Sabtu, 28 Februari 2009

POLOTIK BACUL ZAHID

Dilaporkan berita semalam, Zahid Hamidi mengarahkan agar ADUN Bn tidak menghadiri sidang yang akan diadakan 3 Mac ini.Baginya sidang itu tidak perlu kerana ia bukan arahan sultan Perak.Mereka hanya akan hadir jika Sultan memperkenankan......

Sejak bila Zahid lupa bahawa beliau berada di Zaman merdeka dan zaman selepas BN menghadkan kuasa Raja Raja Melayu? Gaya ulasan Zahid seolah Malaysia khususnya Perak bukan negeri demokrasi Raja berpelembagaan. Apakah Zahid yang pernah menjadi ketua pemuda UMNO Malaysia tidak tahu kuasa Raja dan DUN yang dipengerusikan speaker. Apakah selama ini Zahid menjadi MP dengan hanya menjadi tunggul kayu yang tak tahu peraturan dewan??? Malaysia bukan sebuah pondok buruk di tengah hutan



Semua tahu Zahid sedang bergelumang dengan jawatan Naib Presiden yang ingin ditandinginya. Dia terpaksa mengambil alih tugas Najib yang tak mahu nampak bodoh lagi dalam krisis Perlembagan Perak. Namun semakin Zahid bersuara, semakin Zahid kelihatan bodoh dan Rakus. Dia sanggup menjadi gembal tunggangan Najib semata mengharapkan jawatan Naib Presiden.

Cita Cita Zahid amat tinggi.Beliau pernah menawarkan diri menjadi timbalan Presiden dan berjanji tidak akan menarik diri. Namun hany beberapa minggu, Zahid mengundurkan diri. Jika kita mengikuti politik Zahid , kita akan temui Zahid seorang yang bernafsu besar dan rakus namun penakut. Beliau pernah menjadi jaguh mencetuskan Kronisma dan Nepotisma sewaktu sidang UMNO ketika menjadi ketua Pemuda umNO, Namun apabila ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, beliau menyerah diri ke pangkuan umNO. Sememangnya orang yang banyak masalah takkan mampu bertahan di luar umNO. Zahid adalah contoh terbaik. umNO adalh lubuk perlindungan kejahatan.

Kini Zahid menunjukkan setia kepada bakal PMnya. Najib menyerahkan tugas sukar ini kepada Zahid. Namun seperti biasa Zahid tidak mampu berdiri sendiri. PERHATIKAN! setiap hujjahnya akan berlindung dengan istana. Itulah Zahid yang hanya akan memilihnya orang bodoh di dalam umNO. Kalau Zahid menang bermakna sah semua perwakilan umNo bodoh. Kalau Zahid kalah, Sah perwakilan yang bodoh melihat Zahid lebih BODOH.

SIDANG DUN PERAK

IPOH (27 Feb): }Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa 3 Mac, untuk membahaskan dua usul berhubung krisisi Perlembagaan di Perak.Beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini, katanya di pejabatnya di sini hari ini. ENDma, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan diwakili 21 Adun, manakala Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. END

Jumaat, 27 Februari 2009

MUNAJAT DI KEDIAMAN MB PERAK




Subuh tadi telah diadakan solat hajat Perdana di kediaman Rasmi Menteri Besar. Program bermula kira kira jam 4.30 pagi. Ramai hadirin telah tiba sekitar jam 3.30 pagi.Ada yang tak balik darhrib malam tadi.



Solat hajat ini telah dipimpin oleh Al Fadhil Tuan Guru haji Husin Lubuk Tapah dan Hj Ahmad Mustafa ADUN Demit Kelantan. Keduanya telah tiba sejak magrib malam tadi. YAB DS Nizar turut berada di Majlis tersebut kira kira jam 4.15 pagi.



Hari ini dijangka kediaman rasmi akan diserahkan kembali sebagai menghormati arahan rasmi SUK. Di fahamkan SUK telah mengarahkan pengawalnya mengambil alih kawalan pintu sejak beberapa hari lalu. Mereka juga difahamkan telah berusaha untuk masuk ke kediaman rasmi sebelum ini tetapi di halang oleh anggota Amal yang bertugas. Apa pun semua kereta exco telah di ambil kecuali kereta rasmi Menteri Besar- AGS 10. Bermula esok pastinya kediaman rasmi akan menjadi kawasan larangan untuk rakyat jelata.

Semoga Munajat yang ditunaikan tadi akan memberi kekuatan dan pertolongan kepada kepimpinan kerajaan pimpinan YAB Nizar serta seluruh pendokong kebenaran dan keadilan. Kerja jahat umNO pati akan dibinasakan oleh Allah terutama konspirator yang telah saya senaraikan sebelum ini seramai 10 orang.

ADUN SG MANIK DI HOSPITAL

Seorang sahabat pemuda memaklumkan bahawa Datuk Zainol Fadzli ADUN BN Sg Manik yang juga ketua Pemuda umNO dimasukkan ke hospital Ipoh kerana serangan jantung. Di beritakan ianya tidak kritikal.Apa yang lawaknya dari sumber umNo menyatakan serangan itu berpunca dari stress. Entahlah...pelik bin ajaib...

DS Nizar yang dihalau dari kediaman mampu menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat, namun Exco haram BN ni pulak yangs sesak dada... inilah akibatnya kerja haram dan bersekongkol dengannya.... Zamri bila plak????

Sejauh mana kebenarannya siasatlah sendiri..apapun sumber itu mayakinkan saya...

Khamis, 26 Februari 2009

PROVOKASI SIAPA???



Sebentar tadi saya menerima salinan surat ancaman dan penghinaan kepada Sultan Perak dan keluarga baginda. Amaran juga turut mengancam mufti Perak. Kandungan amaran terlalu keras.Surat itu mengancam untuk membunuh dan memaki keluarga di Raja Perak. Ia memberi tempoh 6 bulan untuk melaksanakan ancaman tersebut. Kandungan surat turut menyatakan kaedah berani mati. Mufti Perak juga dijadikan sasaran ancaman.

Surat di akhiri dengan makian dan Laungan Allah hu Akbar
Dimaklumkan bahawa surat tersebut ditemui di peti surat rumah mufti. Di fahamkan mufti Perak telah membuat laporan polis. Kita amat mengharapkan laporan itu di siasat ke akar umbi agar fitnah dan provokasi tidak menimpa orang yang tidak bersalah.

Umum mengatahui umNO telah kehabisan modal berdepan PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Perak menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang . Mereka sedang mencari isudan modal politik. Jalan paling mudah dan diharapkan laku ialah melagakan PR dengan istana. Istana ialah benteng Melayu yang paling ampuh. Mereka mengharapkan dengan cara ini orang mleayu akan menolak PR. Mufti juga satu institusi yang dihormati .

Apa yang pasti PR tidak terlibat dengan sebarang ancaman seperti ini. DS Nizar seribgkali menasihatkan agar penyokong memilih jalan damai dan menggunakan semua saluran undang undang yang ada. Buktinya beliau sendiri menyerahkan kepada mahkamah terhadap apa yang berlaku. Malah beliau memilih untuk meninggalkan kediaman rasmi dan semua exco menyerahkan lkereta walaupun keputusan Rampasan kuasa masih diperingkat perbicaraan. Jelas...ianya satu lagi b udaya politik kotor dan murahan dari musuh PR. Percayalah apa yang berlaku akan menjadikan umNO semakin dibenci!!!

TAZKIRAH DI KEDIAMAN RAMSI MB PERAK

Maghrib tadi satu tazkirah maghrib terakhir di Kediaman Rasmi sebelum Pakatan Rakyat keluar secara rasmi dari kediaman. Tazkirah di sampaikan oleh Ust Badrul Hasan Al Basri yang merupakan Timb. Pengerusi Majlis Nuqaba' Lajnak Tarbiah PAS Perak.

Tazkirah yang lebih menjurus kepada pemerkasaan tarbiah parti mengharapkan pendokong PAS khususnya menerima apa yang berlaku di Perak sebagai Tarbiah Langsung dari langit. Sewajarnya ahli menerima apa yang berlaku dengan merujuk kepada pertolongan dan kemenangan Badar serta pengalaman kekecewaaan di Uhud. Baginya jalan kemenangan ialah melalui pemerkasaan tarbiah.




Menurutnya lagi, orang luar telah mula melihat prinsip perjuangan ahli PAS yang begitu ampuh yang tidak digugat oleh tawaran benda. Prinsip perjuangan yang dipegang oleh ahli adal;ah sumber kekuatan,. Beliau mengharapkan peranan tarbiah terutama usrah digembelingkan bermula peringkat cawangan bagi mengembalikan kemenangan yang lebih kukuh di masa depan.

BERITA LAWATAN MB PERAK -DARI ABO

rogram MB Perak DS Nizar diteruskan lagi, dan malam tadi di kemuncak Siri Jelajah Perak beliau di Bagan Serai diakhiri dengan Program Ceramah Penerangan Krisis Perak yang diadakan di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.

Wak, MSK, Sya-Reformis, Topeng Perak serta Cenangau tiba di tempat ceramah seawal jam 8 malam dari Ipoh. Terima kasih kepada anggota-anggota Polis yang bertugas khususnya yang turut bersama menjaga keselamatan dimana banyak sekatan jalanraya dibuat di sepanjang jalan ke tapak ceramah tersebut.


Syabas ! Memang tepat slogan Polis yang bertindak 'Cepat dan Betul' itu. Wak setuju. Ini kerana, hanya kenderaan termasuk motosikal yang mempunyai 'roadtax' dan berlesen sahaja dibenarkan melepasi kawalan tersebut, dan program malam tadi memang didatangi oleh kenderaan2 yang memang 'sah' dibawah Akta Pengangkutan Jalan. Wak setuju, ini kan program dari MB Perak yang 'sah'. So..semua kena 'sah' laa..yang 'haram', tak dak 'roadtax', hangpa li main jauh-jauh...!

Sampai ajer aroma bihun sup buat perut jadi lapar. Belasah dulu, baru kerja ! Sya belasah sampai sudu yang terakhir, Topeng Perak belasah 2 mangkuk, kalau dia order mangkuk yang ke-3, wak akan kata..'mangkuk' punya mamat, kau yang makan ke, atau jin kau yang makan ? Wak, MSK dan cenangau standard lah..orang beriman, makan sikit-sikit saja..alas perut, jangan sampai lapar..wakakaka !!

Sahabat wak, masa lalu tadi dok bising tak boleh tahan tengok 'pau' mantappp..tu! Wak cakap nanti kita beli..kan baru belasah bihun sup ! Tunggu kau..kita nak 'pau' kau kejap lagi..! Pau Makkhal Sakhti..eh! Apsal..tu kan ada tanda kat tengah ? wak ingat pau apa tadi..! nasib baik tanda tu tak berbonjol ?? kalau tak ?? Lu pikir sendiri !


Lepas Isyak, orang ramai sudah mula berasak, terima kasih Unit Amal yang bertugas kerana melicinkan kenderaan dan orang ramai yang memang mula sesak. MSK dan Sya terus ke dalam dewan untuk kerja-kerja rakaman video. Wak, cenangau dan Perisik Rakyat layan mata sambil ambil shoot di tapak untuk dimuatkan dalam blog.

Tepat jam 9.30 pm, MB Perak sampai dan terus masuk ke dewan dengan diiringi oleh Unit Amal, petugas Media dan Bloggers mula jadi sibuk. Wak cool....!! standard wak, 'sayalah..al-Banjari' memang always cool beb! Se'cool' Nizar ! wakakaka !!

Majlis dimulakan dengan deklamasi sajak oleh seorang penulis blog saudara Tan. Kandungan sajak beliau akan dimuat-turun nanti. Selepas itu giliran MB pulak mula nak belasah ! Takbir bergema, laungan Reformasi mengegak gempita, Makhal Sakti..kalimat terjelma dari kumpulan Kelab Penyokong PAS !

Dalam ucapan beliau turut menghargai peranan bloggers-bloggers yang bertugas tanpa ganjaran upah dan material untuk menyampaikan kebenaran khususnya yang berlaku di sepanjang krisis. Terima kasih Dato' Seri kerana memberi kredit kepada kami bloggers rakyat marhaen ini, jelas katanya bahawa peranan bloggers kini sangat besar dalam menyampaikan sumber terkini yang tidak mungkin akan kita perolehi cerita yang betul di media perdana, lihatlah bagaimana mereka khususnya bloggers-bloggers ini tidak pernah kenal penat mengekori setiap siri ceramah Jelajah Perak bersama beliau,dan usaha-usaha bloggers ini khususnya dari BloggersNetwork@Perak ini diterjemahkan melalui ucapan penghargaaan beliau kepada MSK, al-Banjari, Sya-Reformis dan lain-lain lagi, di setiap siri ceramah beliau. Terima Kasih Dato' Seri !
Dewan Markas penuh sesak dengan orang ramai, dianggarkan hampir 15 ribu orang hadir ke Majlis Penerangan malam tadi dimana lebih 7 ribu memenuhi dewan ketika ceramah penerangan oleh MB Perak dilangsungkan. Butiran ucapan dari MB akan diupload dalam bentuk video, dan akan dipaparkan sedikit masa lagi !!

Perut lapar semula. Dalam kepala semua dok ingat Pau ! Jom !! kena keluar ni ! Mencelah keluar dari dewan kerana hati sudah kena 'pau' oleh kuih pau yang lembut lagi mulus-mulus. Wak, Topeng Perak dan Sya tak tunggu lagi..hanya MSK sahaja masih keras di hadapan pentas bekerja.

Sudah berada didepan warung pau, kita pau sorang 2 bijik ! Wak kata kalau nak lagi enak makan pau ni, kena makan sepasang. Baru puass...!! Sya jeling-jeling saja..tapi yang wak nampak Sya pun suka akan pau ini..! Takpa nanti di Bukit Selambau kita cari pau lagi noo...oppss! di Pokok Sena, ye..hari Sabtu ini..depa kata pau 'Kedah; lagi best ! Anak Mamii...!!

Siri Ceramah MB pada setiap siri di seluruh Perak benar-benar menjana ekonomi peniaga-peniaga kecil khususnya berniaga. Ini kerana sambutan perniagaan mereka sangat tinggi. Wak rasa,kalau nak jana orang ramai berbelanja..gerakkan aktiviti ceramah selalu ! Ok..wak stop dulu..nanti wak update lagi !(source : radenbanjar/al-Banjari Online)

APA KESUDAHANNYA???

Suhu politik Perak agak menurun beberapa hari ini. Suara sumbang pemimpin Bn agak perlahan. Mungkin semua tumpuan di alihkan ke Selangor atau mungkin kehangatan bahang pemilihan umNO yang bakal berlangsung beberapa minggu lagi.

Apa yang jelas isu derhaka yang dijaja telah basi dan tak laku lagi. Ulasan beberapa tokoh bahasa mungkin menyedarkan masyarakat yang buta kebenaran selama ini. Siapa yang lebih memahami bahasa selain tokohnya? Hanya Jauhari mengenal manikam. Jangan pedulilah ulasan Hamid Al Barua dan Rahim budak Tambi dalam hujjah semalam. Mereka hanya pencacai yang sedang memburu popularity pemilihan naib Presiden Mac ini.

Di Peringkat Kerajaan Pakatan Rakyat sedang menjelajah seluruh negeri menjelaskan isu yang berlaku. Semuanya berlapik fakta dan bersulam hujjahyang bernas. Sebagai pemimpin utama, DS Nizar lah yang memimpin gerakan kesedaran dan penjelasan tersebut. Setiap program yang dihadiri DS mendapat sambutan yang menggalakkan dari pagi hinggalah ceramah umum di malamnya sebagi kesimpulan lawatan tersebut.
Seolahnya beliau masih lagi berkuasa walau cuba di cabut di atas kertas. Beliau menepati cirri pemimpin rakyat dan kini sedang membangkitkan kesedaran rakyat.

