Rabu, 30 September 2009

REKOD JAMUAN DAN DUIT RAYA AKAN TERCIPTA DI BAGAN PINANG

Siapa tak ingat kehebatan dan kejutan yang dibuat Isa Samad semasa persidangan umNO. Tanpa diduga, Isa Samad dipilih sebagai Naib Presiden umNo paling tinggi pencalonan. Isa samad tersenyum puas hinggalah tindakan di ambil Jawatankuasa disiplin umNO. Nasib baik SPRM tidak mempunyai mata dan telinga yang membolehkan mereka menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa.

Mungkin Tun Mahathir antara yang paling kesal kerana umNO tidak membuka ruang kepada SPRM untuk bertindak terhadap ahlinya yang didapati bersalah terlibat dengan politik wang atau rasuah. Jika umNO membenarkannya tentu Mahathir tidak menerima malu besar lantaran cadangan, nasihat atau arahannya tak diterima pimpinan umNO .

Inilah yang dikatakan senjata makan tuan. Jika dulu umaNO berbangga kerana mereka boleh menghalang SPRM menganggu hal rumahtangga mereka, kini mungkin kekesalan itu muncul. Sebagaimana Mahathir pernah kesal kekalahannya di Kubang Pasu lantaran politik wang yang dulunya menjadi senjata beliau, demikianlah dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon umNO Bagan Pinang.

Kisah Isa membeli perwakilan umNO bukan rahsia. Di dalam undang undang bukan perasuah sahaja yang akan diambil tindakan malah yang menerimannya juga. Siapa penerima rasuah jika bukan perwakilan umNO yang mengundi Isa??? juga Ali Rustam baru baru ini??? Namun pastinya umnO AKAN MATI TANPA RASUAH.

Kini pemilihan Isa sekali lagi akan melihat limpahan rasuah di Bagan Pinang. Najib memulakannnya dengan peristiharan Bandar tentera darat. Kalau Isa boleh membeli perwakilan umNO yang memangnya dah kaya dan banyak makan dari calon lain, takkan Isa tak mampu membeli undi pendudukBagan Pinang. Kali ini bukan hanya isa akan menjamu hidangan raya dan duit raya, tetapi juga ia akan dibantu jentera kerajaan pusat dan negeri dan pastinya umNO pusat. Saya amat pasti...sejarah duit raya dan jamuan raya termewah akan menjadi milik bumi dan penduduk Bagan Pinang.

Apapun keputusan pilihanraya nanti bakal menjadi ukuran sejauh mana nilai penduduk Bagan Pinang. Pastinya penduduk Bagan Pinang tak semurah perwakilan umNO yang mudah dibeli Isa ketika bertanding Naib Presiden dulu... Kita tunggu dan lihat sejauh mana kesombongan dan kebijaksanaan penduduk Bagan Pinang mengajar Isa dan umNO terhadap nilai dan harga diri mereka!!!

Selasa, 29 September 2009

PILIHAN TERBAIK


Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

PANGLIMA PERANG TELAH DINOBATKAN

Gendang perang telah di dimulakan. umNo menanti dari petang tadi..Siapa bakal menentang Calon rasuah mereka. Apa peluru yang boleh diguna mereka? Ternyata Pengumumuna calon PAS dinanti penuh debaran. Siapa pun calon PAS tetp diterima semua jentera termasuk PKR dan DAP. Tentunya itu kekalahan pertama umNO.

Pusingan pemilihan calon sememangnya milik PAS dan PR. Tiada istilah "chah keting" berlaku setakat ini walaupun berlainan parti. Itu kelebihan Pakatan Rakyat. Walau ada kekecewaan dan marah, namun ia tidak menjadi dendam yang merosakkan. Kita tahu siapa musuh dan siapa kawan...walaupun ada juga yang tak kenal musuh dan kawan. Akhirnya menikam kawan yang disangka membantu musuh... itu juga berpunca masalah hati..

umNO dilihat jelas bergantung dengan undi pos. Dari awal mereka menjaga penuh berhati agar undi pos tak bolos. Hari ini Najib yang dah tinggalkan Port Dickson kembali dengan dendangan bandar tentera. Saya menyangka ada artis yang akan bersama pengumuman umNO petang tadi. Paling kurang Ziana Zin yang memang mempunyai kenangan manis masam di sini. Di fahamkan konsert paling berjaya Ziana dilangsungkan di sini...lama dulu...

Persoalan siapa calon PAS bukan perkara besar. Tiada ugutan pulau kempen walau siapa pun calonnya.Perisytiharan hari ini hanya pelengkap dan syarat gendang perang. Tuan Guru Haji Hadi melaksanakan penyerahan amanah perjuangan Islam ini pilihan yang membawa panji perjuangan menyinarkan Islam di negeri adat pepatih.. tahniah panglima di medan membawa panji perjuangan...

TAHNIAH ! HAJI ZULKIFLI MUHAMMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN

SIAPA KETUA MENTERI DAN MENTERI ITU?...


Akhir nya Muhyuddin akur dengan ISA samad.Ketika mengulas pemilihannya, Mahyuddin masih berdalih dengan meminta penyokong umNO yang hadir membuat keputusan. Katanya, saya tanya tiga kali tadi .mereka yang mahu.... komen mahyudin yang yang penuh tandatanya...

Isa yang belum suci dengan bebanan palitan rasuah ketika bertanding Naib Presiden umNo dulu. Walaupun Isa memaklumkan bahawa beliau telah dihukum, namun rakyat belum menghukumnya. sAmbil menyifatkan kesalahannya bukan jenayah, Isa turut menembak rakan umNo nya;

kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri.(malaysiakini)

Terima kasih Isa kerana PAS dan PR sekali lagi sudah dibekalkan peluru. Isa turut mengheret rakannya yang pasti takkan turun berkempen untuknya... Ia pasti akan menimbulkan kemarahan "ketua menteri dan menteri " yang dimaksdunya...

Kepada semua blogger Pakatan Rakyat...dari mencari kesalahan rakan sendiri ...mari kita cari dan dedahkan SIAPA MENTERI DAN KETUA MENTERI yang dimaksudkan ISA....

Isnin, 28 September 2009

GANESAN TETAP TAK SAH

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.”

“Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar,” katanya.

Tambah beliau lagi “ Seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Yb V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN, sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak”

Undi Pos: 3 lagi peraturan mengelirukan dikesan

Undi Pos: 3 lagi peraturan mengelirukan dikesan
Nazri Abdullah
Mon | Sep 28, 09 | 1:04:04 pm MYT
BAGAN PINANG, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat terus mempertikai beberapa prosedur undi pos yang didakwa terus diguna untuk memberi kelebihan kepada parti politik pemerintah.

Terbaru mereka mengesan tiga lagi peraturan yang didakwa mengelirukan dan mengancam kebebasan anggota tentera menjalankan tanggungjawab.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat berkata, penemuan terbaru mendapati Suruhanjaya Pilihanraya SPR tidak mempunyai kuasa mutlak dalam kawasan kem tentera.

