Khamis, 8 Januari 2009

KEMALANGAN .


Petang tadi saya bersama sdr Arif Saarani Timb Pengarah Unit Amal Perak berkesempatan melawat sdr Abu Bakar Bin Mat Hasan di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun Ipoh. Beliau ialah Ketua Kampung Simpang Pulai merangkap anggota unit Amal yang begitu komited. Beliau berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

Menurut sumber, beliau mengalami kemalangan jalanraya di jalan Lojing Gua Musang ketika menaiki motorsikal untuk ke Kuala Trengganu. Di fahamkan beliau masih menunggang motorsikal dalam keadaan bahu dan rusuknya yang patah. Beliau hanya di bawa dengan ambulan dari stesyen minyak di Gua Musang. Begitulah kuatnya semangat beliau.

Di fahamkan setelah dibawa pulang dari hospital Gua Musang ke rumah beliau dalam keadaan yang baik. Namun sakitnya bertambah dan dihantar ke hospital Ipoh. Kini beliau masih tidak sedarkan diri. Bersamalah kita mendoakan kesihatan beliau! Semoga Allah meanugerahgkan kesihatan kepadanya untuk terus berjuang!

1 ulasan:

Daddy berkata...

Ya Allah, peliharalah hahmbamu ini, pejuang agamamu. Ana rasa kerdil dan malu bila mengenangkan dia mahu bermotor ke KT dalam umurnya yang sudah menguhujung. Ana yang berkereta baru pun masih berkira-kira untuk ke sana. Semoga Allah memberi rahmat dan kurniaNya pada insan ini.