Isnin, 31 Ogos 2009
HADIAH UNTUK RAKYAT YANG DIDAHULUKAN
Hari ini , sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan negara, rakyat yang diutamakan mendapat hadiah yang dijanjikan beberapa bulan lalu. Di atas alasan kerajaan sudah tidak mampu menanggung subsidi dan harga minyak dinegara jiran jauh lebih mahal ianya terpaksa dihalalkan.
Semuanya sudah pasti untuk pencapaian yang menjadi keutamaan kerajaan. Demi menggapai keutamaan pencapaian, apalah salahnya rakyat didahulukan untuk dikorbankan? Kerajaan pastinya akan terus mendahulukan rakyat untuk dikorbankan demi mengutamakan pencapaian! Tahniah buat semua warga Malaysia yang menerima hadiah kenaikan harga minyak istimewa buat penyokong tegar umNO Bee End
1 MALAYSIA :RETORIK MENYATUKAN RAKYAT, TETAPI BN SENDIRI SEMAKIN BERPECAH – PESURUHJAYA PAS PERAK
1 MALAYSIA :RETORIK MENYATUKAN RAKYAT, TETAPI BN SENDIRI SEMAKIN BERPECAH – PESURUHJAYA PAS PERAK
1 Malaysia adalah istilah yang digunapakai oleh Perdana Menteri hari ini. Sudah pasti ia akan terus berubah apabila berubahnya perdana menteri. Tetapi, apa yang dilihat hari ini, rancangan untuk menyatukan rakyat pelbagai bangsa ini, gagal dilaksanakan di peringkat dalaman BN itu sendiri. Sesama pimpinan BN sendiri sudah berpecah sesama sendiri.
Mengulas tentang hal ini, Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak berkata, “BN mengajak kita supaya bersatu, tetapi mereka sendiri berpecah sesama mereka”.
Dalam masa yang sama, beliau menyifatkan bahawa kesatuan dan perpaduan yang didakwa oleh BN hanyala retorik semata-mata. BN hanya pandai berkata dan berteori, tetapi mereka sendiri bertentangan dengan teori yang mereka bawa. Contohnya apa yang terjadi di kalangan pimpinan BN sendiri.
Beliau berkata lagi, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, orang Yahudi di Madinah pada mulanya tinggal dalam keadaan berpuak-puak. Demikian juga apa yang diamalkan oleh orang Musyrikin Mekah. Mereka hidup berpuak-puak, dan berperang sesama mereka dan kerap berlaku persengketaan sesama mereka.
“Walaupun mereka itu Yahudi, mereka tetap mempunyai suku-suku tertentu. Begitu juga Kaum Musyrikin Mekah. Mereka kesemuanya berbangsa Arab, tetapi masih lagi mengamalkan puak”, katanya.
Beliau berkata lagi, walaupun mereka itu hidup berpuak dan berperang sesama mereka, namun mereka bersatu apabila menentang Islam. Contohnya ketika usaha pembunuhan Nabi Muhammad SAW. Seramai 10 wakil daripada pelbagai puak dipanggil untuk melaksanakan usaha membunuh Nabi SAW. Mereka sanggup bersatu untuk menghapuskan Islam, walaupun pada mulanya mereka bergaduh sesama mereka.
Demikian juga Yahudi di Madinah. Walaupun mereka hidup berpuak, tetapi mereka bersatu menentang Nabi Muhammad SAW ketika Perang Ahzab. Mereka berpecah sesama mereka, tetapi bersatu apabila cuba menjatuhkan Islam.
Beliau berkata lagi, hari ini kita perlu melihat bahawa di sana terdapat iktibar yang perlu diperhatikan. Saya tidak kata UMNO itu Yahudi atau Musyrikin Mekah, tetapi kesatuan yang dicanang oleh BN hari ini, adalah bertujuan menolak Islam terlaksana di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka sendiri bertelagah sesama sendiri.
Perpecahan yang terjadi di dalam BN semakin membarah hari ini. Tetapi apabila mereka cuba untuk menafikan kedudukan Islam di Malaysia, mereka boleh bersatu. Hari ini kita melihat bahawa perkara ini semakin terserlah. Kerajaan memperjuangkan 1 Malaysia, akan tetapi sesama pimpinan BN sendiri tidak sekepala. Mereka mengatakan PKR, DAP dan PAS mempunyai kepentingan masing-masing, sedangkan MCA, MIC dan UMNO sendiri yang berbuat demikian.
Beliau berkata lagi, memang benar, 1 Malaysia hari ini hanyalah retorik semata-mata, tidak lebih melainkan teori yang dicipta oleh PM semata-mata. Sedangkan sesama pimpinan mereka sendiri berpecah dan memperjuangkan kepentingan masing-masing.
Selain itu, BN sering mendakwa bahawa PR semakin berpecah, sedangkan tohmahan ini lebih terpalit ke muka mereka sendiri. Mereka mendakwa bahawa PR hanya memperjuangkan kepentingan semata-mata, sedangkan tohmahan ini lebih terpalit ke muka mereka. Mereka memfitnah PR itu dan ini, sedangkan fitnah itu terpalit semula ke muka mereka sendiri.
Beliau memperingatkan bahawa Allah SWT Maha Adil. Kalau manusia hari ini menafikan keadilan Islam, maka mereka dipersilakan untuk mempersembahkan sebuah sistem yang lebih adil daripada Islam. Kalau mereka cuba mereka-reka fitnah, maka tunggulah fitnah yang lebih besar yang akan terpalit ke muka mereka semula. Kalau mereka cuba memecahbelahkan rakyat hari ini dengan perjuangan mereka, maka hari ini kita melihat mereka sendiri semakin berpecah.
MERDEKA! NAJIB SURUH SOKONG PAKATAN RAKYAT?

Memang merdeka semakin hambar dalam negaraku. Hambar bukan kerana bulan ramadhan. Hambar bukan kerana rakyat tidak lagi patriotik. Hambar bukan juga kerana tiadanya konsert. Hambar kerana rakyat semakin keliru erti merdeka. Hambar kerana rakyat tidak rasai kebebasan yang dilaungkan disebalik erti merdeka!
Merdeka ertinya bebas! bukan hanya bebas dari penjajah, tetapi erti kebebasan dari kongkongan melakukan aktiviti masyarakat yang bebas... bersuara.. menulis... mengkritik malah berhimpun menyatakan suara hati yang terpendam!
Apa ertinya merdeka jika kita boleh ditangkap tanpa didakwa? apa ertinya merdeka jika kita tak boleh berhimpun menyatakan kritikan terhadap dasar kerajaan yang merugikan bangsa dan negara? Apa ertinya merdeka jika semua yang dibuat pemerintah adalah betul dan yang menongkah pandangan pemerintah dianggap salah dan menghasut?
Jika dulu segala hasil dibawa ke luar negara melalui syarikat British, kini hasil rakyat dikongsi golongan berkuasa dan yang rapat dengan mereka untuk dibelanjakan di luar negara? Khabarnya ada yang shopping di Perancis hingga lapan biji kereta??? Apa ertinya merdeka jika dulu hasil rakyat dicukai dengan cukai yang tak munasabah...kini rakyat dirompak ditengah jalanraya melalui tol yang semakin meningkat?
Kita dikhabarkan merdeka dengan jalinan kaum yang jitu...namun 1969 menyaksikan jalinan itu rapuh dan terhurai. umNO, MCA dan MIC yang mendokong jalinan itu ternyata gagal. Masing masing dengan semangat perkauman yang sangat kental. Walau ketiga tiga parti itu mendokong BN namun tidak kelihatan jalinan antara mereka melainkan dilakonkan oleh pemimpin di masa dan waktu tertentu dan sebaliknya di waktu tertentu.
Semua yang tak mudah lupa dan tak mudah diperdaya masih ingat operasi lalang yang dilakukan adalah hasil pertembungan kaum dalam BN. umNO dengan kerisnya dan Gerakan yang telah menjadi rakan BN saling menjulang kaum masing masing. PM sekarang yang menjadi ketua Pemuda ketika itu menjajikan perarakan besar besaran kaum melayu untuk menuntut hak. kemuncaknya pemimpin pembangkang yang gagal diperalatkan dengan api perkauman menjadi mangsa. Bayangkan jika pemimpin pembangkang terikut dengan rentak perkauman pemimpin BN.
Sejarah perkauman parti kompenan BN bukan sekali. Beberapa kali Hishamudin mencabut dn mencium keris pusaka bangsatnya konon membela melayu. Berapa kali Khairy mencetuskan kemarahan kaum Cina dalam himpunan umNO sehingga MCA dan Gerakan meloncat di depan penyokong cina walau berpelukan di belakang mereka. umNO digambarkan mendokong melayu, MCA dan gerakan mendokong Cina dan MIC mendokong india. Benarkah???
Siapakah yang menggadai harta melayu sejak merdeka, mencagar dan menggadainya kepada Singapura.harta pusaka tanah rizab yang digazetkan sejak merdeka.... berapa milikan bumiputra yang ditaburkan melainkan berkisar di kalangan kroni umNO dan juak juak mereka? MCA dan Gerakan juga begitu cuma bezanya ia tidak dilihat begitu ketara kerana orang Cina dari kurang semakin bertambah...namun jika dinilai dengan harta pemimpin mereka ianya tetap jauh jurangnya. Kaum India masih lagi dibelenggu dengan skandal Maika yang tak pernah selesai. Bukan medan ini untuk saya senaraikan skandal itu semua...hanya mereka yang sensitif persekitaran dan hak tahu dan ingat ini semua...bagi yang hidup macam ayam daging mereka tak pernah peduli nasib mereka di masa depan apatah lagi anak cucu mereka. mereka rela disembelih setelah gemuk asalkan dapat makan, biarpun makanan itu ialah nasi basi lebihan tuan mereka.
Api perkauman terus dimainkan saban masa. Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus BTN cukup tahu realiti ini. Lagu anak kecil bermain api dan seumpamanya adalah benih kebencian perkauman yang sangat bahaya. umNO menjadikan api perkauman sebagai senjata mereka menakutkan melayu andai kehilangan kuasa. Cina dan India pula ditakutkan dengan negara Islam yang akan merampas kebebasan dan hak mereka. tangan kaki akan dipotong hingga Cina dan India menjadikan PAS sebagai musuh yang digeruni. melayu takut PAS kerana bimbang kuasa melayu terhakis akibat perpecahan...itulah racun umNO sekian tahun.
Pemecatan DSAI menjadi tapak lonjakan memecahkan benteng perkauman umNO dan BN hasil keberanian Allahyarhan Datuk Fadhil Nor mencetuskan GERAK. Walaupun ianya tak kekal lama lantaran kefahaman cetek khususnya dikalangan pemimpin DAP , ia tetap satu usaha besar memcahkan tembok pemisah antara kaum. Mula kelihatan himpunan disertai pelbagai kaum dalam pelbagai pimpinan dari kaum yang berbeza. ia tidak kekal lama namun benihnya tidak mati...

DetikMac 2008 menyaksikan benih itu seakan tumbuh tiba tiba..meranting dan mula kelihatan pucuk yang bakal menghasilkan buah. Perak menjadi peneraju perubahan itu. umNo bimbang..MCA dan Gerakan turut kekalutan, MIC mula sawan dengan perubahan ini.Presidennya kecundang di tapak keramat Sg Siput di Perak. Ong Ka Ting dan Keturunan Keng Yik mula ghuyub dari Parlimen Malaysia.
Perkembangan ini bahaya bagi umNO dan sekutu BN nya. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain. MIC bergelora. MCA berkecai, Gerakan mula memikirkan berkali nasib mereka sebelum memilih kekal bersama BN. Ahli Perlimen mereka mula diragui. pemimpin besar umNO, MCA dan MIC satu demi satu membawa diri...PKR antara destinasi hentian mereka. Di Perak, umNO menjalankan saraf DS Nizar sebagai boneka Cina dan penderhaka...sesuatu yang jelas bersifat perkauman... ianya tidak dianggap perkauman kerana datang dari umNO!
PAS bukan perkauman kerana kelab penyokong PAS dari pelbagai bangsa. PKR jua mempunyai keahlian dan pimpinan yang jelas berbagai bangsa. DAp yang kelihatan Cina juga bukan perkauman kerana keahliannya terbuka pelbagai bangsa. Ianya ber gabung dalam Pakatan Rakyat yang membela semua kaum yang tertindas. Itulah semangat Malaysia yang diperjuangkan sekian lama dan Ruh Islam yang diperjuangkan PAS sejak ditubuhkan.
Inilah juga intipati ucapan Najib menyambut merdeka tahun Ini....
Golongan ini, tegas beliau, telah mengeksploitasikan garis-garis gelinciran yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum, sama ada ia bersifat politik, agama mahupun sosial demi memuaskan agenda sempit mereka.
Menurut perdana menteri, formula rahsia yang telah mendasari kejayaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, faktor perpaduan di antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan, "bukannya perkara titik bengik yang menyebabkan perpecahan".
Apakah ini tandanya Najib menyeru rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat??? Jelas BN tidak miliki ciri itu kerana kompenannya tetap bersifat dan memperjuangkan perkauman...
Ahad, 30 Ogos 2009
BENARKAH SOKONGAN umNO TELAH PULIH?
