Khamis, 31 Disember 2009

MINYAK- APA KATA KU LI.

Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibatkan kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

BINGKAI AGAMA.. BUKAN NAFSU DAN SELERA KITA


Hiburan adalah fitrah manusia. Tiada manusia tidak inginkan hiburan, Bentuk hiburan pula pelbagai. Ada berbentuk jenaka, gurau senda, nyanyian bersajak dan sebagainya sesuai dengan sifat manusia yang berbeza. Lain bangsa lain hiburannya. Lain usia lain gayanya.

Dakwah juga pelbagai bentuk dan gayanya. Paling dicontohi ialah perilaku dan adab yang sopan yang menawan. Senyum jua boleh jadi satu dakwah. Samada lisan atau perbuatan, ia bermatlamat keuntungan Islam dan cara yang diizinkan syarak. Muzik sebahagian darinya. Ia kecenderungan bukan sahaja anak muda malah jua situa bangka. Cuma tentulah iramanya berbeza.

Alunan lagu Al Quran adalah sebaik hiburan bagi orang beriman. Dialunkan dengan lagu yang disenikan dengan suara yang penuh kelunakan. Indahnya ciptaan tuhan. Ia bukan hiasan dan halwa telingan semata tetapi jua irama yang menyentuh di akal dan jiwa. Hiburan yang menghidupkan, ia hiburan yang membangunkan nilai dan martabat insan.

Seni muzik jua miliki keindahan. Ulama berbeza pendapat di zaman dulu dan kini. Perkembangan yang bersifat memberi kebaikan tetap diraikan. Ulama mutaakhirin mengizinkan sebarang alatan muzik selagi ia dikawal dari syarat yang melalai atau merosakkan. Lirik dan suasananya... dan berbagai syarat yang bermatlamat menjaga nilai insan.

Islam ialah agama yang membimbing, bukan menghalang. Ia mengatur bukannya menyekat. Ia dibina di atas bingkai yang cukup rapi. Bergeraklah selagi di dalam bingkainya. Seumpama di padang bola...bermainlah selagi di dalam padang...namun harus diingat... ada yang boleh bermain dengan kaki dan kepala sahaja , ada yang dibenarkan bermain dengan semua anggota malah ada yang hanya memerhati dan mengadili tanpa menyentuh bola.... itulah kaedah dan seninya sebuah permainan.. inilah jua sifat agama yang fitrah..agama yang indah.

" Celupan Allah... seiapakah lagi lebih baik celupannya (acuan) selain Allah?" ....

" Wahai tuhan ..tidaklah engkau ciptakan sesuatu dengan sia sia.."

semuanya bermatlamat menjaga manusia...mengapa harus kita menyempitkannya hanya kerana tidak sesuai dengan selera kita???? atas alasan ..saya tidak meminatinya??? agama bukan milik kita dan masyarakat jua tidak harus diatur mengikut kehendajk kita...

Demi agama...susunlah ia berdasarkan selera dan kemahuan mereka selagi kita masih didalam bingkai agama... jangan kerana kebencian dan bercanggah selera kita lalu masyarakat dibiar hanyut tanpa dibelai dan dibela....

Keluarlah dari tempurung yang membekukan cara hidup dan berfikir kita... selagi syarak mengizinkan...

Rabu, 30 Disember 2009

MENANGANI DAKYAH

Sekali lagi ada pihak yang merancang demonstrasi kononnya untuk mendesak MB KUDETA Perak meletakkan jawatan. Perkara ini didedahkan oleh YB Idham Lim ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak. Entah pihak mana yang mahu mengambil kesempatan masih belum diketahui. Apa yang hampir pasti umNO lah yang telah menganjurkan demonstrasi di Selangor atas nama PAS mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat.

Perpecahan dalaman BN sangat serius kini. Namun melalui penguasaan akhbar dan media perdana ia berjaya di alihkan kepada PAS. Juga melalui pertolongan dan minat Blogger atas pagar serta PAS sendiri yang turut menyambung lidah dan hasrat umNO tersebut. Ketua Penerangan PAS Perak itu menafikan sms yang tersebar sambil mendesak siasatan dilakukan.

Inilah hukum persepsi. Siapa yang menguasai media ia akan menguasai minda masyarakat sekalipun ia bukan hakikat dan kebenaran. Islam menolak persepsi sebegini walaupun ianya telah menjadi iman umat akhir zaman. Persepsi yang batil sepatutnya disanggah bukan dirai. Itulah sepatutnya arus yang digerakkan oleh mereka yang terlibat sebagai agen penyebar maklumat melalui media cetak seperti akhbar, TV atau blog.

Berbalik soal minat " sekelompok " masyarakat terhadap apa yang didakwa demo bagi mengalihkan isu ini harus ditangani dengan bijak. Malah jika perlu "perangkap" dibuat untuk mereka. Malangnya kita terlalu mudah menerima sesuatu yang tiada asalnya untuk berhujjah. Lihat sahaja perbezaan berita yang tersiar berkait dengan apa yang berlaku di Kelantan. Perbezaan kenyataan itu sewajarnya dengan mudah menjadikan kita menolak berita ini sebaliknya menjadikan kita semakin runsing antara memilih mana satu kebenaran. Kekadang kita sendiri keliru memilih berita walaupun perbandingan itu antara Harakah dengan berita Harian. susahnyaaa...

Terkini SU akhbar MB Kelantan meminta Berita harian memohon maaf di atas salah lapor berkaitan kenyataannya. Ia bukan kali pertama berlaku malah diulang berkali kali. Bukan salah kita melihat berita dari sumber yang kita ragui...yang salahnya meyakini lantas menjadikannya hujjah. Kita diajar untuk tidak berhujjah dengan hadis Dhoif sekalipun dibenarkan kita melakukann amalannya... namun diharamkan sama sekali kita beramal dengan hadis maudhuk!

Moga tiada antara kita yang terperangkap dengan dakyah songsang umNO yang kini tersepit dan lemas dalam isu yang bergelombang. Kehilangan enjin kapalterbang dan seribu satu isu termasuk BTN menyebabkan umNO cuba mengalih perhatian kepada orang lain.

Bagi yang beriman, mudah mereka menilai melalui peringatan Hujurat ayat ke sepuluh yang berulang kali diingati... namun kita insan bersifat lupa yang perlu diperingatkan!

Selasa, 29 Disember 2009

RIBUT DICANGKIR...JANGAN TUMPAH DI LANTAI


Politik di Kelantan ribut sekali lagi. Gara gara dua setiausaha yang bakal menamatkan tugas mereka, TGNA menjadi sasaran serangan. Apa peliknya dua Setiausaha itu tidak disambung tugas mereka setelah tamat tarikh. Mereka bukan dipecat. Dimana salahnya?. Ia umpama tuan rumah memilih untuk memberhentikan pembantunya.

Mungkin rumah itu agak kalut kerana sering ada orang yang mengintip apa terjadi didalamnya. Bunyi pinggan yang dibasuh barangkali dikatakan cawan pecah. Kalau pecah sekalipun...tiada salahnya. Setiausaha adalah jawatan pembantu. Jika dirasakan sudah kurang membantu... tidak salah dicari pembantu baru...apatah lagi sudah 10 tahun membantu.

