tidak dimiliki kecuali mukmin.. segala yang berlaku kepadanya adalah kebaikan Apabila ditimpa nikmat dia bersyukur, beginya kebaikan..apabila ditimpa musibah dia bersabar.. baginya kebaikan.

Semoga kita menjadi golongan mukmin!!!

CUKAI PINTU TIPU

CUKAI PINTU CERITA KOSONG

October 17, 2008 · Print This Article

IPOH: kadangkala timbul rasa hairan dengan sikap manusia yang sengaja cuba sensasikan sesuatu isu dengan menyorokkan beberapa fakta benar bagi mengelirukan dan mempengaruhi pembaca agar mempercayai apa yang dipaparkan.

Semuga Allah memberi petunjuk pada manusia seumpama ini agar sempat bertaubat.

Kerja-kerja seumpama ini adalah kerja wartawan akhbar cetak mahupun elektronik. Bagaimanpun mereka ini dengan selama berkata bahawa slanting of stories or planting adalah kerja editor mereka. Walhal mereka juga turut terbabit.

Saya tertarik dengan kisah terbaru kes kononnya tiba-tiba cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini. Lucu dan cerita yang tidak berasas ini direka sedemikian rupa bagi mengambarkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak bertanggungjawab dan berbuat sesuka hati.

Menurut laporan Utusan Malaysia semalam, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini tetapi pemiliknya tiba-tiba menerima kenaikan cukai tanah 500 peratus.

Kalau tak reti dan faham atau buat-buat tak reti untuk menulis dengan adil dan memuatkan segala asas penulisan berita, maka eloklah bertaubat dan berundur daripada menjadi wartawan. Orang kampung gelak membaca cerita-cerita kartun oleh wartawan picisan seumpama ini. Picisan kerana tidak bertanggungjawab dan tak ada nilai dan ethics of journalism.

Untuk pengetahuan umum, dulu tanah tapak lot itu kosong semasa ia dinilai pada 2005. Jadi padanlah dikenakan sebanyak itu berasaskan kiraaan yang ditetapkan MBI. Tetapi kini ada banglo atas tanah itu.

Banglo yob… banglo. Banglo diklasifikasikan sebagai rumah sebiji rumah. Bukan rumah teres atau bersambung. Besor yob 278 meter per segi. BANGLO…

Kalau dah sebosar itu, maka nilai tahunan cukainya ialah berjumlah RM4,320. Tak tau lah pulak kalu mahu dikurangkan bior sama dengan nilai rumah kampung atau teres je..

Menurut kenyataan MBI, nilai tahunan yang dikenakan atas hartanah di kawasan itu masih rendah berbanding dengan nilai semasa. Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan, tetapi MBI masih mengekalkan anggaran pada kadar sewa 1982 iaitu $360 sebulan untuk ukuran penilaian hartanahnya.

”Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja.” END/ANR

Isnin, 20 Oktober 2008

SOLAT


SOLAT BOLEH RAWAT PENYAKIT KRITIKAL

October 20, 2008 · Print This Article

Oleh Ziauddin Sharuddin (zia@bharian.com.my)

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.



Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Khamis, 16 Oktober 2008

DAKWAH YANG TERBUKA.



Antara perkara yang perlu diingat oleh para pendakwah, ustaz dan penceramah bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w bukan hanya berkembang dengan syarahan semata. Dalam erti kata lain apabila diundang ke majlis ceramah, ingatkan dalam hati bahawa kedatangan ke majlis tersebut bukan hanya untuk bersyarah tetapi lebih utama dari itu ialah muamalah atau pergaulan. Nabi s.a.w telah menunjukkan bagaimana melalui pergaulanlah Islam dalam menerobos




ke pelusuk hati musuhnya. Baginda akan duduk bersama, bercerita, berbual, memberikan sentuhan-sentuhan fizikal yang sekaligus mencetuskan kekaguman kepada sahsiah baginda s.a.w. Kecenderungan sesetengah pendakwah mempertajamkan kemahiran pidato tetapi mengabaikan aspek kemahiran muamalah boleh memberikan impak negatif kepada dakwah itu sendiri. cuba lihat sekeliling kita, kedapatan para pendakwah yang tidak mesra pergaulan, tidak mesra jiran, garang, berkata kasar, cepat menghukum, besar diri, sukar di dampingi dan sebagainya.



Firman Allah Taala:



فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك . آل عمران 159


Maksudnya: (( Maka disebabkan rahmat dari Allah-ah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berkeras hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu )).






Alangkah eloknya jika seorang pendakwah itu, di samping hebat berpidato, ia juga mudah mendekati remaja-remaja lepak, senang menghadiri aktiviti gotong-royong, cepat menziarahi orang-orang sakit, bersedia memberikan nasihat, prihatin kepada golongan susah, terbuka dalam mendekati bukan Islam dan sebagainya. Pastinya dengan muamalah hasanah seperti ini dakwah Islam akan lebih cepat berkembang! Moga kita semua sentiasa berpandukan cara Nabi s.a.w dalam dakwahnya.
Ibnu Asakir berkata: "Berbuat baiklah kepada manusia, nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya...."


Selasa, 14 Oktober 2008

MASA UNTUK BEKERJA

DSAI hari ini menyatakan sasaran beliau kini ialah menumpukan ekonomi negara. Tiada lagi usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia. Mimpi lompat tiada lagi. Harapan rakyat kini terhenti. Pastinya isu yang sedikit sebanyak menggugat perpaduan ahli dan pimpinan PAS sepatutnya selesai. Kenyataan TGHH sewaktu muktamar bahawa beliau tidak mahu menjadi Mat jenin ternyata tepat. Pandangan Datuk Mustapha Ali yang mencetuskan perselisihan terbuka dalam PAS juga terpaksa diakui.



