Khamis, 29 Januari 2009

TAJOL AKAN BAWA DIRI

Berita melaporkan tindakan Tajol Rosli meletakkan jawatan gara gara penghijrahan ADUN Bota ke PKR. Walaupun respon awal Tajol Rosli menyatakan bahawa UMNO tidak terjejs dengan penghijrahan ini, namun Tajol terpaksa akur, ianya isyarat protes kepada kepimpinannya.

Tajol Rosli pernah menawarkan untuk bersara menjadi MB satu ketika dulu di saat kegemilangan UMNO Perak. Ketika itu ada ura ura beliau akan digantikan dengan orang lain. Tajol menggantikan Ramli Ngah Talib yang terpaksa di bawa ke Kuala Lumpur sebelum disemadikan tanpa sebarang nisan walaupun di kampungnya sendiri. Namun watak Tajol yang nampak cool menyebabkan beliau kurang bermasalah diperingkat awal kembalinya ke Perak. Tajol juga menumpang watak ayahnya yang pernah menjdi MB Perak dengan watak yang cool. Namun angin pertukarannya telah merubah watak Tajol yang nampak cool menjadi agresif. Kemuncak tembelang watak Tajol Rosli ialah setelah kekalahan BN di Perak. Beliau mempamerkan jagoannya di DUN Perak.

Mac 2008 menyaksikan rakyat Perak menolak pemerintahan dan kepimpinan Tajol Rosli.Kesannya bertambah setelah beliau gagal menyempurnakan janji dan cita cita 31 ogos nya. Kini kepimpinannya di dalam UMNO Perak di cabar. Beliau kecundang di Grik.Orang Grik marah apabila Tajol menyerahkan kerusi Parlimen Grik kepada Gerakan. Mungkin itu tanda kemelayuan UMNO Tajol Rosli. Tiada pilihan terbaik buat Tajol selain meninggalkan kerusi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.Lebih awal lebih selamat, sebelum tiga ADUN yang dikatakan bersiap sedia mengemas bilik UMNO untuk berhijrah rumah.

Barangkali ianya satu tragedi buat orang angkuh seangkuh Tajol Rosli yang mengimpikan kerusi MB kembali pada 31 Ogos lalu. Kini zaman keangkuhan sudah berlalu dan keadilan mengambil tempatnya.Sememangnya yang angkuh akan kecundang sebagaimana Wan Farid yang dikatakan angkuh kecundang di Kuala Trengganu...

Rabu, 28 Januari 2009

SIAPA LAGI AKAN MENINGGALKAN TAJOL ROSLI????

Sehari dua ini riuh bumi Perak dan Malaysia dengan isu wakil BN dari Bota yang berhijrah ke PKR . Datuk Nasarudin Hasim adalah antara wakil BN Perak yang berpotensi. Sebab itu beliau dipilih sabagai pengerusi Felcra.

Dari Parlimen beliau turun ke DUN. Apa yang dijanjikan oleh UMNO perak kepadanya tak pun diketahui. Apa yang saya dengar sewaktu turut berkempen di Bota dalam satu ceramah ialah berlaku usaha menyekat pengaruh Datuk Nasaruddin oleh Datuk Zaim- Pesaing beliau dalam UMNO Parit. Anak belaan Zaim- Nizar diletakkan sebagai calon Parlimen Parit.

Apa yang diharap Tajol dan UMNO Perak agar wakil PKR melompat ke BN dah menikam tuan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa janji PKR bukan isunya masa kini. Yang pasti Kerajaan PR semakin kuat dan sukar digoyah. Saya telah mendengar angin perubahan ini beberapa bulan yang lalu. Di fahamkan bahawa telah ada pertemuan wakil PKR dengan 4 ADUN UMNO Perak. Siapa????? saya tak tahu...

Menanti dan meneka sekian lama dan akhirnya jawapan menjelma. Datuk Nasarudin antaranya. Lagi tiga atau mungkin lebih...Wallh hu A'lam. Saya mengharapkan agar ia tidak berlaku serentak... Biarlah berlaku bagai gelombang yang tenang tetapi menyebabkan Tajol pusing.... Mabuk dan mungkin termuntah atau demam kali kedua sejak kejatuhan BN Perak.

Keangkuhan Tajol memberi tarikh 31 Ogos kejatuhan PR Perak telah lama bersemadi. Mimpi indah Tajol kini sedang menjadi mimpi ngeri... Sipa watak ngeri selepas ini terus menjadi teka teki... Saya tidak mengharapkan YB Zamri jauh sekali Raja Ahmad. Mereka hanya beban andai bersama PR Perak...

Saya menanti YB Nazri yang memang dikenali pengikut Taasub DSAI sejak dulu lagi..Sememangnya jiwa Nazri tak sesuai dengan UMNO kini. Beliau adalah anak didik ABIM DSAI. Ada juga suara bertanya kepada Fakeh Adam dari Jalong. Beliau menjadi ADUN menggantikan ADUN yang mati sebelumnya. Beliau tidak mempunyai potensi selain sahabat DS Abdullah Badawi.Beliau juga di fahamkan mertua kepada seorang ahli kabinet Pak Lah Badawi dari anaknya yang menjadi isteri ke dua atau ketiga. Apakah Datuk Fakeh Adam akan menanti Najib Razk menaruh simpati kepadanya...Saya tak fikir begitu... Beliau sedang rungsing kini..

ADUN lain saya tak ketahui.Saya juga mendoakan agar ianya bukan YB Hamidah yang melukakan kaum India di DUN Perak baru baru ini. Ada lagi teropong yang sedang dihalakan kepada beberapa ADUN UMNO yang nampak serba salah dalam persidangan DUN lalu. Pastinya mereka yang hanya menjadi pemanas kerusi pembangkang. ADUN Pengkalan Baru antara yang menang tipis kepada timb Persuruhjaya PAS perak- Ustaz Bakar Husin. mungkin sedang istikharah... Tak tahu pulak kalau ada yang berlakun setia dalam DUN lalu. UMNO memang kaya dengan pelakon handalan dalam politik mereka.

Kini UMNO Perak sedang melagakan PAS dengan jerat masa depan YAB Nizar sebagai MB Perak. Ia sesuatu yang tak perlu di layan. Orang sakit sememangnya meracau... mereka semacam Pak Pandir... bukan anak kita aje yang mati mak andeh.... barangkali kata Tajol Rosli... Bukan UMNO je yang rugi...PAS pun rugi juga nanti... Biarkannnnnn,

Khamis, 22 Januari 2009

ZAHID MENYALAHI MANDAT

IPOH: Kerajaan Perak menyifatkan arahan seorang menteri agar ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak tidak menghadiri sebarang mesyuarat kerajaan negeri sebagai tidak menghormati semangat federalisme dan hak rakyat.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata arahan oleh Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertentangan dengan dasar kerajaan negeri yang mahu menjalin hubungan baik dengan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri mahu menjalin hubungan baik dengan persekutuan tetapi jika sikap seorang menteri yang mahu menghentikan dan memutuskan hubungan antara pegawai persekutuan dan kerajaan negeri, saya rasa ini satu yang malang khususnya kepada rakyat Perak yang memberi mandat kepada beliau sebagai menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid dilaporkan mengarah semua ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak supaya tidak menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.


