Ahad, 31 Mei 2009
umNO MENANG DI PENANTI ! MANEK URAI????
Memang mustahil, tak bertanding tetapi menang. itulah yang dikehendaki oleh umNO. Jika bertanding umNO PASTI kalah. Hanya satu yang membolehkan umNO menang! TAK BERTANDING!. Itulah kempen umNO...Umum mengetahui ramai pengundi tak berminat nak mengundi kerana PR pasti menang dalam pilihanraya ini. Apatah lagi lawannya entah muncul dari ceruk mana.
Bagi umNO soal maruah tak penting. Yang penting ialah kemenangan. Sebab itulah Ketua Pemuda.... sayap paling penting umNO menyeru pengundi tak keluar mengundi. Begitu juga umNO PP. Ada rombongan keluar Pulau Pinang bagi mengugat jumlah undi. Bagi umNO kalau tak dapat menang kerusi pun...mereka dapat menang isu mengatakan rakyat menolak PKR, bosan dengan permainan PR... kerana pengundian sangat kurang. Esok adalah hari peristiharan umNO menang di Penanti.
Sama di Perak, walaupun kalah pilihanraya umNO tetap menang dengan rampasan kuasa. Nampaknya umNO kini lebih berminat menang dari jalan belakang. Apakah selepas Najib mengambil alih kuasa secara "Rampasan Terhormat" beerti segalannya mesti melalui jalan belakang.... Kita nantikan apakah akan terjadi di Manik Urai...
Manik Urai telah memberi isyarat awal... hari penamaan calon dan pengundian adalah hari bekerja. Adakah kita mampu membawa anak rantau dari luar pulang mengundi PAS? Pengundi Rantau hampir kesemuanya adalah pengundi PAS. Mereka adalah kebanyakannya anak muda yang mendapat maklumat tepat tentang isu negara.
Dengan pengundian dijalankan pada hari selasa, hari paling tengah dari hari bekerja di Kelantan, beerti kemungkinan ramai pengundi perantau tidak balik. Dengan cara ini undi PAS akan merosot. Lebih membimbangkan ada undi Jembalang dari anak rantau yang telah dikenalpasti tidak balik. Tempoh sebulan memungkinkan umNO melakukan segalanya dengan kuasa dan manipulasi agensi kerajaan termasuk SPR.
Kita mengharapkan agar PAS dan rakan PR dapat menyediakan stategi ampuh bagi mengekang politik jahat umNO.Kalau kerajaan boleh dirampas...apalah sangat hak mengundi bagi umNO......
Paling penting kenalpasti anak rantau pengundi di Manik Urai..... angkut mereka dengan apa cara sekalipun.....
Sabtu, 30 Mei 2009
BODOHNYA PKR. BODOHNYA AMINAH
Kata Minah ni, dia ditawarkan oleh wakil PKR untuk melompat ke PKR jika menang. Dia juga kononnya ditawarkan menarik diri. itulah lebih kurang dakwaaan yang kononnya disertai dengan rakaman di rumah....
Saya malas nak komen panjang cuma;
1. BODOHNYA PKR yang hampir pasti menang di Penanti hinggakan umNO pun tak berani bertanding... nak rasuah calon bebas yang dah reject dalam politik.
2. BODOHNYA PKR yang nak menawarkan rasuah dan datang bertandang ke rumah minah...macamle takde tempat lain..
3. BODOHNYa PKR nak tawarkan jawatan Timb Ketua Menteri pada Minah kalau menang sedangkan memang hampir SAH minah tak menang. Kalau menang pun... lepas menang barulah tawar jawatan bukan sekarang....
4. BODOHNYA Minah kerana tak terima jawatan itu sedangkan dia bertanding pun sebab kecewa ditolak oleh PKR.
5. BODOHNYA Minah tak terima tawaran tarik diri dengan wang yang banyak sedangkan dia dah tahu akan kalah!
apapun...BODOHNYA siapa yang percaya dengan cerita MINAH sekor ni yang disebarkan oleh media buruk dan cabukkkkk. saya yakin PKR tak le se BODOH orang yang percaya cerita Minah ni
Jumaat, 29 Mei 2009
KONSPIRASI MUFLIS!
2009 Mei 29
Pegawai Polis siasat mata lebam Muflis
Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.
Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.
“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.
Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.
“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.
“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.
“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.
Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.
Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.
“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.
Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.
Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.
Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.
Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.
Khamis, 28 Mei 2009
CHIN PENG - perangkap menanti mangsa
Harus diingat kisah Chin Peng dengan komunisnya telah menjadi sejarah hitam masyarakat kita. Isnya tak wajar diungkit kembali . Pastinya orang yang mengungkitnya mempunyai tujuan tertentu. Saya melihat itulah lenggok politik BN. Gerakan adalah parti Cina (walaupun dibuka keahlian untuk bangsa lain) yang kehilangan sokongan masyarakat lain. umNO pula adalah parti Melayu (walaupun bumiputra bangsa apa pun boleh masuk) yang sedang mengepung dan memburu undi sokongan melayu. keduanya dari kompenan BN!!!
Sewajarnya jika isu ini dilakukan dengan ikhlas untuk membantu Chin Peng kembali ke Malaysia boleh dilakukan secara dalaman. Tak perlu perbincangan terbuka. Apabila ia menjadi perbincangan umum, maka luka lama akan berdarah kembali. satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah....komunis dikaitkan dengan bangsa Cina di Malaysia walaupun bukan semua cina dulu mengikuti fahaman komunis. Nama Abdullah CD dan Rashid maidin serta Shamsiah Fakih bukanlah nama yang asing dari label komunis.
Paling tidak, secara diam dan akar umbi, masing masing kaum akan saling mencurigai.lebih malang ada virus yang bergerak mengingatkan " kalau melayu tak bersatu, Cina akan menguasai kita". Bukti jelas boleh dilihat di dalam blog pro umNO. Isu komunis dan kaitan dengan masyarakat cina serta api perkauman terus dicetuskan!Tak perlu saya mempromosikan blog berkudis itu di sini.
Apa yang malang, beberapa NGO dan orang persaorangan terikut dengan rentak BN ini. Mereka telah gagal di dalam isu Perak menuduh DS Nizar sebagai Boneka Cina apabila rakyat mula tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umNO dulu bersama tauke Cina dan apa yang dibantu oleh PR terhadap golongan miskin dan terinaya dari pelbagai bangsa. Mereka mula menilai tanah kediaman yang diberi kerajaan PR kepada orang muskin dengan ladang dan keluasan kilang yang diberi umNO kepada tauke Cina. Rakyat mula menilai bantuan sekolah agama yang diberi kerajaan PR dan sikap BN terhadap sekolah agama terutama pondok Pak Teh dalam kawasan MB umNO sendiri.
Sewajarnya kita mengambil sikap berhati hati dengan jerat isu perkauman yang dicanangkan BN secara halus. Jangan lupa, peristiwa Operasi lalang dulu juga adalah mainan pemimpin Gerakan dan umNO...mangsanya PAS dan DAP. Ada angin bertiup menyatakan, bagi meredakan kebangkitan rakyat , pemimpin PR perlu direhatkan dan dipisahkan dari rakyat. Mungkin salah satunya melalui isu perkauman!
Marilah kita menumpukan kepada isu yang melibatkan masa depan daripada membangkitkan nostalgia silam yang tak berkesudahan. Jangan biar generasi kini menerima akibat kesilapan generasi sebelum kita. Apa yang penting, hubungan mesra antara kaum yang terjalin terutama di dalam PR mestilah dimanafaatkan untuk dakwah dan perjuangan.
BACALAH YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT
Rabu, 27 Mei 2009
KEBAKARAN DI PEKAN CHEMOR
GAMBAR DI HADAPAN IPK SELEPAS DIBEBASKAN
ANTARA YANG AWAL DIBEBASKAN JAM 4.10 PETANG.
Selasa, 26 Mei 2009
12.15 TGH IPD IPOH
TERKINI
11 LELAKI 3 PEREMPUAN DI BAWA KE IPD IPOH. SUMBER DI IPD MEMAKLUMKAN KEBANYAKAN DITANGKAP IALAH YB PAKATAN RAKYAT TERMASUK TEJA, TEBING TINGGI, SIMPANG PULAI , SPEAKER, KULA DAN BEBERAPA ADUN YANG MASIH CUBA DIKENALPASTI. SEORANG ANGGOTA AMAL TURUT DITAHAN
TERKINI WISMA DAP IPOH
Ahad, 24 Mei 2009
ADUN PR NAK MASUK umNO LAGI?????
Saya sangat pasti berita ini datang dari kalangan umNO. Ia merupakan harapan yang begitu tinggi dari mereka setelah melihat 3 ekor katak yang kini seperti makhluk asing di Perak bersama mereka. Katak yang hanya boleh digunakan untuk memancing haruan di paya. Katak itu disangkut di pin dan kail...dicampak berkali kali hingga mati.... kalau sempat..haruan akan menyambar ketika masih hidup... walaupun katak itu sakit..mungkin dia bangga apabila melihat haruan memburunya... sangkanya haruan tertawan..rupanya haruan nak membahamnya.... melalut pasal katak plak...
umNO khususnya Zambry sangat berharap agar ada lagi ADUN yang akan menyeberang ke BN. Beliau mahu menunjukkan kepada istana, beliau mempunyai sokongan dan kerajaan yang stabil yang tak memerlukan DUN dibubarkan... Beberapa nama sampai ke pengetahuan umum... yang pastinya bukan dari kalangan PAS! mereka tahu..kalau namakan ADUN PAS tentu orang akan tolak mentah mentah! Ia juga sebagai senjata agar timbul sifat mencurigai sesama kompenan Pakatan Rakyat..AWAS!!!
Apa yang berlaku adalah seumpama cerita penipu yang tertipu dengan cerita tipunya sendiri... saya masih ingat ketika mendengar ceramah Allahyarham ustaz Fadzil Nor sekitar tahun awal 90 di Kg Melayu Ipoh... ceritanya begini...
Ada seorang budak penipu menyebarkan cerita kononnya raja akan datang solat jumaat di masjid. Siapa yang soalt akan diberi duit. Cerita itu tersebar seluruh kampung . Budak itu sungguh bangga kerana cerita bohongnya tersebar dan dipercayai. Pada hari jumaat yang dinyatakan , maka ramailah orang kampung datang solat jumaat. Budak tadi bertanyakan orang kenapa ramai datang solat?? jawapan yang diterima ialah sultan akan membahagikan wang. Budak tadi mula percaya cerita tipunya jadi nyata. Maka beliau pun turut sama menanti kedatangan sultan...sayangnya itu hanya cerita tipu yang direkanya sendiri.. tertipulah budak itu dengan cerita tipunya sendiri....
Saya yakin semua ADUN PR mahupun umNO telah melihat kesan pengkhianatan yang diterima oleh tiga ekor katak sebelum ini. Mereka tahu bahana dan akibat yang diterima bukan hanya diri mereka , malah seluruh keluarga dan mungkinketurunan. Paling jelas...apa yang diterima katak Changkat Jering dalam P raya lalu. Apakah mungkin ada lagi ADUN yang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan nilai harta dan tawaran dari umNO. Lebih malang lagi jika akhirnya DUN terpaksa dibuabrkan...pastinya mereka langsung tiada nilai harga bagi umNO apatah lagi PR...
Walau apapun... PR tidak boleh melihat isu ini dengan senang hati sebagaimana bersukaria meraikan Datuk Nasa masuk PKR seketika dulu. Umum mengetahui umNO sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan citarasa politik mereka. Andai sesama mereka ada yang pernah berbunuh... apalah sangat nilai nyawa dan ketenteraman rakyat. Politik ancam dan culik bukan budaya baru umNO... apapun kita mesti terus waspada!
APA NAK JADI MUFTI NI.... ???
Saya sudah menunggu hampir sebulan supaya dia memberikan ulasan dan fatwa mengenai pengunaan bomoh untuk menjampi dewan undangan negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas. Tidak pasti apakah sebabnya dia menjadi "bisu" dalam perkara yang sangat memalukan itu.
Namun tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman akan diadakan mogok lapar di Wisma DAP kelmarin bila dihubungi melalui talipon dia terus memberikan ulasannya.
Walaupun dalam masa tawaf pun nampaknya dia sangat berminat mengeluarkan pendapatnya . Adakah benar dikatakan bahawa dia adalah Penasihat atau Mufti untuk UMNO Perak sahaja ?
Nampaknya UMNO Perak tidak ketandusan calon untuk Pilihanraya akan datang, maka saya cadangkan Harussani adalah salah seorang darinya, di Titi Serong pun tidak apa.
'Kalau menang belah dia tidak apa'
IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".
Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.
Sabtu, 23 Mei 2009
ISTERI BERSUAMI DUA...
Dalam ramai ramai ada seorang duda hitam yang begitu berpengalaman. Beliau memang terlalu marah apabila isteri pujaan itu menjadi milik suami yang penyayang itu. Si duda telah beberapa kali bercerai lantaran layanan buruk terhadap isterinya. Bukan sekali dia menduda, malah berpuluh kali. Semuanya lantaran keganasan dan perangai memerah keringat isteri. Habis harta isteri diguna...
Berbalik kepada suami isteri yang begitu bahagia tadi.... berbulan si duda jahat ini mengidamkan isteri orang...semua bomoh telah ditemui tetapi gagal...Akhirnya dengan pertolongan seorang sahabat lama yang berpengalaman dengan ramai gadis dalam dan luar negeri termasuk dari negeri Gengish Khan.... beliau mengadu...
Akhirnya isteri tadi dicolek dan dibawa lari...sesampainya di Selatan Siam.... Duda tadi menikah secara haram dan membawa pulang isterinya. Habis dicanang serata alam tentang isterinya. Namun semua orang tahu bahawa itu ialah isteri orang yang dibawa lari. Apabila suami pertama isteri itu mengatahui... maka dia membawa kes ke mahkamah..
Hakim telah memutuskan bahawa suami pertama adalah pemilik dan suami paling berhak ke atas isteri tadi. Si duda telah membantah.... beliau memohon hakim menghalang suami pertama tidur di rumah isteri tadi... Permohonan itu diterima...
Sayangnya , si duda tadi pula yang tidur di rumah isteri..Bukan setakat tu... dibawa isteri ke seluruh alam...ADIL ka??????
Setelah beberapa lama bersama .... si duda membawa ke mahkamah semula... setelah dilihat isteri telah mengandung anak si duda...hakim memutuskan si duda adalah suami yang sah....
demikianlah alkisahnya...... seluruh alam tahu..
Khamis, 21 Mei 2009
BN RASUAH BUDAK SEKOLAH.
" Tolong siasat betulke budak Izzuddin dan Taayah dipaksa baca yasin untuk zamri di kediaman rasmi MB?" antara butiran bertanya.
Sebagai bekas pelajar saya menpunyai jaringan untuk mendaptkan pengesahan. Setelah dua telefon di dail saya mendapat pengesahan memang budak Izzuddin dan Taayah dibawa ke kediaman Rasmi MB Perak dah tiga kali. Pertama ketika malam sidang DUN nak bersidang dan malam kedua ketika Mahkamah tinggi akan membuat keputusan! Kali ketiga ialah malam khamis lalu sebelum keputusan mahkamah rayuan. Kali ini diberi rm20 seorang.itu maklumat sohih
Teringat saya peristiwa Badar yang bgerlaku antara Islam dan kafir. Bagaimana Rasulullah berdoa bersungguh sehingga Abu Bakar menyatakan...cukuplah wahai Rasulullah ...Allah mendengar permohonanmu. Dalam masa yang sama Abu Jahal dan gerombolan Kafirnya turut berdoa memohon supaya Allah membinasakan tentera Muhammad Rasulullah.
Saya tak tahu di mana persamaan paling tepat..tetapi kedua pihak yang benar dan salah tetap berdoa kepada Allah. Dan Allah memberi kemenangan kepada kebenaran sebagaimana diterangkan dalam surah Alnasr atau alfath. Kenyataanya ialah kebenaran pasti menang..
Apa yang nak dibincangkan bukanlah soal doa sangat tetapi bagaimana Zamry alHaramy telah menggunakan kemudahan budak sekolah untu berdoa bagi pihaknya Seorang sahabat menyebut..."lepas dia bawa jom heboh kat Lumut pandai pulak minta budak agama doa. Kenapa tak ajak daud kilau ke...Julia Banos ke ..." Apa yang jelas pendokong Pakatan Rakyat memang tak henti berdoa sejak rampasan kuasa lagi.
Mengapa harus dilibatkan pelajar sekolah lebih lebih lagi sebahagian mereka akan mengahdapi peperiksaaan dan sekarang ialah musim peperiksaaan. Paling menarik ialah rombongan dari sekolah itu dibayar RM30 seorang.... wah dengan budak sekolah pun engko nak rasuah... Tak cukup ke dengan musim pilihanraya dan pemilihan umNO...sampai budak sekolah pun dirasuah supaya berdoa bagi pihaknya. Saya yakin dikalangan ramai murid yang ke rumah MB bukanlah semuanya berdoa untuk Zamry..Mungkin secara senyap mereka berniat agar Allah memenangkan Nizar.
Akhirnya keputusan hakim mahkamah tinggi memberi kemenangan kepada Nizar. Pulanglah pelajar Izzuddin dan taayah berbekal rm30. Itulah permulaan rasuah yang diajar oleh Zamry alharamy... Mestikah kita membiarkan perkara ini terus berlaku...???
Selasa, 19 Mei 2009
umNO DAH NAK KIAMAT.....
Parti yang begitu gah dan tak pernah mengalah sepanjang sejarah pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil...kini mengaku kalah sebelum bertarung. Umum mengatahui...pembangkang di Malaysia selalu bimbang apabila pilihanraya kecil di adakan kerana kerajaan akan menggunakan seluruh jentera yang ada bagi membantu umNO dan BN. Kalau kubu pembangkang pun mereka bimbang...kubu umNO tentulah lebih bimbang..Namun Pembangkang tak mengaku kalah sebelum berjuang.... Hari ini umNO dah mengalah di Penanti....Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO
Biasanya yang menang dalam pilihanraya memerintah negeri...namun di Perak keadaan sebaliknya berlaku. Umno merampas dari kerajaan PR hanya dengan alasan 3 katak bersamanya... umNo bermatian mempertahankan agar DUN Perak tak dibubarkan...bukankah untuk menentukan kerajaan melalui pilihanraya bukan pilihan istana... Namun umNO memilih memaklumkan kepada istana bahawa mereka mendapat majoriti bukan DUN Perak.... Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO
Biasanya yang menang akan jadi menteri dan yang kalah gigit jari... Namun dalam kerajaan hari ini Ramai MP umno menang tak jadi menteri sebaliknya yang kalah dan tak bertanding pulak jadi menteri.. Paling kesian menantu Pak Lah..Khairy.. menang Parlimen dan ketua Pemuda umNO Malaysia tak dilantik jadi menteri...alih alih..Mukhriz yang kalah ketua Pemuda jadi menteri....Jamil Khir yang tak masuk politik langsung pun dapat jadi Menteri... apa jadi kat Khairy??? Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO......
Rasuah memang dilarang agama dan adat bangsa di dunia...Pelakunya adalah hina dan keji.... Khairy bersalah tetapi menang jadi Ketua Pemuda..Ali Rustam dilarang bertanding Timbalan Presiden tapi kekal jadi ketua menteri...Dua perasuah dalam parti umNO...satu menang dalam parti tak dapat jawatan kerajaan...satu dilarang bertanding dapat jadi ketua menteri.. pelikkkk...Mungkin itu tanda kiamat bagi umNO.....
Kalau nak kira banyak lagi pelik dalam umNO ni...tapi buat apa bincang dan tulis banyak banyak lagi...sebab dah nak kiamat dah ni.... Tetapi tanda kiamat paling dekat ialah nyanyuk.... Sah umNO dah nyanyuk kerana umur masih belia dikata dah 63...memang umNO dah nak kiamat dalam sejarah Malaysia ni......
Ahad, 17 Mei 2009
HORMATILAH ULAMA
Saya yakin kejutan itu lahir dari kasih sayang yang tak berbelah bahagi terhadap parti.Memang seorang suami akan terkejut babi jika isterinya yang dilihat suci dan dipercayai sepenuhnya dituduh dengan tuduhan yang hina dan keji. Bagi PAS tuduhan politik wang dikalangan pimpinan adalan tuduhan yang hina dan keji!. Beerti jika ada pelakunya...ia seorang yang terlalu hina dan keji pada pandangan PAS dan ahlinya.
Apa butir ungkapan Ustaz Daud yang mengemparkan itu tidaklah dipastikan. Bagi yang sememangnya terlalu curiga terhadap ulama apatah lagi lantaran penegasannya bahawa Presiden dan timbalan mestilah seorang ulama mungkin menjadikan kebencian itu bertambah. Tiada lagi perasaan hormat terhadap ulama yang dididik dalam PAS selama ini. Tiada lagi husnu Dzan terhadap ulama yang diajar oleh PAS selama ini. Atau mungkin sememangnya mereka ini tidak pernah menghadiri majlis yang mendidik ahli PAS menjadi terpuji dan menyanjung tinggi kedudukan ulama.
Mengapa terlalu cepat menghambur makian dan hinaan terhadap insan yang duduk di kerusi tertinggi dalam haraki penghormatan ahli PAS? Apatah lagi dari kalangan sahabat blogger dan komentar picisan yang solat dan dzikirnya belum menentu lagi. Mengapa tidak penghormatan menjadi penghalang bagi kita bersikap biadab dengan golongan mulia sebegini. Biarlah penjelasan dan kalangan pimpinan membuat rumusan sebelum kita pantas menjatuhkan hukuman.
Apakah kenyataan itu satu tuduhan melulu yang langsung tiada kebenarannya. Jika langsung tiada kebenarannya biarlah pimpinan menentukan dengan adab dan akhlak dengan ulama. Jika ada kebenarannya .... atau bunganya memang wujud salahkan ungkapan danpendedahan itu lantaran kasih sayang pada parti. Mungkin hujjah cara pendedahan di akhbar menjadi isu...adakah ianya satu pengaduan di akhbar atau akhbar memetik kenyataannya?? atau dalam temu bual yang penuh dengan kelicikan bahasa dari wartawan akhbar??? Saya hanya menekankan akhlak kita dengan ulama......
Dengan sepenuh keyakinan saya menyankhal wujudnya politik wang dalam PAS...andai politik wang itu digambarkan seperti mana umNO. Namun jika ianya berlaku dalam bentuk yang beebeza mampukah kita menafikannya??? mungkin dalam bentuk BUDI yang ditabur kepada sasaran tertentu.... Ianya mungkin satu kebetulan...namun salahkah orang menafsirkan sebagai satu bentuk sogokan jika dilakukan terhadap sasaran yang mampu memberi undi??? Mungkin niatnya ikhlas... tetapi tafsiran dan sangkaan tidak boleh ditolak begitu sahaja... masing masing mempunyai hak menafsir selagi ada asasnya.
Sebagai contoh... kalau setiap kali pemilihan parti...maka perwakilan tertentu yang datang dari jauh seperti Sabah dilayan dengan hotel percuma dan kenderaan disediakan...mungkin sebagai membalas budi kerana dilayan sewaktu calon berkunjung ke sana... namun salahkah seseorang yang mempunyai kebimbangan berprasangka buruk. Tambahan pula tak dipeduli apabila tiada musim pemilihan... saya hanya memberi contoh andai keadaan seperti ini berlaku....atau mungkin telah lama berlaku????
Berbalik kepada persoalan asas ialah menghormati ulama ketika berhujjah dan menyanggah hujjahnya.....
PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN ADALAH JALAN TERBAIK PILIHAN PAS.
Lebih menarik Husam menyatakan pertemuannya adalah atas dasar peribadi. Bukan atas kapasitinya sebagai Naib Presiden PAS. Apakah masyarakat umum dapat memisahkan diri Husam dengan jawatannya sebagai Naib Presiden PAS? Saya yakin atas dasar apa pun pertemuan itu berlangsung, Husam tetap dilihat mewakili PAS. Mungkin bukan mewakili Pakatan Rakyat. Itulah hakihat yang tak dapat dipisahkan! Cumanya Husam tidak mendapatkan mandat dari PAS untuk mewakili PAS.(blog Husam menyatakan beliau telah memaklumkan kepada Presiden dan Dewan Harian) Naumn beliau menjelaskan pertemuannya atas kapasiti peribadi bukan mewakili parti .Pastinya hasil perbincangan itu sedikit sebanyak akan menjadi modal hujjah Husam dalam Mesyuarat PAS. Namun tetap bukan suara PAS.
Saya antara puluhan ribu mungkin insan kerdil yang menyokong pendekatan bermesyuarat atau mungkin lebih sesuai dengan istilah yang Husam senangi dari TG Nik Aziz iaitu Muqabalah. Islam sememangnya menganjurkan kita berbincang dan bertemu dengan sesiapa sahaja. Mujadalah adalah antara pendekatan terbaik yang diisyaratkan oleh Allah. Apakah pertemuan Husam termasuk kategori mujadalah atau tidak bukanlah persoalannya. Rasul diperintahkan agar menyeru orang Yahudi berbincang di atas satu pertemuan dan penerimaan bersama iaitu "kalimatin sawa'". Syabas buat Datuk Husam yang begitu proaktif dalam isu ini.
Pas sememangnya telah mengiktiraf sebarang perbincangan sebagaimana dipetik kenyataan datuk Husam " "Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.". Saya yakin semua pertemuan sebelum ini juga adalah atas dasar peribadi termasuk pertemuan Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan Pak Lah suatu ketika dulu. Menentukan pertemuan itu atas nama parti atau bukan ialah apakah pertemuan itu mendapat mandat parti atau tidak. Jika ia dihantar oleh parti maka itu atas dasar parti. Jika tidak dihantar oleh parti, maka bukan atas nama parti. Apakah sukar memahami situasi ini??? mengapa pertemuan Ustaz Nasarudin dulu di sensasikan begitu hebat sehingga dilihat bersalah terhadap parti! Ini sesuatu yang SANGAT TIDAK ADIL! Apatah lagi Ustaz Nasha telah menghubungi presiden parti memaklumkan agar tiada fitnah.
Alasan ianya dilakukan secara tertutup bukanlah persolan. Apakah semua pertemuan mesti diumumkan? tidakkah pertemuan DSAI dengan Pak Lah di Selangor juga secara senyap asalnya?? Apatah lagi konsep parti tidak pernah mengizinkan keputusan secara individu walaupun oleh presiden parti.Pertemuan secara sulit dengan sesiapa sahaja adalah hak individu. Apakah kita lupa Dato Fadzil Nor adalah antara individu pertama mengunjungi DSAI setelah pemecatannya..atas dasar kawan. Tidakkah Allahyarham adalah Presiden PAS?
Sebenarnya pertemuan antara pemimpin PAS dan kerajaan adalah biasa. Jika mensasikannya beerti ada niat kurang baik apatah lagi jika kita sememangnya mengetahui dasar yang diputuskan oleh parti? Adalah diharapkan agar fitnah tidak terus berlegar di kalangan pimpinan parti yang kita sayangi. Jika ada kita tidak puas hati dengan prestasi seseorang pemimpin... maka bertandinglah secara baik dan berakhlak tanpa menyerang sesama jamaah.
Tidak perlu lobi melobi di dalam jamaah PAS kerana kita adalah jamaah Islam. Penyelesaian adalah di meja rundingan. Tindakan melempar tuduhan adalah budaya umNO. Menjawab tuduhan melalui media atau menyebarkan buku di dalam muktamar juga bukan budaya PAS . ianya budaya umNO! Jangan dimulakan budaya menyebar risalah kempen di dalam muktamar PAS.... carilah jalan lain yang terbaik. Perwakilan bukan BODOH!!!
akhirnya besarlah harapan agar ukhuwwah sesama jamaah terus dipelihara. Ahli dan perwakilan adalah mereka yang bijak.mereka membawa suara kawasan masing masing. Sewajarnya bagi kawasan yang belum menentukan calon yang dipilih membuat keputusan sebelum muktamar bermula. Bawalah suara dari kawasan...bukan kehendak individu. Nama calon pastinya telah diumumkan sebelum muktamar.... Anda adalah wakil yang membawa amanah kawasan bukan atas nama peribadi. Biar siapa pun anda!
Jumaat, 15 Mei 2009
KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT DENGAN PILIHANRAYA ..?
DENGAN PILIHANRAYA ..?
pandangan Naruto....
Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya.
Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya
apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya..
Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya.
Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya.
Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?
Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:
1)Sokongan Rakyat.!
UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas.Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri.
Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa.
Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja.Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi.
2)Kekalahan demi kekalahan.!
Umum mengetahui dalam keempat-empat pilihanraya yang dijalankan BN mengalami kekalahan demi kekalahan. Walaupun mereka menang di DUN Batang Ai yang kita ketahui bagitu mudah sekali mereka memanipulasi peti undi.
Kekalahan yang BN alami juga agak luar biasa, kerana majoriti undi yang dimenangi PR di keempat-empat PRK meningkat. Ini adalah petanda jelas yang rakyat semakin menolak BN. Perkembangan ini merisaukan mereka kerana bertambahnya rakyat yang menolak mereka.
Malah dalam PRK Kuala Terengganu yang dahulunya dimenangi UMNO dalam PRU12 juga jatuh ketangan PR,dengan majoriti yang meningkat.
Ini menunjukkan tiada lagi kawasan selamat bagi mereka kerana di kubu mereka sendiri pun BN tewas kepada PR.
Apatah lagi jika DUN Perak dibubarkan dengan Perkembangan terkini yang lebih memihak kepada PR, sudah tentulah banyak kawasan-kawasan yang dimenangi UMNOBN dalam PRU 12 akan dapat di tawan oleh PR. Dan perlu diingatkan bahawa ada kawasan-kawasan tertentu, UMNO menang dengan hanya Majoriti di bawah 500 undi..!
3)Belum dapat modal PRU 12 lalu..!
Kita sedia maklum BN akan mempergunakan berbagai jentera kerajaan malahan wang ringgit akan ditaburkan dalam PRU atau PRK.
Sedangkan kita tidak tahu selepas PRU atau PRK mereka akan mengambil balik modal yang mereka tanam dalam PRU atau PRK melalui projek-projek yang mereka dapat apabila mereka berkuasa.
Semasa Pilihanraya, mereka akan mengeluarkan balik Modal berupa wang ringgit untuk dilaburkan dan untuk mengaburi mata pengundi supaya menyokong mereka.
Sedangkan rakyat yang celik tahu dari mana datangnya sumber wang tersebut, kalau bukan wang rakyat sendiri.Dengan wang itulah mereka membayar upah poster,upah pekerja,upah kempen dan memeberikan sumbangan kononnya mereka prihatin. walhal itu adalah rasuah politik yang nyata sekali.
Sebab itulah apabila mereka kalah, mereka akan melalak mencari kesalahan kerajan PR disebabkan polisi pemberian kontrak yang tidak memihak kepada mereka.
Walaupun polisi itu menguntungkan rakyat contoh seperti isu sampah di Selangor dan Isu Pengambilan Pengurusan Air oleh kerajaan Selangor, yang mendapat tentangan hebat dari NGO2 yang kita ketahui adalah Pro BN.
Sebab itulah apabila mereka mendapat kuasa di Perak mereka bermati-matian mempertahankannya, walaupun jalan yang mereka pilih adalah salah disisi undang-undang. Tetapi mereka langgar juga demi mendapatkan balik modal yang mereka hilang semasa kejatuhan BN di Perak dalam PRU12 lalu.
Jika mereka nafikan, mari kita cabar mereka isytiharkan harta setiap Pimpinan BN seperti yang di lakukan oleh kerajaan PR Selangor.
4)Takut berhadapan dengan rakyat..!
BN sekarang amat memahami yang mereka sememangnya akan ditolak oleh rakyat dalam PRK lebih-lebih lagi apabila berlaku Krisis Politik Perak. Kata-kata Tun Mahatir juga telah mengambarkan kekalahan yang akan dialami BN jika Pilihanraya diadakan di Negeri Perak.
Krisis yang berlaku ini menyebabkan rakyat Perak berada dalam kekalutan, di mana mereka masih keliru mengenai status kerajaan yang layak memerintah Perak sekarang. Ini kerana kedua-dua pihak sama ada PR atau BN
masing2 mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan masing-masing tidak mahu mengalah.
Dalam hal ini rakyatlah yang sepatutnya menjadi hakim. Sepatutnya DUN dibubarkan dan memberi mereka pilihan memilih kerajaan yang disukai. Nada yang sama di mainkan oleh PR inilah yang menyebabkan rakyat lebih memihak kepada PR.
Sedangkan dalam masa yang sama BN masih meneruskan dasar memepertahankan kuasa mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat jelata.Mereka menggunakan berbagai cara yang umum ketahui amat biadap dengan menggunakan Polis sebagai pelindung mereka.
Faktor inilah yang menyebabkan rakyat semakin marah dan meluat kepada BN. Inilah masalah BN nanti apabila mereka akan berhadapan dengan rakyat sekirannya ditakdirkan Pilihanraya diadakan.
Buktinya sehingga ke hari ini ceramah PR di Perak telah mendapat sambutan yang hangat, dengan kehadiran berpuluh ribu rakyat untuk mendengar Penjelasan dari PR.
Sedangkan dalam masa yang sama BN masih lagi belum berani memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat.
Dan Program penerangannya juga mesih tidak kelihatan, kerana mereka sedar situasi rakyat ketika ini yang sangat marah dengan tindakan mereka.
Mereka saat ini hanya selesa mengadakan sidang akhbar sahaja.Itulah tanda ketakutan BN yang sangat jelas sekali dapat dilihat.Malah Tinjauan yang diadakan oleh berbagai pihak termasuk NTV7 mengatakan majoriti rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan.
5)Isu-isu yang lebih memihak PR..!
Selepas PRU12,BN dilihat semakin layu dengan berbagai Isu yang melanda mereka.Isu berkenaan telah menyebabkan kapal BN semakin parah dipukul gelombang yang berpunca masalah dalaman mereka sendiri.
Isu perebutan kuasa PM antara Najib dan Pak Lah hampir-hampir menimbulkan keretakan yang besar jika tidak kerana kesudian Pak Lah meletak jawatan. Itu pun setelah Pak Lah disalahkan kerana menjadi punca kekalahan besar BN dalam PRU12 yang lalu.Tetapi yang pelik BN masih lagi kalah dalam PRK yang diadakan selepas itu.
Bebagai isu pula bertali arus melanda BN seperti pergeseran UMNO Bukit Bendera dengan Gerakan P.Pinang.
Isu komisen Kapal selam, Pembunuhan Altantuya, Rasuah dalam Pemilihan UMNO yang mana menyaksikan Ketua Pemudanya yang di sahkan rasuah menang dalam jawatan tersebut.Isu hampir 1000 lapuran rasuah dalam pemilihan UMNO yang tidak disiasat.
Malah Isu ADUN lompat juga telah mengaibkan nama UMNO sendiri apabila dua daripada tiga ADUN tersebut mempunyai kes mahkamah atas tuduhan yang UMNO sendiri dakwa dahulu.Isu ADUN inilah yang menyebabkan keadaan kucar-kacir di Perak sekarang ini.
Isu PPSMI yang mendapat tentangan golongan Sasterawan Negara sehingga rakyat bangkit membantah dengan mengadakan himpunan aman yang dihadiri lebih kurang 100,00 rakyat yang cintakan Bahasa Melayu.
Malah golongan ini berjuang pula diatas pentas bersama-sama PR yang tentunya memberikan kelebihan kepada PR itu sendiri.
Malah isu kemelesetan ekonomi juga menggangu BN, kerana rakyat melihat BN masih lagi terkapai-kapai dalam mengatur kembali ekonomi negara malahan krisis ekonomi tersebut semakin buruk melanda sekarang ini.Sehingga beribu-ribu warga Malaysia hilang pekerjaan.
Sudah tentulah isu-isu ini memihak kepada PR, ditambah dengan beberapa Program- programnya yang mendapat sokongan padu rakyat. Seperti program-program kebajikan yang diusahakan di setiap negeri yang di perintah PR seperti yang kita sedia maklum.
Isu-isu inilah yang akan memeningkan kepala dan memberikan tekanan kepada BN. sebaliknya memberikan kelebihan kepada PR apabila berhadapan dengan rakyat jika berlakunya PRK DUN Perak nanti.
6)Faktor Najib..!
Ramai dikalangan ahli UMNO mengatakan Pak Lah adalah Punca kekalahan BN dalam PRU12. Sedangkan mereka tidak sedar faktor kekalahan BN bukanlah berpunca dari Pak Lah seorang sahaja.
Jika dibandingkan Najib dengan Pak Lah, kita dapat lihat kepimpinan Pak Lah tidaklah seteruk Najib. Kelemahan Pak Lah adalah kerana suka tidur dan memimpin sambil lewa sahaja tetapi harus kita akui Beliau antara Pemimpin UMNO yang sangat kurang terpalit dengan skandal. Malah beliau dilantik dalam keadaan yang tidak terpalit dengan skandal.
Malah kejatuhannya bukanlah disebabkan beliau sendiri tetapi kerana kelakuan menantunya iaitu Khairy Jamaluddin yang lebih sudu dari kuah.Walhal Pak Lah adalah pemimpin UMNO yang dibawah kepimpinannya tidak terlalu kasar tindakan terhadap rakyat mahupun pembangkang.
Ini berbeza dengan Najib yang mula-mula dilantik sudah terpalit dengan berbagai skandal, malah bertindak keras terhadap rakyat dan pembangkang. Malah perlantikan beliau sendiri menimbulkan kecurigaan rakyat apabila tiada satu pun ucapan tahniah diterima daripada seluruh dunia.
Dalam masa yang sama, beliau dikutuk pula dengan laporan akhbar di 19 buah negara yang mengaitkan beliau dengan Pembunuhan Altantuya.
Ini menumbulkan keraguan kerana sehingga ke hari ini, beliau langsung tidak bertindak keatas akhbar tersebut malahan bersikap berdiam diri seperti seorang yang bersalah.
Pada mula memegang jawatan beliau mengumpan dengan membebaskan beberapa tahanan ISA. tetapi beberapa hari kemudian berlakulah pula pesta tangkapan yang bermotifkan politik. Malah pentadbirannya dikatakan dikuasai pengaruh Tun Mahathir yang cukup dikenali sebagai perosak sistem Pentadbiran di negara kita.
Ini menimbulkan kebencian rakyat dan mereka menyatakan kemarahan mereka dengan kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Malah jika dalam PRU12 Undi Melayu memihak kepada BN di Zaman Pak Lah, tetapi di Zaman Najib Undi Melayu kepada BN semakin pupus dan berpihak kepada PR, Malah Undi Melayu meningkat pula kepada PR. Ini dibuktikan di PRK Permatang Pauh,PRK kuala Terengganu Dan PRK Bukit Gantang kubu kuat orang Melayu.
Maka Najiblah sebenarnya Punca kekalahan BN, kerana bukan sahaja sokongan orang Melayu semakin merosot. Malah pengundi bukan melayu pun telah menolak BN sejak PRU12 lagi.
Jadi kesimpulannya disini dapatlah kita tafsirkan bahawa sememangnya jika dilihat kepada hujah-hujah diatas, BN sekarang ini memang layaklah untuk berasa fobia menghadapi Pilihanraya.
Tetapi harus di ingat, kuasa BN akan tamat juga. Apabila sampai masanya kita mengadakan PRU ke 13, yang mana di masa itu BN takkan dapat memberikan seribu alasan lagi, demi menyelamatkan diri dari menghadapi Pilihanraya.
Wassalam
From: Naruto Sensei.
Khamis, 14 Mei 2009
BILA SALAH SEMUANYA BERBALAH
PUTRAJAYA: Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.
"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya.
Mengenai Konvensyen Barisan Nasional yang sepatutnya diadakan awal tahun ini, Najib berkata, ia hanya akan dijalankan selepas beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan diselesaikan.
"Kita ada beberapa perkara yang patut kita selesaikan dulu. Kita tak nak ada konvensyen tapi pengisiannya belum kita tentukan kerana apa yang penting ialah penghasilannya," katanya.
Mengenai status Senator Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP), beliau berkata ia belum diputuskan.
"Kita akan tengok dulu perkembangan dan keadaannya," kata Perdana Menteri. BERNAMA
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.
"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?
"Tapi itu hanya pandangan saya, saya tak buat apa-apa survey...undian.
"Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya negeri jika DUN Perak dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.
"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai krisis politik kedudukan Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.
"Tak elok bila dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.
"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.
"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baik," katanya.
IPOH: Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan hari ini dibidas kerana mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan, satu kenyataan yang dianggap boleh menimbulkan pergeseran dalam Barisan Nasional.
"Sepatutnya, dalam keadaan ini, beliau memberi perangsang dan menyokong kita," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata Teng seharusnya menumpukan perhatiannya kepada usaha pemulihan Gerakan di Pulau Pinang.
"Apakah Teng tidak tahu BN mempunyai suara majoriti di Perak. Adakah dia tidak tahu krisis yang berlaku ini berpunca dari Pakatan Rakyat yang enggan menerima hakikat yang mereka telah hilang suara majoriti," katanya.
Dalam sidang akhbarnya di Pulau Pinang semalam, Teng berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri itu.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, pula berkata rakyat Perak perlu diberi penjelasan bahawa BN berhak memerintah negeri itu kerana mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
"Krisis politik di Perak merupakan isu nasional dan perlu diperjelaskan kepada setiap penduduk di negeri ini bagi mengelak timbulnya kekeliruan," katanya selepas menemui jentera penerangan Umno Perak di sini malam tadi.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau akan menjelaskan setiap isu berkaitan kemelut politik Perak dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri dalam masa terdekat. BERNAMA
NAJIB SETUJU BUBAR DUN PERAK
Apakah Najib telah mengalah atau sememangnya Najib telah melihat beliau akan kalah. Apa yang berlaku di depan Raja Muda di Sidang DUN 7 Mei mungkin isyarat awalnya. Ia diikuti dengan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.Desakan bertali arus dari pelbagai pihak telah menjatuhkan populiriti umNO BN khususnya di Perak. Kalangan peniaga adalah golongan yang paling menerima kesan dari keangkuhan dan kedegilan umNO membubarkan DUN.
Rakyat Perak telah mula cenderung bahawa hanya dengan membubarkan DUN sahaja kemelut ini akan berakhir. Kenyataan Najib juga susulan dari kenyataan istana telah menerima surat permohonan mengadap dari DS Nizar Jamaludin. Apakah beliau telah menerima isyarat Sultan memperkenankan pembubaran DUN Perak. Umum mengatahui, talibarut umNO memang berkeliaran sekitar dalam dan luar istana.
Ketidakselesaan dengan apa yang berlaku menyebabkan rakyat Perak mula menyalahkan umNO kerana bertindak menghalang pembubaran DUN. Sebahagiannya bimbang kerana bagi mereka keputusan mahkamah Tinggi memungkinkan PR berkuasa semula. Mereka lebih rela DUN dibubarkan. Penyokong PR sememangnya memperjuangkannya sejak awal. Memulangkan mandat kepada rakyat adalah satu keadilan!
Apakah kenyataan Najib yang menyatakan Istana yang memiliki kuasa itu sebagai satu jalan helah bela diri bahawa Sultan yang sebenarnya menolak pembubaran DUN, bukan umNO! Dengan ini , umNo boleh menyatakan mereka bukan penghalang pembubaran DUN. Di sudut politik mereka mungkin selamat dari hukuman rakyat. Apakah ini juga bermaksud Najib mengkambinghitamkan istana sebagai penghalang proses demokrasi pilihanraya ?
Rakyat semakin sedar, Isu perkauman semakin terhakis sebagaimana terhakisnya tuduhan derhaka kepada DS Nizar melalui rakaman lensa kemesraan DS Nizar dengan Raja Muda. Provokasi PR menyerahkan jawatan speaker kepada Hindu juga tak laku apabila umNo BN mencadangkan Ganesan sebagi speaker.
Kesimpulannya, umNo dalam dilemma.Petugas PR pula tak sewajarnya senang dengan keyakinan sokongan masyarakat khususnya di Perak. Percayalah..umNO akan menggunakan kaedah KAMIKAZE kerana mereka melihat kekalahan yang bakal menjelma sebagaimana kenyataan Mahathir.bagi umNO wang bukan persoalannya, malah keganasan juga adalah biasa bagi mereka....
CERAMAH PENERANGAN IDHAM LIM DI CHEPOR
Ceramah dimulakan oleh Sdr Azhar Saud salaku Ketua Penerangan PAS Tambun menjelaskan beberapa isu serta memberi penjelasan terhadap keadilan Islam. Turut berucap ialah Ustaz Wan Termizi. Ceramah kemuncak disampaikan oleh YB Idham Lim yang menjelaskan isu DUN Perak dan keputusan mahkamah.
YB Idham memulakan ucapan dalam bahasa ibundanya Cina sebagai menghargai sokongan kehadiran masyarakat Cina yang agak ramai. Beliau menyampaikan ceramah dengan begitu bersemangat sekali hingga menarik perhatian hadirin yang ramai.
Kaunter makllumat penyokong PAS setempat juga dibuka bagi membolehkan hubungan erat terjalin.
Rabu, 13 Mei 2009
KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN - APA KATA PEGUAM?
Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?
Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-
a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :
(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan
(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.
b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.
d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.
Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.
Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.
Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.
Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.
Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.
Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).
Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.
Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.
Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.
Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.
Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.
Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.
ZULKIFLI NORDIN.
Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.
Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".
Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).
Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.
Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.
Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.
Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.
Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.
Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.
Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).
Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.
Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.
Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!
Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.
DARI BLOG UST MISBAH- SETPOL
MINYAK NAIK LAGI!!!
Hari ini diumumkan harga minyak RON 97 dinaikkan hingga RM 2 bermula 1 september. Atas alasan tak munasabah ia dinaikkan. Rakyat kononnya digalakkan menggunakan RON95 yang baru dilancarkan. Akan ada profesor kangkung mengiakan dan menyatakan harganya minyak murah.
Di beberapa tempat sekitar Ipoh dipasangkan banner tahniah dan terima kasih ketika harga minyak diturunkan dan diletakkan lebih tinggi dari harga pasaran dulu. Itulah kebodohan penyokong umNO.
Mungkin esok akan ada banner baru terima kasih kerana harga minyak lebih rendah dari RM1.80. Turun 0.o5 sen. Itulah kebodohan paling bijak di alam melayu umNO!
- Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
- Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
- Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.
AGAR ZAMRI SEUMPAMA GHANDI

Zamri menyamakan dirinya dengan Mathma Ghandi.... Ramai tertanya apa persamaan Zamri dan Mathma Gahandi. Ramai tak bersetuju.... Saya hampir bersetuju... mungkin yang Zamri maksudkan warna kulitnya.... Lepas ni mungkin Zamri akan tempah cermin mata seperti Mathma dan mungkin cuba berpakaian seperti Ghandi... Ianya mungkin membantu rakyat meyakini...memang Zamri seperti Ghandi...
Hakikat perjuangan seperti Langit dan bumi
Blog speaker menulis...
Dato Seri Zambry Abdul Kadir membanyangkan perjuangannya sama seperti perjuangan Mahatma Gandhi iaitu seorang tokoh yang ulung di dunia. Setahu saya, Gandhi tidak pernah menjadi menteri yang haram. Malah, Gandhi tidak pernah memegang jawatan menteri. Seluruh dunia tahu bahawa Gandhi tidak pernah gilakan kuasa. Gandhi merupakan seorang perintis nasionalisme yang berjuang untuk kemerdekaan
Sungguh memalukan! Zambry seharusnya mengimbas kembali sejarah perjuangan Gandhi sebelum membuat kenyataan-kenyataan seperti ini. Gandhi seorang yang berani dan menentang British secara bermati-matian. Manakala Zambry seorang pengecut yang tidak berani menghadapi pilihanraya negeri. Takut kepada rakyat sendiri. Mana boleh sama?
Mahatma Gandhi berkorban untuk rakyat, Zambry pula menyusahkan seluruh rakyat negeri Perak. Mana boleh sama?
Zambry menggunakan ‘Plan B’ untuk membuang Speaker Dewan Negeri dengan muslihatnya. Gandhi pula dihormati oleh seluruh dunia sebagai ‘A’ gentleman. Mana boleh sama? Gandhi Hero dikalangan rakyatnya. Zambry Zero dikalangan rakyatnya. Mana Boleh sama?
Kata-kata Zambry itu menghina Mahatma Gandhi itu sendiri. Beliau seharusnya memohon maaf kerana menyamakan dirinya dengan seorang tokoh dunia yang unggul.
Jika Zambry ingin membela dirinya, beliau harus menyatakan dalam aspek manakah perjuangan beliau boleh disamakan dengan perjuangan Mahatma Gandhi.
PENYELESAIAN TERBENTANG DI DEPAN MATA


Ketika Bosnia diserang oleh Serbia, ribuan pembunuhan kejam dilakukan oleh Serbia. Masyarakat dunia melihat satu usaha rampasan negara Bosnia dan penghapusan Ethnik paling ganas abad ini. Namun setelah damai, Serbia menuntut sebahagian negeri yang dirampasnya dari Bosnia untuk dijadikan negeri mereka. Mahkamah antarabangsa dan masyarakat dunia mengizinkannya. Umpama pencuri yang merampas rumah kita, setelah polis mengepung dan menangkap pencuri, rundingan di jalankan dan polis menyerahkan bilik tidur dan ruang tamu kepada pencuri... pelik pelik...

Seperti dijangka...ulasan tenang Zamry dan pemimpin umNo berkaitan keputusan mahkamah Tinggi telah membayangkan skrip berikutnya. Belum pun sampai sehari, Mahkamah rayuan memutuskan menangguhkan keputusan mahkamah tinggi.
Memang pelik tetapi seperti dijangka... umNooo memiliki segala kemudahan penguasaan institusi berkuasa. Ketika DS Nizar memohon dan memfailkan mancabar kedudukan Zamri... ia berlangsung selam 3 bulan untuk memutuskan penghakiman dan Zamri dibenakan bermaharajalalok melaksanakan tindakan dengan kuasanya yang belum ada keputusan. Harus diingat, keputusan mahkamah Tinggi ialah mengembalikan kuasa kepada DS Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Bukan menyerahkan kuasa kepada DS Nizar! Kuasa itu milik Nizar yang diberikan oleh rakyat!
Zamri pula merampas kuasa tersebut. Ini bermakna mahkamah rayuan telah menyerahkan kuasa kepada perampas. Sepatutnya kuasa dikembalikan oleh mahkamah. Zamri sebagai penjenayah yang merompak tidak harus dilayan oleh mahkamah sebagai pemilik kuasa yang hilang. Kini cacamerba politik kian bertambah. Dah tak tau siapa tuan siapa perompak. Hanya kerana perompak menyimpan kuasa rampasannya, orang dah tak ingat bahawa itu hasil rompakan yang dimilikuasakannya.
seluruh ulasan pihak tidak berkepentingan melihat, hanya pembubaran DUN jalan terbaik krisis di Perak. Perbincangan dan tolak ansur mungkin bersifat sementara. Susah sangat kah untuk mengembalikan hak rakyat. kuasa diberikan oleh rakyat. Setelah tiga katak melompat , terjadi pertikaian ..kepada siapa kuasa diberika oleh rakyat. Untuk mengesahkan pemilik sebenar tentulah dikembalikan kepada pemilik asal iaitu rakyat...biar rakyat memutuskan dan menyerahkan kepada pihak yang mereka yakini.
Tak perlu berbahasa indah..."hormati undang undang", bertenang dan sebagainya. Undang undang di bawah kuasa rakyat! Jika mahu rakyat menghormati undang undang...undang undang MESTI menghormati HAK RAKYAT!
umNO OH umNO - NARUTO
Salam ?
Apakah UMNO tak merasa malu dengan PAS, hanya nak mencari kelemahan PAS sahaja walaupun UMNO tahu PAS dalam keadaan yang kukuh mendapat sokongan dari Melayu dan bukan Islam sekarang ini?
UMNOlah yang sepatutnya malu dengan sendiri kerana dalam 51 tahun.. walaupun mempunyai parti komponen MCA dan MIC belum pernah dia mendapat sokongan yang padu walaupun dari komponen mereka sendiri..
UMNO merasa cemburu apabila PAS mendapat sokongan padu daripada DAP sehingga PAS yang mempunyai kerusi tersikit dalam DUN Perak pun boleh melantik MB dengan sokongan DAP dan PKR..
Sedangkan kita lihat mereka cuba memainkan sentimen kaum sehingga mereka sendiri ditolak oleh kaum yang lain..Pernah ke UMNO mendapat sokongan Gerakan di Pulau Pinang? sehingga ke hari ini tak pernah pun melantik menteri dari kalangan melayu walaupun mereka mempunyai kerusi agak banyak suatu masa dahulu di Pulau Pinang.
Malah di Sabah sendiri mereka sendiri tak mendapat sokongan padu dari parti komponen mereka sendiri apabila berebut2 hendak menjadi KM sabah sehingga terpaksa mengadakan sistem penggiliran KM Sabah..
Jika benar UMNO mendapat sokongan sudah tentulah parti komponen mereka sanggup memberikan sokongan dan meletak jauh kepentingan
masing2 dalam memimpin negeri yang mereka menangi...
Tetapi yang saya lihat parti komponen mereka sendiri kadang kala membuat tuntutan yang UMNO sendiri anggap tak munasabah untuk di turuti contoh apabila MCA menuntut ekuiti 30% dihapuskan di semua kementerian...bukankah MCA sudah masuk campur dalam urusan dan hak2 Melayu kenapa tiada orang pun ahli UMNO yang membantah...?
Sememangnya mereka ini bekerjasama dengan UMNO atas dasar kepentingan bangsa masing2 dan poket sendiri sahaja..mereka mempertahankan hak Cina dan India tetapi mereka sendiri menggadai kepentingan hak2 melayu yang termaktub didalam perlembagaan..?
Melalui UMNO jugalah Hak2 kita banyak yang tergadai.. Fikirkan.. sejak merdeka sampai sekarang berapa banyak tanah melayu yang hilang dari kita.? bukan tanah sahaja tetapi membawa kepada kehilangan negeri seperti Singapura dan Pulau Batu Putih.. adakah tergadai ke bangsa lain kalau tak ke bangsa Cina yang menguasai Singapura..?
Kita lihat pula berapa banyak budaya Melayu yang dipupuskan oleh UMNO? dari tulisan Jawi sehinggalah kepada bahasa sendiri malah tak malu menghina bahasa sendiri kononnya belajar sains dan Mate dalam inggeris boleh maju..
Sedangkan kita lihat banyak budaya2asing yang di bawa masuk sehingga kita sebagai Melayu keliru yang mana benar budaya kita sendiri..
Siapakah yang bertambah kaya? bukankah tokey Cina yang membuka gedung2 pakaian berbagai fasion mengikut budaya asing..
Inilah kelemahan UMNO dalam 51 tahun ini dalam mengekalkan dan mempertahankan budaya sendiri sehingga kita sekarang semakin hilang Identiti kemelayuan kita.
Dan sekarang kehancuran yang UMNO bina ini mahu pula diletakkan kebahu PAS adakah UMNO langsung tidak tahu malu? Berpuluh tahun PAS berjuang menegakkan Islam dan mempertahankan Melayu..
Sedangkan UMNO sendiri melalui berbagai Program pula menyesat dan menghilangkan nilai budaya melayu sehingga Jatidiri orang melayu hilang sedikit demi sedikit malah semakin parah dewasa ini.. adakah UMNO muhasabah diri dan melakukan perubahan? jawapannya tidak ..malah menyalahkan orang lain pula..
Sekarang apabila PAS mendapat sokongan DAP mereka memfitnah dengan berbagai tohmahan dan cacian sedangkan mereka sendiri gagal mendidik kawanan mereka dari parti MCA dan MIC sendiri yang tak sudah2 nak menghapuskan hak2 melayu sendiri..
Walaupun PAS mendapat dokongan dari DAP dan PKR, PAS tidak menggadaikan prinsip Islam malah berjaya menonjolkan imej yang baik kepada bukan Islam sehingga mereka tertarik mengkaji Islam dan membaca Al-Quran sesuatu yang tak bisa dilakukan oleh UMNO dulu,Kini Dan hampir mati..
Tetapi UMNO bukan nak berkerjasama memajukan nilai Islam itu sendiri, malah dengan fikiran politik sempit mereka mengecam orang bukan Islam membaca Al-Quran dan mengenal Islam..Adakah orang bukan Islam di Zaman Rasulullah saw terus saja masuk Islam tanpa mengenal Al-Quran..?
Sedangkan Al-Quran sendiri diturunkan untuk semua manusia supaya beriman kepada Allahswt.. malah didalam Al-Quran sendiri tiada sempadan bangsa dalam beragama Islam, semua manusia adalah sama..
Jadi dimanakah sifat malu UMNO setelah bertubi2 dikalahkan dalam pilihanraya sebelum ini.. Nampaknya UMNO masih lagi mengekalkan sikap sombong dan angkuh mereka malah tak terfikir langsung untuk berubah malah masih lagi mengekalkan ciri2 kezaliman..
Makanya nantikanlah kejatuhan UMNO yang dah diberi peluang selama 51 tahun memerintah tetapi masih gagal meningkatkan kekuatan Melayu malah semakin lemah Melayu itu dibawah UMNO..
Ingatlah tiada sesuatu bangsa di dunia ini...Apabila bangsa itu memerintah bangsanya sepatutnya menjadi semakin kuat, bukan menjadi semakin lemah..
Alahai MelayuUMNO layu jadinya..
Wassalam
Selasa, 12 Mei 2009
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI. CAKAP BOHONG LAMA LAMA JADI MACAM HEE
Isnin, 11 Mei 2009
NASIHAT TOK GURU NIK AZIZ
RAYUAN UNTUK SULTAN VS RAYUAN MAHKAMAH
Kini rakyat tertumpu kepada dua rayuan. Rayuan Zamri Al Mangkori meminta mahkamah menimbang semula keputusan dan Rayuan DS Nizar agar Sultan membubarkan dewan Undangan Negeri Perak. Negeri Perak berhadapan dengan krisis politik sejak rampasan kuasa oleh Najib dan kudetanya. Kemuncak kekalutan itu ialah persidangan DUN Perak yang berakhir tanpa kerelaan mana mana pihak. Baginda Raja Muda yang merasmikan sidang difahamkan hanya menyentuh isu ekonomi. Itu isyarat tumpuan baginda ialah kesejahteraan rakyat Perak. Jalan keluar kemelut di Perak ialah membubarkan DUN.
Ketika Zamri membuat persiapan rayuan keputusan mahkamah Tinggi, DS Nizar dan PakatN Rakyat membuat persiapan mengadap Baginda Sultan memohon perkenan membubarkan Dewan. Kita tidak meyakini keputusan mahkamah Tinggi akan bertahan lama. Namun kita mengharapkan keputusan mahkamah ini memberi isyarat jelas agar permohonan bubar DUN diperkenankan Sultan.
saya amat meyakini Sultan sedang memerhati dengan penuh teliti apa yang berlaku sepanjang krisis ini. Sebagai seorang yang menyatakan merasai denyut nadi rakyat, pastinya baginda akan mempertimbangkan dengan kebijaksanaan dan keperihatinan baginda. Menantikan keputusan rayuan mahkamah akan menyebabkan pelbagai kekalutan terus berlaku. Perak akan tiada pemerintahan kerana tiada pihak yang mampu membuat keputusan. Zamri telah diSAHKAN HARAM. Namun mampukah DS Nizar kembali ke biliknya yang dijaga SS dan pasukan rakusnya? Ini mambuatkan Perak terumbang ambing dan hasrat Raja Muda ketika merasmikan Dewan Undangan Negeri baru baru ini tidak terlaksana.
Hanya satu jalan...menerima Rayuan DS Nizar mengembalikan kuasa rakyat membuat keputusan???? bersediakah pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya??? Jangan ingat andai pilihanraya kali ini berlangsung, semudah pilihanraya sebelumnya.... percayalah..... gerombolan perompak akan bertindak ganas apabila polis mengepung mereka... apatah lagi polis bersedia membunuh mereka lantaran kejahatan yang melampau batas dan adat susila manusia...
KEMENANGAN RAKYAT! BUBAR DUN PERAK!
Seakan dijangka , ketidak hadiran Datuk Zamri alMangkori ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai petunjuk kemenangan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Petunjuk keputusan itu juga diambil kira dari kenyataan Najib yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Dalam ceramah di Meru 2B semalam DS Nizar seakan yakin keputusan mahkamah akan memihak kepadanya. Beliau juga menceritakan tentang kisah di DUN Perak dan Bisikan Rahsia Raja Muda Perak Dr Nazrin Shah. Katanya Raja Muda menyatakan bahawa DS Nizar ada potensi aebagai pemimpin. Apa yang paling menarik ialah Raja Muda haanya berbual dengan beliau walupun Zamri turut bersama mengiringi baginda.
Datuk Setiausaha Kerajaan Perak yang menghalang DS Nizar menaiki lif bersama Raja Muda seakan kera sumbang apabila beliau tidak dapat bersama baginda. Paling menarik SS bertanya DS Nizar tentang BISIKAN RHSIA baginda. memang muka tak malu!
Ds Nizar juga menceritakan beliau bertemu Datuk Mufti dan meminta belai menasihatkan Sultan membubarkan dewan setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri apa yang terjadi. Apapun, DS Mufti memberi pengakuannya sejauh mana pengakuannya tidaklah diketahui..bagi saya tetap meyakini Mufti akan menunaikan pengakuannya kepada DS NIzar...takkanlah mufti nak mungkir pengakuannya.... beliau memang tahu hadis tanda menufiq.... kecuali beliau rela menjadi MUNAFIQ
NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK
Apapun jangan lupa kerana mahkamah rayuan adalah jalan pilihan umno selepas ini. Tahniah DS Nizar dan semua pendokong Pakatan Rakyat!