Setelah pilihanraya kecil Permatang Pasir, rakyat tertunggu nasib DUN Kota siputeh. Kegagalan ADUN nya menghadiri sidang dua kali berturut turut bersalahan dengan undang undang tubuh kerajaan negeri Kedah. Apapun alasan, tidak hadir tanpa makluman kepada speaker adalah satu kesalahan.
Surat sudah dihantar oleh speaaker kepada SPR. sekali lagi nampaknya SPR terpaksa mencari alasan mengelak pilihanraya kecil dilakukan. Seperti di tiga DUN Perak yang dimaklumkan speaker kosong namun ditolak oleh SPR. Kuasa speaker dah tak laku. kini SPR bukan lagi berhadapan dengan kuasa speaker tetapi kuasa undang undang tubuh negeri Kedah. Jika undang undang tubuh negeri pun boleh diatasi oleh SPR , itu tanda SPR bukan bebas tetapi kebal!
Mahyudin Yasin telah memberikan isyarat awal yang saya yakin ditujukan kepada SPR dan bukan rakyat seperti kita....
"“Berdasarkan keterangan beliau, tidak perlulah pilihan raya kecil. Tetapi macam berlaku di Perak, kita serah pada SPR,” katanya dalam sidang media di Seberang Jaya,hari Rabu.
Menjawab soalan sama ada BN bersedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil, Muhyiddin berkata, “kita akan (BN) akur keputusan SPR tetapi pihak sana (pembangkang) tak setuju,”.
Bagaimanapun beliau menaruh harapan tidak perlu ada pilihan raya di kawasan itu berdasarkan penjelasan Abu Hasan.
Bagi rakyat kita menanti keputusan SPR. Bagi yang memang dah ketagih pilihanraya kecil sentiasa berdoa agar pilihanraya kecil akan terlaksana. Antara yang diyakini mengharapkan agar pilihanraya kecil akan dilakukan ialah penduduk Kota siputeh.Mereka menanti durian runtuh ke kawasan mereka pula. Saya yakin ramai yang sedang mencatat bilangan kehadiran di pilihanraya kecil termasuk bilangan cuti berbaki yang boleh digunakan andai terlaksana pilihanraya lagi.
Persoalan yang timbul ialah, mengapa umNO bersungguh menolak pilihanraya kecil? apakah mereka masih menggunakan alasan pembaziran? jika ianya satu pembaziran, saya cadangkan agar umNO menarik diri sebagaimana di Penanti.
Sepatutunya umNO ghairah untuk menghadapi pilihanraya Kota Siputeh kerana ia adalah kawasan umNO. Ini adalah masa untuk umNo mengimbangi kekalahan mereka dalam siri pilihanraya kecil yang mereka hadapi. Apakah umNo takut atau tidak lagi meyakini sokongan rakyat terutamanya melayu yang mereka dakwa telah menyebelahi mereka. Sokongan yang dianggap sudah kembali hasil pertunjuk di Manek Urai sepatutnya menghairahkan umNO. apapun umNO jelas mengelak dari berhadapan dengan rakyat sekali lagi.
Jelas umNo hanya menyebarkan "perang Psikologi" untuk menguasai minda rakyat dengan mendakwa sokongan kepada umNO telah kembali. Mereka sedar kebanyakan rakyat akan mengundi parti majoriti terutama yang ada kepentingan peribadi. Jika benar rakyat telah kembali menyokong umNO tentunya umNO tidak bimbang dengan pilihanraya kecil. Jika benar sokongan rakyat bersama umNO, tentu di Perak telah diadakan pilihanraya kerana umum mengetahui jentera pentadbiran Perak lumpuh gara gara rampasan kuasa oleh Kudeta umNO.
Kita nantikan juga kemelut Perak yang akan sampai kemuncaknya gara gara pembentangan belanjawan negeri yang belum memberi pertunjuk akan diadakan. Apakah umNo sanggup memerintah tanpa belanjawan dan menambahkan koleksi kes mahkamah yang bertimpa gara gara tindakan melanggar perlembagaan setiap kali berlaku sesuatu perubahan dalam usaha menghalalkan rampasan kuasa oleh umNO?.
persoalannya benarkah sokongan rakyat telah kembali kepada umNO? atau ianya propoganda yang mengaharapkan keyakinan rakyat terhadap mereka atau mungkin juga agar pemimpin mereka tidur lena....
KITE TENGOK SIAPA YANG KENAAA
| | |||||||
| KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.
Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan. Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka. Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta. Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008. Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya. Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong. Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya. Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong. Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu. Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press. Ong membuat laporan polis, mengemukakan saman RM500 juta serta melemparkan tuduhan terhadap Tiong selepas Ketua Pegawai Eksekutif KDSB itu mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya 12 Ogos lalu. "Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata. Tuduhan tersebutlah yang mendorong Tiong mengemukakan laporan polis terhadap Ong. Tiong malah menyatakan beliau bersedia ke mahkamah dan menyatakan beliau mempunyai saksi untuk membuktikan beliau memberikan RM10 juta kepada Ong. Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali. Faizal yang timbalan ketua Umno Bahagian Kapar seterusnya mendakwa, Ong �berhutang� kepada KDSB sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut. Tidak ada penafian yang meyakinkan dari Ong terhadap dakwaan Faizal itu. KDSB ialah syarikat yang disiasat dalam skandal PKFZ. Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion. Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers, syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan. Ahad lalu, bekas naib presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa, jika didedahkan skandal itu, ramai pemimpin Umno yang terlibat. Dakwaan itu tampil selepas dakwaan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong | |||||||
Sabtu, 29 Ogos 2009
BODOH MACAM LEMBU ATAU BUAT KERJA MACAM LEMBU??
Lembu emas juga adalah patung binatang yang disembah oleh Yahudi sepeninggalan Nabi Musa sewaktu bermunajat di Tursina. Semuanya angkara Musa Samiri. Lembu amat istimewa di kalangan penganut Hindu kerana dipercayai dewanya.
Lembu juga menjadi istimewa dalam bahasa melayu. Kalau bodoh dikatakan seumpama lembu. Lembu punya susu , sapi dapat nama. Kereta lembu pula antara kenderaan popular di tanah Melayu suatu ketika dulu.

Perubahan zaman menjadikan lembu semakin kurang popular. Hanya susu lembu yang terus kekal digunakan selain daging lembu. Tiada lagi kereta lembu. Tiba tiba lembu menjadi popular gara gara SPRM yang dilihat mempunyai warna kebiruan dan keris bersilang mempopularkannya. MB Selangor diheret gara gara bersedeqah lembu untuk korban, sesuatu yang tak pernah dipedulikan SPRM ketika dilakukan umNO. Pak Lah dikatakan mengirim bukan sahaja lembu malah unta ke Kepala Batas setiap kali raya korban. Sebagai balasan tindakan SPRM, PKR yang diketuai pemimpin mudanya mengheret lembu ke pejabat SPRM Selangor.
Kalau di zaman nabi Musa lembu itu di sembelih, Pemuda PKR hanya menjadikan gimik mungkin menunjukkan kebodohan SPRM seperti lembu atau mungkin juga SPRM menjadi lembu kepada BN. masing masing ada hak menafsirkannya. atau mungkin sahaja lembu itu diminta menjadi saksi bagi pihak kawan kawannya yang telah dikorbankan!
Dua tiga hari ini sekali ini lembu popular lagi gara gara kepalanya yang di arak penduduk Shah Alam yang membantah pembinaan kuil. Umum mengatahui siapa tangan ghaib di belakang penduduk tersebut. Mereka berarak membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Lembu ialah lambang kesucian agama hindu. Ianya sesuatu yang sensitif!
Pernah kerajaan melarang lembu dikorbankan di premis kerajaan ketika menyambut Aidul Adha gara gara bantahan seorang sami terhadap program korban Aidul Adha di sebuah sekolah. Difahamkan berlaku di negeri Perak kira kira lapan tahun lalu . Larangan itu dianggap kekal kerana tiada pekeliling menarik balik sebagaimana larangannya. Hingga kini tiada acara korban dilakukan secara terbuka di premis kerajaan.
Pihak polis sekadar memberi arahan perarakan itu dihentikan. Difahamkan kerana tiada aduan untuk bertindak. PM dilaporkan marah dengan kejadian tersebut. Mungkin membantutkan usaha satu Malaysia. Khairy yang memimpin pemuda juga melompat. Cuma beliau tidak mensifatkan para demonstrator sebagai monyet sebagaimana ketika demonstrasi BERSIH dulu.
Kita menanti apa lagi perkara pelik berkaitan lembu akan berlaku. Kita juga menanti tindakan terhadap pembawa kepala lembu. Kita juga menunggu apakah pihak berkuasa akan bertindak seperti lembu yang menunggu arahan untuk bertindak, atau semuanya akan buat perangai lembu kenyang jika tiada pemimpin yang membantah.
Apakah peristiwa ini akan terusmenaikkan harga lembu di pasaran atau menyerlahkan lebih ramai manusia bersifat seperti Lembu...kita singkap apa yang tersirat dari yang tersurat.....
Jumaat, 28 Ogos 2009
INGATAN UNTUK BN-PJ PERAK
Ipoh, 28/8/09, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar bin Husein mengingatkan kepada UMNO/BN supaya tidak mengulangi amalan mereka yang sengaja mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Ini kerana sekiranya mereka tidak mahu keaiban mereka didedah oleh Allah SWT sendiri. Beliau berkata demikian sebagai ulasan tentang kes Chua Soi Lek baru-baru ini.
Beliau berkata lagi, BN yang selama ini sengaja memburuk-burukkan identiti beberapa individu, seperti Elizabeth Wong, seharusnya menerima padah apabila keaiban mereka didedahkan oleh Allah SWT sendiri.
Usaha-usaha ini seharusnya dilihat sebagai satu perbuatan yang terkutuk, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh sebuah parti yang memperjuangkan kemanusiaan. Oleh itu, terimalah balasan yang setimpal oleh Allah SWT di atas perbuatan yang telah mereka lakukan.
Beliau berkata lagi, selain itu, pemecatan Soi Lek ini mendedahkan bahawa BN sekarang sedang menghadapi situasi yang serius. Mereka (BN) asyik menghebahkan bahawa PR sekarang berada dalam kemelut, sedangkan mereka sendiri merasai sedemikian. Mereka sendiri sedang berada dalam keadaan tidak stabil untuk menghadapi beberapa kesalahan pimpinan tertinggi mereka.
“Mereka gemar menunding jari kepada orang lain, sedangkan keaiban sendiri tidak pernah diperhati” katanya lagi.
Apabila diminta mengulas tentang perpecahan dalaman BN hari ini, beliau berkata “Ya, BN sememangnya sedang berpecah. Berpecahnya BN hari ini disebabkan usaha mereka memecahbelahkan PR dan PAS itu sendiri. Mereka suka menyebarkan fitnah, akhirnya mereka sendiri memfitnah sesama sendiri. Allah itu Maha Adil”.
Dalam pada itu, beliau juga menjawab tentang beberapa isu sebat baru-baru ini. “Kenapakah baru sekarang keadilan itu dipersoalkan? Kenapakah hari ini tolak ansur baru dipermainkan? Sebelum ini kita melihat ISA begitu kejam melakukan kezaliman di merata tempat. Itu tidak zalimkah?”
Beliau berkata lagi “Hari ini orang mempersoalkan tentang keadilan undang-undang syariat di dalam menjatuhkan hukuman, tetapi kenapakah ISA itu sendiri tidak dipersoalkan? Kalau Kartika itu baru seorang perempuan, ISA sudah menzalimi ribuan orang yang tidak bersalah. Dimanakah keadilan?” Katanya.
Beliau menyifatkan bahawa UMNO selamanya tidak akan releven sekiranya masih meneruskan perjuangan jahiliyyah. Ini kerana jahiliyyah itu telah pun dihapuskan ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi hari ini, ia telah dikembalikan semula oleh UMNO sendiri. Sebab itulah UMNO/BN akan terus berpecah, kerana mereka memperjuangkan perjuangan nasionalisme yang juga diperjuangkan oleh Jahiliyyah.
Sememangnya masyarakat Jahiliyyah itu berpecah, tetapi disatukan oleh Nabi Muhammad SAW. Tetapi, hari ini ia telah dipecahkan semula. Maka, siapakah yang memecahbelahkan masyarakat kalau bukan BN?
Sumber:
AMARAN UNTUK ONG TEE KEAT?
Kenyataan terbaru Chua soi Lek seakan satu ancamn baru buat Tee keat.... Malaysia kini melaporkan
"Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.
"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung."
Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat.
"Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini.
"Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.
![]() |
"Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya.
"Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."
Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."
![]() |
Kenyataan itu seakan satu isyarat perang buat tee Keat. kita nantikan bagaimana nanti pasukan ahzab ini rebah menyembah bumi.... Apakak Pakatan Rakyat telah memantapkan diri sebagai alternatif yang begitu dekat ini??
BERITA SENSASI MUDAH DIYAKINI, KEBENARANNYA BELUM PASTI

Terlalu banyak sms diterima tentang kematian Dato Ismail Kamus. Antara yang awal diterima sekitar maghrib. Banyak surau dan masjid telah sedekahkan fatihah buat beliau. sms terus datang mencurah..siap suruh forward kan lagi....itulah realiti dan nilai berita sensasi di malaysia.
Sehingga pagi ini masih ada berita yang diterima. Apa nak jadi ummat ku ini. Berita tak soheh yang disebarkan dah menjadi budaya masyarakat. Apa yang penting ianya sensasi.... siapa untung siapa rugi??? saya pernah diberitahu rakan yang menguruskan sebuah syarikat telekomunikasi... ada kalanya memang syarikat terpaksa buat berita hangat untuk disebarkan bagi meningkatkan penggunaan sms. Dalam isu Datuk Ismail Kamus mungkin kekeliruan dengan Ismail Saleh.
Berita sebegini dah jadi biasa dalm masyarakat kita. Pernah sebuah stesyen radio terpaksa memohon maaf kerana menyiarkan berita kemangkatan YDP Agong suatu ketika dulu. Semuanya berpunca ingin menjadi orang pertama memyiarkan berita sensasi. Islammengajar kita menyelidiki berita yang kita terima terlebih dahulu. Ianya jelas disebut dalam surah alhujurat. tetapi sedikit sekali yang menjadikan ayat tersebut sebagai panduan.
Lebih malang ulasan tersebut disertai dengan komentar sendiri yang jauh menyimpang dari hakikat. Apabila ditanya kesohehan berita jawapannya amat mudah...ustaz yang bagi tau...ditanya kembali mana ustaz tau...jawabnya entah... sewajarnya para ilmuan dan tumpuan masyarakat terlebih berhati menyebarkan berita...dalam isu Datuk Ismail kamus..terlalu mudah kita menyebarkan berita sebelum bertanya sumber sebenar berita.... tetapi apa nak dipelikkan ....mufti pun beri komen tanpa selidik asal usul berita.......malangnya ummatku
Khamis, 27 Ogos 2009
PEMECATAN SOI LEK... SIAPA PERANCANGNYA??

Kekalutan di dalam MCA semakin meruncing . Kemuncak kekalutan itu ialah pemecatan Timbalan Presidennya Datuk Chua Soi Lek yang dikaitkan dengan skandal seks. Pemecatan timbalan Presiden bukan baru dalam keluarga BN. umNO telah menunjukkan jalannya terlebih dahulu. Bezanya, Soi Lek memang sah melakukan skandal berbeza dengan DSAI yang berjuang membersihkan namanya.
Jika diperhatikan , pemecatan ini berlaku setelah desakan dan tekanan isu PKFZ yang turut membabitkan orang kuat MCA Sarawak. Apakah isu dana yang disalurkan melalui Datuk Ong dan pendedahan serta pemecatan Soi Lek ada kaitan? Seakan pemecatan Coi Lek adalah satu rancangan ...perhatikan kawapan Soi Lek...

"Terdahulu, Soi Lek ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak terkejut dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu.
Beliau akan mematuhi keputusan Majlis Presiden dan belum memutuskan soal rayuan.
“Mencemarkan imej parti adalah satu jenayah yang serius. Saya bernasib baik mereka tidak mengantung saya sampai mati.
“Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini,” katanya.
Pastinya kita menunggu apa pula perancangan Soi Lek selepas ini. Apakah nasib Ong berkaitan tuduhan dana yang disalurkan melaluinya kepada MCA??? ianya akan berpanjangan....
Nampaknya kemelut dalam keluarga BN semakin meresahkan.Seperti umNO Trengganu...segalanya meresahkan Najib. Apakah akan ada pula orang yang mengambil kesempatan terhadap Najib pula selepas ini.?? atau Muhyidin pula dalam kerisauan????
ISU SEBAT- JAWAPAN UST ZAHARUDIN UNTUK TUN MAHATHIR
"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."
Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA
Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
(Source: British Crime Survey 2007/08)
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi
أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.
2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?
Pertama
Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.
Kedua
Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.
Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-
* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
*
Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
*
Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
*
Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
*
Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
Ketiga
Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.
Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.
Keempat
Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.
Kelima
Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.
* DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?
Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.
* DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.
* DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?
Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.
Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.
* DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.
* DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?
Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.
* DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.
Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.
AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.
Menolak Cadangan Majlis Peguam Supaya Hukuman Sebat Dihapuskan

Gesaan Majlis Peguam kepada pihak kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah hendaklah ditolak. Hujah yang diberikan oleh Majlis Peguam untuk menyokong gesaannya itu dianggap tidak tepat dan tidak kukuh. Setiap hukuman yang telah ditetapkan dalam sistem perundangan negara buat masa ini adalah berasas dan ia merupakan satu hukuman bagi mengajar pesalah dan rakyat di negara ini.

Dalam Islam, hukuman yang hendak dilaksanakan mestilah untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada manusia supaya tidak mengulangi jenayah-jenayah yang terkutuk samada oleh penjenayah mahupun rakyat umumnya. Malah, hukuman sebat ini disebut oleh Allah SWT dalam Al-Qur’an serta hadith-hadith yang muktabar dan pernah dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah SAW sendiri.
Kita harus sedar bahawa peningkatan kadar jenayah saban tahun adalah salah satunya berpunca daripada hukuman yang dijalankan kurang memberikan kesan psikologi dan jiwa kepada pesalah dan masyarakat. Ia tidak menggerunkan kita. Oleh yang demikian, rakyat tidak takut untuk melakukan kesalahan dan jenayah.
Dalam kes Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor, setelah Mahkamah Syari’ah membuat keputusan demikian, beliau redha dan mahu untuk dilaksanakan hukuman tersebut atas dasar keinsafan dan takut kepada hukuman Allah SWT di hari akhirat nanti. Malah, beliau juga menolak untuk menyaman mana-mana pihak dan mahu untuk menyegerakan hukuman tersebut. Saya berharap agar beliau benar-benar insaf dan menjadi insan yang bertaqwa.
Saya berpendapat agar Majlis Peguam meneliti saranannya itu. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersedia untuk bermuzakarah dengan mereka untuk berbincang mengenai perkara ini. Saya juga menyarankan agar pihak peguam syari’e di Malaysia dapat menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan dan dialog bersama Majlis Peguam dan masyarakat supaya entiti dan sistem perundangan Syari’ah di Malaysia dimartabatkan.
YB Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
SEBAT PEMINUM ARAK- PANDANGAN MUFTI HARUS SANI

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan atas alasan tidak mahu mengganggu urusan mahkamah berkata, dalam Islam, jika seseorang itu didapati bersalah meminum arak seharusnya individu berkenaan dikenakan hukuman sebanyak 80 sebatan.
“Di Malaysia kita hanya mengenakan 6 sebatan, jadi hukuman itu sendiri sudah tidak menepati kehendak yang ditetapkan," katanya. ( CUBA ANDA MENILAI UNGKAPAN INI)
Pada 20 Julai lepas, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel pada 11.40 malam, 11 Julai 2008.
Mengenai tindakan pihak berkuasa menahan golongan yang berusia atas kesalahan tidak berpuasa, Harussani berkata: "Setiap mereka yang ditangkap akan disiasat dahulu sebelum diambil tindakan." Kata Harussani, pihak berkuasa bagaimanapun memahami kemungkinan ada di antara golongan berusia itu tidak berpuasa kerana faktor kesihatan.
“Kalau tidak boleh berpuasa, makanlah di tempat tertutup (rumah) bukannya di kawasan umum dan menunjukkan mereka tidak berpuasa kerana itu salah," katanya.
Itulah pandangan Harusani. Baginya hukuman itu tidak menepati syarak. Memang hukuman tersebut tidak memenuhi hukuman Islam sebenar yang memperuntukkan 40 sebatan. Persoalannya mengapa tidak disarankan Perak menggunakan hukuman syariat yang sebenar? Harusani yang lama berdiam diri dilihat mulabersuara apabila DS Najib dan menteri BN mula bersuara. Apakah pandangan mufti sesuai dengan islam atau sesuai dengan bosnya? Sewajarnya Harusa ni mengambil kesempatan memeinta arak diharamkan. anda mampu menilainya.
BERHENTI HINA MAHKAMAH
Datuk Muhammad Burok juga menyeru supaya Majlis Peguam serta pihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.
Amaran ini dikeluarkan susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang.
"Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Rabu, 26 Ogos 2009
SIFIR MUDAH PENGAMPU UNTUK UNDI PERMATANG PASIR
Ulasan kononnya analisis, darii umNo menggunakan peratusan undi kepada umNO yang semakin meningkat sebagai bukti umNo telah diterima

majoriti 2009 dalam carta sebenarnya 4551 bukan 4451.
"PAS — —– —9618 undi
Barisan Nasional —– 5067 undi
Majoriti — – — –4551 undi
Peratusan Mengundi — 73.1%
Dalam Pilihanraya Umum 2008, PAS telah memenangi kawasan Permatang Pasir ini dengan majoriti 5433 undi dan Barisan Nasional hanya berjaya memperolehi 33.6% dari keseluruhan undi yang sah dikira.
Memandangkan calon PAS dalam PRK kali ini bukan penyandang kerusi, mengikut perkiraan kami, undi majoriti kemenangan PAS sepatutnya merosot kepada 4633 undi sahaja, sekiranya faktor faktor lain tidak berubah. Angka undi majoriti 4633 ini boleh dijadikan tanda aras bagi menunjuk arus pengundian samaada menuju kearah Barisan Nasional atau sebaliknya kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil ini.
Untuk mengatasi tanda aras ini Barisan Nasional perlu melebihi 33.6% daripada keseluruhan undi yang sah dikira pada pilihanraya tahun 2008.
Dengan keputusan pengundian yang kini menunjukkan majoriti PAS hanya sejumlah 4551 undi sahaja, Barisan Nasional telah memperolehi 34.5% daripada keseluruhan undi yang sah dikira. Ini menunjukkan satu peningkatan, sekaligus membuktikan arus pengundian di Kawasan ini sedikit berubah kearah Barisan Nasional, sungguhpun dengan seorang calon yang hebat dipertikaikan.
Dengan keputusan yang dicapai di Manek Urai, ini merupakan tanda cukup kukuh bahawa sikap pengundi di Semenanjung Malaysia mulai berubah dan mulai kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional."" (ANALISIS DARI SATU BLOG)
Hakikat kemenangan milik PAS . Mengambil kira peratus undi umNO berbanding dulu dan peratus undi PAS dulu tanpa Faktor lain seperti keyakinan pengundi PAS yang merasakan tentu menang dan tak balik mengundi kerana hari bekerja seolah langsung tak diambil kira. Nampaknya pemimimpin umNO kali ini lebih rasional kerana mengakui kekalahan berbanding Manek Urai yang mereka anggap berjaya. Mahfuz mengulangi ungkapan Tun Mahathir " kalau satu pun tetap menang". Sememangnya gelanggang pilihanraya kecil adalah medan umNO kerana seluruh jentera dihalakan dengan sepenuhnya. Jabatan Kebajikan Masyarakat antara yang dihalau SPR dalam kempen umNo kali ini!
Nampaknya pendokong umNO masih menggunakan sifir mudah dan bukan sifir politik bagi mengesahkan dan menyejukkan hati mereka. Pemimpin umNO telah mula tunduk, rupanya pencacai masih belum tahu bahawa pemimpin mereka pun dah tunduk malu. Inilah susahnya bila hidup dalam budaya mengampu... orang dah mula menangis kerana cerita sedih, dia masih nak ketawa kerana tengok orang bersedih yang disangka satu lawakkkkk!
MUNGKIN BUKTI SEMUA UPU MENOLAK UMNO MAMPU MENDIAMKAN MEREKA!
Peti undi PAS BN MAJORITI
Samagagah 1397 594 803
Pmtg Ara 1397 1075 322
Pmtg Pauh 875 354 521
Bkt.Indera Muda 1302 862 440
Kg Pelet 738 546 192
Kubang Semang 773 275 498
Tanah Liat 971 500 471
Cross Street 938 300 638
Pmtg Tengah 1225 555 570
Undi Pos 2 6 - 4
GAMBAR BERCERITA KEKECOHAN DI UPU SK PERMATANG PAUH DAN INDERA MUDA
Pilihanraya Permatang Pasir tanpa pondok panas dan kempen merayu undi tetap panas. Di UPU Permatang Pauh yang menenpatkan markaz PAS dan umNO bersebelahan adalah antara tempat panas sejak beberapa hari kempen.
Tempat yang hanya dipisahkan plastik bendera itu menyaksikan beberapa ketegangan berlaku. Sehari sebelum mengundi, umNo meneruskan provokasi dengan merentangkan banner menuduh pengundi hantu dari PAS. Banner pertama yang diturunkan PAS disambut dengan banner kedua yang dinyanyikan lagu umNO ketika menaikkannya. Polis yang telah tiba di situ hanya menjadi saksi tanpa sebarang tindakan menghalang provokasi tersebut. Mereka hany minta penyokong PAS buat laporan di samping menjadi benteng antara kedua pihak. Ianya hanya reda apabila pemantau pilihanraya menurunkannya. Namun umNO tetap tak puas hati hinggalah Zahid Hamidi datang.
Hari pengundian menyaksikan dua kali pertembungan di sini. Bermula pihak Polis membenarkan umNO berarak keluar dari bilik gerakan mereka melintas markaz PAS dengan pelbagai provokasi. mereka berhenti di seberang jalan sambil melontarkan pelbagai cabaran. Dr Zulkifli yang datang kemudiannya meminta ketua polis bertugas yang turut tiba agar meminta umNO masuk ke kandang mereka semula.
Beberapa jam kemudian ketegangan berlaku lagi bermula perang mulut hingga semakin panas apabila budak umNo mematahkan bendera PAS. Ianya hanya reda apabila pimpinan PAS campur tanga. Pemimpin umNO tidak kelihatan melainkan beberapa budak berbadan besar yang dijadikan tugu kononnya menggerunkan PAS.
TAHNIAH DARI PAS PERAK

Saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri Perak ingin melahirkan rasa kesyukuran dan gembira atas kemenangan YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) atas kemenangan cemerlang yang dicapai dalam pilihanraya kecil N11 pada 25 Ogos 2009 yang lalu.
- Saya bersama-sama dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS seluruh negeri Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dan seluruh saf pimpinan PAS Pulau Pinang serta seluruh ahli PAS dan pengundi Permatang Pasir Pulau Pinang yang mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil ini sekaligus membuktikan pengundi-pengundi di Permatang Pasir tidak boleh digula-gulakan dan dijanjikan dengan pembangunan oleh Umno Barisan Nasional, akhirnya mereka dapat memilih antara hak dan kebatilan.
- Diharapkan dengan kemenangan di Permatang Pasir iini, akan menjadi isyarat bahawa PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dapat diterima rakyat Malaysia seluruhnya dari berbagai-bagai keturunan dan pegangan agama dan seterusnya akan melebarkan kemenangan tersebut ke seluruh negara.
- Bagi PAS negeri Perak mengharapkan dengan kemenangan tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan PAS dalam pembubaran DUN Perak yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
- Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas-petugas pilihanraya daripada PAS negeri Perak daripada semua peringkat, daripada JPN, Kawasan dan Cawangan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.
- Semoga usaha mulia kita dalam memastikan Islam terus memimpin perubahan buat rakyat Malaysia mendapat keredhaan dan bantuan dari Allah SWT.
Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)
Selasa, 25 Ogos 2009
KEPUTUSAN RASMI PERMATANG PASIR
BN :5067
PAS MENANG MAJORITI :4551
SUMBER : SIARAN LANGSUNG TV 1
JAM : 7.27 PM
BERITA FASIQ- WAJARKAH DIULAS?
"Kalau betul, saya sedih. Kita harus ada (semangat) silaturrahim dengan mengetepikan perbezaan," katanya.
Beliau diminta mengulas usaha terancang bagi memastikan beberapa wakil rakyat PAS – termasuk dirinya – supaya tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang kerana dianggap tidak sehaluan dengan Datuk Dr Hasan Ali, pesuruhjaya PAS negeri.
Menurut blog Malaysia Waves, ADUN dan ahli parlimen yang bakal disingkirkan termasuklah Saari Sungib (Hulu Kelang), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).
![]() |
Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, Khalid berkata, walaupun dakwaan penulis blog berkenaan 'Tulang Besi' itu mungkin ada kebenarannya, beliau yakin pakatan seumpama itu tidak akan menimbulkan masalah kepadanya.
"Ia (halang bertanding) mungkin juga apa yang mereka harapkan. Tetapi bagi saya, ini bukan masalah besar. Pada akhirnya, (pemilihan calon) kena rujuk dengan (PAS) kawasan Shah Alam.
"Macam saya, setakat ini tiada masalah, macam yang lain juga," kata bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu.
Khalid juga berkata, pada kelazimannya, nama yang dicadangkan oleh akar umbi parti di peringkat kawasan untuk calon pilihan raya tidak boleh ditolak sesuka hati.
Sementara itu, Saari pula berkata, setelah menyemak sendiri daripada seorang pemimpin kanan parti yang dikaitkan dengan konspirasi tersebut, ADUN itu yakin tidak wujud sebarang usaha mencantas mereka.
"Saya buat panggilan kepada seorang yang disebutkan namanya dalam (tulisan) itu, (setiausaha PAS Selangor) Khairuddin (Othman). Beliau kata 'tidak ada' (konspirasi).
"Saya pegang (penjelasannya) yang itulah. Kalau ikut kaedah Islam, apabila datang sesuatu berita itu, hendaklah kita semak dahulu. Yang boleh kita semak, kita semaklah," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan lebih berjaga-jaga selepas ini, Saari hanya berkata:
"Parti ini bukan (bergantung) atas individu (tertentu)."
Malaysia Waves - yang sering mengulas politik dalaman PAS - menarik balik artikel tersebut tidak sampai 24 jam sejak diterbitkan 13 Ogos lalu.
Tindakan itu dipercayai akibat wujud penafian Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, dan juga bimbang dikenakan tindakan undang-undang.
Pengendalinya bagaimanapun terus mempertahankan kebenaran artikel 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor'.
Tambahnya, artikel tersebut dibuang "untuk melindungi pemberi maklumat."
### ISU DALAMAN SEWAJARNYA DISELESAIKAN SECARA DALAMAN.WAJARKAH DIULAS DAN DIPERTONTONKAN? APATAH LAGI IANYA SESUATU YANG TAK PASTI. SAARI JELAS MASIH BERPEGANG DENGAN PANDUAN ALQURAN AGAR MENYELIDIKI BERITA FASIQ MOGA ALLAH MELINDUNGI PERKARA YANG MEROSAKKAN JAMAAH ISLAM
SUNDAL MALAM ATAU SUNDAL SIANG MEMBERI MAKLUMAT HANTU KEPADA KHAIRY?

Gara gara isu pengundi hantu menjadikan markaz PAS Perak yang bersebelahan bilik gerakan umNO mencetuskan pergaduhan. umNO mengantung banner yang mencetuskan perbalahan tersebut. Petugas PAS bertegas menurunkan banner.
Petugas umNo menaikkan benner baru setelah beberapa samseng taik kucing datang membantu. siap menyanyi lagu umNO lagi. Banner baru dinaikkan lebih tinggi dengan disaksikan polis. umNo terus gah dengan banner itu hinggalah wakil SPR datang dan menurunkan banner tersebut. umNO rebah juga akhirnya.
Isu pengundi hantu adalah isu Khairy yang telah disangkal SPR menurut SPR khairy hanya memberikan empat nama. Saya tak pasti dari mana Khairy mendapat maklumat pengundi hantu tersebut . Semua tahu...hantu paling popular dan cari glamer ialah harum sundal malam- Maya Karin... agaknya khairy mendapat maklumat dari harum sundal malam atau sundal siang. atau ada sundal lain yang memberi maklumat palsu kepada Khairy
Isnin, 24 Ogos 2009
Dari Permatang Pasir
Kekecohan tercetus di rumah Perak, Permatang Pauh berpunca dari sebuah banner yang tertera perkataan pengundi hantu yang menggunakan lambang pas. Para pertugas Pas segera menurunkan banner tersebut.
Para petugas UMNO berang dengan tindakan tersebut memanggil rakan-rakan mereka yang lain dan memasang banner baru. Ini membuatkan suasana agak kecoh. Pihak polis datang menyuraikan kekecohan yang berlaku. Hujan lebat meredakan keadaan.
Ahad, 23 Ogos 2009
PEGAWAI SPRM DALANG DI SELANGOR.
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Surat misteri yang dikatakan ditulis sendiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock dan rumah mewah Dr Khir Toyo tidak boleh dipandang ringan. Banyak misteri yang perlu diselongkar dan dibentangkan kepada umum bagi mendedahkan konspirasi jahat di sebaliknya
Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim didakwa menjadi aktor penting, bukan saja dalam proses soal siasat Beng Hock, malah membuat pakatan dengan Khir untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Khir dikatakan rapat dengan Hishamuddin selepas pegawai kanan SPRM itu "menyelamatkannya" daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, termasuk aduan yang pernah saya laporkan pada 23 Oktober 2001.
Dakwaan terhadap Hishamuddin memang cukup berat lagi mengejutkan. Integriti SPRM yang sebelum ini sudah pun dipersoalkan kini menjadi taruhan yang paling kritikal. Beliau perlu segera membersihkan namanya dan memulihkan imej SPRM. Oleh kerana surat itu sudah tersebar dengan meluas terutama dalam internet, dan menarik perhatian umum, Hishamuddin tidak wajar berdiam diri dengan hanya menunggu siasatan polis.
Bayangkan, bos no. 2 SPRM Selangor itu dituduh menghilangkan semua bukti yang boleh dikaitkan, antaranya dengan mencari helah untuk tidak memberikan sampel DNA, meninggalkan pejabat pada jam 6.10 pagi 16 Julai 2009 tanpa mengetuk kad perakam waktu selepas menjadi orang terakhir menemui Teoh, dan mengarahkan pegawai bawahannya mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.
Beliau juga dikatakan mempunyai teknik soal siasat tersendiri, dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya!
Saya terpaksa menyebut beberapa dakwaan dalam surat berkenaan -- walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya -- bagi menggambarkan betapa seriusnya imej dan integriti SPRM kini. Tanpa integriti SPRM hanya menjadi sendaan awam dan sia-sia sahajalah usaha kerajaan melakukan penambahbaikan kepada BPR dahulu.
Gerun untuk saya mimpikan ... ya, bagaimana jika benar, ada pegawai-pegawai SPRM "memperdagangkan" laporan rasuah yang kita adukan kepada mereka.
Maknanya, segala dokumen yang dikemukakan kepada SPRM dijadikan modal untuk pegawainya "memeras-ugut" secara halus tokoh-tokoh politik terkemuka yang begitu berkuasa khususnya untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara. Kes didiamkan jika habuan munasabah dihulur kepada pegawai SPRM berkenaan.
Dokumen dan bukti yang kita serahkan kepada SPRM sepatutnya dijadikan asas untuk satu siasatan lebih profesional, telus dan bertanggungjawab, bukannya untuk dieksploit untuk kepentingan diri. Alangkah hina dan jijiknya jika ada pegawai SPRM yang bertindak sedemikian rupa.
Pengadu bersusah payah mencari bahan bukti, membelanjakan wang dan menghabiskan begitu banyak masa, selain menanggung risiko berat, tetapi ada segelintir pegawai SPRM yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam liputan ...
Justeru, ada pihak mendakwa terdapat penguasa (ahli politik berkuasa)yang bermurah hati "menganugerahkan" tanah di lokasi strategik dan bintang kebesaran kepada pegawai kanan SPRM untuk "menjinakkan" mereka. Mungkin bagi seorang Perdana Menteri, kes rasuah menteri atau menteri besar di bawahnya boleh dijadikan sandaran untuk memastikan "kesetiaan" mereka berkekalan.
Saya cuba mengelak daripada mengemukakan pengalaman saya sendiri ketika berurusan dengan BPR sebagai bukti bahawa badan siasatan itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya bagi membanteras rasuah. Malah dalam banyak keadaan, ia menyemarakkan lagi amalan terkutuk itu; apatah lagi umum mengetahui korupsi merupakan suatu jenayah yang paling sukar dibanteras kerana tidak jelas "siapa mangsanya".
Apa pun, saya mengharapkan kandungan surat misteri itu palsu semata-mata kerana tidak sanggup membayangkan bagaimana masa depan negara ini jika SPRM boleh berkomplot dengan penjenayah rasuah! Hishamuddin perlu tampil menangkis tuduhan itu, jangan biarkan hanya Khir berbuat demikian. Isunya bukan masalah peribadi Hishamuddin tetapi kedudukan SPRM itu sendiri.
Semasa menyiapkan artikel pendek ini, tiba-tiba orang kawan lama yang pernah menolong saya membongkar kegiatan rasuah memaklumkan melalui telefon: "Lutfi, aku boleh tunjukkan tanah-tanah sebuah agensi kerajaan negeri yang dianugerahkan kepada empat pegawai atasan SPRM, dengan harga murah."
BADAR KUBRO BERSAMA PRESIDEN PAS DI IPOH
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2009 BERSAMAAN 15 RAMADHAN.
TEMPAT : SURAU IKHLASIAH KG MANJOI IPOH.
PENCERAMAH : DS TG HJ ABD HADI AWANG (PRESIDEN PAS)
DS HJ NIZAR JAMALUDIN ( AJK PAS PUSAT)
SAIFUDIN NASUTION ( PKR PUSAT)
ATURCARA MAJLIS : BERBUKA BERSAMA PRESIDEN.
TAZKIRAH RAMADHAN: KETU ULAMA PAS PERAK.
ISYAK DAN TARAWIH DIIMAMKAN OLEH TG PRESIDEN.
CERAMAH.
*** BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK DAN DEWAN PEMUDA MENJEMPUT SEMU MUSLIMIN DAN MUSLIMAT HADIR BERAMAI RAMAI. SILA BERWUDHUK TERLEBIH AWAL DAN BAWA SEJADAH.
SUMBANGAN UNTUK BERBUKA PUASA AMAT DIALUKAN. SUMBANGAN BERUPA WANG RINGGIT BOLEH DISALURKAN MELALUI :
DEWAN PEMUDA PAS PERAK : 0801 301000 5254
PENGANJUR MENGALUKAN SUMBANGAN BERUPA RM 100 SATU LOT.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : SDR ZAIRUL ;0135284032
SDR HELMI :0125065775.
SDR HAFIZ : 0195749854.