Bagaimanapun, larangan itu tidak meliputi ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang mempunyai tugas guna sama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa memberi kerjasama kepada persekutuan, dan sejak mentadbir Perak 10 bulan lepas, tidak ada permohonan kerajaan persekutuan bagi mendapatkan tanah negeri untuk projek kegunaan awam yang ditolak. BERNAMA

Rabu, 21 Januari 2009

ZAHID HULUBALANG TEMBERANG

Zahid Hamidi antara Menteri yang sedang giat mempromosikan diri kini. Beliau adalah antara Calon Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Mac ini. Anak jati Bagan Datoh ini adalah kelahiran Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah Ipoh. Kini Beliau masih memegang YDP Persatuan lepasan Izzuddin Taayah (SISTA).

Zahid juga adalah bekas ketua Pemuda UMNO zaman kegemilangan DS Anuar Ibrahim. Beliau adalah pencetus istilah Kronisma dan Nepotisma dalam perhimpunan agong UMNO yang mewujudkan gerakan Reformasi hasil pemecatan DSAI. Zahid adalah pemuja dan hulubalang DSAI ketika itu. Namun langkah Zahid sebagai panglima itu tidak lama lantaran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dalam siri kempen hulubalang itu di Sabah. Bermula saat itu terlondehlah pakaian temberang hulubalang Zahid.



Demi menunjukkan setia dan taat yang tidak berbelah bahagi, kini dalam usaha menumpang peluang kekosongan jawatan Naib Presiden, Zahid kembali memakai pakaian hulubalang. Bermula kejatuhan kerajaan BN di Perak, Zahid cuba muncul sebagi hero penyatuan Melayu. Berkempen agar PAS bersama UMNO membentuk kerajaan Perak. Andai berjaya pastinya hero ini akan terbilang, namun gagal! kecewa Zahid akhirnya

Zahid mengubah posisi sebagai penyerang. Menyerang kerajaan Perak dengan isu ketuanan melayu dan terakhir dengan isu Tadika KEMAS. SAemuanya tak menjadi. Dalam isu tadika KEMAS, Zahid menyalahkan akhbar kerana laporan menyatakan 7000 bukan 700 sebagaimana yang beliau maksudkan. Ternyata tadika KEMAS berjalan seperti biasa tanpa ada gangguan pihak kerajaan negeri.

Zahid sekali lagi kembali dengan arahan agar agensi Pusat tidak memberi kerjasama dengan kerajaan negeri Perak. Arahan ini melibatkan semua agensi kerajaan Pusat di Perak dengan mengecualikan beberapa agensi tertentu.lihat Ajijoi Blogspot.

Ternyata Kerajaan Barisan Nasional meneruskan dasar penjajah dengan memerintah secara memecahkan perpaduan dan kerjasama.Kenyataan ini membuktikan beberapa perkara;

01. BN adalah kerajaan yang mewujudkan perpecahan sesama rakyat. Bagaimana diharapkan untuk menyatukan rakyat yang pelbagai bangsa. Sedangkan satu bangsa pun dipecahkannya.
02. BN tidak mengiktiraf pilihan Rakyat Perak yang membyar cukai kepada kerajaan Pusat.
03. BN mewujudkan kerajaan dalam kerajan yang melanggar semangat Perlembagaan negara.
04. BN hanya berjuang untuk kepentingan sendiri bukan dan bukaN kepentingan rakyat. Kesan tindakan tersebut akan menyusahkan rakyat Perak termasuk pengundi UMNO dan penyokong UMNO.

Zahid barangkali merasakan ugutan dan ancaman kepada agensi Pusat di Perak akan menakutkan rakyat Perak.. Ia seolah menghukum rakyat yang merdeka. Rakyat Perak akan semakin marah dan bencikan UMNO. Mungkin yang seronok dengan tindakan ini hanya orang UMNO yang busuk hati dan dengki serta bodoh. Mereka akan berkata " PADAN MUKA DEPA DAN AKU ".

Rakyat semakin bijak dan berani kini. Gelombang yang sedang melanda di Kuala Trengganu nampaknya akan terus menghempas UMNO dan BN saban hari. Pemimpinnya sedang sibuk mencipta isu untuk kepentingan pemilihan Mac ini. Isu itu sedang berhimpun menjadi badai yang pastinya bakal menghempas diri Zahid sendiri dan UMNO di Perak.

HANYA ORANG BODOH MERASAKAN KERJANYA BIJAK. APAKAH ZAHID AKAN KECUNDANG SEKALI LAGI SEBAGAIMANA KECUNDANGNYA BELIAU MEMBAWA GELOMBANG REFORMASI DSAI.SAYANGNYA GELOMBANG ITU TERUS MEMBADAI UMNO SEDANG ZAHID LEMAS TERPUKUL DENGAN BADAI YANG BELIAU LAH PENGGERAKNYA DULU HANYA KERANA BELIAU KEMBALI BERSAMA UMNO... BIARKAN ZAHID LEMAS DENGAN LABU LABI NYA.....

SERBAN DAN LEBAI?

Akbar hari ini melaporkan seorang pelajar pondok dijatuhkan hukuman penjara dua hari atau RM 90 kerana tidak memakai topi keledar. Pelajar pondok itu memilih untuk dipenjarakan. Hukuman dijatuhkan berdasarkan istilah LEBAI yang tak dapat dibuktikan oleh peguambela. Mengikut undang undang, Lebai atau sigh dibenarkan memakai serban!


Saya tidak memilih untuk membicarakan soal serban itu sunnah atau tidak. Yang pasti pakaian tersebut adalah lambang akhlak bagi pemakai muslim. Hakim yang menjatuhkan hukuman adalah muslim dan polis yang menyaman juga adalah muslim. Kita tidak pasti mengapakan pemakaian serban menjadi isu dalam masyarakat negara Islam Had hari. Dulu ada pelajar di buang sekolah lantaran berserban ke sekolah.

Saya belum mendengar ada penunggang motorsikal yang berpakaian seksi di saman . Ini lebih membahayakan bukan sahaja kepada dirinya kerana terdedah kepada kecederaan jika terjatuh tetapi juga pemandu lain yang barangkali nakal matanya. Kemalangan boleh terjadi.

Saya juga belum mendengar tentang pelajar yang dibuang sekolah kerana memakai pakain jarang atau singkat atau kakitangan yang diambil tindakan kerana berpakaian menjolok mata termasuk guru di sekolah.

Fenomena ini nampak kecil tetapi ianya jalan mencabar beberapa hak asasi sebagai muslim. Mungkin ada yang berhujjah bahawa tak perlu pertahankan serban kerana bukan sunnah, namun saya tak pasti apakah golongan ini beranggapan serban itu baik atau tidak. Jika hujjahnya hanya kerana tak sunnah dan ada kelonggaran untuk tidak dipertahankan, soanya bagaimana dengan singh. Ini soal Double standart, bukan sunnah atau tidak.

Keluasan menilai erti LEBAI adalah kelonggaran buat hakim dan polis yang boleh menafsirkan bagi melepaskan atau membenarkan pemakaian tersebut. Setuju atau tidak...berserban tetap baik dan mungkin lebih selamat. Apa yang dikhuatiri, ia menjadi budaya untuk menakutkan pemakai serban bermotorsikal atau ianya akan menjadikan serban hanya hak Eksulif bagi singh! entahlah had hari, had masa dan macam macam had lagi...cuma takut pada melaksanakan Had Allah sahaja!

Selasa, 20 Januari 2009

TAK SAMA TAPI SERUPA


Israel akhirnya terpaksa keluar dari Ghazza setelah beberapa hari menghancurkan bumi Ghazza. Lebih seribu korban nyawa, lebih 5000 parah dan kemusnahan harta benda yang tak mampu di taksir. Seluruh kekuatan dihalakan ke Ghazza, Udara, Laut dan darat. Cita cita menawan Ghazza bertukar dengan kononnya telah berjaya melumpuhkan tentera HAMAS.Saya yakin Israel membelanjakan jutaan ringgit untuk missi kali ini. Israel tidak mengaku kalah. Berbagai alasan diberikan namun hakikatnya hasrat Israel menawan Ghazza GAGAL!

Di Kuala Trengganu situasi serupa turut berlaku. Bermula dengan gah akan menguasai Kuala Trengganu, Entah berapa juta dibelanjakan. Seluruh kekuatan kerajaan pusat dan negeri disatukan. Media bekerja keras mengambarkan situasi berat sebelah. Namun 17 Januari menyaksikan hakikat sebenar. SPR yang diperingkat awalnya Pengurus Pilihanraya pun menjadi jentera BN terpaksa akur dengan kehendak rakyat.

Sebagaimana biasa , musuh yang keecundang ini tetap menafikan... walau bahasanya agak beralas hakikat yang terpaksa mereka terima ialah kekalahan.

Yahudi ialah kerajaan yang berjuang untuk bangsanya,,, kecundang di tangan pejuang agama. Seperti jua UMNO yang berjuang kononnya untuk bangsa melayu, kecundang di tangan PAS pejuang agama...bersama rakat Pakatan yang menolak perjuangan atas nama bangsa.YAKINLAH! perjuangan atas nama bangsa tidak lagi RELEVAN kini. Di Malaysia, UMNO lah contohnya...di dunia Yahudi lah modelnya. Walau UMNO bukan Yahudi dan kononnya menentang Yahudi tetapi model perjuangan bangsa adalah ilham dan idea Yahudi. TAK SAMA TETAPI SERUPA!

Isnin, 19 Januari 2009

CARA BANTU FALASTIN

Di bawah adalah sedutan dariblog Zaharudin.net untuk kita fikirkan
USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Sabtu, 17 Januari 2009

MENANTI MEDAN DAP !

Cina Islam antara yang terawal memaklumkan kemenangan PAS. Saya hanya mengikuti di depan laptop ini. Kegelisahan menanti keputusan menyebabkan saya membatalkan program maghrib. Bukan apa... tak fokus...

Berbagai angka diterima tentang majoriti...tak kisahlah.... terakhir sms Cina Islam memberi angka 2679 ! angka yang hebat! apapun ...yang penting menang! Kemenangan ini besar maknanya.... kali kedua pilihanraya kecil setelah gelombang Tsunami yang melanda negara khususnya di Pantai barat. Kedua duanya berpihak kepada PR. Berbagai isu sepanjang mac hingga kini dilalui dengan penuh hikmah oleh PR.



Pas di landa dengan isu Muqabalah, berakhir dengan mahabbah malah kasih sayang kian bertambah. Kemenangan ini mengikis usaha memecahkan perpaduan dalam PAS khususnya isu perletakan calon! istilah Erdogan yang dimainkan tenggelam tanpa sambutan. Indahnya hidup dalam jamaah. Keputusan pimpinan diterima dengan wala'dan tsiqah.

Pilihanraya kecil pertama di Permatang Pauh milik PKR... support dari rakan pakatan amat jitu. PAS walaupun dalam suasana muktamar tetap melibatkan diri dengan aktif. Kini giliran PKR membalas setia kawan PAS. DAP tidak ketinggalan. Sedikit keegoan Karpal dengan anti hududnya tidak menjejaskan ukhuwwah yang terjalin. Kita menanti pula pilihanraya kecil ketiga...semoga ianya menjadi medan buat DAP pula. Andai ianya terjadi dan kemenangan tetap milik PR, jelaslah isyarat dari rakyat.

Kini hanya DAP menanti setiakawan dari rakan PR nya. Kita nantikan andai ada lagi ruang pilihanrayakecil..saya amat mengharapkan ianya medan DAP!.Saya yakin moodnya tetap serupa. Ia sekaligus meranapkan impian perpecahan yang dicanangkan BN. Sememangnya BN yang mewarisi penjajah British memerintah dengan dasar pecah perintah!

TAHNIAH BUAT SEMUA PEJUANG DI MEDAN! MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEIKHLASAN ANDA!

MENANTI GELOMBANG PERUBAHAN

Penantian satu penyiksaan. Apatah lagi penantian tersebut disertai dengan sejuta impian. Ia petanda masa depan. ia perintis jalan. Hanya satu...KEMENANGAN DI KUALA TRENGGANU.

Sememangnya hati ini sering tak menentu sejak diistiharkan tarikh penamaan calon dan pengundian di Parlimen Kuala Trengganu. Semuanya gara gara bertembung dengan kerja. Dah cuba mengelak beberapa kali namun gagal jua. Terima kasih kepada rakan yang berada di medan dengan info terkini melalui blog atau sms.



