Sabtu, 30 Januari 2010

HANGAT HANGAT TAHI AYAM....


Menanti tarikh 9 Februari sangat mendebarkan bagi sesetengah orang namun ia bukan sesuatu keputusan yang memiliki harapan yang tinggi. Rekod mahkamah di Malaysia boleh dinilai sejak dulu lagi. Mengharapkan agar mahkamah memihak kepada DS Nizar adalah harapan mengharapkan keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Persoalannya apakah mungkin keadilan dan kebenaran dikembalikan di zaman Najib. Kalau di Zaman Pak Lah yang agak lunak pun kita sukar melihat keadilan apabila membabitkan kerajaan umNO, inikan pula di zaman Najib yang sanggup melakukan apa sahaja.

Walaupun di merata tempat mewar warkan kemenangan di pihak DS Nizar, saya tidak menjangkakan begitu sekalipun hati saya mengharapkan begitu. Saya sangat meyakini keputusan mahkamah akan bergantung kepada kecenderungan pengundi di Perak. Kalau ianya berpihak kepada DS Nizar, itu beerti umNO sedang memperjudikan kerajaan yang dirampas dengan begitu sukar sehingga mengheret institusi di raja yang dijunjung tinggi oleh bangsa melayu.

Ada cakap cakap di sisi sedang mencanangkan kononnya DAP sedang menyediakan seorang ustaz untuk menjadi calonnya. Itu antara perang psikologi umNO yang menjadikan senjata bangsa sebagai senjata pemusnahnya atas kesedaran bangsa melayu yang sangat mudah dikuasai melalui isu bangsa.

Ia hanya senjata simpanan yang sedang dicuba untuk menguji kecenderungan pengundi. Setakat hari ini ternyata umNO belum yakin mereka akan mendapat undi rakyat Perak terutama bukan melayu. Usaha Najib turut ke Batu Caves meraikan penganut hindu untuk depavali dan program sambutan tahun baru cina yang dijadualkan 20 Februari ini di Perak adalah petanda bahawa umNo belum bersedia untuk pilihanraya. Hasil dua aktiviti besar ini akan menjadi pengukur kekuatan umNO khususnya BN dalam menghadapi kebangkitan raya hasil gelombang PRU 12 di Perak.

Ada cakap cakap juga meramlkan bahawa umNO akan berusaha mengadakan usul undi tidak percaya kepada DS Nizar di DUN, Namun ia mungkin pilihan terakhir kerana risiko yang sedia dimaklumi. Jika ini berlaku beerti umNO mengiktiraf kedudukan DS Nizar sebagai MB yang sah dan semua tindakan dan keputusan Zamry sebelum ini adalah haram jadah.... Saya pasti umNO terpaksa memikirkannya seribu kali untuk keputusan yang sepatutnya berlaku sejak awal rampasan kuasa dulu... Ia juga terpaksa berhadapan kuasa speaker yang masih belum disahkan.

Apapun segalanya mungkin berlaku berikutan keputusan mahkamah 9 Februari ini. Mengharap dan meyakini ianya berpihak kepada DS Nizar jamaludin secara yakin memungkinkan kita kecewa. Itu adalah antara strategi umNO mengharapkan agar rakyat bosan lalu kecewa dengan apa yang terjadi. Mereka akan terus memainkan isu mengharapkan rakyat berada di kedudukan yang sangat yakin dan akhirnya kecewa...hilang semangat dan ketika itulah pilihanraya akan dilaksanakan.

Apa yang paling penting,keputusan mahkamah adalah satu siri dari siri perjuangan yang panjang bagi mengembalikan hak rakyat. Ia bukan nokhtah kepada perjuangan ini. Ia hanya satu batu tanda yang mengukur jarak jalan perjuangan yang telah dilalui dan jarak yang masih menanti di hadapan... jangan kecewa dengan apa yang diputuskan... jika ianya tidak berpihak kepada DS Nizar, itu beerti cabaran perjuangan semakin sukar dan kita mesti melipat gandakan usaha dan bukannya kecewa.... biarlah hanya melayu umNO yang memiliki semangat " hangat hangat tahi ayam"

Tiada ulasan: