Ahad, 27 September 2009

MAHATHIR ATAU MAHYUDDIN NAK JADI PRESIDEN?

Komen Isa Samad agak menarik perhatian. Beliau mengulas desas desus gangguan terhadap cadangan umNO Teluk Kemang mencadangkannya sebagai calon di Bagan Pasir.

Wartawan bertanya adakah yang dimaksudkan Mahathir, beliau hanya tersenyum...kalau saya wartawan, saya akan tanya adakah Mahyuddin yang dimaksudkan kerana mahathir dah tak de kuasa...tapi kenyataan mahyudin jelas cuba menolak Isa Samad... Mahyudin adalah timbalan Presiden yang boleh jadi presiden-ternyata Mahyudin adalah pilihan Mahathir sejak kejayaan Mahyuddin memberi tekanan kepada Pak Lah.

Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa

PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek.

Kata Mohd. Isa yang disebut-sebut sebagai calon BN di kawasan itu, buat masa ini senarai nama calon belum diserahkan lagi dan apabila sampai waktunya nanti, beliau akan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

"Tunggulah, bila saya disuruh berbuat demikian, saya akan laksanakan tugas itu. Memanglah, saya akan hantar tiga nama seperti amalan biasa.

"Tak eloklah, saya nak beritahu siapa yang disenaraikan. Tak kiralah Wanita atau Pemuda dan sesiapa pun. Tunggulah pengumumannya yang akan dibuat kelak," ujar beliau.

Beliau berkata, yang menjadi masalah ketika ini terlalu ramai hendak menjadi 'Presiden' parti.

"Masalahnya ialah kerja Presiden orang lain hendak buat. Kerja Presiden, biarlah Presiden yang buat. Kita di bahagian, buatlah kerja bahagian. Sebab itulah masyarakat jadi masalah, tak tentu arah," kata beliau.

Ditanya apakah kenyataan beliau merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan beliau tidak layak menjadi calon di Bagan Pinang, Mohd. Isa hanya tersenyum.

"Orang tanya saya mengenai Tun Dr. Mahathir, saya hanya tersenyum. Itu yang boleh saya katakan," kata beliau.

1 ulasan:

anakpahang berkata...

Dua-dua dari spesies yang sama dari order yang sama familae yang sama.

Perangainya mestilah sama,ciri-cirinya mestilah sama,keinginannya pun mestilah sama.

MELAYU MUDAH LUPA sahaja yang boleh dia tipu