Di peringkat kerajaan Haram, Zamri seperti kesaorangan. Apa yang mampu dilakukan ialah memaksa pegawai kerajaan mendengar temberangnya. Siapa yang tak hadir akan diambil tindakan. Beliau tidak berani turun padang bertemu rakyat seperti DS Nizar. Beza antara keduanya semakin ketara. Zamri Berlindung di sebalik istana dan kuasa rampasan haramnya. Berhujah depan cermin television dan corong radio. Untuk turun kepada rakyat pasti dengan kawalan ketat.

Paling menarik ialah sikap Najib yang menyepi. Tiada ulasan terkini perkembang politik Perak terutama tindakan speaker. Mungkin Najib telah di nasihatkan oleh mentornya agar jangan menunjukkan kebodohan. Atau beliau kecewa apabila benihnya menelurkan anak Pak Lah Badawi. Berjuta hasil dilaburkan, dengan mudah ditangguk oleh Pak Lah. Benarlah …..Politik bukan hanya kebijaksanaan merancang tetapi juga siapa yang mampu bertindak pantas dan tangkas. Dalam hal ini, Pak Lah lebih pantas menyambar hasil umpanan Najib. Namun Pak Lah semakin ketara kebodohannya apabila tindakannya menampakkan betapa PM seorang ni begitu jahil undang undang Negara yang dipimpinnya. Benarlah kata hadis bahawa kehancuran akan melata apabila orang Jahil di beri kuasa.

Rakyat Perak semakin yakin kini. Yakin pada hak yang bakal dikembalikan. Rombongan popeye ke London untuk mencari spinach mungkin hanya akan bertemu pucuk paku tua yang pasti tak mampu dimamah oleh gigi susu yang baru tumbuh di Perak. Yang pasti nasib speaker Perak sedang menjadi perhatian. Keselamatannya menjadi keutamaan. Orang gila dan dalam keadaan nazak mampu melakukan apa sahaja….. namun usianya takkan lama….

JEMPUTAN MUNAJAT

MUNAJAT PERDANA 3 PAGI
JUMAAT 27 FEBRUARI 2009.
KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR PERAK.
TAZKIRAH MAGHRIB UST. BADRUL HASAN ALBASRI
PIMPINAN TG HJ HUSIN PONDOK LUBUK TAPAH KELANTAN & YB UST AHMAD MUSTAFA ADUN DEMIT.


SEMUA DIJEMPUT BERAMAI RAMAI UNTUK BERMUNAJAT KEPADA ALLAH
HANYA KEPADA ALLAH TEMPAT KITA BERSERAH.

Rabu, 25 Februari 2009

Artikel SETPOL - MESTI SEBARKAN KEPADA MELAYU MUSLIM- CETAK DAN SEBARKAN

DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Selasa, 24 Februari 2009

JEMPUTAN DS NIZAR

Jemputan Dato' Seri kepada semua muslimin !

Dato Seri Nizar memaklumkan kepada semua tengahari tadi, walau pun secara rasminya beliau dan keluarga telah keluar dari Kediaman Rasmi Menteri Besar, kunci kediaman rasmi terbabit akan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Jumaat ini.

Sehubungan itu, beliau menjemput Muslimin dan Muslimat untuk sama-sama menghadiri Majlis Qiamulail di kediaman tersebut sebelum subuh Jumaat 27 Februari (Jam 3.00 pagi).

PELIHARAAN MAKAN TUAN

Perak bukan emas. Perak juga bukan permata, namun Perak jauh lebih menyilau dari emas dan permata. Sejarahnya seringkali meneroka perkara baru. Ia jarang berlaku namun setiap kali ia berlaku, musuh akan terpaku dan seringkali ianya menjadi paksi kebangkitan yang berkekalan.

Sejarah perjuangan kemerdekaan menyaksikan bagaimana Raja Abudullah di buang jauh di Pulau hujung benua India. Si Puntum dan Maharaja lela kekal tercatat sebagai pahlawan yang mengalirkan darah penjajah di Sungai Perak. Sejarahnya harum sepanjang zaman dan menjadi inspirasi anak Perak di mana berada.

Pulau Pangkor juga masyhur sebagai bumi pertama menerima racun haram pertama-Sekularisma di Tanah Melayu. Kini Pangkor tetap terkenal sebagai destinasi perlancongan khususnya di kalangan Penjajah istimewanya di Pangkor Laut. Pulau tersebut jugalah memberanakkah Menteri Besar Haram hari ini!

Hizbul Mislimin pula menjadi mimpi ngeri kepada penjajah dan anak penjajah yang membenihkan No Umph (umno). Masih segar bagaimana ungkapan Hubaya, hubaya, bahaya dari gunung" merujuk Hizbul Muslimin yang bertelur di gunung Semanggol, Taiping. Ianya ungkapan isi hati penjajah yang diucapkan oleh lidah pemimpin no umph, anak penjajah!.!

Perak tenggelam dalam sejarah sekian lama. namun 8 mac ia mencipta nama di persada dunia. Sekitar Mac 2008, Perak menjadi perhatian dunia lantaran kemenangan pembangkang yang membentuk Pakatan memerintah. Peliknya parti yang tak pernah bersetuju lantaran ideologi yang jauh perbezaannya boleh duduk bersama. Lebih indah DAP yang memiliki kerusi ADUN yang ramai akur dengan undang undang Perak boleh menerima wakil PAS menjadi Menteri Besar walaupun dengan hanya 6 kerusi. Sejak itu ia mula dicemburui dan berakhir dengan konspirasi rampasan kuasa pada 6 Februari.

Rampasan kuasa menjadi sejarah baru lantaran ianya terlalu rakus dan penuh nafsu... gopoh dan gelojoh.Tanpa diduga ianya meletup dengan kuat hingga seluruh dunia berpaling sekali lagi ke bumi Perak. Namun letupan itu tidak membunuh sesiapa pun melainkan peletupnya sendiri. Istana kerajaan PR Perak mungkin runtuh namun pemimpinnya bingkas bangun bertindak.

Di saat ADUN yang bermimpi menjadi MB haram mula berangan, mereka dikejutkan oleh speaker yang barangkali tercicir dari konspirasi. Tanpa di duga speaker menjadi penghalang besar dari runtuhan istana kerajaan Pakatan rakyat itu. Seluruh kekuatan ahzab moden digerakkan. Polis, SPRM, SPR, mahkamah di Ipoh, seluruh media tv dan radio, diangkut bersama institusi tok Peti, hantu raya yang menumpang di istana juga budak gelandangan yang berhimpun di merata tempat, kononnya untuk taat kepada raja.. Masihkah generasi muda mengerti apa itu institusi istana???

Semua jalan menjadi buntu. Kerajaan Pakatan Rakyat memilih memulangkan pengharapan kepada mahkamah dan institusi undang undang negara. No Umph terpaku. Tiada jalan keluar..akhirnya mereka terpaksa keluar untuk berguru dan mengadu kepada tuan guru di LONDON. Itulah sebenarnya tuan guru dan dalang disebalik perjalanan kuasa no umph sejak menjadi penjaga dan gembala tanah jajahan British ini.

Perak sedang meneroka sejarah baru barangkali dengan dua MB sedang berdiri di waktu yang sama. Speaker menggunakan kuasa yang selama ini menjadi perisai kejahatan BN. Undang undang yang selama ini menjadi perisai BN telah di cabuli walaupun ianya di buat untuk membela mereka sendir. Ternyata SENJATA MAKAN TUAN! dan biasanya apabila hantu raya mula makan tuan, itu tandanya saat kematian tuan, cerita melayu selalu menggambarkan tuan yang mati di makan peliharaannya akan mati dalam keaadaan



NGERI....benar kah cerita ini ...bersama kita menanti....Apakah Najib, Zamri atau mungkin UMNO dan BN sendiri!!!!!

FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN- SETPOL MB

11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.

Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.


Posted by MisbahulMunir at 2:23 AM

Isnin, 23 Februari 2009

NO UMPH (UMNO) JEMPUT PENJAJAH KEMBALI

Terbangnya rombongan Balaci KUDETA ke London satu episod baru sejarah Malaysia oleh pejuang Melayu sedunia NO UMPH (umno).Tadi Zamri buat kenyataan bukan nak ambil Peguam di Raja , tetap akan pakai peguam tempatan... dah berpusing pusing kenyataan dia.

Apapun yang berlaku , jelas bahawa kerajaan BN dan NO UMPH (umno)adalah alat dan khadam penjajah di Malaysia. Selama ini mereka melaungkan bahawa merekalah pejuang kemerdekaa. Sejarah mereka sebagai pegawai kerajan British digelapkan. Pejuang sejati seperti Burhanudin Helmi dan seangkatan dengannya dianggap komunis dan haluan kiri. Hari ini terbukti bahawa selama ini no umph bernaung dan bergayut dengan kerajaan penjajah tersebut. Seumpama seorang anak yang terpaksa mengadu kepada bapa bila dah tak mampu untuk berdepan.

Saya melihat inilah satu cara no umph menjemput penjajah ke negara. Demi kuasa , datuk nenek moyang mereka dulu sanggup berkompromi dengan penjajah menangkap dan membunuh pejuang rakyat dan negara. Mereka bukan saja menjadi mata mata tetapi sanggup membunuh dengan tangan mereka sendiri.

Hari ini satu lagi episod bagaimana mereka menjemput penjajah itu kembali membantu mereka berdepan kuasa rakyat dan pejuangnya. Dan mari juga kita lihat siapa rkyat yang sanggup bersekongkol dengan barua penjajah itu mengkhianati suara dan kuasa rakyat.

AYUH BERSAMA KEBANGKITAN RAKYAT, MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT UNTUK DINIKMATI OLEH RAKYAT!!!!!

KE LONDON POHON TALIAN HAYAT

Zambry Abdul Kadir mengumumkan beliau mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Rombongan berkenaan dimaklumkan telah berlepas ke London termasuk di dalamnya salah seorang ADUN Kudeta yang terlibat.

Saya dalam perjalanan balik ke Parit Buntar dari Mahhkamah Tinggi Kuala Lumpur berminat untuk mengulas perkara itu dalam beberapa sudut :-

1. Tindakan terdesak yang sedang dilakukan oleh ADUN Pangkor dan ADUN yang terlibat adalah untuk mempertahankan kerajaan haram yang diambil sejak 6 Feb yang lepas. Nampaknya dalam tempoh rampasan kuasa itu sehingga sekarang mereka telah mengkaji semua sudut perundangan yang ada bagi mempertahankan kedudukan haram itu. Bila sudah buat keputusan untuk ke London dan merujuk kepada peguam di sana bererti harapan kepada undang-undang yang ada di Malaysia sudah tidak ada lagi.

2. Tidakkah di Malaysia terdapat ribuan peguam dan ratusan hakim termasuk yang menjadi Ahli UMNO termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri. Ternyata tidak ada satu sudut pun dapat menolong kerja jahat mereka.Sebeb itu mereka ke London.

3. Manakah semangat cintakan negara dan perlembagaaan dan sistem undang-undang yang kononnya dilaungkan selama ini. Atas prinsip Rukun Negara "Keluhuran Perlembagaan" tindakan Zambry dan kuncu-kuncunya adalah menghina sistem yang ada di Malaysia, mereka telah menghina sistem yang ada di negara sendiri.

4. Salah guna harta rakyat berlaku lagi, mereka ke London bukan dengan duit peribadi. Saya yakin puluhan ribu akan dibelanjakan untuk ini. Harta Rakyat nampaknya disalah guna untuk mempertahankan kerja jahat parti UMNO dan BN. Sepatutnya mereka pergi dengan duit parti bukanya duit rakyat.

5. Saya sangat bangga dan bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan kekuatan untuk kami memperjuangkan kebenaran ini. Doakan kemenangan yang pasti akan tiba.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 19:00:00

Ahad, 22 Februari 2009

MELANGKAH GAGAH


Belum pernah tercatat dalam sejarah khususnya di Perak seorang Menteri Besar keluar dari kediaman dengan penuh hormat dan langkah gagah. Saya tak sempat melihat keluarnya Allahyarham Ghazali Jawi, namun saya amat mengetahui bagaimana keluarnya Tajol Rosli. Saya juga mengetahui bagaimana keluarnya Ramli Ngah Talib dari kediaman rasmi.

Khabarnya Tajol Rosli keluar setelah menangis berhari hari. Khabarnya juge di bawa bersama kereta mercedes yang ingin di beli dengan harga simpati. Ramli pula dengarnya sampai bawa lari segala perabut berlori. Tajol yang masuk tak peduli kerana seronok dapat semua barang baru dan wangi.

Nah cuba lihat keluarnya DS Nizar hari ini. Siap buat kenduri lagi...berduyun wartawan menanti...siap berlari sampai depan pintu lagi..tak cukup dengan tu... ikut sampai rumah sewa D. Seri. Nasib baik dah tak bagi masuk... itupun ada yang curi curi. Di minta keluar pun buat selambe rock je....

DS Nizar secara rasmi meninggalkan kediaman Rasmi...( dengornya kejap je...) sebab mahkamah nak suruh duduk balik.... Beliau datang dari rakyat.. perjuangannya bersama rakyat. Apa yang orang tak berani dan tak mampu buat, DS Nizar sanggup mendahului. Beliau adalah antara ibu bapa yang menyaman kerajaan kerana PPSMI.

Kini DS Nizar kembali bersama rakyat. Selama ini beliau terhalang oleh pagar residen yang memisahkannya dari jendela rakyat. Demi bersama rakyat DS Nizar lebih banyak bergelumang di luar sejak subuh hingga dinihari. Kerana cinta dan denyut nadi rakyat yang dirasai, pintu kediaman rasmi tak pernah dikunci untuk dikunjungi. Namun maklumlah sejak dulu kediaman itu adalah kawasan Larangan , rasa kekok dan malu rakyat barangkali masih tersisa di hati.

Kini DS Nizar terus bersama rakyat. Beliau meninggalkan kediaman rasmi bukan mengalah dengan kerajaan Haram Zamri namun menunjukkan akhlak dan tamadun yang tinggi, walaupun berdepan lanun dan perompak di siang hari.Kediaman akan menjadi pusat komuniti rakyat sehingga 27 Februari. Kemuncaknya ialah pada subuh 27 Februari, jam 3.30 pagi. Munajat Perdana akan berlangsung di sini.

Bagi yang belum pernah merasai angin di kediaman rasmi, ambillah peluang ini kerana percayalah!!!! Zamri tak mungkin membenarkan kediaman rasmi dicerobohi. Melainkan jika beliau malu dengan apa yang dibuat DS Nizar selama ini...( tapi puak ni bukan tahu malu) jenis hidung di punggung!

Selamat Berjuang bersama rakyat. Dari rakyat beliau datang, kepada rakyat beliau pulang, bersama rakyat beliau berjuang.... namun JANGAN DILUPA DS NIZAR ADALAH MB YANG SAH DAN RASMI!!!!!!


MERAIKAN PETUGAS AMAL , BLOGGERS DAN MEDIA







Tepat jam 10 pagi tadi satu majlis sederhana penuh bermakna di adakan di Kediaman Rasmi MB Perak. Majlis tersebut bertujuan meraikan petugas Jabatan Amal, Bloggers dan media yang bertugas sepanjang Krisis Perlembagaan di Perak.