Kemenangan ini sangat penting. Penting kerana ianya mengukur kecenderungan rakyat di Pantai Timur terhadap Pakatan Rakyat. Ia juga skala pengukur pengundi cina di Trengganu.Kemenangan beerti penerimaan rakyat terhadap negeri negeri Pakatan Rakyat. Kesungguhan MB dan KM negeri kelahiran baru Pakatan Rakyat bukan sekadar menentukan jumlah undi di Kuala Trengganu tetapi jua penerimaan masyarakat luar terhadap dasar dan pendekatan kerajan mereka. Lebih penting ianya adalah penentu masa depan negeri Trengganu yang terbantut kelahirannya pada pilihanraya lalu.

Negeri Trengganu telah membusung sekian lama namun tertangguh kelahirannya. Perak yang barangkali Bunting pelamin melahirkan anak yang tak cukup bulan tetapi ternyata begitu berkemampuan berdepan cabaran. Tanpa disangka, anak tak cukup bulan yang dilahirkan kini sedang memimpin pelbagai isu dalam negara. Ia model kesepakatan Pakatan Rakyat paling ampuh! Jawapan Exco dan MP DAP dari Perak terhadap isu hudud cukup membuktikan persefahaman dan kesepakatan dasar di Perak adalah model terbaik pembentukan Kerajan Pakatan Rakyat peringkat Nasional.

Isu Hudud yang dijaja UMNO mudah dipatahkan oleh Ngeh Ko Ham atau MP Ipoh Barat- YB Kula. Bukan Islam lebih memahami keterbukaan dan pilihan yang dianjurkan Islam dalam perlaksanaan Hudud. Tahniah untuk Pakatan Rakyat Perak!

Kini seluruh negara sedang menanti gelombang Pantai Timur yang terhenti dengan benteng wang ehsan sebelum ini. Gelombang itu sekali lagi melanda, kini dengan suntiikan gelombang dari Pantai Barat. Selamat berjuang untuk semua yang beraksi di gelanggang. Panantian malam ini sengguh mendebarkan...semoga kemenangan bersama Rakyat yang berpakat!

Jumaat, 16 Januari 2009

TABUNG FALASTIN

Malam tadi saya bersama warga Matrikulasi Perak dalam kempen Falastin. Dimulai dengan tayangan video berkaitan perjuangan falastin, solat isyak dan solat hajat. Diakhiri sedikit motivasi perjuangan rakyat Falastin. Hanya suara yang yang mampu saya kongsi bersama mereka. Di fahamkan jumlah kutipan malam tadi lebih dua ribu ringgit Malaysia.



Pada 9 Januari lalu Jamaiey telah melancarkan kempen sejuta Ringgit dari warga Perak dengan penuh gilang gemilang. Kesungguhan MB perak dan beberapa badan korporat menyumbang amat membanggakan. Namun sehingga kini beberapa program yang dirancangkan seakan terhenti. Saya tidak pasti sejauh mana kempen tersebut diteruskan. Saya di maklumkan bahawa perhimpunan yang dimaklumkan akan berlangsung di padang Ipoh keesokan malamnya tergantung tanpa tali. Beberapa sahabat yang turun malam tersebut bertanya tanpa ada jawapan yang mampu saya berikan. Difahamkan jawatankuasa penganjur pun tak tahu jawab, apatah lagi saya.



Isu Falastin adalah isu sejagat yang serius. Keseriusan menanganinya adalah amat diperlukan. Kalau negara seperti Veneuzela menunjukkan keseriusannya, mengapa tidak ummat Islam?. Kita bukan hanya membicarakan tentang kemanusiaan, kemerdekaan malah lebh dari itu iaitu persaudaraan seagama dan maruah bumi Aqsa.

Kementerian Pelajaran yang diwarwarkan oleh menterinya akan mengadakan kempen besar- besaran hanya bising sekejap tanpa turun dalam bentuk arahan. Saya amat yakin keseriusan membela Falastin akan malap setelah berakhirnya kempen di Kuala Trengganu. saya amat yakin. Melainkan bagi mereka yang sememangnya serius membela dan memperjuangkan Islam.

Apa sumbangan kita? Dalam banyak kesempatan , saya mencadangkan agar setiap rumah muslim membentuk tabung falastin di setiap rumah. Didik anak kita dengan semangat membela saudara seagama. Pecahkan kepompong kedaerahn dan nasioanalisma yang ditanam oleh penjajah sekian lama. Tiada lagi slogan hidup melayu! Yang ada hanya laungan Takbir membesarkan Allah SWT.

Bagi Jawatankuasa Jamaiey, diharapkan jangan hangat hangat tahi ayam. Perlancarannya begitu gah. Jangan nanti kerajaan negeri Perak pula yang menerima getah kegagalan kempen sejuta ini. Ini bukan kesempatan, ini adalah tanggungjawab!!

Khamis, 15 Januari 2009

PEMBOHONGAN DI SUNGAI SIPUT

Saya amat kesal dengan putar belit dan lakonan yang sangat terancang oleh pihak TV yang menyiarkan berita yang kononnya Perak dalam porak peranda sejak di perintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Berita dan olahan yang tidak bertanggungjawab itu saya bantah dengan sekeras-kerasnya dan saya anggap dirancang oleh pihak tertentu bersempena dengan PR Kuala Terengganu Sabtu ini.

Berbohongnya TV kali ini sangat lah besar bohongnya. Ibarat kan seorang kanak-kanak ditanya berapakah umurnya katanya 50 tahun, bila ditanya berapa umur bapanya, jawabnya 9 tahun sahaja.

Bernasib malang lagi rakyat Malaysia yang senantiasa dihidangkan dengan berita-berita rekaan yang berniat jahat dan songsang itu.

Difahamkan Penghulu Mukin Sungai Siput akan menghantar laporan lengkap ke Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.

Berikut adalah jawapan saya kepada isu tersebut.


ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.

Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.

Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.

Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT

Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .

Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu.

Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah.

Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.

Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu.

Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.

PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya.

Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut.

Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah.

Baiklah jadi wakil rakyat yang disayangi oleh semua sebelum Dato' bersara dari politik, makin tua makin menjadi dengan kerja amal bukan kerja bohong.

YB. Drs. Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong /
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan,
Kerajaan Negeri Perak.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:05:00

Selasa, 13 Januari 2009

BERSAMA MENYUMBANG UNTUK PALASTIN


Derita rkyat Falastin tidk dapat digambarkan lagi. Derita adalah jalan hidup mereka. Tangisan adalah lagu harian mereka. Darah adalah mandian wangian syuhadak di bumi mereka. Setiap detik hidup mereka adalah bayangan maut. Kehancuran menjelma saban waktu. Tiada bngunan mencakar langit atau bangunan berkembar. Jauh sekali hidangan makan pagi.

Rasulullah mengingatkan kita tentang erti persaudaraan dengan mereka. Tiada batasan sempadan kerana sempadan negara tak mampu menyekat hubungan agama, Warna kulit hanya faktor geografi yang tidak menilai kemuliaan atau kehinaan. Bahasa pertuturan mereka jauh lebih mulia kerana ia adalah pertuturan ahli syurga.

