Isnin, 29 Jun 2009

KENANG BUDI TERGADAI BODY

Nabi Ibrahim AS adalah bapa nabi nabi. Kisah Nabi Ibrahim amat getir. Sejarahnya terungkap di dalam Al Quran. Ibrahim adalah antara nabi ulul Azmi pilihan Allah SWT. Kisah pegorbanannya yang getir amat menyentuh hati.

Nabi Ibrahim dibesarkan oleh ayahnya Azar, Seorang tukang buat patung berhala. Ibrahim pernah diperintah menjual patung berhala tersebut. Sebagai anak, sewajarnya Ibrahim menurut. Namun Ibrahim melakukan sebaliknya. Beliau ke pasar membawa berhala, bukan menjual, tetapi mempersoalkan masyarakatnya tentang kebijaksanaan mereka menyembah makhluk yang langsung tak bermanafaat kepada mereka. Apatah lagi patung itu buatan ayahnya... SUNGGUH IBRAHIM TAK MENGENANG JASA AYAHNYA YANG MEMBESARKAN BAGINDA....

Nabi Musa juga adalah antara nabi yang melalui kegetiran panjang di zamnnya. Berhadapan dengan kaumnya yang degil dan kerajaan yang angkuh dan sombong. Kisah Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya ke sungai Nil... ditemui isteri Firaun... Nabi Musa dibesarkan di dalam istana Firaun. Firaun membiayai sepenuhnya perbelanjaan Musa...BUKAN PINJAMAN YANG DIKENAKAN FAEDAH... SEGALANYA PERCUMA.. Makan munum dan pakaian Musa adalah dari harta Firaun... sayangnya Musa menentang Firaun...bukan hanya idea tetapi kematian Firaun di Laut adalah kerana Musa...kalau tidak keterlaluan dikatakan.. Musa lah penyebab kematian Firaun.. SUNGGUH MUSA TAK MENGENANG BUDI DAN JASA FIRAUN!!!

Dua kisah nabi diatas adalah antara ribuan contoh yang dirakamkan AlQuran... Saya tak pasti apakah ulasan Zahid Hamidi berkenaan kedua kisah yang dipaparkan... Saya pasti dan amat pasti Zahid Hamidi memahami kisah tersebut.... Kedua kisah tersebut berkaitan penentangan orang yang dipelihara terhadap ibu bapa yang memelihara dan berjasa kepada mereka...itu belum dicampur kisah pemuda Ashabul Ukhdud lagi... Wajarkah penentangan mereka... Apakah mereka tidak terfikir jasa orang yang membesarkan dan menanggung perbelanjaan mereka...
BUKAN HANYA MEMBERI PINJAMAN DENGAN FAEDAH ATAU BANTUAN DARI WANG YANG DIKUTIP DARI RAKYAT..!

Entahlah apakah Zahid faham apa yang diucap ketika berucap di hadapan murid sekolah di Bagan atoh.. Mungkin zahid sedang mengajar mereka agar kenanglah jasa dan budi orang... Bila orang berbudi kita mesti berbahasa... Kalau orang memberi kita WAJIB membalasnya.! Kalau seseorang lelaki memberikan sesuatu kepada seorang gadis, Gadis itu mesti membalas pemberian lelaki tersebut... APAKAH ZAHID MAHU BUDI ITU DI BALAS WALAU DENGAN BODY???

Sah umNo ajaran sesat sepertimana di sebut TGNA kalau itu yang di ajar Zahid...atau mengajar budaya WAJIB membalas budi tanpa menilai wajar di balas atau tidak... Tanpa nilai dosa dan pahala..baik dan buruknya... Jangan mengongkong pelajar dan generasi baru dengan teori songsang dan sesa kamu wahai Zahid... Sia sialah ajaran Tuan Guru di Izzuddin Shah dulu kalau itu yang kamu faham dan wariskan dari mereka...Itulah ajaran sesat namanya.....

Ahad, 28 Jun 2009

PIMPINAN PAS PERAK

PERLANTIKAN AHLI BPP PERAK 2009-2011

Ahli-ahli BPP Perak

PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN

TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA
1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK
3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI

SETIAUSAHA : SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI

PENOLONG SETIAUSAHA : SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT

BENDAHARI : TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP

PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI : TN. HAJI ASMUNI AWI

KETUA PENERANGAN : YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH

AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK :
1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI
2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH
3. TUAN HAJI OSMAN MASERI
4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI
5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN.


Tahniah kepada yang terpilih. Tugas dan cabaran kali ini amat berat kerana mengharapkan sentuhan luar biasa bagi mengembalikan Perak ke tangan PR dan memastikan PAS mampu mendominasi kerusi DUN dalam PRU 13. Kita pastinya tidak mahu PAS menumpang dalam PR seperti PRU lalu. Risikonya terlalu besar apabila kita bergantung dengan ADUN yang hanya menumpang dalam kerajaan. Kita meyakini ADUN PAS adalah ADUN yang terbukti tahan diuji.

Semoga pimpinan Ustaz Abu Bakar Husin mampu memacu PAS bersama barisan kepimpinan yang pelbagai watak dan latar belakang. Semoga Ustaz Bakar mampu menyatukan fikrah dan amal seluruh pendokong PAS Perak...selamat berjuang

Sabtu, 27 Jun 2009

Fauzi Calon Pas Manik Urai


Menepati apa yang diramalkan Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah, 50 tahun dipilih sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil Manik Urai 14 Julai. Nama Fauzi diumumkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Manik Urai malam ini.

Kita menantikan siapa pula calon umNO BN. Umum mengetahui bagaimana pengaruh Allahyarham Pak Su wei di Manek Urai. Pengaruh beliau bukan kerana kepetahan berpidato atau berharta yang mampu dikongsi penduduk sekitar tetapi sikap mesra penduduk dan cakna yang tak boleh ditandingi sesiapa.

Saya amat pasti umNO tidak akan menemui calon mesra penduduk dikalangan pemimpin umNO. Selama ini umNo menguasai rakyat melalui kuasa dan wang. Apapun kita nantikan pengumuman umNo yang pastinya gelisah mencari calon seumpama Fauzi.... Apakah Manek Urai akan menjadi makam umNO seterusnya yang sedang menuju kemusnahan dan kehancuran

Jumaat, 26 Jun 2009

BILA MUFTI TERLALU MELAYU


KOTA BHARU - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi MuhaKOTA BHARU - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.
"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.
"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.
Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.
"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.
"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.
Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.
Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.mmad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.
"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.
Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.
Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.
"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.
"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.
Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.
Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.
"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.
Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.
"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.
Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain.


DARI BLOG MUSLIM UN

Khamis, 25 Jun 2009

HARUSANI LAGI....

Muka depan akhbar Utusan melaporkan kekesalan Harusani Zakaria di atas kegagalan Kerajaan Perpaduan. Siapa tak kenal harusani? Kekadang harusani dilihat lebih lincah dari Noh Gadut dalam isu yang membantu umNO. Siapa tak ingat respon segera harusani dari Mekah Al Mukarramah terhadap " mogok lapar" pendokong PR Perak. sayangnya Harusani terhadap Melayu umNO di Perak. Biar jauh beribu batu namun hati tetap padamu.

Harusani seakan tak peduli dengan penegasan dan fatwa beliau sendiri yang diengkari oleh kerajaan Haram Zamri. Jom heboh langsung tak disentuh harusani..Bagi Harusani dosa PAS yang dianggap memecahkan Melayu jauh lebih besar dari dosa umNo yang menyesatkan Melayu dan meruntuhkan akhlak anak anak melayu...itulah mufti negeri ku.

Harusani memahami kerajaan Perpaduan TGHH sama seperti impian umNO BN. bagi umNO BN, kerajaan Perpaduan ialah antara PAS dan umNO sedangkan jelas dalam wawancara awal TGHH dengan siasah mengenai konsep kerajaan Perpaduan ialah tiada pembangkang. saya tak pasti siapa yang salah memahamkan kepada harusani konsep ini. Yang pasti , sumber harusani ialah umNO sendiri.

DPPN Perak pernah mencabar agar Harusani turun di gelanggang sebenar jika ingin menyokong umNO. Alangkah baiknya jika Harusani menjadi Calon umNO. Saya sebenarnya terasa berat untuk menyentuh perihal harusani sekali lagi. Cuma semangat kemelayuan Harusani terlalu tinggi. Beliau tidak melihat jinaknya orang bukan Islam dengan Islam sejak bersama dalam PR. Yang sepatutnya dilihat baik oleh Harusani sebaliknya dilihat menghina agama. mungkin Harusani takut Cina menyokong dan menjadi Islam lantas Islam tidak lagi menjadi milik mutlak melayu agaknya. Siapa pun tak tahu apa terbenam dalam kepala Harusani. Yang pasti beliau seringkali bersama umNO.

Barangkali Tan Sri yang dihadiahkan kepadanya baru baru ini cukup menjadikan Harusani menyayangi kerajaan Haram Zamri. Segala anugerah kebesaran negara telah dimiliki. Mungkin satu haru TUN akan menjadi milik harusani. saya tak pasti samada kita sedar atau tidak... sanjungan yang diberi kepada Harusani ketika Ulangtahun YDP Agong baru baru ini setaraf dengan Zainah Anwar. Saya tak pasti samada Nilai Zainah sudah setaraf Harusani atau Harusani sama saja dengan Zainah Anwar bagi umNO. Masing terbayang bagaimana Zainah Anwar berdiri sebaris harusani menerima anugerah dari SPB YDP Agong.....Hanya umNO yang mengerti nilai Harusani bagi mereka......

Maafkan saya Datuk mufti....

Isnin, 22 Jun 2009

DEMI KESATUAN FIKRAH

Terkini Harakah Daily melaporkan tiada lagi isu kerajaan Perpaduan. hasil pertemuan pimpinan utama PR telah membuat keputusan yang tepat. Bukan kerana isu asal kerajaan perpaduan tersebut, tetapi apabila isu tersebut telah dimanipulasi , maka idea asal telah disalah tafsir.

Manisan yang diharapkan menjadi arak apabila salah simpan dan salah diuruskan. Alhamdulillah akhirnya manisan yang menjadi arak yang memabukkan itu dibuang. Harapan orang yang ingin ramai yang mabuk kerana meminum arak itu juga hancur.

Apa yang penting, kini ialah merapatkan saf dan ukhuwwah yang tergendala kerana salah sangka dan kekeliruan yang melanda. Masa untuk bermuhasabah. Ternyata isu yang melanda , mendedahkan kepada kita betapa rapuhnya tarbiah dalam jamaah. Mudahnya satu isu mencabut rasa kasih dan ukhuwwah. Hilang segala jasa yang sekian lama di bina. Tiada lagi baik, melainkan semua busuk belaka.

Harus diingat! PAS hanya memerlukan satu bentuk tarbiah sahaja. Tiada lagi kerencaman dan kepelbagaian cara tarbiah di bawa dalam jamaah. Wehdatul fikr dan wehdatul amal mesti diteraskan semula dalam setiap pembinaan pendokong kita. Lajnah tarbiah dan dewan ulama seharusnya melihat kepincangan ini dengan bersungguh. Jangan biarkan ahli jamaah PAS membawa watak dan idea jamaah mereka sebelum ini. Jangan rosakkan kesatuan fikrah pendokong PAS.

Selagi pelbagai bentuk aliran dibiarkan dalam PAS dengan alasan kebebasan, maka selagi itulah perpecahan akan menjadi barah. Kepada bekas ahli ABIM, JIM dan mana mana jamaah Islam, harus ingat anda memilih untuk berjuang dengan PAS. PAS miliki tarbiah tersendiri. Walau sejauh mana anda mengkagumi tarbiah bekas jamaah anda... anda mesti patuh kepada tarbiah PAS jika anda ingin menjadi ahli PAS.. jika tidak...cukuplah anda berkerja sama dengan PAS tanpa perlu menjadi ahli apatah lagi menjadi pemimpin PAS! Tiada usrah lain bagi ahli PAS selain usrah dan tarbiah PAS!

Kita lihat selepas ini, andai ada lagi yang meniupkan isu kerajaan perpaduan, maka itulah sebenarnya perosak jamaah! cukuplah bagi pemimpin yang menjaja isu kerajaan perpaduan dalam ceramah umum. bermula hari ini, kita tunggu dan lihat, siapa yang tak senang duduk apabila isu kerajaan perpaduan ditutup. yang saya pasti mereka adalah umNO! atau mungkin munafiqin seperti di zaman saidina Ali dan Muawiyyah yang telah saya posting sebelum ini.

PERANG SIFFIN, PERANG JAMAL...APA SIKAP ANDA???

Mengimbau sejarah keagungan Islam amat indah. segalanya manis. Ukhuwwah terbina, kasih sayang sentiasa membaja. Kewafatan rasul bukan titik perpisahan. Abu Bakar menyambung perjuangan. Umar menambah kemenangan.

Islam semakin berkembang di zaman Utsman. Sahabat bertebaran. Bukan Islam sudah bernaung di bawah panji keadilan Islam. Ramai negara ingin bersahabat dan bekerjasama. Paling ketara , Munafiqin ingin menumpang tuah yang sedang berbuah. Kalau dulu mereka jauh untuk bersama, namun peluang kemenangan menjadikan Islam umpama anak gadis yang menjadi rebutan. Hanya dengan melagakan pimpinan atasan mereka mampu berada di puncak kekuasaan. Kestiaan tak berbelah bahagi ditunjukkan. Kepandaian dan kesetiaan ditunjukkan hingga mereka berada di samping sagabat terbilang.

Kematian Saidina Utsman yang dibunuh adalah pencetus kekalutan. Saidina Ali yang dilantik mengantikan utsman sangat sayang kepada Utsman. Ketika kekalutan, Ali menghantar hasan dan husin anaknya mengawal saidina Usman. Malangnya pembunuhan berlaku jua. Ali dituntut membalas kematian Utsman. Muawiyyah adalah antara mereka yang sangat sayang kepada usman, ditambah ada talian persaudaraan. Muawiyyah mungkin anatar yang terkesan dan paling sedih dengan kematian utsman. Kesannya berpanjangan hingga tiada lain dihatinya ketika itu selain menuntut pembunuh usman diadili.

Saidina Ali melihat di sudut lain. Bukan melindungi pembunuh Usman. hanya ada keutamaan lain mententeramkan negara. Ketika inilah beberapa munafiq mengapikan permusuhan. Kasih sayang sesama sahabat cuba dihilangkan. Muawiyyah digesa menentang Saidina Ali. Pertembungan yang bermula dengan pertembungan idea dalam meletakkan keutamaan akhirnya menjadi permusuhan berdarah yang mengorbankan sebahagian sahabat Rasulullah. Siapa yang bersalah??? saidina Ali atau Muawiyyah? Keduanya berijtihad.

Saidina Ali adalah sahabat, sepupu, dan menantu Rasulullah. Muawiyyah adalah sahabat dan penulis wahyu baginda. Keduanya dikasihi rasulullah. Keduanya mengasihi Allah. Muawiyyah bukan seperti umNO sebagaimana yang digambarkan seorang perwakilan ketika membahas dan menjadikan kisah perang siffin sebagai sokongan hujjah! perumpamaan yang salah dan BODOH dari hakikat kebenaran! Bolehkah anda menerima Muawiyyah seperti Najib Tun Razak? kalau boleh ... anda juga sama BODOH nya dalam mengkiaskan sesuatu yang jauh dari kebenaran!

Lebih menyayat hati umat Islam ialah perang Jamal. Saidina Ali dan Saidatina Aisyah. Bukankah Aisyah isteri nabi, sahabat yang banyak meriwayatkan hadis, malah ibu tiri kepada isteri Ali yang juga anak Nabi. Aisyah antara yang paling tersiksa menanggung peristiwa hadis al ifk. Fitnah yang menimpanya amat memilukan. semuanya angkara MUNAFIQ! mujurlah rasul masih hidup dan wahyu masih turun. Jika tidak mungkin Aisyah akan dituduh perempuan murah oleh sekelompok manusia yang tak beriman. Malangnya dalam kisah fitnah Aisyah...sebahagian yang membawa berita adalah kalangan sahabat dan orang yang punya pertalian dengan Abu Bakar malah Abu Bakarr lah yang menanggung perbelanjaan mereka...Bayangkan andai ketika itu adanya Blogger yang hanya suka tulisan mereka dibaca. Berita mereka disensasikan tanpa menilai kesan dan akibat kepada yang dituduh dan jamaah yang di fitnah????

Perang Jamal jua mengorbankan sebahagian besar sahabat nabi. Bagi sahabat yang mengelak fitnah, mereka membawa diri keluar dari Madinah. Ianya bermula salah faham dan pertembungan idea. Akhirnya MUNAFIQIN menyalakan api peperangan. bayangkan bagaimana peperangan antara DUA INSAN DISAYANGI RASULULLAH? BAYANGKAN KEMATIAN SEBAHAGIAN SAHABAT YANG DICINTAI RASULULLAH!. semuanya berpunca dari munafiqin yang meniup api fitnah, disambut golonganh beriman yang terlupa ingatan surah hujurat barangkali. Generasi itu adalah sebaik generasi. sebahagian mereka adalah hasil didikan tangan suci baginda. Aisyah dan Ali paling kerap mendampingi baginda...pun berlaku jua perselisihan faham...bukan hanya pertembungan idea...malah korban nyawa!

Satu soalan yang WAJIB anda JAWAB!. antara Ali dan Muawiyah anda menyokong Siapa? antara Ali dan aisyah anda menyokong siapa?

Jika anda menyokong Ali adakah anda layak menempelak dan menghina Muawiyyah? atau menghina Aisyah? SIAPA ANDA BERBANDING MEREKA? APA JASA ANDA KEPADA ISLAM BERBANDING MEREKA???

Jika anda menyokong Aisyah atau Muawiyyah adakah anda layak menghina dan menempelak ALI. menggelarnya dengan berbagai gelaran yang anda fikir dari otak anda yang dikuasai amarah syaitan?. JIKA JAWAPAN ANDA...SAYA PUNYA SUKA LA.... Saya cadangkan anda menilai diri anda dan jasa anda kepada Islam berbanding Saidina Ali.

Ali, Muawiyyah dan Aisyah adalah pewaris rasulullah. Mereka jua mewariskan ulama untuk ummat yang jauh dari baginda rasul..... bagi saya.... ULAMA DI SISI KITA ADALAH SAMA DENGAN SAHABAT DI SISI TABIIN! sebenarnya... disebalik permusuhan mereka ada pihak ketiga.... Siapa pihak ketiga..??? anda perlu bijak menilainya... bermula menilai siapa untung siapa rugi...kemudian.... renungi secara rasioanal dan tenang... bermula dengan menghentikan tuduhan dan sangkaan.... carilah punca sebenar... bukan hanya pada isunya ...juga kepada golongan yang sentiasa menghidupkan perbezaan tersebut!

Mungkin peristiwa perang Mustaliq atau telaga muraisi' adalah contoh bagaimana Rasulullah mematikan fitnah angkara munafiq. anda telah membaca dan memahami kebijaksanaan rasulullah ini...? jika belum..ayaoh baca Fiqh sirah tulisan Said Ramadhan ... jika malas... saya akan bantu anda nanti... buat masa ini biar anda pandai dan rajin meneliti sirah dan bertenangang mencari punca persoalan dan bagaimana menanganinya... maafkan saya...

Sabtu, 20 Jun 2009

KAMI SOKONG! satu kenangan...

Saya masih ingat.... sekitar 17 tahun lalu... ketika masih menuntut di sekolah Izzuddin Shaah Ipoh 1993. Masa tu sedikit gelombang berlaku... hanya kerana keghairahan mempertahankan prinsip dan pegangan.

Perbezaan pendapat berlaku di kalangan kami pimpinan BADAR dengan pengetua ketika itu. ( sehingga kini pengetua itu menjadi murabbi yang saya kagumi). Di akhir keputusan kami mengambil tindakan membubarkan persatuan. Satu tindakan mengejutkan dari kami sebagai protes terhadap tindakan pengetua. Kami jelaskan apa yang kami rasakan... sebagai anak muda, jiwa memberontak dan mempertahankan prinsip dan kepercayaan terlalu tinggi . Sebahagian besar pelajar menyokong kami. Ada yang hanya menjadi pemerhati...

Esoknya kami mendapat maklumat, sekumpulan pelajar telah mendaki bukit rumah pengetua di malam gelita. Mereka datang mengadu kepada pengetua bahawa mereka bersama pengetua " Kami berdiri teguh di belakang pengetua. Kami menyokong pengetua sepenuhnya" antara ungkapan yang sampai kepada kami.

Mereka adalah sekumpulan budak berbaju hitam. kebanyakannya tingkatan empat yang dari dulu tidak senang dengan kami. juga BADAR yang kami pimpin.. Fitnah disebarkan kepada pengetua dalam perjumpaan tersebut.... antara yang menjadi mangsa dituduh mengatakan bahawa semua ustaz di Izzuddin adalah agen Yahudi. MasyaAllah... beratnya tuduhan mereka...

Apa yang menjadi persoalan... apa tujuan sokongan yang mereka berikan???? apa maksud sokongan mereka??? entahlah...sampai hari ini masih menjadi persoalan....

SEMUANYA KERANA SAYANG....

Saya lahir di kampong yang dikelilingi gunung. Lombong adalah kolam renang budak kampong saya. Mencari ikan di lombong, malah berkelah di dalam gua adalah rutin harian budak kampong saya. Semua mereka hebat berenang sejak kecil… Pokok mana yang mereka tak mampu panjat, Lombong mana yang mereka tak berani terjun… walaupun di ceritakan ada buaya katak...

Saya??? Hanya berani memanjat setelah saya tinggal di asrama. Hanya berani curi belajar berenang setelah usia saya mencecah 15 tahun…. Emak dan abah terlalu menjaga saya….bukan kerana benci..mereka terlalu sayangkepada saya….

Maklumlah..saya anak kedua. Setelah abang saya meninggal di usia kecil, saya di jaga sepenuh perhatian…. Semua tak boleh…. Berenang di lombong, takut lemas, memanjat pokok takut jatuh… hanya sesekali dibenarkan pergi berkelah di gua… itupun dengan “rekomen” dari abah..” anak lelaki…takkan semua tak boleh…” kata abah….

Pernah sesekali saya mencuri mandi, mak dapat tahu…apa lagi…penat saya di leter…. Sesekali terlintas di ingatan” adakah saya anak derhaka, sedangkan saya hanya ingin menjadi lebih hebat agar mampu berdikari, andai satu hari saya kembali bersendiri….” Terfikir juga mengapa mak terlalu mengo0ngkong…. Namun saya tahu semuanya kerana kasih sayang yang melampau terhadap saya…

Kini setelah 30 tahun lebih, saya membawa keluarga berkelah di laut. Abah menunjukkan skil berenangnya kerana dia anak kampong, … sesekali abah memperli saya… apalah tak pandai berenang… geram juga saya ..dengan tak sedar saya menjawab … “ mak dengan abah la yang tak bagi…”.. bukan mak tak bagi…Cuma takut lemas..” jawab mak perlahan yang meluluhkan hati saya…

Salahkah saya kerana dulu pernah mencuri mandi di lombong? tidak.. saya tak salah kerana saya anak lelaki yang mesti jadi seperti anak kampong yang lain…saya mesti bersaing dengan mereka…

Dan salahkah mak dan abah saya melarang ??? tidak…mereka terlalu sayang kepada saya….. mereka melarang tetapi mereka tak memukul atau membunuh saya kerana saya mencuri mandi di lombong….

Semuanya kerana ingin menjadi lebih baik... saya ingin menjadi lebih habat sebagai lelaki kampung... emak takut kehilangan anak seperti abang saya dulu...SEMUANYA KERANA SAYANG... jangan ada yang menganggap saya anak derhaka... jangan ada yang menganggap emak dan abah saya ingin menjadikan saya tunggul kayu yang mati...JANGAN...JANGAN...



KETUA PENERANGAN [AS PUSAT-

AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TUNGGU ARAHAN RASMI

Semua ahli Pas diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan Pas. Semua ini hendak menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis .

InsyaAllah Pas yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan dariapda qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli pas yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada Pas dan organisasinya. Kerana Pas adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. Pas ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno/BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa Pas hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa Pas hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17/6/2009 telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden . Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat dalam parti ia akan dibincang terlebih dahulu dalam parti. InsyaAllah segala keputusan yang diputuskan, akan kita sampai kepada semua pihak di peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas. Yakinlah firman Allah SWT”Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu”. Dan Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat”

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih maka boleh kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Segala keputusan politik yang Pas buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli Pas perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi harakah, harakah daily dan siasah. Supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Rabu, 17 Jun 2009

BERLAPANG DADA PADA PERBEZAAN - TUAN IBRAHIM

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia. Ia berlaku di kalangan para anbiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah, sama ada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat.

Ikhtilaf berlaku dalam belbagai keadaan sama ada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan seseorang. Namun ianya tidak pernah dianggap negatif dalam sejarah para ulama' sehingga terkeluar kata-kata mahsyur:

“Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat"

Kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’ (tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah mahsyur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalan adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bila mana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab jamaie, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang, diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh (berlapang dada) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesuatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah - “dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui."

Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukhuwah dalam jamaah.

Kita mempunyai pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, sama ada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah.

Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang wujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

  • Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah
  • Menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bila mana ia mengadap Allah di akhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak memperdulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah.

Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini.

dari angkasanuri

Isnin, 15 Jun 2009

KALAU DI ZAMAN KHALID AL WALID ADA BLOG...

Siapa tak kenal Khalid? Siapa tak tahu kisah kepahlawanan Khalid Al Walid? Sejak sebelum islam, kisah khalid popular setelah dia berjaya mengalahkan tentera Islam di dalam perang Uhud. Setelah Islam Khalid semakin hebat. Setiap medan perang menjadi medan milik Khalid.

Rasulullah meletakkan kepercayaan kepada Khalid sejak di awal keislamannya. Kepercayaan Rasulullah terhadap Khalid tak pernah berubah. Abu Bakar meneruskan kepercayaan Rasulullah. Khalid seorang yang berani, Khalid seorang yang ikhlas berjuang, Khalid tak pernah mundur, Khalid juga tak pernah kalah.

Setelah Umar mengambil alih pemerintahan, umar terus memecat Khalid. Umar memecat khalid ketika perang masih berkecamuk. Di saat kemahiran khalid diperlukan, keberaniannya sangat diharapkan Umar memecat Khalid. Apakah Umar tak percaya kepada Khalid? Tidak sama sekali! Apakah Umar bimbang Khalid lebih popular darinya lantas merampas kedudukannya? mustahil itu yang terlintas di hati Umar! Hanya orang yang dengki dan cemburu sahaja yang berprasangka begitu. Atau mereka yang tidak mengenali hati budi dan keihklasan Umar dalam berjuang., kasih sayang Umar terhadap islam dan umat Islam... Api prasangka kepada Umar ditiupkan oleh orang yang sememangnya dengki dengan Umar..sebahagian mereka adalah Munafiqin!

Sebenarnya perkiraan Umar ialah kepentingan Islam dan umatnya. Khalid mengatahui dan meyakini Umar. Sebab itu Khalid tidak membantah. Khalid malah menyokong Umar dan tindakannya. "Khalid berjuang bukan kerana Umar" jawapan tegas dari Umar ketika membantah hujjah orang yang kononnya mahukan Khalid memimpin tentera dan menentang arahan Umar. Api munafiqin cuba memadamkan wala Khalid kepada Umar.

Khalid tidak tahu kenapa Umar memecatnya atau tidak memberikan amanah kepimpinan tentera kepadanya. Khalid disokong ramai pihak. Khalid juga tak pernah kalah. Namun semua faktor itu tidak terlintas di hati Khalid. Hanya orang yang taksub kepada Khalid dan beberapa orang yang sememangnya menanti peluang menyerang Umar sahaja yang mengapikan isu itu.
Khalid tahu kedudukan dalam kepimpinan Islam memerlukan wala kepada pimpinan. Khalid tahu Umar seorang pemimpin hebat yang tidak memikirkan selain kepentingan Islam dan ummatnya! sebab itu khalid terus menyerahkan wala kepada Umar.

Walau golongan munafiqin terus mengapikan keadaan, Khalid tetap menyerahkan kuasa dan patuh kepada Umar.... agenda munafiqin tak menjadi...alangkah bahayanya jika di zaman Khalid ada blog seperti hari ini..... entah semarak mana api fitnah yang akan membakar ummat.

Tahniah kepada Ustaz Abu bakar Husin yang dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak ! Tahniah kepada DS Nizar yang sah menjadi MP hari ini...... Takziah juga buat mereka yang gagal menjadikan api kekecewaan mereka hangat dengan isu yang terjadi... Bermuhasabahlah...jika ingin terus dinaungi rahmat Allah. Jangan perjuangan yang kita sangka perjuangan rupanya api yang membunuh perjuangan!

Sabtu, 13 Jun 2009

HORMATILAH PILIHAN MUKTAMAR!

Apapun tanggapan dan pahat serta tukul yang berbunyi di luar tidak boleh merubah keputusan uktamar yang lalu. TG Presiden telah mengumumkan barisan pembantu yang akan meneruskan agenda memperkasakan PAS sebagai pemimpin prubahan dengan Islam sebagai teras. Ia adalah suara perwakilan muktamar yang mewakili akar umbi yang bekerja untuk parti.

Jangan dihiraukan suara sembang dan sumbang dari media cetak atau elektronik. Sepaham saya ahli PAS diajar wala dan tsiqah kepada pimpinan. Tak terfikir saya ahli PAS ingin mengatur pemimpin yang dipilih dalam muktamar. Muktamar adalah badan tertinggi membuat keputusan PAS. Lebih malang adanya blogger yang entah dari mana asal usul mencadangkan pemimpin yang dipilih di dalam muktamar menarik diri... SIAPA KAMU????

sepatutnya ahli parti yang berasaskan Islam terdidik dengan akhlak dalam menegur dan mengkritik. Saya tak tahu penyakit apa yang melanda ahli parti Islam sejak kebelakangan ini. Atau mereka ini bukan ahli....apappun untuk merujuk kepada blog yang ada sila merujuk dengan kawasan masing masing dari segi keterlibatan mereka dalam kawasan masing masing...jika mereka hanya jadi pengkritik dari luar...lupakan...

Kita diseru agar menghormati keputusan muktamar...jadi hormatilah keputusan pemilihan di dalam muktamar juga..tak puas hati bekerjalah dari sekarang menempati JK Kawasan agar dapat menjadi perwakilan dan menukar pemimpin dalam muktamar akan datang.. itu lebih baik. Hormatilah perwakilan anda...tidakkah itu demokrasi yang anda inginkan???

Jika kita menyusup di akar umbi, isu perbezaan pendapat ialah mengenai kerajaan perpaduan. Ianya belum dijelaskan lagi kerana ianya sesuatu yang baru dan ilmiah. Tg Presiden hanya memberi lontaran awal. DSAI dilihat lebih rasional dalam hal ini dari sesetengah ahli dan pimpinan parti sendiri. Moga pandangan DSAI akan melemturkan serangan dari kalangan yang berkiblat kepada beliau.

Saya berpendirian, Muktamar telah memberi kepercayaan kepada pimpinan yang ada. Berilah ruang kepada mereka memimpin dengan kepercayaan yang mereka miliki dari muktamar. Apa yang dibimbangkan ialah PERCANTUMAN PAS DAN umNo. TG Presiden dan seluruh kepimpinan telah memberikan komitmen akan memperkasakan Pakatan Rakyat dan TIDAK akan bersama umNO???? di situ kita bertemu....

Persoalannya mengapa masih ada keraguan kepada pimpinan. Tak percaya kepada pimpinan??? moga penulis tak berakhlak dengan pimpinan dari kalangan ulama cermin diri dalam mempersoalkan kredibiliti ulama..... mereka tidak seperti kita...... solat pun mungkin tak tentu hala waktunya...... cabulnya mulut boleh dibaca dari tulisan yang penuh dengan makian ....

Berilah kepercayaan kepada pimpinan pilihan muktamar mengatur perjalanan parti dengan ilmu dan keyakinan pengalaman mereka. Telah ditegaskan untuk bersama umNO perlu muktamar khas memutuskan... apa ditakutkan... kenapa kita ingin mengikat mereka dengan apa yang kita rasa perlu dan tahu....? Mereka berhujjah dengan Al Quran dan hadis... apa hujah kita???? akal??? emosi...surat khabar?? cerita orang?? prasangka???? hatta sirah sekalipun... boleh kah semua itu mengalahkan hujjah Al Quran dan Sunnah?? Apakah jalan yang mereka pilih bercanggah dengan Al Quran yang merupakan sumber tertinggi parti??? jika salah boleh dikenakan tindakan seperti golongan syiah dulu... tentunya blogger yang cenderung kepada syiah masih ingat sesangat peristiwa itu.....

Marilah kita memberi ruang kepada pimpinan melaksanakan amanah muktamar untuk parti. kita ada ruang 2 tahun dari sekarang untuk menilai. Berilah keadilan sebaiknya buat mereka yang sekian lama kita percayai.... Jika mereka gagal memikul amanah memperkasakan parti...kita akan tukar dalam pemilihan akan datang.... Kejayaan dan kegagalan diukur untuk seluruh pilihanraya Malaysia kerana mereka pemimpin Malaysia.... bukan Manik Urai, Trengganu, Kelantan atau Negeri Sembilan...

Tindakan anda menganggu kepimpinan adalah sesuatu yang merugikan jamaah..... biar siapa pun anda... hanya hujjah al Quran layak dikemukakan bagi menyanggah pendekatan yang berpandukan Al Quran jua....

Rabu, 10 Jun 2009

TAKUT HANTU YANG TAK DIKENALI...


Hari ini terlalu banyak cerita hantu yang kita tahu. Nama hantu yang dah pupus dulu muncul kembali. Kita takut dengan hantu dulu kerana kita selalu ditakutkan dengan hantu yang mampu membunuh, mencekik dan sebagainya. Sepaham saya belum ada hantu yang membunuh kerana hantu adalah syaitan yang dicipta dari sumber berbeza yang tak mampu menyentuh kita... hanya menakutkan...

Memang masa duduk kat kampung, kita amat takut bila lalu di tepi tanah perkuburan melayu. Mungkin kerana semak atau pelbagai cerita yang menakutkan. Bila saya sekolah di Izzuddin Shah sampai hari ini di beritahu terlalu banyak "projek" kat kubur cina belakang padang Sultan Abd Aziz. Tak takut hantu ke??? MALAH PROJEK ATAS KUBUR LAGI...

Sebenarnya orang tak takut hantu Cina kerana dalam filem cina hantunya bersifat lawak. Boleh berhenti dengan hanya tampal plaster jepun je.... lepas tu main lompat plak..bukan terbang macam hantu melayu....kesimpulannya hantu ditakuti kerana gambaran hantu itu selamanya buruk.... cuba kita gambarkan hantu tu cantik macam Harum sundal Malam " maya Karin???? Atau macam orang dulu kata kalau dapat letak paku kat tengkuk Langsuir, kita akan dapat gadis yang cantik???? mesti ramai jadi pemburu hantu kan????? mungkin saya antaranya.... melalut pasal hantu la plak...

Apa yang saya nak ketengahkan ialah ketakutan masyarakat kita terhadap hantu... Sebenarnya ketakutan itulah musuh utama kita. Kemalangan berlaku kerana gangguan hantu menakutkan orang bukan kerana hantu mencekik orang... sebab tu masa belajar dulu.. Dr Harun Din Nasihatkan.."kalau takut hantu berhenti dulu dan baca ayat Kursi..jangan lari... hentikan dulu kenderaaan..." Kata kawan saya " kalau dah takut macam mana nak berhenti???" ya tak ye jugak.... puncanya TAKUT.

Kalau di tanya berapa orang yang pernah bertemu hantu??? jawapannya dua antara sepuluh ribu kut.. itu pun satu darinya ..pokok pisang yang disangka hantu...Ramai yang lari atau memandu laju kerana takut hantu lalu kemalangan. Ramai juga yang hilang kawalan hanya kerana takut bila melihat bayang seakan hantu dan jatuh lumpur kerana bayang itu . PERSOALANNYA ..HARUSKAH KITA TAKUT SESUATU YANG KITA TAK PASTI??? kenapa tak diselidiki terlebih dahulu??? tidakkah gopoh itu dari syaitan??

saya amat bimbang kita membunuh kawan kita kerana kita ditakutkan kononnya ada perompak yang menunggu di luar pintu rumah kita...bila kita menyerang ...rupanya kawan karib yang bertujuan menghantar hadiah untuk kita.... andai parang yang kita gunakan dan sahabat kita luka atau mati...tidakkah kita menyesal?????

Lebih malang lagi jika kita memukul seseorang dalam gelap hanya kerana ketakutan kita terhadap hantu, rupanya itu adalah ayah yang membesarkan kita..kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi terhadap kita..walau berkali ayah menyebut" ini ayah bukan hantu..." hanya kerana ketakutan terhadap HANTU YANG SELAMA INI KITA TAKUTI... SEDANG TAK PERNAH KITA TEMUI

KERAJAAN PERPADUAN- TUAN IBRAHIM

Oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat. Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya.

Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan.

Namun bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

Asas pertama ialah At Taawun

Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.

Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat.

Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa.

Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistem Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.

Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah menolak al Ism

Kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.

Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan.

Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat ialah menolak al U'dwan

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini.

Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara.

Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gensterism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun.

Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

Selasa, 9 Jun 2009

SURAT AKUAN YDP TAMBUN- KRISIS PERAK

Pada 24/4/09 Jumaat 11.20 malam saya KHAIRUDDIN BIN DATO ABD. MALIK NO KAD PENGENALAN 600905 – 08 – 6451 BERTEMPAT DI DEWAN DATO’ AHMAD SAID SUNGAI ROKAM SAYA TELAH DIDATANGI OLEH SEORANG YANG BERNAMA AHMAD SUFFIAN B. ZULKIFLI ( PENAMA ADALAH ORANG YANG SAYA KENALI SELAMA 6 TAHUN DAN RAKAN SEPERMAINAN BADMINTON DALAM PASUKAN KAMI).

Dihadapan 2 orang lagi yang bernama Jafri Bin Ja’affar dan Yahya Bin Ismail (juga rakan sepermainan kami) beliau secara berhati-hati dan sangat waspada terhadap kehadiran orang lain menyatakan perkara-perkara berikut:

i) Beliau beberapa kali telah berjumpa dengan YB Jamaluddin B. Radzi ( ADUN Behrang ) dan YB Osman B. Jailu ( ADUN Changkat Jering ) dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur dan yang kali terakhir di Apartment mewah Duta Vista bilik 343 dan 344.

ii) Kedua-dua ADUN tersebut tinggal di apartment mewah dengan sokongan pihak-pihak tertentu.

iii) Kedua-dua ADUN tersebut mengaku dijanjikan RM 3 juta seorang sebagai ganjaran menyokong Kerajaan Barisan Nasional di Perak

iv) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan pihak tertentu akan membantu membebaskan mereka bagi pertuduhan rasuah yang sedang mereka hadapi di mahkamah sesyen Ipoh.

v) Kedua-dua ADUN tersebut juga dijanjikan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Perak dalam Kerajaan Barisan Nasional.

vi) Namun kedua-dua ADUN tersebut mengadu kepada Ahmad Suffian bahawa mereka tidak berpuas hati kerana wang RM 3 juta tidak dibayar sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran.

vii) Kedua-dua ADUN tersebut juga menjelaskan tindakan mereka menyokong Barisan Nasional adalah kerana pada tanggapan mereka Kerajaan Pakatan Rakyat dan khususnya Dato’ Sri Nizar B. Jamaluddin telah membelakangkan kepentingan orang-orang Melayu.

viii) Kedua-dua ADUN tersebut mendakwa tidak dihubungi oleh Dato’ Sri Mohd Nizar Bin Jamaluddin sepanjang tempoh kehilangan mereka. Tetapi mengaku cuba dihubungi beberapa kali oleh Dato Seri Anwar Ibrahim , Penasihat PKR.

ix) Ahmad Sufian juga memberi maklumat antara personaliti VIP yang pernah mengunjungi kedua-dua ADUN tersebut adalah YB Hamidah ADUN Sg. Rapat merangkap Exco kanan Kerajaan Negeri Perak.

UNDANG UNDANG DAH BERKECAMUK..

"Undang undang dah tak mampu kawal keadaan, Ia telah berlaku di luar jangkaan undang undang. Undang undang menjangkakan semua akan patuh kepada undang undang. Keadan yang berlaku khususnya di Perak telah keluar dari kebiasaan undang undang" antara ungkapa Dr Abd Aziz Bari dalam penjelasan beliau di Markaz PAS Tambun Taman Meru malam tadi.


Dr Aziz yang memulakan ucapan dengan menyelongkar sejarah undi tak percaya dalam sejarah Malaysia. Bermula di Trengganu, Kelantan, Sarawak Selangor dan Sabah. Kes Ningkan di Sarawak adalah paling hampir dengan kes di Perak di mana Menteri Besar atau KM di pecat di luar dewan Undangan negeri. Kes kemenangan Ningkan telah dijadikan rujukan untuk mahkamah di negara Komanwel.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku kerana undang undang di buat atas kepntingan individu. Banyak perkara bercanggah undang undang terutama pemisahan tiga institusi utama dalam negara. Menghalang ADUN adalah kesalahan jenayah, namun oleh kerana peguam negara tak berbuat apa apa, segalanya serba tak kena.

Apa yang menjadi masalah ialah, pelajar undang undang menjadi keliru antara apa yang dipelajari dan realiti undang undang yang terjadi. Menurutnya undang undang menjadi kacau sejak 10 tahun lalu sekitar 1993. Peristiwa pemecatan DSAI adalah langkah awal perkosaan terhadap undang undang...


Akhirnya beliau berharap agar rakyat menggunakan kuasa undi agar kekalutan ini dapat diperbetulkan. "Perlembagaan sesuatu yang hidup, namun ia memerlukan komitmen dari seluruh institusi bagi menjalankannya termasuk mahkamah, SPRM, polis dan rakyat khususnya.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Sdr Khir Faizal turut disertai oleh Ustaz Wan Tarmizi dan Dr Khairudin malik. Turut bersajak ialah Pak Saleh Bakar. Kehadiran ramai dengan kawasan sekitar yang sempit sedikit menyesakkan.





khusyu mendengar penjelasan.

biarpun tak selesa, bukan alasan tak hadir

SB sedang merakam dari luar. tak berani masuk. sorang lagi bersembunyi bila kamera di halakan kepadanya

Isnin, 8 Jun 2009

USTAZ AHMAD AWANG .. JANGAN TINGGALKAN KAMI DALAM FITNAH!

Terasa berat di hati untuk menulis kenyataan seperti ini. Bukan sikap saya menegur pemimpin dalam keadaan ini, Setelah berfikir berulang kali dan menilai keadaan yang semakin mengelirukan.... saya dengan berat hati dan penuh hati hati menulis juga.. sekurangnya mendapatkan kepastian dan menutup fitnah yang bakal melanda jamaah.
Seperti yang saya nyatakan, Kenyataan Ustaz Ahmad Awang dalam pergulungan terakhir menarik perhatian. Hari ini beberapa akhbar dan blogger menyiarkan kenyataan "Gantung" itu. Saya agak tersentak dengan kenyataan itu. Apa yang diucapkan oleh Si penalifon dan siapa dia serta maksud sebenarnya????

Apapun saya tidak jelas dengan tujuan Ustaz Ahmad Awang menyebut perkara tersebut di saat berakhirnya muktamar. Apatah lagi di saat beliau "meninggalkan" jamaah. Saya yakin perkara yang dimaksudkan telah berlaku lebih setahun lalu. Saya cuba merisik dari teman teman akan hal yang sebenar. Nampaknya tak dapat. Tahniah ustaz kerana berjaya memelihara perkara dalaman dengan baik setahun lebih...

Persoalannya, mengapa Ustaz sanggup membiarkan jamaah dan saf kepimpinan yang ustaz tinggalkan dalam keadaan FITNAH? saya tak katakan Ustaz buat fitnah! Ustaz tinggalkan jamaah dalam keadaan FITNAH! Fitnah kerana meninggalkan persoalan kepada ahli jamaah dalam keadaan prasangka kepada pemimpin..... Itulah maksud saya Fitnah. Bagi saya adalah lebih WAJAR ustaz sebut dan dedahkan nama jika ustaz berniat ikhlas....

Jika benar , biar yang dituduh menjawab dan menjelaskan dan ahli membuat penilaian. Jika ianya satu kesalahan, biar ahli menghukum... Bagi saya USTAZ TIDAK BERTANGGUNGJAWAB! MAAF. saya menghormati ustaz selama ini. Namun setelah beberapa bulan PAS memimpin Perak dan berbagai fitnah melanda kepimpinan Perak, saya masih meletakkan keyakinan kepada kepimpinan PAS Perak, terutamanya Ustaz. Namun saya amat kecewa apabila Ustaz meninggalkan kepimpinan Perak setelah Perak dirampas... fitnah semakin bertiup kencang terhadap ustaz....

Berbalik kepada soal di atas, saya masih berpendirian USTAZ MESTI BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KENYATAAN USTAZ! Ustaz boleh memilih untuk mendiamkan diri atas apa yang berlaku atau mendedahkan terus. Ustaz telah memilih untuk mendedahkan dan ustaz mesti bertanggungjawab dengan fitnah yang tersebar.

Sekali lagi saya berharap agar ustaz memperbetulkan keadaan, JANGAN TINGGALKAN JAMAAH DENGAN FITNAH! ustaz bebas meninggalkan kepimpinan jamaah atas apa alasan pun tetapi ustaz TAK BOLEH meninggalkan fitnah tersebar dalam jamaah! Harapan saya agar ustaz mendedahkan nama dan ungkapan "orang tersebut"... bukan mengeruhkan suasana tetapi menutup FITNAH dengan membenarkan "orang" bertanggungjawab membela diri dan ahli membuat penilaian seadilnya dan menghukum jika ianya satu kesalahan!

USTAZ JANGAN TINGGALKAN KAMI DALAM FITNAH YANG TERBUKA SEHINGGA AHLI MERAGUI SELURUH PEMIMPIN PAS YANG ADA... TENANGKAH USTAZ TINGGALKAN KEPIMPINAN DAN PAS DALAM KEADAAN INI??????

mohon maaf di atas bahasa dan cara yang kurang adab jika ada...

Ahad, 7 Jun 2009

JANGAN EMOSI MENGATASI NAS ALQURAN DAN HADIS


Ketika Datuk Harun Taib membacakan ayat alQuran tentang pendekatan alQuran yang mengizinkan politik perang dan damai, kisah Musa yang diperintah bertemu Firaun dan beberapa ayat tentang keterbukaan sikap Al Quran mengajar ummat dalam dakwah.... terdengar seorang pemerhati di hadapan saya menyebut..."umNo bukan jenis boleh buat baik". Spontan saya menyebut kepada rakan disebelah " kalau ayat alQuran pun orang PAS nak tolak tak tahu la...." saya melepaskan geram bukan pada orangnya....

Saya nukilkan kisah ini kerana bukan sedikit di kalangan kita yang semakin jauh dari al Quran lantaran emosi yang keterlaluan." Andai Rasulullah yang agak geram melihat jenazah bapa saudaranya Hamzah di Medan Uhud pun ditegur oleh Allah, apakah kita lebih dari itu" antara intipati yang saya tangkap dari ungkapan pergulungan TG Presiden. Ramai dari kita marah kepada orang terutamanya umNO kerana kerja jahat umNO. Siapa tak tahu kejahatan umNO??

Sewaktu konvensyen PAS di Rapat Setia tahun lalu TG Presiden telah meluahkan betapa PAS adalah parti yang lebih tahu kejahatan umNO. PAS lah yang menanggung azab kejahatan umNO bermula Dr Burhanudin hingga Ibrahim Mahmud, Osman Talib dan ribuan lagi yang ,menjadi mangsa umNO. malah ada yang menzalimi PAS itu kini bersama Pakatan Rakyat. Namun ianya tidak menghalang kita meneruskan dakwah dan perbincangan dengan mereka. Kebimbangan pendekatan bertemu umNO akan membantu umNO bukanlah nas Al Quran atau hadis. ianya adalah "bacaan" atau" sangkaan" politik yang tak mampu memadamkan Nas Al Quran dan Hadis.

Malangnya sebahagian dari kita menjadikan bacaan politik lebih dari Nas Al Quran dan hadis di saat yang sama kita mendakwa pendokong Al Quran dan Hadis. Kenapa hujjah Presiden, Ketua Dewan Ulama dan Timb Mursyidul Am yang sarat dengan hujah Nas Al Quran Dan hadis ditolak dengan emosi dan luka lama serta dendam yang tak berkesudahan??? apakah itu sikap sewajarnya ahli jamaah Islam????

Wajarlah Timbalan Mursyidul am menimbulkan kembali erti wala kepada pimpinan yang seolah hilang dari jamaah Islam. HARUS DIINGAT! kita bukan PKR atau DAP... jauh sekali umNO! jangan kerana kita berkawan dengan PKR dan DAP makan kita sama seperti mereka. Kita adalah sahabat seperjuangan mereka denga matlamat yang sama...tetapi disiplin parti kita jauh berbeza dengan mereka! sebab itu kita mampu bertahan sebagaimana mereka tak mampu bertahan ketika diuji!

Sebagai ahli jamaah Islam... sewajarnya disiplin dalam jamaah Islam difahami dengan sesungguhnya. Sebagaimana kita kecewa dengan Islam yang di bawa oleh umNO , kita juga harus kecewa dengaan gaya perjuang Islam yang di bawa oleh sebahagian dari kalangan kita? apakah kita telah memahami adab dan disiplin dalam perjuangan Islam? saya bimbang di saat kelab penyokong yang ingin diperkasa di beri kefahaman perjuangan Islam.. .pendokong PAS sendiri jauh dari memahami perjuangan Islam.

Moga akan berlaku perubahan dalam meneruskan perjuangan PAS selepas muktamar ini. Moga kita ada identiti tersendiri dalam melakar perjuangan Islam di Bumi Malaysia. KETERLIBATAN KITA DENGAN PARTI LAIN BUKANLAH TIKET KITA MENJADI SEPERTI MEREKA. Kita hanya bersepakat dalam perjuangan , kita bukan satu parti dalam perjuangan. Identiti kita berbeza, teras kekuatan kita berbeza.... dan selamanya takkan serupa selagi ISLAM TIDAK DIJADIKAN TERAS PERJUANGAN MEREKA! namun tiada salahnya kita berjuang bersama mereka.

PANDANGAN DI AKHIR MUKTAMAR.


Alhamdulillah... Tahniah buat semua perwakilan PAS ke muktamar yang berakhir petang tadi. Bermula dengan keputusan yang dinanti dengan penuh kebimbangan...setelah diumumkan ada pula golongan munafiq yang cuba menimbulkan isu penyelewengan dalam pengiraan undi.... dan bermacam lagi kekalutan yang disifatkan TGHH... "ada manis dan pahit ... kalau terlalu manis akan kencing manis...terlalu pahit sembelit".

Sewajarnya setelah keputusan perwakilan dibuat, tiada lagi cerita sumbang di belakang. Sewajarnya keputusan perwakilan dihormati dan disanjung tinggi. Perbezaan pendapat adalah biasa dalam islam namun ianya tidak meretakkan hubungan dan ukhuwwah. Ianya diraikan namun apabila ia datang dalam bentuk arahan pimpinan...selagi tidak bercanggah dengan Quran dan hadis WAJIB DITAATI!. itulah erti Wala' yang antara lain disentuh timbalan Mursyidul Am Dr Harun Din dalam pergulungan tadi.

Sifat keterbukaan pimpinAn dan perwakilan ketika membahaskan usul serta ketegasan prinsip dan pandangan masing masing amat dikagumi. Pertembungan terbuka antara perwakilan Shah Alam yang sememangnya dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan utama Parti telah disanggah oleh perwakilan pemuda. Ianya sedikit panas namun itulah yang menyegarkan muktamar. Tiada lagi sikap menjaga hati melampau hingga tersembunyi hasrat hati dan dipanjangkan diluar muktamar. SEMUA SEPATUTNYA BOLEH BERAKHIR DI DEWAN!

Paling menarik sikap calon timbalan Presiden yang kalah Husam musa dan Dr Harun Din. Husam yang dilihat seakan menjadikan ucapan Dr Harun Din sebagai antara faktor kekalahan beliau apabila isu "musuh dalam selimut " dibangkitkan dan menuntut penjelasan Dr Harun Din. Dr Harun mengambil kesempatan menjelaskan isu tersebut dan memperkemaskan sikap jamaah dalam masalah wala' kepada pimpinan. Dr Harun menafikan tuduhan ungkapan itu ditujukan kepada kelompok dalam parti sebaliknya sebagai ingatan buat jamaah.

Turut mencuri tumpuan ialah pergulungan bekas naib presiden yang tidak bertanding , Ahmad Awang. Beliau mengambil kesempatan seakan mengesahkan ada usaha membawa PAS bersama umNO ... atas alasan beliau tidak lagi bersama kepimpinan PAS maka beliau ingin memberi nasihat... Secara peribadi, saya merasakan.. ahmad Awang tak perlu memberi nasihat untuk orang yang ingin berjuang terus didalam PAS kerana beliau seakan memencilkan diri dari PAS.

Ahmad Awang menarik diri dari seluruh peringkat kepimpinan PAS. tak tahulah apa alasan beliau..tetapi kesihatan bukan faktornya... mungkin peringkat kepimpinan di Perak ada jawapan dan spekulasinya..... apakah ini antara uzlah???? atau ada alasan lain...sukar untuk dimengerti... seorang yang berada di kedudukan ke tiga dalam parti melepaskan semua jawatan parti termasuk di peringkat negeri..... mungkin untuk muhasabah diri... hanya doa yang terbaik untuk ustaz Ahmad Awang.

Semoga tumpuan selepas ini ialah memperkukuhkan parti.JANGAN LUPA KITA ADALAH PARTI SIASAH DAN DAKWAH... TAK SAMA DENGAN PKR DAN DAP WALAU KITA BERSAMA BERJUANG DALAM SAF YANG SAMA!!!

JEMPUTAN


KULIAH HARAKI.
BERSAMA
DR ABD AZIZ BARI
PADA
8 JUN 2009 (ISNIN MALAM SELASA)
DI PERKARANGAN PEJABAT PAS TAMBUN TAMAN MERU .
JAM 9.30 MALAM.
DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI

Rabu, 3 Jun 2009

BERMUKTAMARLAH DENGAN AMANAH

Sepatutnya saya bersama rombongan Pemuda Tambun berada di Taman Melewar untuk Muktamar Dewan Pemuda. Namun keadaan kesihatan menyebabkan saya terpaksa membatalkan penyertaan di saat akhir.

Muktamar adalah ruang terbaik meletakan hala tuju perjuangan, memperkemaskan gerak kerja dan memantapkan semangat juang dalam usaha menyatukan fikrah dan amal. Andai medan arafah adalah himpunan pengabdian dan ukhuwwah dalam menyatukan hati semata mata kerana Allah, memperkemaskan tauhid dan jihad, maka muktamar PAS adalah medan menyatukan hati dan wala kepada Jamaah dalam memperkemaskan perjuangan. Ia medan meluahkan rasa untuk melihat jamaah lebih kukuh dan ampuh. Bukan medan melepaskan geram dan ketidakpuasaan hati atau ingin menonjolkan diri. Jauh sekali menjadi agen berkempen bagi calon yang ber tanding. Moga dilindung Allah dari merendahkan calon kepimpinan yang tidak disenangi.

Para perwakilan datang dengan amanah! Mereka datang bukan dengan mewakili diri sendiri biarpun kebanyakannya memilih menggunakan wang sendiri untuk mewakili parti. Menggunakan wang peribadi bukan alasan untuk membuat keputusan peribadi! Sebahagian kawasan telah menentukan wakil yang akan berucap. Ia telah dibincangkan dalam mesyuarat kawasan. Ia membawa aspirasi dan suara kawasan dan bukan suara hatinya. Jika ia lebih membicarakan suara hatinya ia dikira KHIANAT terhadap amanah! melainkan kawasan yang memberi kebebasan kepada wakil mereka.. tentunya kawasan tersebut tidak beramanah terhadap ahli bawahan mereka!

Tahun ini juga adalah tahun pemilihan. Ketika mengumumkan nama calon bertanding, Dato Mustafa Ali menjelaskan tujuan diumumkan awal adalah bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan awal..... Mungkin ada kawasan yang melakukan solat istikharah, setelah dibincangkan dengan teliti, Syabas!

Ada Kawasan yang telah membuat keputusan beberapa jawatan penting utama di dalam mesyuarat Kawasan. Ia dipersetujui oleh perwakilan cawangan. Perwakilan kawasan tiada pilihan melainkan melaksanakan kehendak dan keputusan mesyuarat. Mereka hanya wakil sekalipun bertentangan dengan kehendak mereka sendiri atau mesyuarat JK kawasan kemudiannya. Jika mereka mengabaikan keputusan yang di buat mereka KHIANAT!

Apabila keputusan telah ditentukan oleh mesyuarat, Perwakilan menyedari mereka adalah wakil kawasan dan membawa AMANAH kawasan, pastinya unsur pengaruh dan lobi di perjalanan atau sesuatu yang memungkinkan amanah itu berubah tidak akan berlaku. Jauh sekali politik wang atau politik budi dan simpati. Sememangnya politik wang bukan budaya PAS namun politik budi atau simpati mungkin boleh berlaku. Andai perwakilan menyedari mereka membawa amanah kawasan...segalanya tak mungkin boleh merubah keputusan. AMANAH akan dipersoalkan oleh Allah!

Apapun yang berlaku. sekalung tahniah buat semua yang sedang memikul amanah Allah dalam perjuangan! SELAMAT BERMUKTAMAR!

MAAHAD DARUSSALAM TAMBUN



Asrama Anak-Anak Yatim Dar’us-Salam bermula dengan penubuhan Maahad Dar’us-Salam Tambun telah di asaskan pada tahun 2001 sebagai sekolah agama rakyat (persendirian) di atas sebidang tanah yang diwakafkan seluas 1 ekar 17 pol. Tanah ini diwakafkan bersama-sama dengan sebuah bangunan kayu iaitu bekas kilang batik dua tingkat dengan keluasan 120 kaki panjang dan 20 kaki lebar, yang di ubahsuai menjadi bilik-bilik darjah, bilik guru, pejabat, asrama dan bilik penginapan pengetua.


Pada peringkat awalnya maahad ini mempunyai 31 orang murid peringkat rendah dan 11 orang pelajar peringkat menengah, yang sebahagian besarnya adalah anak-anak sekitar Ipoh. Sementara tenaga pengajar seramai 6 orang untuk peringkat rendah /menengah sesi pagi, dan 2 orang guru sukarela yang datang mengajar sebelah petang khas untuk peringkat menengah. Pada 2004, maahad ini terpaksa menghentikan peringkat menengah kerana faktor kewangan dan mengekalkan peringkat rendah hingga kini.

Pada penghujung 2007, hasil ziarah ke sebuah asrama anak-anak yatim di Sungai Siput dan beberapa siri perbincangan berkaitan masalah pembelajaran sebahagian anak-anak yatim di asrama tersebut, satu persetujuan dicapai dimana seramai 11 orang anak-anak yatim telah dihantar belajar di maahad ini pada bulan Februari 2008.

Dengan perkembangan ini, dan dengan jumlah anak-anak yatim yang meningkat menjadi 25 orang setakat ini, maahad ini kini ke arah menjadi Sekolah Berasrama Penuh Anak-Anak Yatim. Oleh kerana ruang asrama yang terhad, pihak pentadbiran memutuskan untuk menghadkan pengambilan 40 orang anak-anak yatim sahaja dalam satu masa, sehingga prasarana yang kondusif dapat disediakan.

Buat masa ini anak-anak yatim yang berjumlah 25 orang ini merangkumi 10 orang lelaki dan 15 orang perempuan di mana 12 orang daripada mereka adalah berasal dari Perak Darul Ridzuan sementara 13 orang lagi berasal dari Kedah.

Sistem pendidikan dan makan minum warga anak yatim di asrama ini adalah percuma dan mereka dilayan seperti penghuni sekolah berasrama penuh. Mereka disediakan 5 kali sajian setiap hari iaitu sarapan pagi, jamuan rehat, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Oleh kerana latar belakang yang terbiar dan tercicir, sebahagian dari anak-anak yatim ini tidak dapat menulis dan membaca di awal kedatangan mereka di samping hilang minat belajar. Mereka juga tidak tahu membaca Al-Quran dan hal yang berkaitan dengan solat. Alhamdulillah dengar berkat kesabaran guru-guru, mereka sekarang sudah berminat semula belajar sama ada rumi atau jawi dan seramai lima orang sudah mampu membaca Al-Quran.

Pihak pentadbiran sedang memantau perkembangan mereka dari segi minat dan kecenderungan di mana murid yang tidak dapat menguasai akademik akan disalurkan ke bidang kemahiran dalam mengikut minat masing-masing. Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan agama akan diwujudkan kelas tahfiz Al-Quran. Diharapkan dengan cara ini masa depan mereka cerah dan mampu berdikari.

Perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan keseluruhan melibatkan kira-kira sejumlah RM6000.00 sebulan. Ini semua tidak termasuk kos pembangunan dan perbelanjaan luar jangka. Sumber kewangan utama adalah dari bayaran yuran murid-murid luar (yang berulang), sumbangan pengasas serta sumbangan orang ramai. Sumbangan secara berkala dengan jumlah yang tidak tetap sejak penubuhan maahad hingga kini di usahakan oleh sekumpulan anggota PGA Ulu Kinta yang banyak menyumbang dalam bentuk tenaga dan wang.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memutuskan penjadi penyumbang tetap RM500.00 setiap bulan. Selain LHDN sumbangan derma sempena Ramadhan juga datang dari POS Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan, BPR, dan beberapa pertubuhan, kelab, persatuan kebajikan seperti Hospital Pantai Puteri, Dewan Ulama’ Pas, Penduduk Islam Sunway, Lost World of Tambun, Kelab Sukan, Puspanita LHDN, UTP, UPSI, PUO, Carsem, UITM, PEKIDA dan Persatuan Wanita dan lain-lain.

Pihak pentadbiran amat mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang prihatin dengan warga yatim dan miskin yang terbiar dan tercicir ini. Dan kami menggalakkan anda datang sendiri mengusap kepala mereka dan melihat sendiri penempatan mereka. Semoga kita terselamat dari orang yang dikecam Allah dalam Surah al-Maaun.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (1) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (2) وَلاَ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (3) فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (6) وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ (7)


جزاكم الله خيرا كثيرا

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SF Al-Ustaz Md Suaid bin Din
Pengasas / Pengetua / Pengurus
Maahad Dar’us-Salam dan Asrama Anak-Anak Yatim
Dar’us-Salam Tambun.

P/S : INSYAALLAH SAYA AKAN USAHA MENDAPATKAN GAMBAR MAAHAD DARUSSALAM