Khamis, 2 September 2010

TUNGGU...APA KOMEN MAHATHIR...

berita agak menarik untuk direnungi. Pertama...saham itu milik umNO. Kedua , kuasa seorang oerdana menteri....

Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin memberitahu bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau terpaksa menanggung kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham dalam Realmild (M) Sdn Bhd yang didakwa dibelinya adalah kepunyaan Umno.

Realmild adalah syarikat yang memiliki majoriti saham dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB).

Rahman yang satu ketika dahulu pengarah Realmild apabila beliau membeli kepentingan keseluruhan dalam syarikat itu -menghadapi saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh seorang lagi bekas pengarah syarikat berkenaan Datuk Khalid Ahmad.

Rahman berkata beliau dimaklumkan dan diarahkan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir 2001 untuk memindahkan semua saham atas namanya kepada nama Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail tanpa sebarang soalan.

“Saya diberitahu bahawa saham Realmild adalah kepunyaan Umno. Saya amat terkejut kerana tidak pernah mengetahui bahawa Umno adalah pemilik sebenar saham-saham itu.”

“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Rahman ketika menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.

Apabila disoal-balas oleh peguam Khalid - Ahmad Fadzil Mohd Perdaus - mengapa beliau tidak mengambil tindakan ke atas anak guamnya dan tiga lagi pengarah Realmild yang mana beliau membeli saham berkenaan, Rahman berkata beliau mempercayai perdana menteri (ketika itu).

“Lagipun, saya tidak mahu membuat apa-apa yang boleh mengheret perdana menteri. Sebab itu saya tidak meneruskan tindakan lanjut,” katanya.

Tiada ulasan: