Sabtu, 30 Januari 2010

HANGAT HANGAT TAHI AYAM....


Menanti tarikh 9 Februari sangat mendebarkan bagi sesetengah orang namun ia bukan sesuatu keputusan yang memiliki harapan yang tinggi. Rekod mahkamah di Malaysia boleh dinilai sejak dulu lagi. Mengharapkan agar mahkamah memihak kepada DS Nizar adalah harapan mengharapkan keadilan dan kebenaran ditegakkan.

Persoalannya apakah mungkin keadilan dan kebenaran dikembalikan di zaman Najib. Kalau di Zaman Pak Lah yang agak lunak pun kita sukar melihat keadilan apabila membabitkan kerajaan umNO, inikan pula di zaman Najib yang sanggup melakukan apa sahaja.

Walaupun di merata tempat mewar warkan kemenangan di pihak DS Nizar, saya tidak menjangkakan begitu sekalipun hati saya mengharapkan begitu. Saya sangat meyakini keputusan mahkamah akan bergantung kepada kecenderungan pengundi di Perak. Kalau ianya berpihak kepada DS Nizar, itu beerti umNO sedang memperjudikan kerajaan yang dirampas dengan begitu sukar sehingga mengheret institusi di raja yang dijunjung tinggi oleh bangsa melayu.

Ada cakap cakap di sisi sedang mencanangkan kononnya DAP sedang menyediakan seorang ustaz untuk menjadi calonnya. Itu antara perang psikologi umNO yang menjadikan senjata bangsa sebagai senjata pemusnahnya atas kesedaran bangsa melayu yang sangat mudah dikuasai melalui isu bangsa.

Ia hanya senjata simpanan yang sedang dicuba untuk menguji kecenderungan pengundi. Setakat hari ini ternyata umNO belum yakin mereka akan mendapat undi rakyat Perak terutama bukan melayu. Usaha Najib turut ke Batu Caves meraikan penganut hindu untuk depavali dan program sambutan tahun baru cina yang dijadualkan 20 Februari ini di Perak adalah petanda bahawa umNo belum bersedia untuk pilihanraya. Hasil dua aktiviti besar ini akan menjadi pengukur kekuatan umNO khususnya BN dalam menghadapi kebangkitan raya hasil gelombang PRU 12 di Perak.

Ada cakap cakap juga meramlkan bahawa umNO akan berusaha mengadakan usul undi tidak percaya kepada DS Nizar di DUN, Namun ia mungkin pilihan terakhir kerana risiko yang sedia dimaklumi. Jika ini berlaku beerti umNO mengiktiraf kedudukan DS Nizar sebagai MB yang sah dan semua tindakan dan keputusan Zamry sebelum ini adalah haram jadah.... Saya pasti umNO terpaksa memikirkannya seribu kali untuk keputusan yang sepatutnya berlaku sejak awal rampasan kuasa dulu... Ia juga terpaksa berhadapan kuasa speaker yang masih belum disahkan.

Apapun segalanya mungkin berlaku berikutan keputusan mahkamah 9 Februari ini. Mengharap dan meyakini ianya berpihak kepada DS Nizar jamaludin secara yakin memungkinkan kita kecewa. Itu adalah antara strategi umNO mengharapkan agar rakyat bosan lalu kecewa dengan apa yang terjadi. Mereka akan terus memainkan isu mengharapkan rakyat berada di kedudukan yang sangat yakin dan akhirnya kecewa...hilang semangat dan ketika itulah pilihanraya akan dilaksanakan.

Apa yang paling penting,keputusan mahkamah adalah satu siri dari siri perjuangan yang panjang bagi mengembalikan hak rakyat. Ia bukan nokhtah kepada perjuangan ini. Ia hanya satu batu tanda yang mengukur jarak jalan perjuangan yang telah dilalui dan jarak yang masih menanti di hadapan... jangan kecewa dengan apa yang diputuskan... jika ianya tidak berpihak kepada DS Nizar, itu beerti cabaran perjuangan semakin sukar dan kita mesti melipat gandakan usaha dan bukannya kecewa.... biarlah hanya melayu umNO yang memiliki semangat " hangat hangat tahi ayam"

BUKTI KEPALA BABI PERBUATAN MELAYU...


Satu demi satu provokasi dibuat bagi mengeruhkan suasana hubungan kaum dan agama. Setelah beberapa gereja dibakar, Surau turut di bakar, kini kepala babi pula di jadikan senjata.

Mungkin masih menjadi persoalan siapakah yang melakukannya. Perbalahan yang berlaku ialah antara kristian dan Islam lantaran isu penggunaan nama Allah. Umum mengetahui bahawa kristian penganut kristian juga bukanlah peminat babi. imej babi tidak mesra kristian malah ada mazhab kristian mengharamkan babi walaupun mereka tidak menganggapnya sebagai najis.

Ada teori menyatakan bahawa kepala babi itu angkara melayu.... apa dalilnya??? mudah.... kepala babi itu dibungkus dengan plastik ... tentunya kerana takut najis mughallazah...... entahlah satu teori yang boleh dokongsi untuk difikirkan...

Jumaat, 29 Januari 2010

KUTUK ISA

PAS Kutuk Penangkapan ISA, Mahu 10 tahanan dibicarakan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk pengunaan Akta ISA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.

PAS bertegas menolak penggunaan Akta ISA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka. Keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat.

Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka. Penahanan dibawah Akta ISA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.

Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas. Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah.

Adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta ISA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.

PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka. Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka.

Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa. Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah.

PAS mendesak Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta ISA.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rabu, 27 Januari 2010

HEMPAP LONJAKAN BUBAR DUN PERAK

IPOH, 21 Jan: Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.

"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.

"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.

Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.

Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.

Selasa, 26 Januari 2010

KRISIS PERAK... BELAJARLAH WAHAI BANGSAKU

Tiada apa yang menjadi perhatian peminat politik jua undang undang selain tarikh 9 Februari. Menanti keputusan mahkamah dan kesan keputusan serta apa yang terjadi dari keputusan penghakiman itu sangat penting . Sangat penting buat rakyat Perak menentukan hala tuju negeri selepas ini.

Apa yang perlu dipelajari ialah... tindakan merampas kuasa kerajaan pilihan rakyat bukan hanya tindakan politik dan hanya memberi kesan kepada politik. Dalam kes hari ini, ia turut membabitkan implikasi undang undang , kesan ekonomi dan masalah lain yang timbul termasuk terheretnya institusi diraja yang merupakan institusi mulia bagi rakyat negara ini.

DS Najib yang menjadi pemain utama dalam kemelut ini wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Malangnya beliau seakan lepas tangan dan buat tak peduli dengan musibah angkaranya terhadap kehancuran seluruh negeri Perak. Rakyat sewajarnya menilai apa yang dilakukan oleh Najib dan sewajarnya menunjukkan sikap menentang apa sahaja yang menongkah pilihan rakyat.

Kudeta yang dijadikan alas kaki Najib pula mesti diajar kerana menyokong dan mendokong kekalutan di Perak yang telah menjangkau usia setahun. Perak menjadi tumpuan bukan kerana kehebatannya namun kerana kemelut angkara kerakusan kuasa politik oleh pemimpin umNO.

Sepanjang setahun memerintah Perak secara haram, ternyata apa yang ditentang oleh umNO terutama kononnya untuk membela melayu adalah palsu semata mata. Ternyata kini tindakan Zamry dan Kudetanya membela bukan melayu jauh lebih bersungguh dari apa yang dilakukan DS NIzar. Namun lebih malang, kerajaan Kudeta langsung tidak mempedulikan nasib umat melayu keran meyakini undi melayu takkan berubah...

Terbaru SJK dapat peruntukan sejuta...SK dapat apa???? SAR lagi tak dapat ape... awat tak riuh plak????.. Namun apa yang terjadi tentunya sedikit menyedarkan melayu Perak khususnya... umNO bukan pejuang melayu... mereka hanya berjuang dengan menggunakan melayu....

JANGAN MENULIS SEPERTI MEMBURU BABI...

Hidup bila tiada haluan memang sesat lerat (istilah orang perak). Ke Timur tidak, ke Barat pun tidak. Apa melintas semua di tegur. Bila lapar apa melintas semua di sembat (sambar). Tak kira halal atau haram....

Hidup begini terdedah kepada risiko.Kalau yang melintas itu biawak, mungkin mampu disepak, kalau yang lalu itu buaya atau harimau belum tentu selamat. Sebab itu islam mengajar kita agar semua perkara perlu ada panduan, ada adab dan akhlak. Pemikiran lepas bebas adala pemikirian golongan muktazilah... di zaman moden mungkin ia dikenali sosialis atau apa sahaja istilah yang sesuai dengan kebebasan. Di dalam Islam kebebasan mutlak tidak wujud. Mana mungkin seorang hamba memiliki kewujudan mutlak?

Beberapa hari ini kisah seorang blogger di negeri adat diseret ke bilik tahanan polis. Semuanya gara gara keceluparan dan kebiadapan melampau. Siapa yang tak kenal Aduka Teruna ini. Seorang yang dikatakan berani dalam menyatakan prinsip diri yang diperjuangkan kononnya. Bagi saya seorang yang berani tidak akan bersembunyi dibalik tabir. Ia tidak takut dikenali...


AT adalah seorang pemuda yang menulis apa yang terlintas dikepala. Bahasa kesat adalah seni dalam tulisannya. sumpah seranah adalah ramuan memaniskan bahasanya. Sasarannya ialah para ulama dan pendokong ulama... cuma sesekali dia menyambar apa yang terlintas dihadapannya...sayangnya kali ini dia tersalah sambar...... lebih malang ketika menyambar..dia memakai baju berwarna hijau walaupun hatinya karat dan benci kepada kehijauan yang didokongi ulama.



Sapa pulak awek yang membuntut AT ni??? mungkin ia lebih sepurna dari Aisyah???


Sesekali saya ada berbalas pandangan dengannya... namun kerapkali saya meninggalkannya apabila ternyata tiada panduan dalam hujjahnya melainkan akal dan keinginan hati. Siapa yang ada iman tentunya tersentuh dengan tulisannya terhadap isteri nabi. Kalau ramai yang marah kepada Rosnah mat Aris yang mencari Saiditina Khadijah.. sewajarnya mereka juga marah kepada AT yang memaki Saiditina Aisyah... malah Saidina Muawiyyah penulis wahyu Rasulullah..

Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. Janji syurga tidak bermaksud dia maksum dalam setiap isu dan dalam setiap tajuk. Lu tunjuk gua ahli syurga yang tepat dalam setiap tajuk ketika di duni.

Azazil yang lebih mulia dari Aishah pun silap, inikan pulak just seorang pompuan. Kerana perjuangkan individu (khalifah yang kena bunuh), berjuta-juta mampos. Sohai punya 2 ekor. Bodoh piang. Ali lembab siasat pembunuhan memang salah Ali. Tapi apa kes sampai nak berperang? Bodoh.


Saya tidak peduli tentang tulisannya berkaitan Sultan yang mati (mangkat) namun saya sangat kecil hati dan terhina dengan apa yang dibuat terhadap isteri nabi. Isteri nabi adalah ibu orang beriman.... lainlah kalau dia cuba membebaskan dirinya dari iman atau langsung tak kisah soal iman...

Saya juga tak kisah sangat pasal tulisannya pasal TG Hj Hadi walau memang rasa marah di hati, namun saya sangat marah bila dia menghina pandangan Syafie dan ulama yang mengkagumi Imam syafie...

Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia.
Lu orang lebih elok la ikut ilmuan Islam lain. Tapi gua enggan. Shafie tu ingat dia sorang paling best ke apa? Takda maknanya de. Dia sendiri suruh campakkan pendapat dia ke dinding kalau jumpa dengan yang lebih elok. So, mampos la sama pemuja Shafie. Ada ke sentuh kulit isteri batal wuduk? Niamakahai punya pendapat. Dan gua dipaksa ikut sebab keturunan dan geografi? Tak dapek den do tu bhai..
Beberapa sahabat dilihat agak lunak dengan blogger ini terutama apabila dia ditangkap... Saya tidak pasti apakah sokongan itu hanya kerana dia seorang blogger seperti saya dan mereka. Menyokong beliau adalah sama dengan menyokong tulisan beliau... termasuk yang menghina isteri dan sahabat serta ulama pewaris nabi, Biarlah saya menongkah arus dalam maslah ini. ini bukan masalah peribadi... mungkin ada yang tak berani menyatakannya takut ditibai sahabat blogger lain....

Kenapa ketika beliau mencaci orang yang dikasihi nabi, kelompok yang bersimpati kepada AT atau bersikap lunak dengannya tidak bersikap begitu dengan mangsa kebiadapannya??? Bagi saya persahabatan atau persamaan sebagai seorang bolgger tidak mengizinkan saya untuk bersimpati kepadanya dengan apa yang terjadi... Betul... beliau memohon maaf dan menarik balik tulisannya yang menghina sultan yang mangkat... Bagaimana dengan hati umat Islam yang terhiris dengan penghinaannya terhadap keluarga dan sahabat Nabi. Sudahkah beliau memohon maaf dan menarik artikel seumpama ini??? Semoga beliau juga akan meminta maaf ke atas jutaan pecinta isteri dan sahabat nabi serta mereka yang mengasihi dan menyanjung imam syafie...


Apapun sebagai manusia kerdil di arena yang sama saya mengharapkan apa yang terjadi akan menjadikan beliau tahu apa erti hidup sebagai seorang muslim... biarlah beliau dengan projek langgar Hadi atau reform PAS ( beliau yang takde mengena dengan PAS nak reform PAS... peliknya ada orang PAS yang ikut...) kerana ia mungkin hasil ijtihad dangkal beliau...

Disudut politik , apa yang berlaku kepada AT mengalihkan tumpuan blogger PAS yang selama ini kurang senang dengannya. Blogger umNO sangat marah dengan beliau dengan kenyataan lunak menteri seperti Rais Yatim... apakah ini satu kaedah menjadikan AT wira dikalangan blogger PAS??? mudahnya mencipta wira... Bagi saya tulisan AT langsung tidak menguntungkan PAS...

apapun ingatan buat sahabat blogger lainnya... Jangan jadi pemburu babi yang gila babi dalam penulisan ... takut nanti... bile terkantoi... akan sawan babi....

MAHKAMAH BARU BANGUN...

Benar...penantian itu satu penyiksaan malah penantian itu memungkinkan seribu kekalutan. Itulah yang berlaku dalam meneka keputusan mahkamah menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah. Atas alasan yang munasabah atau munaserawak, mahkamah memilih tempoh lebih dua bulan untuk mengumumkan keputusan tuntutan tersebut. Tuntutan bertindih Batu Putih antara Malaysia dan Singapura hanya melahirkan tanggapan sikap sambi llewa pasukan Malaysia, namun ianya tidak menjejaskan perjalanan kerajaan.

Bayangkan apa terjadi dalam tempoh dua bulan ini. Jika diambilkira ta'lik dalam nikah, maka keputusan mahkamah itu sepatutnya terbatal apabila tiada khabar berita menjelang tiga bulan. Namun tarikh 9 Februari yang ditetapkan untuk mendengar keputusan tuntutan bertindih antara dua Menteri Besar ini. Umumnya rakyat dapat menjangka keputusan kerana ianya ditangguhkan sekian lama. Apapun tentunya tilikan "ahli nujum negara " wanita pertama tentunya memberi kesan dalam setiap perkembangan dalam negara.

Disebabkan mahkamah mengambil masa dua bulan lebih, beerti sewajarnya dalam tempoh itu jugalah kerajaan Perak sepatutnya digantung dalam aktiviti ekonomi. Peliknya exco berkenaan mengumumkan perlaburan yang melebihi dua bilion di Perak.... Apakah ada pelabur yang memilih untuk melabur di negeri yang takde hujung pankal pemerintahannya? secara jujur kita meyakini .ianya hanya igauan atau tinggalan kerajaan

Isnin, 25 Januari 2010

JPP JAMBATAN HARAM UNTUK WANG EHSAN

Wakil Jawatankuasa: Kelantan tolak, Awang Adek dan Umno Khianat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar tindakan Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mendakwa bahawa sebuah jawatankuasa yang turut disertai kerajaan negeri Kelantan akan ditubuhkan bagi menentukan jenis projek dan kaedah penyaluran wang ihsan.

Awang Adek cuba menunjukan bahawa Kelantan seolah-olah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa. Kenyataan putar belitnya jelas menyimpang jauh dengan pendirian Kelantan yang menolak idea Wang Ehsan bagi mengantikan Wang Royalti bagi isu minyak dinegeri itu. Menteri Besar kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan;

"Kalau dijemput untuk runding terima wang ihsan, saya tak akan pergi, kerajaan negeri seratus-peratus akan tolak. "

"Kalau nak bagi ihsan tak payah rundinglah, kerana dia paksa dan saya tidak akan terima"

Sebagai orang Kelantan, Awang Adek sewajarnya mempunyai rasa kebersamaan dengan rakyat untuk pertahankan hak dan sumber negeri Kelantan bukannya mengkhianati rakyat.

Kempen Umno Juara Rakyat di Kelantan sudah gagal sebelum dilancarkan dek kerana isu tuntutan Royalti ini. Maka PAS mengingatkan Awang Adek yang menjadi Timbalan Menteri dari pintu belakang pejabat Perdana Menteri agar tidak memainkan wayang pacak yang enggan dilihat oleh rakyat. Tuntutan rakyat Kelantan jelas, bayar wang royalti bukan wang ehsan.

Kalau Kelantan terima wang ehsan hari ini maka sampai bila-bila pun ianya akan kekal wang ehsan sama seperti yang BN Terengganu hadapi sekarang. Maka rakyatlah yang akan rugi kerana berbilion wang royalti yang jadi hak negeri telah dirompak oleh Kerajaan Persekutuan. Ketahuilah, rakyat Kelantan bukannya peminta sedekah sampai perlukan duit ehsan, rakyat Kelantan berhak dapat Royalti.

PAS berharap dengan keputusan tegas Kerajaan Negeri itu, maka wang ehsan tidak menjadi keperluan atau isu sekarang. Sekiranya wang ehsan itu masuk ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan maka ianya adalah wang haram dari segi semangat federalisme.

PAS yakin, Umno akan mengunakan wang itu sepenuhnya bagi menjalankan kempen Umno Juara Rakyat di kelantan dengan menaja wakil rakyat dan Umno Bahagian mengadakan program bersama rakyat. PAS juga yakin rakyat Kelantan memahami perkara ini, dan sesekali tidak akan membiarkan Kelantan menjadi seperti Terengganu yang kembali kepada BN setelah wang ehsan ditaburkan.

PAS juga mahu Jabatan Audit Negara memeriksa akaun Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan oleh BN disemua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, kerana rakyat mahu tahu berapa banyak duit mereka dibazirkan oleh 'Kerajaan haram BN' ini.

Ust Idris Ahmad

Ahad, 24 Januari 2010

KURAP DITUTUP DENGAN BAJU BARU...

Apa punya lawak la SPR ni... bila orang marah pasal cadangan nak memperluaskan undi pos...tiba tiba dia cadang undi awal.... konsepnya macam sama walau tak serupa...atau ...... macam serupa walau tak sama...atau.. ape ape je lahhhh.

Kenapa sebegitu bodoh SPR menilai rakyat Malaysia. Penilaian bodoh ini adakah kerana terlalu pandai, terlalu mengampu untuk memuaskan hati bos, terlalu bodoh atau mungkin mereka sentiasa menunjukkan kebodohan di sisi mereka sehingga timbul persepsi bahawa rakyat Malaysia semuanya sebodoh mereka.

Walaupun konsep undi awal itu belum diperjelaskan lagi kerana SPR ni baru ambil galah diluar pagar tetapi ada buah keranji dalam perahu.... maklumle budak baru belajar tapi suruh mengaji depa tak mau.... tetapi apa yang diterjemahkan di peringkat cadangan itu menggambarkan konsep yang sama dengan undi pos cuma bajunya dicolour dengan colour pelangi agar kelihatan anggun dan menarik.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal. (malaysiakini)

Nak ganti konsep ke ganti nama ???? Apakah setiap kali diganti struktur baru maka bajunya juga baru walaupun sekadar menutup kurap di badan yang sama? Saya amat yakin, walupun baju di ganti namun pastinya rasa gatal kurap itu tetap akan terasa dan mereka akan terus menggaru sepanjang masa ... tapi .. mungkin menggaru itu satu kesedapan bagi SPR ....

Apa yang diharapkan ialah agar rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan perangai kebudak budakan SPR. Budaya angguk dan tunduk bukan lagi budaya rakyat Malaysia. Hanya budaya ini terus kekal bagi pengampu dan balaci seperti mereka. Sayangnya mereka menyangka semua rakyat Malaysia seperti mereka..... mungin tiba masanya kita... biarkan luncai dengan labu labunya atau kita pecahkan saja labu si luncai itu....

BERBICARA DENGAN CERMIN

Tiada apa yang dapat diulas dari kenyataan Mustapha ini. Mungki hanya ... bercakap dengan cermin apa orang tua ini?? Pepatah arab ada menyatakan... dia memukul saya dia yang menangis, dia yang inaya saya dia pula yang melaporkannya.... saya lebih selesa menggunakan kalimah bercakap dengan cermin...

Bercakap dengan cermin ialah bercakap dengan diri sendiri. Walau seperti dia bercakap dengan seseorang di hadapannya...malangnya...di hadapan adalah diri beliau sendiri...

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa.

"Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun," katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.

Mustapa berkata, pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.

"Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu menunjukkan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini," katanya. - BERNAMA

Jumaat, 22 Januari 2010

BEREMOSIKAH BILA SURAU DIBAKAR?

Setelah beberapa hari gereja di bakar, dilaporkan tertuduh telah pun ditahan untuk direman namun belum didakwa atas alasan masih disiasat. Terbaru dua surau di Johor dibakar atas alasan khianat walaupun umum meyakini ianya ada hubungkait dengan isu yang hangat diperkatakan.

Beberapa persoalan sewajarnya bermain di minda rakyat Malaysia.

01) Apakah yang membakar itu orang kristian atas tindak balas gereja yang dibakar atau ada pihak lain melakukannya atas sebab tertentu.
02) Apakah kerajaan akan turut menghadiahkan 500 ribu atas kemalangan yang berlaku kerana umNO mendakwa ia adalah parti pembela agamadan bangsa. Surau adalah milik Islam dan melayu apatah lagi ia berlaku di negeri tanah tumpahnya darah umNO.
03) Berapa lamakah polis akan berjaya memberkas suspek. Apakah setelah isu itu gagal mempengaruhi rakyat barulah kononnya tertuduh ditangkap sebagaimana suspek pembakar gereja?

Persoalan seperti ini adalah persoalan dari benak hti rakyat yang prihatin. ia bukan lakonan tetapi kecurigaan terhadapapa yang berlaku.

SULTAN JOHOR MANGKAT


Sultan Iskandar, sultan Johor telah dimaklumkan mangkat pada jam sekitar jam tujuh lebih petang tadi. Menurut berita yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor sebentar tadi, Baginda mangkat di HospitalPakar. Seluruh Johor diarahkan berkabung bermula hari ini selama tujuh hari. Jenazah akan dikebumikan esok di makam di Raja.
Alfatihah..

Khamis, 21 Januari 2010

UNDI SMS UNTUK PILIHANRAYA - CADANGAN UNTUK SPR.



Di saat Pakatan Rakyat menuntut supaya undi pos dimansuhkan, tiba tiba SPR dikatakan mahu memperluaskan undi pos ke beberapa institusi penting lain. Kita tidak tahu apakah yang bermain di fikiran bos SPR.

SPR mesti menyedari bahawa semua parti yang bertanding dalam pilihanraya malah seluruh rakyat Malaysia adalah pelanggan mereka. Apa sahaja yang tidak memuaskan hati pelanggan mestilah dimansuhkan. Itulah sikap yang sepatutnya.

SPR sepatutnya memperbaiki kelemahan yang ada bukanya menambah ketidakpercayaan dan keraguan pelanggannya. Isu dakwat yang hampir digunakan tetapi dirangguhkan sepatutnya diperbaiki agar ruang yang dikatakan terdedah kepada salahguna itu dapat diatasi. Sayangnya SPR seolah tidak merasa kesal dengan kerugian wang rakyat yang dibazirkan kerana menghapuskan dakwat kekal tahun lalu. Tuduhan kononnya dakwat itu dibeli oleh satu pihak gagal dibuktikan oleh pihak yang membuat tuduhan. sewajarnya kos tersebut ditanggung oleh pihak terbabit yang mendakwa kononnya ada pihak lain membeli dakwat tersebut dengan tujuan membuat sabotaj.

SPR kini dilihat semakin meroyan dengan tindakan yang pelik mengikut kehendak dan kepala Otak mereka sendiri tanpa mengambil kira tuntutan pelanggan... jika SPR merasakan merekabehasrat melebarkan penggunaan undi pos...lebih dicadangkan semua rakyat malaysia mengundi secara pos atau lebih praktikal undi sms untuk pilihanraya....dengan cara ini spr akan mendapat untung dan pastinya pemimpin yang akan dipilih ialah mereka yang paling popular atau mereka yang paling banyak sponsor kredit HP.....

Rabu, 20 Januari 2010

DEMI NEGARA TERCINTA...

Tun Mahathir sekali lagi mendedahkan bahaya yang sedang melanda negara gara gara "duit" melalui pasir yang dijual ke singapura.... demi negara tercinta, pemimpin negara sewajarnya diingatkan tentang bahaya pemilikan dan perluasan tanah di Israel... modus operandinya hampir sama.... Tidakkah Singapura adalah anak didik Israel di Asia????

Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa sensitif apabila membabitkan isu pasir Malaysia dibawa ke Singapura.

Dalam catatan terbaru dalam blognya, mantan perdana menteri itu mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa 500 lori mengangkut pasir dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata seorang rakannya memberitahu bahawa jumlah sebenarnya ialah 700 lori pasir.

Dan menurut Dr Mahathir lagi, rakannya itu memberitahu, ianya adalah pasir salika yang digunakan untuk menghasilkan mikrocip.

"Singapura memerlukannya untuk membuat mikrocip," jelasnya.

Dan dalam nada yang sinis, Dr Mahathir menambah: "Saya tidak tahu beberapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."

Katanya, menjual bahan mentah tidak banyak pulangannya dan oleh itu adalah lebih baik ditambah nilainya dengan memproses bahan mentah itu.

"Ia tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Kilang kaca melakukannya (saya rasa) sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Mengapa tidak hasilkan wafer silicon dan menjualnya kepada Singapura," soalnya.

"I rasa ada orang yang tidak bercakap benar," tambahnya.

BUKTI umNO PEMUSNAH MELAYU...

Berbagai pihak telah mengingatkan.... namun kebodohan dan kedegilan menjadi penghalang sebahagian besar menerimahakikat bahawa umNO bukan pembela melayu. Mereka menggadaikan hak melayu secara halus. Jika kita meneliti modus openrandi yang digunakan oleh umNO ...ia adalah ulangan apa yang dilakukan oleh penjajah sewaktu ingin menguasai tanah melayu.

Penjajah yang datang kononnya sebagai pedagang akhirnya mula campurtangan dalam urusan pentadbiran secara halus. Maka atas alasan kemajuan dan membela nasib melayu berbagai kaedah baru diperkenalkan kononnya untuk membela melayu... Dari sebuah badan seperti MECD maka ia diagihkan kepada lapan badan yang kononnya membantu melayu... tetapi ia sebenarnya usaha membunuh keistimewaan melayu..

ianya tidak disedari oleh kalangan orang kampung dan penyokong tegar umNO yang telah dipakaikan dengan cermin mata mitos "hidup melayu kerana umNO". Namun bagi bijak pandai dan peniaga melayu menyedari situasi ini... semalam mereka menyuarakan kebimbangan mereka dalam satu seminar.... masih kah penyokong totok umNO tidak menyedari keadaan ini???

KUALA LUMPUR: Enam pertubuhan Melayu semalam meluluskan resolusi menuntut kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) bagi menjamin kepentingan dan masa depan usahawan Bumiputera.

Resolusi itu diluluskan pada Forum Usahawan Melayu Kini di Persimpangan: 'Digugat dan Digigit' anjuran bersama Gabungan NGO Usahawan Melayu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) serta Koperasi Ukhuwah dan Komuniti Bukuonline.

Desakan itu turut disokong Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) serta Gabungan Badan Ekonomi Malaysia (Gabem).

Pengerusi forum berkenaan, Hassan Hamzah, berkata pembubaran MeCD hampir sembilan bulan lalu selepas tiga dekad memayungi usahawan Bumiputera sudah menjejaskan kepentingan dan masa depan mereka.

"Walaupun dijanjikan penambahbaikan dalam menjaga kepentingan usahawan Melayu apabila lapan kementerian diberi peranan, kita dapati lebih banyak masalah dan kerenah timbul berbanding bantuan dan khidmat di bawah satu bumbung sebelum ini," katanya

Selasa, 19 Januari 2010

JIKA BENAR...... PETAKA BESAR DEMOKRASI PERAK


TELUK INTAN, 19 Jan: PAS Perak kini mengesan satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.

Antaranya adalah dengan mengarahkan semua anggota polis agar membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa.

Dengan cara ini, anggota polis berkenaan akan boleh mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, dengan kad pengenalan polis, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa.

Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak.

Semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS hampir menarik diri dari pilihan raya kecil itu apabila mereka mengesan banyak nama berganda dalam senarai daftar pemilih.

Namun selepas didapati ia bukan berlaku di Bagan Pinang sebagaimana yang dihujjahkan balik oleh SPR, PAS meneruskan pilihan raya itu.

Ini bermakna, pendaftaran berganda ini mungkin dirancang sedemikian rupa khasnya di Perak.

Menurut sumber Harakahdaily, beliau secara tidak sengaja mendapat maklumat itu melalui perbualannya dengan beberapa pegawai polis di sekitar tempatnya dekat sini.

"Menurut pegawai balai tempat saya berjumpa itu, kesemua 14 anggotanya diarahkan agar membuat kad pengenalan biasa walaupun lambat lagi bersara. Kesemua mereka diarahkan membuat kad pengenalan itu di pejabat pendaftaran secara berperingkat," cerita sumber Harakahdaily itu.

Untuk mengesahkan perkara ini, sumber itu berhubung dengan Setiausaha kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar iaitu Saudara Amran.

"Dia bagitau pada saya, mereka pun dapat maklumat tersebut malam tadi daripada polis daerah Manjong," beritahu sumber Harakahdaily itu.

Kedua-dua mereka membuat andaian, arahan membuat kad pengenalan awam untuk polis ini dibuat serentak ke seluruh negeri Perak kerana maklumat itu sampai serentak kepada kedua-duanya iaitu malam tadi.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta PAS khasnya membuat siasatan penuh mengenai hal ini.

umNO SEDANG DI BAIK PULIH

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan bahawa Pakatan Rakyat
Perak akan meningkatkan kualiti dan komitmen bekerja untuk rakyat bagi
menyelamatkan rakyat dari terus ditipu oleh umno dan BN.

Beliau juga menegaskan, Pakatan Rakyat di Perak khususnya akan
memastikan rakyat mendapatkan maklumat yang benar supaya semua rakyat
jelata mengetahui dengan jelas perjuangan rakyat yang didokong oleh
Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, jika tidak kerana rampasan kuasa yang dilakukan oleh
UMNO BN, sudah semestinya rakyat Perak akan hidup dengan aman di bawah
pentadbiran Pakatan Rakyat.

Selain itu beliau juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Perak
khususnya tidak sesekali akan memberi peluang kepada umno BN untuk
meracuni pemikiran rakyat jelata dengan belbagai lakonan bagi menutup
kezaliman UMNO BN merampas negeri Perak secara tidak sah.

Disamping itu beliau juga menyeru agar rakyat menilai dengan sebaiknya
bagaimanakah Sepanjang pakatan rakyat memerintah lima negeri, Selangor
Perak Pulau Pinang Kedah dan Kelantan adakah bangsa dan rakyat yg di
tindas? dan sepanjang 50 tahun BN memerintah hak rakyat sudah banyak
tergadai akibat rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan UMNO BN.

Beliau turut mendakwa Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti
itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu
yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Memetik ucapan beliau "Kita lihat program ini lebih banyak kepada
usaha membaik pulih imej Umno.Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat
isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno
belum selesai ”. jelasnya

"Sebagai contoh kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang
berleluasa, kehilangan jet dan kes Menetri Besar Perak yang belum
selesai,"ujarnya.

“ Kita juga tahu bahawa UMNO BN sedang berada dalam ketakutan kerana
Pakatan Rakyat semakin hampir mengambil alih pentadbiran Malaysia di
Putrajaya, dan jika Pakatan Rakyat berjaya memimpin rakyat Malaysia,
UMNO BN bimbang segala kezaliman dan penipuan mereka terhadap rakyat
akan dibongkarkan”.

Beliau juga menegaskan bahawa bagi manghadapi pembubaran DUN yang
dijangka akan berlaku dalam masa terdekat ini, Pakatan Rakyat Perak
sudah bersedia untuk mengembalikan keharmornian dan kestabilan hidup
rakyat Perak dengan berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat.

BAHANG PILIHANRAYA MAKIN TERASA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk) berkata terdapat petanda yang menunjukkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Berikutan itu, ia meminta semua jentera Pemuda PAS, khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, supaya bersedia menghadapi pembubaran DUN tersebut.

"Rakyat negeri Perak dan pegawai kerajaan tentu lega dengan pembubaran DUN Perak ini dilakukan segera demi keharmonian dan kesejahteraan yang akan kembali pulih," kata Pemangku ketua DPPPk, Mohd Nur Amin.

"DPPNPk melihat banyak petanda bahawa pembubaran DUN Perak ini akan di lakukan dalam tempoh yang terdekat kerana pentadbiran kerajaan negeri semakin lumpuh.

"Dengan pertemuan (Menteri Besar) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa di Arab Saudi baru-baru ini, sudah tentu akan membawa khabar berkaitan krisis rampasan kuasa oleh kerajaan negeri BN di Perak," katanya.

Mohd Nur berkata, ketidak hadiran Zambry di Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini, "dilihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi".

DPPNPk juga, katanya, telah mendapat sumber maklumat berkaitan majlis mengadap Sultan Perak oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) awal November lalu, yang menghangatkan lagi isu pembubaran DUN Perak.

Menurut Mohd Nur, awal Februari ini menandakan setahun rampasan kuasa oleh BN di Perak.

"Disebabkan itulah, Datuk Seri Zambry akan menyenaraikan pencapaian 11 bulan pentadbirannya berbanding 11 bulan pemerintahan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin," katanya.

Katanya, DPPNPk melihat suasana itu cukup untuk rakyat menilai sendiri krisis yang telah berlaku di Perak.

Beliau juga mendakwa "Datuk Seri Zambry yang terdesak juga telah cuba mengawal media-media Cina untuk memastikan kaum Cina akan menyokong BN walaupun MCA yang masih tidak dapat dipulihkan.

"DPPNPk meminta dan merayu kepada rakyat supaya kezaliman dapat di hapuskan dan keadialan dapat di tegakkan," katanya.

Isnin, 18 Januari 2010

SISTEM YANG KALUT....


Kekalutan beberapa insiden dalam negara terutama berkaitan undang undang adalah angkara dualisme yang diamalkan dalam negara. Ternyata rancangan penjajah meninggalkan sistem yang diwariskan kepada pemimpin umNO berjaya mengkucarkacirkan negara.

Hasil yang ditinggalkan lebih 50 tahun dahulu mula menampakkan wajahnya yang sebenar. Ternyata benih yang ditanam mula berbuah. Pendokong dan penyokong umNO yang begitu setia mula pening kepala. Mereka yang memuja umNo selama ini mula sedar kasan yang mereka sanjungi dan puja selama ini. Namun masih ada yang kabur dan buta dengan realiti yang terjadi dengan menyalahkan pihak lain.

Isu nama Allah belum selesai.Kekalutannya semakin membelit apabila kenyatan bercanggah antarapemimpin keranjaan lantaran masing masing melihat dari persepsi yang berbeza. Persepsi kepentingan agama dan undang undang yang ada... Kini masanya umat Islam khususnya memikirkan apa yang terjadi untuk melakukan perubahan cara berfikir secara besar besaran...Jangan biarkan Hijrah tahun ini yang berbetulan dengan perubahan tahun masihi hanya ibarat angin yang berlalu....

Bukti sistem negara yang kalut;

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Bagaimanapun, TheSun memetik beliau sebagai berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah.

Sabtu, 16 Januari 2010

MENTERI PUTAQ ALAM UNTUK RAKYAT BODOH

Saya mencadangkan begini kepada Datuk Ismail Sabri;

01. Lihatlah jenayah yang berlaku satu kebaikan menguji tahap profesionalisma polis.
02. Lihatlah penagih dadah sebagi satu kebaikan sebagai cara mengurangkan rakyat malaysia.
03. Lihatlah Lihatlah rompakan sebagai satu kebaikan untuk mengagihkan harta sama rata.
04. Lihatlah kebodohan rakyat satu kebaikan untukpemimpin bagi meneruskan penipuan....

maklumat lanjut baca berita di bawah mengapa saya mencadangkan begini;

SIK: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

"Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetis Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

"Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia," katanya

Jumaat, 15 Januari 2010

umNO BUKAN JAGUH MELAYU...

umNo d akhirnya terpaksa mengakui hakikat Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum melalui konsep satu Malaysia. Satu demi satu konsep yang telah lama dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat di akui oleh umNO setelah menyedari bahawa perkauman ditolak oleh masyarakat Malaysia.

Walaupun di hadapan kaum melayu umNo masih menunjukkan bahawa merekalah jaguh yang membela melayu, hakikatnya ia hanya satu mitos yang ditanamkan melalui media umNO. melalui media yang digunakan khusus berlegar dikalangan orang melayu, mereka mendendangkan lagu perjuangan melayu, menentang apa sahaja yang kononnya merugikan dan menghilangkan hak melayu. Apa yang berlaku di Perak semasa Pakatan Rakyat memerintah adalah bukti jelas. DS Nizar dituduh alat Cina walaupun di zamannya lah permohonan tanah Pondok Pak Teh diluluskan setelah digantung di zaman umNo sekian lama.

Kini setelah Zamry merampas Perak, lagu itu mula kendur dan Zamry mula mempraktikkan apa yang dilakukan DS Nizar khususnya kepada bukan Melayu yang dianggap satu ketika dulu sebagai satu pengkhianatan hak melayu. Hanya Zamry masih tak kisah nasib melayu kerana meyakini Melayu tidak akan berubah...
satu lagi bukti satu Malaysia ialah persamaan kaum ialah kenyatan di bawah ini...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu 30 peratus daripada pengambilan baru pelajar ke Maktab Tentera Diraja (MTD) terdiri daripada bukan Melayu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuota pengambilan pelajar bukan Melayu sebanyak 30 peratus itu bertujuan membuktikan bahawa MTD sebagai sebuah sekolah berasrama penuh adalah terbuka kepada semua kaum di negara ini.

"Walaupun kampus baru maktab tersebut yang terletak di Sungai Besi akan siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang, tetapi pada tahun ini apabila keputusan PMR diumumkan, pengambilan pelajar ke tingkatan empat dan tingkatan 5 akan dimulakan sebagaimana mengikut arahan perdana menteri," katanya selepas menyampaikan sumbangan pada majlis malam amal 1Malaysia anjuran syarikat Vesta di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata ketika ini, jumlah pelajar bukan Melayu yang menuntut di maktab berkenaan adalah kira-kira lima peratus.

Katanya, berdasarkan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib, beliau yakin pengambilan pelajar di kalangan bukan Melayu akan meningkat sebanyak 50 peratus.

Ahmad Zahid berkata pelajar lepasan MTD boleh membuat pilihan sama ada melanjutkan pelajaran ke universiti atau menceburi bidang ketenteraan.

"Lazimnya kalau mereka memilih masuk ke bidang ketenteraan, mereka akan diberi elaun," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan PAS bahawa program Juara Rakyat menggunakan wang kerajaan, Ahmad Zahid menafikannya dan menyatakan wang bagi membiayai program tersebut adalah daripada parti Umno.

"Program tersebut adalah anjuran badan perhubungan Umno Negeri dan melibatkan pihak swasta dan NGO.

"Dengan menggunakan konsep turun padang, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mendekati rakyat dan harus diingatkan kita menjanjikan perkhidmatan, itu yang kita mahu," katanya.

Khamis, 14 Januari 2010

MENANTI TITAH MAHKAMAH

Menanti hujan setelah mendung sepatutnya tidak lama. Menanti mentari setelah kokok ayam berbunyi tentu tidak menjemukan...namun menanti keputusan mahkamah berkaitan keputusan tuntutan DS Nizar diistiharkan sebagai Menteri Besar yang sah terlalu susah. Kalau ada anak yang dimengandungkan ketika kes ini bermula, mungkin anak itu akan menjadi " anak haram" di bumi perak kerana tiadanya bapa yang sepatutnya di adu .

Isu sebegini penting fdan mendesak tentunya tidak wajar dipanjangkan . Kalau mahkamah boleh segera membuat keputusan menangguhkan keputusan yang telah diistiharkan atas alasan keperluan mendesak...maka tentunya menentukan siapa Menteri besar yang sah lebih mendesak. Perak kini berdepan kegelisahan politik yang panjang. Di segi ekonomi tentunya tiada pelabur yang berani melabur kerana kestabilan politik yang sentiasa bergoyang.

Datuk Zamry tentunya hanya senyum diluar namun derita di dalam kerana beliau hanya boleh merasmi setiap acara di Perak namun keputusan penting tidak boleh dilakukan. Mungkin kerana itulah Zamry dilihat banyak menghabiskan masa diluar pejabat dari dalam pejabat.Khabarnya beliau telah murka dengan wartawan kanan media di Perak lantaran kegagalan menjadikan beliau sebagai subjek utama berita mereka.

Kesibukan Zamry termasuklah menghadiri acara mengacau bubur lambuk di RTM. Bayangkan... untuk melaksanakan acara mengacau bubur lambuk sempena satu muharram pun terpaksa menjemput penaja swasta seperti Petronas dan Celcom. miskin sangatkah kerajaan Perak ? semuanya gara gara tiadanya keputusan mahkamah siapa Menteri Besar yang sah.

Cakap cakap luar dari sumber dalam menyatakan keputusan memang telah ada, namun apa yang difikirkan ialah kaedah terbaik menyampaikah titah keramat buat rakyat Perak. Jika mahkamah memilih menyerahkan mandat kepada Zamry...Najib tentunya tidak boleh tidur malam kerana bimbang DS Anuar mengumpulkan MP BN dan menemui SPB Yang dipertuan Agong memohon dipecat PM dan dilantik baru hanya dari Istana. Saya tidak fikir mahkamah akan memutuskan keputusan sebegini kerana implikasinya sangat besar .... melainkan Najib sememangnya boleh tidur lena di samping rosmah kerana yakin dengan MP BN. Peritiwa rombongan MP BN ke Taiwan adalah penanda aras bahawa Najib tidak pernah yakin dengan mereka.

Jika Mahkamah memutuskan DS Nizar menang, tentunya rakyat Perak akan menghadapi satu pilihanraya negeri yang baru. Namun bagaimana dengan keputusan DYMM Sultan Perak yang melantik Zamry sedangkan beliau adalah bekas ketua hakim negara yang memahami dalam undang undang.??

Itu adalah antara konflik isu yang barangkali mengantungkan keputusan mahkamah sehingga saat ini. Mahkamah sewajarnya rasa bersalah kerana kelewatan keputusan ini adalah satu penderaan buat rakyat Perak. ia juga adalah satu ketidakadilan undang undang apabila membiarkan kuasa eksekutif Perak terus menerus terumbang ambing.

Saya tidak fikir mahkamah mampu bertahan lagi... seorang ibu yang mengandung hanya mampu bertahan sekita 9 bulan... entahlah jika mahkamah di malaysia hari ini mampu bertahan mengandungkan keputusan dinanti rakyat Perak lebih 10 bulan... Bersamalah kita menanti TITAH MAHKAMAH...

Rabu, 13 Januari 2010

SELAMATKAH KITA??

Sejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Petikan berita yang disiarkan banyak akhbar hari ini.

Ia sesuatu yang membimbangkan. Ia bukan berita baru. Ia membabitkan keselamatan negara. Sebelum ini sekitar 50 ribu warga Cina juga dikatakan hilang dari pantauan imegresen negara. Ia adalah soal keselamatan. Dalam masa yang sama kebimbangan itu diiringi oleh berita puluhan ribu mykad yang belum dituntut oleh tuannya.

Soalkeselamatan negara adalah keutamaan seluruh dunia. Namun di Malysia , isu keselamatan negara seakan hanya satu kekesalan. Isu enjin kapal terbang yang hilang amat memalukan. Juga kita tidak lupa bagaimana kes kehilangan senjata yang kononnya dilarikan oleh anggota Maunah. Itu belum diambil kira bom c4 yang dikatakan terlepas dari simpanan tentera dan digunakan untuk meletup manusia.

Nasib baik Malaysia berada di zon selamat dari ancaman musuh. Bayangkan apa terjadi kepada keselamatan negara jika keadaan ini berterusan. Jika di negara luar, isu keselamatan pastinya menyeret menteri berkenaan meletakkan jawatan. namun bertuahnya pemimpinj Malaysia yang tidak pernah menganggap apa yang terjadi adalah kegagalan pemimpin malah mereka menganggapnya hanya satu kebetulan.... mungkin juga satu cubaan

SEJAK BILA umNO TIDAK BERPOLITIK?

Mungkin masih ramai yang ingat terutama rakyat Kelantan apabila umNO melalui Anuar Musa menabalkan raja di bawah pokok. Percubaaan umNo itu meninggalkan parut yang mendalam antara umNO dan istana. Rakyat Kelantan yang amat emnghormati raja mengajar umNo hingga hari ini. Sumpahan pertabalan raja lah yang menghantui Anuar Musa setiap kali berbahas di DUN Kelantan. Akhirnya badi itu melenyapkan langsung politik Anuar yang tersungkur di pintu istana.

Cerita istana kali ini menjadikan umNo lebih berhati hati menentukan sikap. Memang menjadi habit umNo, apa sahaja yang PAS mahu mereka tidak mahu. Apa sahaj yang menyenangi PAS akan dibenci umNO, namun tidak pemangku raja yang disayangi rakyat jelata ini. umNo memilih untuk tidak memihak kepada Tengku Fakhri.

Akhirnya umno Kelantan boleh bersetuju dengan TGNA walaupun sering berbalah sekalipun berkaitan kepentingan rakyat Kelantan dan agama. Hanya umNO masih malu dengan beralasan ianya bukan berkaitan politik..... sejak bila umNO tidakberpolitik???

Anuar Safian berkata, oleh kerana perkara tersebut "tidak langsung berkaitan dengan fahaman politik", pergerakannya tiada masalah menyokong tindakan Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS.

"Ini tidak langsung berkaitan dengan politik. Kalau tanya (pengerusi Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed) Tok Pa sekalipun, saya yakin beliau akan sependapat dengan saya," katanya kepada Malaysiakini.

SKRIP SAMA DEMO LEMBU....

Anda masih ingat kenyataan penganjur kepala lembu suatu ketika dulu??? Ketika ditanya siapa yang bawa kepala lembu..dan memijaknya? penganjur menyatakan mereka tidak mengenali dan tidak tahu macammana kepala lembu boleh ada ketika bantahan kuil India di Shah Alam...

Kenyataan serupa diulang sekali lagi dalam isu bantah kristian guna nama Allah...
Pengerusi Anak-anak Muda Islam Selangor (Amis), SD Mohd Johari Yasin berkata beliau tidak mengenali seorang individu yang berucap semasa protes anjuran Amis di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Jumaat lalu.

Sebaliknya, kata beliau, lelaki itu yang dilaporkan melaungkan "bakar gereja", muncul sejurus sebelum protes itu bermula apabila selesai solat Jumaat.

Menurutnya, sewaktu sidang akhbar Amis selepas itu pun, lelaki
berkenaan turut hadir dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Suhaimi Shafie'.

Sebelum berucap di protes tersebut, Suhaimi (foto) yang memakai jubah putih, dilaporkan melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

"Saya tidak ada di situ ketika dia berucap. Saya cuma ada semasa sidang media bersama (bekas exco Selangor) Datuk Mokhtar Dahlan," katanya sambil menambah, Suhaimi turut memberi kenyataan dalam sidang media tersebut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia tiba-tiba muncul dalam sidang media itu.

"Kami cuma tahu namanya bila beliau ditanya wartawan dalam sidang media tersebut," katanya sambil menegaskan lelaki itu tidak ada kaitan dengan penganjuran demonstrasi itu, yang disertai kira-kira 30 orang.

"Kami ingin tegaskan, dia tidak mewakili kita. Kami tidak tahu dia (mewakili) kumpulan mana. Dia cuma beritahu, dia adalah orang awam yang marah dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Dia juga beritahu kami, dia tinggal di kawasan berdekatan dan merupakan ahli kariah masjid negeri," kata SD Mohd Johari.

Katanya, sebelum demonstrasi itu bermula, lelaki berkenaan meminta untuk berucap.

"Tapi kami nampak dia agresif sangat dan terlalu beria-ria. Kami dapati kenyataannya (dalam ucapan dan sidang akhbar) terlalu agresif dan tidak selari dengan pendirian Amis. Sebab itu kami cepat-cepat hentikan sidang media selepas itu," katanya lagi.

Selepas demonstrasi itu tamat, kata SD Mohd Johari mereka beralih menyertai perhimpunan yang lebih besar di ruang solat utama di dalam masjid negeri itu.

Bagaimanapun, beliau mengaku membawa kain rentang yang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama" semasa demonstrasi tersebut.

"Ya, kami yang bawa kain rentang itu," katanya sambil menambah, ia merupakan bantahan kepada ahli parlimen Shah Alam itu yang didakwanya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Ternyata itulah bukti tangan ghaib yang menganjurkan demo bantah kuil menulis skrip yang sama untuk demo kali ini. Adalah sesuatu yang sangat pelik seorang yang tak diketahui asal usulnya boleh berucap dalam demo tersebut...siap buat kenyataan media lagiii.... anda tentu tahu siapa yang untung dalam kedua insiden ini.... siapa tok dalang di belakang mereka..??? hanya yang bijak boleh menyingkap apa yang tersirat dari yang tersurat....

Selasa, 12 Januari 2010

PELURU BELUM BERMULA, SASARAN TELAH TIADA

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak mahu campur tangan dalam isu peletakan jawatan anaknya, Nik Mohd Abduh, sebagai ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Beliau berkata, perkara itu adalah di luar tanggungjawabnya walaupun beliau seorang bapa kerana anaknya sudah dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri.

"Dia seorang peniaga, mungkin dia ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaannya, molek juga dia letak jawatan kerana tidak mengganggu tugasnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Nik Mohd Abduh telah melepaskan jawatan sebagai ahli majlis MPKB dan sebagai Pengarah Binaraya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PKINK.

Ditanya sama ada keputusan anaknya untuk meletakkan jawatan itu pernah dibincangkan dengannya, Nik Aziz berkata, beliau tidak boleh mencampuri urusan begitu kerana anaknya itu sudah dewasa. - BERNAMA.


Nik Abduh memilih jalan terbaik dan mungkin mematikan cita cita orang yang mungkin berhasrat memalitkan segala jawatan keluarga TGNA dengan kronisma. Ternyata Nik Abduh memintas jalan dan mungkin perancangan yang telah terdengar di telinganya.

Terkawal' 9 Gereja diserang, PAS Tolak ISA digunakan

Terkawal' 9 Gereja diserang, PAS Tolak ISA digunakan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan terhadap sembilan gereja sejak 8 Januari lepas berikutan bantahan meluas tentang isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald. PAS juga kesal dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu mengunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini.
Jelas apa yang berlaku sekarang dan ugutan Menteri ini menafikan kata-kata manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjamin bahawa keadaan di negara ini adalah terkawal.
PAS melihat bahawa Hishamuddin gagal menyelesaikan masalah ini walaupun sebelum ini mendakwa sudah mengenalpasti suspek yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Hingga kini rakyat bertanda tanya tentang tindakan lanjut Polis terhadap suspek-suspek itu. Bilakah mereka akan ditangkap dan didakwa dimahkamah? Rakyat juga risau kerana setiap hari ada sahaja gereja yang diserang seperti rekod berikut;
8 Januari 2010
  • Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dibakar
  • Gereja Assumption di Petaling Jaya dibaling bom api
  • Gereja Life Chapel di Petaling Jaya dibaling bom api
9 Januari 2010
  • Gereja Good Shepherd Luthern di Petaling Jaya dibaling bom api
10 Januari 2010
  • Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.
  • Gereja All Saints di Taiping dibaling bom api
  • Pos pengawal SM Convent di Taiping dibaling bom api
  • Gereja St Louis yang terletak bersebelahan SM Convent juga dibaling bom api
  • Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, Miri di baling bata
11 Januari 2010
  • Pintu utama Gereja, Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban dibakar
PAS berharap agar Menteri tidak mengambil jalan mudah dan menjadikan isu ini sebagai Ops Lalang kedua, di mana suspek yang membakar gereja gagal ditangkap tapi orang lain pula disumbatkan ke dalam ISA demi kepentingan politik BN menjelang PRU-13.
Mesej rakyat kepada Menteri jelas, "Buat Kerja, Jangan Cakap Merapu-rapu".
PAS berharap agar rakyat pelbagai agama dinegara ini dapat bertenang dan tidak terus menerus melayan provokasi yang dicipta oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Rakyat perlu bekerjasama untuk menjaga rumah-rumah ibadat dan komuniti keseluruhannya dari menjadi sasaran penjenayah. Isu penggunaan nama Allah hanya boleh diselesaikan dengan akal yang waras bukannya dengan tindakan ganas.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

JEMPUTAN CERAMAH

CERAMAH ISU-ISU 'PANAS' NEGARA & PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA 1 BLACK PERAK

"MESTI TONTON"

TARIKH
17 JAN 2010 (AHAD)

MASA
9.15MALAM

TEMPAT
PUSAT TARBIYYAH PAS TAMAN MERU, JELAPANG

PENCERAMAH
YB KHALID SAMAD (AJK PAS PUSAT)
YB CHAN MING KAI (ADUN TEJA/PKR)

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Isnin, 11 Januari 2010

umNO MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Isu penggunaan nama Allah nampaknya tak menjadi. Rakyat mula faham keberanian bukan Islam menggunakan nama itu adalah kerana kegagalan umNO selama ini menjaga agama. Kelemahan sistem mahkamah syariah, sisitem pendidikan yang tidak menjurus pengukuhan akidah adalah punca kebimbangan penggunaan nama Allah di kalangan penganut agama lain.

Keputusan mahkamah sivil yang tidak mencerminkan Islam sebagai agama rasmi negara seperti pemakaian serban di sekolah dan menunggang motorsikal adalah bukti jelas, umNO lah yang menyemarakkan suasana ini berlaku. umNo perlu bertanggungjawab kerana mereka mendapatkan perlindungan dari mahkamah sekular yang dipelihara oleh umNO, keputusan dibuat oleh hakim dibawah kawalan dan pengawasan oleh peguam negara lantikan umNO.

benarlah kata abang Mat sabu..segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari umNO...

Ahad, 10 Januari 2010

PENGGANAS AMATUR DENGAN POLIS PROFESIONAL.

Suatu ketika dulu Pasukan bolasepak Perak adalah pasukan terkuat dalam liga. Setiapkali perlawanan tentu Perak akan mencipta kemenangan. Namun dalam banyak banyak pasukan , biasanya Perak akan kalah dengan satu pasukan dalam liga yang lemah. Ia memang telah dijangka. Beberapa ketika kemudian bolasepak negara dilanda isu rasuah. Perak antara negeri yang terpaksa mendasar di persada liga setelah kehilangan pemain utama.itu cerita bolasepak...

Pasukan polis Malaysia dikatakan antara pasukan polis tercekap di dunia . Cakap apa sahaja. Isu pengganas yang tak mampu ditangani oleh dunia... Malaysia mampu menanganinya. Belumpun bom meletup, pengganas yang disyaki telah dihumban ke dalam kurungan ISA. Di negara luar , mereka hanya menjejaki pengganas (istilah Amerika) setelah beberapa lama berlaku keganasan.

Botak Chin yang suatu ketika dulu digeruni...akhirnya tunduk di atas kecekapan polis Malaysia walaupun beliau penjenayah profesional.

Buntong Kali yang ganas akhirnya tersungkur dek keprofesiionalan Polis Malaysia. Buntong kali adalah penjenayah ganas yang profesional.

Mat Komando dijejaki dari Selatan ke utara. Dikatakan boleh menghilangkan diri, namun setelah sekian lama dijejaki akhirnya Mat Komando tertiarap di sawah padi di tangan Polis. Mat Komando adalah seorang yang profesional.

Peristiwa maunah yang menjadi perhatian suatu ketika dulu ...khabarnya beratus jenis senjata, ringan dan berat , kononnya dilarikan dari depo senjata...Walaupun tidak terjadi di negara luar kelemahan pihak tentera sebegitu.. .... ketua almaunah ditali gantung. semua yang disyaki pengganas menyerah diri dengan alunan P Ramly ... menggunakan senjata yang tak pernah digunakan oleh mana mana pihak keselamatan di dunia.

Namun yang pelik hingg kini.. masih menjadi rahsia...siapakah yang melemparkan bom api ke Gereja yang boleh mencetuskan huru hara dalam negara masih belum diketahui. Kejadian serupa masih berlaku sedangkan siapa bertanggungjawab sebelumnya tidak diketahui. Ia sangat pelik... pangganas yang saya yakin bertaraf amatur atau mungkin baru masuk rekrut berdasarkan modus operandi yang dilakukan.. masih belum dijejaki.

Di saat ketua polis negara dan pemimpin utama negara memberi amaran keras...pengganas amatur ini masih boleh melakukan keganasannya. berani sangatkah pengganas amatur ini. Hebat sangatkah pengganas amatur yang boleh meloloskan diri dari dijejaki oleh polis ini?

Saya masih tidak mendapat jawapannya...kerana terlalu banyak kecurigaan dan keraguan dalam diri saya... takkan lah selemah itu polis bertaraf profesional yang telah berjaya menumpaskan pengganas dan penjenayah ganas, namun masih buntu mencari pengganas amatur ini...

Sabtu, 9 Januari 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK KECAM SERANGAN, SERU ADAKAN RUNDINGAN

KENYATAAN MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK 9 JANUARI 2010

Berikutan insiden menyerang dengan cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara. Maka Pakatan Rakyat Negeri Perak pada hari nini mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai perkara berkaitan.

1. Pakatan Rakyat Perak mengecam dan sangat kesal dengan kejadian tersebut dalam keadaan rakyat Malaysia dan Perak yang cintakan kepada keamanan dan ketenteraman. Segala tindakan yang bertentangan dengan hasrat itu adalah amat dikesali dan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan itu.