Sambutan hijrah yang kita sambut baru baru ini tiada ertinya jika tidak di bicara soal ukhuwwah yang di bentuk Rasulullah. Derita dan sengsara Muhajirin sehelai sepinggangang di bela oleh ansar hingga tiada beza status ekonomi antara mereka. Derita dan kesedihan Muhajirin berpisah dari sanak saudara di rasa sama oleh saudara ansarnya. itulah semangat hijrah

Bagaimana kita??? adakah denyut nadi mereka mengalirkan darah dalam diri kita??? Apakah Tangisan air mata mereka membasahi tubuh kita? Marilah kita berkongsi rasa dan derita.... dengan doa kita...dengan harta kita...bukan menganti derita mereka ...hanya untuk sekelumit dari apa yang mereka rasa kerana tida hubungan antara kita dan mereka yang lebih bermakna selain hubungan AKIDAH DAN AGAMA...
Masukkan sumbangan anda atas nama :
DANA PALESTIN PERAK
Melalui:
BANK ISLAM
No. Akaun :
08013010068281

MATAWANG DINAR

Antara komen menarik tentang boikot yang saya dengar pagi tadi ialah cadangan dari Datuk Saleh Majid. Beliau mencadangkan agar negara umat Islam memboikot US Dolar jika benar kita menentang Israel di Ghazzah.

Cadangan Datuk Saleh Majid lebih praktikal jika benar kerajaan Malaysia ingin memboikot Israel. Umum mengetahui AS adalah pelindung dan pembela Israel yang paling utama. Ekonomi AS kini banyak bergantung kepada pergantungan dunia Islam dengan nilai dolarnya. Datuk Saleh mencadangkan agar kita menggunakan matawang EURO.

Sistem penggunaan matawang kini adalah satu kaedah penguasaan yahudi terhadap ekonomi dunia. Islam mempunyai cara menarik dan selamat iaitu penggunaan dinar dan perak. Ketika mula menjadi PM Turki, usaha pertama Necmatin Erbakan ialah mempromosi matawang dinar kepada negara ummat Islam. Sayangnya usaha murni beliau gagal bersama pemecatan beliau sebagai PM Turki oleh kerajan sekular tentera.

Usahatersebut turut disuarakan kemudiannya oleh Tun Dr Mahathir namun Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz berjaya melaksanakannya walaupun mendapat tentangan kerajaan pusat pada mulanya. atas alasan kegunaan koleksi, ia tetap diteruskan.

Ahad, 11 Januari 2009

MAKLUMAN

Sebentar tadi saya bersama sdr Zairul berkesempatan menziarahi sdr Syaila dan Bob yang masih di wad ICU 3B. Turut bersama ialah Ustaz Lokman.
Keduanya difahamkan telah beransur baik. Sdr Syaila sepatutnya talah boleh bergerak, namun difahamkan oleh isterinya, doktor sengaja memberi rehat. Beliau boleh memberikan reaksi terhadap percakapan orang yang datang berziarah. Semoga semua yang mengenali kedua pemuda ini terus mendoakan mereka kembali sihat untuk terus di arena perjuangan!

WASIAT SYEIKH AHMAD YASSIN UNTUK UMMAT

WASIAT ASSYAHID SYEIKH AHMAD YASIN
WASIAT ASSYAHID SYEIKH AHMAD YASIN UNTUK UMMAT ISLAM SELURUH DUNIA.-

-Renungkanlah wahai saudara. Moga ruh jihad menyala dalam tubuh kita-


Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab ( symbol ummat Islam) sudah sampai ke tahap mana keadaan ini??

Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang lumpuh (lumpuh setelah disiksa di penjara Israel) . Aku bukan seorang penceramah lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku (yang lemah ini). Aku tidak mampu ke mana mana bagi memenuhi keperluanku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa macam macam penderitaan.


Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian sebegitu wahai bangsa arab, kalian diammembisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku kepada kami sehingga tiada satupun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah…..Tiada satu kumpulan pun dari kalangan kalian bangun menentang musuh musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari kalangan mulia kepada golongan yang diinaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah kamu yang mahu bangkit menentang musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah Negara ummat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami. Adakah pertubuhan umat ini, tenteranya, partinya, tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya dan keluar beramai ramai sambil melaungkan;

Ya Allah, perkuatkanlah saudara kami yang sedang dipatahkan tulang mereka, kasihanilah saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hambamu yang beriman.!!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang perang besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh kami dan bukan mati dengan melarikan diri.Akan mati bersama kami anak anak kami, wanita , orang tua dan pemuda kami. Kami jadikan kalangan merekakayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Jangan kalian menanti kami menyerah diri atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah.Biar kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhadak.Jika kalian mahu, marilah bersama kami. Tugas membela kami di bahu kalian. Kalian sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa yang lalai dari kewajipan amanahnya.

Kami juga berharap supaya kalian jangan menjadi usuh yang menambah derita kami.DEMI ALLAH jangan menjadi musuh kami wahai pemimpin ummat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah kami mengadu kepadaMu….kami mengadu padaMu….kami mengadu padaMu…. Lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan orang orang yang lemah..Engkaulah tuhan kami…kepada siapa engkau tinggalkan kami..Orang jauh yang menyerbu kami atau musuh yang menguasai kami. Ya Allah kami mengadu padaMu darah darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak kanak yang diyatimkan, wanita yang dijandakan, ibu yang kehilangan anak,rumah yang diruntuhkan… tanaman yang dirosakkan… Ya Allah, kami mengadu padaMu berseleraknya kesatuan kami, Berpecahnya kesatuan kami, berbagainya haluan kami akhir akhir ini. Kami mengadu padamu lemahnya kaum kami, tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh kami……..

Sabtu, 10 Januari 2009

DEMI FALASTIN


Semalam telah dilancarkan KEMPEN SEJUTA UNTUK FALASTIN. Kempen yang diterajui oleh Jamaie - sebuah jaringan NGO Islam di Perak telah disempurnakan oleh YAB MB Perak DS Ir Hj Nizar Jamaludin. Majlis berlangsung di Stadium Indera Mulia Perak.

Majlis diselangselikan dengan ucapan wakil NGO dan tayangan multimedia yang menyentuh hati para hadirin. Ucapan Cikgu Azmi mewakili TERAS menekankan usaha boikot barangan keluaran Yahudi dan Amerika.