Sebarang penguat kuasaan peraturan pilihanraya tidak boleh dilakukan SPR tanpa kebenaran Pegawai Pemerintah setiap kem.

Ia juga bermakna, SPR perlu akur jika pegawai berkenaan menolak sebarang peraturan yang ditentukan SPR.

"Bila masuk dalam kem, SPR tidak boleh enforce (kuatkuasa) peraturan jika pegawai pemerintah kem tidak benarkan."

"Kuasa Pegawai Pemerintah lebih besar dari SPR, dia boleh untuk belakangi peraturan SPR," katanya ketika dihubungi.

Katanya, harapan melihat sistem undi pos lebih telus mungkin sukar jika kuasa mutlak menerima dan menolak sebarang peraturan terletak di tangan pegawai pemerintah tersebut.

Lagi peraturan undi pos sedang diteliti adalah berkaitan peraturan 7 (1), Peraturan Peraturan Pilihanraya 2003 (Pengundian Pos), antara lain menetapkan setiap buku kaunterfoli perlu ditulis nama dan nombor siri anggota tentera terbabit.

Ianya dilihat menyamai satu peraturan yang telah dimansuh oleh SPR pada tahun 2006 iaitu Peraturan 19(3), Peraturan Peraturan Pilihanraya (pengundian awam) yang sebelum ini mencatit nama dan nombor siri pengundi.

"Peraturan 7 (1) pada undi pos juga kita bantah. Kenapa masih ada peraturan tersebut sedangkan peraturan serupa telah dipinda pada pengundian awam.?" soalnya.

Satu lagi sedang dalam kajian adalah berkaitan perbezaan antara pengundian pos anggota polis dan tentera.

Kedua duanya mempunyai perbezaan khasnya berkaitan kebenaran semakan borang undian oleh ejen calon bertanding.

Mereka mendakwa pada undi pos tentera, ejen calon tidak dibenar menyemak sama ada setiap kertas undi diberikan kepada anggota mengikut nama tertera atau tidak. Tiga penemuan terbaru itu menjadikan enam perkara kesemuanya yang dipertikai berkaitan undi pos.




Ahad, 27 September 2009

MAHATHIR ATAU MAHYUDDIN NAK JADI PRESIDEN?

Komen Isa Samad agak menarik perhatian. Beliau mengulas desas desus gangguan terhadap cadangan umNO Teluk Kemang mencadangkannya sebagai calon di Bagan Pasir.

Wartawan bertanya adakah yang dimaksudkan Mahathir, beliau hanya tersenyum...kalau saya wartawan, saya akan tanya adakah Mahyuddin yang dimaksudkan kerana mahathir dah tak de kuasa...tapi kenyataan mahyudin jelas cuba menolak Isa Samad... Mahyudin adalah timbalan Presiden yang boleh jadi presiden-ternyata Mahyudin adalah pilihan Mahathir sejak kejayaan Mahyuddin memberi tekanan kepada Pak Lah.

Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa

PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.

Kata Mohd. Isa yang disebut-sebut sebagai calon BN di kawasan itu, buat masa ini senarai nama calon belum diserahkan lagi dan apabila sampai waktunya nanti, beliau akan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

"Tunggulah, bila saya disuruh berbuat demikian, saya akan laksanakan tugas itu. Memanglah, saya akan hantar tiga nama seperti amalan biasa.

"Tak eloklah, saya nak beritahu siapa yang disenaraikan. Tak kiralah Wanita atau Pemuda dan sesiapa pun. Tunggulah pengumumannya yang akan dibuat kelak," ujar beliau.

Beliau berkata, yang menjadi masalah ketika ini terlalu ramai hendak menjadi 'Presiden' parti.

"Masalahnya ialah kerja Presiden orang lain hendak buat. Kerja Presiden, biarlah Presiden yang buat. Kita di bahagian, buatlah kerja bahagian. Sebab itulah masyarakat jadi masalah, tak tentu arah," kata beliau.

Ditanya apakah kenyataan beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan beliau tidak layak menjadi calon di Bagan Pinang, Mohd. Isa hanya tersenyum.

"Orang tanya saya mengenai Tun Dr. Mahathir, saya hanya tersenyum. Itu yang boleh saya katakan," kata beliau.

TRY DULU... LAMBANG SATU MALAYSIA

Apa yang di cari menteri kebudayaan dari konsert Beyonce yang dijadualkan pada 25 oktober depan. Mungkin ada budaya yang boleh dikongsi rakyat Malaysia demi menyempurnakan konsep one Malaysia.Paling menarik hujjahnya " Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Kalau itulah teori yang digunakan oleh Rais pembakar jambatan ini, maka kita tak perlu halang pembawa dadah ke negara kita...tengok dulu kalau dia edar dan orang yang ambil dadah itu lalok baru di kira salah. Bagaimana pula dengan undang undang ISA yang disokong Rais... Patutnya ini lah yang perlu diutamakan... mereka belum bersalah..takde bukti terlibat dengan kesalahan..hanya prasangka tanpa bukti...

Nampak gayanye Rais ni suka try..dah tak betul baru larang... itu pun kalau merugikan...patut le dia try semangat 46 lepas tu tinggalkan... nampak Tengku Razali nak kalah...nak telefon pun dah tak berani...kan..kan..kan dato seri????



KUALA KLAWANG: Tidak ada sebab untuk menghalang pe.nyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.

"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini pada malam Sabtu.

Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Oktober depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini.

Sementara itu ketika menyentuh majlisnya hari ini beliau memberitahu, satu majlis yang lebih besar akan dianjurkan bersama kementeriannya dengan kerajaan negeri Perak pada 18 Oktober depan.(Nak bubar DUN Perak ke kempen ni?)

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan ucapan penting pada majlis itu yang juga menjadi lambang 1Malaysia," katanya.

Beliau berharap lebih banyak majlis yang mampu memupuk semangat persaudaraan di kalangan kaum di Malaysia dapat dianjurkan di kawasan luar bandar.

"Ini adalah cermin perpaduan rakyat, jadi kementerian ingin meneruskan tradisi menggunakan jasa baik org ramai menerusi majlismajlis rumah terbuka untuk perpaduan dan mengeratkan siratul rahim," katanya.

Katanya, dalam erti kata lain, majlis Aidilfitri seperti hari ini merupakan hari perpaduan dan penerimaan Satu Malaysia sebagai amalan sebenar.-mstar

Sabtu, 26 September 2009

SIAPA PEMIMPIN PAS YANG DESAK TINDAKAN??

Saya tercari cari siapa pemimpin PAS yang menyuarakan agar Hassan Ali di ambil tindakan disiplin susulan kenyataan teguran terhadap SELCAT.Tajuh Mstar macam dah ada ulasan atau cadangan pimpinan PAS. Namun mungkin saya terlepas pandang. Hanya nama Mahfuz dan Dr Zulkifli yang disebut. Itupun apa yang saya faham bukan satu desakan atau kenyataan supaya di ambil tindakan. DR Zul macam beriya sangat nak Hassan Ali diambil tindakan.Mahfuz pula adalah antara Naib Presiden paling "rajin " buat kenyataan atau mesra melayan soalan wartawan. Kenapa wartawan memilih beliau entahlah... mungkin atas kapasiti beliau sebagai bekas ketua penerangan. Paling menarik kenyataan perenggan bahawa"Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi."

