Sabtu, 31 Oktober 2009

GAMBAR BERBICARA- KONVENSYEN PR PERAK

Mustafa Kamal Ayub- Pengerusi PKR Perak.

Ustaz Abu Bakar Husin - Pesuruhjaya PAS Perak.

Dua Tokoh PAS Perak di Samping Mursyidul Am TG Nik Aziz Nik Mat.

Ngeh Ko Ham Pengerusi DAP Perak.

TGNA berucap penuh hikmah

TGNA turut menyumbang secara peribadi tabung PR Perak.



Jasa mu tetap di kenang.
Ikrar di pimpin Ustaz Zawawi Hassan, ketua Pemuda PAS Perak bersama pemimpin pemuda dan wanita Pakatan Rakyat

TGNA dan Ngeh Ko Ham-tiada jurang antara keduanya

Pimpinan PR Perak bersama Mursyidul Am PAS.

Ikrar di akhir konvensyen.

TERKINI KONVENSYEN PR PERAK

Pakatan Rakyat Perak mencipta sejarah baru memimpin penyatuan dan perubahan lanskap politik Malaysia. Konvensyen yang sedang berlangsung di hotel Syuen dihadiri perwakilan ketiga tiga parti memenuhi ruang dewan yang agak sesak. Kepelbagaian rupa bangsa masyarakat Malaysia dijelmakan dalam majlis yang penuh ukhuwwah tersebut.

Kehadiran YAB Lim Guan Eng yang turut membentangkan pengalaman perpaduan rakyat di Pulau Pinang menarik perhatian selain pembentangan pengalaman cabaran serta harapan PR di Perak dibentangkan oleh DS NIzar Jamaludin- MB Pakatan Rakyat Perak. Turut dijadualkan membentangkan kertas kerja ialah MB Selangor- Datuk Khalid Ibrahim.

Setelah pembentangan kedua pemimpin negeri pagi tadi, wakil setiap parti membahaskan halatuju Pakatan Rakyat. Majlis ditangguhkan dengan pembentangan cadangan manifesto Pakatan Rakyat Perak oleh YB Nga Kor Meng. Manifesto itu akan di bahaskan oleh perwakilan petang ini sebaik majlis bersambung kira kira 2.30 petang.

Majlis penutup akan disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS. Deklerasi pula akan dipimpin oleh YB Idham Lim sebelum majlis berakhir








Jumaat, 30 Oktober 2009

TGNA PUAS HATI KEPUTUSAN MESYUARAT


Tuan Guru Mursyidul Am PAS puas hati dengan perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas malam semalam. Beliau menjawab soalan wartawan dalam satu majlis di Bachok pagi tadi. Beliau menyatakan juga walaupun cadangan beliau supaya diadakan EGM, namun beliau tetap berpuas hati dengan Seminar Khas yang akan diadakan 7 November ini sebagai ganti EGM, beliau juga menyarankan dalam mesyuarat supaya Prof. Dr Abdul Aziz Bari turut dijemput membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.

Beliau menjelaskan ringkas, dalam mesyuarat tersebut semua pihak berlapang dada dengan menerima teguran, beliau juga menerima teguran, Dr. Hasan Ali juga diberi teguran, semua pimpinan lain juga menerima teguran.

Dengan jawapan ini, semua tohmahan yang mengatakan Tok Guru tidak puas hati dengan mesyuarat adalah tidak benar, beliau pulang awal sebelum habis mesyuarat kerana faktor kesihatan.

Khamis, 29 Oktober 2009

TERCABARNYA KEWIBAWAAN TN IBRAHIM TN MAN.

Setelah semua perhatian dihalakan kepada mesyuarat Khas JK Pas Pusat malam tadi, ia kini berpindah kepada Naib Presiden Kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim adalah Naib Presiden paling kanan dalam parti ketika ini.

Semua mata dan telinga sedang meniti setiap butir perkataan yang bakal keluar dari mulut pemimpin masa depan tersebut. Berdasarkan latarbelakang keperibadian, Tuan Ibrahim di lihat pemimpin yang sangat layak menyelesaikan kemelut tanpa penghujung dalaman PAS sejak riak kemenangan sedang berkocak.

Tuan Ibrahim sedang diuji dengan ujian yang hebat yang bakal menentukan masa depan politiknya, jua masa depan parti Islam tertua di Malaysia. Tugas menyelesaikan kemelut parti bukan mudah. Ia membabitkan dua pihak yang sering dilihat bertelingkah...jika tidak antara pemimpinnya..tetap dilihat secara jelas di kalangan penyokongnya yang entah Abdullah bin Ubay mana yang mengecop mereka dengan puak tertentu... puak penyokong UG dan Penyokong pro Pakatan Rakyat. Cop tersebut seakan diterima hingga secara tak sedar di kalangan pemimpin mengakuinya... walaupun masing masing tercari cari bukti mengukuhkan dakwaan yang masih longgar dan penuh dengan prasangka.

Keputusan yang akan diambil oleh Jawatankuasa Disiplin juga belum tentu diterima sepenuhnya. Sebagaimana keputusan mesyuarat malam tadi yang sudah ada bunyi pahatnya yang entah datang dari luar atau di bawa dari dalam. Sesuatu yang sebenarnya sangat bercanggah dengan akhlak seorang yang mendakwa pejuang Islam...lainlah jika mereka menganggap mereka hanya ahli politik islam! Sudah ada pihak yang mempertikaikan keputusan malam tadi walaupun ianya keputusan yang dicapai setelah pemimpin seluruh negara terpaksa memaksa diri mereka untuk turut serta termasuk TGNA yang tentunya kepenatan apatah ditambah dengan masalah kesihatan beliau.

Jika keputusan yang mengambil masa sekitar empat jam yang melibatkan seluruh pemimpin tertinggi PAS masih belum memuaskan hati mereka, apalah diharap sangat dengan keputusan lembaga disiplin yang tentunya ahli jawatankuasanya tidaklah sehebat JK PAS Pusat itu sendiri. Persoalannya ...sejauh mana kita mampu menerima keputusan jamaah? Jika masih ada mesyuarat tingkap atau mesyuarat SMS lagi ,lebih baik tukar je colour baju tu...

Ulasan awal JK Bloger seluruh negara nampaknya sedang cuba menyelongkar keputusan PAS Pusat itu. Terpulanglah kepada ahli samada ingin akur dengan keputusan parti atau memilih untuk berseronok dengan sesetengah Bloger yang sengaja mencari keruh agar mendapat tumpuan demi mengejar hits mereka. Bagi mereka semakin keruh berlaku, semakin banyak ikan mabuk yang akan masuk ke lukah...Yang pasti...mereka terlupa dosa pahala!

Berbalik kepada JK Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, tentunya beliau sedang memohon kekuatan dari Allah untuk melaksanakan amanah parti. Umum mengenali ketokohan beliau sebagai ulama pelapis PAS, apatah lagi hubungan kekeluargaan dengan Ulama terkenal TGNA yang juga Mursyidul Am PAS . Tokoh yang dilihat mencetuskan kemelut ini. Tuan Ibrahim muncul ditengah gelombang kebangkitan PAS Pahang. Lama sebelum beliau memimpin PAS Pahang...saya telah diperkenalkan nama beliau sebagai tokoh masa depan PAS oleh Almarhum Tn HJ Idris Osman...Pesuruhjaya Hisbah pertama Trengganu.' Tuan Ibrahim ni mempunyai potensi cerah sebagai pemimpin utama PAS pada masa akan datang. Saya kenal beliau semasa bertugas di Pahang " demikian luah Almarhum HJ Idris ketika saya bersama beliau dalam satu sembang santai.

Jawatan Pengerusi disiplin adalah jawatan yang pernah disandang oleh TG Hj Hadi Awang semasa kemelut Syiah di dalam PAS. kemelut yang juga menggugat kestabilan parti. Ketegasan TGHH menyelesaikan kemelut tersebut dengan memecat beberapa tokoh syiah di dalam PAS. TGHH masa itu menjadi sasaran kelompok ini. Di suatu tempat, kehadiran beliau dinanti dengan lastik.... namun akhirnya ia selesai jua.. .dan sebahagian dendam dan ketidakpuasan hati tersebut masih menyala hingga kini...Itulah risiko tugas pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Apapun saya mendoakan Allah memberi kekuatan kepada Al Fadhil Tuan Ibrahim memikul amanah berat ini. Jangan dipeduli kekecewaan satu pihak yang pastinya akan menimbulkan polemik lain jika keputusan tidak berpihak kepada mereka. Jika keputusan Rasulullah yang maksum ketika membahagikan rampasan perang pun pernah dipertikai, Siapalah Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memuaskan hati semua pihak. Moga keputusan ini nanti akan menyerlahkan kepimpinan ulama muda yang sedang meniti mercu kepimpinan sebuah jamaah Islam yang berteraskan kepimpinan ulama.

Apa yang penting ...kini masanya kita menilai sikap kita sebagai pendokong jamaah Islam. Kita mesti belajar untuk mematuhi keputusan pimpinan. Jika kita merasa kita lebih bijak dari pimpinan sewajarnya kita menilai sejarah Iblis yang tak pernah akur kepada kelebihan Adam walaupun Allah yang memerintahkan demikian! Saya tahu siapa saya... SAYA HANYA SEORANG AHLI KEPADA JAMAAH ISLAM dan cuba menyumbang dengan gelaran SEORANG BLOGGER... yang entah dari mana asal usul ilmu dan kefahaman saya...saya berharap sahabat Blogger lain jua merasai apa yang saya rasa tentang kekerdilan diri lantas menginsafi apa yang kita miliki.

INDAHNYA JAMAAH ISLAM- JANGAN ADA LAGI MESYUARAT LUAR

AS adakan seminar ganti muktamar khas
Zulkifli Sulong
Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.


Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tanta

BLOGER AMENO ..APE ULASAN ANDA???

DUN Perak menyaksikan satu lagi sejarah di catat... Betapa istimewa bajet Perak yang tak tahu nak bertahan sampai bila.... Memang seperti dijangka bajet itu gula gula jika DUN Perak bubar dalam masa terdekat.

Sebenarnya tak de apa yang patut diulas tentang bajet Perak kerana bajet itu "diluar tabie" pembentangan bajet. Namun sedikit perhatian perlu diberi tentang peruntukan untuk sekolah Cina dan India yang di catat dalam bajet itu.... Tolong semak apa umNO kata masa Pakatan Rakyat bantu sekolah Cina dulu.... Orang ameno apa ulasan anda????

Kepada pencacai melayu di dalam ameno...ketahuilah...cinta ameno pada melayu hanya Cinta plastik.....

Selasa, 27 Oktober 2009

LAWAT TAPAK TRAGEDI









SURAT PALSU


Inilah surat palsu yang diedarkan di Ipoh yang menggunakan kepala surat speaker dan tandatangan V. Sivakumar. (klik untuk paparan lebih jelas)


IPOH, 27 Okt :- Saya telah dihubungi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim Ariff yang memaklumkan ditangannya terdapat sepucuk surat yang diserahkan oleh Penyelia DUN pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Sdr. Radzi Zainon.

Surat diatas ternyata palsu dan saya ditugaskan oleh Speaker V. Sivakumar untuk menafikan bahawa surat itu dikeluarkan oleh pihak beliau. Perkara tersebut ditegaskannya semasa menghubunginya sebentar tadi.

Beliau mengecam tindakan provokasi pihak yang tidak bertanggung jawab itu dengan mengunakan namanya itu dan berharap pihak yang menerima surat itu tidak mempercayai kandungan surat tersebut apa lagi dikaitkan dengan Persidangan DUN Perak yang akan diadakan di Hotel Heritage dan pembubaran DUN Perak yang akan berlaku esok hari.

Mengikut pemberi maklumat awal, surat tersebut didapati beredar di Mesjid Jalan Dairy Ipoh dan di kutip oleh seorang pimpinan PAS Kg. Gajah dan diserahkan kepada Sdr. Radzi Zainon.

Inilah antara suasana yang menghiasi sidang DUN Perak yang akan berlangsung esok. Apapun kita melihat dari semua aspek tidak ada langkah yang sewajarnya dan paling baik melainkan diberikan laluan kepada pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat Perak untuk memilih sekali lagi.

TRAGEDI ONE MALAYSIA DI KUALA DIPANG

Tragedi tak disangka one Malaysia siri akhir yang dilangsungkan di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan bertempat di SK Kuala Dipang berlaku sekelip mata. Ketika murid berbaris mengambil giliran menyemberangi jambatan gantung yang baru beberapa minggu disiapkan runtuh tiba tiba.

Ketika kejadian sekitar 30 murid bersama guru sedang mengambil giliran menyemberangi jambatan untuk makan malam. Jambatan tiba tiba runtuh menyebabkan guru dan murid tercampak ke dalam sungai. Kebanyakan murid sempat berpaut pada rantai jambatan dan diselamatkan oleh guru dan jurulatih yang bertugas.

Jurulatih bertungkus lumus menyelamatkan murid sekalipun dalam keadaan yang sangat bahaya kerana arus yang deras.Beberapa murid dapat diselamatkan kecuali beberapa murid yang dihanyutkan arus deras. Usaha menyelamat menghadapi masalah kerana keadaan gelap. Kejadian berlaku 10.30 malam.

Sehingga 8.40 pagi seorang mayat pelajar india ditemui oleh pasukan penyelamat. Usaha masih diteruskan. Pemimpin termasuk dari Pakatan Rakyat dan Timbalan Perdana Menteri dilihat berada di tempat kejadian











Isnin, 26 Oktober 2009

KENYATAAN PRESIDEN PAS.

ISNIN, 26 OKTOBER 2009 | 07 ZULKAEDAH 1430H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

Ahad, 25 Oktober 2009

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,

Kenyataan Media (25 Oktober 2009)


Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN

Pesuruhjaya PAS,

Perak Darul Ridzuan

SIAPA DOKTOR???? TOLONG JAWAB

Seorang pesakit dilihat memegang kepala.... pastinya sakit kepala. Doktor membiarkannya.... kerana sedang merawat pesakit lain...seorang driver ambulan yang sememangnya pemandu pakar ...tercatat di dadanya... pemandu pakar, lantas menjerit... barah otak! barah otak! barah otak... Orang menyangka ia mungkin pakar perubatan...rupanya ia hanya pemandu .
pakar

Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang pakar bedah otak lantas menalifon memberitahu keadaan pesakit tadi yang di dakwa pemandu pakar kena barah otak... Pakar bedah lantas mencadangkan agar pesakit barah otak itu di bedah... arahan melalui telefon dari pakar bedah tadi menyebabkan keadan kelamkabut....

Paling mengejutkan ...pasakit tadi turut panik,.... orang ramai semakin kalut.... bedah!!...bedah...!! jerit pesakit lain dan keluarga pesakit yang turut berada di tempat kejadian... Doktor bertugas di hospital berkenaan kebingungan....

Jika anda doktor bertugas ketika itu... tersebut apa tindakan anda??

01. Segera siapkan bilik bedah.
02. Segera bedah.
03. Periksa pesakit....
04. bawa lari pesakit ...

JANGAN NYALAKAN API FITNAH! - INGATAN KP PUSAT.


1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .

2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .

3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .

4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .

5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .

6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .

7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .

8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .

9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .

10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .

_________________________________________________________________

Apa yang dimaksudkan sebagai fitnah? fikirkan... jala tak dilempar jika tidak dilihat kelibat ikan!

SIDANG 28 OKT- SEGALANYA BOLEH TERJADI!

Apa sebenar yang dirancang oleh Zamri dengan restu Najib serta kerja jahat yang akan dilaksanakan oleh Dato SUK perak hanya akan diketahui pada 28 Oktober ini. Maklumat didedahkan DS Nizar amat memeranjatkan. Ia bukan rumos tetapi maklumat dalaman yang didedahkan. Jika benar...Perak di ancam kemusnahan besar... Institusi raja akan turut dipersalahkan!

Umum mengetahu bahawa bajet Perak pada 28 Oktober yang dirancang Zamry akan menjadi bajet pilihanraya. Tidak mustahil kakitangan Perak akan mendapat Bonus- sesuatu yang menyanggahi pusat yang tak de bonus tahun ini. Beberapa ADUN BN telah berkokok bahawa belanjawan ini adalah belanjawan rakyat. Jika gagal dibentangkan...PR akan menjadi penyebab nikmat yang akan dilimpahkan kerajaan Haram BN terhalang.

Sebenarnya tiada apa lagi yang mustahil akan berlaku di Perak gara gara ingin mengekalkan kuasa. Kepimpinan Najib dilihat menghalalkan apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Apa ditakutkan selagi polis dan tentera adalah "kakitangan kerajaan BN". Kalau speaker boleh dihumban dari kerusinya dan dikurung seperti pesalah di dalam rumahnya...maka tiada apa lagi yang mustahil. Peristiwa rampasan kerusi speaker di Perak dalam sidang lalu adalah peristiwa "rompakan di DUN Perak". Perompak akan melakukan apa sahaja demi mencapai tujuannya. Apatah lagi polis berkawal dan membantu mereka.

Pengalaman sidang lalu tentunya menjadikan semua jentera BN bermula ADUN, Polis upahan dan bentara samseng yang telah diupah akan bersiap sedia sepenuhnya. ADUN PR mesti memastikan semua yang berada di DUN Perak adalah orang yang benar benar kakitangan kerajaan yang sah dan mereka yang layak berada di dewan. PR mesti menyediakan semua jentera kekuatannya bermula peguam dan kakitangan keselamatan dalam keadan siap sedia.

ADUN PR mestimemastikan hubungan mereka dengan orang orang diluar dewan tidak putus. Jika mereka di halang dari membawa alat yang menghubungkan mereka dengan orang luar ...mereka mesti mengambil sikp menunggu hingga mereka di benarkan mempunyai hubungan dengan dulia luar dewan. Telah dipastikan, ADUN tidak dibenarkan membawa pengawal keselamatan walaupun Jabatan Amal Perak telah bersedia dengan tugas tersebut....

INGAT! Sidang kali ini adalah sidang strategi. Ia mungkin menjadi sidang yng serba kemungkinan boleh jadi jika strategi yang di rancang tak menjadi... BN menguasai media yang membolehkan mereka memutar fikiran masyarkt mengikut kemahun mereka. Video suntingan sidang DUN lalu masih digunakan untuk menunjukkan " kejahatan " ADUN PR.

Semoga kita bersama berdoa semoga segala rancangan jahat mereka kembali kepada mereka...Allah jua yang maha berkuasa!

BERITA PERLANCARAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Ds. Nizar dan rombongan Pemuda Pakatan cuba dihalang untuk ke Pulau Pangkor.

LUMUT 3.15 pm : Kawalan ketat pihak polis berlanjutan kepada program sebelah petang yang dijadualkan di Pulau Pangkor petang ini. Ds. Nizar dan Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat Perak dihalang untuk ke Pulau Pangkor melalui feri biasa yang mengangkat penumpang ke pulau itu.


Selain itu, Pemimpin Pemuda yang lain termasuk ust Azman Syafawi,Tim. Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ust. Zawawi Hasan, Ketua Pemuda PAS Perak terpaksa menaiki bot nelayan yang disewa khas dari Teluk Batik ke Pulau Pangkor.

Didapati Ketua Polis Lumut dan puluhan polis mengadakan kawalan ketat di jeti feri petang ini.

Inilah suasana yang mewarnai Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak hari ini. Kawalan yang melampau dan melanggar hak asasi warganegara Malaysia yang dibenarkan bergerak dan berhimpun secara aman.

Nizar dedah rencana jahat BN

Ds. Nizar didampingi oleh Dato' Ngeh dan Speaker V.Sivakumar merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Perak hari ini.

LUMUT,24 Okt :- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.

Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami.

"Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar.

"Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang. Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi.

Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia.

Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.

Sabtu, 24 Oktober 2009

SAMSENG TAMBAHAN DIPERLUKAN DI PERAK

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.

EGM :MAJILIS SYURA TAK BERFUNGSI?

EGM :MAJILIS SYURA TAK BERFUNGSI?

Assalamualaikum.

TGNA adalah Mursidul Am PAS, atau dengan jelasnya adalah Parti ISLAM Se malaysia. Merupakan pengerusi Majlis Syura Pas. TGHA pula adalah Presiden PAS. Yg turut mengangotai Majlis Syura.Keanggotaan ahli majlis syura adalah dari kalangan mereka yg hebat2 belaka.
Persoalannya ialah, kenapa soal EGM untuk menyelesaikan masalah kepimpinan tidak disuarakan oleh TGNA dalam mesyuarat. Atau mungkin telah disuarakan tapi tidak mendapat reaksi yg memberangsangkan oleh ahli majlis syura yg lain. Serba mungkin.Maka pilihan yg ada bagi TGNA adalah dengan menulis dalam blog?
Samada Majlis Syura makin hilang fungsi dengan adanya blog atau bercakap dalam mesyuarat tidak menjamin pandangan diterima lantas blog menjadi pilihan paling mudah dan lebih terarah tujuannya serta matlamat mengadakan EGM lebih mudah terlaksana bila isu ini menjadi hangat dan semakin bergelora. Sekarang zaman teknologi, macam2 ada, jika sekiranya TGNA tak puas hati dengan TGHA, mereka boleh menggunakan khidmat telefon SMS, MMS,chating dan macam lagi yg boleh merungkaikan persoalan demi persoalan yg melanda.TGHA pun boleh melakukan cara yg sama.Jika salah seorang tidak hadir mesyuarat, masing2 boleh gunakah kemudahan yg ada untuk mengetahui keputusan yg dibuat.Kenalah rajin berhubung sesama pemimpin mencari titik persetujuan dalam menyampaikan sesuatu isu. Bukan apa, yg ahli kat bawah pun pening kepala melihat sikap tak mesra antara sesama pemimpin... Seolah wujud perang dingin antara satu sama lain. Bukankah nak cari kebaikan? selesaikan dulu perang dingin yg melanda... Tanya terus pada yg empunya diri tentang apa jua isu yg timbul. Barulah harmoni jadinya.
Begitu juga dengan pemimpin bawahan, AJK Pas pusat kenalah turut sama menjaga keharmonian antara satu sama lain. Rajin2 antar sms atau apa jualah bentuk yg terarah membina ukhuwah dan kasih sayang. Bukan tikam belakang setelah tikam depan dapat dielah dengan baik dan kemas. Disekeliling pemimpin ada pelbagai watak ragam manusia yg terkadang terlalu sukar untuk dikenal hatibudinya. Hanya Allah yg tahu hakikat sebenarnya.
Antara ciri Pemimpin yg baik adalah pemimpin menunjukkan tauladan yg baik. Jika dikalangan pemimpin pun kurang semangat ukhuwah di antara satu sama lain, kita boleh bayangkan bagaimana mereka yg dipimpin. Bila Ukhuwah antara pemimpin makin kurang, hubungan menjadi renggang, Hilanglah kekuatannya. Kata Imam Hassan Al-Banna : Berkasing sayanglah dan teguhkan ukhuwah, kerna itulah rahsia kekuatan kamu...

Pemimpin wajib ditegur bila tersilap dan salah. Suka atau tidak memang itulah cara mencari kebaikan berganda. Pemimpin tidak selamanya betul. Itulah pentingnya selalu bermesyuarat untuk mencari jalan2 terbaik dan memantapkan kesatuan.

Kenyataan dari TGNA semalam:
Di antara apa yang diucapkan dalam temuramah BERNAMA dengan TGNA semalam di Pulau Melaka "....Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri,"

Apabila ditanya sama ada Muktamar Luar Biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, TGNA berkata, "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar."


Persoalan lain yg timbul :
1-Adakah permilihan pada muktamar PAS yg lalu tidak mencerminkan sokongan ahli?
2- Adakah perwakilan yg mengundi pada muktamar tidak cukup cerdik membuat keputusan ?
3- Macam2 lagi persoalan yg terbenak dalam fikiran, tanyak sendiri dan jawab sendiri lah senang... alahaiiii... kesian akuuuu



Kesimpulannya, Ulasan ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi sekadar memberi peringatan demi melihat kekuatan ukhuwah terpasak kemas. Pasaknya Aqidah, lantainya syariah, tiangnya adalah kasih sayang dan dindingnya adalah akhlak dan ibadah...
Tidak rugi kita saling berpesan kearah kebenaran dan berpesan2 dengan penuh kesabaran...Sesungguhnya mereka yg berjuang dijalan Allah dengan jiwa dan harta benda,ditinggikan darajat dan martabat mereka dari mereka yg duduk (tak berjuang) dengan sebab uzur atau tanpa uzur adalah dengan beberapa darajat.
TGNA dan TGHA adalah dikalangan mereka yg berjuang... Tinggilah martabat mereka insyaAllah.

Apapun, mudah-mudahan Allah memberi jalan keluar pada setiap permasalahan yg melanda. Syaratnya adalah dengan TAQWA. InsyaAllah.

Nukilan rasa : Tinta_suasa al-salas
http://penasuasa.blogspot.com/

MOHON MENCELAH - EGM KERANA BERMASALAH

Gara gara kekalahan di Bagan Pinang yang sememangnya tak dijangka menang, tiba tiba batunya menimpa kepala Presiden. Kita tahu siapa pengarah pilihanrayanya… kita juga tahu…siapa kepala jentera yang mencatur di bilik gerakannya…kita juga tahu siapa yang siang malam menjadi penceramahnya walau telah tiada dalam JK Pusat… Mereka semua tidak menjadi sasaran. Langsung tak disentuh… Biasanya pengarah adalah orang yang paling awal kena marah… tapi apalah nak dimarah jika memang dah jangka kalah???? Soalnya kenapa orang lain dijadikan tempat melepas lelah???

Di saat post mortem belum keluar…ditanya kenapa lambat….(mungkin orang nak semuanya sesegera mee segera…hasil macam anak luar nikah juga… ) bila keluar dikata tak tepat kerana terlalu cepat…. sememangnya di dalam hati sudah dilipat…keputusannya….. aku juga paling hebatttttt!

Saya tak peduli semua itu kerana sememangnya dikenal siapa dalang dan watak di sebaliknya. Di alun kisah cinta kepada umNO, di alun juga kasih yang tak setia. Tujuh kemenangan di lupa hasilnya…alih alih kalah sekali di tempat sudah dijangka juga yang di jaja…. Tembak membabi buta mencari mangsa… saya tak peduli semua itu kerana sememangnya hasad dari kecewa tak dijangka terus akan membara…. Biarkan api itu marak di dalam…akhirnya ia akan membakar diri sendiri jua….

Apa yang tiba tiba menyesakkan jiwa apabila blog Yang dikasihi TG Nik Aziz bersuara. Kasih sanjung yang tak pernah padam buat TGNA menjadikan saya sering bertanya diri? Wajarkah pandangan di jari ini ditari…. Kerdil sangat terasa diri… Namun belajar dari kelompok yang sedang menyusun startegi..Ulama itu tidak maksum! Tiada wala untuk golongan ini” saya memberanikan diri, namun hormat dan memuliakan insane berjasa besar kepada agama ini takkan menjadikan saya biadab sebiadab beberapa penulis yang menghina tuan tuan guru yang lebih separuh hidup mengabdikan diri dalam perjuangan ini. Biarlah anda biadab dengan Ulama yang anda benci…. Kerana anda sendiri tahu mengukur sebersih dan sesuci mana diri anda di sisi Robbi…. Harap ada cermin yang mampu digilap agar diri sendiri diketahui hitam atau kelabu asapnya hati….

Saya terkejut melihat tulisan di blog TGNA, namun saya amat berharap ianya bukan tulisan TGNA di blognya sendiri. Saya mencari cari di mana tari jari sufi TG yang di hormati, jua tercari cari di mana terselit sendi yang mampu memberi kekuatan buat diri saya ini…. Sering cuba saya mendekati, sering pula bimbang curiga diri… Bahasa indah yang sejak dulu saya semat kukuh di hati…cuba saya fahami… Apa di fikiran TG, cuba saya renungi…namun tak termampu rasanya mendalami apa isi hati yang suci itu… Apa tertulis terus menjadi persoalan yang ingin sama saya kongsi…

01. Apakah berat benar masalah kekalahan di Bagan Pinang hingga perlunya EGM untuk menentukan kedudukan pucuk kepimpinan? Bagaimana dengan kemenangan yang juga di bawah GEMBALA pemimpin yang ada??? Bagaimana pula sesak keputusan di Manek Urai yang hampir menjerumuskan PAS ke jurang kekalahan sedangkan ia berlaku di Kubu PAS, Negeri yang ditadbir oleh PAS, digerakkan oleh mereka yang hebat di dalam PAS dan di awalnya ada larangan tertentu buat beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS??? Saya amat mengharapkan sesuatu yang sangat adil dalam penilaian antara dua lubuk ini…lubuk umNO dan lubuk PAS!

02. Persoalan yang ditimbulkan oleh Aziz Bari ..antara yang menjadikan ianya besar ialah masalah beralihnya pengundi bukan melayu kepada umNO. Apakah pandangan prof undang undang ini adalah tepat ianya berpunca dari sikap pemimpin PAS?Jika ianya dari punca pemimpin PAS terutamanya isu di Selangor, mengapa ia beralih kepada umNO. Sepatutnya ia menjadi undi protes kerana umNo diketahui lebih jahat. DSAI sendiri menyatakan hubungan kerjasama PR di Bagan Pinaang adalah lemah walaupun Khalid Samad menyatakan ianyaalah adalah terbaik?? Semua mengakui masalah undi tentera menjadi factor utama> Itulah yang ditekankan oleh PAS sebelum pengundian…namun selepas keputusan kenapa isu ini menjadi ketiga atau keempat. Bukankah isu rasuah dan ugutan melampau terutamanya di astet, sekatan dan kekangan pengurusan astet dan politik ganas umNO diakui factor utama? Kenapa setelah diakui semua itu factor utama, tiba- tiba kesimpulannya.... factor pemimpin PAS menjadi utama hingga perlunya rombakan kepimpinan? apa ni???

03. Jika berlaku Mesyuarat Khas dengan tujuan merombak kepimpinan… Jika perwakilan memilih mengekalkan pemimpin yang ada..kita sama sama bela… betulke??? Isu kerajaan perpaduan…cenderung kepada umNO malah seribu satu macam isu ciptaan ini telah timbul sejak PAS mula membentuk kerajaan Pakatan Rakyat lagi. Muktamar di Selangor tahun lepas adalah kemuncak serangan isu UG . Ada calon merantau pelusuk kawasan memburukkan lawan ( budaya umNo yang dipinjam) atas alas an mereka ini proksi umNo dalam PAS. Namun bila keluar keputusan…pemimpin yang ada terus di beri kepercayaan dan mandate yang besar! Ia hanya baru beberapa bulan! Jika perlu diadakan semula pemilihan atau rombakan ini..apakah ianya akan selesai?? SAYA SANGAT YAKIN IA TIDAK AKAN SELESAI!!!. Apakah selepas itu kita perlu membuat satu lagi Perhimpunan khas??? HARUS DIINGAT…MUKTAMAR YANG BARU LALU ADALAH MUKTAMAR PEMILIHAN! MUKTAMAR TAJDID!! KEPUTUSAN PERWAKILAN MASIH PANAS!! PELUH PETUGAS MUNGKIN ADA YANG BELUM KERING! MALAH MUNGKIN MASIH ADA HUTANG YANG BELUM DILANGSAI! Kita baru sangat MENTAJDID KEPIMPINAN!. Malah mungkin ada pemimpin yang baru di tajdidkan itu masih belum betul tempat duduknya lagi… Siapa pulak calon Presidennya??? Sedangkan di muktamar yang penuh persediaan pun tak de calon Presiden. Takkan sekarang dah jumpa??? Ustaz Azizan ??? Timbalan presiden pun ustaz Azizian tolak pada muktamar lepas….

04. Aziz Bari juga nampaknya pandai mencipta ayam laga untuk PAS. Nama Ustaz Azizan Razak menjadi umpan agar tidak dilihat anti PAS. Sedangkan ustaz Azizan inilah yang berdepan dengan kritikan tanpa kawalan di awal mengambil alih kedah. Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS semacam buat tak peduli… Umum mengetahui Ustaz Azizan adalah orang yang komited dengan Jamaah dan menghormati Presiden. Kenapa tak dicadangkan nama Husam atau Khalid Samad atau mungkin Hanipa Maidin??? Ia adalah cara halus melagakan kepimpinan PAS..Busuk sungguh cara ini!!!

Sebenarnya lama sungguh hati ini ditahan. Melihat rentak tari yang melakar musuh di rumah sendiri. Di saat umNO membina kekuatan, kita memukul rakan…Hassan Ali dikatakan tidak cerdik dan berniat jahat kerana membuat kenyataan akhbar sedangkan ianya sebagai exco boleh berunding sendiri. Maaf..Kenyataan di dakwa tulisan TGNA di bloknya juga bersifat media terbuka. KL Pos mengambil berita Pecat HJ Hadi!. Sedangkan TGNA adalah Mursyidul Am yang boleh memanggil sesiapa sahaja mengadapnya. Mengarahkan dalam mesyuarat agar membincangkan tentang muktamar khas! MENGAPA PERLU MENJADI BAHAN PERBINCANGAN AHLI YANG SERBA KEBODOHAN INI???? Di dalam akhlak berilmu… ada perkara tertentu yang tidak perlu dibincang ummat yang jahil kerana orang jahil hanya akan menjadikannya lebih kusut dan berserabut. Apakah ianya hanya lontaran segulung benang kepada kucing agar mengusutkan lagi benang itu.???? megharapkan kucing merungkai kekusutan....apa yang terjadi... mungkin ada kucing yang akan terjerut leher sendiri!!!
Akhirnya mohon maaf buat TGNA yang tulisan ini bukan menjawab pandangannya…tetapi menjawab pandangan orang yang memehami dan berpendirian seperti ini. Berpegang kepada hujjah yang ditulis dalam blog TGNA bahawa mengkritik adalah budaya dibenar Islam…maka saya menumpang untuk meluahkan rasa hati…. Bukan mengkritik!!!! Ianya mungkin apa yang tertulis di Blog TGNA yang saya tak pasti adakah ianya rentak tari sufi Tuan Guru??? Andai itu rentak tari sufi atau kasyaf yang lahir dari hati yang suci…saya mohon mengundur diri….

Khamis, 22 Oktober 2009

PANDANGAN TUAN IBRAHIM


Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada
beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Mungkin Dr Aziz Bari melihat bahawa Dr Hassan Ali tidak perlu membuat kenyataan terbuka, sehingga dilihat wujudnya pertembungan antara PR. Saya ingn tegaskan bahawa isu ini telah dibincang dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan dalam media berhubung perkara ini. Tetapi atas kedudukannya sebagai exco kerajaan yang menjaga agama dan Pesuruhjaya Negeri, saya fikir beliau juga mempunyai kekangan bila diajukan persoalan oleh pemberita, dan masyakakat juga ingin mendengar kenyataannya sebagai exco agama. Yang lebih adil ialah mendapatkan penjelasan sebenar terhadap kenyataannya, bukan hanya melalui media perdana yang tentunya lebih suka melihat pertembungan dalam PR, serta melihat juga pendirian Badan Perhubungan Negeri yang merupakan badan tertinggi parti di peringkat negeri.

Saya melihat kenyataan kontroversi bukan sahaja dari kalangan PAS, bahkan kenyataan serupa berlaku di Kedah oleh pimpinan DAP berhubung isu pusat penyembelihan, kouta perumahan, dan lainnya. Kita melihat perbezaan dalam PR adalah sikap keterbukaan kita, dan ternyata dalam beberapa pertemuan pimpinan PR, hubungan antara kita sangat kukuh, mesyuarat dwi bulanan PR merupakan
medan penting bagi pengukuhan ini.

Walau bagaimanapun pandangan Dr Aziz Bari bahawa agak sukar untuk dilakukan kerana beliau ( Dr Hassan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro Umno. Kenyataan ini tentunya agak keterlaluan, kerana Jawatankuasa Disiplin parti tidak sesekali terikat dengan apa yang disangka oleh beliau. Kita mempunyai rujukan peraturan dan tindakan. Jawatankuasa Disiplin sehingga kini menerima saranan daripada PR agar semua kepimpinan parti terikat dengan peraturan parti masing-masing, tetapi menegaskan agar tiada kenyataan yang boleh menimbulkan keretakan dalam Pakatan.

Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa
surat rasmi berhubung perkara tersebut. Namun perlu dinyatakan bahawa PR dalam mesyuarat lalu telah memanggil sama semua exco Selangor bagi mendengar permasalahannya, dan mesyuarat Harian Pusat juga telah mengundang Harian Selangor bagi mendengar permasalahan yang berlaku, dan telah membuat ingatan agar semua kenyataan yang boleh megeruhkan suasana dalam PR dielakkan, bahkan sebarang perkara yang mempunyai perbezaan pandangan dapat diselesaikan dalam mesyuarat exco dan parti masing-masing.

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Antaranya beliau (Dr Aziz Bari ) memetik pandangan yang menyatakan Presiden tidak memberi respon terhadap apa yang berlaku di Selangor. Akibatnya pelbagai tuduhan yang menyamakan beliau dengan bekas presiden UMNO dan lainnya. Sedangkan realitinya beliau telahpun memberikan respon kepada apa yang berlaku, bahkan sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR. Namun Dr Aziz Bari ternyata tidak seronok dengan kenyataan dari Timbalan Presiden yang dilihat membela Hassan Ali. Dalam situasi yang ada apa jua kenyataan tentulah akan ada yang setuju dan sebaliknya. Yang tentunya kita tidak boleh minta agar semua kenyataan sesuai dengan kehendak kita.

Namun saya melihat pandangan beliau agak tersasar dari tajuk utama kerana apakah kerana kita tewas dalam satu PRK maka perubahan kepimpinan perlu dilakukan. Bagaimana dengan kemenagan sebelum ini, apakah ia tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada? Mari kita kembali kepada peringatan Allah :
“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Rabu, 21 Oktober 2009

PAKAR UNDANG UNDANG . YA...PAKAR POLITIK?...BARU MERANGKAK

KENYATAAN IKPNT TERHADAP TULISAN PROFESOR DR AZIZ BARI

Institut Kajian Polisi PAS Negeri Terengganu (IKPNT ) tertarik untuk memberi respon terhadap satu penulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIAM, Gombak di dalam ruangan Perspektif Sinar Harian Isnin 19 Oktober 2009 di bawah tajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang: Pas kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan”

IKPNT mendapati bahawa penulisan tersebut tidak seimbang dan hujah-hujah yang digunakan tidak bertepatan, memandangkan beliau pada asalnya menyebut “sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya”.

Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam PRK tersebut dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang. Pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.

Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik. Apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang? Sedangkan Pas berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manik Urai, Pengkalan Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu. Dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang. Umum juga mengetahui penyertaan Pas di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai “underdog” sebagaimana dikatakan oleh Pengarah PRK N.31 Bagan Pinang, YB Salahudin Ayub.

Prof. Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak professional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individu seperti yang disebut oleh beliau. Kepimpinan PAS adalah Kepimpinan Ulamak yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W.

Pemimpin-pemimpin PAS bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip Syura yang dipakainya. Prof. Dr Aziz Bari hanya melihat PAS sebuah parti politik. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.

IKPNT mengharapkan Prof. Dr Aziz Bari meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau. Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang.

Kenapa beliau telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok: pro-UMNO dan tidak pro-UMNO? Isu ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS. Adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Pemimpin-pemimpin PAS daripada dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam Negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat. Kenapa Prof. Dr Aziz Bari membuat penghakiman yang begitu mudah terhadap kepimpinan PAS?

IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh melemahkan Islam.

Selasa, 20 Oktober 2009.
Kuala Terengganu.

____________________________________________________________________
Apasal deme marah benar dengan pimpinan PAS ni???? yang jadi pengarah Salehuddin...orang kuatnya DR Zul.... paling banyak kempennya Khalid Samad.... yang salahnya Presiden...
Bile plak Dr Aziz jadi hakim dalam PAS...ada puak pro umNo dan bukan... Jangan sampai hormat orang pada awak hilang. Patutnya gelaran Prof tu menjadikan kita bercakap dengan fakta...bukan dengar apa orang kata...awak tu bukan blogger.... ada turun tengok kempen ke??? atau baca atas kertas je???
Harap orang PAS matang menilai...