Ahad, 28 Februari 2010

AJERNYE BODOH LE....

Ajernye (sajanya) bodoh le orang PAS dan PKR. Di saat umNO sedang bergaduh sesama mereka tiba- tiba mereka masuk umNO. Itu le cerite yang ditulis dan dilaporkan... tapi cerita orang masuk parti lain ni bukan pelik.... banyaknye gimik je...

Tapi jangan bangap sangat... buat cerita yang orang tak boleh percaya... Orang PAS dan PKR ni masuk umNO dalam kawasan yang PR kuat, Dah tu pulak masa umNO tengah bergomoi... ajernye bodoh le... baca dan fikirlah sendiri...

BUTTERWORTH: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pihak dalam parti perlu bersatu padu dan mengetepikan masalah dalaman parti yang telah berlarutan sejak sekian lama dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

"Jangan bergaduh lagi. Ini masa untuk kita bersatu," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini, hari ini.

Katanya beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh jika pemimpin dan anggota parti bersedia bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Jangan di depan (pentas) ini sahaja kita berpeluk tetapi di belakang kita bertikam sesama sendiri," katanya.

Pada majlis itu juga seramai 77 anggota pakatan pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menyerahkan borang menyertai Umno

Sabtu, 27 Februari 2010

PARTI BARU GANTI umNO UNTUK MELAYU???


Isu bangsa adalah isu yang masih bersisa dalam hati sanubari melayu, Namun umNo bukanlah pertubuhan yang dipercayai lagi untuk membicarakan soal bangsa. umNO yang kini berwajah satu Ma;aysia tidak lagi dipercayai untuk menjuarai isu melayu.umNO kini lebih dilihat pengkhianat melayu.

umNO terpaksa menggunakan pertubuhan pemimpin recycle yang dipinggir sebelum ini. Pemimpin ini pula mengharapkan mereka akan dilihat kembali berperanan dan ada "upah" yang akan dibayar oleh Najib.Paling tidak upah itu ialah peruntukan persatuan yang sememangnya dibiayai umNO. Paling menonjol ialah bapak katak- Brahim ali. mereka hanya boleh hidup dengan nafas melayu yang ditakutkan dengan khayalan hantu bangsa lain yang merampas kuasa melayu.

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pagi tadi melancarkan penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) di Kelab Sultan Sulaiman di ibu negara, tapak yang pernah membawa kepada kelahiran Umno lebih enam dekad lalu bagi melindungi kepentingan orang Melayu dan beragama Islam di negara ini.

Antara NGO yang menggerakan MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Cuepacs.

Edaran maklumat media menyebut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Presiden Mubarak Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Professor Datuk Dr Kamaruddin Kachar yang juga bekas Ketua Pengarah BTN berucap pada majlis pelancaran itu.

Deklarasi watikah pelancaran MPM dibacakan oleh Presiden GPMS Jais Abd Karim dan disusuli dengan sesi dialog dengan para hadirin dan upacara memeterai watikah pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO menganggotai majlis ini.

Mengenai latar belakang penubuhannya, kenyataan akhbar yang dikeluarkan pula menyebut “susulan beberapa perbincangan oleh beberapa pemimpin NGO Melayu, hasrat menubuhkan sebuah majlis perundingan untuk menggabungkan seberapa banyak NGO Melayu yang prihatin terhadap perkembangan terkini yang dihadapi oleh orang Melayu (muncul).”

Lagak gaya gerakan mereka seumpama sejarah penubuhan umNO dulu kononnya. apakah mereka ini diharap menubuhkan satu parti yang kemudiannya bergabung dengan BN bagi menggantikan peranan umNO sebagai parti melayu?? segalaa berkemungkinan kerana umNO akan melakukan apa sahaja bagi mengelakkan melayu meninggalkan mereka. Mereka pernah melakukan begitu dengan menubuhkan BERSEKUTU yang hanya hidup selama 3 tahun bagi menghalang penghijrahan melayu kepada PBS di Sabah dalam pilihanraya 1998.

Apa yang menghairankan ialah penglibatan CEUPACS dalam gabungan itu. Apakah presiden CEUPACS hari ini sememangnya kuda tunggangan kerajaan? patutle perjuangan kakitangan kerajaan tidak kemana. Presiden inilah yang tunjuk baik satu ketika dulu yang tidak menuntut bonus dari kerajaan. Setelah kakitangan kerajaan mengamuk... barulah dia mengeluarkan kenyataan minta bonus...setelah hampir seminggu bajet dibentangkan...


apapun kita nantikan lakonan pemimpin recycle ini .... sejauh mana mereka berlakon dan sejauh mana pula mereka diguna pakai oleh umNO.... akhirnya mereka pasti akan jadi sampah hanyut ....