Isu Disiplin di bawah kendalian Tuan Ibrahim Tuan Man. Naib Presiden yang kanan! Wartawan tak pulak tanya orang yang sepatutnya. Kenapa Dr Zul dan Mahfuz??? mungkin kerana Tuan Ibrahim tak mesra wartawan kut. atau wartawan telah menduga usaha mengheret Hasan Ali untuk diambil tindakan akan sia sia jika tanya Tuan Ibrahim..entahlah... tolong tengok kalau saya terlepas pandang...

Isu Selcat: PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali?

PETALING JAYA: PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi(siapa ye, hubungi tu nak tanya ke ..nak lobi?) berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

KALAU TAK SUKA KITA JANGAN KAWAN KITA...

"Ustaz, macam keadaan kami ni, dah dicop dengan macam macam cop parti pOlitik, apa pandangan ustaz?" antara soalan seorang muslimah yang masih saya ingati ketika sessi soal jawab dengan pensyarah UIA-Ustaz Nasaruddin Isa (timb Pres PAS sekarang) dalam satu program di MPIB yang saya hadiri. Ustaz Nasa menjawab dengan senyum' Beruntunglah sebab ada cop, sebab yang ada cop itu berkualiti"

Budaya terbuka bukanlah budaya masyarakat kita. Bagi masyarakat kita, orang yang menyokong sesuatu isu beerti ia dari kelompok tersebut. Kalau masa kecik dulu, bila kita berkawan dengan musuh kawan kita, beerti kita akan menjadi musuh kawan kita juga. "ok, kalau kamu kawan dengan dia, jangan kawan dengan kita lagi" itu masa kecik Tapi budaya itu dibawa ke besar.

Kalau dulu orang yang pakai lebai mesti PAS dan Songkok mesti umNO. beberapa kali juga saya disindir oleh veteran parti bila bertembung dengan mereka ketika memakai songkok dan tali leher.Begitu kuatnya budaya kelompok yang dibina oleh penjajah dan anak didik penjajah. Masuk Islam difahami masuk melayu.hingga bangsa lain merasa kehilangan anak bila anak mereka Islam walaupun mereka tahu Cina dan India lebih dulu Islam dan lebih ramai di negara asal mereka dari di Malysia.

Mengkritik rakan dianggap sebagai menentang rakan. Memang di dalam Islam ada adab dalam menegur , apatah lagi di dalam jamaah. Menegur dan mengkritik adalah kaedah...ada yang anggap betul dan ada yang anggap salah. ianya masih umum tetapi adalah salah kita menghukum seseorang hanya kerana kesalahan dalam kaedah! Orang yang menggunakan kaedah menegur tentu lebih tahu dari kita yang hanya mendengar tegurannya.

Kita marah apabila melihat seorang lelaki menolak hingga jatuh seorang buta dari jalanraya. Kita memaki dan menghukumnya sebagai jahat dan tak berperikemanusiaan sedangkan dia melakukan begitu demi menyelamatkan nyawa si buta yang hampir dilanggar kereta. Kita menyuruh beliau supaya memimpin sibuta dengan perlahan dan sopan..wajarkah??? sedangkan ketika itu ada lori yang datang dengan laju ke arah sibuta.

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah agar kita bersifat terbuka dalam memahami pendekatan dan teguran. Jangan mudah menghukum, cukuplah memperbetulkan kaedah teguran. Menghukum itu adalah pilihan terakhir setelah diperbetulkan dan berlaku kedegilan. Jika dilihat ada perubahan, alangkah baiknya ia ditautkan...hentikan budaya budak sekolah dulu.. bile ada yang memperbetulkan kesilapan...maka...

Kalau kamu tak suka kita, kamu jangan kawan kita....

RAHSIA DZIKIR

Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jumaat, 25 September 2009

JALAN TERBAIK.

Sememangnya kekeliruan ditambah keghairahan menjadikan sesuatu isu semakin sulit. Apatah lagi ramuan tersebut ditambah dengan keinginan denagn maksud tertentu...Lihatlah..dari isu yang ringkas dan mudah ianya menjadi sulit... timbul isu keluar Pakatan, UG dan macam macam lagi yang cuba dikaitkan... pertemuan jalan terbaik....

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat)

Mesyuarat tersebut melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan bagi membolehkan setiap pihak menimbulkan keprihatinan dan penjelasan masing-masing.

Khalid memberitahu, beliau percaya bahawa isu berkenaan timbul ekoran kesilapan komunikasi antara anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang mempertikaikan perjalanan Selcat, mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

"Isu ini boleh diselesaikan secara baik," kata Khalid.

PAS TETAP BERSAMA PAKATAN

KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.


"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

LAGI LAGI HASSAN ALI...

Lagi lagi Hassan Ali. Kenapa la mamat sorang ni suka buat kecoh? Tak habis habis habis dengan masalah. Kalau nak sangat jawatan MB masuk la umNO. Jangan nak tunjuk pandai. memang la engko pakar Motivasi tapi dalam kerajaan kena la ikut parti... Presiden punya pasal la ni..pilih orang tak tentu pasal... bla bla.. bla...

Itu antara komen sebahagian besar blogger Pakatan Rakyat yang kecewa dengan kenyataan Hassan Ali... Saya tanya ...dah baca ke kenyataan beliau? " tak de le... tapi dalam...." itu jawapan akhir yang saya terima... Bermasalah sangat ke Hasssan Ali ni? Saya juga merasa begitu...

Berita TV 3 cuba mencuit Tun Dr Mahathir mengharapkan kemelut Pakatan Selangor semakin bertambah... sayangnya Tun Mahathir dengan penuh kebencian..."saya kenal orang ni... Kerajaan belanja sejuta untuk phd dia..tapi lawan kerajaan balik..."

Masing masing mempunyai pandangan sendiri. Tidak mesti pandangan itu betul atau salah. Namun demi memberi keadilan, rujuklah kepada sumbernya...jangan hanya ambil ulasan pihak ketiga yang membuat persepsi dari punca tersebut. Apatah lagi pandangan dan ulasan ketiga itu dari kacamata yang sememangnya dah lama retak..... tentu pandangannya kabur... dalam tuduhan zina ...saksi sebegini di tolak..!

Tapi "tujuan" dia...... Tujuan ertinya niat...sejak bila kita tahu niat orang?? Tuduhan akhir kepada Hassan Ali menjuruskan kepada dua titik akhir;

01. Hassan Ali nak bawa PAS masuk umNO dan nak jadi MB!.
02. TG Presiden menjadi punca kerana mengekalkan Hasan Ali..kenapa tak bagi Khalid Samad?

Saya melihat dua isu ini berada di hujung segala masalah Hassan Ali!

Sepanjang isu yang membabitkan PAS Selangor dan PAS keseluruhannya, belum terjadi pengkhianatan atau ancaman dari PAS untuk keluar Pakatan Rakyat. Yang ada hanya desakan dari rakan atau ahli PAS yang sememangnya ada masalah. Sebanyak mana masalah yang dihadapi di kalangan wakil rakyat atau pimpinan PAS akhirnya selesai di meja rundingan.
Salahkah mengetuk paku hingga bising kerana ingin mengukuhkan papan yang longgar??



Bandingkan dengan wakil rakyat PKR dan DAP yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Lihat juga sikap DAP Kedah yang mengistiharkan keluar Pakatan. Inilah bezanya PAS yang mempunyai sistem tarbiah yang telah bertahan sekian lama. Kita akur PKR terpaksa melalui proses saringan yang panjang. ia perkara biasa dalam proses pematangan. Kita juga akur dengan sikap DAP kerana mereka sedang dalam proses perubahan dalam menerima konsep dan realiti masyarakat malaysia.

Teguran Hasan Ali berkisar tentang perjalanan SELCAT. Cadangan penambahbaikan terutama membabitkan kakitangan awam. Kakitangan awam bukan musuh kita...
Masih kah ingat isu Penyapu buruk Khir Toyo? Khir memilih untuk menyerang kakitangan awam... Apa yang saya faham, Hasan Ali menasihatkan agar kakitangan awam tidak menjadi mangsa.. maka panambahbaikan perlu dilakukan... Salahkan panambahbaikan??? sejak bila kuasa kita tak boleh diperbetulkan....?

Antara kritikan kepada Hassan Ali ialah kerana menyerang SELCAT di media. Antara pimpinan PAS yang mengkritik Hassan Ali ialah Mahfuz Omar. Malangnya Mahfuz juga menyerang Hassan di media terbuka dengan menjawab soalan media,sedangkan Mahfuz adalah pemimpin yang ada kuasa memanggil Hassan Ali bila bila masa. Khalid Samad? beliau bukan lagi pimpinan PAS Pusat! biarkan...

Hassan Ali bukan "otai" dalam PAS namun beliau juga bukan baru dalam PAS. Pakatan Rakyat bukan juga pakatan baru di Selangor malah telah menjangkau dua tahun. Namun banyak perkara baru yang diterokai termasuk SELCAT. Apa peliknya banyak perkara baru yang perlu diperbetulkan. Apa peliknya banyak perbezaan dalam hubungan yang baru.. masalahnya ialah interaksi dan saling memahami... ia bukan masalah yang perlu dipanjangkan... Jika Hassan Ali di anggap salah kerana media menyiarkannya...mengapa pimpinan lain juga memilih media untuk menyerangnya?? tidakkah ini dikatakan paku dulang paku serpih?

Dalam perkahwinan banyak perbezaan dan seringkali berlaku pertelingkahan. Jangan sampai terjadi perceraian walaupun terlalu banyak permintaan. Selagi talak tak dijatuhkan ada ruang memperbaiki kesilapan biarpun ia berulang.... itulah proses kematangan runahtangga...tentunya dalam sebuah kerajaan dan Pakatan yang lebih besar yang menghadapi musuh dalam dan luar yang terlalu licik. Jangan nyalakan sebaliknya carilah penyelesaian. Jangan menjadi alat musuh!

Sebenarnya persepsi yang sudah ditanam di dalam pemikiran kita menjadikan kita sering bertindak di luar hak dan menghukum dengan sentimen. Perhatikan firman Allah
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (maidah 8)


Semoga kita tahu memilih antara perkara yang menyelesaikan masalah dan menambahkan masalah.Antara keadilan dan hak dengan keinginan...antara perangkap musuh yang kita bimbangkan dan kita yang terperangkap dengan kerja musuh ketika kita merasa kita menyerang orang yang kita sangka musuh...sesutau yang sukar melainkan dengan pertunjuk Allah.. moga kita sentiasa di pelihara...


Apapun terimalah dengan pandangan yang terbuka.....

BERHUJJAH DARI SUMBERNYA.... BUKAN DIKUTIP DARI MEDIA DAN ORANG KETIGA

Isu SELCAT di Selangor menjadi satu lagi isu yang dugunakan oleh umNO. Ianya di hangatkan oleh pelbagai dalaman dan luaran. saya cuba sedaya mungkin mencari punca. Keruh air di muara kerana hulunya... jika tidak di caripuncanya, ia akan semakin keruh... jika ada racun disiram di tengahnya, jangan pula punca air disalahkan.... berilah keadilan kepada semua...

Kaedah hukum mengajar...orang dituduh mesti diberi peluang membela diri..jangan ISA kan....

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


23 Sept, 2009

Khamis, 24 September 2009

KERUSI PANAS

Kerusi Pengarah JAIP adalah antara kerusi panas di Perak. Walaupun institusi agama terasing dari politik dalam amalan umNO namun ianya tetap tidak terlepas dari percaturan politik umNO. Di Perak , pengarah JAIP adalah setiausaha Majlis Agama Islam yang dipengerusikan oleh baginda sultan.

Kerusi JAIP menjadi panas sejak dulu kerana kerusi agama itu diduduki oleh orang yang bukan berpendidikan agama. Sejak saya sekolah, kerusi JAIP adalah kerusi mengekang aktiviti agama terutama perlantikan imam dan jawatankuasa masjid di Perak. Ianya perlu dicatur mengikut kemahuan BN. Sekolah Izzuddin Shah antara yang berada di bawah kawalselia JAIP.

Kepanasan kerusi itu hanya menjadi pengetahuan umum apabila PR memerintah Perak. Pengarah yang bernama Jamry Sury yang bukan berpendidikan agama adalah PTD yang tidak sepatutnya mengisi kerusi tersebut. Beliau melangkau beberapa tangga atas kehendak politik. Apabila gangguan demi gangguan dilakukan oleh Jamry termasuk penggunaan wang yang diluar peraturan dikesan, DS Nizar mengambil keputusan mengarahkan pertukaran serta merta. Malangnya suasana panas menyebabkan ianya menjadi isu yang menjerat DS Nizar seolah dilihat berkonflik dengan Istana.

DS Nizar terpaksa menarik balik arahan atas nasihat Sultan. BN yang menjadikan Jamry sebagai duri dalam kerajaan mendapat kemenangan moral. Jamry semakin bermarajalela. Setelah tamat tempoh ... Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil keputusan melakukan rombakan. Beberapa nama disenaraikan tetapi mendapat konflik apabila mendapat tentangan umNO yang menghalang perkenan sultan sebagai keputusan tertinggi dalam urusan agama negeri. umNO cuba membawa seseorang dari putrajaya mengisi kekosongan Jumry yang terpaksa mengalah dengan beberapa isu yang boleh menjerat lehernya jika terus berkeras.

Setelah beberapa nama tidak dipersetujui baginda sultan atas campurtangan dan tentangan umNO, akhirnya nama Datuk Sheikh Mohamad Nor Al Hafiz yang merupakan bekas imam besar masjid negeri Perak mendapat perkenan sultan. Umum mengetahui hubungan rapat Datuk Sheikh dengan istana. Datuk Sheikh yang telah meletakkan jawatan berjaya kembali ke kerusi Imam dengan perkenan sultan setelah bertanding di DUN Blanja suatu ketika.

umNO menyedari masalah ini. umNo berusaha menyisihkan Datuk Sheikh dari kerusi panas Pengarah JAIP. Zamry tentunya tidak mahu mengulang kesilapan DS Nizar merombak kerusi ini. Walaupun Datuk Sheikh Mohd Nor hanya menyambung jawatan kontrak yang boleh ditamatkan bila bila masa, namun hubungannya dengan istana menyebabkan umNO terpaksa akur di saat mereka amat memerlukan talian hayat istana.

umNO mendapat peluang keemasan dengan isu "bonus" bilal dan siak. Mereka diyakini akan memanjangkan isu ini sebaik mungkin sebagai modal memecat Pengarah JAIP. Walaupun Pengarah JAIP dilihat menjalankan tugasnya secara profesional, namun bagi umNO hanya mengikut telunjuk umNo sebagai profesional. Bagi mereka, Mufti Perak, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai undang undang adalah antara pegawai paling profesional . Sebenarnya ukuran profesional bagi umNO ialah menjadi "lembu bajak " umNO.

Pengarah JAIP amat penting bagi umNO kerana nadi kekuatan PAS ialah apabila masjid dan surau diberi kebebasan menyampaikan dakwah dan aktiviti keagamaannya. Selagi masjid dan surau dapat diaktifkan, selagi itulah sayap umNo akan "tercabut bulunya." lantaran itu pilihan terbaik bagi umNO dan kerajaan kudata Zamry ialah merampas kerusi panas JAIP!

ASAS ISLAM KUKUH DI TRENGGANU

http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/EidulFitriPerantau14305.JPG- PAS Terengganu menerima 'Padah' Kerana Menobatkan Islam

KUALA TERENGGANU - Ukuran sifat taqwa kepada orang-orang Islam yang menunaikan puasa Ramadhan adalah sejauh mana tanggungjawab menegakkan al-Quran dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika merumuskan ucaputamanya di Majlis Ijtima’ EdiulFitri PAS Terengganu bersama Perantau yang diadakan di Kuala Ibai disini semalam.

Menurutnya, PAS Terengganu telah berjaya menegakkan al-Quran dalam masa pemerintahannya diantara 1999 hingga 2004, dengan menabalkan Islam.

Katanya, melalui majoriti dua pertiga, PAS telah mewajibkan didalam perlembagaan undang-undang (tubuh) negeri Terengganu; al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias sebagai undang-undang tertinggi.

”Di Terengganu kita meluluskan undang-undang Islam, undang-undang Terengganu di gazetkan, Tuanku (Sultan) kita sign (tandatangan) dan digazetkan (sebagai) undang-undang, barangkali ramai orang yang tidak sedar,”jelasnya.

Katanya, oleh kerana kerajaan PAS Terengganu telah meletakkan asas Islam yang kuat, satu operasi luar biasa telah dibuat untuk menumbangkan PAS Terengganu.

Pada pilihanraya umum 2004, katanya, ada perkara yang tidak kena berlaku, dimana jumlah pengundi di Terengganu melebihi separuh jumlah keseluruhan rakyat Terengganu dan peratus keluar mengundi adalah sangat luar biasa.

”walaupun peratus undi rakyat Terengganu turun 2%, kita kalah (di Terengganu), di Kelantan (undi) kita turun 5 – 6% (tetapi) kita boleh bertahan,

”(jumlah) pengundi melebihi 50% (rakyat Terengganu), pengundi seramai 520,000 dan (jumlah) rakyat Terengganu 1 juta,

”dan peratus (keluar) mengundi di negeri lain antara 70 hingga 80%, pengundi (keluar mengundi) di negeri Terengganu 85 % ke atas, ada yang 89% dan ada yang 90% lebih, mengatasi (jumlah keluar mengundi) di negara-negara maju,”terangnya.

Katanya kejayaan tersebut meletakkan ’satu batu penanda’ yang sangat kuat, walaupun terpaksa PAS Terengganu terpaksa ’menerima padah’ didunia.

Justeru, katanya, perjuangan menghadapi cabaran masa depan adalah lebih besar, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan hanya oleh pemimpin PAS, namun kepada semua orang Islam- PEMUDA BESUT.

BOM JANGKA SEDIA DILEDAKKAN- SIAPA MAMPU MEMATIKANNYA?


Nampak gayanya kes PKFZ bukan sahaja mengegarkan MCA malah ianya mungkin menjadi bom jangka yang sedang menanti mangsa melatupkan BN hingga berkecai. Selama ini kes PKFZ hanya menjadi mainan mulut pembangkang yang tak pernah dipeduli polis, SPRM jauh sekali kabinet. Namun pendedahan dalaman berpunca dari MP Sarawak yang meretakkan MCA tak dapat disembunyikan lagi.

Chua Soi Lek yang dipecat kemudiannya digantung berpunca video seks tahu punca sebenar tindakan ke atasnya. Come back Soi Lek terhalang dengan isu yang dihangatkan kembali gara gara usaha menghalang kemaraannya oleh Ong Tee Keat. Tentunya Chua tidak duduk diam dan masalah Tee Keat yang boleh menjahanamkannya adalah senjata ampuh. Namun kes PKFZ sebenarnya bukan hanya boleh membunuh Tee Keat malah jua pemimpin umNO. Telah menjadi rutin dan kelaziman BN membahagikan harta negara macam harta mak bapak mereka.

Saling menjaga rahsia...itulah kunci "perpaduan" dan "hubungan mesra" antara kompenan BN. Namun bila ada yang berpaling tadah..mereka akan menjadi mangsa...perang besar akan bermula... Kini Chua dan Tee Keat berada di medan tempur..nampaknya semua yang berada di antara mereka akan turut menjadi sasaran... Tee Keat yang berada di puncak bangunan hanya akan dicapai bila tingkat pertama dan seterusnya dirobohkan... kita tunggu berapa banyak tingkat mampu dirobohkan sebelum Tee Keat direbahkan... Senarai kabinet telah mula didendangkan.... Siapa yang mampu menguasai polis , Mahkamah dan SPRM tentunya akan selamat.....

Apapun setiap pendedahan akan menampat di hati dan fikiran rakyat yang akan menjadi senjata PRU 13....

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata menteri kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Malaysia Today baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini. Kertas kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai memorandum daripada menteri kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA. Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan

Selasa, 22 September 2009

TERLEPAS DARI SUARA NGERI

Ketibaan Syawal satu rahmat besar bagi orang beriman. Ia adalah kegembiraan dalam kedukaan. Kegembiraan kerana kemenangan. Kedukaan kerana terpisah dengan bulan rahmat dan keampunan. Perpisahan yang belum pasti berulangnya pertemuan.

Bagi ummat Islam di Perak, berakhirnya ramadhan, bukan hanya kegembiraan kerana kedatangan syawal, namun juga kerana ia beerti berakhirnya paksaan mendengar suara Zamri yang mencelah di waktu ummat Islam menanti azan maghrib di radio Malaysia Perak - Perak FM-. Sepanjang sebulan suara Zamry diulang di Radio membaca doa berbuka puasa. Walaupun DS Nizar tidak pernah diizin memberi ucapan walau hanya ucapan Idulfitri, berlainan dengan zamry .

Di awal zamry muncul setelah azan, namun beberapa hari kemudiannya sebelum azan. Mungkin menyedari jika selepas azan, takde orang yang ingin mendengar suara ini, maka jika disiarkan sebelum azan menjadikan orang ramai terpaksa mendengar bagi memastikan tepatnya waktu berbuka... demikianlah nasib pendengar radio Perak. Mungkin Zamry menyangka ia peluang keemasan bagi memaksa orang mendengar " kemahiran berdoa" bagi menandingi kuliah dan tazkirah DS Nizar di serata masjid seluruh Perak sebelum ini. Hakikatnya yang saya tahu...ramai yang maki hamun dan doa la'nat bila suara itu keluar berdoa... mungkin mengurangkan pahala orang yang maki hamun...namunmungkin juga ruang makbul doa bagi orang yang mendoakan la'nat untuknya.... entahlahhhh... apapun...pendengar radio Perak FM terlepas dari suara ngeri Zamry...

Isnin, 21 September 2009

vIDEO KENANGAN. umNO VS umNO- BELA MELAYU- SIAPA MELAYU?

Klip ini adalah tanda umNo membela melayu. Siapa melayu? siapa bela melayu? Melayu adalah pemimpin umNO dan pembela umNO adalah penyokong umNO. Bila melayu menindas pembela melayu... tentunya kita akan bertanya di dalam umNO apa erti melayu?

Sebenarnya bagi umNO..penyokongnya terlalu taksub dengan slogan membela melayu...lantas mereka menyokong umNO yang mendakwa membela melayu...hakikatnya pemimpin umNO bukan pembela melayu...mereka hanya mahu pembela melayu menyokong mereka atas nama melayu... sebab itu ...setiap isu bangsa mereka akan menggunakan sentimen melayu...

Pembela melayu yang menjadi penyokong umNO tak peduli lagi...bagi mereka jika melayu dicabuli...mereka rela mati... mereka hanya akan mengenal pemimpin melayu mereka ketika mereka sebagai pembela melayu ditindas oleh pemimpin mereka atas nama melayu... penyokong umNO yang lain masih tak tahu... namun bahasa pembela melayu umNO ini tetap tidak mencerminkan mereka sebagai melayu...walaubagaimanapun..ianya layak untuk pemimpin mereka kerana itulah ERTI MELAYU BAGI umNO!


ADUN yang dimaki oleh penyokong umNO tu telah bersara dan didakwa dengan aduan rasuah. Anaknya yang merupakan ketua Puteri umNO meneruskan"perjuangan" ayahnya. beliau ialah ADUN mewarisi "kerja " ayahnya .... bukan main marah kat DS Nizar sebab tak bela melayu...dengar baik baik maki hamun ini sebagai bukti umNO memang bela melayu... Sayangnya dengan hanya menukar orang walaupun dari keturunan yang membesar dengan tangan dan didikan orang yang ditentang...umNO tetap menang...kesimpulannya...pejuang melayu dalam umNO ni...."tak cerdik"

LANGKAH MAHATHIR MEMERINTAH DARI LUAR......

Kenyataan Mahathir tentang Pilihanraya Kecil Bagan Pinang memberi peluang kepada Sammy membalas dendam kritikan Mahathir kepadanya. Pertembungan bekas rakan sehati sejiwa BN suatu ketika dulu dilihat akan mencemari gerak kerja BN. kenyataan Mahathir berkaitan calon di Bagan Pinang juga memberi isyarat campurtangan Mahathir di dalam pemerintahan Najib.

Mahathir berjaya menyingkirkan musuh ciptaannya, Khairy Jamaluddin dalam pembentukan Kabinet. belum terjadi dalam sejarah seorang Ketua Pumuda yang dipilih dalam persidangan yang sah tidak dipilih di kabinet sebaliknya calon kalah yang diletakkan bersama timbalannya di Kabinet.

Kini Mahathir sekali lagi cuba memberi "nasihat" (keputusan) dalam penentuan calon Bagan Pinang. Hampir pasti nasib Isa Samad dirudung malang apabila diteliti ulasan awal Mahyudin Yasin. Jika Najib bertegas menerima keputusan umNO Bagan Pinang mencadangkan wakil tunggal yang mengetuai kawasan itu, beerti Najib bersedia menjadi sasaran kritikan Mahathir. Harus diingat, Mahyudin memang telah bersedia menjadi regu Mahathir.... Kita tunggu kemelut kehancuran keluarga BN selepas MCA yang kini retak menanti berderai...


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjejaskan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya kecil, kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu. Beliau berkata, Dr Mahathir tidak patut campur tangan dalam setiap pilihan raya kecil kerana pendapat beliau telah menjejaskan jentera pilihan raya BN semasa pilihan raya kecil berkenaan.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.

Bekas Perdana Menteri sebelum ini berkata, Tan Sri Mohd Isa Samad tidak patut diletakkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana beliau pernah digantung daripada Umno selama tiga tahun dari Jun 2005 atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

"Hanya Perdana Menteri mempunyai kata putus mengenai siapa yang patut jadi calon (di Bagan Pinang)," kata Samy Vellu kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan bekas Presiden Umno itu.

Pandangan Dr Mahathir, sekurang-kurangnya dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pasir, dianggap amat menjejaskan kempen pilihan raya BN.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

Dalam pilihan raya Permatang Pasir pula, bekas Pengerusi BN itu berkata, "saya tidak tahu adakah orang seperti itu (calon BN dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman) layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau tidak. Saya tak tahulah".

Dr Mahathir dan Samy Vellu masih lagi dilihat berperang kata setelah Dr Mahathir meminta masyarakat India menyingkirkan Samy Vellu jika mereka mahukan kemajuan dan melangkah ke hadapan.

Dalam tulisan di dalam blognya yang mengulas cadangan seorang perwakilan perhimpunan MIC supaya dikalungkan selipar pada gambarnya, Dr Mahathir mengingatkan MIC supaya tidak lupa bahawa tidak ada satu kerusi pilihan raya pun yang mempunyai majoriti pengundi berbangsa India.

"Tetapi untuk memastikan orang-orang India mempunyai suara di dalam kerajaan, BN memperuntukkan kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah orang-orang Melayu kepada MIC dan memujuk mereka mengundi calon MIC.

"Pengundi Melayu tidak suka perkara itu tetapi para pemimpin Umno terpaksa memujuk mereka.

"Apabila MIC melakukan perkara-perkara yang menyukarkan para pengundi Melayu menyokong calon-calonnya, saya fikir adalah wajar bagi orang Melayu untuk mengkritik," katanya.

Dalam tulisan itu, Dr Mahathir sekali lagi membangkitkan bagaimana para pemimpin Umno mencerca beliau apabila beliau mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika itu, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang mengecam para pemimpin Umno yang mencercanya.

"Mereka takut ia akan menyebabkan Perdana Menteri rasa tidak senang. Dalam kata-kata lain, mengutuk saya adalah sesuatu yang boleh diterima; ia bukan tanda tidak menghormati negara yang lebih tua.

"Kenapa pula berbeza sekarang (apabila para pemimpin Umno mengecam tindakan hendak mengalungkan selipar pada gambarnya)," kata Dr Mahathir

KEHANCURAN MCA.

oleh Mohd Zaki Yaman - bypass.blogspot308.com

Jawatankuasa Pusat (CC) MCA malam ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat Timbalan Presiden, Datuk Dr. Chua Soi Lek dari parti itu. Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr. Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta.

Tu dia, dah berterabur perpaduan antara ahli, bergolak bagai nak rak, tiba-tiba je buat keputusan "selamatkan" Chua dari kena "sembelih", sebaliknya hanya "penjarakan" dia untuk 4 tahun. Ceh...memang gila CC nih, seolah menggambarkan betapa haloba kuasa si presidennya yang boleh buat apa saja ikut selera dia.

gua serabut mata tengok Ong cakap ikut sedap dia je, dulu kata tak akan buat EGM kerana ia akan pecah belahkan MCA, tapi lepas Chua berlegar seluruh negara kumpul tandatangan perwakilan negeri untuk adakan EGM menumbangkannya, gelabah lah pulak si Ong ni, tergesa-gesa untuk hebah akan buat EGM demi menyelamatkan MCA.

porraaah... Ong ni patut belajar dari sejarah perjuangannya, dulu dia ni boleh eksyen sebagai pejuang solo dalam MCA. Tapi sekarang dah jadi presiden, patutnya buang sikap angkuh tersebut, kena jaga banyak pihak demi perpaduan parti, termasuk kena hormat pilihan yang dibuat perwakilan yang "terpilih" calon kebenciannya..Chua Soi Lek.

Chua kena pecat selepas 21 bulan isu video lucah...gua sebut sekali lagi...21 bulan bukan 2 hari satu malam. lebih teruk, pemecatan dibuat selepas dia diangkat perwakilan MCA sendiri untuk jawatan kerusi nombor 2 parti tersebut.

selepas resolusi puak Chua nak adakan EGM untuk ketepikan hukuman tersebut, maka tak semena-mena CC buat keputusan dari pecat kepada gantung. apa bezanya ini? takde apa-apa bezanya kerana apa jua keputusan tersebut tetap dianggap sebagai gambaran hipokrit Ong nak bunuh politik Chua, secara tidak langsung menghina ketetapan yang buat perwakilan seluruh negara yang memilih Chua pada pilihan parti lalu.

langkah CC jelas menunjukkan mahu ubah situasi keinginan puak Chua yang sudah tercatat dalam resolusi EGM yang diserahkan minggu lalu. saja nak menyusahkan, maklumlah CC tu pun semua badut Ong semata-mata, termasuk budak tua suruhannya dari terengganu, Wong Fock Meng, seorang ahli politik yang ditolak masyarakat Cina ganu.

memang tepat sekali sikap tunggu dan lihat yang diambil PM, Najib. beliau barangkali menyampah dengan sikap ego Ong yang memandang pemerintahan Najib hanya dengan sebelah mata, tak nampak pun sebarang kesungguhan yang dilakukan Ong demi menyumbang kepada polisi 1malaysia, sebaliknya Ong terus dengan kepala batunya anggap diri sebagai taiko Cina yang tidak perlu bersepadu dengan pemimpin Umno.

Ong kini kian gelabah tak tentu arah, habis dikerah kuncu-kuncunya buat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah Chua, buatlah apa-apa yang boleh sekat kemaraan Chua untuk lakukan undi tidak percaya terhadap beliau.

Ong...Ong...tak lama lagi lu bakal jadi katak ong-ang yang kerjanya hanya untuk panggil hujan...nantikan nasib poilitik lu yang akan diganyang lumat oleh kuasa politik keadilan dalam MCA sendiri.....tunggu 10 Oktober ni, lu buatlah apa-apa yang patut sekarang...sebelum terlambat......

Sabtu, 19 September 2009

HIMPUNAN BAJU HITAM DI PERAK PAGI ESOK!

Esok pasti raya...demikianlah ramalan kalendar kuda. Kalendar kuda jarang tersilap dalam ramalannya. Selalunya kaki ekor kuda yang selalu tertipu. Seluruh negara malah seluruh ASEAN telah bersedia untuk raya esok. Demikian antara keputusan mesyuarat menteri agama suatu ketika dulu yang berhasrat menyelaraskan raya serentak. Dari segi syara' ada keizinannya kerana menggunakan hisab.

Berdasarkan perkembangan teknologi sains dan falak hari ini... Hisab menjadi mudah dan hampir tak salah...maknanya esok raya! Bergembira kerana kemenangan yang dikurnia Allah kepada kita, jua bersedih kerana tak pasti apakah Ramadhan kembali lagi. Seumpama sahabat yang kembali dari medan Badar...bergembira dengan kemenangan yang hampir- fathu alQarib- dan berduka kerana tidak dikurnia syahid yang merupakan kemenangan abadi.

Telah menjadi adat songsang yang berkembang dalam masyarakat hari ini...Ziarah ke kubur di pagi syawal dengan pakaian serba hitam..tak cukup dengan pakaian sampai ke tudung..ditambah pula cermin mata. Ia bukan dari agama malah Rasulullah pernah menegah kaum wanita menziarahi kubur lantaran keadaan dan sikap mereka di zaman jahiliah. Kebenaran diberi dengan syarat yang cukup ketat agar kehormatan agama terus dipelihara.

Apa yang jelas pakaian seumpama berkabung orang kristian bewarna hitam semakin mendapat sambutan masyarakat melayu...cuma saya tak pasti...apakah himpunan berbaju hitam di Perak akan berlangsung dengan aman dan tanpa kehadiran Polis...saya mencadangkan agar Musa Hasan mengerahkan semua anggota polis ke negeri Perak bagi menyuraikan himpunan wanita berbaju hitam di seluruh perkuburan muslim di Perak...apa tunggu lagi Musa???

SALAM IDULFITRI BUAT SEMUA SAHABAT YANG MEMBERI KEKUATAN UNTUK SAYA TERUS BERADA DI MEDAN BLOG INI DENGAN MENGUNJUNGI,MEMBERI KOMEN, MEMBERI BANTUAN TEKNIKAL, SOKONGAN DAN SEGALAMACAM DORONGAN..MAAF ZAHIR BATIN ..MOGA ALLAH MENERIMA SEMUA AMAL SOLEH KITA DAN MENGAMPUN SEGALA KETERLANJURAN DAN DOSA.

Jumaat, 18 September 2009

JANGAN BENARKAN TENTERA MENGUNDI


Timbalan Menteri Pertahanan memberi respon mengarut ketikamengulas permintaan Dewan Pemuda Pas yang meminta dibenarkan berkempen di Kem Tentera khususnya dalam PRK Bagan Pinang yang memiliki hampir 40% pengundi Pos. Menurut timb menteri, ianya akan merosakkan jika tentera berpolitik....