Majlis dipengerusikan oleh Khalilul Rahman dimulakan dengan ucapan wakil bloggers -
Al Banjari yang mengucapkan penghargaan di atas kepercayaan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat kepada Bloggers. Sepanjang krisis berlangsung, Kerajaan telah menyediakan kemudahan dan bersifat mesra media. Ianya satu pengiktirafan terutama kepada Bloggers yang tak pernah berlaku sebelum ini.


ALBANJARI MEWAKILI BLOGGERS.


Setiausaha Akhbar MB, Tn Hj Anuar Hashim yang berucap kemudiannya mengharapkan para wartawan dapat memastikan laporan mereka tepat supaya mendapat kehidupan yang berkat. beliau yang telah berkecimpung dengan dunia kewartawanan selama lebih 15 tahun berkongsi pengalaman hidup yang dirasakan lebih berkat sejak menjadi SU akhbar MB. Beliau yang pernah menjadi ketua biro BERNAMA Pulau Pinang mengharapkan agar wartawan menimbang berita dan melihat dengan mata hati.



HJ ANUAR HASHIM SETIAUSAHA AKHBAR MB


Timbalan Pengarah Jabatan Amal Perak, Sdr Ariff Shaarani pula menjelaskan fungsi jabatan amal sepanjang krisis berlangsung. Mereka yang mempunyai lebih 200 ahli yang bertugas secara bergilir. Ahli Jabatan Amal dilihat bersungguh memastikan keselamatan pimpinan dan Kediaman terpelihara. Mereka adalah golongan yang berkhidmat tanpa gaji melainkan keikhlasan mengharapkan pahala dari Allah. Itulah kekuatan sebenar mereka. Sdr Arif merujuk ayat 105 attaubah yang bermaksud ; Dan bekerjalah nescaya Allah akan melihat amalan kamu....


SDR ARIFF SHAARANI- TIMB PENGARAH 1 JABATAN AMAL PERAK.


Majlis diakhiri dengan ucapan kemuncak MB Ds Ir Hj Nizar jamaludin. Antara isi kandungan ucapan beliau;




01. Menghargai semua yang memberi sokongan terutama Jabatan Amal dan blogers serta media.
02. Perjelaskan kezaliman Rampasan kuasa di Perak adalah sejarah hitam. Menurutnya hanya wujud dua kerajaan Haram di Dunia iaitu Isarel dan kerajaan Zamri di Perak.
03.Menjelaskan kejayaan kerajaan PR ialah wujudnya perpaduan kaum di bumi Perak. UMNO selama ini mengapikan perkauman supaya boleh memerintah. PR telah menyatukan pelbagai bangsa termasuk kaum asal di bumi Perak.
04. Melahirkan rasa sedih di atas kesedihan rakyat yang di rampas hak.
05. Yakin krisis ini sebagai petanda kejatuhan UMNO seluruh negara.
06.Krisis ini akan berterusan selagi DUN Perak tidak di bubarkan.
07.UMNO takut berdepan secara "jantan" di Perak. Mereka takut untuk menerima hukuman rkyat.
08. Berikrar akan pastikan Bukit Gantang menjadi medan hukuman rakyt kepada BN.
09.Mengajak wartawan dan bloggers bermuhasabah agar memeastikan tulisan mereka mampu untuk dihujahkan di hadapan Allah. Setiap anggota akan menyaksikan perbuatan manusia.
10. Menjelaskan cukai diperolehi kerajaan Perak meningkat hingga tahun lalu berjaya mengutip RM 623 Juta, Ianya hasil kesedaran dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaa PR.
11.Mengharapkan rakyat dapat bertindak di bawah undang undang dan perlembagaan.



Sabtu, 21 Februari 2009

ZAMRI OH ZAMRI


GAMBAR DARI PINK TURTLE.


Tak tahu malu....Hidung tak mancung.... buntut tersorong sorong... Mungkin itu yang lebih sesuai untuk Zamri. Hari ini beliau mengaku bahawa beliau MB lantikan sultan..ternyata sikit rasa sedar bahawa dia BUKAN PILIHAN RAKYAT!

Untuk makluman Zamri, MB ialah mentadbir urusan Rakyat dan negeri, bukan istana. Istana ada raja yang bertahta. Di Perak dah ada Sultan, Raja MUda, Raja dihilir dan orang besar Jajahan. Merekalah yang mengatur istana dari segi perlantikannya termasuklah semua yang berada di bawah urusan dan kuasa Istana.

Jika Mahkamah mengembalikan keadilan dan hak kepada yang berhak, maka saya mencadangkan agar Zamri bersama exco angaunya akan bersidang serta mentadbir kawasan istana. Jangan lupa bawa sekali Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat undang undang. Kalau boleh cadangkan juga DATUK NIKAH KAHWIN ( mufti le tu)..

Hari juga Zamri bertemu dengan seluruh Pengetua dan Guru Besar di Perak. Beliau meminta satu ikrar taat setia dari seluruh warga pendidikan kepadanya... Zamri sangka orang dah lupa bagaimana beliau merendahkan guru guru di Perak semasa menjadi exco pendidikan dulu. Boleh tanya dengan guru besar dan Pengetua di Perak. Beliau kelihatan terdesak kerana dalam tangkapan di Kuala Kangsar lalu, dua darinya adalah Guru!!!!

Saya bimbang dan amat bimbang andai kerajaan KUDETA ini jatuh seawal mungkin, Zamri akan terus memencilkan diri di Pangkor. Tanah tumpah darahnya.! lebih bimbang lagi jika Zamri terpaksa bermukim di Hospital bahagia Tanjong Rambutan......Zamri oh Zamri

Jumaat, 20 Februari 2009

UMNO PAKAI PERSALINAN ISTANA.

Tindakan speaker Perak membuntukan jalan dan skrip Najib Tun Razak. Pengantungan Zamri Kadir sebagai ADUN dan 6 Exco kerajaan istana nya mengejutkan banyak pihak. Mereka seakan terlepas pandang selama ini tentang kuasa Speaker.

Pak Lah menampakkan kebingungannya dengan komen bahawa apa yang dilakukan adalah usaha menjatuhkan kerajaan Perak. Apakah Pak Lah lupa bahawa kerajaan Perak haram sekarang adalah hasil rampasan kuasa. Mungkin Pak Lah lupa kerana beliau dikatakan tidak terlibat dengan usaha awal Najib Razak. Lebih menarik ialah ulasan kebanyakan pemimpin UMNO yang agak celik undang undang. Kita lupakan yang buta undang undang seperti Nazri Aziz dan Zamri Kadir sendiri.

Zahid Hamidi memberi komen yang menunjukkan beliau faham undang undang. Kata Zahid ... " Ianya tidak boleh dilihat dengan undang undang sahaja, ianya mesti dilihat dri aspek ketatasusilaan. Kuasa sultan mesti dihormati..." Sah Zahid mengakui bahawa BN telah menyalahi undang undang dan tindakan speaker adalah menepati undang undang! Tidakkah undang undang adalah berada di atas segala perkara. Undang undanglah yang melahirkan semangat ketatasusilaan malah raja sendiri digelar raja berpelembagaan.

Sejak bila BN menghormati ketatasusilaan. Tidakkah tindakan menculik ADUN itu melanggar batas ketatasusilaan? Tidakkah merampas kuasa diluar DUN itu mencabul ketatasusilaan? Apakah tindakan rasuah itu katatasusilan??

BN khususnya UMNO kini sedang tersepit. Mereka tiada jalan keluar. Saya yakin mereka sedang merancang sesuatu yang di luar undang undang. Kekerasan dan ugutan bukan lagi perkara asing dalam politik Najib. Suara Najib seakan tenggelam seketika kini. Apakah Najib sedang memerah kepala bersama penasihatnya yang baru keluar dari tindakan mahkamah- Razak Baginda?? Atau beliau membiarkan Perak terumbang ambing lantaran calon MB nya dipintas oleh Pak Lah Badawi??? Ternyata benih Najib di Perak melahirkan Anak Pak Lah Badawi dan kini Najib pastinya tak mahu mengaku anak haram yang lahir dari perut Pak Lah. Sah ianya benih Najib.... namun kini bin nya ialah Pak Lah Badawi. Mari kita cuba DNA nya...andai ia belum hancur diletupkan C4.

Kini BN bergantung penuh dengan istana. Apa sahaja jalan buntu yang dihadapi oleh Umno, mereka menggunakan nama istana. Bukan rahsia lagi siapa proksi BN di dalam istana. Anuar Zaini dan Abdul Rahim muhd Nor adalah dua makhluk asing jelmaan Pak Lah yang telah menjelmakan kerajaan Haram di Perak. Jelas UMNO sedang menjahanamkan institusi istana tetapi dengan jalan yang berbeza. kalau dulu mereka menyerang istana , kini mereka menggunakan istana membentengi kerja jahat mereka. Wajah alien mereka yang hodoh dan ganas cuba berselindung di sebalik persalinan indah istana yang bergemerlapan dan segak. Namun ianya hanya mampu disembunyikan jika dilihat dari belakang. Bila makhluk hodoh dan ganas ini berpaling, terlihatlah wajah mereka. Apatah lagi bila bersuara tentunya semua akan mengenali....mereka bukan raja atau istana... kecuali bagi orang bodoh, pekak, buta, tuli dan makhluk jahat seumpama mereka jua...

andai mereka anak jantan...tanggalkan persalinan istana itu segera....andai raja raja dan sultan menyedari.... jangan biarkan persalinan indah itu dicemari.... bimbang rakyat menyangka...istana dan makhluk itu sama dan serupa.... Yang ruginya kita dan bangsa kita jua institusi beraja....

Khamis, 19 Februari 2009

ANDA TAHU SIAPA DAN APA PERANAN MEREKA?

Beberapa mnama yang menarik untuk dikenali dalam konspirasi Rampasan Kuasa Kerajaan Perak. Tujuan saya menulis nama ini bukan untuk memeperkenalkan mereka, namun saya mengharapkan sejarah akan mengingati "jasa jasa " mereka dalam mengkhianati amanah rakyat...siapa pun mereka...nama ini kini meniti di bibir rakyat Perak...

01. DS Najib Razak.- TPM
02. Datuk Zahid Hamidi.- Menteri JPM
03. Datuk Zamri Kadir.- MB Haram.
04. Jamaludin Radhi.- YB Katak sial.
05. Osman Jailu.- YB Katak sial.
06. Anuar Zaini.- Pengerusi Bernama.
07. Abdul Rahman Hashim.- Setiausaha Kerajaan Negari.
08. Abdul Rahim Muhd Nur.- Setiausaha sulit Sultan.
09. Muhammad Kamal Mohd Syahid.- Penasihat undang undang.
10. Harusani Zakaria.- Mufti

Mereka adalah nama yang ada sumbang dalam TRAGEDI RAMPASAN KUASA DI PERAK. Apa doa anda untuk mereka semua??????????????

SOLAT HAJAT DI KEDIAMAN MB

Malam ini di teruskan solat hajat dan bacan Yasiin di kediaman Rasmi MB Perak. Maklumat yang hanya di sebar dalam tempoh tak sampai 24 jam mandapat sambutan. Dewan di residen penuh dengan Muslimin dan muslimat yang tak jemu jemu memberi sokongan dan merasai tanggungjawab mempertahankan kerajan rakyat.




Dalam ucapan ringkas setelah bacaan Yasiin yang dipimpin Ustaz Suaid Din Ketua Dewan Ulama PAS Perak, DS Nizar memaklumkan bahawa beliau akan berpindah dari kediaman rasmi pada hari ahad ini. Namun begitu kediaman Rasmi akan terus dijadikan simbol kedaulatan kuasa kerajaan rakyat sehingga keputusan mahkamah diperolehi. Residen akan dijadikan pusat aktiviti kerajaan rakyat dengan pelbagai majlis munajat, majlis ilmu dan seumpamanya.

Beliau juga mengingatkan agar kebangkitan rakyat akan diteruskan dengan jalan aman dan tenang. Segala proses undang undang akan digunakan bagi mempertahankan kerajaan Sah milik rakyat ini.

Majlis diakhiri dengan tazkirah selepas solat isyak oleh Ustaz Tarmizi Abd Rahman.

VERSI PENUH TRAGEDI DI ISTANA KINTA DARI DS NIZAR

KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Rabu, 18 Februari 2009

MASA UNTUK MENYERANG!

Memerhatikan politik barbarian hari ini agak memualkan. Budaya dan adab demokrasi telah lama ditinggalkan. Yang ada bersisa ialah mengambil kesempatan dari kelemahan demokrasi.

Lanskap politik Malaysia agak sedikit perlahan dan toleran di akhir riwayat pemerintahan Pak Lah Badawi. Apakah beliau telah kehilangan nafsu sejak kehilangan isteri tersayang atau sebaliknya saya tak pasti, Namun sememangnya Pak Lah nampak terganggu dan hilang konsentrasi.... agaknya le.... atau mungkin kerana terlebih tumpu isteri baru yang dah tak baru...

Namun perkembangan mutakhir terutama sejak hampir menjelangnya Mac kelihata terlalu drastik perubahannya. Semuanya gara gara tangan Najib. Bermula dengan kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil, Najib bingkas bangun dengan Konspirasi Rampasan Kuasa di Perak. Mungkin ada yang tidak menjangka demikian sekali rakusnya Najib walaupun belum berada di singahsana kuasa. Di beritakan Pak Lah juga terkejut dengan rancangan di luar pengetahuannya ini. Namun dengan tangan kaki yang masih berakar umbi terutama di istana Perak, Pak Lah berjaya mengawal suasana dan menangguk hasil kerja jahat Najib. MB haram lahir dari perut Pak Lah walaupun hasil benih Najib. Apakah Najib akan berusaha memastikan benih ini hancur diletupkan??? Wallah hu A'lam.

Kini politik kotor sedang dibiakkan di seluruh negara terutama di negeri pakatan Rakyat. Usaha pujuk dengan tawaran wang dan kuasa telah beralih dengan usaha ugut dan ancam. Saya tidak pasti apakah ugutan itu sampai ke tahap membunuh atau meletupkan. Semoga ianya hanya kebimbangan saya.

Guru saya pernah mengingatkan semasa di sekolah dulu... katanya... musuh akan melemahkan pejuang Islam melalui tiga cara... Pertama mereka akan mengumpan kita dengan tawaran benda... Kedua mereka akan mengugut kita dengan ancaman... dan terakhir mereka akan menyingkap masa silam kita untuk menjadi modal melemahkan semangat dan daya juang kita.... sebab itu binalah peribadi dari sekarang..elakkan diri dari terjerumus dengan perkara yang memungkinkan cacat perjalanan masa depan.

Memang saya sedang melihat kesemuanya kini. Ia memang menjadi perisa dalam kerja jahat musyirikin menentang Islam. Ianya menjadi ikutan penganut fahaman musyirikin dan Yahudi sepanjang masa. Mereka telah penat mengancam dan menakutkan kita... namun tiada hasilnya... Mereka menawarkan kita dengan tawaran benda...sebahagian dari hamba benda telah tewas... dan bagi yang istiqamah maka, mereka menyingkap masa silam bagi melemahkan kekuatan perjuangan. Inilah yang sedang dibentangkan di hadapan kita.

Najib memang seorang yang dilihat bersifat seumpama lalang dan sesumpah dalam karier politiknya. Beliau bukan seorang penentang bosnya. Namun harus diingat bahawa Najib telah terlepas peluang apabila Pak Lah dipilih oleh Mahathir walaupun Najib adalah paling kanan ketika itu. Saya yakin Najib tak mampu bertahan lagi. Beliau pastinya telah belajar dari apa yang terlepas darinya sebelum ini.Janji yang dikatakan wujud antara Pak Lah dan Mahathir untuk melepaskan jawatan telah dikhianati, Najib mengigit jari.

Kini sekali lagi Pak Lah berjanji setelah menerima tekanan demi tekanan dalaman khususnya dari proksi Najib dan badut Mahathir yang sedang kerakusan mengharapkan habuan. Mereka selama ini memendam nafsu melihat budak mentah Khairi menguasai semua hasil projek negara. Najib terutamanya Rosmah tentu tak mahu terlepas lagi. Rosmah telah muncul di TV memperkenalkan diri melalui kutipan dana Palastin. Tanda bahawa beliau tak mahu tertinggal dan terlepas lagi .Beliau telah bersedia kini.

Mesti diingat bahawa Mahathir adalah watak di belakang Najib. Mahathir lebih mempercayai Najib kerana saya yakin mahathir mempunyai semua rahsia Najib. Mahathir mampu menguasai Najib sebagaimana Mahathir menguasai kabinetnya dengan memegang segala skandal dan masaalah mereka. Bagi yang engkar failnya akan terdedah.Itulah budaya politik Mahathir dan itulah protokol politik yang boleh difahami dari protokol Yahudi berkaitan pemerintah. Lantik mereka yang bermasalah supaya kita senang menguasai!

Najib dan gerombolannya sedang berusaha menguasai beberapa negeri sebelum pemilihan Mac . Pastinya untuk membentuk sokongan dari negeri tersebut kepada barisan "Kabinet bayangan"nya. Letupan Najib telah menggegarkan politik Perak, Kedah telah merasa tempiasnya, Selangor juga sedang membilang bilangan ADUN nya yang sedang diancam dan dipujuk. Kekuatan Pakatan Rakyat sedang di serang dari segenap penjuru. Mereka membentuk musuh bayangan untuk Pakatar Rakyat. Musuh bayangan itu ialah rakyat khususnya orang melayu dan istana. Jika silap mencatur... Pakatan Rakyat akan berdepan dengan kuasa sensitif iaitu melayu dengan ketuanan Khayalannya dan istana dengan kuasa mimpinya.

Istana dan Ketuanan Melayu dijadikan sebagai benteng berdepan PR. Mereka memakai baju lapuk dan mitos terhadap halilintar yang menyambar sesiapa yang engkar kepada raja dan mitos kata kata Takkan Melayu Hilang di Dunia dari Hang Tuah yang juga khayalan Melayu. Sebagaiman yang pernah saya tulis, Hang Tuah mungkin wujud namun kewujudannya sebagai Melayu adalah amat diragui! Lebih diyakini, Hang Tuah adalah pengiring Puteri Hang Li Po anugerah raja Cina kepada Sultan Melaka.

Kini Pakatan Rakyat dilihat sedang berkubu dan mempertahankan diri. Membela diri tidak bermusuh dengan istana. Mempertahankan integriti Axco Kedah yang bermaruah meletak jawatan mempertahankan kerajaan dan kini membela Elizebet di Selangor. Mempertahankan diri itu kewajipan apabila dizalimi. Namun memberi ruang orang menyerang untuk terus bertahan bukanlah sesuatu yang bijak. Serangan balas mesti dilakukan.

Apakah DSAI yang dikatakan pakar menyerang telah ketandusan idea setelah 169 gagal? Waktu itu kita melihat BN terdesak dengan serangan bertubi dari PR. Mereka melakukan semua yang terdaya termasuk menghalang usul tidak percaya dan melarikan MP ke Taiwan. Apakah kegagalan menembusi benteng pertahanan BN menjadikan PR mula berundur dan kini terpaksa bertahan dengan serangan BN pula. Ternyata kerajaan Perak telah jatuh dengan serangan balas atau "counter attack" BN.

PR terdiri dari pelbagai parti dan adunan yang pastinya mempunyai kepelbagaian variasi dalam menyerang. Pastikan masing masing mengambil posisi semula. Bukan semua berkubu di benteng. Gerakkan semula serangan melalui posisi yang pernah dikuasai. Tiba masanya serangan balas kali ini lebih ganas dan mampu menerobos dan meruntuhkan kubu musuh. Sebaiknya gunakan peluang krisis dalaman UMNO melalui hubungan "tak rasmi" dengan kawan lama terutama pimpinan PKR yang pastinya masih ada simpati di dalam UMNO.

Kini masanya menyerang bukan lagi bertahan. Kita bimbang ketahanan kita tak mampu kekal lama dengan keadaan media , polis, kehakiman dan semuanya di bawah pengaruh UMNO termasuk tangan Ghaib di istana. Ayuh wahai pemimpin dan pencatur startegi PR. Merancanglah menyerang musuh bukan merancang untuk mengintai ruang dan peluang dalam pemilihan partii atau jawatan dalam kerajaan yang di kuasai! Allah bersama kita!!!!

Selasa, 17 Februari 2009

KISAH DARI DS NIZAR JAMALUDIN

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Altantuya mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.




Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib altantuya masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Altantuya. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan najib altantuya . Dilapurkan oleh istri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dam pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakan YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Altantuya, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113).

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohan perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan kuat.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bersambung................ (tunggu sebentar terganggu kerna ada panggilan dari Insp Fauzi dari Bteam IPD Ipoh, kena mengadap...) akan sambung....

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Isnin, 16 Februari 2009

SIAPA GADAI HAK MELAYU???

Saya berkongsi dari TBO yang diambil dari blog DS Nizar Jamaludin dalam menjawab fitnah kepadanya tentang tanah melayu....

AssalamualaikumKepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.

Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:


22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas
1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! )


Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.
Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu..Namun hajat ini tidak kesampaian kerana RTM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

NIZAR MEMBACA TALQIN UNTUK UMNO

DSAI pernah mengegarkan politik tanahair. Beliau dipecat di saat kemuncak prestasi. Keunggulan kepimpinannya melalui madah penerapan nilai nilai Islam hampir menenggelamkan Perjuangan Islam PAS. Namun beliau ditikam oleh orang yang menggunakkannya untuk menyekat kemaraan PAS.

DSAI bukan sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri malah ditumbuk dan dihumban ke dalam penjara. Sepanjang beliau dikurung, tuduhan kaki liwat, agen Amerika, Perasuah dan beberapa tuduhan liar lain terus ditusuk ke telinga dan hati rakyat. Malah lebih memedihkan , sahabat seperjuangan meninggalkannya satu persatu. Bermula Zahid Hamidi sehinggalah tokoh awal yang mampu bertahan dalam reformasi seperti Lokman Nor Adam dan Ruslan Kasim. Tidak ketinggalan Zamri Kadir, Menteri Besar Haram Perak.

DSAI bukan sahaja di tikam oleh musuh politiknya, malah sahabat yang beliau bina seperti Datuk Husni pun turut menikamnya. Balasannya kini Husni mendapat jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Sedikit sebanyak fitnah dan berita palsu itu menusuk dan singgah jua di hati masyarakat Malaysia. Sehingga kini DSAI masih cuba dipalitkan dengan tuduhan yang tak pernah disabitkan kepadanya. Terbaru melalui Saiful Bukhari, pembantunya.

Berbeza dengan Datuk Seri Nizar Jamaludin (DSNJ) yang muncul ditengah kemelut politik negara. Kemunculannya secara tiba tiba mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Perak di saat tiada calon berkelayakan, satu suratan takdir yang luar biasa. Dalam tempoh 11 bulan DSNJ berjaya membuktikannya. Seluruh rakyat jatuh hati padanya. Wataknya yang mudah mesra amat menyentuh perasaan dan berkekalan. Beliau biasa bertamu hingga ke ruang pencuci pinggan jika singgah ke majlis perkahwinan. Tidak kekok membuka cermin kereta di jalanraya jika ada yang menoleh kepadanya ketika lampu merah. Bertegur sapa bukan asing bagi DSNJ.
Saya pernah berceramah di Masjid Kampungnya semasa beliau menjadi Bendahari PAS Perak. Hampir seluruh penghuni kampung nampak begitu senang dengan wataknya. Terlalu ramah. Ada sahaja bahan gurauannaya.Beliau di senangi semua peringkat usia dan bangsa. Namanya meniti di bibir pemerhati politik dalam dan luar negara. Kebolehan sebagai pemidato yang mampu berada di mimbar atau surau mendekatkannya dengan masyarakat Islam.


Kebolehan menguasai berbagai bahasa masyarakat Cina dan India adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Beliau terlalu cepat membina nama. Menenggelamkan nama nama besar dalam politik negara. Beliau dikagumi oleh semua. Lim Kit Siang yang pada awalnya mempertikaikan perlantikan DSNJ kerana mewakili parti minoriti kini tidak ragu ragu lagi mengkagumi ketokohannya.

Di saat kemuncak kerier politiknya sedang mendaki, beliau dicampak dari kerusi negeri. Kuasa dari pusat yang bersekongkol dengan tangan ghaib khususnya Anuar Zaini dari dalam Istana bersama beberapa ekor katak peliharaan mempercepatkan kerja jahat tersebut. Mereka menyangka kerajaan pimpinan DSNJ akan terkubur.

Amat mengejutkan DSNJ disambut oleh puluhan ribu tangan rakyat yang bersedia berkorban mempertahankannya. Beliau dilambung umpama wira. Ketahanan mental dan emosi DSNJ amat mengkagumkan. Di saat terhina dengan konspirasi jahat, DSNJ mampu tampil di tengah khalayak dengan semangat yang tidak langsung kelihatan terganggu. Rakyat menjadi bertambah "Respect" dan tabik spring dengan DSNJ.

Musuh dari kalangan BN tiada isu. Mereka tidak mampu mencipta isu seumpama dilakukan kepada DSAI. DSNJ terlalu bersih. Tiada langsung palitan rasuah, moral atau palitan hitam pada tubuhnya. "DERHAKA dan BONEKA CINA" yang mampu sedikit membodohkan ummat. Namun era penyebaran maklumat yang pantas menjadikan semuanya lebur. Mereka cuba menyekat maklumat. Ceramah politik diharamkan! Harakah dan suara Keadilan di sekat. Tadi saya melihat berita menyatakan 4 orang ditahan kerana menyebarkan maklumat mengelirukan tentang kerajaan Haram Perak di Kuala Kangsar.
Ada ura ura beliau akan di ISA kan.Namun takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang memiliki kerusi DUN Changkat Jering berlaku. Andai DSNJ di ISA kan, semua boleh menjangka apa bakal berlaku. Sedikit kemarahan rakyat di Kuala Kangsar adalah isyaratnya. Tidak pernah berlaku ummmat melayu Perak menyampaikan mesej kepada rajanya sedemikian rupa. Ianya berlaku tanpa di pinta... secara semula jadi kasih yang di gugat menjadikan kemarahan di luar kawalan. Sewajarnya istana memahami betapa DSNJ di hati rakyat Perak.

Datuk Seri Nizar Membacakan Talqin di Majlis pengkebumian YB Roslan Shahrum.



Dua watak antara DSAI dan DSNJ amat ketara telah mencorak warna politik Malaysia. Keduanya berjaya mencipta gelombang baru politik tanahair. Jika Gelombang DSAI mampu menjatuhkan Trengganu dan menggugat beberapa tempat di Malaysia dalam pilihanraya 1999, Saya yakin dan amat yakin, andai gelombang DSNJ berjaya digerakkan, riwayat UMNO akan berakhir di Malaysia. Ramai tokoh politik telah menjangka tempoh luput UMNO namun tiada siapa menjangka siapa duri yang menjelmakannya menjadi realiti... Saya menjangkakan Datuk Seri Nizar Jamaludin mampu menjadi faktor kemusnahan dan pengkebumian UMNO... Saya terlalu yakin DSNJ adalah orang yang dinanti untuk membacakan talqin pengkebumian UMNO..... bersama kita merealisasikannya!

Ahad, 15 Februari 2009

POLITIK DI PERAK

SEhingga hari ini, politik Perak adalah paling menarik. Ia bermula sejak kekalahan BN, persetujuan parti parti pembangkang membentuk barisan rakyat kemudiannya menjadi Pakatan Rakyat. Kemuncak keistimewaan politik Perak ialah perlantikan DS Nizar menjadi Menteri Besar dari parti paling minoriti. Beliau dikelilingi oleh beberapa Exco bukan melayu, namun kini selesa menggunakan istilah melayu malah membaca beberapa ayat Al Quran yang mungkin tak pernah diucap oleh Najib Razak.

Rampasan kuasa melalui campur tangan istana, menambahkan lagi kesenian atau kekalutan yang berlaku. MB rakyat dan MB Istana. DS Nizar terus disanjung dan dipuja. BN berjaya bertapak di Bangunan SUK dengan campurtangan istana apatah lagi dengan duduknya Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri di dalamnya. Namun sesuatu yang BN terlupa ialah kedudukan Speaker yang dimiliki wakil PR. Tiada kuasa yang boleh menghalang speaker dari melaksanakan tugasnya. Sultan telah kehabisan baterinya. Di luar bidang kuasa.

Abdullah Badawi menyatakan BN ada cara menggantikan speaker. Semua pakar undang undang dan penganalisa politik hampir sekata hatta yang menjadi balaci dan terompah tandas terpaksa mengakui kuasa speaker adalah kuasa mutlak di dewan negeri.Apa cara tersendiri yang dimaksudkan Dollah Badawi? Tiada jalan undang undang yang membolehkan. Apakah ada jalan yang di luar undang undang..... Jika di luar undang undang...Musa....ng Hassan perlu bersedia bertindak...

PR sewajarnya telah menyediakan kawalan rapi untuk speaker ini .Paling tidak sehingga tempoh bulan Mei. Satu tempoh yang memungkinkan dibubar DUN Perak kerana tidak melaksanakan persidangan. Tempoh itu akan menentukan siapa lebih berkuasa. Kuasa rakyat atau kuasa dibelakang tabir istana ( Anuar Zaini). JIka berlaku juga persidangan DUN, Speaker boleh membenarkan usul undi tidak percaya. Dengan kuasa yang ada padanya, beliau boleh menghalang tiga ekor katak dari melompat bebas dalam dewan dan menganggu ketenteraman awam. Ketiga ekor katak ini telah dihalang menjadi ADUN kerana surat bertanda tangan menyatakan mereka telah meletakkan jawatan. mereka telah menandatangani dengan kerelaan hati....tiada paksaan. Saya yakin mahkamah yang adil akan menyebelahi speaker.

Seluruh rakyat sedang menanti percaturan polittik di Perak. Dalam suasana tertekan DS Nizar terus berperanan mendapatkan sokongan rakyat. Beliau menjadi insan paling popular di Malaysia kini. Di dalam satu ceramah di Jelapang khamis lepas, masyarakat India melaungkan " dewa Nizar"! satu keagongan yang terlalu tinggi. Lebih dari hidup Zamri yang dilaungkan oleh sawa nganga yang mengharap projek dari Zamri.

Mungkin BN telah bijak mencatur, namun mereka lupa PR telah lebih dulu bertindak. Kini kita menanti ayat yang di baca oleh Zamri tentang perancangan Allah dan perancangan manusia menentukan percaturan politik di Perak. Yang pasti Bukit Gantang adalah antara gelanggang terbaik buat Zamri dan DS Nizar walaupun bukan sebagai calon. Namun pasti Zamri tahu akibat menjadi calon dalam kebencian memuncak terhadapnya kini di Perak. Rakyat akan memberi isyarat awal kepada kerajaan Haram BN yang secara tidak langsung mesti diperhatikan oleh Istana...Jika istana ingin rakyat terus menyanjung institusinya...