Khamis, 30 Julai 2009
PENGHUJUNG SEPERTI DI AWAL KEHADIRAN MU
Institusi mufti memang dihormati masyarakat melayu...namun hari ini kecelikan masyarakat terhadap kebenaran dan mudahnya mendapat maklumat membuatkan orang tidak mudah menerima "mengkhinzir buta". Seseiapa yang merasakan orang lain bodoh...sebenarnya dialah yang bodoh.
Kenyataan mufti Harussss tsani terlalu berpihak akhir akhir ini...namun janganlah dimarah sangat dengan mufti yang dihujung usia ini... Masih ingat apabila orang mengadu kepada beliau tentang Allahyarham Dato Osman Mubarak yang begitu keras menghentam kerajaan ketika kuliah di masjid negeri Perak. Harusss Tsani difahamkan hanya menyuruh orang membiarkan sahaja kerana "dah tak lama dah". Saya rasa itulah yang sesuai untuk haruss tsani..
Bagi yang mengenali beliau, tentunya tak pelik jika melihat sejarah latar belakang beliau sebelum menjadi mufti, Bagaimana kelayakan beliau ketika menjadi mufti walaupun ketika itu ramai lagi ahli majlis fatwa yang lebih kanan. Ternyata fatwanya menimbulkan jkekeliruan terutamanya berkaitan insuran nyawa dan ASN ketika itu....
Pertengahan karier beliau sebagai mufti agak baik apabila menyuarakan isu ummat Islam seperti murtad, sure hebih dan seumpamanya... Namun kini beliau seakan kembali seperti di awal kemunculannya.... moga baki usia boleh mengembalikannya ke atas track kebenaran dan keadilan..... Namun saya yakin semuanya itu kerana semangat ke melayuan yang begitu tinggi kepada seorang mufti.... hingga terlupa dimana nilai bangsa di sisi agama...
KENYATAAN MEDIA PEMUDA PERAK
Kenyataan Media (30 Julai 2009) AKTA ISA: HARAMKAN AKTA ZALIM
DPPN Pk mencabar Tan Sri Harussani dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan serta Mufti seluruh negeri supaya mengeluarkan fatwa tentang Akta ISA ini yang telah banyak menzalimi rakyat kerana telah menghukum tanpa dibicarakan dahulu dan ianya salah disisi Agama Islam.
Persoalan yang sepatutnya timbul adalah kezaliman Akta ISA yang telah diamalkan itu, bukannya membantah Akta ISA itu sebagai yang haram. Parkara yang penting sekarang ini adalah, mengapa kezaliman ini masih diteruskan?
DPPN Pk mempertegaskan bahawa usaha untuk menghapuskan kezaliman mesti ditegakkan. Himpunan sebagai protes untuk memastikan seluruh rakyat akan hidup aman tanpa kezaliman yang telah dibuat oleh kerajaan akan diteruskan.
Oleh yang demikian, DPPN Pk menyeru seluruh rakyat yang membantah kezaliman mesti tampil untuk nyatakan kebenaran kerana menyahut seruan Nabi Muhammad SAW "Jihad yang paling afdhal ialah perkataan benar di hadapan pemerintah yang zalim" bukan perkataan yang berani di hadapan rakyat yang ditindas.
MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Isnin, 27 Julai 2009
HI TEA DI MERU 2 C.... SEMANGAT ISRA MIKRAJ DALAM PERJUANGAN BUBAR DUN
Semangat Bubar DUN Perak tak pernah pudar di hati pencinta kebenaran. Jamuan petang bersama DS Nizar Jamaludin yang dilaksanakan di Surau 2C Taman Meru mendapat sambutan luar biasa.....
Seperti DS NIzar yang tetap bersemangat menyampaikan tazkirah. Beliau turut mengaitkankan semangat Isra dan Mi'raj dalam siri perjuangan menuntut keadilan. Semangat perjuangan Melayu jelas tersasar dari ruh Isra miiraj yang disambut....
Sabtu, 25 Julai 2009
PEKIDA TARIK KERETA DIPERLUKAN 1 OGOS DI KL!

Satu lagi strategi yang bakal di gunakan bagi menghalang Perarakan GMI ke istana negara. Ternyata kerajaan umNo gagal menyekat kebangkitan rakyat. Sekatan dan halangan yang dilakukan hanya menaikkan semangat untuk digandakan himpunan tersebut.
Ternyata kejayaan himpunan BERSIH dan PPSMI sesuatu yang diluar dugaan. Penglibatan pelbagai pihak dalam PPSMI menggerunkan umNO. Mereka menghalang bas dan kenderaan di Tol Duta...Bas ditinggalkan dan berjalan kaki demi mencapai tujuan perjalanan. SANGAT MENGKAGUMKAN!..
1 Ogos satu lagi himpunan besar dilakukan. Hapuskan ISA. Beralasan ISA sedang dalam kajian, pemuda UMno KONONNYA bertindak berkecuali. Khairy jamaludin telah mengarahkannya,.,...betulkah??? Siapa pula yang akan bersama NGO yang akan jua turut berhimpun menyokong ISA? mereka bertemakan 1 Malaysia, dalam masa yang sama pertahankan hak keistimewaan Melayu...slogan cacamerba yang bercanggah antara satu sama lain???
Ibrahim Ali antara penyokong kuat Sokong ISA. Mereka mengancamkan akan meneruskan himpunan jika GMI terus berdegil. Pastinya polis akan menggunakan alasan mengelakkan pertembungan bagi menghalang himpunan kali ini... Peta perhimpunan antara dua kelompok yang disiarkan Malaysiakini jelas menunjukkan sokong ISA sengaja MENCARI PASAL! Saya yakin mereka akan berperisaikan polis jikia mereka benar berani berhimpun... soalnya,,, siapa bersama kumpulan sokong ISA ini???
Apakah PEKIDA tarik kereta akan digunakan lagi seperti di sidang bawah pokok di Ipoh. Tentunya mamat
bersongkok tinggi ini amat dikehendaki bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh penjilat "Punggong Mahathir" ( sumpah Ibrahim Ali jika kembali ke umNO) . Siapa yang akan bersama sokong ISA ini??? Polis sewajarnya melihat bahawa kumpulan yang akan buat kacau adalah kumpulan sokong ISA. Mereka boleh memilih tarikh lain ..namun mereka memilih untuk tarikh yang sama dan tempat yang sama!!! pastinya untuk buat kacau.... BERMAIN API NAMPAK??????GMI mesti memberi arahan jelas kepada anti ISA dalam menangani tindakan kepada kumpulan pencacai dan balaci ini. Ibrahim Ali ternyata silap perhitungan memilih jalan ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib... katak bodoh!.... Kini dua kumpulan...FRU dan balaci akan dihadapi oleh GMI... pastinya mereka yang datang pada 1 Ogos akan lebih bersedia dan bersemangat...percayalah..yang datang sebenarnya ketagih asap kemeyan setan dan air kencing iblis dari FRU... berbeza dengan balaci Katak balaci... Cabaran dari kumpulan pencacai ini tentunya akan menjadikan Demonstrasi GMI akan lebih menarik! tak percaya...ayoh kita bersama! BAGI PEJUANG iSLAM...IANYA PINTU JIHAD..MENENTANG KEZALIMAN!
Kita nantikan.... siapa pejuang dan siapa dalang..AYUH KITA BERSAMA MENENTANG KEZALIMAN!
Rabu, 22 Julai 2009
MARWA SYARBINI - DI MANA MU' TASIM?
Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

dari: www.niknasri. com
JEMPUTAN HI TEA AMAL PAS TAMBUN
HI-TEA AMAL
&
PELANCARAN KEMPEN GALAKAN SOLAT
(PERINGKAT TAMAN MERU)
BERSAMA
YAB DATO’ SERI MUHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN
MENTERI BESAR PERAK (PAKATAN RAKYAT)
TARIKH & MASA
26 JULAI 2009 (AHAD) S 4.00 PETANG
TEMPAT
PADANG SURAU TAMAN MERU 2C, JELAPANG
- Isu-isu semasa
(pegang lilin, baju hitam, manek urai dan UMNO berhadapan dengan AH Long Changkat Jering & Behrang)
- Perkembangan Terbaru bubar DUN
PENCINTA DEMOKRASI DIJEMPUT HADIR
JANGAN JADI SURUHANJYA DI "BENTARA"
Kabinet juga bersetuju mengadakan inkues untuk mengkaji punca kematiannya di sebelah bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shah Alam.
Itulah yang dinantikan oleh rakyat. Namun yang lebih dinantikan ialah tindakan yang wajar dari keputusan siasatan tersebut. Apa guna siasatan tanpa tindakan. Setelah ditemui dan diketahui pelakunya, mesti juga disiasat apa sebab tindakan itu dilakukan. Mustahil sesuatu tindakan dilakukan tanpa sebab. Seba itu mesti digali. Puncanya mesti diambil tindakan.
Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya. Pembunuhnya diketahui namun apa sebab ia melakukan demikian serta kepentingan dan keuntungan yang diterima dari kelakuannya tidak dijelaskan. Lebih malang lagi mereka adalah anggota polis yang menjalankan tanggungjawab mereka. Arahan siapa tidak diketahui...anggaplah mereka saja suka suka kerana mungkin membunuh itu hobi mereka...kalau itu yang kita dapat terima...
Jika Teoh dibunuh...siapa pembunuhnya? mengapa ia dibunuh? apa kepentingan pembunuh terhadap pembunuhan....siapa dalang dan berkepentingan mestilah digali ke akar umbi dan dibongkar seadilnya...barulah ia menjadi suruhanjaya DIRAJA... jika tidak mungkin hanya layak dipanggil...suruhanjaya di BENTARA aje..
Selasa, 21 Julai 2009
KETUA KAMPUNG SAMAN KERAJAAN PERAK
Ketua Kampung yang dilantik secara pilihan rakyat dengan perkenan istana telah dipecat sewenangnya oleh kerajaan rampasan kuasa pimpinan Zamri. Memang umNO anti Demokrasi...bukan setakat kerajaan negeri yang dipilih rakyat mereka rampas, ketua kampung yang melalui pilihan rakyat pun dirampas... Mereka lupa barangkali antara yang dipilih menjadi ketua kampung adalah ahli umNO yang bertanding. Mereka jua menjadi mangsa!