Turut serta di majlis pelancaran tersebut ialah Exco Perak YB Nga Kor Meng mewakili DAP, En Ayathurai mewakili PKR, Ustaz Ahmad Awang mewakili PAS dan beberapa NGO termasuk bukan islam. Dalam ucapan beliau Nga Kor Meng, menyatakan komitmen DAP untuk bersama kempen kamanusiaan membela Ghaza. Lebih menarik , beliau turut memetik ayat al Quran berkaitan suruhan Allah supaya manusia berlaku adil dan Ehsan.

Dalam ucapan perlancaran kempen, DS Nizar menyatakan komitmen kerajaan Perak memerangi kezaliman . Kerajaan Perak katanya akan terus menentang sebarang bentuk kezaliman tanpa mengira fahaman , bangsa dan agama. Antara usaha kerajaan PR Perak menentang kezaliman ialah membantah ISA. Usaha tersbut diterjemahkan melalui usul yang telah diluluskan oleh sidang DUN Perak baru baru ini. Akta lain seperti OSA, AUKU dan semua bentuk kezaliman mesti ditentang. katanya disambut laungan takbir oleh ribuan yang hadir.

DS Nizar juga mengumumkan sumbangan pendahuluan kerajaan Perak sebanyak RM 50, 000. DAP , PAS dan PKR juga memulakan secara rasmi sebanyak RM5000. Turut menyumbang ialah badan GLC Perak dan NGO serta dermawan. Jumlah kutipan rasmi yang belum dicampur kutipan hadirin pada malam tersebut ialah RM127,000.Kempen bergerak akan diteruskan melalui beberapa program yang telah diatur untuk menjelajah Perak.

Jumaat, 9 Januari 2009

SERANG BALAS BERMULA


EIRUT 8 Jan. - Tiga roket Katyusha dilancarkan ke utara Israel dari selatan Lebanon hari ini, disusuli dengan tentera rejim Zionis membalas serangan itu dengan tembakan mortar ke seberang sempadan Lebanon.

Pertempuran singkat itu adalah yang pertama di kawasan sempadan Israel-Lebanon sejak Israel mula melancarkan serangan besar-besaran ke atas kedudukan Hamas di Genting Gaza pada 27 Disember lalu, dalam keganasan yang telah membunuh lebih 700 rakyat Palestin.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menghentikan semua operasi bantuan di Genting Gaza berikutan serangan tentera Yahudi yang semakin mengganas

Serangan Israel hari ini turut mengorbankan dua orang pekerja bantuan UNRWA dalam satu konvoi bantuan, hari ini.

Sekolah yang diuruskan UNRWA turut musnah dibedil Israel mengorbankan 48 orang kelmarin.

Dalam pada itu, media Israel lewat hari ini melaporkan pejuang Palestin di Lebanon melancarkan satu lagi serangan roket ke utara Israel.

Belum dapat dikenal pasti pihak yang melancarkan roket dari Lebanon itu dan sama ada insiden tersebut menandakan permulaan konflik lebih luas.

Namun, pertempuran itu sudah pasti meningkatkan ketegangan antara pergerakan Hizbullah di Lebanon dengan Israel, selepas kedua-dua pihak sejak beberapa hari lalu hanya menyuarakan ancaman terhadap satu sama lain tanpa melancarkan serangan.

Kerajaan Lebanon sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang melancarkan roket tersebut.

Pegawai Beirut berkata, roket Katyusha itu dilancarkan ke Israel dari kawasan di sebelah utara Kampung Naqoura di tepi pantai Lebanon.

Tentera Israel membalas serangan itu dengan melepaskan enam tembakan mortar ke selatan Lebanon tetapi belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa.

Stesen televisyen melaporkan, peluru mortar itu mengenai sebuah lembah dekat sebuah kampung kira-kira tiga kilometer ke utama sempadan Israel.

Polis Israel berkata, sekurang-kurangnya tiga roket mengenai kawasan di sekitar pekan Nahariya, utara Israel pada pagi ini.

Pasukan penyelamat melaporkan sekurang-kurangnya seorang cedera ringan.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan roket tersebut.

Hizbullah yang merupakan sekutu rapat Hamas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan stesen televisyennya hanya menyiarkan laporan mengenai insiden pertempuran itu.

Beberapa kumpulan pejuang Palestin juga berpangkalan di Lebanon.

Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin-Pemerintah Am memberi amaran akan membuka barisan hadapan baru bagi memerangi Israel jika Israel terus mengganas di Gaza.

Kawasan sempadan di selatan Lebanon dikawal oleh askar Lebanon dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak berakhirnya perang 34 hari antara Hizbullah dengan Israel pada 2006.

Konflik tersebut menyebabkan lebih 1,000 rakyat Lebanon dan 160 rakyat Israel terbunuh.


- AP

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Khamis, 8 Januari 2009

KEMALANGAN .


Petang tadi saya bersama sdr Arif Saarani Timb Pengarah Unit Amal Perak berkesempatan melawat sdr Abu Bakar Bin Mat Hasan di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun Ipoh. Beliau ialah Ketua Kampung Simpang Pulai merangkap anggota unit Amal yang begitu komited. Beliau berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, beliau mengalami kemalangan jalanraya di jalan Lojing Gua Musang ketika menaiki motorsikal untuk ke Kuala Trengganu. Di fahamkan beliau masih menunggang motorsikal dalam keadaan bahu dan rusuknya yang patah. Beliau hanya di bawa dengan ambulan dari stesyen minyak di Gua Musang. Begitulah kuatnya semangat beliau.

Di fahamkan setelah dibawa pulang dari hospital Gua Musang ke rumah beliau dalam keadaan yang baik. Namun sakitnya bertambah dan dihantar ke hospital Ipoh. Kini beliau masih tidak sedarkan diri. Bersamalah kita mendoakan kesihatan beliau! Semoga Allah meanugerahgkan kesihatan kepadanya untuk terus berjuang!

maafkan saya

Beberapa hari lalu , saya terlepas dari bersama berkongsi dalam beberapa isu. Semuanya gara gara laptop yang masuk wad. Lepas keluar wad, saya menghadapi masalah dengan broadband saya pula...alahai nasib...

SIAPA PERAMPAS ?


Pertengahan Disember lalu saya ke Grik kerana menghadiri satu jemputan. Kebetulan saya singgah di Satu Masjid dalam kawasan Grik. Selesai solat, saya terlihat satu dewan orang ramai yang seakan berlaku ubah suai. Penambahan "P" jelas satu rampassan kuasa dan menyalahi peraturan. Inilah bukti kerja jahat UMNO. Pengarah pembangunan Negeri antara yang patut di salahkan keranamenghasut!! fikirkan siapa rampas hak siapa.??Untuk makluman JKKP adalah pertubuhan haram di perak!

Ahad, 4 Januari 2009

RENUNGKAN DENGAN HATI YANG TERBUKA

Tanah: Ingatlah Kepada Sejarah

MURAI tidak nak sokong dan bukan benci sesiapa tetapi Murai hanya ingin tanya dan ingin tahu. Biar jelas dan semua orang bercakap atas dasar kebenaran dan fakta, bukan emosi dan dengki khianat. Isunya ialah mengenai penganugerahan tanah oleh kerajaan Perak kepada rakyat negeri itu.

Murai percaya kenapa ia menjadi isu ialah kerana tanah itu dianugerahkan kepada orang Cina. Kalau tanah itu diberikan kepada orang Melayu Murai rasa dia tidak menjadi isu kepada orang Melayu. Sebaliknya ia mungkin menjadi isu atau dipertikaikan oleh orang Cina. Itulah isu tanah isu sensitif oleh semua orang.

Apa yang Murai nak tanya ialah apakah orang Cina tidak berhak untuk menerima penganugerahan tanah seperti dilakukan oleh MB Perak itu? Tidak kira sama ianya ditekan, ditenyeh dan diapa-apakan lagi, apakah orang Cina tidak boleh menerima anugerah itu? Bolehkah kita menafikan mereka daripada menerima hak-hak yang dijamin oleh perlembagaan terhadap mereka dan budibicara sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya? Kalau kita meminta undi daripadanya kenapa pula kita tidak bersedia memberi apa yang dia minta!

Kata sesetengah orang pemberian itu bertentangan dengan Majlis Tanah Negara (MTN). Hanya MTN saja yang berhak untuk memberi tanah kepada sesiapa saja. Kenyataan itu seolah kerajaan negeri tidak berkuasa langsung ke atas tanah di negeri mereka. Betul ke?

Mungkin ada yang tahu dan dengar sebelum ini kerajaan Persekutuan berdolak dalih untuk membina apa-apa projek di negeri-negeri milik pembangkang. Alasannya kerana kerajaan negeri sukar atau tidak bersedia berikan tanah? Apakah kenyataan itu menunjukkan kerajaan negeri berkuasa penuh ke atas tanah di negeri mereka?

Kalau betul MTN berkuasa ke atas semua tanah kenapa untuk melaksanakan projek untuk kepentingan rakyat pun agensi kerajaan kena pohon dan minta persetujuan kerajaan negeri? Bukankah ini bermakna kerajaan negeri berkuasa ke atas tanah milik mereka?

Kenapa dalam sesuatu hal yang kita tidak setuju kita kata lain dan dalam hal kita setuju kita kata lain. Bukankah ini dinamakan hipokrit? Atau dalam basaha mudah difahami berdolak dalih!

Jadi samada kerajaan Perak atau mana-mana kerajaan negeri lain nak beri tanah kepada sesiapa terpulanglah kepada mereka. Kalau tindakan kerajaan Perak itu kerana desakan pemimpin Cina ia sudah semestinya kerana itulah gunanya seorang pemimpin. Kalau ada pemimpin tetapi tidak boleh memberi manfaat kepada penyokongnya mereka tidak digelarkan pemimpin. Samada tindakan pemimpin itu (Cina) bertentangan dengan naluri kita itu soal lain, yang perlu difahaminya hakikat itu.

Mengenai kemarahan pihak tertentu dalam kerajaan BN kepada kerajaan Perak beri tanah kepada penduduk kampung baru dan Rancangan Kampung Tersusun (RKT) itu ia menimbulkan kehairanan yang memeningkan kepala. Kenapa kerajaan BN marah dengan perbuatan kerajaan Perak itu. Apakah kerajaan BN sebelum ini tidak memberikan tanah kepada bukan Melayu? Melakukan sesutauan yang bertentangan dengan semangat MTN?

Murai tidak tahu secara pasti berapa hektar dan berapa luas dan berapa nilainya tanah Melayu yang tergadai kepada bukan Melayu. (Yang diberikan kerajaan BN kepada bukan Melayu termasuk Cina, India dan Inggeris). Bukan saja tanah Melayu tanah-tanah milik Sultan dan Raja-Raja juga turut sama bertukar tangan.

Sejarah paling besar dan diingati tetapi tidak dimasukan dalam buku teks sekolah ialah bagaimana kerajaan BN yang dulu bernama Perikatan telah menganugerahkan tanah bernama Temasik kepada orang-orang Cina. Sepatutnya kalau kerajaan BN benar-benar mahu memperjuangkan tanah air mereka, mereka senantiasa ungkitkan perkara ini pada sepanjang masa. Sebelum mereka marahkan MB Perak mereka kena marah kepada PM yang menganugerahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew itu.

Selepas penganugerahkan itu, perhatikan pula apa berlaku di Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Penang. Boleh dikatakan hampir separuh bumi di situ dulunya dimiliki oleh orang-orang Melayu dan juga raja Melayu. Tetapi hari ini siapa yang milik tanah berkenaan?

Jadi apalah sangat dengan pemberian tanah ujung kampung dan ujung hutan di Perak kepada orang Cina itu kalau hendak dibandingkan dengan pemberian Singapura dan tanah-tanah lain di kawasan bandar atau kebenaran Singapura membina takungan air di Johor itu?

Bila Murai bangkitkan ini bukan bermakna Murai menganjurkan agar beri tanah sesuka hati kepada sesiapa saja. Apa yang hendak dikatakan kalau benar kita sayangkan tanah, kita kena usahakan. Kita kena jaga. Dan ingin Murai tekankan untuk jaga tanah itu kita perlu kepada semangat uhkwah, perpaduan dan tidak mencaing-caingkan kuasa politik kita sehingga orang mudah masuk mencelah dan menguasai kita dari dalam.

Jadi selagi kita dipisah-pisahkan, bersikap menegakkan benang basah, bersedia menerima rasuah berbetuk angan-angan dan terlena dengan retorik, keselamatan untuk bangsa Melayu di Malaysia tidak akan terjamin. Kita tidak boleh mendabik dada tempat tanah yang kita berdiri ini akan kekal selamanya kepada kita. Bumi tempat tumpah darah bukan slogan menjamin ia kekal kepada kita. Tidak oh tidak!

SAYUTI OMAR-TINTA MERAH

TANAH MILIK KEKAL - KENAPA BN BANTAH?

Isu pemberian tanah milik kekal oleh kerajaan Perak terus dijadikan isu. Alasan terakhir mereka ialah becanggah dengan akta kanun negara. Persoalannya apa yang ditakutkan oleh BN.

