Rabu, 29 April 2009

ANTARA BABI DAN KHINZIR

Beberapa hari ini nama babi muncul kembali. Setelah bersembunyi sekian lama dengan nama Khinzir, ia menjelmakan semula namanya yang digeruni. Ia muncul kembali setelah sekian lama babi cuba digambarkan dengan kelunakan sebutannya. Akhirnya ..terpaksa kita akur..babi tetap babi... Walau bahasanya dilunakkan dengan meminjam bahasa luar yang nampak lebih berakhlak dan disantuni.. Watak dirinya terserlah apabila Virus selsema babi menyerang....

Memang istilah dan bahasa memainkan peranan penting dalam memahamkan manusia. Malah dalam masyarakat melayu dulu, nama yang tak serasi akan ditukar... masih ingat kisah Ahmad Albab?? Itulah pentingnya peranan nama dan istilah dalam masyarakat kita.Nama babi ditukar dengan khinzir kerana menjaga sensitiviti sesuatu kaum. Bagi masyarakat melayu , babi terlalu hina, keji dan jijik malah babi dianggap sesetengahnya lebih buruk dan besar dosanya dari berzina dan minum arak....lantaran kejahilan.




Begitu juga seseorang bekas banduan yang kembali ke tengah masyarakat akan dipandang hina walaupun telah bertaubat. Jalan penyelesaiannya menukar pengenalan diri dan berpindah jauh ke tempat yang tak dikenali. Kalau namanya dulu menggambarkan watak jahat, tukarlah dengan nama yang baik baik.... untuk lebih meyakinkan... berlakunlah menjadi baik....

Dalam negara kita, pertukaran kepimpinan pastinya membawa watak dan slogan baru... Dengan slogan itulah rakyat akan tertawan. Ketika Tun Dr Mahathir mengambil tampuk kepimpinan, slogan ABC_ Amanah, Bersih dan Cekap, Kepimpinan melalui Teladan dan tak ketinggalan Penerapan Nilai Nilai Islam setelah kemasukan Pak syeikh ke dalam umNO. Setelah beberapa kali menukar slogan dan terakhir wawasan 2020, lagak dan watak Tun M mula terserlah..beliau dibenci dan menjadi punca kegelapan umNO BN terutama setelah peristiwa 1998.

Tun Abdullah muncul dengan islam Had hari... Walaupun istilah Islam Had hari sebenarnya hasil ucapan TUN M di persidangan Gerakan yang mengistiharkan Malaysia negara Islam, namun Pak Lah diwatakkan sebagai imam Had hari kerana kesesuaian dirinya sebagai cucu ulama. Berhiaskan sajak " kucari AlGhazali" yang didendangkan menjadi lagu..Di maniskan dengan slogan "berkerjalah bersama saya bukan untuk saya" ...nama Pak Lah menjulang dalam pilihanraya 2004. Pak Lah mencipta sejarah yang membanggakan dirinya sehingga didodoi ke merata alam. Beberapa tahun kemudian watak Pak Lah yang dulunya bersih mula dilihat kehitaman terutama di sisi Mentornya Tun M lantaran peranan anak muda kebencian Tun M- Khairy jamaludin. Watak Pak Lah yang hodoh akhirnya direntap sendiri oleh ahli umNo terutama wazir di sekelilingnya.

Kini masa Najib melagukan lirik yang serupa. Najib membawa satu Malaysia sabagi gula untuk kaum bukan melayu. namun dalam masa yang sama para menterinya melaungkan lagu penyatuan melayu... Najib menjelmakan sikap mesra rakyat.... Namun sebelum wajah itu dipakai Najib, tubuhnya busuk berbau pelbagai tuduhan. Kalau wajah hodoh mungkin mampu ditutup dengan topeng atau pembedahan plastik. Namun mampukan bau hanyir dan busuk ditutup dengan minyak wangi yang diimport dari Perancis?? rasanya bau negara Kublai Khan telah semerbak serata alam....

Berapa lama Najib akan bertahan seperti mahathir dan pak Lah bertahan dengan slogan dan topeng plastik itu mampu menyembunyikan Najib? Seperti Babi yang memakai topeng Khinzir.... kini dunia malayu kembali mengenali Khinzir sebagai Babai lantaran bahayanya penyakit selsema Babi......

KE MANA TUMPAHNYA KUAH

Ke Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jua. Bukan memuji jauh sekali memuja, namun seakan riak itu kian terserlah. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, bloger yang juga pemimpin pemuda yang mencuit seketika wajah politik semasa. Bukan hanya teman malah musuh seakan melihat ruang yang terbuka, rupanya mulut gua yang menanti mangsa untuk diperangkap di dalamnya. Tanpa mentera Ali Baba pasti tak mampu membukanya…..
Kalau masih ingat, TGNA seringkali mencuit perhatian dengan pelbagai isu. Riuh seketika, namun tak dibiar lama, setelah penuh mulu ternganga, ditutup rapat serapatnya. Kini anaknya mewarisi bakat dan seni politik ulama tersohor itu. Bermula dengan posting “kerja bodoh” ramai yang tercuit dan terasa. Yang kebingungan tak kurang ternganga. Yang bijak sekadar membiar dan melihat langkahnya… Tak kurang pemimpin turut bersuara. Apakah tanda tak mengerti atau sekadar mengelak salah faham parti…saya tak tahu…mungkin juga ada yang terasa…..


BERSAMA NIK ABDUH DAN ALHUSEYN SELEPAS LIQA PEMUDA DI IPOH


Bloger yang tumpang bertenggek dan menguis agak ramai juga. Ada yang terlampau melempar istilah bodoh…. Tanpa mengukur seluar yang senteng di badan , pusat tenganga , lutut berparut... zipnya pun lupa ditarik… seakan melempar wajah ke cermin…. Kan muka sendiri yang dilihat orang????

Kalau yang ingat kisah raja dan pencuri angsa, tentu ketawa…. Barangkali posting itu ibarat pertanyaan raja..ramai jua yang meraba kepala… yang tak paham - kata raja mengarut tak tentu hala…. Rupanya sang raja memang bijaksana….

Saya merasa lega membaca posting ke dua Ustaz Nik Abduh…… saya pasti ia bukan libasan mautnya… masih mengumpan rentak lawan… nasihat kepada penonton- jangan cabul mulut jauh sekali untuk masuk gelanggang yang telah dibuka…. Nanti benjol kepala. Perhatikan beberapa tawaran beliau. …

Sememangnya menjernihkan suasana tanggungjawab bersama., ibarat air yang lama bertakung, jangan marah jika ada yang menyebabkannya keruh seketika. Biarkan lumpur dan kelodak itu timbul agar senang dikenal. Alirkan air…akhirnya takungan akan bersih semula. Tiada siapa yang suka bila aib sendiri dibuka. Tetapi demi merawatnya…kita terpaksa… sakitnya seketika…namun membiarkan barah membiak akan menyesalkan kita di hari muka.

Harapan saya biarlah kita berlapang dada. Menilai dengan hujjah bukan emosi dan suka suka… paling penting jangan tunjuk pandai membodohkan orang lain … kerana ramai yang bijak menilai siapa bijak , siapa bodoh dan tolol….

Kepada ustaz Nik Abduh… tahniah kerana menimbulkan kelodak dan lumpur itu….jangan biar ia mendasar selamanya… demi perjuangan… demi kemenangan, ada kalanya kita terpaksa menyiku rakan dan sahabat sepermainan…tiada salahnya kerana semuanya untuk ALLAH jua…

Ahad, 26 April 2009

TAMBUN CADANG KEKAL PRESIDEN DAN TIMBALAN

PAS kawasan Tambun selamat bermesyuarat petang tadi. Bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang dengan kehadiran yang memenuhi dewan melambangkan komitmen dari seluruh perwakilan yang mencecah 30 cawangan.

YDP kawasan Dr Khairudin Abd Malik telah menggariskan langkah kerja dan sasaran menggerakkan PAS Kawasan Tambun. Beliau menuntut komitmen ahli dalam melaksanakan pilihanraya yang dianggap sebagai kemuncak kerja dakwah dalam perjuangan PAS di Malaysia. Beliau yang menggalas tugas YDP sejak dua penggal yang lalu meneruskan kepimpinan kawasan setelah menang tanpa bertanding.

Majlis Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh JK PAS Pusat yang juga MP Titiwangsa Dr Lo'Lo'Ghazali. Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Dr Lo'Lo' mengingatkan keperluan PAS terhadap tenaga yang memperkuatkan PAS. Beliau juga mengharapkan tumpuan diberikan kepada usaha memperkemaskan kerja dan dakwah kepada masyarakat bukan Islam yang telah menunjukkan minat terhadap PAS.

Beberapa usul telah dibahaskan termasuklah usul pemuda yang mendesak pantauan dan tindakan kepada ahli yang memiliki wala' selain kepimpinan PAS . Menjadikan PAKEDA dan HIZBUTTAHRIR sebagai contoh bahaya ahli yang menyertai kedua dua pertubuhan tersebut selain menjadi ahli PAS. Usul tersebut disokong sebulat suara.

Dewan pemuda juga memecah tradisi perwakilan yang menyerahkan pemilihan kepimpinan parti kepada pimpinan kawasan sebelum ini. Dewan pemuda telah mencalonkan TG Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasarudin Mat Isa sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Cadangan itu dibuat bagi meneruskan kepimpinan ulama dalam pimpinan PAS Pusat. Bagi jawatan lain termasuk Naib Presiden diserahkan kepada pimpinan kawasan. Cadangan tersebut diterima sebulat suara.


KETUA URUSAN ULAMA MENERIMA SUMBANGAN BAGI PIHAK SEKOLAH.


DR KHAIRUDIN MENGEKALKAN JAWATAN TANPA DITENTANG.


DR LO'LO' MERASMIKAN MESYUARAT AGONG.


PAKAI KAIN JE YOB..... BERJUANG TETP BERJUANG..


PERWAKILAN SEDANG BERUCAP.


SAF PIMPINAN


SAF PIMPINAN


TAK CUKUP TEMPAT..BERSILAPUN JADILE...

MASYARAKAT INDIA DARI KELAB PENYOKONG MENUNJUKKAN SOKONGAN


KEHADIRAN MEMBANGGAKAN

Sabtu, 25 April 2009

POKOK DEMOKRASI DAN BATU TANDA, ANDAI MENGERTI YANG TERSIRAT

Saya berulangkali merenung pokok yang menjadi terkenal tiba tiba. Sepanjang ingat saya puluhan tahun pokok itu dibiar tanpa dipeduli oleh sesiapa. Ia wujud sekadar tempat menumpang teduh kereta di masa tertentu. di nilai hanya berkala. Namun untuk mencantasnya bukan kerja mudah kerana ia telah sebati sekian lama.

Pokok tempat bernaung itu boleh saja ditumpang oleh sesiapa. Ia milik bersama. Ia tumbuh barangkali ditanam namun benih mungkin wujud sejak sekian lamanya. Mungkin ratusan atau ribuan tahun tanpa sesiapa yang peduli asal usulnya. Ia terus dibiarkan dan sambung menyambung generasi demi generasi.



Rupanya ada yang cemburu bila pokok tempat bernaung itu diteduh oleh rakyat yang kasih padanya. Dengan tiba tiba pokok yang sepi sekian lama menjadi perhatian dan rujukan. Bukan hanya untuk berteduh di kala panas atau mencari sesuatu yang dimilikinya pada musim ulangtahun.Apatah lagi yang bernaung dibawahnya adalah batu teguh dan kukuh yang disayangi rakyat
Batu itu mula dicemburui, Cat disimbah dan batunya dipecah. Dilakukan dibawah gelap, oleh insan yang tak diketahui...namun tandanya tetap ada. Bermula memecahkan batu tanda, serpihannya bertaburan dan akhirnya dengan jalan kononnya berperaturan, batu dicabut dengan rakus dan penuh kebencian.

Harus diingat batu itu bukan tumbuh sendiri. Ia wujud dari kehendak suara rakyat. ia bertahta hasil kasih dan pilihan rakyat. Walau batu itu musnah ,namun kasih dan harapan rakyat tak pernah padam. Serpihan dikutip, di jadikan batu ingatan. Rakyat berebut menghabiskan wang ringgit bagi mengembalikan batu agar bernaung di bawah tahta rendang pokok.




Kebencian dan kedengkian datang dari syaitan yang tak pernah hilang. Demi melupakan rakyat pada batu dan agar batu tidak bernaung di bawah rimbunan tahta pokok yang rendang...pokok kecil pula ditanam... Mengharap rakyat yang menyanjung pokok rendang akan menyanjung pokok kecil di bawahnya sebagaimana batu tanda yang dipuja.

Harus diingat, pokok kecil itu wujud dengan merampas hak dan tempat batu yang dibina rakyat. mampukan pokok itu bernaung di situ...sudikah pokok rendang yang sekian lama bertahta di situ menaunginya...apakah pokok rendang akan membiarkan pokok kecil disekelilingnya bernAung dan menghisap segala baja dan air yang membesarkan dan dibekalkan kepaDanya...atau pokok rendang takkan membiarkan pokok kecil merampas tahtanya dan membunuh dirinya....

Pilihan di tangan pokok besar yang bertahta...andai ia ingin dipuji dan dipuja sebagaimana ia menanungi batu tanda pilihan rakyat sekelilingnya...ia akan memastikan tiada matahari yang memancar dan air yang disedut darinya sebagaimana batu tanda tak pernah merebut matahari dan menyedut air yang mengukuhkannya bertahta di situ... Jika begitu..pokok kecil akan mati dan batu tanda akan kembali di situ...

MUHASABAH MENJELANG PEMILIHAN PAS 3

blog NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Rabu, 22 April 2009

RENUNGAN MENJELANG PEMILIHAN PAS 2

Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.

Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.

Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.

Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.

Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.

Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat. Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.

Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.

Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu. Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.

Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan. Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.

Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.

Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.

Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.

PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.

Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.

Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.

Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.

Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.

Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak

Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.

www.attakiri.blogspot.com

umNO SALING MELONDEH .

KLIK UNTUK BESARKAN....









DISALIN DARI PEMUDA BESUT DARI MAMPATBLOGSPOT.

umNO TAKUT BADI

Siapa marah kena lelong.... antara janji tiga abdul dengan pak mertuanya .... Semalam dilaporkan kerajan Pasola akan melelong kereta camry yang baru digunakan tak sampai tiga bulan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Apa rasionalnya atau bahasa budak nakal...ape ke jadahnya... Kalau seorang suami menceraikan isterinya lalu habis dilelong semua harta benda semasa bersama... hanya dua andaian...suami bodoh... atau pendendam... Namun memang menjadi kebiasaan kerajaan BN menghabiskan duit rakyat.



Di awal rampasan kuasa, dilaporkan perabut dan karpet pejabat menteri besar ditukar. Kini kereta yang baru..kalau janda masih berhias... pula nak dilelong . Apakah kerajaan jelmaan Zamri ini takut kepada badi kerajaan Pakatan Rakyat sebagaimana takutnya raja perampas dengan bayangan hantu dari negara antah berantah...Sememangnya badi sesuatu yang amat ditakutkan oleh umNO. Jangan dilupa tempat plak pun di ganti dengan pokok barangkali takut badi plak juga mengganggu kerajaan pasola ini.

Mungkin juga kerajaan Pasola ini ingin mencari duit tambahan.. maklumle...nak ganti duit yang tercicir di Bukit Gantang. Setakan rekod....barangan Pakatan Rakyat memang laku.... Bayangkan serpihan batu pun boleh dijual hingga lebih 63 ribu ringgit. Inikan pula kereta yang diguna exco pakatan Rakyat untuk berkhidmat dengan masyarakat. Mungkin yang tak laku kereta yang dipakai pegawai kerajaan yang khianat dengan kerajaan Pakatan Rakyat....

Kita tengok siapa yang kena.....

Isnin, 20 April 2009

umNO PEMBELA MELAYU- DUN PANGKOR

umNO pembela melayu….slogan yang menyantau sebilangan pengundi melayu di Malaysia. Seakan slogan itu slogan keramat. Mereka beriman dengan slogan itu walau hakikatnya saban hari didedahkan dengan keruntuhan dan kemiskinan melayu. Bersamamu TV 3 secara tak langsung mendedahkan kemiskinan melayu…namun seakan satu santau yang menyebabkan orang melayu buta mata dan hati walau saban hari menangis ketika menonton kemiskinan melayu di bumi Malaysia yang diperintah umNO lebih 50 tahun… seakan apa yang ditonton itu berlaku di negeri antah berantah di bumi selain Malaysia…

Biasiswa yang terhakis, tanah simpanan melayu yang dikikis hatta tanah waqaf pun cuba diambil atas alas an pembangunan. Terkini kementerian untuk melayu – pembangunan usahawan dan koperasi juga digelapkan dari cabinet Najib. Najib tampil dengan slogan satu Malaysia- juga tak dapat membuka mata me layu…. Saya ingin berkongsi kembara di bumi melayu yang terletak di bawah DUN pembela melayu bukan melayu yang kini menteri besar jelmaaan di Perak…

Teluk Senangin adalah satu kawasan pantai indah terletak beberapa kilometer dari pecan Pantai Remis. Teluk Senangin adalah kawasan perkelahan melayu kampong yang kini mula dikenali masyarakat luar. Ia terletak dalam DUN Pangkor, kawasan diwakili MB jelmaan Najib. Ia adalah kampong nelayan melayu tradisi. Pantainya menganjur sekitar 3 kilometer dengan pantai yang landai.. ia adalah kawasan teluk yang selamat dari ombak besar kerana dilindungi Pulau Pangkor. Sebuah Kampung Tersusun telah lama diwujudkan di sini dengan 250 lot milik Bumiputra melayu kecuali beberapa lot. Ia dikenali kampong Labuhan Bilis. Lot itu kini hanya memiliki sekitar 30 buah rumah walupun telah diwujudkan sekitar 1990an. Sebabnya tiada kemudahan air….

Teluk Senangin mula dibangunkan sebagai kawasan perkelahan oleh beberapa penduduk kampong. Mereka melihat potensi yang tidak dilihat kerajaan. Sejak 1998 hingga kini 16 pengusaha Chalet kecil kecilan dan 2 chalet bertaraf motel dibangunkan pengusaha tempatan. Hampir setiap hujung minggu chalet dipenuhi pengunjung termasuk rombongan sekolah dan IPT. Ketika saya sampai , hampir semua chalet telah penuh.

Menurut salah seorang pengusaha chalet yang ditemui, masalah utama ialah bekalan air. Sehingga kini semua penduduk dan chalet menggunakan air perigi yang dikorek. Walaupun telah disuarakan beberapa kali namun hingg kini tiada tindakan. DS Zamri yang mewakili kawasan tersebut hanya datang dan melihat sekejap. Walaupun beliau adalah exco kerajaan Perak sejak dulu, namun kawasan ini di biarkan tanpa perhatian… Air adalah keperluan asas yang membabitkan kesihatan penduduk…

Walaupun bekalan elektrik telah masuk , namun ia adalah usaha penduduk tempatan sendiri. Kerajaan hanya menyediakan jalan tar yang hanya muat sebuah kenderaan . Ini adalah antara penghalang kemajuan usaha penduduk tempatan. Untuk perhatian, sebuah kem PLKN – Kem Tok Sakah terdapat di laluan masuk ke Teluk Senangin.

Menurut beliau juga, apa yang menjadi masalah ialah surat arahan mereka merobohkan kawasan yang telah mereka usakan atas alas an membangunkan kawasan tersebut dengan penampan Tsunami. Majlis Daerah Manjung kononnya ingin menanam pokok rhu dan bakau sebagai penampan. Beberapa batang pokok rhu memang dilihat tanpa jagaan di lalun masuk ke kawasan Chalet. Apa yang menjadi persoalan terhadap alas an tersebut ialah… “tiada sebatang pokok pun tercabut ketika tsunami melanda” jelas penngusah tersebut. Apakah ada tujuan lain dari alas an tersebut…. Kita akan sorot dalam siri berikut….


RUMAH MALAYU TRADISI YANG DIBELA umNO..


POKOK RHU YANG DIJADIKAN ALASAN MDM MENGHALAU PENGUSAHA CHALET.


MOTEL BUMIPUTRA YANG DALAM PEMBINAAN..APA JADI KALAU KAWASAN INI DIAMBIL ALIH KERAJAN?


CHALET YANG SENTIASA PENUH DI HUJUNG MINGGU.APAKAH ADA YANG MELIHAT PELUANG DARI SAMBUTAN DI SINI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN....KE MANA BUMIPUTRA MELAYU SELEPAS INI??


RUMAH NELAYAN DI HUJUNG PANTAI...DIMANA ZAMRI ADUN KAWASAN INI...BARANGKALI IA PEMANDANGAN DI KELANTAN...


CHALET USAHA MELAYU...SEKADAR MENAMBAH REZKI UNTU ANAK ISTERI....


PANTAI YANG INDAH DAN BERPOTENSI...


PEMANDANGAN MAGHRIB DI PANTAI TELUK SENANGIN...INDAHNYA KEBASARAN ILAHI

SEKITAR JAMUAN KEMENANGAN PAS PERAK


SESAK PELBAGAI BANGSA.


TIADA SEMPADAN BANGSA ANTARA KITA...PEJUANG KEADILAN.


AZHAN ATAN MEMBUAT PERSEMBAHAN.


USTAZ MISBAH- AIS KERIM UNTUK ANAK KE , SENDIRI PUN TERINGIN???


MASYARAKAT CINA TAK KEKOK BERSAMA MAJLIS PAK LEBAI LAGI.


U. AHMAD AWANG TIBA DI SAMBUT TARIAN SINGA.


SAF TETAMU KEHORMAT...KERUSICOKIA JE..ITULAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.


SURIANARAYANAN- PENGERUSI KELAB PENYOKONG MENGINGATKAN UMNO AGAR BERTAUBAT SEBELUM MENEMUI TUHAN. MACAM ORANG ISLAM PULAK BERCAKAP..MUFTI ADA KOMEN KE???


SPEAKER YANG SEDANG DIUJI KETAHANANNYA..SETAKAT NI KELAS A..


DUA NYONYA YANG DILIHAT MEMUSING PENTAS SEBAB NAK TENGOK JUGA WAJAH DS NIZAR.. SATU KETIKA NAMPAK TERJENGKET SEBAB TAK PUAS..DEMIKIANLAH AURA NIZAR


PEMIMPIN WAJAH BARU PAS... MOGA KEKALKAN IMEJ DAN IDENTITI PERJUANGAN PAS.


PIMPINAN DI SAYANGI RAKYAT..BERSALAMAN

Ahad, 19 April 2009

TG HAJI HADI PEMIMPIN MASA DEPAN

Di maklumkan berita cadangan TG Haji Hadi berkaitan negara perpaduan atau United geverment ditarik balik. TGHH dalam wawancara di rumahnya memaklumkan bahawa cadangan itu ditarik balik lantaran kedangkalan kefahaman berkaitan teori cadangan tersebut.

Sememangnya presiden PAS itu pemimpin masa depan. Beliau mendepani pandangan lain di saat berbagai pendekatan semasa dilontarkan lantaran kemelut politik yang berlaku, TGHH melontarkan idea di luar kotak semasa. Di saat kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat termasuk beberapa kerat pemimpin PAS tertumpu dengan isu pembentukan kerajaan PR melalui lompatan MP umNO, TGHH keluar dari idea sukar itu dengan ideakerajaan perpaduan.



Ramai yang melompat apabila isu tersebut dilontarkan termasuk tuduhan liar TGHH terlalu cenderung bergabung dengan umNO. Lebih menarik Timbalannya diseret sama sebagai pendorong idea TGHH. Ia datang dari kalangan pendokong PAS dan sebahagian pemimpinnya. Kenyataan TGHH menjelaskan mereka yang menolak sebenarnya tidak faham idea yang dilontarkannya. Malah secara sinis beliau menasihatkan mereka yang tidak memahami agar tidak bercakap bagi mengelakkan ianya menampakkan kejahilan. Saya tak pasti samada ianya ditujukan kepada umNO atau kalangan PAS sendiri. pada saya...keduanya...

TGHH juga menjelaskan pemimpin PKR dan DAP telah bersetuju dan turut bersama merintis jalan tersebut. Cuma ianya menjadi sukar lantaran penolakan kebanyakan pemimpin umNO kerana mereka tahu risoko menerima idea tersebut terhadap masa depan mereka ialah kekalahan dan siasatan terhadap salah laku yang dilakukan.

Idea TGHH ini menepati cita cita PAS memimpin atau mendepani perubahan yang menjadi tema beberapa muktamar dewan. Sewajarnya pemimpin PAS tampil dengan idea yang diterima rakan bagi membuktikan kepimpinan PAS sebagai sebuah parti senior dalam pakatan.Malangnya di saat seruan PAS mendepani perubahan dilaungkan, ramai kepimpinan masih "membuntuti" idea yang tak pasti. menolak pandangan pemimpin sediri lantaran kekaguman idea orang lain. Mungkin kerana sememangnya tiada idea sendiri.

Sepatutnya idea terkehadapan Presiden ini dihadamkan oleh ahli dengan bantuan pemimpin sebagai penerusan aliran kepimpinan kepada penyokong. Sayangnya idea ini terkubur dan menjadi fitnah lantaran jambatan pemimpin dengan penyokong terputus atau mungkin terbakar ditengah jalan. sebabnya ...hanya Allah yang maha tahu...

TGHH melahirkan keyakinan idea itu akan diterima pada masa depan.. setelah difahami semua. saya juga berkeyakinan bahawakeyakinan Presiden itu hasil penelitian luas beliau sebagai pemimpin antarabangsa sejak puluhan tahun lamanya...bukan muncul tiba- tiba di setelah tsunami melanda....

MUHASABAH MENJELANG PEMILIHAN PAS

BLOG UST NASARUDIN TANTAWI.- warnai perjuangan dengan biah islamiah.

Perjuangan ini adalah untuk Islam . Ianya digerakkan oleh Rasulullah saw dan kemudian diwarisi sejak itu oleh para sahabat rhm. sehinggalah hari ini, perjuangan tersebut dikemudi oleh para ulama' sebagai pewaris yang hak.

العلماء ورثة الأنبياء

Inilah perjuangan yang kita warisi . Perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan syariatnya .



Perjuangan untuk menyebarkan Islam dan menyeru manusia agar kembali kepada cara hidup yang diredhai oleh Allah swt .

Perjuangan membasmi segala maksiat dan mungkar yang mengheret ummat ke dalam kancah jenayah , gejala sosial dan krisis nilai yang membinasakan tamadun kemanusiaan . Perjuangan ini juga adalah untuk memartabatkan nilai - nilai murni sehingga membentuk sebuah negara yang aman , sejahtera , maju , membangun dan mendapat keampunan daripada Allah swt .

Justeru itu , intima' [ penglibatan ] kita dengan perjuangan ini tidaklah untuk memburu kepentingan peribadi dan tidak sekadar untuk berpolitik mencari kuasa dan pengaruh .

Memahami dan menginsafi betul duduk perkara ini bahawa perjuangan kita adalah perjuangan Islam dan jamaah ini adalah gerakan untuk memobilisasi ummah agar bangkit berjuang , maka marilah kita membina biah [ suasana ] islami dalam perjuangan yang kita dokong ini .

Suasana Islam yang saya maksudkan ialah satu keadaan persekitaran jamaah yang membawa kita merasai pengabdian diri kepada Allah swt . dalam setiap detik kita bersama jamaah .

Kita tidak mahu suasana Islam itu hanya wujud sewaktu kita berusrah , bertamrin , berkuliah dan seumpamanya . Sementara keadaan dan waktu yang lain , tidak jelas suasana Islam yang kita perjuangkan , sebaliknya sarat dengan fitnah , umpat mengumpat , kutuk mengutuk , salah sangka , kebencian dan 1001 keadaan yang menambah dosa dan menumbuhkan noda .

Inilah yang selalu saya sebut , bagaimana kita berjuang , semakin lama dan semakin kuat kita berjuang semakin banyak dan semakin bertambah dosa kita . Sedang kita berjuang malah melibatkan diri dengan jamaah islam ini adalah untuk kita menghampirkan diri [ taqarrub ] kepada Allah swt .

Ingatlah , kita berjuang bukan untuk berpolitik . Kita berjuang bukan untuk berkuasa . Kita berjuang bukan untuk mencari pengaruh . Sebaliknya kita berjuang untuk mendaulatkan Islam sementara politik , kuasa dan pengaruh hanya alat untuk mencapai matlamat yang kita perjuangkan itu .

Warnailah perjuangan ini dengan warna - warna Islam yang tentunya indah melalui akhlak , fikrah dan aqidah perjuangan yang berasaskan manhaj an Nabawi .

SELAMAT DATANG JOM HEBOH.

SELAMAT DATANG JOM HEBOH.
Belum pun sah menjadi milik umNO, belum pun berusia tumbuh gigi, jom heboh yang diharamkan kerajaan PR kembali ke Perak bumi diredhoi. DS Nizar mengharamkan jom heboh kerana ia sebahagian yang di fatwakan oleh mufti. Sua Rase diizinkan malah DS Nizar dan isteri turut sama meraikannya.

Di maklumkan bahawa jom Heboh akan berlangsung di Kem Tentera Laut Lumut yang dikhabarkan akan diistiharkan sebagai Bandar Maritim . Kem tersebut yang mempunyai penghuni sekitar belasan ribu kebanyakannya adalah bangsa melayu. Barangkali inilah hadiah pertama Zamri untuk orang melayu yang khabarnya menyokong umNo. Kem ini terletak berhadapan Pulau Pangkor, tanah tumpahnya darah Zamri. Tidak mustahil feri feri akan disediakan untuk penduduk pulau secular pertama itu turut berpesta.
Jom Heboh pernah difatwakan haram oleh harusani. Walaupun dalam banyak hal mufti Perak ini banyak yang harus dari haram nya , namun beliau agak konsisten dalam isu jom heboh yang dulunya sure heboh waktu difatwakan haram. Mungkin kerana semangat melayu yang tinggi dan yang musnah adalah bangsa melayu. Harusani mengharamkannnya setelah kajian dibuat menyatakan orang melayu adalah sasaran kemusnahan. Ia diharamkan semasa Tajol Rosli MB. Akhirnya kerajaan BN Tajol mengenepikan pandangan mufti. Apabila PR memerintah walaupun tidak disenangi datuk mufti, DS Nizar mengharamkan Jom Heboh kerana itu sabahagian inti perjuangan PAS. Mungkin ada yang beranggapan pengharaman ini adalah kehendak DAP agaknya.

Kini setelah kerajaan HARAM Zamri yang diredhoi oleh mufti kembali ke Perak, Jom Heboh datang meraikan kemenangan rampasan kuasa tersebut di Lumut. Saya belum melihat reaksi Dato Mufti sebagaimana reaksinya terhadp bacaan Al Quran Nga Kor Meng. Apakah pandangan datuk mufti telah luntur kerana restu kepada kerajaan haram ini? Atau baginya barangkali biarlah jom heboh kembali asalkan umNO berkuasa….kalau begitu…jemputlah mufti membacakan doa memulakan jom heboh agar yang haram menjadi Harus…

Bagi masyarakat melayu..barangkali inilah keinginan yang dinanti...umpama kerinduan berpanjangan....masanya melepas rindu...

Sabtu, 18 April 2009

LAGI HUKUM BACA AL QURAN

Email dr hj Surur - berkaitan hukum membaca alquran bagi orang kafir.

Ustaz Azmi Ahmad memetik beberapa pendapat ulama-ulama silam yang bermazhab Syafii berkenaan hukum orang kafir membaca al-Quran. Fatwa-fatwa mereka ini boleh dimanfaatkan untuk bertujuan dakwah terhadap non-muslim pada masakini.

Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:

"Adapun orang kafir, maka dia tidak ditegah daripada mmbaca al-Quran, kerana dia tidak beriktikad tentang haramnya perbuatan demikian, sebagaimana kata al-Mawardi" (Mughni al-Muhtaj, jilid 1 halam 72)

Pengarang kitab I'ana al-Talibin telah memetik keterangan dari kitab Busyra al-Karim seperti berikut:

"maka tidak ditegah orang kafir daripada membaca al-Quran, jika dia tidak bersikap menentang dan diharap dia akan memeluk islam" (I'anah al-Talibin, jilid 1 halaman 85)

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata:
"dan hanyasanya ditegah kafir daripada menyentuh mashaf kerana haram menyentuh dia itu terlebih muakkad dengan dalil haram menanggung dia serta hadas dan haram menyentuh ia dengan najis bersalahan dengan membaca Quran kerana harus membaca dia serta hadas dan harus membaca dengan mulut yang kena najis" (Sabil al-Muhtadin, jilid 1, halaman 112)

Syeikh Daud al-Fatani berkata:
"dan keluar dengan kata muslim orang kafir maka jangan ditegahkan dia daripada membaca Quran kerana tiada iktikad akan haramnya tetapi jika kita harap akan islamnya" (Bughyah al-Tullab, jilid 1, halaman 49)

Khamis, 16 April 2009

PANDANGAN TENTANG BUKAN MUSLIM MEMBACA ALQURAN

Dari Blog ustazI lham Najmi.

JAWAPAN: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Menurut Guru Kami yang Mulia, Syeikh al-Allamah Atiyyah Saqr rahimahullah di dalam kitab Fatawanya:

Menurut sebahagian Ulama di dalam bidang usul fiqh, Golongan non muslim tidak ditaklifkan dengan perkara hukum di dalam Islam.Maka jika kita berpendapat sedemikian,tiadalah masalah dan halangan untuk mereka membaca al-Quran dan memegangnya dengan walaupun tanpa wudhuk.Ini kerana wudhuk hanya diwajibkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim turut ditaklifkan di dalam permasalahan hukum.Berdasarkan pendapat yang kedua, ini maka golongan non muslim juga akan dihisab di akhirat kelak oleh Allah subhanahu wa taala.

Jadi, ulama di dalam kelompok yang kedua ini berpendapat mengatakan bahawa golongan non muslim tidak dibenarkan untuk membaca al-Quran dan memegangnya jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.

Syiekh Atiyyah Saqr rahimahullah menyebutkan lagi: Selagi terdapat khilaf di dalam permasalahan ini maka bolehlah bagi kita memilih mana-mana pandangan ulama. Khususnya jika terdapat kondisi yang memerlukan untuk kita menilai dan memilih mana-mana pendapat yang disebutkan.

Dalil lain yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk non muslim membaca al-Quran ialah perbuatan Saidina Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menghantar surat kepada pemerintah untuk menyeru mereka memeluk Islam.Di dalam surat-surat tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran yang ditulis oleh baginda sallallahu alaihi wasallam.Maka jika ayat tersebut tidak boleh dibaca oleh golongan non Muslim,tentulah Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang penulisan ayat al-Quran di dalam surat-surat tersebut.Ini banyak terdapat di dalam kitab-kitab sirah.Tidak perlu kita sebutkan disini kerana perbahasan akan menjadi lebih panjang.Wallahu a’lam.

Rujukan :1.Fatawa Syeikh Atiyyah Saqr rahimahullah keluaran baru.Muka surat 34-35.

Larangan Non-Muslim Membaca Al-Quran ; Adakah Menguntungkan Dakwah?
Sumber: http//hazmidibok.blogspot

Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK. Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju. Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?

Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…

Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik, ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang?

Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?

Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK , walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Isla

Isnin, 13 April 2009

ARTIS BERSAMA PAS..ANDA BILA LAGI??

Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati
Salmah Mat Husain / Foto: Rizal Tahir
Sun | Apr 12, 09 | 12:21:05 pm MYT

KOTA BHARU, 12 April (Hrkh) - Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS', vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS.
Iklan




Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir tengah hari semalam.

Turut menyaksikan majlis yang penuh bersejarah lagi ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julung kali pernah diadakan di peringkat negeri itu anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya, beliau bersedia menyertai parti Islam itu setelah tertarik dengan ucapan Tuan Guru ketika merasmikan majlis berkenaan, walaupun ringkas namun padat serta berisi dengan mesej yang baik.

Beliau yang tidak pernah mendengar ceramah agama dari pimpinan PAS sebelum ini, mengakui ucapan Tuan Guru cukup meresap dalam jiwanya.

Beliau hadir pada majlis itu hari ini bersama artis lagenda kumpulan rock, Amy Search sempena majlis Himpunan Belia Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bagaimanapun Amy Search yang menjadikan Tuan Guru sebagai 'idolanya' belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

ImageKatanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.

"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.

Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.

"Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat," ujarnya lagi.

Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir.

Ahad, 12 April 2009

MOGA BLOGGERS MAMPU MENCETUS MASYARAKAT BARU MALAYSIA

Imam Syafie diriwayatkan berkata " Bukanlah pemuda orang yang berkata - bapa aku ialah- tetapi yang dikatakan pemuda itu ialah yang berkata- aku ialah..." itulah bait kata yang masih saya ingat disebut oleh guru saya ketika masih di awal usia 10 tahun. Kata itu bermaksud , kita mesti menilai dan berbangga dengan pencapaian kita dan bukan sejarah yang pernah kita miliki dari keturunan atau keluarga.

Sejarah melayu mempunyai nilai kegemilangan yang tinggi. Zaman Sultan Mansur Syah dikatakan antara zaman kemuncak kerajaan Melayu Melaka. Kita juga dikatakan hebat ketika itu dengan kepahlawanan Hang Tuah lima bersaudara yang dikatakan orang melayu. Kita terus mencanangkan zaman keagongan itu dengan istilah Takkan Melayu Hilang di Dunia yang dikatakan kata keramat Laksamana Hang Tuah.

Andai itu benar ia tetap sejarah. Ia boleh diangongkan namun bukan untuk dijadikan kita lena dengan kenangan. Satu hakikat perbezaan yang tak boleh ditolak antara zaman itu dan hari ini ialah kepelbagaian masyarakat di bumi Melayu kini. Cina dan India antara ummat yang menongkat langit dan memijak bumi yang sama. Raja orang Melayu adalah juga raja yang mesti dipatuhi oleh orang India dan Cina. Mengapa melayu menganggap raja itu hanya milik mereka dan mungkin sesekali raja juga merasakan mereka hanya raja orang melayu? Tidakkah menghormati raja adalah sesuatu yang termaktub dalam rukun negara? Raja bukan pelindung Melayu tetapi raja ialah payung negara.Andai itu hakikat yang diakui, mengapa masih ada suara menganggap seolah raja itu " ana yang punya?"

Hang Tuah mungkin berbangga dengan ilmu silatnya melindungi kerajaan Melaka sebagaimana tukang sihir Firaun melindungi Firaun dengan sihir mereka terhadap rakyat. Hang Tuah disanjungi lantara kisah sebenar Hang Tuah dengan Jebat tak diketahui rakyat. Namun andai kini Tuah hidup..Tuah buka hero tetapi pengkhianat sahabat.. Rakyat boleh mengetahui kisahnya dari blogger tak bergaji hingga surat khabar alternatif.

Firaun berjaya berkuasa kerana rakyatnya takut pada sihir tukang sihir dikelilingnya. Namun berjayakan kerajaan kini menguasai kerajaan dengan terus membodohkan rakyatnya. Lemparan maklumat di dunia maya menjelaskan ia mula berpengaruh dan berperanan besar.

Sejarah membuktikan kerajaan Firaun runtuh di tangan anak angkat yang dipeliharanya. Kini sejarah berulang, Kerajaan hari ini semakin terhimpit lantaran teknologi meklumat yang dibinanya. Walaupun tujuan Firaun membela musa bukan untuk menentangnya namun kerana desakan isterinya, demikianlah kerajan hari ini yang tertekan dengan perkembangan sekeliling. Mahu tidak mahu berbagai akta dibuat bagi melindungi rakyat dari maklumat sahih dan benar. Berbagai akta dibentang dan cuba dibentang. Terbaru wasiat terakhir Hamid alBar yang mahu satu akta melindungi peribadi dari tuduhan liar. Untuk Siapa? pastinya melindungi PM baru yang terlalu banyak tuduhan yang mamalit batang tubuhnya.
Isu perkauman semakin tidak laku terutamanya di bumi hari ini. Amerika telah keluar dari dasar perhambaan kaum pendatang dan kini diangkat menjadi Presidennya.Apa yang penting ialah membentuk satu rupa baru dalam masyarakat Malaysia. Mengharapkan mereka menjadi Melayu adalah mustahil semustahil mustahilnya. Harapn yang ada ialag menjadikan mereka rupa bentuk masyarakat Malaysia baru atau mungkin yang paling baik masyarakat Malaysia baru itu ialah masyarakat Islam atau yang bersedia memberi ruang kepada keadilan Islam.


KESUNGGUHAN BLOGGER SATU PENGORBANAN. MOGA MATLAMAT YANG BETUL DAN KEIKHLASAN AKAN MENGHASILKAN KEREDHOAN ALLAH...banjari tak peduli lagi sekeliling apa yang terjadi...

Kini masanya semua masyarakat malaysia terutama Blogger yang mula nampak bisanya menghalakan minda masyarakat ke arah yang jelas dalam pembentukan masyarakat baru Malaysia. Saya amat mengharapkan masyarakat baru itu ialah yang memahami Islam walau mereka bukan Islam. Berhujjah dengan hujjah Islam walau mereka bukan Islam. Sayang dan kagum dengan Islam walau mereka bukan Islam... Saya yakin ia mampu dilakukan oleh pejuang terutamanya Blogger yang lebih dipercayai dari media arus perdana dengan syarat.... otak terbelenggu yang terlalu takut orang bukan Islam memahami dan membaca Al Quran dipisahkan dari masyarakat...apatah lagi mereka adalah orang agama yang mengasingkan agama dari hidup masyarakat...seolah Islam itu melayu dan melayu itu Islam....

Semoga blogger bukan hanya penyampai maklumat dan berita...tetapi jua sebagai pendakwah yang menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada demi ketinggian agama ..

Sabtu, 11 April 2009

IMAM DI PECAT AKHIRNYA.....

Masjid menjadi tempat larangan berpolitik walaupun di masjidlah diakui tempat membina iman bagi menjaga politik dan orang politik. Juga menjaga orang yang tak berpolitik dengan kuasa politik. Tanpa politik rakyat tak terjaga, dan tanpa iman orang yang berpolitik akan merosakkan politik dan orang yang tak berpolitik….
Semasa kempen di Bukit Gantang berlangsung, masjid menjadi tumpuan orang politik. Orang politik yang beriman menjadikan masjid tempat menambah iman dengan bermunajat agar kuasa politik menjadi milik kalangan orang beriman. Bagi orang politik yang tak beriman, menjadikan masjid tempat mencuri tumpuan agar dilihat seakan akan beriman. Demikianlah harga sebuah masjid dan sebuah iman.
Kita masih ingat berita tak gempar yang digemparkan. Takgempar kerana cerita orang yang biasa menjadi imam dipelawa menjadi imam dan orang yang biasa bertazkirah diminta bertazkirah. Yang menggemparkan ada orang yang tak biasa menjadi imam mendakwa orang merampas tugas imam dan mengaku dia juga boleh jadi imamdan tazkirah tafsir surah walaupun tak pernah dilihat atau diketahui melakukan kerja itu. Berita tak gempar di masjid simpang yang digemparkan itu telah saya ulas minggu lalu.
Jam 10.40 malam tadi ketika pulang dari surau, saya menerima panggilan dari sahabat saya, tuan Imam masjid Simpang yang digemparkan hari tu…saya menyangka nak bincang tugas yang saya dan beliau ditugaskan bersama minggu depan…rupanya ada cerita baru.. “ peristiwa hari tu berulang lagi” katanya memulakan bual. Apa pulak saya memancing cerita lanjut’… “Ana jemput DS NIzar jadi Imam jumaat hari ni. Ana Khutbah tajuk ayat yang DS tak sempat nak tazkirah.” Katanya bersungguh…” Tahniah” itu yang mampu saya menambah.
Beliau menceritakan apa yang berlaku antara beliau dan DS Nizar. “Ds Nizar teragak agak untuk menjadi imam kerana tak mahu sesuatu yang tak baik.” Ana kata tak kisah…. Ana bukan makan gaji dengan umNO katanya penuh semangat” saya memang kenal semangat yang ada padanya…paling kurang pun gear tiga juga..itu yang saya tahu sepanjang hampir lima tahun mengenalinya. Kerana kecenderungan dan minat serta ideology yang serupa, kami boleh menjadi sahabat baik.
Tadi pukul tiga petang lebih kurang pengerusi masjid telefon ana. Katanya dia serba salah nak cakap tetapi mendapat arahan atasan.. penaung masjid..Datuk Kadri si songkok tinggi berbaju putih yang tak bagi DS Nizar tazkirah malam tu… katanya “ANA DIPECAT”… beliau menyambung cerita…
Sah pak Imam ni dah jadi Ramlang Porigi… sayangnya Ramlang Porigi tak muncul di Kuala Trengganu... Apapun Ramlang Porigi di Bukit Gantang ini juga orang Trengganu… Demikianlah takutnya umNo dengan orang Politik beriman … Hanya kerana menjemput orang politik beriman menjadi imam solat, pak Imam di pecat. Kalau imam dijemput salah membaca yang menyebabkan ia batal, maka wajar Pak Imam bertanggungjawab. Pak Imam yang dipercayai menjadi Imam di situ mempercayai orang politik beriman menjadi imam. Itu pun salah???
Maka tak hairanlah kalut bumi Malaya apabila Cina bukan Islam baca Quran. Yang turut kalut dan buat buat kalut ialah Tok Peti terutamanya Harusani. Benarlah ISLAM TERHALANG DENGAN SEBAB ORANG ISLAM SENDIRI. Tidakkah memecat imam dan menghalang orang bukan Islam membaca Quran sebagai penghalang kepada Islam??? Paling malang jika yang menghalang orang kepada Islam adalah orang yang sepatutnya memnyebarkan Islam…apapun tahniah buat Harusani kerana akhirnya JomHeboh akan datang ke Perakkkk… Biarkan …biarkan…… dan tahniah kepada semua AJK umNO di Masjid Simpang kerana mengarahkan Imam di pecat…apa kata semua imam letak jawatan danlantik Datuk Kadri menjadi imam..atau serah je pada Zamri……….. .ada berani ka Macha??

Jumaat, 10 April 2009

KHAIRY TELAH MEMULAKAN LANGKAH

Akhbar melaporkan Khairy telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Ali Rustam di Melaka. Gerangan apa pertemuan itu tidak diketahui. Butiran pertemuan tersebut hanya menyebut kenyataan Khairy bahawa semua Ketua Pemuda Negeri akan terdiri dari muka baru.

Apa istimewanya Khairy hingga saya berulangkali menilai langkahnya??? sebenarnya beliau memang istimewa dalam umNo hingga beliau dijadikan subjek oleh Negarawan Tu Det dalam usaha meneyrang Pak Lah. Takkanlah Tun mahu berdepan dengan budak hingusan..tentu Tun melihat ancaman besar Khairy...

Memang telah diketahui bahawa Khairy adalah budak licik dalam umNO. Kalau layak diumpamakan dengan Hang Nadim di Singapura, begitulah Khairy dalam umNo. Beliau adalah orang yang berani berhadapan dengan musuh politiknya. Secara baik atau jahat. Khairy mampu melakukannya.

Siapapu tak boleh menolak keberanian Khairy menerima pelawaan Kelantan berhadapan Husam di kubu kuat PAS. Khairy menerimanya dan mampu berhujjah dengan baik malah bersikap terbuka dengan beberapa kejayaan dan kebaikan PAS. Khairy juga adalah antara budak jahat yang tampil dalam kebanyakan pilihanraya kecil terutamanya di Selangor yang menyaksikan DS Khalid tewas dalam percubaan pertamanya sebagai ahli politik.

Walaupun Khairy membuat kenyataan bersikap terbuka dengan kabinet Najib, namun itu adalah jawapan standart seorang ahli politik. Kenyataan Khairy akan melantik ketua pemuda negeri baru adalah langkah proaktif khairy dalam menguasai sayap pemuda itu. Beliau menyedari kemenangannya adalah dengan jalan salah dan rasuah. Langkah bijak adalah memastikan tapak kukuh disediakan untuk masa depan politiknya. Menggunakan alasan beliau diminta oleh Najib memperkukuhkan parti, adalah alasan sesuai untuk membuat rombakan. Najib juga tidak dapat berdalih dengan alasan Khairy bahawa beliau diarahkan memberi tumpuan kepada parti. Kini Khairy telah melangkah mula memperkukuhkan umNO yang sebenarnya memperkukuhkan dirinya.

Nampak gayanya, umNo akan berhadapan masa sukar sedikit masa lagi. Khairy akan memastikan kuasa pemuda akur padanya dalam masa yang sama Mahathir melalui Najib akan memastikan pengerusi perhubungan tunduk kepadanya. Pasti akan tiba masa pertembungan besar ibarat letusan gunung berapi di Itali yang memusnahkan bangsa pompei ribuan tahun dulu. Pertembungan antara generasi muda dan tua dalam umNO. Ketika itu di mana Puteri dan wanita umNO. Adakah keduanya akan bersama atau masing masing memilih regu sendiri???

Biarlah masa menentukan kemusnahan umNo hasil pertembungan sesama sendiri sebagaimana musnahnya ahzab hasil sengketa antara mereka.

MAKLUMAN

Satu majlis Forum
akan diadakan saperti maklumat berikut :

Ahli Panelis :

DS ANWAR IBRAHIM
DS IR MOHAMMAD NIZAR
MP DR LEE BOON CHYE
S MANIKUMAR ( ADUN SELAMBAU)
SHAMSUL ISKANDAR

TEMPAT :
DEWAN ORANG RAMAI DATO AHMAD SAID
SUNGAI ROKAM, IPOH

TARIKH DAN MASA :
SABTU 11 APRIL 2009 / JAM 9.00 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADHIR

Khamis, 9 April 2009

DARI TG NIK AZIZ

BLOG SETPOL MB.

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

MUNGKINKAH KHAIRY AKAN DISABIT KEMBALI DENGAN RASUAH?

Apa dah jadi cempedak jadi nangka atau manusia jadi kera?? Bermula hari ini semua yang berjuang dan menabur duit memburu kemenangan jawatan dalam umNo perlu berfikir seribu kali. Jawatan dalam umNO belum menjanjikan tempat sebagai menteri. Khair adalah bukti hari ini!

Mahathir dari awal menyangkal keterlibatannya dalam percaturan kabinet Najib yang diumumkan hari ini. Seribu kali Mahathir menafi, seribu satu kali orang tak percaya lagi. Mana mungkin tanpa campur tangan Chet Det, Mukhriz duduk dalam kabinet sedangkan bos yang mengalahkannya , Khairy tercicir dalam bakul sampah pejabat Perdana Menteri. Lebih menyakitkan timbalannya pula yang dapat tempat di hati PM.

Pastinya percaturan dan persoalan hangat akan berlaku sepanjang beberapa hari ini. Ketua Wanita ada tempatnya, Puteri yang baru beranak beberapa tahun di beri peluang, malah beberapa orang yang selama ini tak terlibat dengan umNO tiba tiba muncul dalam senarai kabinet Najib. Antaranya Jamil Khir Baharum. Sayangnya sayap yang menjadi tunjang parti, PEMUDA terperosok tak dipeduli..



Apa ertinya ini? beberapa persoalan mula berlegar dalam kotak pemikiran. Yang pasti Khairy takkkan berdiam diri dimalukan hari ini. Melainkan ada janji di belakang tabir yang termeterai antara mereka mengelakkan terdedahnya rahsia lain. Saya yakin sebagaimana Mukhriz mendiamkan diri walau kalah dalam pemilihan yang dipenuhi rasuah baru baru ini, kini sebab Mukhriz mendiamkan diri telah diketahui. Khairy juga akan menyepi andai ada janji rahsia antara mereka agar saling menyimpan rahsia. Jawapan yang pasti di beri" Saya berkhidmat bukan untuk mengejar pangkat dan jawatan menteri" akan keluar dari mulut Khairy.

Apakah juga keciciran Khairy dari senarai kabinet ini memberi erti Khairy masih dalam siasatan lagi dan menunggu waktu mensabitkan kesalahan yang telah pun terbukti?? Jawatankuasa Disiplin telah menegaskan bahawa siasatan masih berjalan dan ada yang menang jawatan tinggi antara yang di siasat. Apakah antaranya Khairy???? Andai Ali Rustam telah disabitkan, kenapa tidak Khairy?? mungkin khairy mananti waktu itu kembali....

Umum mengatahui keputusan pemilihan umNo baru baru ini penuh dengan kebimbangan berhadapan pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batai Air. Kini segalanya telah berlalu. Siasatan terus berjalan. Membiarkan Khairy terus berada di dalam mesyuarat Tertinggi umNO memberi ruang segala rahsia berada di pihak berbeza. Khairy bukan calang calang pemuda. Pastinya membiarkan benih Pak Lah di mesyuarat tertinggi umNo menganggu percaturan Najib dan Tun Det.

Apapun, kita nantikan pencak silat pemuda umNo di gelanggang terbuka nanti. Keris yang selalu dikucup pastinya akan menikam rakan sendiri. Dan Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan perpaduan sesama sendiri sebagai persediaan menghadapi saat kemusnahan dan sejarah umNO terkubur . Percayalah...Hang Tuah yang setia membunuh Hang Jebat yang membelanya.... Apatah lagi andai Hang Tuah dan Jebat memang saling membenci..... jika anda percaya pada mitos melayu ini...

KHAIRY TERCICIR ATAU DICICIRKAN

Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet
Apr 9, 09 2:59pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).

Rabu, 8 April 2009

CUKUP HAMID !

Entah apa yang disawankan oleh Hamid AlBar yang menginginkan akta mesin cetak dihapuskan. Tidakkah belum sampai dua minggu beliau mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan??

Apa sebenarnya yang diinginkan Hamid dengan kenyataan itu? Angin yang bertiup hampir mengesahkan bahawa Hamid sudah menjadi kain buruk buat kabinet baru Najib. Apakah kenyataan Hamid ini sebagai talian hayat mengharapkan Najib mempertimbangkan kembali namanya atau sekadar menyuci noda najis yang bertempelan di tubuhnya angkara beberapa tindakan melampau sepanjang tempoh singkat memimpin KDN?

Siapapun dan apapun harapan Hamid, saya tak fikir terlintas di kepala Najib memungut kembali Hamid jika benar beliau sedang diisi di dalam bakul sejarah kabinet Pak Lah. Najib mesti membuktikan kabinet barunya bersih walaupun beliau sendiri terlalu kotor dan bernajis dengan seribu jenis tuduhan melampau dalam dan luar negara. Najib mengembalikan Permit kedua akhbar PR dan membebaskan 13 tahanan ISA.

Hamid adalah orang bertanggungjawab terhadap akhbar alternatif itu walau mungkin ia hasil arahan Najib, namun Hamid adalah terompah kayu Najib untuk masuk ke tandas bagi menyelesaikan hajatnya. Semoga Hamid merenung kembali masa silamnya....

TAHNIAH DARI PRESIDEN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Wed | Apr 08, 09 | 1:53:33 pm MYT

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Iklan




Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato� Seri Azizan Abdul Razak.

Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata.