Selasa, 31 Mac 2009

ANGIN PERUBAHAN UMNO.

Tiada gendang lain selain gendang perubahan yang sedang ditaja oleh umNO kemana dan di mana ia berada. Saya mencari erti berubah. Adakah ia membawa maksud berhijrah atau hanya tukar wajah? Kata merekapimpinan yang ada sedang melakukan perubahan... Ya perubahan....

Memang signal pilihanraya ke 12 menuntut perubahan. umNO menjadikan alasan kehendak rakyat menuntut Abdullah melepaskan jawatan dan pasrah kepada tuntutan rakyat. Rakyat menolak umnO kerana ingin berubah. Maka berlangsunglah pemilihan umNo yang kononnya menyaksikan perubahan. Saya memang mengharapkan perubahan. Namun yang menggantikan Pak Lah ialah Najib yang dulunya membantu Pak Lah. Shahrizat yang dulunya membantu Rafidah. Khairy yang dulunya membantu Hisyamudin. Apakah semua mereka ini tidak berperanan langsung. Apakah ini satu perubahan atau meneruskan "Perjuangan yang belum selesai?"

Apakah perubahan yang sedang dan akan dilakukan oleh umNO. Politik wang telah berakar umbi dalam umNO. Kejahatan dan fitnah adalah mainan lidah umNo menjelang pilihanraya. Pendek kata tiada apa yang dilihat dari apa yang dikatakan PERUBAHAN itu. Yang jelas ialah penggantian orang dan pimpinan.

Memang perubahan ialah talian hayat umNO setiapkali tewas dalam pilihanraya. Ketika Mahathir mula memimpin umNO, ia dikagumi dan disanjungi...akhirnya tertiarap di lumpur kebencian rakyat hingga ada menyifatkannya dengan Mahafiraun. Pak Lah juga menang bergaya dan amat berbangga di awal karier PM nya. Tun Mahathir tersingkir secara sendirinya dan memilih PM yang menjadi pilihannya sendiri. Awal 2008 menyaksikan kebanggaan PakLah menjadi peluru hidup yang sedang dihalakan kepadanya.Pak Lah terpaksa akur dengan angin perubahan. Apakah harapan kepada Najib seumpama harapan kepada Tun Dan Paklah.??

Yang pastinya angin perubahan itu mesti terus berlaku.BUkan merubah isi kandungan umNO kerana virusnya terlalu hebat. Perubahan itu ialah merubah semua struktur umNO malah lebih utama diruntuhkan umNo dari alam pada ini. Gantikan dengan Pakatan Rakyat. Pilihanraya Bukit Gantang adalah peluang rakyat menyatakan kebencian pada umNO melalui peti undi.

Isnin, 30 Mac 2009

KISAH BENAR MASJID SIMPANG TAIPING SEMALAM.

Saya menerima tel sahabat bertanyakan tentang kejadian "Rampasan Kuasa" di satu Masjid di Bukit Gantang. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS- DS Nizar Jamaludin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taipig... Cantikkk. Imamnya adalah sahabat baik saya...

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur... " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada,. Memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali didapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa.)Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyidin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan Pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya usatz MPT- Terompah le tu ustaz jelmaan -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat " wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah... Lepas ni mungkin kena pecat le ana.... Beliau menghabiskan cerita... Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya....

Kesimpulan; Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu.
Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... Zamri.... Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayaiiii

Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagiiii.maaf le... Cerita penuh juge ada dalam Al Banjari sahabt yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada Setpol pun ada...macam macam ada..

Ahad, 29 Mac 2009

KEBIJAKSANAAN MILIK ORANG BERIMAN

Entah apa Isu yang nak dimainkan umNO lagi. Semuanya tak menjadi, Isu derhaka kini menjadi bahan tertawa. Cerita gadai tanah kat Cina makan diri bila didedahkan secara berangka tanah yang terlepas ke Tauke Cina di zaman umNO. Sebutlah pusat Judi Genting dan Bukit Tinggi, Pulau Pangkor Laut dan kilang Simen YTL di tanah rezab melayu//bla..bla..bla....

Berita tadi memainkan isu yang bukan isu, Nizar Pilihan DAP. Katanya Ngeh yang terdahulu mencadangkan Nizar sedangkan Nik Aziz membantah... Apa punya samdul la depa ni.. TGNA bukan bantah...cuma bagi pandangan kerana bebanan tugas DS NIzar. DAP cadangkan kerana mereka terlalu kagum kepada Nizar. PAS Miliki puluhan Calon berkaliber menanti... Namun di saat ini Nizar jauh mendahului. Aura DS NIzar dah mengalahkan Mawi. Mawi mungkin hanya menyentuh hati peminat melayu...Namun Nizar mampu menguasai semua bangsa.... Kini ketokohan Nizar langsung tak dimiliki Calon umNO..hatta Najib yang sedang bermimpi menjadi PM..

Dulu dikatakan Pakatan tidur sebantal namun mimpi berbeza...Namun bila mimpinya serupa . mereka kata plak PAS ikut DAP... macam budak budak le... Tidakkah kita bangga bila orang boleh terima pemimpin kita. Tanpa rasuah dan duit yang diberi, tanpa bas dan makan free.....??? umNo, MCA dan MIC tak pernah bersatu hati...bukan hanya mimpi lain lain tetapi tetapi katil pun tak serupa... setiap kali mereka bertemu , kita pasti tau membezakan antara mereka kerana mereka tak mampu bersama. Ketika umNO mencium keris kononnya membela Melayu, MCA bangkit membantah sikap biadab pemuda umNo, MIC pulak tak selesai masalah sendiri.

Pelbagai bangsa menerima DS NIzar kerana beliau bersih dari tuduhan Rasuah, Seleweng kuasa, Politik wang (rasuah le tu) jauh sekali komisyen kapal selam dan skandal betina yang memalit tubuh pemimpin BN. Pemimpin tertinggi umNO BN memang dikenali dari dulu... Siapa tak kenal Rosmah... siapa beliau sebelum bersama Najib? Siapa tak ingat Ziana Zin dan Hotel di Port Dikson??? Siapa bersamanya??? Siapa tak kenal CHua Soi Lek?? Pelakon tua yang akhirnya mengaku beliaulah melakukan aksi itu?? Rahim Thamby Chik?? dari negeri buaya nganga... Siapa tak ingat cucu nenek tua dari Melaka??? M Taib??? mungkin kasih Ku Yah masih menjadi ingatan abadi. Atau imegresen di Australia belum habis mengira wang yang ditimbang dan dibawa lari.... ahhhhhh malas nak menulis lagi... umNO tiada moral jauh sekali akhlakkkkk...

Sekarang bukan zaman budak budak yang malu meniru atau menerima pandangan orang lain. Memang budaya BN jangan terima pandangan orang lain selain BN. Shahril Samad pernah diambil tindakan kerana menyokong usul DAP walaupun usul itu diterima semua sebagai betul. Bagi PAS tiada salah orang memberi pandangan dan pandangan itu berbetulan dengan impian kita sendiri. Takkanlah kerana pandangan orang sama dengan pandangan kita, kita mesti tukar pandangan lain??

Di dalam Islam, ada adat yang diizinkan syariat. Kenapa Rasulullah tidah meruntuhkan Kaabah kerana kaabah di bina Nabi Ibrahim. Banyak penyelewengan di lakukan di kaabah sepeninggalan Ibrahim. Terlalu banyak contok adat yang dikekalkan didalam Islam lantaran ianya tak bersalahan dengan perintah Allah. Hanya si BODOH menolak kebaikan. Hikmah adalah milik orang beriman. Dimana kamu temui kamu lebih berhak memilikinya...itu panduan Rasul untu kita., Tapi tak pe umNO mana pernah baca sirah dan hadith Rasull...semuanya maki dan caci tanpa sebarang perbincangan ilmiah yang mendorong perkembangan akal dan minda... nama pun umNO!

Siapa pun yang mencadangkan, andai itu satu kebaikan, maka terimalah dan laksanakan secara bersungguh kerana semua kebaikan milik orang beriman ANDAI KITA BERIMANNNN!

MATA MELIHAT DI BUKIT GANTANG


Menanti saat penting bersama Isteri di sisi.... Pemimpin yang kami sanjungi!!


Presiden mengiringi Calon.. Gagah penuh Bergaya... Tabah.. InsyaAllah berjaya!


Tazkirah sebelum solat hajat oleh piumpinan Ulama Trengganu..khususk mendengar amanah agar bergantung dengan pertolongan Allah.


Pertahanan pasukan di bukit.... Bukit telah kami Tawan .alau umNo naik bukit nampakle sejemput...


Sendiri kira...... tak ramai.... tu 1/20 je dari yang ada...


Gobind turut bersama walau terhalang di Parlimen, namun tetap bersama rakyat.


Makkhal Sakhti ! tak mungkin berpaling kepada Samy...biar kekal hingga mati!


Wanita Cina tak makan lagi umpan Hudud umNO kerana mereka bukan pencuri dan Perampas seperti BN.


Kami akan pertahankan bukit ini! (Bukit Gantang le Tu)


Mereka tidak meninggalkan Bukit. Peristiwa Uhud masih kekal dalam ingatan!


Mungkin ini yang dikatakan 5000? untuk makluman Penyokong berpecah kepada 4 kumpulan kerana terlalu ramai. itu yang menanti di pintu utama


cuba lihat dan kira sendiri penyokong BN warna bendera memisahkan mereka, mengikut rakan yang menyelinap ke dalam kelompok itu hanya sekitar kurang seribu orang. Katanya makcik umNO yang tengok orang Pakatan : macam padang arafah!! terkejut le tu....


Provokator BN ditengah penyokong PR. mereka yang tersesat... tunjukkan mereka jalan yang lurus!

Ingatan sebelum kembali ke mana mana destinasi.



Meninggalkan medan penamaan Calon untuk bergerak melaksanakan tugas perjuangan.

Khamis, 26 Mac 2009

BERSEDIA DI MEDAN PILIHANRAYA

Ternyata kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak bahawa tiada permit diberikan untuk ceramah kempen sebelum penamaan calon. Tahniah! barangkali itulah antara kesan Ikrar baru Ketua Polis negara sempena hari polis semalam.

Umum mengetahui bahawa calon kedua parti utama yang bertanding telah diumumkan. Apa yang ditunggu lagi??? Sememangnya umNO tidak memerlukan kempen separti ceramah, malah sambutan ceramah umNO adalah hambar. Pendengar yang hadir dalam Pengumuman Calon oleh Najib baru baru inipun diangkut dengan bas percuma, berpuluh buah banyaknya. Bandingkan dengan pengumuman calon PAS mewakili PR baru baru ini.

PAS dan PR tiada media lain selain ceramah dan berkunjung ke rumah dan risalah. umNO menggunakan segala jentera kerajaan. Radio tiga Ipoh telah lama berkampung dan berkempen dengan berbagai program sekitar Taiping. Pelbagai jentera kerajaan seperti YADIM, YAPEIM, MARA, JASA dan entah apa apa lagi mengadakan karnival, pesta, khidmat penerangan dan macam macam lagi.

Harakah dan Suara Keadilan telah dgantung. PAS dan PR memerlukan ceramah umum menjelaskan kepada rakyat yang membolehkan mereka menjadi media kedai kopi dan sembang santai di mana sahaja mereka pergi. Itulah yang menjadi media Pakatan Rakyat kini.

Polis nampaknya sedang bertugas mengambil alih tugas pertahanan umNO yang sedang sibuk bersidang. Walaupun Polis tidak berkempen namun mereka berjaya menghalang kempen Pakatan Rakyat. Sudah cukup kerana tugas kempen setia dilakukan oleh surat khabar , TV dan Radio.

Maka jangan diharap kempen akan berlaku dengan adil dalam pilihanraya ini. Najib mesti membuktikan pemimpin baru umNo akan menang bagi membuktikan pemimpin baru adalah berwibawa. Khairy, Shahrizat dan Rosnah pastinya akan menggunaka kesempatan ini menonjolkan kepimpinan masing masing. Tiada yang mustahil dalam kerja jahat umNO. Sejarah membuktikannya!

Petugas PR MESTI menyedari selepas persidangan umNO berakhir, mereka akan turun berbondong bondong umpama tentera Abrahah menyerang Mekah. Kalau ada gajah, gajah akan di arah. Kalau perlu merampas, mereka telah buktikan dengan rampasan suara Keadilan dan Harakah. Serangan ganas di Sg petani dalam ceramah DSAI adalah isyarat awal.

Petugas Pakatan Rakyat mesti menyediakan diri mereka dengan kebijaksanaan, kekuatan, keberanian dan keikhlasan. Namun Kesabaran adalah kunci kejayaan. Kesabaran bukan ketakutan. Kesabaran ialah mencatur kerja mengikut strategi bukan melalui perasan marah dan emosi. Pemuda umNO ada penyokong yang diistilahkan pemuda Berani, berani berubah dan setiakawan. Maka mereka akan melakukan segalanya dengan sokongan seluruh kekuatan dan jentera kerajaan seperti Polis, SPRM dan juga SPR.

Dalam perlancaran petugas Pemuda di Trong baru baru ini, Ust Tantawi mengingatkan: Kita adalah pemuda yang bersedia melakukan apa sahaja bagi berdepan dengan pemuda umNO. Jika mereka melanggar batas undang undang, kita akan pertahankan sekalipun dengan nyawa kita. Memetik kata kata Muhammad Al Fateh; kita adalah tentera yang lebih cintakan mati dari mereka yang cintakan hidup! Ruh iman adalah penggerak tugas kita!

UMNO MENGUASAI MAHKAMAH?

Sidang umNo dilaporkan secara meluas oleh akhbar harian. Dalam masa yang sama Harakah dan akhbar Keadilan digantung penerbitan selama tiga bulan. Media elektronik pula seakan menggila dengan cerita persidangan Agong umNO. Ternyata negara ini milik umNo dan selain umNo adalah NO!

Surat khabar hari ini antara lain menyatakan kekesalan seorang ketua pemuda Bahagian Permatang Pauh. Beliau menyatakan kesilapan terbesar umNO ialah membebaskan DSAI dari Penjara. Tanpa segan silu beliau menyebut kesilapan umNO. Apakah benar umNO yang membebaskan DSAI. Bukan Mahkamah? Apakah mehkamah itu umNO dan umNO menguasai mahkamah. Seakan konspirasi ini tak wujud lagi. Tidakkah juga kenyataan ini menghasilkan beberapa persoalan?

01. Apakah benar umNO menguasai mahkamah?
02. Jika tidak ,, apakah kenyataan itu boleh disifatkan menghina mahkamah?
03. Apakah itu isyarat selepas ini umNO mesti menguasai sepenuhnya mahkamah?
04. Apakah umNO akan menastikan DSAi akan ke penjara semula selepas ini.

Persoalan itu adalah sambilan jika pemimpin umNo tidak membetulkan kenyataa terbuka perwakilan mereka.Dan haruskah Pakatan dan Rakyat boleh meletakkan harapan keadilan dari mahkamah yang ada??

Rabu, 25 Mac 2009

INGATAN UNTUK PETUGAS BUKIT GANTANG

Kempen Pilihanraya belum bermula. Namun suasananya seumpama sedang berperang tanpa henti. Ini semua gara gara SPR yang akur kehendak tuan. Melambatkan tarikh [pilihanraya. Sememangnya diterima umum SPR umpama sebahagian jentera pilihanraya umNO.

Kini umNo sedang bersidang di PWTC. Mereka sedang mengagih gula gula merosakkan bangsa. Pidato berapi rapi untuk menerima tepukan dari buaya yang sedang menganga mengharap habuan dari tuan, biarpun ianya ayam busuk yang dipulas tengkok.

Di Bukit Gantang dibiarkan kepada Polis menguruskan jentera Pilihanraya PR yang diwakili PAS. Tak perlu berdalih lagi, bermula malam pengumuman calon hinggalah seterusnya kita akan lihat penyokong Pr berdepan dengan kesukaran yang dicipta oleh polis..harus diingat jangan dilayan provokasi mereka. Mereka bukan lawan kita. FOKUS>>> FOKUS!!!!!

Keadaan ini akan berterusan hingga pilihanraya. Jentera PR harus diingatkan matlamat pilihanraya ialah menghancurkan saki baki umNO. Bukan lain. Jangan habiskan masa dan tenaga dengan melayan kemuncup di jalanan. umNO akan cuba mencipta sebanyak mungkin musuh dan gangguan sepanjang perjalanan kempen hingga pengundian pilihanraya. Musuh lain akan kita hadapi seusai pengumuman kemenangan kita InsyaAllah!

Hari Penaman Calon adalah tempoh genting pilihanraya. Belang Aziz Pengerusi SPR telah jelas apabila menghalang pilihanraya di dua DUN yang diistiharkan speaker sebelum ditambah oleh ADUN Jelapang. Jangan letakkan walau sebesar Zarah harapan dan kepercayaan kepada SPR. Mereka akan menggunakan apa sahaja ruang menghalang kemenangan PR.

Saya Bersetuju dengan ingatan sahabat Blogger- AlBanjari tentang Konspirasi sewaktu pendaftaran Calon dilakukan. Sehingga kini , hanya itu antara peluang dan talian hayat umNO yang ada untuk menang. Mereka tiada isu selain isu lapok barua cina dan derhaka. Saya yakin isu itu hampir pupus melainkan di beberapa kampung pedalaman.

Satu perkara yang jua harus diberi ingatan ialah kepada penceramah jemputan atau juru kempen parti Pakatan Rakyat. Sekarang bukan masa untuk menunjukkan kebolehan berpidato. Ini masa menawan hati pengundi. HARAMKAN penceramah yang agresif menyerang umNO tanpa fakta kukuh. terutama yang memaki hamun. Harus diingat orang melayu kampung masih tebal sopannya walupun tak sembahyang dan hampir bertelanjang.

Pilihanraya ialah masa memujuk dan menerang. Serangan boleh asalkan tepat mengenai sasaran dan jangan menjadi peluru yang memakan diri. Pastikan taklimat khusus diberikan sebelum penceramah DIIZINKAN menaiki pentas. sekarang bukan masa syok sendiri!!! silap sikit kita memerlukan masa untuk menjelaskan semula sedangkan mereka mampu melakukan dalam sesaat melalui setiap pintu rumah yang kadangkala tak mampu kita buka.

PALING PENTING! kita bekerja membuka hati manusia sedang yang berkuasa ke atas hati HANYA ALLAH YANG ESA! Setiap petugas Islam jangan lupa berzikir sepanjang masa. MASIHKAH KITA INGAT PESANAN TOK GURU HJ HUSIN LUBUK TAPAH SEMASA MUNAJAT DI RUMAH RASMI MENTERI BESAR BARU BARU INI??? Doa Nabi YUNUS mesti dibanyakkan ketika kita sedang berusaha melepaskan diri dari penginayaan! InsyaAllah kemenangan milik kita!

Selasa, 24 Mac 2009

PERMASYHURAN CALON PAS PAKATAN RAKYAT BKT GANTANG

Tak mampu mengira bilangan yang hadir. Yang pastinya terlalu ramai. Tak perlu dibilang bayang bayang untuk meramaikannya. Padang yang penuh. Ada yang berdiri. Yang pasti tiada bas bas free yang mengangkut ke mari.

Pengumuman yang sememangnya di nanti. dari 26 Mac diawalkan ke hari ini.Tg Presiden yang baru pulang dari luar negara telah bersedia. Sememangnya calon terakhir yang dibincangkan kebanyakan orang bukan DS Nizar. Namanya yang mula dijangka di awal kekosongan , senyap kemudiannya, mungkin kerana reaksi dari TG Mursyid Am.

Hari ini nama itu kembali di pentas utama dari mulut Tg Presiden. Tiada yang kecewa, malah semuanya tersenyum puas.Kebanyakannya bersedia antara Mat Sabu dan calon lain. Namun TG Presiden memuaskan hati pendokong. Apa pula komen BN esok??? kita nantikan..

POLIS TETAP POLIS. HANYA MENURUT ARAHAN. NAMUN MEREKA TETAP SASARAN KEBENCIAN LANTARAN TIADA PRINSIP DAN PENDIRIAN SELAIN MELAKSANAKAN ARAHAN.APAKAN DAYA...

Pasukan polis cuba masuk menghalang ceramah tadi kerana katanya syarat permit tidak membenarkan ceramah politik.Pelikka kan??? istihar calon tak boleh ceramah politik...apa dia ingat lelong kapal selam buruk ke??? apa punya samdol daaa...

KHUSYUK MENANTI SIAPA CALON. MENDENGAR AMANT PIMPINAN TERLEBIH DAHULU.

PIMPINAN DI PENTAS UTAMA

AZMIN SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH. POLIS YANG TAK SENANG CUBA NAIK DI BELAKANG PENTAS MEMBERHENTIKAN CERAMAH KERANAN KONONNYA TELAH MELANGGAR SYARAT PERMIT



PIMPINAN UTAMA PAKATAN RAKYAT MEMBERI SOKONGAN



TG HJ HADI TENANG MENGISTIHARKAN CALON DINANTI.PENUH KELEGAAN.



CALON DIPERKENALKAN , SEMEMANGNYA DI KENALI


TAHNIAH DARI TG PRESIDEN


SOKONGAN PADU PIMPINAN PAKATAN RAKYAT



SEMOGA DIREDHOI ALLAH DAN DIANUGERAHKAN KEMENANGAN. PRESIDEN MEMIMPIN DOA.

Ahad, 22 Mac 2009

LELONG BATU PERINGATAN DEMOKRASI

Saya telah dimaklumkan tentang lelongan serpihan batu peringatan Demokrasi yang dipecahkan. Malangnya saya mempunyai program dalaman dengan sekumpulan pelapis parti di Slim River pada waktu yang sama.

Lelongan tersebut dilakukan oleh Nga Kor Meng di bawah pokok demokrasi Medan Istana Ipoh. Difahamkan sekitar 500 orang hadir menyertai lelongan tersebut.Ketika balik dari program saya menerima mesej sahabat yang hadir tentang lelongan tersebut;

" Salam ust, untuk maklumat harga lelong batu demokrasi paling tinggi RM 17,000 . jumlah semua batu dilelong 5 ketul dan jumlah keseluruhan jualan semua RM 43,000 dan termasuk sumbangan orang ramai RM 63,000 dan di sempurnakan oleh YB Nga Kor Meng.tk"

Itulah bunyi sms yang saya terima, malangnya beliau tidak menyertakan gambar. Menurutnya Nga memaklumkan akan mendirikan tugu yang lebih besar dan kukuh lagi...

Amacam??? kita tengok pulak apa reaksi MBI selepas ini. Alangkan bertuahnya MBI yang tak perlu mengeluarkan modal untuk mewujudkan kawasan perlancongan di Bandaraya Ipoh. Saya tak tahu apakah MBI akan lebih mementingkan Bandaraya atau Hanturaya....

IKRAR PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat telah berlangsung di Pusat Tarbiah PAS Trong. Majlis bermula sekitar jam 5.30 petang dimulakan dengan ucapan Mustapha - Pengarah Pemuda yang juga Timb Ketua Pemuda PAS Perak Turut berucap ialah Ketua Pemuda DAP YB Anthony bersama Ketua Pemuda PKR- Samsul Iskandar. Majlis yang sepatutnya bermula jam 3.00 petang terpaksa ditunda. Kebetulan berdepan markaz PAS Trong , berlangsung majlis umNO sebelumnya di dewan orang ramai.

Majlis Perlancaran Gerak Kerja Pemuda di lancarkan oleh Ust Nasaruddin Tantawi mewakili YB Salehuddin Ayub yang terpaksa bergegas ke Johor kerana ayahnya dalam keadan tidak stabil setelah terlibat dengan kemalangan. Kemuncak Majlis ialah Ikrar Pemuda untuk berkerja memenangkan calon Pakatan Rakyat yang akan diwakili oleh PAS. YB Anthony mewakili pemuda DAP telah menyerahkan bendera sebagi tanda sokongan DAP kepada calon PAS.

TANDA BERSAMA





IKRAR BERSAMA UNTUK MENCURAH MASA , TENAGA DAN NYAWA UNTUK KEMENANGAN CALON PR



NASARUDDIN PENUH BERSEMANGAT MENGINGATKAN TENTANG KEMENANGAN KONSTANTINOPLE OLEH MUHAMMAD AL FATEH AGAR DIJADIKAN SEMANGAT PEMUDA


UST KAMAL, SABKI ANTARA PEMIMPIN PEMUDA PUSAT YANG BERSAMA.


YB ANTHONY MEMBERI KOMITMEN PEMUDA DAP UNTUK BERSAMA SEPANJANG KEMPEN. BELIAU ANTARA YANG BERJANJI MEMBERI KOMITMEN SEMINGGU MEMBANTU BKT GANTANG SELEPAS PENAMAN CALON.


ANTARA PETUGAS TAMBUN YANG BERSAMA HIMPUNAN PEMUDA.

Jumaat, 20 Mac 2009

SIAPA SESAKKAN JALANRAYA???



gambar di atas adalah dari blog Cina Islam.




Ceramah DSAI dan MB Nizar telah berlangsung dengan jayanya di Bukit Cempedak setelah dipindahkan dari Simpang Taiping. Jalanraya telah terhenti alirannya kerana kereta yang ditempatkan sepanjang jalan. Nasib baik bukan jalan utama.

Ceramah dijadualkan di Simpang Taiping dipindahkan ke Bkt Cemepdak atas alasan permit dihalang oleh Polis Taiping. Alasannya menganggu lalu lintas. Tempat yang sama telah diadakan ceramah lebih besar melibatkan TG Hj Hadi Dan TG Nik Aziz. Aliran trafik berjaya dikawal dengan baik oleh anggota amal yang bertugas. Walaupun kenderaan bergerak perlahan namun ianya berjalan dengan baik.

Walaupun permit tidak diberikan dengan harapan kononnya agar trafik tidak sesak namun keadaan sebaliknya berlaku. Trak FRU yang berkawal lebih menyesakkan jalan. Saya yang terperangkap dalam perjalanan ke Sebuah Surau di Taiping terpaksa berpusing dan mengambil jalan alternatif kerana jam telah hampir pukul lapan sedangkan program saya ialah selepas maghrib. Saya keluar dari lebuhraya Changkat Jering kira kira jam 7.10mlm. Kenderaan seakan tak boleh bergerak langsung!

Berbeza ketika ceramah perlancaran jentera Pilihanraya oleh 2 tok Guru PAS. Saya hanya sampai di Plaza Tol Changkat Jering sekitar jam 8.15 malam namun kenderaan bergerak perlahan dan saya sempat sampai ke tempat program jam 8.28 mlm. Ia dikawal dengan begitu baik oleh petugas amal yang tak digaji berbanding FRU dan polis yang bergaji. Atau mungkin sengaja ingin mencetuskan suasana kurang senang???

Apa yang nyata alasan kesesakan lalulintas oleh ketua Polis Taiping adalah bercanggah! mungkin beliau duduk dalam pejabat dan hanya membaca skrip sahaja. Tahniah atas pertsekongkolan anda semua. Allah MESTI MEMBALASNYA!

PROJEK TERGESA GESA BUKAN SEGERA




"Tiada projek segera" itu kata Najis ketika bertandang ke Bkt Gantang. Najis menyedari janji Permatang Pauh yang tak ditunaikan telah menjadi senjata makan tuan apabila perkara tersebut didedahkan siap dengan surat kelulusan. Kini Najis menyedari kempen mee segera takkan menjadi di Bkt Gantang.

Namun malam tadi selepas satu program maghrib di Bkt Gantang saya menuju ke Markas Pemuda di Jalan Trong. Betul betul di hadapan markaz pemuda satu kerja korek dan tampal jalan giat dijalankan. Masa tu jam menunjukkan pukul 9.45 malam. Saya memalui semyula jalan tersebut kira kira jam 1pg. ternyata ia telah siap. Ia mungkin projek segera...cuma PROJEK TERGESA GESA... bezakan???????

Rabu, 18 Mac 2009

DUA BUKIT BATU NISAN umNO



Gambar email dari Jeejoon sufi-Terima kasih.

Pilihanraya Bkt Gantang semakin hampir. Berbagai gambaran dan perancangan sedang menanti. Seperti biasa Bn telah mengumunkan calon mereka. Khabar terdekat menyatakan bahawa calon tersebut bukan pilihan.
Calon yang tak dicalonkan ialah timbalan ketua Bahagian Bkt Gantang. Dikhabarkan beliau telah mula berkempen sejak awal lagi. Khabarnya juga telah menyebarkan resume kepada kawasan. Demikianlah bersungguhnya dan yakinnya beliau bakal calon Bkt Gantang atau mungkin satu strategi.Pastinya beliau kecewa. Dimaklumkan bahawa beliau adalah pengikut Pak Lah dan regu Ketua Bahagian..ADUN Trong.

Calon yang diumumkan Najib adalah pilihannya. Beliau adalah bekas calon Ketua Bahagian yang dikalahkan oleh Rosli ADUN Trong. Cuba bayangkan apa perasaan Rosli andai Calon itu menjadi MP sedangkan beliau hanya ADUN di bawahnya. Saya tak fikir BN akan menang. Cuma bayangkan situasi itu,. Apa sebenarnya perancangan Najib atau sengaja mewujudkan situasi sedemikian. Mungkin Najib lebih memikirkan masa depan politiknya dari Bkt Gantang. Daripada dapat kepada orang Pak Lah biarlah kalah..agaknya....

Dalam beberapa siri tugasan kempen saya di Bkt gantang yang biasanya diakhiri dengan minum selepas 12 malam di kedai sekitar dapat meneliti sembang juru kempen BN lebih membincangkan nasib perwakilan mereka dari nasib di Bkt Gantang. Itulah hakikatnya.Mungkin bagi mereka kempen perwakilan akan menghasilkan FULUS berbandng kempen Bkt Gantang. Saya juga bertemu Isa Samad di Medan Gopeng dengan gerombolannya. Entahlah berkempen bkt Gantang atau berkempen untuk jawatan yang ditandinginya.

Keadaan yang berlaku memberi kelebihan kepada PAS dan PR namun matlamat PAS dan PR bukanlah menang tetapi pukulan maut untuk umNo yang akan menyelesaikan Perhimpunan agongnya. Andai PR berjaya memberi pukulan Maut untk umNo di Bkt Gantang, saya yakin semangat yang mungkin dipulihkan dengan Fulus di Perhimpunan Agong mereka akan turut berkubur untuk 2 tahun akan datang.Yang pasti perwakilan umNo sedikit kerugian dengan pengantungan Ali Rustam dari bertanding. Ia mengurangkan saingan nilaian RM. Pengikut Ali pula akan cuba direbut oleh calon yang masih bertahan. Hakikatnya ...mereka akan terus berpecah...

Bukit Gantang? mungkin medan menunjukkan kehebatan masing masing dari menarik perhatian perwakilan selain medan mengumpan perwakilan...apapun...petugas PR mestilah terus bekerja untuk memastikan BENCANA DARI BUKIT akan menenggelamkan umNO. Kalau Bukit Selambau juga memberi pukulan maut untuk BN...pastinya dua bukit itu akan menjadi DUA BATU NISAN umNO dan BN selamanya.

Jumaat, 13 Mac 2009

MUSNAHNYA TANDA DEMOKRASI

Apa lagi yang tinggal. sudahlah Demokrasi di musnahkan...kini tanda ingatan demokrasi juga ingin dimusnahkan. Perbuatan siapa tak di ketahui. Namun kalau ingin di siasat oleh pasukan penyiasat paling hebat PDRM pastinya boleh.

Yang jelas perangai buat kerja menyorok dalam gelap ibarat baling batu sembunyi tangan ni sah kerja umNO. Cuma yang ni belum pasti, cuma tanda dan modus operandinya sama! Namun kata seorang kawan, itu mungkin kerja BUDAK JARI HANTU... entahlah.

Plak ini dikatakan dipecahkan sekitar jam 3 pagi.... ini mesti kerja budak kelab malam.... paling tak pun bonser dia..... sebab sambil balik depa nampak hantu demokrasi yang mereka bunuh berkeliaran di bawah pokok agaknya. Nak letupkan dengan C4 takut habis satu Ipoh bangun.

Apapun pada pukul 11pg satu sidang akhbar berlangsung lagi di bawah pokok demokrasi ini. Ramai wartawan hadir.... termasuk dari US.

Jam 3.45 petang , seorang teman memaklumkan bahawa satu notis telah dilekatkan di atas plak tersebut meminta di buang tanda ingatan tersebut. ia dikatakan arahan Dewan Bandaraya Ipoh. Namun ketika saya tiba jam 4.30petang tiada lagi notis itu. Beberapa orang termasuk dari KL sedang mengambil gambar kenangan.









SAYANG BINI......

Bertuahnya jadi isteri sang suami yang sanggup mempertahankannya dengan sepenuh hati. Rela menjadi korban asal si isteri bahagia sepanjang masa. Itulah kasih yang tak berbelah bahagi...

Harakah daoly melaporkan "Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya"

Ia gara gara pendedahan Saari Sungip PAS Hulu Kelang terhadap skandal KDEB yang di dakwa membeli Range Rover RM500,000 sebaliknya di gunakan isteri pengerusi KDEB..."jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat." Tambah Khir Toyo lagi.

Khir toyo yang dikaitkan dengan pelbagai skandal yang di x failkan oleh SPRM begitu marah dengan tuduhan Saari. Beliau di lihat tidak semarah itu walaupun Lutfi pernah melonggok pelbagai tuduhan terhadapnya di pejabat SPRM suatu ketika dulu. Namun dalam kes ini beliau bertindak menarik janggut Saari Sungip di luar dewan

Apakah Khir seorang yang memang terlalu sayang kepada isterinya atau takut kepada isterinya??? kata orang Queen Control?? Saya tak tahu...Mungkin juga Khir Toyo cuba membuktikan bahawa beliau adalah bakal Ketua Pemuda paling sesuai berganding dengan Najib kerana keduanya "TERLALU "SAYANG" bini??? mungkin juga....

Rabu, 11 Mac 2009

AYUH KE BUKIT GANTANG!!!

Menanti itu menyiksakan namun mencari itu meletihkan. Tanpa keduanya tak mungkin berlaku sesuatu. Menanti penghujung kemelut di Perak tanpa ada usaha dan gerak kerja hanya akan menghasilkan kehampaan. Namun mencari tanpa titik mula dan arah tujuan juga mungkin sia sia.

Bukit Gantang mungkin pemancar isyaratnya. Bukit ini mungkin medan untuk mencari titik mula dan langkah arah seterusnya. Ia ibarat pemanas yang tak mungkin membiarkan rakyat lena dalam keletihan dan kesejukan lantaran payung membiarkan hujan menimpa rakyat yang kehilangan atap dan dinding rumah untuk berlindung dari kebasahan.

Takdir Allah menjadikan Bukit Gantang pemangkin sebuah perjuangan mengembalikan kuasa yang dirampas dan dirompak di tengah jalan . Persoalannya... seramai manakah rakyat Perak akan menjadikan Bukit Gantang sebagai pemangkin sebuah perjuangan yang kian suram???Kini tinggal nakhoda berlarian sekeliling kapal yang hampir karam. Kelasi sesekali kelihatan menuruti gerak tari nakhoda yang gagah setia. Namun penumpangnya seakan mula kecewa dan hampir putus asa.

Tidakkah Bukit Gantang ibarat cahaya yang datang. Ayuh berlari bersama nakhoda. Naikkan semula tiang layar yang hampir tumbang. Sambung semula pendayung, dan andai perlu tampallah layar berlubang dengan baju dan kain yang membaluti diri. Tidakkah ianya pengorbanan? bukan untuk nakhoda... tetapi untuk kapal dan penghuni seluruhnya.

Jangan menanti 29 Mac atau 7 April untuk memasang layar itu.Kala itu Ribut akan turun dari PWTC dengan semangat dan kejahatan yang menggila. Kini masanya kita membina benteng dan bekerja semampu yang ada. Kini bukan masanya menanti dan memerhati.

Ayuh kita bergerak ke Bukit Gantang.. Ianya Aspirasi kerajaan Yang Hilang. Ianya ianya isyarat kemenangan yang pasti datang!!!!

ADA APA BILA BERTEMU MATA?

POSTING saya (SAYUTI)sekejap tadi mengenai pertemuan yang memungkin terselit mini perundingan antara Anwar Ibrahim dengan Abdullah Ahmad Badawi dinafikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim dalam blognya. Anwar sendiri juga membuat penjelasan segera berhubung berita bersifat spekulatif tetapi berfakta itu juga menerusi blognya.

Kata Iskandar, Anwar dan Abdullah hanya bertemu dan makan tengah yang dinamakan makan untuk keamaan dunia? Tidak ada perundingan selepas itu.

Manakala menurut Anwar pula pertemuan itu biasa yang menyempatkan dia ngobrol perkara-perkara biasa sahaja dengan Abdullah. Apakah perkara biasa itu?

Shamsul menampilkan gambar menunjukkan Anwar sedang santap bersama Abdullah dengan Sheikh Mahmud Majzub sedang makan ditengah. Jelas lauk pauk yang dihidang untuk dua negawaran itu makan berbeza dengan apa yang dihidang di luar untuk para tetamu lain.

Sepanjang peristiwa itu Sheikh Mahmud senantiasa berada di tengah manakala Anwar dan Abdullah di sisi.



Dalam konteks dan suasana hari ini tidak salah kalaupun Anwar mengadakan rundingan dengan Abdullah. Dan jika berlaku mini rundingan itu mestilah berhubung dengan pelan peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam Umno selepas Mac nanti.

Anwar berhak menyatakan apa-apa pandangannya kepada Abdullah sebagai sahabat dan atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang pada pertemuan seperti itu.

Sebagai ketua pembangkang Anwar tentu mempunyai maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk diketahui dan dikongsi oleh Abdullah sebagai perdana menteri untuk kebaikan bangsa dan negara.

Setidak-tidaknya Anwar menasihati Abdullah agar jangan begitu mudah menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Mohd Najib Razak. Sekiranya Anwar meluahkan itu atau membuat rayuan begitu ia juga bukan perkara baru, kerana dalam parlimen Anwar pernah menyatakan kesediaan untuk menyokong Abdullah terhadap apa-apa tindakan dan keputusannya yang memerlukan suara ahli parlimen.

Bahkan Anwar sempat bangun dan meminta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ikut bangun menunjukkan menyatakan sokongan kepada Abdullah. Mesej yang ditunjukkan oleh ketua pembangkang itu jelas bagi Abdullah.

Kalaupun Anwar membuat rayuan itu dalam mini prundingan ia berpandukan kepada perkembangan terkini di sekitar Najib. Dan adalah wajar kalau Abdullah mendengar apa yang mungkin disuarakan oleh Anwar pada pertemuan tadi, baik ketika di meja makan ataupun di dalam bilik.

Shamsul Iskandar mendedahkan bahawa pertemuan Anwar dengan Abdullah itu sekadar di mejakan makan sahaja. Itulah yang hendak ditegaskan oleh Shamsul.
Apakah selepas makan itu sementara menunggu solat Zohor mereka tidak berganjak ke dalam bilik berdekatan meja makan itu? Dan apakah Iskandar juga turut sama menyelit ke dalam bilik berkenaan dan mendengar kesemua butir bicara mereka? Dan apakah keperluannya dari segi politik untuk Shamsul menafikannya?

Saya difahamkan sendiri oleh seorang ahli MPT PKR yang turut hadir, (berkedudukan seperti Shamsul di dalam rumah itu) menurutnya ada berlaku pertemuan enam biji mata antara mereka bertiga; Anwar, Abdullah dan Sheikh Mahmud. Pastilah Shekh Mahmud berada ditengah.
Menurut ahli MPT itu Sheikh Mahmud ada mengatakan sesutau yang penting untuk kedua pemimpin itu. Tidak terniat untuk saya mencatatkan antara dialog Sheikh Mahmud dalam bilik itu seperti mana dituturkan oleh ahli MPT berkenaan, tetapi cukuplah kalau dikatakan ia sangat menarik. Iya sangat menarik.

Pasti esok wartawan akan memburu Abdullah untuk mendapat ulasan daripadanya. Sama-samalah pula kita dengar apa yang dikatakan Abdullah dan sama-sama kita padan dengan apa yang diucapkan oleh Anwar dan Shamsul itu.
Takdirnya sama, maka terimalah persamaan itu.

Mengenai Shamsul Iskandar, sekiranya kedatangan Abdullah itu tidak ada mengada mengapa beliau bersusah berlari anak untuk menyambut Abdullah sebaik mengetahui ketibaan Abdullah. Apakah sambutan itu sebagai mnghormati pemimpin nombor satu negara? Ataupun sambutan itu kerana menghormati kedatangan delagasi pertama untuk bertemu dan berunding secara tidak langsung?

Ketika ditanya apakah yang dibicarakan (ngobrol) oleh Anwar dan Abdullah semasa mereka makan, Shamsul hanya berkata no comment? Apakah no comment itu beliau mendengar sesuatu atau tidak mendengar apa-apa? Atau tidak mahu menjelaskan apa yang diketahui kerana sebab-sebab tertentu?

Logiknya untuk apa Abdullah beriya hadir pada waktu itu sedangkan majlis untuknya diaturkan besok. Hari ini yang menjadi tetamu utama ialah Anwar Ibrahim. Kehadiran Anwar itu dicatatkan dalam kad jemputan kehormatan yang saya terima. Selain nama Anwar, kad jemputan itu mencatat nama Drs H Muhammad Yusuf Kala, Naib Presiden Indonesia.

Nama lain dalam kad jemputan itu ialah, Dr Bohkin Bhalakula, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Thailand.

Ingatlah kepada bidalan lama yang masih relevan sekiranya tidak ada mengada tempua tidak akan bersarang rendah. Pastinya kehadiran Abdullah dan Anwar ke madrasah Nurul Iman itu ada rahmat dan yang pastinya mereka dihantar oleh Allah untuk bertemu, bertentangan mata dan berjabat salam.

Apa yang dapat disaksikan dan dirasakan ia sungguh memberi erti besar. Tidak mustahil dalam menghuraikan erti dan hikmah pertemuan Abdullah – Anwar tengah hari tadi ia menyebabkan selesama Najib semasa membentang minit bajet di parlimen tadi semakin melarat dan mungkin akan membawa kepada demam dan panas kepada pula. [wm.kl 9:30 pm 10/03/09]