Mahkamah Ipoh akan mendengar permohonan ketua kampung yang dipecat pada jam 9.00pagi rabu bagi mengistiharkan pemecatan mereka tidak sah! kita nantikan lagi siri pemecatan dari umNO dan saman balas...banyak lagi yang menunggu....sampai bila kekusutan ini akan terungkai....??
siapa yang ingin meramaikan mahkamah boleh jenguk di Ipoh esok!
PERSOALAN YANG SUKAR DIJAWAB
Kes Teoh diberitakan telah selesai 60% sebagaimana kenyataan ketua polis Negara. Persoalannya sejauh mana pula kepercayaan masyarakat terhadap kenyataan ketua polis tersebut. Ternyata sebelum ini terlalu banyak kematian dilokap yang isunya dilokapkan begitu sahaja. Selagi Suruhanjaya Polis tidak diwujudkan sebagaimana cadangan suhakam, saya yakin tiada ruang dan pengharapan serta kepercayaan mampu diberikan kepada Polis Malaysia.
Walaupun rakyat diminta tidak membuat sebarang tuduhan, namun mampukah pihak penyiasat merungkaikan persoalan yang diinginkan jawapannya oleh masyarakat...saya yakin , selagi suruhanjaya diraja tidak dibentuk, selagi itu lah tiada keyakinan dari rakyat terhadap pihak kerajaan...namun harus diingat, apakah mungkin ianya satu cara mengalih isu sebenar yang wujud?????? semuanya penuh persoalan yang menuntut jawapan segera!!!
Sabtu, 18 Julai 2009
TAHNIAH BUAT PENYOKONG umNO
sila lihat berita yang disiarkan media rasmi kerajaan!
PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membincangkan cadangan kenaikan kadar tarif elektrik baru pada Rabu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata Kertas Kabinet mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk perbincangan dan kelulusan.
Katanya, kenaikan itu dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu lagimenampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana kementerian mempunyai mekanisme khusus untuk meringankan beban mereka.
"Kertas kerja mengenai kadar tarif baru elektrik itu sudah diluluskan Majlis Penasihat Ekonomi Negara baru-baru ini dan kementerian perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet sebelum boleh mengumumkannya.
"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana kerajaan dan TNB sudah tidak mampu menampung kos subsidi berikutan ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran logo baru kementeriannya di sini, semalam.
Kelmarin, Chin dilaporkan berkata, kadar tarif baru elektrik akan diumumkan tidak lama lagi kerana kajian mengenainya sudah siap.
Kali terakhir kerajaan mengumumkan tarif elektrik ialah pada 1 Mac lalu dan ia membabitkan penurunan antara 2.5 peratus hingga lima peratus.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan promosi teknologi hijau dalam usaha menggalakkan penggunaannya di kalangan orang ramai dan industri.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu berkata, pihaknya berharap tarif baru itu tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
"Kita tahu kenaikan ini tidak dapat dielakkan tetapi jika benar ada kenaikan ia tidak sepatutnya menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Jika ada, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat tidak terus dibebani kenaikan ini.
"Mungkin juga kerajaan boleh memberikan permit teksi individu kepada golongan ini bagi memastikan mereka tidak terus berdepan dengan masalah kewangan," katanya ketika dihubungi.
Marimuthu berkata, rakyat boleh melakukan sesuatu sekiranya tidak mahu terus dibebani dengan kenaikan tarif baru elektrik kerana kuasa ada di tangan mereka dan sebagai pengguna mereka boleh berbuat sesuatu dengan berjimat cermat.
Saya yakin penyokong umNO akan terus menyokong kenyataan ini..dalam masa yang sama mereka juga yang akan menanggung bebannya.... tahniah buat penyokong umNo...nanatikan lagi hadiah Najib yang akan menyusul...
SPRM- SENJATA KHAS MENGGULINGKAN KERJAN PR
Polis ternyata tak berbisa lagi kerana Polis berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah membabitkan anggotanya di peringkat rendah hingga tertinggi. Ternyata, kaedah menyambung secara kontrak jawatan utama dalam agensi tertentu melahirkan robot yang setia sesetianya kepada yang menyambung kontrak mereka. Ketua Polis negara adalah contoh paling ketara...
Kini umNo menggunakan pula SPRM yang anaknya di tangkap ketika menyeludup masuk VCD lucah kanan anak ke Australia. Peliknya difahamkan tiada tindakan diambil oleh majikan anaknya- MAS- walupun beliau di tahan oleh Polis Australia
Jika kita melihat kejatuhan PR di Perak bermula dengan Projek SPRM yang berketuakan seorang perempuan ketika itu . Beliau kemudiannya ditukar serta merta dengan alasan kenaikan pangkat ( hadiah dan mengelak beliau menjawab isu yang dicipta). Ternyata ianya berjaya apabila kedua orang ADUN yang dituduh itu berpaling tada..... saya yakin kes ini aan tertunda hingga selesai pilihanraya dan kemungkinan keduanya akan disabitkan kesalahan. Di fahamkan kini, mereka sedang bermain tarik tali...sebab itulah kedengaran isu kehilangan mereka...akhirnya ditutup dengan angin kononnya ADUN PR lagi yang akan melomat!
Hakikatnya SPRM yang baru dinaikkan taraf menjadi Suruhajnya dari sebuah Badan telah menunjukkan taring keduana. Kematian SU Exco Selangor sedikit merencatkan erancangan jahat mereka...percayalah......Pelbagai senjata selain SPRM akan terus digunakan oleh Naib termasuk ehakiman kerana semua tahu.... siapa Naib yang sebenarnya!
Jumaat, 17 Julai 2009
MANEK URAI- PANDANGAN NIK ABDUH
manek urai: ibrah dalam syukur
Julai 16, 2009 in PAS, haraki, jihad, manek urai, pilihan raya, politik, tarbiyyah, wa zakkir | 15 comments
Salam Kamunting,
Perang pilihan raya di Manek Urai telah tamat dan PAS berjaya mengekalkan rentak kemenangan yang berterusan dalam siri pilihan raya kecil pasca PRU 12. Kemenangan tipis dengan majoriti hanya 65 undi adalah agak mendebarkan dan mengejutkan. PAS dan UMNO masing – masing terkejut.
Ia adalah kejutan yang boleh berlaku di mana – mana. Para sahabat al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam mengalaminya di medan Uhud dan di medan Hunain. Kejutan itu daripada Allah. Kita menjangkakan kemenangan selesa sehingga petang dan UMNO mengakuinya, tetapi Allah datang di hujung senja dengan kehendakNya. UMNO kalah kerana itulah kesudahan musuh Allah. Kita pula kalah dalam dan dengan strategi kita sendiri. Allah memenangkan agamaNya. Pastinya bukan kita!
Bagi seorang mukmin yang peka dan khusyu’, mengambil ibrah dan pengajaran adalah lebih jitu dan berguna daripada menikmati kemenangan. Kemenangan adalah anugerah dan hadiah, sedang ibrah adalah amanah dan tanggung jawab. Menang di dunia bukan bererti menang di akhirat, sedang mengambil ibrah di dunia pasti beroleh kemenangan di sana.
Uhud mengajar sahabat erti taat dan tidak gelojoh. Hunain mengajar mereka erti berani dan tidak ujub. Itulah yang utama. Daripada ibrah itulah para sahabat membina diri menjadi tentera Allah yang siap siaga memacu perjuangan dan dakwah.
Allah menghendaki kita mengambil ibrah dari Manek Urai melebihi kegelojohan kita untuk menikmati kemenangan darinya.
Saya harap post mortem terhadap keputusan pilihan raya N41 Manek Urai akan menghasilkan jawaban yang tepat demi mengekalkan kita dalam landasan perjuangan.
Faktor rohani hendaklah diutamakan. Itulah makna perjuangan Islam.
Perhatikan persoalan – persoalan berikut:
1) Mengapa begitu mudah pengundi culaan milik kita di Manek Urai menukar undi kepada BN sedangkan Manek Urai adalah kubu kita di selatan sejak dulu? Di mana nilai agama?
2) Mengapa kita bermudah dengan penceramah DAP, tetapi tidak sesama kita? Tidakkah sebelum ini kita mudah dengan DAP dan lebih mudah sesama kita, dan terbukti telah berjaya?
3) Mengapa perselisihan dalaman dihidupkan sepanjang kempen di Manek Urai sehingga media massa dan musuh seronok memainkannya. Itukah kematangan?
4) Kesatuan adalah syarat kemenangan. Adakah kita meraikannya?
5) Mengapa kita gagal membatasi leluasa politik wang UMNO sehingga pengundi tak pun terasa haram menjual undi mereka? Kita di Kelantan, kubu Islam.
Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.
Kepada anak – anak muda di medan perjuangan, juga di pusat – pusat pengajian, marilah belajar beribrah daripada kejadian hari ini agar kita mantap menyambung tali perjuangan masa depan. Moga kita lebih matang dan bersedia nanti.
PRK tak sama dengan PRU. PAS Kelantan biasanya kalah dalam PRK, tetapi tidak PRU. Kali ini kita menang sebagaimana di Pulai Chondong dulu. Saya yakin Abe Uji mampu memainkan peranan besar membina kembali keyakinan rakyat kepada PAS. Beliau calon yang betul untuk rakyat Manek Urai, insya Allah.
Semoga Kelantan terus membangun bersama Islam.
RAKYAT DIDAHULUKAN-TIDAK MEMBEBANKAN
Selang beberapa hari hadiah di awangan itu masih tergantung...ada yang akan dilaksanakan awal september...tiba tiba hadiah kedua menyususl tiba.... Tambang pengangkutan awam dinaikkan sehingga 3-0 %.... bermula 1 ogos... Apa maknanya??? hadiah yang akan dilaksanakan di bulan september diumumkan lebih dahulu dari kenaikan tambang yang diumumkan kemudian tetapi dilaksanakan seawal ogos! apa ni??? satu lagi budaya menipu dan nmemperbodohkan rakyat!
Saya tak pasti sampai bila rakyat Malaysia khususnya orang melayu seronok diperbodohkan oleh pemimpin umNO? Pemimpin umNO seolah menganggap rakyat terlalu bodoh! Ya !~ Mungkin mereka yang menyokong umNO terlalu bodoh! tetapi tidak pengundi muda yang masih menilai kelompok yang ingin mereka sokong...
Alasan biasa yang seakan sihir dari pemimpin umNO ialah...kenaikan itu tidak akan membebankan.... Takkan naik pun tak membebankan??? tetapi itulah hujjah yang dijaja kesana sini oleh umNO kampung...seakan mereka lebih teruk dari belatuk yang tak berakal sekali sekala... Hujah itu diterima dengan sentimen...demi melayu.... takkan itupun relevan juga demi melayu....??? sah bangang!!!!!
Cukuplah Najib membodohkan dengan slogan one Malaysia! Kerajaan mengamalkan kesaksamaan untuk semua kaum...dalam masa yang sama umNO menyalak membela dan mempertahankan hak melayu.... Di majlis umum Najib menyalak one Malaysia...di majlis umNO...najib melolong membela melayu!!! bagaimana dua keadaan berbeza seperti timur dan barat boleh dibuat Najib dalam satu masa???? Berfikirlah wahai bangsaku!!!!
Datuk Tuan Ibrahim menyifatkan one Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap amalan Pakatan Rakyat... Tiada parti perkauman...Jelas...Cina Melayu dan India boleh bersama dalam Pakatan Rakyat.... sesuatu yang tiada dalam majlis BN! umNO melalak menyanjung Melayu, MCA dan Gerakan pulak melalak membela hak Cina, MIC pulak dengan India nya.... Mereka bersatu dalam BN tetapi berbalah dan bercanggah.... Sebab itu rakyat yang mula menggunakan akal mula meninggalkan BN. Yang tinggal hanya yang kurang akal atau yak menggunakan akal.
Hujah Melayu hanya gula gula getah yang boleh dikunyah bukan untuk ditelan supaya kenyang...nampaknya seperti tak henti makan, tetapi tak pernah kenyang.... Bila dibuang keluar atau terlepas dari mulut akan menyusahkan orang keranam boleh melekat dan mengotorkan!
Memang Najib kini sedang mendahulukan rakyat....untuk mengumpul khazanah dan harta negara bagi projek yang di agih sesama mereka....
Rabu, 15 Julai 2009
MANIK URAI- TERLALU BANYAK YANG PERLU DIHURAI
Kemenangan PAS di Manik Urai dengan manjoriti tipis agak mengecewakan. Perjalanan awal pilihanraya tersebut dilihat sesuatu yang dirancang dengan rapi hasil konspirasi antara umNO dan SPR. Namun begitu... apakah PAS membiarkan situasi itu tanpa melakukan sesuatu yang dapat mengimbangi kelebihan kuas yang dimiliki umNO?
Perjalanan pilihanraya kali agak janggal jika dilihat dari dua pilihanraya yang disertai PAS. Kuala Trengganu dan Bukit Gantang. Dari awal lagi pilihanraya Manik Urai melibatkan suasana masalah dalaman PAS terutama melibatkan Kelantan. PAS Pusat berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas dan baik menjellang suasana PRK, namun suara dari Kelantan sendiri memeprlihatkan seolah mengheret maslah yang telah selesai tersebut di PRK manik Urai. Kenyataan pimpinan Kelantan khususnya Pengarah pilihanraya amat menyesakkan. Banyak komen dari blog telah mengkritik perkara ini.
Keghairahan penyokong PAS seluruh negara terhadap pilihanraya kecil amat tinggi. Mereka ingin menyumbangkan tenaga dan kelebihan kurnia Allah kepada mereka... Ia antara kunci kekuatan perjuangan Islam..IKHLAS... Islam tidak tegak dengan kekuatan dan strategi semata.... ia tegak dari gabungan keikhlasan dan kekuatan kerja serta doa seluruh pendokongnya.... ia tidak berlaku di dalam PRK Manik Urai...
Dari awal...diumumkan dalam muktamar bahawa penyokong yang ingin ke Manik Urai tak perlu bawa apa apa selain tubuh badan...kenyataan yang melegakan , namun sedikit wujud keangkuhan.... Setelah ianya berlangsung... ternyata sokongan luar amat tidak dialukan alukan.... Mungkin di atas keyakinan kekuatan dimiliki Kelantan setelah menjangkau usia 20 tahun pemerintahan Tok Guru... Malah agak keterlaluan..sehingga pemimpin pusat pun dilihat seakan ada sorong tarik untuk mereka di Kelantan... atas alasan strategi melokalitikan pilihanraya tersebut... atau lebih jujur mengKelantankan pilihanraya.
Saya yakin ramai yang tidak merasai PRK kali ini berbanding dua PRK sebelum ini. Hanya di saat akhir ada permintaan agar penyokong PAS berpuasa memohon kemenangan PAS di Kelantan...
Sebelum ini telah banyak kelihatan sessi "balas pantun" khususnya antara PAS Trengganu dan Kelantan. Seakan ingin menunjukkan PAS negeri mana lebih kluat,...seakan wujud perbezaan antara PAS Kelantan dan Trengganu...seseuatu yang WAJIB dihapus kira dengan segera...kerana islam tidak pernah mengalu alukan sikap yang sebegitu...
Moga dengan hasil PRK ini akan menjadikan kita satu saf yang tidak lagi merasakan kekuatan kita mampu atau mengatasi kekuatan orang lain...ingatlah.... Kesombongan selalunya tidak bersama dengan Islam!
Alangkah seronoknya melihat kerjasama PAS dari seluruh negara dalam PRK KT dan Bukit Gantang.... Tungkus lumus pejuang PAS dari Kelantan dan Trengganu khususnya amat baik...cuma sayang ada kebanggan kemudiannya (mungkin bukan dari mereka yang berjuang ) bahawa kalau tidak kerana kerja dari PAS "luar" Perak akan sukar menang di B Gantang..anda boleh membacanya dalam banyak komen di pelbagai blog....
Apapun...PRK Manik Urai adalah anugerah Allah untuk kita sebagai medan muhasabah...terlalu banyak yang perlu di HURAI di Manik Urai....
CERAMAH SEMASA DI CHEMOR
TARIKH16 JULAI 2009 (KHAMIS mALAM JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN TOKONG KUALA KUANG CHEMOR.
MASA . 9. MALAM
PENCERAMAH: TN IBRAHIM TN MAN (NAIB PRESIDEN PAS)
DR KHAIRUDIN ABD MALEK (TPJ PERAK)
YB LEONG MEE MENG (ADUN JALONG)
Ahad, 12 Julai 2009
umNO DAN POLITIK PUTERI GUNUNG LEDANG

SINAR HARIAN- WADAH SARAF umNO
Jika diteliti...Sinar harian telah berjaya menjadi saraf umNO dalam banyak isu... Di satu sudut ianya dilihat lebih terbuka lantaran menyiarkan berita Pakatan Rakyat yang agak seimbang. Ia juga banyak menyiarkan isu setempat walaupun kekadang ianya sudah basi. Sesetengah pemimpin kekadang terlalu berminat untuk membuat temubual melalui Sinar.... maklumlah...hanya Sinar yang memberi ruang..... memang ianya turut memberi kredit kepada Pakatan Rakyat.
Namun harus diingat dalam beberapa isu, Sinar dilihat telah berjaya memainkan sentimen melagakan dan mengelirukan. Secara jelas isu Kerajaan Perpaduan mereka berjaya mengambil pandangan pihak berbeza dalam PAS untuk menunjukkan perbalahan yang di dakwa berlaku dalam PAS..... Terkini, kenyataan ketua Dewan Pemuda PAS Perak berkaitan PPSMI....
Menurut sumber, kenyataan tersebut hanya menjelaskan pendirian Pemuda PAS berkaitan isu PPSMI. sinar difahamkan menggunakan tajuk Pemuda PAS sokong Muhyidin. Bila pulak pemuda menyokong Muhyidin???? Ketua Pemuda Pas Perak telah memperbetulkan kenyataan tersebut. Beliau langsung tidak menyebut tentang sokongan kepada mahyudin.... ianya hanya kefahaman yang tak faham dari wartawan. Itu hanya sebahagian dari berbagai isu yang telah berlaku sebelum ini.
Apa yang dimaksudkan dari tulisan ini bukanlah menghalang kenyataan akhbar melalui Sinar harian, namun mengharapkan penyokong Pakatan Rakyat lebih berhati hati dalam menerima berita yang disiarkan. Jangan hanya kerana sedikit berita PR yang disiarkan , lalu dianggap apa sahaja yang disiarkan setaraf dengan siasah malah Harakah. Sumber berita itu dijadikan hujjah...ianya sesuatu yang sangat tidak wajar....
Sinar harian tetap Wadah umNo! ia menjelma dengan rupa baru setelah Utusan diboikot! jangan kita lupa ekor musang hanya kerana ianya berbulu ayam!!!!!
Jumaat, 10 Julai 2009
PPSMI- umNO MENGUJI KESETIAAN MELAYU
Tokoh bahasa tetap tidak meyakini janji Muhyidin Yasin. Ianya berlaku ketika gelombang PRK Manik Urai yang diketahui kawasan Majoriti Melayu dan antara yang paling teruk menanggung akibat PPSMI kerana Manik Urai adalah kawasan luar bandar. Saya selalu ke sana...terutamanya Lata Rek yang indah.
Harus diingat! umNo selamanya tak boleh dipercayai terutama janji pilihanraya. PPSMI yang akan dihapuskan menjelang 2012 termasuk janji pilihanraya.... Antara yang dipertikaikan oleh tokoh bahasa ialah mengapa perlu ditangguhkan. Setelah kita mengetahui kita sedang minum racun , maka apa perlu dibiar dihabiskan segelas. Mengapa tidak dirampas dan dibuang racun itu segera... inilah "kebijaksanaan" umNO.
PPSMI adalah dasar yang dijalankan tanpa kajian.... namun untuk menghapuskannya terpaksa dikaji berulangkali... lojik ke??? setelah diketahui akibatnya tetap merugikan terutama melayu luar bandar..masih ingin ditangguhkan. Ternyata ianya terpaksa dihapuskan setelah tokoh bahasa melayu bangkit bersuara. umNO tidak peduli jika tokoh ini tidak bersuara walau mereka tahu akibatnya...
Kini mereka menangguhkannya untuk menghapuskan PPSMI ..barangkali untuk melihat kesetiaan melayu kepada mereka.... umNO menyangka melaytu dulu sama dengan melayu kini..setelah dipujuk.... mereka akan berlembut..dan lupa...TIDAKKAH MAHATHIR PERNAH BERKATA MELAYU MUDAH LUPA???? namun kini sebenarnya umNO yang lupa..melayu baru telah muncul
-PPSMI-APA KATA PAK SAMAD
PPSMI: Kerajaan cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus - Pak Samad
Thu Jul 09, 09 4:00:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.
"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.
Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.
"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.
Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012. - mns-HarakahDaily.Net-
Khamis, 9 Julai 2009
KEBENARAN MEMADAM FITNAH
Namun hari ini segala-galanya terbongkar dan menjawab segala teka-teki 'kehilangan' ustaz Nasha apabila beliau selamat menjalani pembedahan kecil pagi tadi di Hospital Serdang dan dijangka keluar petang ini.
Maklumat terbaru Ustaz Nasha dan Tuan Guru Nik Aziz bakal berkongsi pentas dalam satu majlis ceramah yang bakal diadakan sebelum pembuangan undi di Manek Urai.

SEMOGA ALLAH MEMBERI KESABARAN KEPADA USTAZ NASHA DAN SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA GOLONGAN PEMFITNAH
Rabu, 8 Julai 2009
MASANYA UNTUK MENGHURAI KEKUSUTAN DALAM PAKATAN!!
Apa yang terhidu hanya umpan dalam isu wacana cadangan pemuda yang nampaknya kini makan tuan. Yang termakan hanya sorang dua yang barangkali ada rasa tak selesa dengan kepimpinan pemuda sekarang. Keseluruhan isu tersebut memberi kelebihan kepada PAS.
Di Kedah, isu babi yang sangat tak digemari oleh orang melayu kerana kesialannya sedikit mengeruhkan suasana. Bukan kerana babi yang sememangnya bernajis itu menjadi puncanya, tetapi sikap rakan yang terlalu menjaga diri dan survival politik mereka. Isu yang sepatutnya diselesaikan secara adik beradik menjadi biawak hidup yang menjadi talian hayat umNo di Manik Urai. Nasib lah Manik Urai kawasan majoriti melayu.
PKR pula sekarang sedang bertungkus lumus menyediakan team yang boleh menyelamatkan DSAI dari ulangan konspirasi umNo untuk menghumban DSAI ke penjara semula. Tercalarnya hubungan PKR dengan dap di Pulau Pinang gara gara perlantikan ahli Majlis perbandaran tetap menampakkan sedikit kerapuhan dalam memahami kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat.
Umum memahami dan dapat melihat kecenderungan masyarakat bukan Islam terhadap PAS khususnya melalui kelab penyokong. Mungkin jika diselami berlaku sedikit prasangka kelab penyokong terhadap pimpinan PAS terutama Presiden dalam isu yang kini dah selesai. Itu pun berpunca dari sikap beberapa kerat pemimpin terbabit yang tidak dilihat menjernihkan keadaan dan memberi penerangan kepada pimpinan kelab selain mainan media. Sesekali mereka dilihat lebih mengeruhkan suasana...mungkin ada sebab tersendiri yang tak wajar berlaku...
DAP menyedari suasana yang mula berpihak kepada PAS ini. Sepertinya dalam keadaan tertentu beberapa pimpinan DAP tidak bersikap mendamaikan suasana dalam meraikan sahabat dalam Pakatan. Ia tidak berlaku sebagaimana sikap beberapa pimpinan PAS yang terkadang terlebih dalam meraikan perasaan sahabat dalam Pakatan. Bayangkanlah.... bagaimana usul yang telah dibahas dan diterima di dalam muktamar PAS Pusat pun boleh ditarik dan dipinda semula..... saya tak tahu dari segi tenikal nya apakah usul tersebut masih boleh dijadikan usul lagi kerana ianya dipinda di luar muktamar!Kalau di Mahkamah..SAH ianya ditolak..
Dalam isu babi yang barangkali sebahagian masyarakat cina moden pun sudah memandang keji kepada babi terutama setelah serangan JE dan HINI baru baru ini, pemimpin DAP Kedah mengambil sikap keanakan dengan mengistiharkan keluar dari Pakatan. Sememangnya ia tidak menjejaskan Pakatan Kedah, namun sikap mengungut keluar Pakatan adalah nakal dan keanak anakan. PAS sendiri seingat saya tak pernah mengugut keluar Pakatan selain kenyataan tegas TG Presiden suatu masa dahulu bahawa PAS tidak akan bersama membentuk kerajaan Malaysia jika Islam tidak dominan, ketika isu 16 September.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh pimpinan PAS termasuk ulasan Ketua Penerangan, Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad bahawa PAS tidak pernah mengkhianati kawan. DAP pernah meninggalkan BA suatu ketika dulu. Ombak mac melembutkan hati pemimpin DAP termasuk di Perak ketika usaha awal melantik DS Nizar sebagai MB Perak ditentang oleh Lim Kit Siang. Kenyataan keras Karpal tak perlu diulang lagi termasuk kepada DSAI. Ugutan menjadi senjata DAP akhir akhir ini. Pimpinan utama Pakatan wajar melihat situasi ini dengan serius.
Pakatan Rakyat barangkali perlu lebih kerap duduk semeja membincangkan isu sikap dan pendirian yang lebih jelas dalam gabungan. Sememangnya kita bersama dalam isu yang kita sependapat, Itu yang disuruh Al Quran, namun telah tiba masanya kita mengendurkan isu yang berbeza. Saya amat yakin penjelasan dan hujjah yang mantap akan dapat mengendurkan perbezaan yang berakar umbi. Isu negara Islam umpamanya, sesuatu yang sangat ditakuti oleh sebilangan pimpinan DAP yang mungkin tidak lagi ditakuti oleh penyokong mereka yang kerap bersama penyokong dan pendakwah PAS di lumpur masyarakat.
Sewajarnya perbincangan dalam perkara yang berbeza ini dapat dilakukan bagi menyediakan PR sebagai kerajaan menunggu. Ianya mesti diselesaikan sebelum kita membentuk kerajaan. Mungkin juga sebelum kejayaan sebarang konspirasi menghumban DSAI ke penjara, kerana dilihat DSAi sebagai orang tengah perbezaan PAS dan DAP. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Kesediaan untuk berhujjah dan berlapang dada kepada kebenaran mampu mendamaikan dan mengekalkan kebersamaan kita. umNo hanya berharap agar akan ada pertelingkahan dan perbalahan dalam PR sebagai talian hayat mereka untuk terus berkuasa.
Perlu diberi perhatian, pertemuan itu bersifat kekeluargaan, Jangan ada yang di jaja diluar pertemuan terutama media. Biarlah berbalah asal tak bertumbuk sudah dalam mempertahankan prinsip masing masing dan mencari satu persamaan... yang akhirnya kita akur kepada kebenaran.... SAYA AMAT YAKINI... KEBENARAN HANYA MILIK ISLAM!
PERTUKARAN TEMPAT MUNAQASYAH
TERIMA KASIH ATAS RESPON..C. DIN
Selasa, 7 Julai 2009
HIMPUNAN MANSUHKAN ISA PERAK
TEMPAT : BALAI ISLAM KG. TERSUSUN BUKIT JANA,KAMUNTING TAIPING(1KM DARI KEMTA ISA)TARIKH : 16 JULAI 2009 / 23 REJAB 1430 (KHAMIS)
MASA : 9.00MLM
PENCERAMAH : YB SALAHUDDIN AYOB ( NAIB PRESIDEN PAS, MP KUBANG KRIAN )
YB GOBALAKRISHNAN ( AMT PKR,MP PADANG SERAI)
USTAZ ZAWAWI HASAN ( KETUA PEMUDA PAS PERAK)
YB YEE SIEW KAI ( PIMPINAN DAP,ADUN POKOK ASAM)
SERTA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT LAIN YANG SEDANG DIHUBUNGI.
BAJU RASMI HIMPUNAN MANSUH ISA SERTA PENGIKAT KEPALA AKAN DILANCARKAN OLEH DPP PERAK PADA MALAM TERSEBUT.
UNTUK TEMPAHAN GERAI SILA HUBUNGI MOHD YAAKOB 0125782767
KEHADIRAN ANDA SEBAGAI TANDA KEARAH PEMANSUHAN ISA.
BUKTIKAN KOMITMEN ANDA!
Salam perjuangan dari :
jentera penerangan pemuda PAS Perak
Isnin, 6 Julai 2009
HARAP MAAF
Jumaat, 3 Julai 2009
HENTIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN ATAU HADAPI TINDAKAN!
Fri | Jul 03, 09 | 3:38:35 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) -Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan.
"Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.
"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah," katanya
Sekiranya fenomena ini berlaku kata Tuan Ibrahim, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.Ingatan ini katanya hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat.
"Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita.
"Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi," katanya
Justeru, katanya sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana.
"Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah 'Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya'," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. - azm _
Khamis, 2 Julai 2009
Tahniah DPP PAS Pusat
Namun sedikit malang ada dikalangan pendokong PR tanpa tahu asal usul dann hanya baca tajuk dari akhbar yang selama ini dikritik sendiri boleh melompat... " Tengok pemuda nak buka balik pasal kerajaan perpaduan" antara respon jahil yang terpancul...saya tak kata sesiapa tetapi ianya mengenai semua yang melontarkan respon bodoh seperti ittu...
Jelas pelawaan (baca cabaran) Pemuda PAS itu adalah ruang terbaik. Sejak bila kita menjadikan medan berhujjah sebagai satu yang haram dalam perjuangan? Kenapa hanya orang tertentu bebas bertemu sesiapa yang ingin ditemui namun Haram kepada orang tertentu.???. Diharap agar semua pendokong PR boleh berlapang dada. Kita berperang dengan hujjah dan ilmu bukan sumpah dan maki merapu....
Tahniah sekali lagi kepada pemuda pimpinan Ust Din Tantawi dengan langkah awal yang penuh bergaya... hadapilah sesiapa sahaja dengan hujjah kerana kebenaran tersebar dengan hujah bukan dengan paksaan dan harapan di awangan...