Nampaknya ribut itu semakin kalut apabila exco kanan mula meluahkan apa terbuku di dada. Datuk Husam di dalam blognya mula melarik kaca yang sekian lama kilatnya memantulkan cahaya tanpa cacatnya. Komentar Datuk Husam berkaitan kekalutan politik anakberanak seiring dengan pengunduran dua setiausaha MB Kelantan. Mungkin tulisan Husam bukan bermaksud begitu..tetapi beliau tidak boleh menolak persepsi masyarakat bahawa beliau tidak senang dengan apa yang berlaku. Seperti juga TGNA tidak boleh menolak persepsi masyarakat bahawa semua yang terjadi adalah rentetan isu Ariffahmi walau mungkin semuanya saling tidak bertaut sama sekali. Mungkin semua lupa bahawa yang memulakannya ialah Kickdafela.. yang kini mungkin tersenyum puas dengan apa terjadi...

Nampaknya kemelut semakin kusut, namun jika diikut resmi "keruh di sungai", itu petanda kepala air akan turun. Pasti ada yang akan menjadi mangsa jika tidak gagah bersedia, atau naik dari tebing sungai sejauh yang mampu untuk seketika, dan selepas itu sungai akan jernih semula. Mungkin kemelut yang keruh sejak muktmar sebelumnya.... sampah sarap yang mengeruhkannya akan hanyut kebawah jua... tapi awas...seperti kepala air, ia turut mengaut apa sahaja yang menanti di bawahnya. Menarik apa jua yang mampu digapainya...

Dalam perjuangan Islam, tapisan adalah proses biasa. Kita sedang menanti tapisan itu dengan doa agar bukan kitalah yang tertapis. Tak kira pemimpin besar atau kecil... tapisan Allah paling seni... ia mengukur ikhlas yang tidak dilihat manusia. Ia menilai niat yang dihiasi senyum dan gigih bekerja di muka. Itu adalah petanda akhir kemenangan setelah sekian lama bertahan dengan ujian.

Istilah ribut dicangkir sudah lama digunakan apabila kemelut di dalam PAS di "konsertkan" di medan umum.Namun apa yang membimbang kita ialah jika ribut itu mampu menumpahkan kopi ke lantai... lebih menakutkan jika cangkirnya turut pecah berderai....

TUKAR PEGAWAI- PROSUDER BIASA.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan pengunduran dua pegawai peribadinya seperti diura-urakan sejak hujung minggu lalu.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, memaklumkan isu hangat kepada mesyuarat mingguan Dewan Harian parti itu di Kota Bharu petang ini.

Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim memberitahu Malaysiakini selepas mesyuarat itu, setiausaha politik menteri besar Anual Bakhri Haron meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari ini, setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakob pula tamat kontrak sebulan selepas itu.

Ditanya sebab-sebab Anual Bakhri berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak Disember 1999, Mohd Zaki berkata pegawai itu ingin menumpukan pada kegiatan penulisannya.

Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, yang juga timbalan dua pesuruhjaya PAS Kelantan, hadir dalam mesyuarat selama 90 minit itu walaupun pada awalnya diura-urakan ingin memboikotnya.

Husam, yang dikatakan rapat dengan Anual Bakhri, diura-urakan tidak senang dengan perkembangan politik dalam kerajaan negeri itu, mutakahir ini.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Anual berkata beliau tidak ada apa-apa masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana "sebelum ini selalu bercakap kemungkinan untuk melepaskan jawatan ini".

"Saya tidak ada apa (masalah), saya sudah berkhidmat 10 tahun," katanya.

Ditanya sama ada pengguguran tersebut disebabkan perkembangan dan pergolakan yang berlaku di Kelantan, Anual berkata: "Saya tidak pergi sejauh itu."

Seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Seperti laporan akhbar hari ini, Mohd Saiba pula mengesahkan pengguguran itu melibatkan beliau dan Anual tetapi kedua-duanya belum menerima hitam putih keputusan tersebut.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau difahamkan Anual digugurkan susulan pertikaian beberapa pihak terhadapnya yang dianggap "gagal memberi nasihat politik yang betul kepada menteri besar dalam beberapa isu penting mutakhir ini."

Mengulas isu panas tersebut, kerana dianggap satu lagi tanda pergolakan dalaman PAS negeri, Nik Abdul Aziz menafikan wujud pemecatan dua setiausahanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, lapor Harakahdaily.net, beliau berkata Anual Bakhri sudah lama berniat berbuat demikian.

Anual Bakhri mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat penerbitannya, selain masalah kesihatan anak bongsunya, lapor media rasmi PAS itu lagi.

Nik Abdul Aziz dipetik berkata pengunduran dua pegawainya itu bukan rombakan tetapi prosedur biasa pelantikan politik. (Msia kini)

Isnin, 28 Disember 2009

TUN MAHATHIR- APA DI KEPALANYA?

Cabaran demi cabaran terus di utarakan oleh Tun Mahathir. Masyarakat seakan bingung dengan apa yang dikehendaki oleh Tun Mahathir. Dulu beliaulah yang paling keras mengkritik Pak Lah melalui menantunya Khairy. Sedangkan bukanlah rahsia Pak Lah adalah bahan ujian dan Loncatan Tun Mahathir sebelum diserahkan kepada Najib. Namun Tun kecewa kerana Pak Lah belot.

Kini setelah Najib dinobatkan, Tun masih lagi merengek dengan bermacam tuduhan. Paling mengegarkan bila Tun mengistilahkan umNO telah busuk sampai ke usus walaupun TUN telah kembali ke dalam umNO yang didakwa busuk. Cabaran menyaisat peruntukan di zaman Pak Lah sekali lagi mengugat pentadbiran Najib, sekalipun sasarannya ialah Pak Lah...namun harus diingat Najib adalah timbalannnya ketika itu..ertinya serangan kepada Pak Lah adalah serangan kepada Najib.

Nampaknya kasih Tun sekali lagi berubah kepada Mahyudin pula. Memang Tun bukanlah "kekasih" yang setia. Tun hanya inginkan cita citanya tercapai.. atau mungkin juga Tun jenis orang yang suka menguji kehebatan dirinya. Cuba ingati kembali...susur jejak Tun amat licik dalam politik..seorang yang naik dengan cepat.. disingkir dari umNO dan menumpang pentas PAS. Kembali kepada umNO dan melonjak naik dengan cepat. menyedari kekuatan PAS yang pernah dikongsi "katilnya" Tun lantas menghenyak PAS sampai lumat. Beliau menggunakan DSAI bagi menyaingi imej islam PAS. DSAI dengan slogan Penerapan Nilai nilai Islam menjadi alat Tun ketika itu. Kemuncak kezaliman Tun ialah peristiwa Memali.

Setelah habis madu..sepah dibuang... DSAI dimalu dengan sehinanya pada tahun 1998. Ia satu perancangan terancang melibatkan institusi kehakiman, institusi paling mulia dalam sistem undang undang barat.Almarhum Hj Idris menceritakan detik itu kepada saya. Menurutnya beliau telah dipetisejukkan sebelum konspirasi itu bermula... dan beliaulah yang memaklumkan kepada DSAI sebelum plan itu sampai kemuncaknya.Ternyata DSAi yang pernah menjadi senjata melengahkan kemenangan PAS dimusnahkan.

Kini semua puhak masih belum dapat menduga secara tepat apa di kepala Tun. Yang pasti, Tun sedang merancang sesuatu...dan selama ini ternyata beliau tidak gagal dalam perancangannya. Apakah semua yang berlaku adalah persiapan memerangkap semua pimpinan umNO dan membuka laluan buat anaknya Mukhriz. Jika Tun mampu menaikkan "anak didik" nya... tidak mustahil Tun mampu manaikkan anaknya...Mukhriz ..satu satunya pewaris politik keturunannya.....namun mukhriz masih malap setelah tewas ditangan menantu kesayangan Pak Lah..Khairy Jamaludin...

Kita lihat...siapa yang kenaaaa?

BUSUK YANG TELAH DI HIDU

Siang tadi umNo berhimpun mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Lawak sungguh bila si tua yang yang tengah semput kerana bergaduh dengan bini sebab tak dapat anak mendesak bini orang yang menjadi kegilaan ramai agar berpisah dengan suami disaat anak yang dikandung hampir melihat dunia...

umNO sedang menghadapi kemelut dan krisis dengan bini nya yang sedang bermain mata dengan jantan liar. Apakan tidaknya...setelah menyedari suami dah tak bermaya kerana terlalu tua... kerap kali terpaksa menggunakan gas pernafasan setiap kali keputusan PRK, si isteri yang tak pernah setia ini tentunya mula tunjuk perangai.

sewajarnya umNO terlebih dahulu mendesak Gerakan melepaskan jawatan pengerusi BN dari kacau hal rumahtangga orang yang sedang berbulan madu. Muka tak tahu malu!

Alhamdulillah , masyarakat tahu siapa dalang dan jalang di sebalik perhimpunan atau perkumpulan kecil umNO di Selangor kononnya mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat. Sejak awal, telah dihidu bau dalang dan jalang ini dari jarak lebih sabatu. Memang yang busuk itu tak mampu ditutup.

Walaupun diperingkat awal...ada hidung berselsema dari kawan kawan Pakatan Rakyat yang tak mencium bau busuk ini...akhirnya setelah diletakkan depan mata mereka terbau juga." Mereka merancang..Allah jua merancang..Dan Allah lah sebaik baik perancaang!

Ahad, 27 Disember 2009

POLIS JENTERA BARU MENGUGAT PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat terus menerus berhadapan dengan musuh jelmaan. Mereka tidak hanya berhadapan dengan umNO dan BN yang telah lumpuh, kini seluruh jantera kerajaan dipergunakan untuk mengimbangi kelemahan umNO dan BN yang menghadapi masalah dalaman. Mereka gagal mencipta isu seperti yang dibuat di Selangor kononnya PAS mendesak keluar Pakatan Rakyat. Seluruh tongkat dipergunakan bagi menompang umNo yang kian lemah lututnya untuk berdiri.

Akhir akhir ini satu lagi Badan kerajaan sedang giat menyerang Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini Pakatan Rakyat berhadapan dengan gangguan dari SPRM , kini PDRM menjadi aset untuk menganggu Pakatan Rakyat.Kenyatan Lim Guan Eng berkaitan Teo Beng Hock menjadoi titik awal gangguan berterusan polis terhadap Pakatan Rakyat.Terbaru Kenyataan ketua Polis Selangor berkaitan seorang ADUN uang membela Lim menjelaskan keadaan ini.;

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan daripada ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menakut-nakutkan polis.

"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata kenyataan ADUN itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng," katanya.

Khalid memberitahu pemberita demikian pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata, Lim akan disoal siasat kerana mendakwa Teoh Beng Hock mati dibunuh, ketika ketua menteri Pulau Pinang itu berucap di konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu. - Bernama

Sabtu, 26 Disember 2009

MALAYSIA SUMBER BESI BURUK TERMAHAL DI DUNIA

(I) KEHILANGAN ENJIN PESAWAT TERBANG

SEMUA macam tak percaya, macamana enjin pesawat terbang seberat 600 paun boleh lolos dari kawalan keselamatan. Macamana perkara ini boleh berlaku. Siapa Menteri Pertahanan ketika itu ?

Khabarnya enjin itu sudah diseludup ke Argentina, malah ada laporan yang mengatakan enjin tersebut sudah berada di sebuah negara Asia barat yang anti Amerika. Macamana boleh lolos ?

(II) KEHILANGAN GERABAK KERETAPI.

Pada tahun 80an dahulu negara digemparkan dengan kehilangan sebuah gerabak keretapi di Stesen Tapah Road, Perak. Semua macam tak percaya bagaimana sebuah gerabak keretapi yang begitu besar sangat berat dicuri.

Dari segi logiknya kerja mencuri gerabak bukan kerja mudah. Paling kurang memerlukan sebuah treler panjang dan 2 buah kren untuk mengangkat gerabak itu, sebelum diangkat ke atas treler dan di bawa lari. Macam mana boleh lolos ?

(III) KEHILANGAN DANDANG

Seperti juga gerabak keretapi, sebuah dandang yang begitu besar dan berat perlu kepada kren dan treler untuk diangkut. Dandang iaitu satu peralatan mekanikal, didapati telah dicuri dari kawasan kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kejadian berlaku pada waktu siang hari malah pada hari berkerja.

Dandang tersebut telah dibawa keluar dan melalui pemeriksaan keselamatan di pintu keluar universiti itu. Macamana boleh lolos ? Bolos ?

(IV) BESI BURUK

Tayar terpakai boleh tak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual. Alat ganti kereta terpakai tidak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual di pasaran dalam negara.

Kebanyakan alatganti kenderaan yang terdapat di kedai potong atau kedai alatganti terpakai adalah dibawa masuk dari negara luar terutama dari Jepun. Ianya dibawa masuk ke Negara ini dan diikrarkan oleh pengimpot sebagi besi buruk atau barang lusuh.

Cukai yang dibayar kepada Kerajaan ialah ‘cukai besi buruk’ bukannya cukai alatganti. Harga jualan satu enjin kereta terpakai sudah mencukupi untuk membayar cukai besi buruk satu kontena !

Tidak menghairan dan tidak mustahil jika enjin pesawat yang hilang itu dibawa keluar melalui pemeriksaan Kastam dan diikrarkan sebagai besi buruk. Lalu lolos ketika Najib jadi Menteri Pertahanan !

Pepatah Melayu berbunyi “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”

email dari wan Rashid- Jazakallah.

Jumaat, 25 Disember 2009

SEMARAK SEMARAKKAN TAHUN HIJRAH DENGAN KONSERT



Sukarelawan Muslim Perak atau singkatannya SEMARAk bakal meneroka satu lagi medan dakwah kepada anak muda. Walaupun belum setahun ditubuhkan, kumpulan anak muda yang merupakan penggerak dakwah merasakan tanggungjawab menyelamatkan anak muda dari hanyut dalam budaya menggila dan melekakan. Sempena tahun baru yang berbetulan hampir seiring dengan tahun baru hijrah, maka satu konsert Hijrah akan dianjurkan.

Konsert tersebut merupakan antara aktiviti ulung SEMARAK dalam menempatkan diri mereka ditengah gelombang kemelut masyarakat terutama anak muda. Konsert tersebut menampilkan artis era 90 yang popular antaranya Mel Wings, Radhi Melissa, Blank Gamma, Rahmat Mega,Renggo Arrow dan Azhan Atan. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Haslin Baharin.

Konsert yang menampilkan bentuk dakwah itu akan disertai tazkirah disamping edaran risalah. Program akan dilangsungkan di Taman Tasek Taiping itu dijangka mendapat sambutan hangat dari golongan muda khususnya peminat Rock 90 an. Program dakwah yang digerakkan oleh SEMARAK ini mendapat sambutan dan sokongan semua pihak terutama Bahagian Dakwah JAIP melalui AF Ustaz Ashraf Ismail.

Pagi tadi rombongan SEMARAk telah mengiringi Pengerusi SEMARAK Ust Akmal untuk temuabual istimewa konsert Hijrah di TV 9. Temubual dihoskan oleh Husna pengacara TV 9 yang juga bekas juara gadis Melayu bersama Aziz Desa. Turut serta ialah Blank Gamma dan Azhan Atan yang menyampaikan lagu mereka.

Semoga banyak pihak akan turut serta menggalas tanggungjawab dakwah tanpa disempadani oleh elemen politik dan kaum. Golongan artis telah menunjukkan kesungguhan mereka... bagaimana dengan peminat mereka???

DENDAM MAHATHIR- MACAM PAK PANDIR...

Macam cerita pak Pandir dan Mak andeh yang entah dikutip dari mana.... Pak Pandir bawa anaknya yang telah meninggal dunia untuk dikebumikan. Dalam perjalanan , mayat anaknya tergelincir... dalam perjalanan balik dia bertemu mayat anak yang mati itu... katanya...bukan anak kita aje yang mati...anak orang lain pun mati juga... itulah perumpamaan ceritan Tun kita yang dah dekat nyanyuk ini....

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Khamis, 24 Disember 2009

umNO BELA MELAYU LAGIIIIII..

Siapa tak kenal Lemang Seladang jika melalui jalan gopeng ke Ipoh.Lemang yang terletak berhampiran Limau bali Tambun kini hanya tinggal runtuhan. Peniaga ,melayu menjual makanan tradisi melayu...berjaya menaikkan nama makanan melayu..akhirnya musnah ditangan kerajaan yang kmononnya membela melayu... ia sebahagian dari rangkaian cerita malang peniaga melayu sejak rampasan kuasa kerajaan KUDETA Zamry... itu pun masih ada yang menaruh kasih pada perjuangan melayu umNO....

ANJANG HALIM menunjukkan gerai Lemang Seladang miliknya yang dirobohkan MBI di Taman Soon Choon, Ipoh semalam.

IPOH - Kelazatan lemang Seladang mungkin tidak dapat dirasai lagi oleh orang ramai khususnya penduduk bandar raya ini apabila gerai yang sudah bertapak di Taman Soon Choon di sini lebih 20 tahun lalu, dirobohkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semalam.

Pengusahanya, Anjang Halim Md. Saman, 57, mendakwa, gerai lemangnya telah dirobohkan MBI pada pukul 8 pagi tanpa sebarang notis pemberitahuan.

"Walaupun gerai lemang saya dibina di atas rizab jalan tetapi ia tidak mengganggu lalu lintas malah saya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

"Saya ikut semua syarat ditetapkan JKR Perak. Lagi pun saya telah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu, kenapa sekarang baru hendak dirobohkan," katanya ketika ditemui di tapak gerainya yang telah diroboh.

Lemang Seladang terkenal di bandar raya ini kerana keenakannya dan menjadi pilihan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing seperti Hong Kong, Australia dan Singapura.

Artis Hollywood, Jodie Foster juga pernah singgah di gerainya untuk menikmati lemang semasa dia melakukan penggambaran filem Anna and The King di bandar raya ini pada tahun 1999. (sumber kosmo)

Rabu, 23 Disember 2009

ADUN SLIM SEMBAH DERHAKA?

Kemelut perlantikan JK Masjid di Perak khususnya di Batang Padang sepatutnya berakhir dengan arahan kebawah duli Tuanku Raja Nazrin Shah yang juga YDP Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak. Baginda dilapor mengarahkan agar senarai nama asal yang telah diluluskan baginda diterima pakai.

Kemelut tersebut bermula apabila ADUN Slim, Datuk Khusairi Abd Talib campurtangan dalam pengurusan pentadbiran agama dengan meminta agar senarai itu disusun semula. umNO yang dilihat terdesak untuk menguasai masjid terpaksa akur dengan kehendak kariah malantik jawatankuasa masjid yang bersesuaian dan berkelayakan setelah campurtangan Tuanku Nazrin. Usaha umNO menggunakan kuasa politik melalui kuasa politik untuk menyusun semula senarai yang telah diperkenankan baginda ternyata gagal.

Tindakan Datuk Khusairi dilihat ramai sebagai cuba campurtangan kuasa agama yang terletak di bawah kuasa istana. Harus diingat... penjajah sendiri tidak berani mengubah keputusan yang telah dibuat oleh pihak istana berkaitan masalah agama dan adat melayu. Alangkah malangnya bagi umNO yang selama ini mencanangkan kedaulatan raja dengan memasang stiker " DAULAT TUANKU" di kereta masing masing bertindak membelakangkan keputusan yang telah ditandatangani Tuanku. Apa pula komen pemimpin umNO Perak yang kononnya mendakwa menjunjung institusi agama?

Bagi umnO, institusi istana bukan untuk dihormati, Ia hanya untuk dipergunakan bagi kepentingan politik mereka. Rakyat masih ingat bagaimana umNO bertindak menghina raja raja melayu sehingga dilondeh institusi yang begitu dihormati oleh orang Melayu. Hanya Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika itu tidak berkonfrantasi dengan istana. TGNA yang menjadi Menteri Besar Kelantan amat menghormati institusi agama kerana ia adalah adab dan akhlak yang diajar oleh agama.

Rakyat menanti tindakan YB Datuk Khusyairi yang mewakili umNO memberi reaksi berkaitan titah baginda. Sewajarnya beliau memohon maaf kepada baginda kerana tindakan membantah keputusan yang telah direstui oleh baginda adalah satu penderhakaan. Walaupun beralasan kononnya senarai nama itu dipinda , tetapi tindakan membelakangkan keputusan yang telah direstui oleh baginda adalah satu penderhakaan.

Kita nantikan samada Datuk Khusyairi akan memohon kemaafan atau memilih derhaka kepada Baginda .... Satu lagi usaha umNO menyingkirkan Pengarah JAIP gagal... beerti umNO terpaksa mencipta isu baru bagi menguasai institusi agama di Perak.... usaha terdesak orang yang sedang nazak...

Selasa, 22 Disember 2009

KINI HANYA AGAMA ALAT umNO MENGUASAI MELAYU

Maklumat terbaru menyebut umNO sedang menyusun semula struktur institusi agama di Perak. umNO menyedari pengaruh PAS sangat meluas di dalam institusi agama seperti masjid dan jabatan agama. Penyusunan semula masjid dan jabatan agama sangat mendesak buat umNO. Ini kerana umNO sememangnya telah lama menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan politik mereka.

Seperti kata pepatah arab " dia memukul saya, dia yang menangis, dia membuat zalim kepada saya , dia yang mengadu" itulah umNO dalam tipuhelah menguasai orang melayu yang terlalu dekat dengan agama. umNO menyedari...kelentong mereka tentang pembelaaan bangsa semakin diragui terutama setelam memperkenalkan satu Malaysia. Masyarakat kampong mula tahu...satu Malaysia sangat bertentangan dengan perjuangan assobiyah kebangsaan melayu umNO. Kini umNo cuba bergantung dengan institusi agama.

Kita masih ingat bagaimana umNO cuba mempertahan Jumry di saat kerajaan PR Perak menguasai negeri. Berbagai usaha dibuat untuk mempertahankan pengarah agama tersebut yang akhirnya terpaksa angkat kaki apabila beberapa skandal dan penyelewengan pengurusan dikesan mula dihidu. Apabila usaha PR ingin melantik pengarah baru, umNO melalui beberapa institusi yang berkaitan agama dan yang hampir dengan sultan dipergunakan untuk menghalang perlantikan tersebut. Setelah dihalang beberapa kali... kerajaan PR akhirnya terpaksa mencalonkan nama baru yang disenangi sultan. Kali ini umNO gagal!!!

Apabila umNO merampas kerajaan Perak, mereka berusaha menyingkirkan Pengarah Jabatan Agama yang dilantik PR. Namun umNO tersepit dengan kehendak sultan. umNO yang menggunakan alasan DS NIzar derhaka terasa lemah untuk berdepan dengan institusi istana. Semua mengatahui bagaimana hubungan Datuk Syeikh Mohd Nur Mansor dengan istana. umNO terpaksa mencipta berbagai isu untuk menyingkirkan Pengarah JAIP. Bermula dengan kelewatan peruntukan imam dan JK masjid hinggalah yang terbaru perlantikan JK masjid.

Sebenarnya semua isu yang tercipta adalah usaha umNO menguasai Institusi agama. Mereka cuba menyingkirkan semua pegawai lantikan PR. Mereka berusaha merombak JAIP bermula pengarahnya melalui isu yang sengaja dicipta.... Semuanya kerana umNO gagal menggunakan isu bangsa lagi setelah satu Malaysia diperkenalkan Najib mula diketahui umum.... BTN adalah isu yang memerangkap Najib bagi mendedahkan topeng satu Malaysia.

Kita mesti memepertahankan isntitusi agama terutama masijid bagi memeprtahankan agama kita. Penguasaan isntitusi agam oleh umNO adalah jalan paling hampir menghancurkan agama...jika kita sayang pada benteng ummat ini...

Isnin, 21 Disember 2009

LAGI RUNTUH DI TRENGGANU

HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor. (HARAKAH DAILY)

DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN BIADAB!

Isu di Kelantan sepatutnya telah sejuk. Namun dipanaskan kembali oleh orang PAS sendiri. Tak cukup dengan saranan Mahfuz agar Ariffahmi segera meletakkan jawatan.. kini dilaporkan Dewan Pemuda PAS Kelantan pula mendesak Ariffahmi. Ariffahmi telah menyatakan persetujuan melepaskan jawatan mac ini berdasarkan peruntukan yang ada sebagai penjawat awam. Ia dilakukan setelah berbincang dengan TGNA atas nasihat PAS Pusat.

TGNA telah membuat ulasan terhadap desakan Mahfuz sebelum ini sebagai membuka ruang kepada umNO untuk berpesta. kini desakan yang serupa datangnya dari Pemuda PAS Kelantan sendiri. Saya tidak tahu apa yang ditakutkan sangat dengan Ariffahmi ni. Setahu saya orang pertama yang mendesak beliau letak jawatan ialah Kickdafela. Apakah kickdafela ada peranan langsung atau tidak langsung dalam hal ini tidak dipastikan.

Saya tidak mengenali Ariffahmi langsung. Namun saya mengenali dan amat menyanjung peribadi TGNA. TGNA di anggap keramat dalam PAS. Kata kata beliau dianggap amanat yang mesti disokong oleh PAS Kelantan khususnya istimewa dalam isu kononnya wujud usaha membawa PAS kepada umNO. TGNA adalah benteng dan hujjah yang dipakai kekadang tanpa memperdulikan hujjah lain dan penjelasan. Namun mengapa dalam isu Ariffahmi ini TGNA seakan tidak dipeduli. YB Zaki sebagai SU Perhubungan yang tentunya bersetuju dengan Pemuda Kelantan kerana mereka adalah didikan Zaki sebelum ini yang mengalahkan NIk Abduh.

YB Zaki menyatakan bahawa desakan itu bukan tekanan kepada TGNA? Betulke...kalau bukan tekanan dipanggil apa??? Pujukan??? Tidakkah kenyataan Mahfuz yang mengeluarkan kenyataan serupa telah disanggah TGNA sebagai membiarkan umNO berpesta. Sewajarnya kenyataan yang serupa dikeluarkan TGNA sekali lagi. Bagi saya dewan pemuda Kelantan BIADAP dengan TGNA! kenyataan Zaki sebagai SU Perhubungan sendiri sangat dangkal dan berhelah yang membodohkan orang dalam memahami apa yang tersirat.

Zaki menjelaskan PAS Kelantan tidak membuat apa-apa pendirian berhubung isu Ariffahmi setakat ini, tetapi menerima pendirian Dewan Pemuda PAS Kelantan.

“Oleh itu bagi kita pendirian Dewan Pemuda bukan satu tekanan kepada Menteri Besar,” katanya.(MALAYSIAN INSIDER)

Huruf condong

Kalau bukan tekanan... apa lagi. TGNA telah jelaskan bahawa Ariffahmi boleh meneruskan hingga tarikh yang dipersetujui. Ia atas restu dari TGNA. Maknanya tekanan kepada Ariffahmi adalah tekanan kepada TGNA! Susahkah bersabar selama 3 bulan lagi berbanding krisis yang akan timbul dengan desakan ini??

Saya ulangi!!!! Mahfuz telah buat desakan serupa dan TGNA telah menyanggahnya! Jika ada desakan serupa dengan Mahfuz bermakna mereka menentang TGNA dan menyokong desakan Mahfuz yang telah ditempelak TGNA. Bagi orang yang beradab dan berakhlak, setelah diberitahu bahawa ayah tidak bersetuju dan marah dengan desakan itu... yang lain akan diam dan hormat...jika terus mendesak beerti mereka merasakan tindakan ayah tidak betul....Ayah tak paham bahasa...!mesti di desak lagi ...kali ini dengan menggunakan dewan pemuda yang bukan suara peribadi lagi. Apa erti ini semua???? Bukankah itu satu desakan dan sanggahan kepada TGNA sendiri??

Apakah ada agenda sulit menekan TGNA melalui Ariffahmi . Saya hampir menerima persepsi bahawa ada dalang terancang menekan TGNA melepaskan jawatan secara senyap! Konspirasi ini seakan dirancang oleh pakar yang cukup mahir. Ia bukan kerja secara tak sengaja... Ia kerja yang sangat teliti! menggunakan jalan jauh yang mungkin datang dari dekat! Kerja yang sangat jahat!

Kalau di Zaman Rasulullah, fitnah terhadap Aisyah datang dari Abdullah bin Ubay yang selalu mendampingi Rasulullah. Bila terdedah kejahatan beliau melalui surah Munafiqun... beliau tetap tidak mengaku.... Namun beliaulah dalang sebenarnya... Ingat!!! Al Quran adalah periingatan sepanjang masa yang pastinya kerana keadaan yang sama akan terus berulang sepanjang masa terutama kepada perjuangan Islam dan pejuangnya . TGNA adalah orang yang mengikuti jejak perjuangan Rasulullah, maka pastinya yang penentang beliau menjejaki langkah Abdullah bin Ubay.

Abdullah bin Ubay hampir berjaya dalam peristiwa fitnah terhadap Aisyah...isteri Rasulullah...keluarga Rasulullah....Yang terbeban bukan hanya Aisyah, bukan hanya Abu Bakar ...tetapi sasaran sebenarnya ialah Rasulullah!... hanya kerana Wahyu membebaskan Aisyah... Rasulullah terlepas dari beban itu... Tiada lagi wahyu akan turun kepada kita... namun wahyu yang ada cukup untuk menyelamatkan orang yang beriman dengan ayatnya dari kerja fitnah Abdullah bin ubay dan pengikutnya.

Saya tidak tahu apakah dewan Pemuda Kelantan lebih terbeban dan menerima musibah atau kerugian dengan perletakkan jawatan Ariffahmi yang hanya dilewatkan beberapa bulan...atau ada di antara mereka yang sedang mengintai atau telah dijanjikan mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan?. Apakah DPP Kelantan telah serakus Muhyidin yang mendesak Pak Lah agar segera berundur...? Moga bukan itu sebabnya

Laporan akhbar memetik Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan mendesak Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK lebih awal tanpa menunggu sehingga Mac depan. (malaysian insider)

Saya simpulkan keyakinan saya ini atas satu perkara ; Mahfuz telah mendesak perkara yang sama. TGNA telah menempelaknya. Tiba tiba DPP Kelantan pula membangkitkan kembali perkara yang telah disanggah TGNA. Apa lagi nak diistilahkan selain BIADAB?? Saya tak pasti apakah saya yang jauh ini lebih merasai denyut nadi TGNA dari DPP Kelantan yang bergaul dengan beliau. Saya hanya ingin menjadi seorang pemuda yang berakhlak dengan orang yang lebih tua...tentunya lebih beradab dan tidak kurang ajar dengan seorang Tuan Guru yang disanjung dan disayangi semua...



SIAPA YANG INGIN DIPERCAYAI?

Sekian lama saya mengikuti pergolakan antara bloger PAS. Ada yang menjadi seakan bloger pemusnah yang postingnya saban hari menyerang.Setiap kali serangan dibalas , maka peluru sumpah turut digunakan. Paling melampau apabila sasarannya bukan musuh sebaliknya kawan dan pimpinan. Kalau sikit sikit tu boleh maap...namun macam nak dicincang pemimpin yang tak jelas salah silap mereka...mungkin hanya persepsi atau ijtihad semata.

Antara yang dilihat tak henti menyerang ialah tulang besi. Beliau seakan mempunyai agenda tersendiri samada upahan atau ada dendam peribadi yang ingin dilunasi.Saya tak peduli. Ada yang suka , ada yang benci...

Kini Ada bloger menamakan diri sebagai batu api... menjadi perisai membalas serangan tulang besi. Saya juga tak kenal orang ini. Mereka saling berbeza.

Pada saya mudah.... Bloger fitnah mesti disanggah...

Tulang besi selalu menyalakan api bahawa pemimpin yang menipu tak boleh dimaafkan... Kalau baca posting batu api... Tulang besi bukan setakat menipu malah mempermainkan peminat blog beliau.... moga Tulang besi segera menjawab posting batu api...menafikan dakwaaannya...

Kita nantikan ...siapa yang boleh dipercayai antara dua blogger ini...
__________________________________________________________________-

Tulang besi.

Dengan rasa sedih dan rendah hati, dimaklumkan bahawa kemungkinan besar Tulang Besi tidak dapat hadir dalam Konvensyen Blogger PAS.

Faktor utama ketidak hadiran Tulang Besi adalah faktor ekonomi. Oleh kerana pemberitahuan program ini hanya berlaku minggu ini, maka kos yang akan ditanggung oleh Tulang Besi untuk hadzir adalah kurang sikit dari RM 1000. Jumlah ini adalah jumlah yang sangat besar untuk Tulang Besi kerana Tulang Besi bukan seorang yang kaya. Tulang Besi tidak mampu membeli kereta mewah seperti Honda Elyson dan makanya, Tulang Besi tidak mampu untuk menanggung belanja perjalanan yang berjumlah hampir RM1000.

Rasa terkilan sangat sangat. Tulang Besi antara yang pertama mendaftar. Bersemangat sangat Tulang Besi nak hadzir. Tapi, sayangnya Tulang Besi cuma mendapat konfirmasi tarikh dalam minggu ini. Sepanjang beberapa hari Tulang Besi mencuba untuk mencari jalan yang murah untuk pulang, namun tiada. Tiket semuanya mahal-mahal kerana kebetulan cuti Awal Muharram menaikkan lagi harga tiket.

TUlang Besi juga cuba mendapatkan sponsor, namun itu pun gagal juga. Kalau ada yang berminat untuk sponsor Tulang Besi, masa masih belum terlambat. Boleh masukkan wang ke akaun Tulang Besi (Maybank 164173601834 Abdul Rahman Abdul Talib).

Walaubagaimanapun, Tulang Besi sedang berusaha untuk mencari wakil kepada Tulang Besi dalam Konvensyen tersebut.

Pengajaran kepada penganjur program yang melibatkan bloggers:


a. Jangan ingat semua bloggers ini berada dalam negara. Dunia internet / www adalah dunia sejagat. Bloggers Malaysia boleh berada di Alaska, USA tapi masih dapat dirasakan kedekatan bloggers tersebut dengan rakyat Malaysia

b. Maka, apabila membuat program sebegini, haruslah dikonfirmasi tarikh sekurang-kurangnya SEBULAN AWAL. Kalau tarikh program ini dikonfirmasi sewaktu saya mendaftar, kos saya cuma dalam RM300-400 ringgit

c. Apabila telah membuka pendaftaran, haruslah melayan mereka yang mendaftar dengan cara pribadi. Ertinya, maklumkan kepada mereka yang mendaftar secara terus. Bukan buat pengisytiharan seminggu sebelum program sebegini.

Sekali lagi, sedih saya kerana saya tak dapat nak hadir program ini. Saya telah bercadang untuk menghadiri program ini semenjak ia diwar-warkan. Namun, saya tak ada cukup wang untuk menghadiri program sebegini. Saya antara yang paling awal mendaftar kerana saya mahu membeli tiket awal, tapi pihak penganjur tak dapat memberi konfirmasi awal. Hanya last minit seperti ini.

Wallahualam

Tulang Besi
___________________________________________________________________________________

Oleh: Batu-api

"Abdul Rahman Abdul Talib dalam blognya Malaysia Waves meminta sedekah untuk hadir ke Konvesyen Blogger PAS 2009. Katannya dia tidak ada wang untuk datang ke Konvensyen berkenaan dan tambangnya adalah RM1000.

Dia menyertaan akaun bank untuk pelayar masukkan wang derma untuk dia beli tiket kapalterbang berharga RM1000. Dia sebut digagal untuk dapatkan bayaran murah untuk pulang dan dia juga gagal dapat sponser.

Abdul Rahman Talib atau Tulang Besi munafik besar. Penipu dan pembohong. Dia menulis artikel itu yang dipostkan pada 18 Disember 2009 Sila rujuk blognya dan blog Perisik Rakyat.

http://www.malaysiawaves.com/2009/12/tulang-besi-mungkin-tidak-dapat-hadzir.html

http://perisik-rakyat.com/2009/12/tulang-besi-mungkin-tidak-dapat-hadzir.html
(Dulu aku suka laman Perisik Rakyat, sekarang aku benci!!!!)

Penipu dan pembohong a.k.a Munafik moden.

1. Dulu kata gajinya 6 X gaji Exco Kelantan Husam Musa. Pasal itu dia tak berminat sangat nak jawatan CEO. Walaupun Dato' Hassan Ali tak bagi.

Saya letak paling murah untuk gaji Husam ialah RM5000 sebulan. Jadi gajinya RM30,000 sebulan. Takkan tak boleh bayar RM1000 kapal terbang. Isteri awak ada di Malaysia. Adakah awak nak bawa gundik sekali ke?

2. Minta sedekah. Beri akuan bank kepada pengujung, sedangkan Tulang Besi dah ada di Malaysia. Munafik. Berani munafik ini bersumpah dia tak ada di Malaysia semasa menulis? Saya cabar munafik ini bersumpah.

3. Hadir di Konvensyen PAS berbaju merah. Selepas itu menghilang diri. Saya sempat ambil gambar. Nanti saya akan tunjuk gambar tersebut bila dia nak menipu lagi. saya tunggu sumpahnya. Saya juga ada gambar dia minum dengan beberapa orang sebelum itu. Tulang Besi jangan nak bohong!!!!!

Saya adalah orang yang tertipu bila saya masukkan wang dalam akaunnya. Tak apa, saya maafkannya. saya halal dunia dan akhirat. Saya anggap sumbangan itu jika dia makan jadi nur untuk dia insaf dan jadi manusia yang mulia."

Ahad, 20 Disember 2009

MELAYU P. PINANG PERLU TUNTUT HAK.


Demi ketuanan melayu umNO mesti dikekalkan. Demi melayu terus berkuasa umNO mesti dikekalkan. Jika umNO kalah, orang melayu akan ditindas dan dizalimi. Orang melayu akan menjadi hamba di tanahair sendiri. Tanah melayu akan tergadai. Bangsa asing akan menjadi pemilik tanah melayu. Hanya umNO harapan melayu… itulah antara ungkapan yang seringkali dialun umNO.

Semua ungkapan itu boleh diukur kebenarannya melalui skrip satu Malaysia dan apa yang terjadi di Pulau Pinang. Satu Malaysia adalah konsep kesaksamaan antara bangsa Malaysia. Ia satu konsep yang jelas bertentangan dengan melayu yang diperjuangkan umNO. Dr Mahathir telah membenarkan kenyataan ini apabila ia menentang agenda rombakan kurikulum BTN . DS Najib menyatakan kurikulum BTN ini perlu dirombak kerana ianya sudah tidak sesuai dengan perubahan semasa. Dr Mahathir pula menyatakan bahawa kurikulum yang bersifat kemelayuan itu mesti dikekalkan. Kenyataan Dr Mahathir disanggah oleh Nazri Aziz yang mensifatkan Otai umNO itu sebagai rasis.

Terbaru, Datuk Zahid Hamidi mencadangkan agar umNo memimpin BN Pulau Pinang . Ini kerana hanya umNO yang mampu mengekalkan kerusi DUN di PP. Baginya umNO lebih layak memimpin. Memang benar…. umNO memang sejak sekian lama telah layak memimpin BN PP. umNO mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan sebelum ini namun kerusi Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan. umNO terpaksa khianat dengan bangsa melayu yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada umNO. Kesannya…melayu di Pulau Pinang dipinggirkan… MELAYU umNO P PINANG PERLU TUNTUT HAK.

Pilihanraya ke 12 sekali lagi menyaksikan kaum lain menolak BN. Hanya kerusi umNo mampu bernafas di Pulau Pinang dan seluruh Negara. Kompenan Bn seperti Gerakan, MCA dan MIC yang selama ini menjadi penyelamat BN langsung tidak bermaya. Mereka tersungkur yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri. Di Perak sendiri hanya tinggal satu kerusi bukan melayu BN. Apabila rampasan kuasa oleh KUDETA Zamry… maka calon India yang kalah diangkat menjadi speaker walaupun umNO lah yang menentang kemasukan Sivakumar yang berbangsa India sebagai speaker. Harus diingat Siva menang kerusi DUN . umNO menjalankann hasutan betapa melayu hilang kuasa apabila tokong Hindu masuk ke bilik Speaker. Tak semena mena umnO melantik seorang India beragama hindu ( dilaporkan kaki mabuk) menjadi speaker walaupun kalah. Itulah hipokritnya umNO dalam membodohkan bangsa sendiri.

Cadangan Zahid Hamidi yang mengetuai umNO Pulau Pinang wajar diberi perhatian…bukan hanya oleh pemimpin umNO tetapi seluruh penyokong dan pengundi umNO seluruh Negara. Jika umNO yang mendominasi kerusi DUN walaupun sebagai pembangkang gagal mendapatkan kerusi pengerusi BN Pulau Pinang, ternyata umNO hanya terus bermimpi kononnya sebagai pembela melayu dan membodohkan serta mengkhianati orang melayu. Tiba masanya melayu berfikir berkali kali untuk meletakkan umNo sebagai pembela bangsa.

umNO begitu bersemangat menuduh DS Nizar sebagai tunggangan cina di saat beliau menjadi Menteri besar sedangkan dalam masa yang sama umNO Pulau Pinang terus dipimpin Gerakan yang langsung tiada kerusi berbanding umNO yang agak cemerlang berbanding rakannya itu. Tidakkah umNO malu berketuakan parti yang dah lumpuh dan hampir mati. Apakah ugutan Koh Su Koon yang tak bergigi di Pulau Pinang masih digeruni oleh pemimpin umNO yang kononnya begitu bersemangat membela melayu… kononnya seperti singa yang sedang mengaum. Lebih baik diam jika berdepan dengan orang yang lumpuh pun umNO masih tak mampu mengangkat kepala.

Kita nantikan apa komen blogger umNO dan pemimpinnya. Juga komen dari pejuang bangsa melayu atas nama berbagai NGO… Tidak ketinggalan komen Sohibus samahahhahhah DS Harussani Zakariya yang berdarah melayu… yang khabarnya berhujjah..”nanti kalau malaikat tanya- apa yang kamu buat untuk membela bangsa melayu…apa saya nak jawab”.. mungkin malaikarat yang akan tanya Harusani tentang melayu tuuu agaknya…

JIKA ANDA PENYOKONG umNO , APA PULA REAKSI ANDA???

MELANGKAH KE HADAPAN MENCARI PERSAMAAN

Harakahdaily
SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau dalam ucapan perdananya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini menekankan betapa pentingnya Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai," katanya.

PRU ke 12 lalu ujarnya telah membuktikan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk membuat perubahan khususnya mengambil alih pemerintahan negara.

Namun untuk mencapai hasrat itu ujarnya, semua pihak dalam pakatan harus tahu dan mencari kaedah terbaik.

"Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepincangan dalam amalan Demokrasi, katanya lagi.

Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

Pakatan rakyat yang diwujudkan berasaskan masyarakat majmuk katanya mahu menyelamatkan rakyat negara ini yang sedang ditipu dan diperbodoh parti pemerintah disebalik nama demokrasi berparlimen sejak Umno Barisan Nasional memerintah negara 50 setengan abad lalu.

Demokrasi negara katanya kini dalam keadaan tenat kerana sedang dikongkong oleh satu parti sehingga memggagalkan perubahan dalam banyak aspek berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Ianya termasuk perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya.

"Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah," katanya lagi.

"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak.

"Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Dalam aspek perpaduan pula, PAS juga katanya mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

"PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu....maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama," katanya.

Kehadiran Pakatan Rakyat juga antaralain mahu menentang segala kezaliman yang dicipta pemerintah Umno BN.

Kegagalan pemerintah memberikan keadilan kepada semua pihak dilihat telah memecahbelahkan rakyat termasuk memecahbelahkan kompenen perti mereka sendiri.

"Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

"Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya.

Selain itu beberpa teras penting harus diberi keutamaan oleh Pakatan Rakyat khususnya mencapai hasrat menjadi pemerintah menggantikan kerajaan sedia ada adalah dengan menunjukkan contoh terbaik melalui negeri negeri yang dikuasai.

"Kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu," katanya lagi.

Dan pada masa yang sama, jentera setiap parti harus berperanan sebaiknya, dan mampu merancang secara strategik dan bukan hanya melihat kemenangan atas angin sahaja tanpa justikikasi yang boleh disandar.

"Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, ... jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita.

"Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan, katanya

DASAR PAKATAN RAKYAT- SATU TAWARAN


1. Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara perlembagaan dan kedaulatan undang-undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-manaantara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

5. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

6. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

b. Pemisahan kuasa

Kebanyakan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan, kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

2. Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan peranan kuasa semak dan imbang.

3. Menjamin pertangjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

4. Mewajibkan pelantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.

5. Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).

6. Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.

7. Membebaskan media, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan Internet.

8. .Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.

9. Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.

c. Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil

Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pakatan Rakyat akan:

1. Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.

2. Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

3. Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara dil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.

4. Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

5. Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.

6. Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan di bidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya maju dan berdaya tahan.

Pakatan Rakyat beriltizam untuk "Merakyatkan Ekonomi Negara" bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapiran rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan di antara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.

a. Ekonomi kemahiran tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketrampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.

2. Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.

3. Menggalakkan warga negara yang profesional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanahair dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.

b. Ekonomi demokratik dan telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.


Pakatan Rakyat akan:

1. Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.

2. Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsesi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil pada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasana air.

3. Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

c. Desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkatkan hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

2. mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan pelaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

3. Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekaligus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.

4. Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

d. Dasar afirmatif berdasarkan keperluan

Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.

2. Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.

3. Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin.

4. Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.

5. Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan.

e. Tenaga kerja

Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dipelihara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

2. Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.

3. Memperkenalkan Akta peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.

4. Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.

5. Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.

6. menyusun dasar pekerja Asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

7. Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

f. Jaringan perlindungan sosial

Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.

2. Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.

3. Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

g. Perumahan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki
rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Maka

Pakatan Rakyat akan:

1. Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu keluarga, Satu Rumah.

2. Mengatasi masalah 'setinggan/peneroka bandar' sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian
tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.

3. Menyelaraskan sistem perundingan antara 'setinggan/peneroka bandar', pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah.

4. Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.

5. Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.

6. Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.

7. Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

h. Prasarana dan kemudahan awam

Penyediaan dan penyelenggaraan prasana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Pelaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.

2. Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.


3. Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.

4. Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.

5. Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.

6. Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

i. Alam sekitar

1. Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

2. Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

3. Membina asas dan kemahiran teknologi bagi melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.

4. Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.

5. Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

j. Pertumbuhan lestari dan pembangunan hijau

Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kita semula yang menyeluruh.

2. Membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel surai dan sel fuel hidrogen.

3. Memimpin pembangunan sistem sumber tenaga alternatif dan tenaga keterbaharuan di rantau Asia.

4. Mengukuhkan sektor pertanian dengan kaedah dan teknologi terkini demi memastikan jaminan bekalan makanan negara.

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan

a. Perpaduan dan keadilan sosial


Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan

prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan Rakyat berjanji membina

semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

2. Mengembleng tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

3. Mengubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.

4. Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.

5. Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.

6. Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaiaman budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

7. Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.

b. Agama


Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia ini hampir tergelincir ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti s istem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.

Pakatan Rakyat berikrar:

1. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

2. Menganjurkan dialog dan dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.

3. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang

melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

4. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

5. Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

c. Pendidikan


1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

5. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.

7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.

9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadang pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar.

d. Wanita dan institusi keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat dijamin kesejahteraan maa hadapan negara, Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.

2. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

3. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

4. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

5. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

6. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

7. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

8. Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

9. Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

e. Golongan muda

Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.

2. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.

3. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.

f. Keselamatan

Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa. Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.

2. Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.

3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.

4. Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.

5. Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.

6. Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.

7. Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.

g. Kesihatan


Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasa secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik bagi rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menimbang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

2. Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.

3. Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

4. Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaankesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.

h. Kebudayaan


Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:

1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui medium.

2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.

3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.


4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara

a. Sistem Persekutuan


Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat.

Pakatan Rakyat akan:

1. Menjamin royali sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

2. Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.

3. Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

b. Sabah & Sarawak


Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi isu pendatang asing.

3. Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

4. Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

c. Dasar luar negara

Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat, penyelesaian melalui perundingan, dialog peradaban demi keselamatan, keamanan dan kemakmuran.

Pakatan Rakyat akan:

1. Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.

2. Aktif menjadi pelapor dan peneraju dialog antara peradaban.

3. Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau, terutamanya anggota-anggota Asean.

4. Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.