Apakah sebenarnya BN memperjuangkan hak melayu dan mendiskriminasi Cina? Jika benar mereka berjuang untuk melayu...tanah itu tetap telah diduduki oleh orang cina... dan orang melayu di kg Tersusun juga mendapat kelayakan yang sama.Kepada orang UMNO di kampung yang hanya mEnjadi belatuk yang mengangguk, wajar merEka menjawab beberapa persoalan;

01. Apakah tanah di kg baru akan menjadi milik kamu satu hari nanti?
02. Salahkah jika Penduduk kg Tersusun yang majoritinya melayu juga mendapat hak itu..kamu tak mahu??? bodohle...
03. Apakah kamu berniat menghalau Cina dan India dari Malaysia satu hari nanti... sebab itu kamu tak bagi hak milik kekal.
04 BN juga menentang pemberian hak milik kekal termasuk kg tersusun. Apa pulak yang BN nak buat?? NAK HALAU MELAYU JUGE SATU HARI NANTI???

Sebenarnya BN dalam kebimbangan dengan sokongan kekal dari masyarakat Cina kepada PR.Isu tanah telah diketahui umum sebagai jerat dan umpan BN setiap kali pilihanraya. Dengan cara tol mereka akan dapat meneruskan ugutan itu selamanya.Tapi apakah mereka fikir rakyat terus dalam kebodohan selamanya...dan tindakan bijak kerajaan PR Perak menghapuskan jerat BN itu adalah jasa terbesar kerajaan PR MEMBEBASKAN RAKYAT PERAK!!!

TAHNIAH MB DAN EXCO PERAK!!!

ZUBIR EMBONG SALAH GUNA KUASA

Pilihanraya Kuala Trengganu adalah fokus masyarakat malaysia kini. Calon yang diumumkan ialah Wan Farid dan Wahid Endut selain beberapa calon bebas. Di celah kesibukan berkempen, nama bakal calon tak jadi BN, Zubir Embong tetap menarik... bukan kemunculan dan daya kepimpinannya tetapi jawatan yang di sandang kini dan kenyataannya. memetik kenyataan disiarkan malaysiakini;

Salah seorang pemimpin Umno yang pernah disebut-sebut bertanding di kerusi parlimen itu Mohd Zuber Embong pula berkata, Wan Ahmad Farid boleh mengalahkan Abdul Wahid.

"Orang akan nilai apa yang Abdul Wahid buat selama 23 tahun menjadi Adun Wakaf Mempelam kerana tidak ada apa-apa yang beliau lakukan.

“Jika Abdul Wahid menang, rakyat Kuala Terengganu akan sengsara. Kecemerlangan pendidikan yang dimulakan oleh (penyandang kerusi itu) Datuk Razali Ismail akan lenyap,” katanya.

Mohd Zuber - kini ketua sektor akademik di Jabatan Pelajaran Terengganu - berkata, kira-kira 5,000 golongan pendidik akan bersama Wan Ahmad Farid.


Bagaimana seorang penjawat awam pendidikan boleh berkempen secara terbuka. Lebih memalukan apabila beliau menyatakan warga pendidik akan bersama BN. kenyataan ini barangkali boleh dikaitkan dengan salahguna kuasa. Saya kurang arif. Apa yang saya tahu, penjawat awam kumpulan A dilarang berpolitik kepartian. Zubir bukan sahaja berpolitik secara terbuka , malah menyeret jawatan dan penjawat awam dari kalangan pendidik terlibat sama.

Namun apalah yang pelik...semua yang haram menjadi halal apabila di orang UMNO... betul gak...

ZAHID HAMIDI TAK BERPERIBADI

Beberapa hari saya terpisah dari maklumat. Terpisah kerana menunaikan hobi yang tertangguh beberapa lama. Masuk hutan. Kebetulan sebelum ke hutan saya menghantar laptop untuk di"kemaskini". Oleh kerana dah ketagih...terpaksalah saya ke CC. Berita yang diterima dari sms bertanyakan tentang isu tadika kemas menyebabkan saya terpaksa mngadap komputer.

Memang isu tadika KEMAS adalah isu standart BN menjelang sessi persekolahan di negeri yang mereka kehilangan kerajaan. Puncanya mudah," mereka masih merasa semacam kerajaan lagi". Di Trengganu suatu ketika dulu lebih teruk lagi. Ditayangkan dalam berita bagaimana murid murid tadika mngangkut kerusi meja...bayangkanlah kejamnya kerajaan PAS ketika itu! namun isu tersebut selesai.

Isu Tadika KEMAS berpunca dari masalah bangunan KEMAS yang kadang kadang menggunakan dewan orang ramai. Dewan orang ramai pulak menjadi "pusat kegiatan UMNO. Namun bagi kerajaan Perak, tetap bersikap terbuka dan membenarkan penggunaan dewan tersebut. Tiada arahan melainkan meminta dewan orang ramai diserahkan kepada jawatankuasa baru untuk kegunaan orang ramai. Harta kerajan bukan "Hak Mak Bapak UMNO". Apa yang berlaku ialah pengarah Pembangunan Negeri mengarahkan dewan tersebut dipertahankan oleh JKKP.

Penjelasan berkenaan isu tadika KEMAS telah diperjelaskan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan YB Idham Lim dalam blog Cina Islam.

Apa yang berlaku kini adalah rentetan pemilihan UMNO yang akan berlaku pada Mac. Semua pemimpin yang bertanding sedang menonjolkan diri sebagai pemimpin. Zahid Hamidi adalah antara calon Naib Presiden dan Calon Timbalan presiden yang tarik balik diri (tak laku le tu). Beliau sedang bekerja keras memastika mendapat pencalonan terbanyak bagi mentyediakan dirinya untuk bakal timbalan Presiden. Beliau telah menawarkan diri dan pernah menyatakan tidak akan menarik diri, namun akhirnya terpaksa menumpukan jawatan naib presiden. Niat telah dinyatakan.. tunggu di masa depan.

Siapa tak kenal Zahid, bekas Ketua Pemuda yang menimbulkan isu Kroni dan pencetus gelombang reformasi yang di sempurnakan DS Anuar ibrahim. Zahid akhirnya d "Turn over"kan selepas ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dalam siri jelajah Reformasi. Ketua Pemuda yang nampak gah ini akhirnya menjilat ludahnya kembali apabila di ancam dengan tahanan. apatah lagi beliau pada ketika itu pengerusi BSN dan berpuluh syarikat lain.

bagi saya, orang sebegini ialah orang yang paling khianat terhadap rakan sendiri. Beliau yang menyalakan api namun membiarkan rakan seperjuangan terbakar sendiri. ketika Perak mula membentuk kerajaan , beliaulah yangmenjadi orang perantaraan berhubung dengan pemimpin PAS khususnya di Perak bagi mengagalkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Kesimpulannya, Zahid hamidi memang orang yang tak boleh dipercayai,termasuk dalam isu tadilka KEMAS ini, Terpulang anda menilai peribadi Zahid Hamidi dan nilai berita dari insan yang tiada peribadi ini...