2. Kami berpandangan segala tindakan kekerasan yang bertentangan undang-undang Negara dan ajaran Islam itu sendiri mestilah ditangani dengan sebaik mungkin dengan peruntukan undang-undang yang ada. Mereka yang melakukan tindakan provokatif dengan cara “ baling batu sorok tangan “ itu mestilah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

3. Pakatan Rakyat Perak berpandangan bahawa mahkamah bukannya jalan yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini. Meja perundingan mesti didahulukan dengan semua pihak tidak mengira agama dan kaum perlu duduk bersama bagi menyelesaikan masalah ini. Insiatif ini mesti diambil oleh pihak kerajaan. Segala pandangan semua pihak hendak lah diambil kira.

4. Kami yakin dengan tahap keamanan Negara yang telah dicapai selama 52 tahun mampu dikekalkan . Oleh itu sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

5. Oleh itu Pakatan Rakyat Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek.

1. Ust. Abu Bakar Hussain – Pesuruhjaya PAS Perak

2. YB. Dato’ Ngeh Koo Ham – Pengerusi DAP Perak

3. Hj. Mustafa Kamil Ayub – Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak


Jumaat, 8 Januari 2010

API AGAMA SEDANG DI MARAKKAN AWAS!

Gempar dan menggemparkan. Kes gereja yang dibakar adalah simbahan minyak ke atas api yang kian menyala antara agama yang berlaku dalam negara. Siapa yang menyemarakkan api itu mesti dicari keran ia sedang mencipta keadaan huru hara dan mengancam keselamatan negara. Namun harus diingat...mereka yang menghasut juga tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Kenyataan ketua Polis negara berkaitan suspek itu sepatutnya melegakan namun selagi suspek belum ditahan, harapan terhadap jaminan itu tetap tidak melegakan.
"Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

Jika benar ia hasil tindakan emosional, maka siapa yang mencetuskan suasana emosional juga harus di ambil tindakan. Kes ini amat membimbangkan. Ia berlaku di saat ketegangan kaum sudah mula hilang. Di pihak Pakatan Rakyat... ia berlaku di ambang penyatuan parti parti pelbagai kaum . Perpecahan dan ketegangan kaum tentunya merugikan Pakatan Rakyat. Jika situasi ini berlaku, pilihanraya ke 13 tidak akan memihak kepada Pakatan rakyat. Jelas Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu bagi meredakan ketegangan ini. Ia api yang diciptakan bagi membakar perpaduan kaum dalam Pakatan Rakyat.

Jika ditinjau situasi sebelum ini, isu BTN yang merupakaan senjata perkauman umNo telah mencalarkan imej parti itu di kalangan bukan melayu. umNO dalam proses memulihkan sokongan bukan melayu kepadanya di saat parti kompenan seperti MCA, Gerakan dan MIC langsung tidak membantu kerana masalah dalaman mereka,. Tiba tiba Pakatan Rakyat meledakkan bom perkauman yang di bina di dalam program BTN. umNo yang cuba berdalih akhirnya akur melalui kenyatan Najib bahawa pengisian BTN akan di kaji semula bersesuaian dengan semangat satu Malaysia.

Hishamudin telah mengancam dengan ancaman ISA.Khabarnya kem Kamunting telah sunyi sekian lama. Kos menanggung lebih banyak dari hasil yang ditanggung. Operasi Lalang mengingatkan kita bahawa ia dimulakan oleh api perkauman. Kini senjata perkauman nampaknya tidak mendapat sambutan rakyat. Hanya isu agama yang masih berbekas di hati umat khususnya melayu. Apakah ia petanda bahawa ISA akan kembali bermaharajalela???

Semoga pimpinan Pakatan Rakyat tidak terbawa bawa dalam isu ini....


TAHUN DUA CURI KOMPUTER SEKOLAH.


Mungkin sukar dipercaya. Tapi kena percaya. Bukan kerana ia benar atau salah . tetapi cerita ini diceritakan kepada saya oleh seorang guru disiplin di sekolah sekitar Ipoh. Cerita pulak masa baru keluar masjid selepas solat jumaat. Tak percaya...... ceritanya...

Di sekolah tempat dia mengajar dan menjadi guru disiplin ...komputer sekolah dah hilang... " siapa curi??" saya bertanya "seorang budak tahun dua"katanya bersungguh. Saya tanya " Laptop ke?"... "Bukan..komputer" jawabnya bersungguh. "di mana?"saya mahukan kepastian... "di makmal" jawapan yang membuat kepala saya ligat berpusing... mustahil..... tapi itulah yang diceritakan..

"Tak kunci ke makmal tu?" Saya menambahkan kehairanan dan cuba mewujudkan rasional. "Kunci!..." katanya ... lagi berat...

Melihatkan saya semakin bingung, beliau ketawa... " macam tu la enjin kapal terbang yang hilang" katanya meleraikan kebingungan saya.... nasib baik baru keluar masjd...kalau bukan baru keluar masjid tentu saya akan ketawa pecah perut..kena ranjo(istilah wak banjari)......

Khamis, 7 Januari 2010

MC DARI TUHAN

Berbagai spekulasi dari kemalangan kereta yang membabitkan DS Nizar Jamaluddin. Baik ada..buruk pun ada.Masing masing punya pandangan tersendiri. Apayang jelas ada ma'unah dalam kemalangan tersebut. Kereta yang rosak teruk sedangkan tuannya masih segar bugar.. mungkin orang jatuh kuda lebih teruk dari itu.

Bukan rahsia lagi bagaimana DS Nizar menghabiskan masa sejak bergelar YAB Menteri Besar.Kesibukannya amat ketara. Selepas dijatuhkan secara paksa dengan konspirasi ganas membabitkan beberapa institusi... kesibukan yang sepatutnya berkurang menjadi semakin bertambah. Dari kesibukan memenuhi tugasan bertukar menjadi kesibukan mengembalikan keadilan dan hak yang dirampas. Tentunya lebih sukar lagi.

Boleh dikatakan nama DS Nizar sentiasa berada di serata pelusuk alam malaysia khususnya di negeri Perak. Setiap malam jadual kuliah dan ceramah sentiasa memenuhi diary. Sejak subuh kuliah dan berbagai jemputan sentiasa diisi. Hanya keluarga dan mereka yang sentiasa di sisi dapat mearasai.

Kemalangan yang berlaku walaupun tiada kecederaan serius memaksa DS Nizar direhatkan kerana tekanan darah yang tiba tiba " mencanak" . Ia satu paksaan yang tiada alasan. Ia sijil sakit yang mesti dipatuhi. Mungkin ianya satu ruang waktu di beri Allah buat beliau berehat melepas penat lelah di samping bermuhasabah agar perjalanan hari muka mampu ditempuhi dengan tabah.

Apapun... semoga Allah menjadikan apa terjadi satu hikmah besar buat insan yang berjiwa besar.. moga Allah memberi kesembuhan....

GAMBAR VOLVO VS CAMRY

Inilah volvo yang muncul tiba tiba dari simpang menyebabkan kereta DS Nizar mengalami kemalangan. Walaupun kereta DS Nizar menyebabkan persepsi mungkin orangnya parah....tapi Alhamdulillah.... Allah masih memberi peluang beliau untuk terus berkhidmat dan berjuang... juga untuk kita terus berjuang bersamanya...
volvo yang munculmenganggu konsentrasi Camry

volvo juga kemek...sikit je...

Buku antara khazanah dalam kereta DS Nizar

ujian dari Allah

payung PAS...
pintu yang membolehkan beliau merangkak keluar.


no bukan untuk di tikam...

Rabu, 6 Januari 2010

BAKISTANI... KOMEN YANG HILANG...

Blogger
artikelasal disini...... http://g-82.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-allah-for-all.html
al Munir berkata...

Kena hati-hati dalam soal nama tuhan.. nama adalah untuk menunjukkan apa yg dinamakan.. al-ismi yadullu 'ala musamma... Allah yang disebut dalam ayat-ayat itu merujuk pada pengiktirafan mereka pada Allah, tuhan yang mencipta Alam... Tapi nama Allah yang mereka tuntut adakah merujuk pada Tuhan yang sama...?? Nama2 Allah dalam Qur'an semuanya merujuk kepada Tuhan yang bersifat Maha Sempurna.. Adakah sama sifatnya dgn nama tuhan yg mereka perjuangkan.. Tak mungkinkah akan timbul kekeliruan dikalangan Melayu selepas ini... Bukankah nama Allah yang dipakai mereka merujuk pada tuhan yg bersifat triniti yg bertentangan dgn Aqidah kita...!! Selama ini mereka menggunakan perkataan Lord.. Mengapa hari ni nak guna Allah...? Satu penilaian yg teliti patut dibuat sebelum sebarang kenyataan... Apakah keputusan ini secara jangkamasa panjang akan membawa lebih ramai non-Muslim menjadi Muslim atau menyebabkan lebih ramai umat Islam menjadi keliru tauhid mereka seperti di Indonesia... Adakah anta sanggup bertanggungjawab atas kemungkinan kekeliruan yg timbul nanti hasil dari pandangan yg separa masak sebegini... Ini adalah isu aqidah yang amat besar...

2010 Januari 2 20:15

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Dangkal sangat la nak gunakan dalil semacam itu untuk justifikasikan penggunaan Perkataan Allah oleh Kristian sedangkan dalil tersebut kalau nak digunakan hanyalah berkaitan dengan istilah dalam berbahasa. Takkan kot Allah nak turunkan wahyu kepada nabi dengan menggunakan istilah asing yang bukan bahasa arab seperti yeshua bagi nabi Isa atau agama Kristian menggantikan istilah Nasrani.

Bible asalnya dari bahasa Ibrani, jadi kenapa tak gunakan istilah dari bahasa yahudi tu. Banyak perkataan lain yang dirujuk sebagai tuhan dalah bahasa Ibrani cthnya Yahweh, Eloi, Elohim, El dan sebagainya. Tapi tetap Kristian disini gunakan perkataan Allah. Apa salahnya wujud perbezaan Istilah dalam beragama di Malaysia ni dan ianya bersifat jelas bukan sahaja dari segi amalan tapi juga dari segi penulisan. Biarla Buddha dengan istilah Thatagatha dan arhatnya, Hindu dengan Siva dan Vishnunya dan Kristian dengan Jesus Christ nya. Hanya orang yang cacat otak je yang melihat perbezaan sebagai permusuhan. Rosak ke agama Kristian tu kalau tak gunakan perkataan Allah.

Dari segi teknikalnya memang tidak bermasalah dengan isu ni tapi dari segi politiknya saya menentang. Apa la sangat nama Allah ni di bawa sampai mahkamah sedangkan beribu berjuta kristian di dunia ni tak gunakan nama Allah dan menganggap Allah tu sebagai Dewa Bulan atau moon God berasal dari salah satu dari 360 tuhan orang Arab zaman Jahiliah. Umumnya tak merugikan dan menguntungkan kalau digunakan perkataan Allah di dalam agama Kristian pun. Jangan la samakan dengan dengan istilah Allah yang digunakan Arab Kristian sebab mereka memang tak der pilihan selain gunakan istilah Allah sebab itu bahasa mereka.

Kalau dihalang dari menggunakan perkataan Allah pun tak kan sebabkan Islam dipandang hina dan buruk melainkan ini agenda mereka untuk burukkan Islam.

Saya akan bersetuju penggunaan nama Allah digunakan oleh orang kristian dengan syarat kerajaan dan pihak yang berkuasa buka ruang seluas-luasnya untuk Forum, Dialog, Debat, perbincangan antara agama secara terbuka dan kalau boleh dibuat secara Live di dalam TV. Panggil pemuka Nasrani dan bijak pandai Islam untuk berhujah tentang agama masing2. Selepas itu saya pasti pihak gereja akan mengusulkan supaya sensitiviti agama harus dijaga dan meminta program seperti itu dihentikan.

Permulaan, saya mohon pihak2 yg menyokong penggunaan nama Allah ini mengadakan forum antara agama secara terbuka dan membincangkan prinsip agama masing2.

Oh ye satu perkara lagi. Minta semua masjid diseluruh Malaysia menghentikan laungan azan menggunakan pembesar suara kerana ia akan memberi gambaran buruk tentang Islam. Banyak rakan2 bukan agama Islam saya merungut tentang hal tersebut walaupun saya banyak kali sebut "itu azan 5 minit saja maaa". Cadangan saya agar pihak Katholik membawa hal ini kepada mahkamah supaya mahkamah akan memberikan arahan agar masjid di larang azan menggunakan pembesar suara.

Fauzi

2010 Januari 2 22:35

Tanpa Nama nurul iman berkata...

to al Munir,
bukankah Al-Quran itu relevan utk sepanjang zaman? mengapa ada pertikaian jika ada dalil yg terang menyokong?

terlalu ramai yg mberi pandangan mengenai isu ini, termasuk ahli politik yg tiada asas dn dalil yg dibawa.

maka keluarlah statement: Allah hanya spesifik bg org Islam. bukankah kita beriman Allah yg menjadikan seluruh alam ini.
ini akibatnya jika akal menjadi sandaran dan inilah menyebabkan orang islam KELIRU.

wallahu'alam

2010 Januari 2 22:38

Blogger Fikrah pas berkata...

siapa pulak almunir ni..

semua agama mengaku Allah..cuma berbeza sifatnya dengan agama islam. sifat Allah yang dinyatakan dalam islam adalah yang benar.

jadi adalah mesti kepada munir untuk menrangkankannya kepada mereka yang keliru..apa susahnya hendak menerangkan..kalau nama sudah pendakwah sudah tentu ilmu kena ada untuk menjelaskan kekeliruan..kalaulah takut masyarakat menjadi keliru oleh itu tidak perlulah menjadi pendakawah kerana tidak mampu menjelaskan dengan baik..

rata rata pendakwah marah terhadap isu ini kerana takut kekeliruan masyarakat..mslhnya adalah pada pendakwah sendiri yg tiada semangat untuk meningkatkan ilmu bg menjelaskan kefahaman sebenar kpd masyarakat..

kafir quraisy sendiri menggunakan kalimah Allah..jadi nabi telah menjelaskan kpd sahabat kalimah Allah yg quraisy gunakan adalah tidak tepat..nabi tidaklah melarang mrk menggunakan kalimah Allah hatta selepas pembukaan kota mekah tidak ada larangan tersebut..

2010 Januari 2 22:39

komen dibawah dihantar almunir kepada Bakistani untuk menjawab ulasan terhadap komennya. Namun Bakistani tidak menyiarkan komen ini. Demi keadilan saya memanjangkan blog ini dan merujukkannya kepada Bakistani. mengapa beliau tidak siarkan komenini..hanya dia yang tahu...
Bloggerni komen ana... Harap bermanafaat. ..

Buat Nurul Iman,

Saya tak pernah pertikaikan kerelevanan al-Quran.. Dan saya tahu dalil itu thabit dalam Quran... Cuma kaedah istinbat Dalil itu yang saya pertikaikan. .. Persoalan nama ini penting sebab semua nama membawa suatu maksud dan erti... Nabi Adam diajar dgn nama2 oleh Allah swt di awal penciptaannya melambangkan kepentingan terminologi dalam Islam. Pemahaman terhadap terminologi inilah yang akhirnya membawa persepsi dan makna kehidupan setiap manusia. Lebih2 lagi jika ianya melibatkan nama Allah Rabb al- Alamin, satu nama yang membawa makna yang amat suci... Bahkan menjadi kewajipan kita menjaga maruah nama-nama Allah yg Mulia ini...

Sebab itu saya pertikaikan cara pendalilan yg dibawa dalam posting ini... Saya melihat uslub al-Quran dalam membawa nama2 Allah yang diriwayatkan dari golongan kafir Quraisy dan agama kristian dan Yahudi dibawa dalam bentuk yg tidak sedikit pun merendahkan kesucian sifat2 Allah... Quraisy menyebut nama Allah dalam mengiktiraf kekuasaan Allah mencipta seluruh alam... Sesuatu yang diketahui mereka jauh di sudut hati tapi gagal diimani dalam tauhid mereka... Begitu juga dengan cubaan Yahudi dan Kristian untuk mengkuduskan Uzair dan Masih dengan Kekudusan Allah yang Maha Esa... Semua ini tidak sedikit pun merendahkan martabat nama Allah... Ini bermaksud nama-nama Allah yg dinisbahkan pada golongan Non Muslim yg disebut dalam Qur’an jelas sekali membawa makna dan pengertian yang amat mulia... Oleh yang demikian saya merasakan tidak wajar sama sekali kita mengambil nas2 suci seumpama ini untuk kita begitu mudah menjadikannya dalil bagi membolehkan orang2 Non Muslim di Malaysia menggunakan nama Allah untuk tuhan mereka yang begitu menyeleweng dari sifat Tuhan sebenar yang Maha Agung... Ana merasakan ini satu bentuk penghinaan terhadap Allah...

Dari segi bahasa pula memang tidak dapat dinafikan lafaz Allah pernah digunakan oleh golongan Jahiliyyah sebelum Islam. Penyair2 Arab pernah menggunakan kalimah ini dalam bahasa Arab Allah diberi makna sebagai ilahun ma’budun (tuhan yg disembah). Namun konsep pemahaman terminologi ini telah berubah sepenuhnya setelah kehadiran Rasulullah s.a.w. yang membawa risalah Islam... Namun berbeza dgn kita, kalimah Allah dalam budaya dan bahasa Melayu tidak pernah dipakai oleh agama lain melainkan Islam... Kamus Oxford Melayu-Inggeris yg sempat saya rujuk pun memberi makna Allah dgn ’Muslim name of God’... Maka justifikasi apa yang kita guna untuk menganugerahkan kalimah yang mulia ini kepada golongan yang menentang Allah...

Begitu juga dari sudut perlembagaan Malaysia yang jelas memberi kedudukan istimewa kepada agama Islam sebagai agama persekutuan yang disebut dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini ditambah pula dengan jaminan Perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Semua ini perlu diambil kira sebab selama 50 lebih kita merdeka isu ini tidak pernah ditimbilkan tetapi tiba2 hari ini kita diuji dgn suasana yang sebegini....

Ya. Memang ada kemungkinan besar ini adalah perangkap UBN untuk merenggangkan PR dengan isu2 sensitif seumpama ini. Tapi sebagai pendokong Agama yg sebenar, mahu atau tidak mahu isu seumpama ini mesti dihadapi dengan penuh teliti dan objektif... Jangan kerana terlalu bencikan UBN dan cintakan PR kita tidak berlaku adil pada ALLAH...

Apa pun kita tunggu lah apa keputusan Mesyuarat PAS Pusat dalam mengeluarkan kenyataan rasmi esok...

Buat Fikrah PAS,

Ana rasa anta kena berhati2 dalam membuat kenyataan semua agama mengaku Allah.. Kita dikenali dengan sifat kita... Samada besar, kecil, tinggi, gelap dan sebagainya.. . Allah pun ada sifat2 kesempurnaan yang jelas. Macamana kita hendak mensabitkan pengakuan agama lain kepada Allah jika sifat2 yang dibawa oleh agama lain itu bukan sifat Allah... Kalau sifat-sifat itu bukan sifat Allah, maka dia bukan tuhan walaupun diletakkan nama Allah. Macamana anta nak terangkan pada orang lain tentang Allah jika anta sendiri pun keliru dengan kenyataan anta...

Ini yang membimbangkan ana.... Apa yang disebut oleh Ustaz Tuan Ibrahim memang tepat... Implikasi keputusan ini amat besar... Ini kerana keputusan ini membenarkan orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka yang barang tentu akan sampai juga ke tangan muda mudi Islam kita yang jahil tentang Islam. Sebab itu walaupun PAS itu Parti Politik, ana tak rasa kita perlu berpolitik setiap masa sehingga boleh membahayakan aqidah generasi muslim akan datang...

Maaf kalau apa yang ana sebut menyinggung perasaan..