Umum mengetahui.. kem tentera bukan hanya memiliki pengundi tentera , tetapi juga anggota keluarga yang bukan dari kalangan tentera. Halangan itu turut memberi erti bahawa hak mereka dihalang. Persoalan juga timbul apabila Zamri Kadir yang menjadi ADUN Pos melalui kem Lumut turut menghadiahkan kuih dan barang keperluan di kawasan kediaman tentera Laut Lumut.

Kempen di kem tentera bukan beerti mendesak mereka berpolitik, tetapi sekadar mencadangkan kepada mereka calon mana yang perlu dipilih...jika berkempen itu memberi erti menyebabkan mereka berpolitik, sewajarnya tentera DILARANG MENGUNDI hingga mereka pencen!!! amacam...setuju???

SEREMBAN, 18 Sept (Bernama) -- Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. "Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," katanya kepada pemberita di sini selepas menyampaikan sumbangan hari raya Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat Negeri Sembilan kepada 234 penerima melalui skim bantuan kebajikan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Pada Khamis, Pemuda Pas mendesak agar parti itu dibenarkan berkempen di kem-kem tentera pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan kawasan Bagan Pinang pada 11 Okt ini. Terdapat beberapa kem tentera dalam kawasan itu yang didiami ramai pengundi pos terdiri anggota tentera. Abdul Latiff berkata anggota tentera dibenarkan mengundi pada pilihan raya kerana itu hak mereka di sisi perlembagaan negara. "Negara kita sebuah negara demokrasi, bermakna anggota tentera bebas untuk mengundi. Sebab itu ada juga di kalangan mereka ini mengundi parti pembangkang. Jadi, apa pasal dia (pembangkang) nak takut. "Adakah bila dia (tentera) mengundi parti pemerintah tak bagus, tapi kalau mengundi dia (pembangkang) bagus dan ini (baru) dikatakan satu pilihan raya yang adil?" katanya. Abdul Latiff juga berkata Akta Veteran ATM kini di peringkat draf terakhir sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen untuk diluluskan. Katanya undang-undang itu dirangka untuk membela nasib anggota tentera keseluruhannya. -- BERNAMA

SASARAN BARU MAHATHIR...

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudahmenjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan
pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi.

Dr Mahathir pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu kerana tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong
oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir.

PERUTUSAN PJ PAS PERAK

BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan Allah SWT melakukan nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk Al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan Al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah SWT ini.

Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah SWT dan percaya kepada janji Allah SWT, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah SWT.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT, dalam Al Quran Karim.

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak Darul Ridzuan)

Khamis, 17 September 2009

KHIR TOYO NAK DIBUNUH...

SHAH ALAM, 17 Sept (Bernama)--Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kerana menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

-- BERNAMA
Apalagi anak toyo ni nak??? siapa yang ugut anak toyo ni. Apa diketahui...anak toyo ni baru di soal siasat oleh SPRM. SPRM pulak masih belum dapat membersihkan dirinya dari tuduhan bunuh Beng Hock. Apakah anak toyo ni terima ugutan bunuh dari kakitangan SPRM. atau mungkin dari mata telinga SPRM??

Agak melucukan bila ada yang berminat nak bunuh anak toyo ni...sebenarnya ugutan bunuh adalah cara nak popularkan diri dari kalangan ahli politik. Soalnya siapa yangada hajat nak bunuh anak toyo ni? Kalau Karpal dulu mungkin ugutan bunuh dari extrimis melayu sebab kelantangannya menentang sultan Perak??

Biasanya setiapugutan ada motif... Apa motif nak bunuh Khir??? bagi saya hanya satu... MENGALIHKAN ISU SIASATAN SPRM. Selepas ini wartawan mungkin tidak bertanya tentang siasatan SPRM dari Khir, tetapi surat ugutan bunuh...

BERBUKA PUASA DI UDARA?


As-syeikh Dr. Yusuf Al-qaradawi, ketua persatuan ulamak seduni telah mengeluarkan fatwa pada hari ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.

Asyeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat –tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.

Akhirnya, Al-qaradawi telah meminta pesawat Qatar(yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.

PERUTUSAN IDULFITRI PRESIDEN PAS


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
Presiden PAS

KHAIRY MENCARI IDENTITI DI N9


Setelah lama menyepi lantaran kedudukan diri yang tak dipeduli, Khairi Jamaludin mula bersuara. Memang patutnya dia bersuara kerana dia adalah seorang ketua Pemuda. PRK kali ini juga berada di dalam negerinya. Jika dia masih tak boleh memberikan pendapat, ada baiknya beliau mengundur diri.

Kenyataan Khairy masih dilihat berhati hati kerana bimbang ditempelak secara terangan yang boleh menjatuhkan imejnya. Sebagai ketua Pemuda, satu sayap paling berpengaruh dalam parti pemerintah , sepatutnya kedudukan itu dan pRK yang berlaku dalam negerinya..beliau wajar diberi peluang mengepalai genderang perang ini.. Namun sehingga kini, suara KJ masih dipinggir oleh pucuk pimpinan parti. Tidak cukup disisihkan dari kabinet, kini dalamPRK negerinya sendiri seakan kewujudan Khairy tak dipeduli.

Penyokong Khairy yang yang amat mengharapkan pengaruh Khairy kembali seperti sebelum dulu. Ternyata jejak dilalui Khairy kini dijejaki Mukhriz. Ketika menjadi timbalan ketua Pemudaa, suara Khairy lebih vokal dari ketuanya sendiri. Kini Mukhriz yang kalah ketua pemuda lebih dihargai dan diberi suara lebih dari ketuanya yang menang. Khairy seakan mencari identiti kedudukannya sendiri di dalam umNo khususnya di Negeri Sembilan.

Ada pemerhati menyatakan Khairy menang dengan jalan belakang. semua mengetrahui hakikat itu malah Khairy sendiri menyedari pandangan orang terhadapnya. Sebab itu Khairy tak melompat ketika tak dilantik sebagai menteri. Beliau melihat mendiamkan diri lebih baik dari melawan yang menyebabkan tembelangnya terdedah. Mungkin jika ini berlaku, karier politiknya musnah sama sekali. Itulah yang dihadapi Isa Samad kini. Malah untuk menjadi calon di bahagian yang beliau sendiri ketuanya seakan tak direstui.

Apapun politik bergantung kepada kenijaksanaan dan ketangkasan. Dalam umNO perisa wang,kuasa dan tipu daya amat berperanan.... itu rumah tangga mereka yang kita memerhatikannya untuk melihat ruang yang terbuka.....

Rabu, 16 September 2009

PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS PAKATAN RAKYAT

Oleh : albanjari
Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib 'ong-ong' ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama 'kerusi roda', yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang 'senget' di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi 'ajar' buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan 'perang' ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :
1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang 'rasmi' bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan 'full access' ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam - Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan 'kesesakan'.

4) Untuk pengkalan data bloggers - keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.
..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya