Isnin, 30 November 2009

NASIB BAIK MABUKKKKK.

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit menguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bangunan Perak Turf Club, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan hasil maklumat daripada pengawal keselamatan di kelab tersebut selepas menyedari kejadian itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam dan lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di sini dua jam kemudian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata lelaki itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 425 iaitu khianat merosakkan harta awam.

"Kita belum mengetahui motif perbuatan lelaki itu menguris dan merosakkan gambar Sultan dan ketika kejadian lelaki itu baru keluar dari kelab karaoke dan mabuk," katanya.

Nasib baik le lelaki tu mabuk... kalau tak, sah orang PAS atau Pakatan Rakyat akan dituduh. Maka akan tersiarlah berita seantero malaysia bahawa satu lagi siri derhaka hasil hasutan pemimpin PR.

BAHAN FITNAH BARU UNTUK BLOGGER


Hanya satu isu sahaja yang masih laku... walau telah ditutup dan terkecewa sekian yang menghitkan blog dan diri mereka dengan isu tersebut. Kini isu di Kelantan yang tak de kait mengait dengan PAS Pusat juga diheret kononnya dari beberapa individu yang didendami. Mereka diam salah..dikata tak jawab...bila jawab salah...dikata menipu...

Setelah berbagai arah dituju... isu Kelantan nampaknya berkitar di sekeliling individu yang ada hubungan di Kelantan. Bukan dari luar... Sepatutnya sesiapa yang ada hubungan dengan Kickdafela atau arif fahmi dan TGNA sahaja yang patut menjadi sasaran...namun tak pasal pasal orang lain di heret sama... cukup cukup lah dengan fitnah...

Tahniah Jimadie Shah yang membangkitkan Fitnah ini. Segala yang berlaku selepas ini adalah dari beliau... Jangan lari dari artikel asal yang tak berfakta ini.... cuba perhatikan bagaimana Jumadie cuba sedalih mungkin menarik "puncak everest" ke dasar laut untuk menutup "titanic" yang karam.... kambing hitam sedang dicari...anda mampu melakukan seperti Jumadie??? anda mungkin dipuja di dunia...namun tanggunglah azabnya di akhirat...

Dengan mendakwa seorang pegawai tentera yang penuh misteri terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mencipta teka-teki, termasuk di kalangan pemimpin PAS dan mereka yang dekat dengannya. 'Kolonel Mat', individu yang disebut-sebut itu, turut menjadi tanda tanya sehingga ada yang meneka ia dikaitkan dengan pasukan petugas khas bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dikenali 'Task Force 2010'.

"Mungkin jugalah. Dalam PAS ini hanya seorang saja yang lantang mengkritik idea kerajaan perpaduan, (iaitu) Tok Guru," kata satu sumber yang dekat dengan menteri besar.
"(Siapa kolonel) itu kena tanya Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, kita pun tidak tahu. Mungkin ada betul, mungkin (hanya) kiasan."Menjelang pemilihan PAS pada muktamar tahunan Jun lalu, yang menyaksikan pertarungan sengit jawatan nombor dua parti itu antara exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, maka muncul nama 'Task Force 2010'.( disini langkah awal menarik dan menjemput kambing hitam).

Blog-blog itu mendakwa Nasharuddin mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pasukan petugas khas itu dan cuba membabitkan Nik Abdul Aziz tetapi mursyidul am PAS tidak menunjukkan minat. (kambing hitam yang dicari diheret ke kandang)

Task Force 2010 (Malaysia) dibentuk daripada gabungan dua agensi penyelaras di negara ini dan Thailand pada Januari 2007 bagi membawa keamanan di tiga wilayah yang sedang bergolak iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Penubuhannya, yang diketuai oleh Lt Jen Datuk Wan Abu Bakar Omar, dibuat hasil perbincangan antara perdana menteri waktu itu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mahu mengembalikan kestabilan di selatan Thailand. ( fakta luar yang dijemput agar nampak real)

Selain Nasharuddin, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga turut dikaitkan ( tuduhan) dengan pasukan petugas itu yang mula menukar arahnya kepada isu "perpaduan Melayu" susulan keputusan pilihan umum 2008 yang memihak kepada pembangkang.
Nasharuddin dan mereka yang dibabitkan dengan isu perpaduan Melayu bagaimanapun tidak pernah mengulas dakwaan di blog-blog.( mungkin terlupa nama Mustapha Ali)

Sesiapa yang berminat dengan fitnah dan usaha menghancurkan PAS dijemput dengan segala hormatnya memanjangkan artikel Jumadie dan mengulas mengikut nafsu dan dendam di hati.
Moga Allah melindungi kita dari api fitnah dan moga Allah menjahanamkan si pembawa fitnah! Alllahu Akbar!

DOA TGNA TITIK TEORI RAHMAN?

Tahniah buat mufti Perak yang dah tak berapa larat tu.... tiba tiba macam dapat tonik bila isu doa TGNA di paparkan media. Terasa hiba melihat mufti yang kian di hujung usia. Kalau Allahyarham Datuk Ishak Baharum meninggalkan nama yang harum mewangi... doa saya moga mufti yang sempat semerbak dengan isu murtad itu kembali mencari redhoAllah di hujung usianya... begitu juga Noh Gadut yang sentiasa seharum bunga tahi ayam sejak kemunculannya...

Tulisan ini bukan fasal dua mufti, tetapi pasal doa yang digeruni. Memang lidah TGNA terlebih masin... apa sahaja yang keluar dari mulutnya akan menyakitkan orang yang sedang luka.... bila disimbah limau ...tambah perit la luka itu.... Walaupun orang yang terluka itu menahan pedih, namun kesakitannya dapat dilihat dari kenyataan "doktor" yang merawat dan menutup segala penyakit dan hanyir dari penyakit si pesakit itu.

Doa adalah senjata mukmin... Orang beriman akan sentiasa ingat tuhannya bila rase diri diinaya. Bukan juga tulisan ini bermaksud memberikan hujjah benarnya tindakan TGNA dengan doa yang dianggap kontroversi ini. TGNA sendiri bersedia berdepan dengan mana mana ulama demi mempertahankan hujjahnya. Sila ke depan wahai ulama "bilik hawa dingin" dan ulama terompah tandas. Kalau setakat ketua wanita umNO bahagian yang membaca kenyataan dari skrip yang disediakan , tak perlu bersama menyahut cabaran ini.

Bagi orang yang tak percaya doa, mereka tak peduli soal doa. Begitu juga doa yang diyakini tidak dimakbulkan Allah tentu langsung tak dipeduli. Doa Abu Jahal kepada Allah dalam perang Badar tak dipedulikan oleh tentera Islam. Begitu juga doa seorang ulama yang berniat jahat juga tidak digeruni sebagaimana kisah doa Bal'Am bin Baura yang memohon dihancurkan tentera nabi Musa setelah didesak kaumnya. Doa Bal'am menjadi "back fire" dimana lidahnya dipalingkan Allah menimpa kaumnya. Kisah Bal'am ini boleh dibaca dalam Tanbihul Ghofilin sekalipun sandarannya dikatakan agak lemah.

Apa yang ditakutkan oleh gerombolan umNO dan pengikutnya tak ubah seperti ketakutan gerombolan Nasrani Najran dalam peristiwa mubahalah. Walaupun Mubahalah ialah sumpah laknat dan bukan doa, tetapi ketakutan Nasrani Najran itu lantaran keyakinan mereka terhadap kebenaran Rasulullah dan salahnya mereka. Apa yang menakutkan umNO ialah menyedari kesalahan merekan dan benarnya TGNA. Doa TGNA bukan hanya doa orang yang benar dan doa seorang ulama, tetapi bersama doa itu ialah doa orang yang terinaya dari rakyat Kelantan yang dinafikan hak oleh Najib. Doa orang dizalimi taiada hijab antara mereka dengan Allah!

Sejak bila umNO sayang sangat dekat TGNA sampai bimbang beliau buat perkara yang bercanggah dengan islam kononnya? Cadangan saya pada umNO..cabar TGNA segera mendoakan kehancuran Najib kerana Allah maha Adil yang tidak akan menghukum hambanya yang tak bersalah... Ada berani???? Apakah Doa TGNA adalah yang terakhir untuk kehancuran umNO setelah sempurnanya teori RAHMAN

Ahad, 29 November 2009

KHUTBAH WIDA- RENUNGAN HARI TASYRI'


Khutbah terakhir Rasulullah saw ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah, bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah ku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu…
Petikan : Kitab Al-Manhaj Al-Haraki Lis Sirah An-Nabawiyah
Penulis : Munir Muhammad Al-Ghadban

TGNA MEMBINGUNGKAN ...


Kiasan TGNA rupanya menjerat dan menampilkan kedunguan Hishamudin Tun Husin. Patut la selama menjadi menteri pelajaran tiada apa yang dibuatnya melainkan menukar kementerian pendidikan kembali menjadi kementerian pelajaran, langkah kebelakang yang sekian lama ditinggalkan.

Hishamudin menonjolkan kedunguannya den gan membuat ulasan bahawa kolonel Mat yang disifatkan TGNA sebagai masalah dalaman. Samada memang dungu atau cuba mendungukan rakyat , Hishamudin ternyata silap dalam telahan dan "kesimpulan politiknya". secara jelas saya yakin Hishamudin tidak akan sanggup membuat ulasan sebegitu jika beliau membaca penuh kenyataan TGNA sekalipun dari Utusan Malaysia yang sememangnya agen BN.

Ternyata kenyataan terbaru TGNA melahirkan polemik baru tentang siapa "Kolonel Mat". Lontaran nama ini sekaligus melahirkan teka teki dan "game" baru tentang siapa "kolonel Mat". Macam macam telahan dan ulasan di buat. Ternyata kehebatan TGNA sekali lagi melalikan dan menimbulkan kepala kepala bengong di persada politik negara...

Syed Azidi ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, persoalan mengenai siapa ‘Kolonel Mat’ perlu dirungkai oleh Nik Abdul Aziz sendiri kerana tiada siapa yang mengetahui individu terbabit kerana ia muncul secara tiba-tiba.

“Seperti yang saya tulis dalam blog, ‘Kolonel Mat’ yang saya kenali ialah arwah ayah saya tetapi mungkin apa yang dikatakan oleh tok guru (Nik Abdul Aziz) adalah individu yang berbeza.

“Artikel itu ditulis sebab sebagai anak bekas tentera saya terasa kerana apa yang dikatakan oleh tok guru amat serius disebabkan ia satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

“Saya tidak ambil ini sebagai peribadi tetapi saya rasa satu penghinaan kepada tentera atau bekas tentera, jadi tok guru kena jelaskan dan pada masa yang sama Menteri Pertahanan kena siasat,” katanya.(kickdafela)

"Saya melihat dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujud 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai khayalan dan rekaan yang dibuat disebabkan pergolakan dalaman sejak akhir-akhir ini yang semakin menonjol.(ibrahim al kataki)


KUALA TERENGGANU: Nama 'Kolonel Mat' yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya, membuktikan memang ada unsur perpecahan dalam parti PAS itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akhirnya PAS tidak dapat lagi menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku walaupun ia seringkali dinafikan pimpinannya.

Katanya, walaupun mungkin nama 'Kolonel Mat' disebut Mursyidul Am PAS itu sebagai kiasan, ia secara jelas membuktikan adanya perpecahan dan permasalahan dalam parti itu yang disebabkan orang dalamnya sendiri.

"Sekarang jelas mereka sendiri telahpun menyatakan bahawa wujudnya perpecahan, wujud permasalahan, dan sebagainya. Orang ramai juga boleh lihat ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pun.

"Bagi saya mereka boleh menafikan (adanya perpecahan) tetapi tidak boleh menafikan selama-lamanya.

"Akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.

Peliknya Hishamudin yang mengakui ianya mungkin kiasan, tetapi mengalihkan pandangan bahawa ianya masalah dalaman dan tanda perpecahan PAS. Ternyata Hishamudin cuba membina persepsi bahawa ia bukan umNo yang dimaksud TGNA sekalipun hampir pasti, umNo lah yang dimaksdukan TGNA.

apapun.... kenyatan terbaru TGNA ternyata membingungkan ramai pihak dan ternyata beliau masih seorang ahlipolitik yang hebat....

Sabtu, 28 November 2009

BTN- PEMBOHONGAN NYATA- bukan rahsia



Terkial kial kerajaan pusat menafikan bahawa BTN adalah agenda politik dan perkauman yang dijalankan sejak sekian lama. Berbagai peringkat menteri mempertahankannya. Namun bagi yang pernah mengikutinya, ia bukan rahsia

Apa yang lebih menarik , program BTN bukan program baru. Adalah sesuatu yang melucukan bagi kerajaan pusat menafikannya kerana sebahagian yang mengerakkan BTN dulu kini berada di pihak PR. Kalau program PLKN, mungkin mereka boleh berdalih kerana ia program setelah wujudnya PR. Bagi program BTN, ia adalah program yang telah wujud sekian lama. Adakah orang seperti DSAI yang menjadi TPM dan beberapa pemimpin PKR sekarang adalah tenaga utama penceramahnya.

BTN bukan hanya menjadi program agenda umNO namun dalam masa yang sama ia menjadi api sekam dalam penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. Lagu anak kecil bermain api adalah bukti nyata yang tak boleh disembunyikan lagi sebagai api perkauman yang sangat halus. Motifnya mudah.... menakutkan melayu agar tidak beralih sokongan dari umNO agar negara tidak dikuasai bangsa lain kononnya...

Biar berbuih mulut para menteri menafikannya... namun bagi yang pernah melalui program tersebut, ia bukan rahsia lagiiiiii

Jumaat, 27 November 2009

KEBENARAN AKAN TERSERLAH JUA AKHIRNYA

manusia memiliki fatrah yang tak mampu diubah. Apa yang kita boleh lakukan ialah menyusun fitrah sesuai dengan kehendak Allah. Apabila fitrah ingin diubah, akhirnya yang disembunyi akan terserlah. Seperti kebenaran dan kebatilan yang saling berbalah...akhirnya kebenaran akan terserlah.... ternyata.... kebenaran yang disembunyikan walaupun setelah dikosmetik dengan pelbagai teknologi...akhirnya... ia muncul jua.... itulh fitrah... anda berani melawan fitrah???

Thomas Beatie melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.-Foto ehsan www.edaransalindah.com

THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.

Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino.

Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.

Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung.

Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara uang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.

“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu.

Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya.

Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.

Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.

“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,” katanya.

Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.

“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.

PERUTUSAN PRESIDEN PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 59.

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :

“Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim)

Ikhlas,

Presiden PAS


Khamis, 26 November 2009

EIDUL ADHA

Hari raya Eidul Adha adalah hari raya korban. Jesteru memahami ibadah korban sesuatu yang amat luas. Pengorbanan sesuatu yang sangat dituntut dalam hidup. Tanpa pengorbanan, adalah terlalu sukar mendapatkan sesuatu yang bernilai dalam hidup.

Mungkin banyak perkara kita miliki tanpa berkorban , namun nilainya sangat rendah untuk kita nikmati selamanya. Ia mungkin bernilai, namun nilai itu hanya seketika. Biasanya pengorbanan itu lahir hasil dari keyakinan untuk mendapatkan sesuatu. Orang yang tidak yakin memperolehi hasil atau balasan tidak mungkin mampu untuk melabur. Demikianlah pengorbanan dalam islam adalah hasil keyakinan mendapat balasan dari Allah.

Contoh pengorbanan Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam adalah bentuk pengorbana yang tinggi. Namun harus diingat bahwa pengorbanan Ibrahim dan Ismail bukan berkisar tentang sembelihan semata. Ia bermula perpisahan dan akhirnya tuntutan sembelihan setelah sekian lama terpisah. Bentuk cagaran atau jual beli yang menuntut kasih sayang malah nyawa....

Semoga hari raya korban tahun ini melahirkan keinsafan terhadap nilai hidup yang kita cari....

Selasa, 24 November 2009

MELANGGAR ATAU MENGELAK FITNAH???

Sememangnya fitnah sangat merbahaya. Ia datang tiba tiba. Boleh membunuh bergenerasi lamanya. Lebih menyedihkan ia akan menghancurkan peluang yang semakin hampir di genggaman. Lantaran itu api fitnah mesti dipadamkan. Fitnah lahir dari hasad yang menjadi penyakit disebut Allah swt dalam surah al Falaq.

Dalam kisah melayu terlalu banyak punca hasad yang melahirkan fitnah yang memberi kesan bergenerasi lamanya. Kisah Hang Tuah difitnah , Kisah Mahsuri jua kerana fitnah malah kehancuran beberapa kerajaan melayu susulan dari merebaknya fitnah.

Dalam sejarah Islam, terlalu banyak fitnah tersebar. Paling menyakitkan fitnah yang menimpa keluarga Rasulullah sendiri. Saidatina Aisyah menerima kesan sangat mendalam sebelum dibersihkan Allah atas tuduhan melakukan perlakuan sumbang dengan sahabat nabi safwan. Rasulullah dikisahkan sangat tertekan dengan fitnah yang menimpa keluarga baginda. Namun kasih sayang Allah mendedahkan siapa munafiq yang menyebarkannya. Bermula dari peristiwa itu jua turunnya hukum bagi mereka yang menuduh wanita solehah melakukan zina dengan lapan puluh sebatan.

Sejarah perjuangan PAS jua kerap kali dilanda fitnah kerana demikianlah sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Paling akhir melanda kerajaan kelantan khususnya batang tubuh TG Nik Aziz sendiri. Bermula dengan berita penajaan ke Mekah hinggalah ke kisah menantunya Arif Fahmi. Memang Ulama sering kali menjejaki langkah para nabi. Mereka merenung dengan penuh perhatian dan keinsafan. Rasulullah menyeru agar fitnah itu segera dipadamkan.

Dalam suatu peristiwa rasulullah bertemu salah seorang isterinya di luar masjid lalu dilihat sahabat. Dua sahabat tadi segera melajukan langkah mereka Baginda memanggil sahabatnya dan memperkenalkan isterinya. Jawab sahabat' kami tidak bersangka buruk dengan mu ya Rasulullah. Baginda menegaskan bahawa fitnah boleh datang kemudian. Demikaianlah contoh baginda memadamkan fitnah.

TGNA segera mengambil langkah memadamkan fitnah dengan membatalkan keberangkatan ke Mekah sekalipun semua telah disediakan. Fitnah yang cuba dihidupkan itu tiba tiba mati dan mungkin takkan timbul lagi. demikianlah tangkasnya fitnah dipadamkan. Kini TGNA dilanda tuduhan kepada menantunya pula. Walaupun di peringkat awal TGNA seakan memberi semangat agar fitnah itu dilawan, namun dengan nasih pimpinan PAS lain TGNA segera mematikan fitnah. Sekali lagi ia padam belum sempat memakan korbannya.

Apa yang tinggal hanyalah umNO dan pelakon mereka selamanya...semuanya menggigit jari lantaran terlalu kecewa dengan fitnah yang padam tiba tiba...

Ahad, 22 November 2009

GURAUAN MEDIA- HUSAM.

penilaian di tangan anda - Harakah daily dan Mstar jua penjelasan tuan badan....

HARAKAH DAILY-KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

MSTAR-PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar mingguan hari ini mengenai khabar angin yang beliau berhasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai satu 'gurauan' media.

Malah Husam berkata, tidak ada apa yang perlu beliau nafikan mengenai laporan tersebut kerana isu itu langsung tidak berbangkit.

"Bagaimana saya nak nafi atau nak sangkal, sedangkan ia tidak wujud.

"Kalau benda (isu) itu ada bolehlah saya nafi, ini tak ada... jadi tak boleh nak nafilah," katanya kepada mStar Online hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini dalam laporan muka depannya menyebut, Husam mahu melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri tetapi keputusannya tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS,yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut laporan itu lagi, Nik Aziz sebaliknya dikatakan memberi cuti selama lima hari kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Isu mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan itu dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang menyaksikan pemecatan pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai bloger kickdefella selepas berlaku dakwaan dan tuduh menuduh berhubung penyalahgunaan kuasa menantu Nik Aziz yang juga ketua pegawai operasi PMBK, Abdul Ariffahmi Rahman.

Dakwaan itu telah mendorong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan ke atas PMBK. Dan Husam dikatakan tidak berpuashati dengan pemecatan Syed Azidi.

Sumber akhbar berkenaan juga menyebut dalam tempoh cuti tersebut, Husam akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.SINI

"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.

"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat... keluar makan-makan dulu."


YANG NI PULAK DARI BLOG TUAN BADAN SENDIRI...

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?




DI atas adalah sumber Harakah daily yang lebih diyakini... memet ikata kata TGNA. Di bawah adalah petikan Mstar memetik kata kata Husam.... yang akhir dari blog tuan badan sendiri.... walau ada sedikit berbeza... Moga kebenarannya akan membawa kebaikan untu Islam , PAS dan Kelantan... awasi berita fasiq

Sabtu, 21 November 2009

ADIL DI SISI umNO.

Penangkapan enam ahli pemuda umNO berkaitan rasuah didakwa sebagai adil oleh menteri besar Johor, Abd Ghani Othman. Mudah sangat bagi umNO mengukur erti adil....

JOHOR BAHRU: Penahanan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi semalam membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata tindakan itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak terutama parti pembangkang yang mendakwa SPRM lebih memihak kepada parti pemerintah.

"Saya percaya SPRM tidak memihak mana-mana orang, sesiapa yang didapati terlibat dengan amalan rasuah akan diambil tindakan sama ada daripada pembangkang ataupun parti kerajaan," katanya selepas merasmikan pembukaan Hospital Pakar Regency di Seri Alam, Masai di sini hari ini.

Sebenarnya apa yang dituntut ialah siasatan terhadap ribuan aduan salah laku pemimpin umNO. Tangkapan enam pemuda umNO itu mungkin satu siri kambing hitam atau ingatan agar setia buat mereka. Ia juga sebahagian tanda umNO hanya menyelamatkan pemimpinnya... apa pun nasible...kalau jadi balaci umNO... seperti yang acap kali diingatkan" bilsi adalah sasaran sedangkan jerung lepas bebas...

PRK KOTA SIPUTEH MEMBAZIR

Keputusan rayuan DUN Kota siputeh akan diketahui pada isnin ini. Harapan melihat hak pengundi dikembalikan setelah ADUN mereka gagal hadir sebagaimana dituntut peraturan DUN. Kalau kakitangan kerajaan yang gagal hadir mengikut waktu kerjanya tanpa alasan boleh diambli tindakan, maka demikianlah juga sidang DUN.

Setelah keputusan mahkamah bahawa DUN tersebut dikosongkan berdasarkan keputusan speaker, maka PRK perlu diadakan. Apa yang menarik ialah alasan pihak pembela Dalam penghujahannya, bahawa PRK tersebut tidak perlu daidakan kerana pembaziran.... wah...tahniah...demi rakyat yang didahulukan maka ia dianggap satu pembaziran...

Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Semoga segala yang membazirkan untuk pemimpin juga disedari...

Khamis, 19 November 2009

KEBEBASAN BERSUARA- CICAK KOBENKAH KITA


Kian lama kian keliru... Nampaknya akhir akhir ini PR sibuk melayan kerenah dalaman. Pemimpin saling menjeling, blogger yang mendokong saling berbalas serangan.. siapa musuh siapa kawan mula tak dipedulikan.

Serangan umNo BN sebenarnya kian hilang kekuatan namun di asah oleh pendokong PR sendiri menjadikannya tajam kembali. Senjata dah mula makan tuan. Mungkin bertujuan merawat atau memperbaiki namun salah masa dan tempat. Atau mungkin menjadi alat musuh tanpa sedar atas nama kebebasan dan demokrasi dalam parti.

Kemelut PAS akhir akhir ini adalah lantaran perubahan persepsi kaedah perjuangan. Sebahagiannya dari kalangan pimpinan sendiri yang ghairah memperjuangkan pandangan, ditambah ulasan api yang disemarakkan oleh media alternatif yang dijadikan habuan senjata oleh musuh... Semuanya atas alasan kebebasan... atas alasan sayang dan menjaga parti. Seolah orang lain tak sayangkan parti. Seolah pemimpin membunuh parti.

Bagi yang islamik, atas alasan tanggungjawab menegur atau mencegah kemungkaran. Semuanya masih berlegar di bawah alasan kebebasan bersuara-sama seperti alasan sister islam dan rakannya yang mengkritik Islam atas alasan menjaga Islam...Betulke???

Hujjah yang biasa digunakan ialah kritikkan perempuan tua terhadap Umar barkaitan mahar. Jua teguran sahabat berkaitan pakaian yang dipakai umar. Hujjah yang betul dalam suasana yang salah. Umar ditegur di majlis terbuka yang mampu dijawab secara langsung tanpa fitnah itu berlegar. Jua bukan bersifat strategi yang adakalanya tak perlu diketahui. Mungkin antara tanda kecerdikan kita ialah mengharapkan isi mesyuarat dan strategi parti dilapor di media seantero dunia.... Ada jua penulis blog yang mengutip cerita di tepi pasar lalu diangkat sebagai berita xklusif di Blog dengan mencabar pemimpin menafikannya... Moga anda cermin diri sendiri... Pemimpin berjiwa besar takkan peduli fitnah dan cerita pasar... jauh sekali menjadikannya medan perbahasan. Sekali lagi hujjah Umar akur teguran perempuan tuan dijadikan alasan...

Saya tegaskan cerita itu, sama kisahnya berlainan sebab dan suasana. Mungkin Air batu campur diminatai di negara kita... tapi takkan orang di khutub utara juga minumnya di sana?? Inilah disifatkan kemuncup di perjalanan. Kemuncup mesti dibuang, tapi masa dan tempat perlu tepat..,. Bukan ketika permainan sedang rancakk di padang...Bodohlah penyokong kelab bolasepak yang melontarkan botol dan batu kepada pemain yang sedang mengelecek bola ke pintu gol lawan dengan alasan kemuncup di stokin mesti dahulu dibersihkan... sangat bodoh!

PKR juga berdepan dengan kemelut hasil media baru internet. Namun kebijaksanaan mengawal emosi dan menapis berita menjadikan ianya tidak sehebat apa yang dialami PAS. Mungkin kerana bloger PAS jauh kehadapan memiliki missi dan Visi tersendiri yang cuba dilontarkan... mungkin mengatasi zaman agaknya.

Tahniah buat blogger PKR yang sebahagian besarnya nampak matang mengendalikan isu yang terjadi. Tahniah Blog PKR Grik yang saya lihat matang memilih dan menapis isu dan berita yang ingin dikongsi. Saya yakin mereka juga tahu dan mahu kebebasan bersuara... namun mereka mungkin lebih mahu dan lebih tahu menjaga parti yang mereka dokongi..... Teruskan usaha anda.

YB Zulkipli Nordin antara pimpinan jua bloger di alam maya yang agak kontroversi. Sebaris dengan Khalid Samad yang saling menyalahkan baru baru ini. Beliau punyai misi dan prinsip diri. Semuanya Atas alasan kebebasan bersuara jua demi kepentingan agama dan bangsa.... Begitu jua kebanyakan blogger PR yang masing masing miliki prinsip diri . Mungkin prinsip mereka jauh lebih kental dari parti atau organisasi yang mereka dokongi. Lalu apa perlu mereka menjadi ahli parti???

kebebasan bersuara adalah penting, Namun kebijaksanaan menggunakan ruang dan masa untuk bebas bersuara adalah jauh lebih penting. Sebagai orang dalam parti apatah lagi pimpinan, tentunya kebebasan bersuara kita sedikit sebanyak akan menyelongkar hal rumah tangga parti.Masing masing mendakwa miliki sumber dalaman parti... Tidakkah mereka jua khanati parti jika mereka tahu itu rahsia dalaman yang tak perlu dikongsi... dan pastinya sumber dalaman yang mendedahkannya adalah orang yang paling khianat sekali.

Kebebasan"orang berorganisasi" tentunya berbeza dengan orang yang sememangnya sering terbabas kerana terlalu bebas. Tentunya kita tidak selesa jika kehadiran kita dicurigai rakan sendiri lantaran sikap kita yang sering melelong cerita rumahtangga di pasar terbuka. Di sebabkan keghairahan menulis apa yang kita tahu akhirnya kita memberitahu kepada musuh apa yang mereka tidak patut tahu! Nasihat saya kepada suami atau isteri golongan ini agar waspada kerena bisa saja mereka terlajak menulis dan bercerita kisah di katil tidur atas alasan kebebasan bersuara atau bertujuan memperbetulkan pasangan mereka.

Apa yang penting, Tetapkan tujuan kita di medan ini.jika hanya untuk menyampaikan berita tanpa selidik kebenaran, untung rugi yang akan dialami parti.... istiharkan sahaja diri anda sebagai wartawan seumpama Malaysia kini... Cuma jangan marah jika langkah anda disekat di majlis dalaman parti ... Jangan ketika itu anda menuntut hak sebagai ahli parti..sedang anda tidak tahu tanggungjawab sebagai ahli yang membantu membina bukan meruntuhkan parti dan organisasi. Jangan di satu masa anda mendakwa ahli yang berhak tahu apa terjadi dan di masa yang sama bebas menyiarkan rahsia dan masalah parti atas alasan kebebasan bersuara... melainkan anda bersedia di cop sebagai cicak koben!

P/S :Cicak koben tu sesumpah le... dalam agama dipanggil munafik.

Ahad, 15 November 2009

PANDUAN JIKA ANDA PENULIS BERIMAN

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.

Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.

Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.

Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.

Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.

Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .

Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.

Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.

Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.

Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.

Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia”
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.

Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.

Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.


Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt

(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)

SASARAN BARU MENGHANCURKAN PAS- KITA TUNGGU SIAPA DALANG SEMUA INI

Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz
Pula Cuba di "bunuh"
oleh Politik Persepsi.


1. Setelah mereka [ musuh ] berhempas pulas untuk membunuh karektor dan kewibawaan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melalui senjata baru yang diberi nama persepsi , kini Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula menjadi mangsa mereka .

2. Mereka melihat keutuhan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama adalah ditunjangi oleh ketokohan luar biasa 2 Tok Guru [ Nik Abd Aziz dan Hj. Abdul hadi ] yang bertaraf mursyid biarpun mereka berdua tidak maksum .

3. Keutuhan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara selama ini tiada siapa yang boleh menafikannya , sehinggalah akhir - akhir ini terdapat percubaan yang sangat ekstrim untuk melumpuhkannya dengan terlebih dahulu menjadikan kedua - dua Tok Guru sebagai sasaran awal direbahkan .

4. Sebelum ini kepimpinan Tok Guru Hj Abdul Hadi dipertikai teruk dengan membentuk satu persepsi yang buruk bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan memimpin parti dengan menonjolkan beberapa kelemahan , sementara mereka menyembunyikan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kepimpinan beliau .

5. Tidak puas mereka mengkeronyok Tuan guru Hj. Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dengan persepsi buruk yang mereka bentuk , kini mereka cuba pula untuk membentuk persepsi negatif guna membelasah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kononnya mengamalkan nepotisme dan rasuah dalam kepimpinannya .

6. Matlamat mereka hanyalah satu , iaitu membentuk persepsi buruk terhadap kedua - dua Tok Guru ini dan kemudiannya menjadikan ia sebagai liabiliti kepada parti , maka secara hormat atau biadab , kedua - dua Tok Guru ini mahu disingkirkan dari pengaruh dan kerusi kepimpinan mereka . Mereka mahu PAS bergolak dan lemah sejurus itu mereka boleh menarik nafas lega .

7. Terbaru mereka masih menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz setelah Tuan Guru menyatakan pendirian tegasnya bahawa beliau membenarkan SPRM menyiasat diri dan menantunya demikian juga satu tindakan tegas , bijak dan berhemah Tuan guru apabila membatalkan hasrat mengerjakan ibadah haji ekoran isu penajaan ibadah haji beliau menjadi polemik di media .

8. Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada . Juga sungguh besar pengorbanan Tuan guru yang sanggup membatalkan ibadah haji beliau di saat semua orang menaruh harapan tinggi untuk ke tanah suci , semata - mata kerana mahu menjaga nilai integriti yang dipertahankan selama ini . Bijak sungguh Tuan Guru mengurus persepsi buruk yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah [ air muka ] beliau sekaligus membuat tekanan untuk menyingkirkan beliau dan melemahkan parti yang dipimpinnya .

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

Sabtu, 14 November 2009

SANTAi-Ikan keli gergasi ditangkap di Sepanyol

Ikan keli gergasi ditangkap di Sepanyol


SEAN bersama ikan keli gergasi yang berjaya ditangkapnya baru-baru ini.



LONDON - Seorang pemancing, Sean Kinnear berjaya menangkap seekor ikan keli antara yang paling berat di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 27 tahun dari Hitchin bergelut selama 15 minit sebelum menangkap ikan keli seberat 107.95 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.

Menurutnya, ikan itu muncul di permukaan dan kami semua terperanjat kerana ia sungguh besar.

"Ia amat berat dan batang pancing bengkok. Saya berusaha untuk menariknya manakala empat orang terpaksa menariknya ke daratan," katanya.

Sean yang memancing sejak berumur 12 tahun mengikuti bapa dan sepupunya untuk memancing dekat dengan bandar Mequinenza di Sepanyol.

Ikan itu ditimbang untuk mengetahui beratnya sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai.

Sebelum ini ikan keli paling besar pernah ditangkap ialah di Sungai Mekong, Thailand dengan beratnya ialah 293kg pada 2005.

Khamis, 12 November 2009

BAAIAH- TALAK TIGA VS MADU TIGA PILIHAN ANDA??



Media massa sibuk berterusan menjadikan isu baiah Talak dalam PAS sebagai sumber utama beritanya. Pandangan Pelbagai pihak dikutip. Ada yang sememangnya tokoh masyarakat , ada juga yang dikutip semula dari tong sampah seperti Nakhaei. Dari seorang profesor hinggalah seorang tua yang entah dari mana munculnya. Semua nya menyifatkan sebagai tidak wajar. PAS menjadi sasaran tohmahan.

Presiden PAS telah menafikan kewujudan baiah itu malah mengarahkan siasatan dibuat segera. Datuk Mustafa Ali memaklumkan hasil siasatan akan didedahkan esok. Khalid Samad mengakui kewujudannya. Tak cukup dengan itu...isterinya turut membenarkan kenyataan sang suami . Sebaliknya TG Mursyidul Am turut menafikannya.

Semua pandangan terarah kepada isu talak. Ia menjadi tumpuan utama.Menurut pihak yang mendakwa kewujudannya menyatakan ianya berada di perenggan akhir baiah. Ia seumpama ta'lik. Kalau ianya dianggap sebagai kesalahan kesalahan itu berkait dengan kaedah perlaksanaan dan ungkapannya. Bukan berkait dengan kesalahan keseluruhan tujuan baiah tersebut. Mengapa tumpuan tidak diberikan terhadap tujuan baiah tersebut? Punca baiah itu langsung tidak dipeduli.

Sama seperti kes sebatan terhadap Kartika. Tumpuan diberikan kepada sebatan bukan kepada kesalahan yang dilakukan iaitu minum arak atau semangat hukuman tersebut membenteras arak. Semua mengakui arak itu itu dosa dan peminumnyaturut mrndedahkan orang lain kepada kesan bahaya perbuatannnya. Pergaduhan, kemalangan dan sebagainya yang mungkin mengakibatkan kematian, bukan seorang malah mungkin puluhan orang yang tidak berdosa dan tiada kaitan dengannya. Tidakkah ianya lebih kejam dari hukuman rotan yang bertujuan menjaga dirinya dan masyarakat keseluruhan?

Baiah yang dilakukan oleh PAS bertujuan memelihara calonnya dari berlaku khianat kerana ia adalah sebuah parti Islam. Pengkhianatan wakilnya sedikit sebanyak akan menjejaskan persepsi orang ramai terhadap Islam dan perjuangannya. Tidakkah ramai yang sangat bimbangkan tentang Persepsi??? Pengkianatan ini berkait tentang amanah. Islam sangat mengambil berat terhadap amanah. Orang yang mengabaikan amanah dianggap khianat.! Bagi pejuang Islam, Amanah sangat berat tanggungangnya. Jika seseorang itudisokong oleh 30 ribu orang beerti ia khianat terhadap 30 ribu orang. Bermula dari seorang penampal poster, seorang penoreh getah miskin yang mungkin menderma wang beras untuk anaknya demi kemenangan Islam, hinggalah seorang jutawan yang mengharap keadilan dan kebenaran. Tidakkah ianya satu yang SANGAT TIDAK BERMORAL DAN ZALIM????

Kalau di negara luar, ada penjaga gol bolasepak Colombia yang dibunuh lantaran melepaskan gol sangat berharga untuk kemenangan. Anda boleh bayangkan walau tidak merasakan sebagaimana kami rakyat Perak menderita akibat pengkhianatan 2 ADUN PKR dan satu ADUN DAP. Sewajarnya PKR dan DAP menumpukan perhatian terhadap wakilnya yang khianat dan berpotensi untuk khianat dari sibuk menyerang PAS. Kekalutan politik dan ekonomi Perak yang terpaksa ditanggung oleh jutaan rakyat yang tidak berdosa. Bayangkan nasib rakyat dilacurkan oleh pelacur politik lantaran tiada ikatan yang menghalang mereka lakukan sesuka hati mereka.

Alasan mencagarkan isteri dengan talak demi politik adalah pandangan mereka yang hanya berpolitik, bukan golongan yang menjadikan agama yang berjuang melalui politik. Persepsinya tentu berbeza. Bukan mempertuhankan politik, tetapi perjuangan parti Islam menjadikan seluruh dari aspek kehidupannya adalah meninggikan kemuliaan dan keagungan tuhan termasuk politik. Semua yang bermatlamatkan kemuliaan tuhan adalah mulia termasuk perjuangan politik. Saya tidak maksudkan tentang talak tiga kerana ia dinafikan oleh Presiden dan Mursyidul Am.... Biarkan umNO dan sekutunya serta terompah kayu dan profesor kangkung mereka dengan isu itu. Biarkan juga khalid Samad dan isterinya!

Persoalan yang ingin saya kemukakan bukanlah teknik Baiah tersebut tetapi tujuannnya. Teknik boleh berubah dan dirubah apabila adanya kepincangan dan perubahan suasana dan keadaan. Isu utama ialah pengkhianatan amanah! Kita sibuk mengkritik seorang ayah yang mengugut anaknya dengan tujuan mengekang dari anaknya mencuri sedangkan anak kita sibuk berpesta merompak dan mencuri.... Sepatutnya kita malu sendiri.

Isu sebenar ialah lompat parti atau khianat. Khianat adalah kesalahan besar. Ia membabitkan hukum yang berat. Kebanyakan negara menghukum mati pengkhianat atau pembelot negaranya. Islam juga menghukum bunuh pengkhianat atau orang yang murtad dari agamanya. Bukanlah niat saya menyamakan antara khianat terhadap agama dan negara dengan pengkhianat politik, namun sedikit sebanyak ada kesan persamaanya... Khianat!!!

Saya faham dan sangat mengerti jika umNO dan sekutunya tak peduli tentang amanah kerana mereka memangnya bergelumang dengan pengkhianatan. Yang peliknya ialah golongan agama yang turut sama tak peduli soal khianat seperti mufti! Sayangnya golongan ini seumpama peti TV yang hanya bersuara apabila dipetik suisnya mengikut saluran keinginan dan nafsu tuannya! Hinanya mereka ini!

Penyelesaian isu ini sangat mudah! Setelah kita berpakat bahawa khianat adalah sesuatu yang sangat tidak bermaruah dan bermoral. Halang pengkhianatan melalui undang undang. Tak perlu baiah, tak perlu surat janji lagi! Tiada rakyat yang susah hati lagi jika kerajaan mereka adalah kerajaan majoriti mudah yang terdedah kepada pengkhianatan seperti Perak. Pengkhianat tidak akan dapat peluang besar kepala lagi.

Dengan ini, amanlah pejuang wanita termasuk dewan muslimat pusat dari ancaman terinaya dengan baiah talak tiga.. cuma mungkin mereka terpaksa memikirkan ancaman Madu tiga.. Pilihan anda??? Talak tiga atau madu tiga???? Wak banjari...ada berani?????

BAIAH TALAK TIGA

Bai'ah Talak 3

Ketika mana ahli-ahli PAS sedang berdebar-debar menantikan penganjuran Seminar Memperkasakan Parti di Taman Melewar, media perdana menggembar-gemburkan mengenai Bai'ah Ta'lik Talak 3 yang dilafazkan oleh calon-calon PAS ingin bertanding di dalam pilihanraya. Berbagai persoalan dan bantahan dilaungkan samada oleh ulamak UMNO seperti Jamil Khir, Masyitah dan sebagainya hinggalah kepada ulamak pengampu UMNO seperti Prof. Mahmood Zuhdi dan Tan Seri Harussani. Entah dimana mereka memperolehi nas dan dalil bagi mengharamkan bai'ah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah seperti berikut :

a. Ianya meruntuhkan institusi kekeluargaan.

b. Ianya merupakan satu penghinaan terhadap kaum wanita.
c. Ianya mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

d. Ianya dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran.
Membuat Ta'liq dalam perkahwinan termasuk dalam bab Munakahat dan ianya bukan ibadat khusus sebagaimana solat puasa dan sebagainya. Berbeza dengan ibadat yang perlu kepada nas untuk membolehkannya dilakukan, ta'liq harus dilakukan kecuali ada nas yang terang mengharamkanya. Oleh yang demikian pihak yang mengatakannya haram harus mengemukakan dalil pengharamannya, bukan sekadar hentaman berdasarkan akal fikiran semata-mata. Ada beberapa persoalan hukum yang berkait dengan persoalan ini seperti berikut : (http://www.zaharuddin.net/content/view/889/72/)

1) Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz
a. Talaq sedemikian adalah HARUS ( dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam.
(al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 ;)
b. Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA : Malik dan Abu Hanifah & Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti Sahabat, tabien dan ulama silam.
(Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)
c. Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja : Sebahagian sahabat seperti Ali Abi Talib, Ibn Mas'ud, Abd Rahman Auf, Az-Zubayr Awwam.

Di Negara ini, Mahkamah Syriah adalah pihak yang berbidangkuasa dalam menentukan perkara ini dan biarlah Mahkamah Syriah yang menentukannya jika ada kes lompat parti ini berlaku melibatkan calon-calon PAS nanti.

2) Hukum berbai'ah dengan ta'liq talak.
Mazhab Hanafi dan Ibn Taimiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa. Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami membayar kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam dan isterinya tidak tercerai.

Mazhab Syafie pula menfatwakan bahawa ianya bergantung kepada uruf setempat. Namun kebanyakkan ulasan ulama Syafie menjurus kepada jatuh talaq yang diikat atau dijadikan sumpah, iaitu jika dilanggar dengan sengaja tetapi tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja.
3) Wajar atau tidak bai'ah dengan lafaz ta'liq tercerai isteri terutamanya dengan tiga talaq.

Pimpinan PAS dan calonnya melafazkan bai'ah sedemikian dalam keadaan sedar dan yakin bahawa mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, dan bai’ah tersebut hanya sebagai pengukuh kepada iltizam tersebut dan bukan untuk meruntuhkan rumahtangga mereka. Mereka menganggap wadah perjuangan ini sebagai suatu yang amat penting dalam hidup mereka. Kecintaan kepada perjuangan suci ini amat dicintai sama seperti cintanya mereka kepada isteri dan rumahtangga mereka.
Mungkin juga seseorang isteri meletakkan syarat berta’lik seperti tersebut kepada suaminya sebagai para syarat kepada kelangsungan rumahtangga mereka. Tidak ada nilai seorang suami bagj seseorang isteri jika sekiranya beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan apakah jaminan bahawa rumahtangga mereka juga tidak akan dikhianati.

Maslahah Ammah mesti didahulukan daripada Maslahah Khassah. Bagi mereka yang kenal erti perjuangan, menjaga amanah yang diberikan oleh pengundi adalah amat besar dan pengkhianatannya adalah mudharat yang amat besar. Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hanya disebabkan pengkhianatan 3 individu yang menumpang nama parti untuk mendapatkan kerusi adalah mala petaka yang amat besar bagi majoriti rakyat Perak yang memilih Pakatan Rakyat bagi memimpin mereka. Maka keruntuhan sebuah institusi keluarga yang sebenarnya ada berbagai cara untuk dibina semula, jauh lebih kecil mudharatnya berbanding keruntuhan sebuah kerajaan yang dipilih oleh orang ramai.
Persoalan mudharat dan hukuman berganda yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak maka apakah bezanya dengan Ta’liq yang dipaksakan ke atas suami oleh Jabatan Agama Islam Perak seperti berikut :
Jika ada perbalahan di antara kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku ………………........... bt ………………kepada mana-mana Kadi Syariah dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka mengakulah aku akan berta’liq seperti yang dipersetujukan oleh Kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada berta’liq sedemikian itu maka guguirlah satu talaq di atas isteriku itu.

Tiap-tiap aku ruju’ akan isteriku…………………bt…………….dengan tiada redhanya maka tertalaqlah ia satu talaq pula.

Tidakkah ini membayangkan bahawa suami dipaksa melafazkan sumpah tanpa kerelaannya demi menjaga kepentingan isterinya sedangkan ada kaedah lain seperti fasakh yang boleh digunakandan apakah kepentingan majoriti rakyat sebuah negeri atau negara tidak begitu penting sepenting kepentingan seorang isteri kepada seorang lelaki.

Apa yang penting lafaz Ta’liq adalah haq suami sama sepertimana hukum cerai yang menjadi hak mutlaq bagi suami. Dalam masa yang sama hak bertanding menggunakan bendera parti adalah hak mutlak parti bukan hak seseorang calon. Oleh kerana sistem demokrasi yang terlalu banyak kepincangannya ini boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan oleh seseorang calon terhadap amanah yang diberikan oleh majoriti rakyat maka kemudharatan ini mesti dicegah.
Parti berhak menetapkan syarat bagi membolehkan seseorang mewakili parti. Seseorang ahli tidak pernah dipaksa mewakili partinya. Dia bebas memilih untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh parti ataupun tidak bertanding ataupun bertanding bebas atau boleh sahaja melompat parti sebelum bertanding. Oleh yang demikian lafaz ta’liq tersebut adalah hak suami tersebut yang bebas untuk diucapkan sama seperti ta’liq ; “jika kamu keluar dari rumah melalui pintu jatuh talak” yang pastinya tidak mempunyai sebarang kemaslahatan untuk dipelihara.
Untuk semua ahli parti, sebaiknya kita merujuk kepada Majlis Syura Ulamak atau Dewan Ulamak untuk mendapatkan penjelasan dan tidak perlulah kita melatah kerana mustahil perkara yang sebegini besar boleh dilakukan oleh pimpinan hanya berdasarkan nafsu dan pemikiran semata-mata.

Selasa, 10 November 2009

TALAK JAMAAH

Berat hati untuk menulis... maka pilihannya diamkan diri melihat silat tari walau jauh di sudut hati terasa siksa melihat persembahan sumbang yang di tari saban hari.. Beberapa hari memujuk diri .akhirnya saya memilih untuk turut menyatakan suara hati...

Seminar PAS telah berakhir... Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa JK Disiplin akan bertindak menyelesaikan aduan yang diterima. Namun sebagaimana dijangka, kemelut PAS seakan tidak berakhir lantaran terlalu banyak yang merasakan diri mereka terlalu hebat. Bebas dari sebarang akta dan adab berparti.
Pandangan Aziz Bari boleh dihormati kerana ia berkait perkara yang tiada keputusan. Ia juga adalah orang luar yang tiada adab di dalam parti. Pandangan Abu HAsan juga wajar dihargai kerana mereka adalah tetamu luar yang bebas memberikan pandangan.Apa maksud dan agenda mereka tidak penting. Mereka orang luar...kita bebas menerima dan menolak kerana persepsi mereka dan kita di asaskan oleh asas yang berbeza.

Apa yang menjadi masalah ialah apabila dikalangan ahli kita seakan telah hilang kawalan. Saya tak pasti apakah segelintir kita ini memang telah hilang kawalan atau dikawal satu agenda lain? Kalau pandangan satu pihak yang bercanggah di sanggah...kita boleh katakan mereka dari kalangan pihak sebelah...namun jika keputusan jamaah pun di sanggah...apa lagi kita nak kata...??
Adalah keterlaluan kita membuat keputusan sebelum pihak yang diberi kepercayaan membuat keputusan,. Seperti yang dijangkakan... sebahagian kita bukan mencari kebenaran dan penyelesaian, sebaliknya hanya mencari kemenangan! Selagi keputusan tidak berpihak kepada mereka, selagi itulah mereka akan menentang??? Bilakah akan berakhirnya kemelut ini atau mereka memang jenis yang suka kepada kemelut.... Jangan sampai orang kata kita musuh dalam selimut hanya kerana kita menulis ikut suka hati kita...



Di dalam kekeluargaan, jika kita hadapi masalah...maka di anjurkan orang tengah menyelesaikan.. namun jika penyelesaian orang tengah juga tidak kita hiraukan...maka jalan terakhir ialah..TALAk..... Mungkin TALAK jamaah adalah penyelesaian golongan sebegini... Talak adalah jalan halal yang paling dibenci..namun ia sebahagian kaedah penyelesaian yang dibenarkan Jika anda melihat segala penyelesaian yang dipilih mesyuarat sebagai tak kena selagi ianya tidak berpihak kepada kehendak hati anda.... wajar anda mengundur diri seketika hingga kelompok yang bersesuaian dengan kehendak anda memimpin nanti.

Mungkin tindakan Dr Mahathir sesuai untuk golongan seperti anda. Dr M meninggalkan umNO selagi Pak Lah memimpin. Bila Pak Lah keluar... Dr M kembali.... itu lebih baik dari jadi duri dalam daging. Kami tak mahu menghabiskan masa menjawab dan memperbetulkan persepsi sesama ahli angkara tulisan dan suara hati anda yang tak pernah akur kepada penyelesaian jamaah dalam parti. Saya rasa lebih mudah orang seperti saya untuk menjawab tuduhan liar anda jika anda berada di luar... Seboleh mungkin kita wajar mengelak bertelingkah sesama sendiri. itupun selagi kawan itu tidak dilihat seperti suara musuh...jika telah keterlaluan... kita tiada pilihan

Bila keputusan yang disepakati pun diengkari... saya cadangkan orang seperti anda boleh saja menyerang dari luar... pilih saja untuk berehat dari parti seperti Dr. M.. Sebagaimana anda mendakwa sayangkan parti...begitu juga dr M... dia juga sayangkan parti... itu cara dia sayangkan parti dia. Mungkin anda perlu bina khemah diluar jamaah.

Anda perlu belajar menghormati golongan majoriti dalam parti sehingga anda pula berada di pihak majoriti... Jangan kelirukan semua orang dengan rasa tidak puas hati anda sendiri...belajarlah hidup secara berjamaah dengan adabnya..jika tidak... anda JAHAT....

MENGURUS PERSEPSI DALAM ISLAM

Iktibar dari Sirah

1. Saya setuju betapa sebahagian persepsi mesti diambil kira , terutama apabila dilihat kepada kesan atau implikasi yang mengundang mudharat lebih umum .

2. Nabi kita Muhammad saw pernah menghalang Saidina Umar rha membunuh Abdullah bin Ubai [ sang munafiq ] kerana bimbang timbul satu persepsi bahawa Muhammad membunuh ummatnya sendiri ekoran Abdullah bin Ubai mengaku muslim malah solat di belakang Nabi saw.

3. Nabi saw tidak bertindak biarpun Abdullah bin Ubai layak dibunuh kerana menjadi musuh dalam selimut dan sering melancarkan gerakan sabotaj terhadap perjuangan baginda saw. Ini satu dari bentuk pengurusan persepsi yang telah dipraktis oleh Rasulullah saw untuk mengelak fitnah yang lebih mudharat berbanding membiarkan sang munafiq itu terus hidup .

4. Hidupnya sang munafiq itu satu mudharat besar kepada perjuangan Rasulullah tetapi persepsi yang bakal tercetus bahawa Muhammad membunuhnya ummatnya [ jika Abdullah bin Ubai dibunuh ] adalah fitnah yang bakal merentasi berpuluh generasi bahkan mungkin sampai kiamat persepsi negatif ini akan dimainkan oleh musuh - musuh Islam .

5. Saidina Umar rha juga pernah memarahi sepasang suami isteri yang berdua - duaan ditempat sunyi bimbang timbulnya persepsi negatif [ fitnah ] terhadap mereka sedang fitnah itu adalah suatu yang sungguh dahsyat akibatnya . الفتنة أشد من القتل

6. Peristiwa seperti ini menjadi contoh bagaimana sebahagian persepsi wajib diambil kira oleh kita , terutama apabila kesan dari persepsi itu mengundang mudharat yang lebih besar [ dan mungkin kekal ] berbanding mudharat yang terhasil dari perkara atau isu yang sedang dihadapi .

7. Namun dalam keadaan tertentu , persepsi diabaikan begitu sahaja terutama apabila persepsi itu negatif terhadap suatu yang bersifat prinsipal [ yang tiada tolak ansur ] . Sebagai contoh apabila Nabi saw pulang dari Isra' dan Mikraj , Baginda telah dinasihatkan oleh Ummu Hani [ sepupu baginda saw ] agar tidak menceritakan pengalaman baginda melalui Isra' dan Mikraj . Ummu Hani bimbang timbul satu persepsi negatif bahawa Muhammad saw adalah gila dan pembohong jika diceritakan kisah luar biasa itu .

8. Namun prinsip Rasulullah saw ialah tabligh [ menyampaikan ] , tidak mungkin Baginda saw menyembunyikan apa yang telah menjadi wahyu Allah untuk disampaikan kepada ummah . Peristiwa sepanjang Isra' dan Mikraj sebahagian dari wahyu Allah swt untuk mendidik manusia agar taat dan tunduk kepada Allah swt . Nabi saw akhirnya tidak memperdulikan apakah persepsi yang bakal terbentuk dikalangan masyarakat arab pada waktu itu lalu terus bertemu masyarakat dan menceritakan segala - galanya .

9. Ternyata persepsi buruk tercetus malah fitnah melanda ummat Islam pada waktu itu yang mula terpengaruh dengan persepsi yang dibentuk oleh Abu Jahal kononnya Muhammad adalah pembohong dan gila . Ianya bermula apabila Nabi saw menceritakan bahawa baginda naik ke langit dan pulang semula ke Makkah dalam tempoh satu malam . Nabi saw adalah pesuruh Allah dan mustahil nabi bersikap bodoh untuk sengaja menceritakan perkara luar biasa yang pastinya mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap baginda saw. Tetapi ini prinsip ! biarpun bakal berdepan dengan persepsi yang negatif , Nabi saw tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang rasul iaitu menyampaikan wahyu Allah swt .

10. Mungkin sebahagian ahli politik hari ini tidak akan bertindak sebagaimana tindakan Nabi saw sekalipun ia berkait dengan prinsip kerana bimbangkan persepsi . Persepsi telah menjadi senjata yang paling tajam untuk membunuh . Membunuh sebuah perjuangan . Persepsilah yang melumpuhkan perjuangan Islam diseluruh dunia mutaakhir ini apabila pejuang - pejuangnya dilabelkan Taliban , al Qaedah , KMM , ekstrim , terorrist dan lainnya .

11. Sebagaimana Rasulullah saw yang sangat dipercayai oleh Kaum Quraisy sehingga digelar al Amin , tiba - tiba menerima persepsi yang sangat buruk yang akhirnya baginda digelar tukang sihir , gila dan pemecah belah masyarakat semata - mata kerana baginda saw konsisten menentang jahiliyyah dan memerangi kebathilan .

12. Malah hari pertama baginda membawa ajaran tauhid ini kepada masyarakat quraisy di atas bukit safa , baginda telah di ancam :

يا محمد هذا الأمر تكرهه الملوك و تحاربك العرب و العجم

Wahai Muhammad , apa yang kamu bawa ini adalah suatu yang sangat dibenci oleh para pembesar dan kelak kamu akan diperangi oleh orang - orang Arab dan bukan arab .

13. Biarpun persepsi masyarakat telah berubah terhadap baginda , namun demi prinsip perjuangan Islam ini , Nabi saw terus istiqamah dan thabat [ konsisten ] memacunya sehingga Nabi saw pernah bersabda kepada bapa saudaranya Abu Talib :

يا عمي و الله لو وضعوا الشمس في يميني و القمر في يساري على أن أترك هذا الأمر ما تركته أو أهلك دونه

Wahai bapa saudaraku , Demi Allah jika sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan perjuangan ini , nescaya tidak akan ku tinggalkan [ sehingga Islam ini menang ] atau aku binasa kerananya [ syahid ] .


14. Ertinya Nabi saw tidak pragmatik untuk menukar haluan perjuangan atau memperlahankan rentak perjuangan semata - mata kerana mengambil kira persepsi masyarakat jahiliyyah pada waktu itu . Sebaliknya Nabi saw tegas dan berani mengambil risiko demi membawa misi menyelamatkan aqidah ummah .

15. Demikian persepsi diurus oleh nabi saw apabila berdepan prinsip perjuangan . Bukan sahaja Nabi saw mengabaikan persepsi tersebut tetapi Baginda saw tidak langsung terkesan dengan apa yang orang lain nak kata , apa yang penting ialah dasar dan prinsip perjuangan diteruskan malah digerakkan dengan lebih aktif.

Ahad, 8 November 2009

PERSEPSI OH PERSEPSI

Dunia Islam setiap hari dihimpit tekanan. Orang yang berjuang Islam mengikut ajaran Rasulullah dituduh sebagai Ekstremis.Mereka dianggap sebagai pengganas. Seluruh dunia mengakui tuduhan ini termasuk ummat Islam sendiri lantaran mempercayai media musuh.

Selepas peristiwa 11 september ummat Islam terus diasak dengan pelbagai tuduhan melampau. Yang menuduh bermula dari musuh Islam dan akhirnya diikuti oleh ummat islam yang barangkali tidak memahami atau menjadi alat musuh. Musuh menggunakan pemimpin Islam untuk meletakkan tuduhan itu.

Pejuang Islam yang berjuang di Afghanistan dianggap ganas lalu mereka ditangkap dinegeri sendiri termasuk pelajar Malaysia atas tuduhan ganas. Hampir semua mempercayai bahawa peristiwa 11 september adalah angkara Al Qaeda.... dibuat pelbagai teori dan fitnah yang semuanya dikaitkan dengan Islam. Hampir saja semua dunia Islam mengakui ianya angkara Al Qaeda hinggalah penyiasat barat sendiri mendedahkan teori dan fakta di sebalik peristiwa itu. Sebahagian ummat islam mula menerima bahawa ianya angkara Amerika sendiri!

Demikianlah PERSEPSI salah terhadap dunia islam. PERSEPSI itu menyakitkan ummat Islam hingga mereka diburu dan di siksa saudara mereka sendiri. Itu semua angkara PERSEPSI!! PERSEPSI yang sengaja dibuat untuk menyalahkan Islam dan memburukkan penganutnya...Tentu ianya di buat untuk menguasai ummat Islam! tetapi akhirnya PERSEPSI itui ternyata salah!

Mungkin islam tertekan angkara PERSEPSI. Mungkin ummat islam dilihat sinis angkara PERSEPSI. Mungkin ada ummat islam yang dibunuh angkara PERSEPSI. Tetapi akhirnya PERSEPSI itu ternyata salah dan kesannya Islam menjadi tumpuan pengaNut lain! DiAmerika kemasukan ke dalam Islam mendadak...... setelah PERSEPSI itudiperbetulkan! Siapa yang bertanggungjawab membetulkan PERSEPSI itu jika bukan ummat islam sendiri???

Selagi ummat Islam terus menerus menyambung persepsi salah terhadap islam selagi itulah Islam akan dilihat salah. pERSEPSI bukan kebenaran! PERSEPSI adalah hasil rancangan dan kesungguhan menguasai pemikiran! Kalau kita tahu PERSEPSI itu salah maka WAJIB kita perbetulkan PERSEPSI itu. Selagi kita menjadi TALIBARUT musuh memanjangkan PERSEPSI itu selagi itu yang salah akan terus dilihat benar!

Demikianlah PERSEPSI terhadap pemimpin PAS! apakah PERSEPSI itu betul??? Jika betul apakah dulunya tidak begitu??? Mengapa dulunya PERSEPSI nya tidak begitu??? Jika kita berniat mempertahankannya kita lah yang wajib memperbetulkannya??? Tidakkah kita WAJIB memperbetulkan PERSEPSI yang salah itu???? atau kita sendiri meyakini PERSEPSI salah itu??? Sejak bila kita mula meyakininya???? apa faktor kita meyakininya???? Apakah di atas dasar ingin kemenangan segera??? atau kebencian lantaraN BEBERAPAPERISTIWA??? anda yang tahu jawapannya!!

Semua itu masih beRlegar berkaitan PERSEPSI..... SEMEMANGNYA PERSEPSI AKAN TERUS MENJADI PERSEPSI!!!! Namun bagi Islam ialah benar dan salah..... bukan menang dan kalah.... hanya mereka yang mengejar kemenangan SEMATA melihat kemenangan adalah segalanya..sekalipun Islam kian jauh dari kita..... persoalannya apakah matlamat perjuangan kita???? bagaimana kita mengimbanginya dan menjelmakannya di tengah rakan seperjuangan kita???

Saya punya PERSEPSI berbeza... sebagaimana anda punya PERSEPSI tersendiri...saya jua berhak dengan PERSEPSI saya... JANGAN MEMAKSA SAYA!!!!