Bukan tujuan mengungkit, namun mengharapkan kita kembali berada di landasan perjuangan yang berpijak di bumi nyata. Hampir semua program dalaman parti yang membuat post mortem biasanya menekankan agar kita tidak mengharapkan kemenangan dari kelemahan musuh sebaliknya kekuatan sendiri. Samada persoalan lompat parti itu bermaruah atau tidak , kini bukan persoalan lagi. PR perlu terus bekerja kuat dan memastikan perpaduan dalaman dikukuhkan. Selain itu startegi sepatutnya ditumpukan bagi meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan PR. Isu isu sensitif sepatutnya ditangani secara bijak. Perpecahan atau perselisihan dalaman sesama parti anggota PR atau dalam parti parti yang menganggotai PR sepatutnya selesai di meja rundingan bukan di media massa atau di blog atau sebarang media.

Umum mengakui isu 16 september mampu menggoncang kerajaan BN walaupun asas tarikh untuk perubahan itu agak longgar. Setelah 16 september isu itu seakan mati namun sedikit sebanyak kepercayaan rakyat juga mula longgar kepada PR khususnya dsai. Saya pasti akan ada yang menafikan kenyataan ini, namun teori yang lahir dari harapan dan angan angan tak mampu memadamkan realiti di rasai rakyat bawahan. Rakyat yang meletakkan harapan tinggi terhadap perubahan pada tarikh itu, khususnya setelah kenaikan mendadak minyak pastinya kecewa. Ada yang bersikap menaruh harapan baru , ada yang terus tunggu dan lihat dan ada yang mula kecewa dan mengangap tertipu. Bagi yang bersifat terbuka dan memahami itu sebahagian strategi Bijak DSAI hanya ketawa dengan kebimbangan yang ditunjukkan BN.

Diharapkan jangan ada pihak yang terlalu mengharap dan beriman dengan tarikh perubahan tersebut sehingga tidak rela ditegur atau dikritik menyalahkan pihak pihak yang tidak yakin sebelum ini. Jangan dituduh bahawa ada pihak dalaman PR sendiri yang menggagalkan rancangan tersebut untuk menyelamatkan UMNO. JANGAN! JANGAN! JANGAN!. Anggaplah strategi DSAI itu berjaya kerana sekurang kurangnya BN turut berpecah. MPnya terpaksa dilarikan. Banyak masa dihabiskan untuk memastikan MP Sabah tak lompat parti. khabarnya apa sahaja yang diminta oleh kerajaan Sabah ditunaikan...Rakyat Sabah paling beruntung dengan isu itu.... atau pemimpin Sabah yang paling beruntung kerana pengaliran kewangan negara yang banyak mungkin tidak meleleh kepada rakyat. Yang pasti 16 september menjadi tarikh yang diberi perhatian oleh kerajaan pusat untuk disambut selepas ini sebagi tarikh penubuhan Malaysia. tidakkah itu kejayaan???

Apa yang penting semua ahli dan pendokong PR mesti bekerja untuk mengambil alih kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Jangan mengharap jalan mudah dengan menanti orang lompat parti. Kenyataan pemimpin DAP bahawa lompat itu sesuatu yang tak bermaruah adalah isyarat yang mesti diberi perhatian. Bukan disudut jadi atau tidak tetapi menggesa kita bekerja keras. Menanti tarikh baru dengan jalan pintas menjadikan kebanyakan kita terus leka dari bekerja. Lebih malang menghabiskan masa berhujjah SESAMA SENDIRI samaAda JADI ATAU TIDAK 16 SEPTEMBER? Saya yakin ramai yang letih memberi ramalan jadi atau tidak perubahan tersebut. Kalau diperingkat kawasan pun kita dah dijadikan sasaran membuat ramalan,, saya yakin peringkat negeri dan pusat lebih lagi... Yang pasti telah ramai melahirkan pakar ramal dikalangan kita. Apa yang saya tahu ramalan semata mata tidak menghasilkan kerja!!!

SEKALI LAGI DIINGATKAN...JANGAN MENYALAHKAN KEGAGALAN INI KERANA ADA PIHAK YANG TIDAK MEMBANTU MENJAYAKANNYA SEBALIKNYA MEMBANTU MUSUH! JANGAN ! JANGAN ! JANGAN!

Empat tanda kebinasaan "Hati yang keras, Mata yang beku (tak mengalirkan air mata menyesal dosa), Rakus dan PANJANG ANGAN ANGAN. - Alhadith.

Kini PR perlu kehadapan. Jangan biarkan pendokong hanya menanti tarikh baru untuk perubahan. Kita perlu kehadapan. Rancang strategi menawan hati rakyat. Rakyat kini perlu menjadi perhatian! setiap parti dalam PR mesti mengukuhkan perpaduan. Jangan menghabiskan berbalah dan mencabar sesama sendiri untuk sesuatu yang tak pasti. Paling penting! kerajaan yang kita kuasai benar benar berbeza dari kerajaan BN sebelum ini. Jangan ulangi kesilapan Bn yang menyebabkan rakyat benci. Kita menang kerana kebencian rakyat terhadap BN bukan hanya kekuatan sendiri. Kalau kita jua dibenci... pastinya kita juga kehilangan kuasa seperti BN dikalahkan.Pastikan pemimpin tidak menyeleweng, kebajikan rakyat diberi perhatian..bla..bla...bla... untuk pemimpin... bagi kita pastikan menjadi tenaga kerja kepada kerajaan memperbaiki kelemahan dan menegur kesalahan... BUKAN MENGUMPUL KEKAYAAN!!!

Isnin, 13 Oktober 2008

dATUK SHAH RUKHAN

Apa nak jadi??? apa dah jadi??? mungkin masih ada yang ingat kepada seniman Datuk SM salim. Beliau mendapat adtuk kerana kerjaya seninya. Ramai lagi dapat datuk kerana berjaya menghiburkan rakyat malaysia. Tan Sri P Ramli mendahului penerima...namun setelah kematiannya. Paling berjaya Datuk Jins Shamsudin... hero BOND Malaysia... dilantik menjadi senator mewakili artis. mungkin mereka berjasa...kepada peminat muzik dan lakonan Malaysia.

Tup tup..tanpa angin sekali rakyat Malaysia dikejutkan dengan nama shah Rukhan.... timbul di Malaysia... dulu keturunan khan menjadi popular apabila berlaga pipi dengan bakal wanita pertama negara.kini dengan jasa yang entah apa apa mendapat datuk pula...
Saya tak pasti apakah shah rukhan ini keturunan kublai khan atau hulagu khan. Yang pasti keturunan moghol itu berjasa juga kepada Islam di India... Shah Rukhan.. yang pernah mempopularkan Islam tafsirannya sendiri. Kahwin campur.... apapun beliau pernah membuat kenyataan bahawa beliau ingin menampilkan Islam yang mudah dengan penampilannya. boleh bertolak ansur dalam segala hal tentang Islam....yang mungkin sesuai dengan Islam Hadhari tajaan Malaysia.... Mungkin sebenarnya Shah Rukhan telah memperkenalkan Islam hadhari ala India....atau shah Rukhan berjasa mungkin kerana dia di kesan berdarah MONGOLIA, ATAU MENEBUS DARAH ORANG MONGGOLIA YANG HANCUR DI MALAYSIA??????? ENTAHLAHHHHHHH

SAMBUTAN IDULFITRI TAMBUN



Berita: 12 oktober bersamaan 12 Syawal, PAS kawasan Tambun meraikan pendokong dan penyokong PAS kawasan Tambun serta masyarakat sekitar Manjoidengan jamuan Idulfitri. Walaupun hujan yang turun sejak petang akan menganggu keselesaan majlis, namun sambutan yang diterima diluar jangkaan


KEPIMPINAN PEMUDA KAWASAN TAMBUN BERSAMA AZHAN.


Majlis bermula dengan solat Isya berjamaah dipimpin Timbalan YDP Kawasan Ustaz Kuqman Hakim. Tetamu undangan ialah YB Tuan Hj Zainudin Mohd Yusop , exco Agama, Kebajikan dan Wanita negeri. Hj Zainudin ialah Exco tunggal dari PAS selain Menteri Besar.


YB ZAINUDIN MENYAMPAIKAN UCAPAN

Kesempatan menyampaikan ucapan digunakan beliau menjelaskan isu semasa yang dimainkan UMNO khususnya isu kaum seperti pemberian tanah kepada sekolah Cina untuk diusahakan. Ucapan aluan dimulakan oleh Dr Khairudin Abd Malek yang merupakan YDP kawasan.








HADIRIN MENJAMU SELERA.


PERSEMBAHAN DARI AZHAN SAMBIL TETAMU MENJAMU SELERA


Kehadiran majlis tersebut turut diraikan dengan persembahan Juara Akademik Nasyid – sdr Azhan. Beberapa lagu disampaikan cukup menjadikan majlis tersebut meriah walaupun system siaraya kurang memuaskan untuk persembahan khususnya. Sambil menjamu selera dengan lemang , nasi impit, bihun dan kuih muih hadirin turut menjamu telingan dengan alunan lagu dari juara sulung akademi Nasyid tersebut.



LIMPAHAN TETAMU DI LUAR DEWAN.








Majlis berakhir sekitar jam 11 malam. Terima kasih kepada semua hadirin yang memberi sokongan. Maaf di atas segala kekurangan. Tahniah buat jawatankuasa yang melaksanakan dengan penuh keikhlasan, moga Allah menganjarkan dengan sebaik pembalasan.

TETAMU MEMENUHI DEWAN MANJOI

Sabtu, 11 Oktober 2008

CUKUP SAMPAI DI SINI

Membaca sejarah memang penting. Namun memahami latar belakang sejarah itu asas yang lebih penting. membaca sejarah perbalahan sahabat Rasulullah seperti Saidina Ali, Muawiyah dan Aisyah tanpa mengenli peribadi sahabat dan latar belakang suasana di zaman sahabat mungkin tambah menimbulkan kecurigaan terhadap perkembangan Islam. walau tak dizahirkan pun keresahan itu tetap timbul.

Demikianlah dalam sesuatu isu yang melahirkan perdebatan panjang. tanpa mengikuti dari awal perkembangan atau asas perbincangan atau perselisihan pendapat tentunya melahirkan kelompok yang taasub malah memecahkan jamaah. Semakin panjang dibahaskan maka semakin timbul berbagai isu bagi mempertahankan hujjah masing masing. Maka semakin bertambahlah ruang perbalahan.

Akhir akhir ini telah mula lahir suara yang cukup tidak senang dengan apa yang berlaku apatah lagi cabar cabar mencabar sesama jamaah .Yang suka ialah mereka yang mahu jamaah berpecah atau sedang membina pengaruh peribadi. Wallau hu A'lam! Di Mana untungnya? Tahniah kepada Ust Nik Abduh yang menampakkan kematangan dalam menangani cabaran. Jua Roslan. Ust Din Tantawi lebih jelas lagi sikap menyatakan bahawa cabaran tidak akan disambut melainkan dari musuh atau bersedia berada di pihak musuh. Cabaran sesama jamaah hanya akan menimbulkan perpecahan. Assyahid Hasan AlBanna menyatakan KEWAJIPAN KITA LEBIH BANYAK DARI MASA YANG KITA MILIKI. Lebih jelas bacalah Syeikh Muhammad alkhattib terhadap risalah Taalim Hassan AlBanna. telah diterjemahkan.

Dilaporkan selepas mesyuarat Pusat, suasana baik terus berlaku. Itulah sepatutnya! Namun sedarkah kita apa yang berlaku diperingkat bawah? Apatah lagi kita terus memanjangkan di forum terbuka. Ianya mesti DIHENTIKAN!. Cukuplah menjadi perbahasan didalam mesyuarat Pusat. Tak puas hati selesaikan di mesyuarat. Tak puas hati juga...sila keluar dari jamaah!! jangan jadi duri dalam jamah. Keputusan mesyuarat adalah rahsia melainkan untuk dilaksanakan. Apa yang terjadi dalam mesyuarat adalah rahsia! bukan untuk di jaja.

Setelah meneliti sekian lama yang ternyata kuncinya ialah DAKWAAN ada usaha membawa PAS ke dalam UMNO? Betulke ??? telah dinafikan oleh Presiden dan timbalan Presiden! tak percaya???? sila datangkan bukti!!! DAKWAAN ada pertemuan di LONDON antara Timb Presiden dan Najib ternyata BOHONG!!! penyebar berita sendiri menafikan,,, tersilap katanya...berapa lama Timb Presiden menanggung bebannya... Tiada pun permohonan maaf dipohon!!! Al Quran mengajar dalam surah Alhujurat " Jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita hendaklah dikaji!!! adakah sumber itu dikaji??? malah setelah penafian dibuat masih lagi tak percaya. Lebih percaya sumber UMNO (katanya) dari kenyataan timb presiden sendiri???

Kuncinya tetp satu dari dulu. TUDUHAN usaha membawa PAS ke dalam UMNO. lalu diheret beberapa nama pimpinan pusat termasuk Presiden. Dijadikan pula Mursyid Am sebagai hujjah. Tak cukup dengan itu diwujudkan kumpulan Trengganu. di balas dengan istilah Erdogan... memang seronok dan menarik...saya yakin pencaturnya gelak besar!! ha...ha...ha...!

Kesimpulannya mudah. Isu tersebut dinafikan. BERHENTI!!! KALAU ADA BUKTI SILA DEDAHKAN. saya terbaca telah ramai mencabar..dedahkan secara terperinci siapa yang berbincang nak bawa PAS masuk UMNO? kalau ditawarkan itu bukan usaha dari PAS!!! jangan salahkan pimpinan PAS. Presiden tegskan usaha perkukuh PAS dalam pakatan Rakyat mesti dilakukan!!! bukan hanya kukuhkan PR tetapi PAS DALAM PR...lain kali kita panjangkan........

Jumaat, 10 Oktober 2008

MARI KUKUHKAN HALATUJU JAMAAH


KETEGASAN TUAN GURU
HAJI ABDUL HADI AWANG
Hikmah Besar Buat Ummah.
Siri Kedua .
Tegas dengan Islam : China dan India tak sokong ?
PAS sejak awal perjuangannya bukan sahaja tegas dengan dasar Islamnya bahkan sangat konsisten berjuang bagi memastikan Islam dan syariatnya dapat dilaksanakan . Yakin penuh dengan pengamatan saya , bahawa PAS tidak pernah menggadaikan dasar perjuangannya biarpun dibayar jutaan ringgit.


Kalau kita tengok Tok Guru Nik Abdul Aziz demikian juga Tok Guru Hj. Abdul Hadi menyampaikan ceramah – ceramah umum mereka , pasti sahaja ucapan atau pidato mereka bersulam ayat – ayat suci al quran dan sunnah. Ia melambangkan sikap konsisten ulamak al mujahid ini. Membahas isu semasa pun turut dikupas berasaskan perspektif syara’ atau sunnah.

Ya … saya pun memang tidak mampu menafikan bahawa sememangnya ketegasan ulama’ Islam dan pemimpin PAS terhadap Islam sebagai dasar perjuangan ini silih berganti .

ü Ustaz Abu Bakar al Baqir ( 1907 – 1974 ) menegaskan pandangannya demi memastikan Tanah Melayu sebagai Darul Islam pada tahun 1948 :
“ dalam Islam telah cukup syarat – syarat yang membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat sekiranya seluruh umat Islam mengamalkannya. Islam lebih demokrasi dari demokrasi dan lebih baik dari segala yang baik ”

ü Dr. Burhanuddin al Helmy ( 1911 – 1969 ) telah menegaskankan dihari Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke 12 ( 1964 ) bahawa :


“ dalam pergolakan politik di tanah air kita ini , PAS muncul dengan cita – cita kenegaraan Islam . Cita - cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup beragama dalam kalangan pendukung PAS . dinyalakan oleh sinar sejarah nabi saw dan sahabatnya yang telah Berjaya membentuk Negara dan pemerintahan yang bercorak dan berhukumkan Islam dan pentadbirannya.”

ü Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad ( 1927 – 1964 ) dalam Suara Islam 15 Mei 1957 menulis :

“ Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang di dalamnya ideology Islam dan segala undang – undang di dalamnya , adalah kewajiban pokok yang harus diperjuangkan oleh tiap – tiap mereka yang bernama muslim , lebih – lebih lagi parti Islam seperti PAS .”

ü Tuan Guru Yusof Rawa ( 1922 – 2000 ) di dalam ucapan Dasarnya dalam Muktamar Tahunan PAS ke 35 ( 1989 )

“ Kita memilih penyertaan dalam pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam bersama dengan program tarbiyyah yang berterusan dikalangan ahli dan masyarakat sebagai program yang utama dan asasi ”

ü Tuan Guru Hj. Fadzil Noor ( 1937 – 2002 ) menegaskan :

“ PAS sebagai sebuah Jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat , adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia . Ia bersama – sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir , Jamaat Islami di benua kecil India , Refah party di Turki , FIS di Algeria , HAMAS di Palestin dan lain – lain Harakah islam di seluruh dunia , mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam.”

ü Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat ( 1931 – sekarang )

“ Kita sangat menekankan Islam kerana hanya dengan Islam sahajalah masyarakat Islam dan belum Islam akan bahagia dan selamat . islam bukan sifat menginayai tetapi ia penuh dengan rahmat dan kesejahteraan kerana ia diturunkan oleh Allah swt melalui nabi saw yang bersifat dengan rahmatan lil a’lamin . “ rujuk OFF ROAD Nik Abdul Aziz Nik Mat m/s 39

ü Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( 1947 – sekarang ) berani menegaskan sewaktu berada di puncak kuasa Kerajaan negeri Terengganu pd tahun 1999 :

“ saya rela kerajaan ini tumbang demi menegakkan Islam tetapi tidak sanggup melihat ia tumbang kerana rasuah dan penyelewengan .”

Lagu tu lah konsistennya tok – tok guru kita sejak dulu memimpin jamaah bersama dengan sikap yang tegas terhadap Islam sebagai asas perjuangan yang tidak pernah luntur . Biar bagaimana strategi digubal , walau apa halangan ditempoh dan apa pun bentuk tawaran yang dihidang , inilah penegasan mereka . Islam , Islam , Islam , Islam , Islam , Islam dan Islam .

Saat mereka yang memimpin jamaah ini tegas bersama Islam lah , orang Tiong Hua dan India menubuhkan Kelab Penyokongnya diseluruh Negara . Mereka tidak menganut Islam tetapi mereka menyedari Islam sebagai dasar perjuangan PAS . Mereka terima dan sokong PAS dalam keadaan mereka boleh menyertai DAP atau PKR kalau pun mereka tidak mahu menyertai MIC , MCA dan Gerakan ..

Siapa kata kalau Tok Guru tegas dengan Islam maka orang bukan Islam akan lari meninggalkan PAS ? Siapa pula yang gatal mulutnya menjaja ayat ke serata tempat kononnya orang bukan Islam menyesal mengundi PAS kerana presidennya terlalu tegas dengan Islam ?

Analisis siapa yang terlalu dangkal lantas menganggap kerana presidennya terlalu tegas dengan Islamlah menjadi punca kerajaan baru tergendala penubuhannya pada 16 Sept baru nih dan kalau tak jadi tubuh , tok gurulah orang wajar dipersalahkan ! Siapa yang buat analisis nakal macam nih ?



Siapa pula yang lantang berkata sikap Tok Guru yang tegas menyebut Islam mesti Dominan untuk tubuh Kerajaan Baru sebagai kenyataan yang tidak berhikmah ? malah ada yang menyebut kononnya sikap Tok Guru yang tegas dipandang tidak konsisten mempertahankan Pakatan rakyat dan menakutkan orang bukan islam ?

Please ! ( hah mula lah saya nak cakap orang putih ) siapa yang yang kata Cina dan India takut kat Tok Guru ? Lim Kit Siang takut ? kan anak dia sendiri kata nak perintah negeri cara Omar Abdul Aziz . Cara Islam lah tuh ! Ke Lim Kit Siang pun dah mula takut kat anak dia sendiri ?

Kepada Tok Guru sah Lim Kit Siang tak takut . Elok jer Lim Kit Siang ziarah Tok Guru di kediamannya Rusila. Tidak sedikit pun timbul rasa gentar malah Lim Kit Siang disambut dengan juadah hari raya penuh mesra . Habis tu , siapa yang takut kepada Tok Guru ni ? Tak kan ahli PAS takut kepada Presiden dia sendiri ?

Ada Orang cabar Saya Berhujjah ( berdebat )

Maaf lah sahabat , banyak pulak soalan . Soalan ni timbul sebanyak ini sebab saya perlukan jawapan sebanyak itu di atas tohmahan yang begitu banyak menerjah . Malah baru ni , siap ada orang cabar saya berhujjah . Saya kenal benar orang yang cabar saya tu dan dia pun kenal saya . Saya tidak faham kenapa dia cabar saya ?

Walau dia cabar saya tidak secara langsung , tapi jelas dia cabar saya berhujjah dengan dia . kalau yang cabar saya tuh Astora jabat , Khairy Jamaludin atau Dr. Mashitah , pukul 12 tengahari dia cabar , pukul 12.01 minit saya sahut cabaran dia .

Pertama kerana saya tidak kalah demi mempertahankan Islam . Saya akan tampil dengan segala kemampuan . Kedua , saya pun kaki debat dan suka sangat debat – debat nih , bukan dia jer pandai debat .

Tapi kalau yang cabar tu ahli jamaah sendiri , saya malu nak sahut . Minta maaflah . Kata orang , kalau kalah malu dan kalau menang tidak sohor ( masyhur ). Saya minta maaf banyak – banyak.

Saya tidak sahut cabaran berhujjah tu bukan kerana saya tidak hormati cabaran saudara jauh sekali kerana tidak pandai mengenai tajuk yang dicadangkan malah tidak juga memandang rendah keupayaannya berhujjah , tetapi dengan rendah diri saya nak sebut bahawa saya tidak tergamak .

Kecuali lepas nih dia masuk UMNO ker ( waliyazubillah ) pas tu dia cabar saya lagi , maka Insyaallah , siapkan gelanggang , saya segera hadhir!

Ketegasan Tok Guru : Semua Pemimpin Wajar Mendokonginya.

Apabila Tok Guru tegas mahu Islam dijamin kedudukannya dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk , maka saya melihat ia hanyalah penegasan semula terhadap prinsip dan dasar perjuangan yang diwarisi dari pejuang terdahulu . Justeru itu ia sangat wajar didokong oleh semua saff kepimpinan jamaah / parti .

Kenapa perlu ada yang mempersoalkan penegasan Tok Guru sedang ia adalah satu penegasan untuk Islam . Apakah ada yang rasa tergugat kedudukan dan kepentingannya dengan penegasan Tok Guru ? Tok Guru hanya mahukan Islam berada di atas . Menguasai keadaan dan terjamin kedudukannya.

Yang peliknya , sepanjang saya turun bersama masyarakat bawahan , tidak pula saya dengar kebimbangan umum terhadap ketegasan Tok Guru . Yang banyak saya dengar ialah kebimbangan terhadap Kerajaan Baru yang bakal dibentuk , bagaimanalah keadaan Islam dan umatnya pada masa itu. lebih baik atau sama sahaja dengan yang lepas ?

Kebimbangan mereka sebenarnya berasas sebab mereka tidak tahu bagaimana kerajaan itu mahu dibentuk , siapa bakal anggota kabinetnya . Mereka hanya menyimpan kepercayaan kepada orang yang mahu menubuhkan kerajaan baru dengan harapan kepercayaan itu tidak dipersiakan apalagi dikhianati .

Adapun ketegasan Tok Guru mahu Islam dijamin majoritinya di sambut baik oleh sebahagian besar umat Islam dan bukan Islam pun tidak takut sebab mereka sudah kenal lama PAS dengan dasar dasar Islam yang konsisten diperjuangkan . Non Muslim bukan kenal PAS baru sehari dua ini !

Apa yang saya bimbang , ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan rasa bimbang ini dikalangan ahli PAS dan kelab penyokong . Kalau mereka salah seorang pemimpin PAS , sepatutnya mereka bantu memahamkan ahli dan anggota kelab penyokong bukan menambah rumit dan resah dihati mereka.

Apabila saya bertemu dengan rakan – rakan Tiong Hua di Kuantan , mereka bertanya mengenai kerajaan baru dan sikap Tok Guru . Saya menjelaskan kenapa Tok Guru nak Islam majority dan apa rasionalnya dan bagaimana sikap Islam terhadap non muslim . Saya beri mereka Ilmu mengenai Islam dan kedudukan mereka dalam Islam .

Akhirnya mereka terima malah menyokong sikap tegas Tok Guru. Ringkasnya mereka yakin , hanya Islam yang membawa konsep dosa dan pahala dalam kehidupan dan pengurusan akan menyelamatkan manusia serta institusi dari rasuah , penyelewengan , skandal dan seumpamanya.

Masaalah yang kita hadapi hari ini ialah seperti ada tukang cucuh api atas minyak yang mengalir. Kenapa tidak ambil kain lalu kesat minyak tersebut.

Jangan Sebut Islam untuk jaga Hati Pengundi Non Muslim

Sungguh ganjil kedengaran teori atau pendekatan seperti itu. Apakah kita tidak yakin Islam adalah agama samawi untuk semua umat manusia . Bukankah antara slogan kita ialah PAS For All dan Islam For All . Jauhilah igauan kononnya non muslim takutkan Islam.

Kalau benar sekalipun mereka takut kepada Islam , kita sebagai sebuah Gerakan Islam mestilah menyebut Islam dan menjelaskannya banyak – banyak supaya semua pihak semakin hari semakain bertambah fahamnya mengenai Islam . Kalau bimbang orang tidak setuju pada Islam , maka kita pun tidak sebut pasal Islam maka bila Islam itu akan difahami oleh mereka .

Pertama kita kena jaga Islam . Pengundi boleh datang dan pergi. Kalau dia datang kita menang kalau dia pergi , kita mungkin kalah tapi kita tidak salah . Adapun Islam , kalau dia datang kita selamat dan kalau dia pergi ( kerana kita tidak menjaganya ) maka kita akan derita dunia dan akhirat . Oleh kerana itu , jagalah Islam nescaya hati pengundi dapat kita tawan insyaallah .

Tok Guru Tegas Pasal Islam di saat Pegangan Islam kian Luntur.

Hari ini , kita boleh lihat bagaimana keadaan Islam dan umatnya yang kian jauh dari penghayatan Islam yang sebenarnya. Seolah – olah Islam tidak lagi dapat disesuaikan perlaksanaannya di zaman modern ini. Penegasan demi penegasan yang dikemukakan oleh Tok Guru bukan sahaja menyentap jiwa yang alpa , menyedarkan hati yang lagha tetapi juga menginsafkan mereka yang suka meremeh dan memperlekehkan Islam.

Umat pada hari ini memerlukan seorang ulama’ yang tegas dan tidak teragak – agak untuk bercakap mengenai Islam dan kehebatannya . Optimis dan positif terhadap Islam agama Allah swt. agar ia bertapak dan berdaulat di atas tanah air kita. Setuju kan ? Inilah himah besar buat ummah .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Rabu, 8 Oktober 2008

ISU REPLIKA ANUAR IBRAHIM

Masalah Replika
Dato' Seri Anwar Ibrahim

Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.

Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:

Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :

المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق

Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.

Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.

Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.

Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.

Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.

Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.

Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain

Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.

Kesimpulan:

1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:

الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ

2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.

3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.

Rasulullah pernah bersabda:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]

Sayyidina Ali pernah berkata:

لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]

4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:

Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .

Al Maaidah . Ayat : 8

Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.

Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.

Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .

Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.

Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.


[1] Lihat al-Mu'jam al-Kabir [2] Lihat Ihya Ulumiddin Jilid 1 Bab Kelima : Fi Adab al-Muta`allim Wa al-Mu`allim.

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

MENITI KEMENANGAN



Allhu Akbar! Allah hu Akbar! Allah hu Akbar! Walillahhilhamd. Demikianlah pujian anugerah kemenangan dari Allah khususnya di bulan Syawal. Seluruh ummat Islam menanti demikian lama kedatangan syawal. Segala persiapan dilakukan. Bagi yang beriman mempersiapkan kekuatan kerana terpaksa berdepan dengan ujian yang lebih berat iaitu ujian kemenangan. Kemenangan di dunia ialah kemenangan kecil dan sampingan.Malah ramai yang tergelincir setelah diberi kemenangan di dunia. Moga Allah lindungi kita.

Apakah erti kemenangan di dalam Islam. Allah mengajar kita nilai dan tindakan yang mesti dilakukan ketika menerima nikmat kemenangan. Surah Al Fath atau annasr adalah surah memperjelaskan kemenangan menakluki Mekah bumi kelahiran Islam dan Rasulullah. Ia juga beerti kemerdekaan dari Jahiliah kerana bumi tersebut pernah tegak aqidah Tauhid nabi Allah Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam.Rasulullah pernah menolak kemenangan dan tawaran di bumi Mekah kerana tawarannya menuntut cagaran aqidah. Rasulullah rela meninggalkan bumi Mekah lantaran lebih sayangkan Islam. Akhirnya Islam berjaya juga menguasai Mekah walaupun setelah sekian lama Islam terpadam di Mekah. Rupanya bara itu kembali menyala! Bersekongkol dengan jahiliah walaupun penggiliran Islam diberikan tetap ditolak oleh Rasulullah.


Kemenangan Islam bukan hanya beerti penguasaan di tangan Islam , tetapi jua sejauh mana pengisian Islam dapat ditegakkan hasil kemenangan tersebut. Mengharapkan sesuatu kemungkinan yang belum pasti tidak boleh diterima sebagai hujjah sekiranya telah nyata sesuatu yang pasti. Keyakinan menghapuskan sangkaan dan harapan! Sebab itu sebarang perjanjian dan kerjasama mestilah menjelaskan ruang kuasa yang akan dimiliki oleh Islam. Alasan ...kita mesti menang dulu adalah alasan lemah! kalau rumah telah kita runtuhkan barulah berbincang nak bina rumah macammana? ia amat lemah dan tidak wajar. Kita telah miliki rumah yang indah dan cantik. Jiran ingin kita menyatukan kayu rumah kita dengannya untuk di bina di tapak yang lebih luas...sedangkan pelan rumah yang akan di bina belum diputuskan.... siapa yang menguasai rumah itu belum ditentukan.... mustahil.... kita tak mahu menjadi Mat Jenin!!! dan pastinya kita tak mahu jatuh dari pokok kelapa yang tinggi.

Kemenagan Islam mestilah diisi dengan akidah! Lafaz azan sudai memadai bagaimana kita seharusnya mengisi kemenangan. Apakah syarat untuk memiliki kemenangan tersebut? Bermula dengan membesarkan Allah!, Mentauhidkan Allah, Meyakini apa yang dibawa Rasulullah, Mengerjakan syariat seperti solat... barulah beerti kemenagngan atau kejayaan... Itupun pagarnya kembali membesarkan Allah...dan Mnefikan syirik kepada Allah...

Bagaimana kemenangan kita di bulan Syawal..sudahkah terisi seperti tuntutan Islam... dan bagaimana kemenangan yang ingin kita capai dalam politik? adakah jua berpaksikan sempadan dan landasan ISLAM???

Ahad, 5 Oktober 2008

HARAKAH DAN JAMAAH

Manhaj Rabbani :
Menangani Informasi Negatif
Sesama Anggota Jamaah

(Apatah lagi antara ahli dengan kepimpinan)

Posted by Abu Amirah As-Salimbari

Pilu rasanya apabila melihat ahli-ahli saling meremeh, merendahkan, menyindir dan menempelak antara satu sama lain atas isu-isu yang mereka sendiri pun tidak beberapa jelas.... Lebih menyedihkan apabila ada ahli dan kepimpinan bawahan turut terjebak dalam memperlekeh, merendah dan meremehkan kepimpinan atasan jamaah atas isu-isu yang mereka sebenarnya juga tidak berapa jelas dan pasti hakikatnya!

Marilah kita kembali kepada akhlak Islam dalam menanganinya dengan meletakkan – kelapangan hati, kerendahan jiwa, kemaafan, husnuz zon (sangka baik), kasih sayang, thiqah, kepercayaan dan tuntutan ukhuwwah – sebagai asas terpenting mendahului segala-galanya.. Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [11]

Mengapakah di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata?! [12]

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. [13]

Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. [14]

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15]

Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar.”[16]

Secara ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan seorang sahabat) tersebut :

1. Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu

Ada di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota.

Seronok kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain. Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu, kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat.

2. Berprasangka Baik dan Berusaha Melihat Sisi Positif

Salah satu sikap yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah dalam hubungannya sesama ahli atau kepimpinan ialah sikap ber-husnuzon (berprasangka baik) kepada saudara kita sesama mu’min – siapa pun dia dan dari kelompok apapun mereka - sepanjang ia atau mereka dikenal keikhlasannya dan perjuangannya untuk Islam dan meninggikan kalimatulLah. Lihatlah kesilapan dan kelemahan yang berlaku dari sisi yang positif agar dapat memelihara hati kita dari kotor dan prasangka.

Kemungkinan pimpinan tersebut tersilap, tapi mungkin dalam situasi tersebut hanya itulah pilihan yang terbaik yang ada menurut pendapatnya. Kita berusaha semampu mungkin bersangka baik bahawa tindakan-tindakan tidak popular yang diambil oleh sesetengah pimpinan kita tersebut datangnya dari jiwa mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan. Cuma, tindakan tersebut mungkin bukanlah yang terbaik. Apakah berbaloi kita mencemuh kesilapan tersebut sampai berlebihan meremehkan keikhlasan dan kecintaan mereka terhadap perjungan???

3. Berlapang Dada Terhadap Kesilapan & Bersikap Pemaaf

Mana-mana ahli atau kepimpinan jamaah adalah kumpulan manusia yang pasti tidak terkecuali dari tersilap atau melakukan kesilapan. Setiap ijtihad, pandangan dan pendekatan strategic, tetap terdedah kepada kesilapan sebagaimana perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahulLah ;

“Ra’yi shawaab walakin yahtamilul khatha’ wa ra’yu ghairi khatha’ walakin yahtamilush shawaab

(pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku adalah salah tapi mungkin saja benar).

Kepimpinan peringkat mana pun mereka tetap terdedah kepada kesilapan. Walaubagaimana pun, air yang banyak melimpah lebih dari dua kolah tidak terjejas dengan sedikit najis yang jatuh ke dalamnya. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh kepimpinan tersebut tidaklah sepatutnya menjejaskan segala jasa baktinya, sumbangan tenaga dan pengorbanan yang melimpah ruah, kesetiaan dan segala kelebihan yang dimiliki yang melayakkan dia duduk di level tersebut…

4. Jangan Memandang Remeh Budaya Penyebaran Isu Liar

Menganggap sinis dan membiarkan isu-isu liar tersebar di kalangan anggota jamaah hanya akan melukakan ukhuwwah islamiyyah, mencarik rasa hormat sesama sendiri, menebalkan sikap kepuakan, memecah belahkan saff perjungan dan boleh melemahkan organisasi jamaah. Jamaah yang lemah ini akan semakin hilang upayanya untuk menanggung beban perjuangan yang berat dan semakin mencabar!

Bayangkan saudara.. dalam kesibukan kita dengan sepak terajang politik bersama segala seninya, rancak bermuqabalah untuk mengajak orang lain bersama kita, bercita-cita mengambil alih kuasa... isu-isu yang cukup mendasar sepenting UKHUWWAH ini pun masih banyak yang belum selesai... mampukah bangunan jamaah ini menanggung beban yang semakin bertambah, kalau bata-batanya binaannya masih tidak diikat dengan kuat dan tersusun kukuh?

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantaw

Sabtu, 4 Oktober 2008

ISA-soal siasat wakil syaitan!!!


Beberapa hari ni saya berkesempatan menonton berita TV 3. Ada rencana bersiri tentang ISA. Pro dan kontra dari pelbagai pihak. Antara yang popular ialah MP Pasir Salak atau pernah digelar six milion dollar man. Polemik ISA kembali hangat setelah tangkapan membabitkan Raja Petra, Tresa kok dan wartawan cina. Kemuncaknya ialah serangan dan perletakan jawatan Zaid Ibrahim. Bukan setakat itu, beliau menulis surat terbuka yang disiarkan malaysia kini.

Saya bukanlah peminat Zaid Ibrahim malah adalah orang yang membencinya. Saya tak tahu mengukur islam beliau sejak beberapa kali mempertikaikan hudud. Kemuncaknya menyaman kerajaan PAS Trengganu dan Kelantan yang meluluskan hudud di DUN. Namun sikap Zaid tentang ISA wajar disanjung. Setahu saya belum ada menteri yang meletak jawatan semata mata mempertahankan prinsip yang bercanggah dengan PM yang melantiknya. Zaid adalah pencetusnya.

Saya tak berapa tahu tentang pengalaman ISA kerana saya tak pernah melalui ISA dan tak teringin untuk merasa pengalaman ISA. Beberapa penerangan khususnya dari Dato Abu Bakar Chik, Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lagi ketika forum sambutan 50 tahun Dewan Pemuda PAS Pusat di Kedah dulu cukup untuk mengenalinya. Pengalaman dituduh tanpa diberi ruang membela diri dalam beberapa pengalaman sudah cukup menyakitkan. Itu hanya hukuman lidah bukan lagi perasaan dan fizikal yang dipisahkan dari masyarakat.

Seorang sahabat yang dibebaskan dari ISA kerana tuduhan pembabitan dengan KMM cukup menarik perhatian saya. Ceritanya....Sewaktu polis menahan beliau... dirasakan waktu itu seperti malaikat Izrail yang datang mencabut nyawanya.Tiada peluang merayu atau bertanya atau memohon penangguhan. Ketika dalam siasatan dirasakan sepertiMungkar nangkir menyoal di kubur. Tiada ruang dan peluang. semuanya asakan dari hujah atau bukti direka. hanya dipaksa mengaku sahaja....hinggalah ke akhirnya.... katanya lagi...saya mengharapkan agar pengalaman disoal siasat oleh wakil syaitan itu akan memudahkan sedikit apabila berhadapan dengan siasatan wakil tuhan nanti. demikianlah pengalamannya.....

Sebagai manusia yang normal tiada yang rela diri mereka menerima tuduhan tanpa peluang membela diri. Walaupun hanya dituduh melepaskan angin(kentut) yang busuk baunya di dalam majlis. Apatah lagi dituduh sebagai pengganas!!!. Entahlah manusia apa yang merelakan diri orang lain diperlakukan sebegitu.Bagaimana nasib anak isteri yang ditinggalkan??? Pernah dilaporkan isteri seorang tahanan JI di Sandakan terpaksa berkerja sebagai pelayan kelab untuk menyara anak kecilnya... Siapa harus dipersalahkan..apatah lagi fatwa Mashitah Ibrahim dulu boleh menjadi pelacur jika darurat! Entahlah...

Apapun harus diingat dosa ini tidak hanya untuk yang melakukan sahaja. Perlu diingat mereka melakukan dengan kuasa yang mereka miliki. Kuasa itu yang pastinya datang dari pilihanraya yang tangan sebahagian kita mendokongnya.Teringat kisah Imam Ahmad Hambal yang ditanya oleh pemukul yang bekerja dengan kerajaan. Katanya dia terpaksa memukul Imam kerana mancari rezki walaupun tidak restu. Di tanya kepada Imam... apakah saya termasuk di kalangan orang yang zalim dari mafhum ayat : Jangan kamu cenderung kepada orang zalim nanti kamu disentuh api neraka??(HUD 113) kata Imam " kamu tidak termasuk golongan yang cenderung tersebut tetapi kamu ialah orang yang zalim... yang termasuk cenderung ialah pembantu rumah kamu.... tukang cuci kamu....

Apakah kita terlibat dalam kalangan yang cenderung kepada kezaliman atau kita adalah orang yang zalim kerana merestui ISA???