Jumaat, 26 Februari 2010

JEMPUTAN BUAT SEMUA


KONVENSYEN ULAMA’ MUDA

TARIKH : 7 MAC 2009

MASA : 8 PAGI 5 PETANG

TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA IPOH

TERBUKA UMUM KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

TEMA : ” ULAMA’ MUDA PENGGERAK KEBANGKITAN ISLAM ”

SEBARANG PERTANYAAN : USTAZ AKMAL : 019-4088824
USTAZ HAFEZ SABRI : 013-3190807

MENGAPA MAHYUDIN DEDAHKAN????


Kekalutan hubungan Najib - Muhyidin kian menampakkan jurangnya. Terbaru kenyataan Muhyidin yang mendedahkan pertemuan antara Najib dengan Tengku Razaleig. Walaupun belia mendedahkan pertemuan itu dalam keadaaan kononnya untuk mengkritik Tengku, namun seakan ada agenda lain dari pendedahan tersebut.

Pagi semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hairan dengan tindakan dan kenyataan Tengku Razaleigh yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Najib berhubung perkara tersebut.

“Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.

“(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya.


Kenyataan balas Najib yang terpaksa mengakui pertemuan tersebut, namun tidak mahu mendedahkan butir pertemuan itu sangat meragukan . Ia dilihat sesuatu yang bersifat sulit. Persoalannya mengapa Mahyudin mendedahkan pertemuan yang tak mahu didedahkan oleh Najib.Ia seakan menjelaskan lagi krisis yang di dakwa berlaku antara Najib dan timbalannya itu.

Pemerhati politik sedang menghitung langkah politik Mahyudin. Beliau dilihat sedang melakukan satu langkah yang mengguagat kedudukan Najib. Umum telah mendengar bagaimana mahyudin yang tidak berapa selesa dengan Najib melalui konsep satu Malaysia. Mahyudin yang berasal dari negeri kelahiran umNO - Johor dilihat masih merah darah melayunya.

Konsep satu Malaysia Najib jelas membelakangkan perjuangan mleayu yang kononnya menjadi darah daging umNO. Najib pula menyedari, tanpa konsep satu Malaysia BN akan ditolak bangsa selain melayu kerana kegagalan MCA, MIC dan Gerakan. Penerimaan pelbagai bangsa terhadap konsep Pakatan Rakyat yang persamaan hak untuk keadilan dan pembelaan bagi setiap yang dizalimi tanpa mebgira kaum sangat dibimbangi Najib.

Keghairahan Najib hingga membelakangkan perjuangan dan semangat Melayu sangat tidak disenangi Mahyudin dan mentornya Mahathir Muhammad. Longokan peruntukan kepada bangsa lain seperti gereja dan kuil serta pemansuhan beberapa badan khusus dan kementerian yang membela melayu dilihat merugikan melayu dan menghilangkan sifat umNo sebagai pembela melayu.

Kini Mahyudin sedang mengumpul kekuatan dan penyokongnya sendiri sebelum melanggar Najib. Najib pula sedang ghairah melanggar negeri Pakatan Rakyat. Penyokong tegar Mahyudin seperti Zahid Hamidi sedang mencatur strategi.... kita nantikan, apakah ulangan tuduhan seks kepada DSAI yang dicatur Mahathir akn menimpa Najib yang memang terpalit dengan pelbagai tuduhan seks termasuk Al Tantuya. Jika DSAI boleh diheret dengan tuduhan hina seperti itu, tidak mustahil mudah bagi Mahathir membongkar rahsia Najib yang pastinya dalam gengaman beliau semasa dibawah kabinetnya....

Kita nantikan... selepas segala usaha menyesakkan Pakatan Rakyat , samaada atau gagal.... maka pasti Najib akan menghadapi saat sakaratnya....

Rabu, 24 Februari 2010

PUNCA MASALAH SEDANG BERMASALAH.

Samada benar atau tidak ia mula menjadi perhatian umum. Orang yang buat masalah di Perak dikatakan sedang bermasalah dengan timbalannya. Masih ingat apa yang dibuat di Perak. Waktu itu ia hanya timbalan kepada Pak Lah. Rampasan kuasa di Perak atas usaha dan perancangannya, Namun Pak Lah yang datang menentukan siapa pilihan menjadi Menteri Besar kerajaan rampasan itu.

Kini giliran Timbalan dulu yang kini menjadi Perdana Menteri melalui zaman krisis dengan timbalannya. Semuanya gara gara dasar satu Malaysia yang dipromosikan demi mengembalikan sokongan kepada umNO.Desas desus pergeseran antara perdana dan timbalannya kian kuat beralun. Ia mungkin akan terus mengumpul kekuatan untuk menghasilkan tsunami politik berikutnya.

Kisah timbalan dan perdananya saling mengatur strategi bukan perkara pelik di malaysia. Ia adalah tradisi selagi jawatan itu milik umNO yang penuh hasad , dendam dan tamak kuasa. Kini sejarah itu berulang lagi.Muhyidin yang terlalu teruja menjadi Perdana Menteri pastinya tidak sesabar Najib memanjat tangga itu .Najib adalah seorang yang hanya menunjukkan rakusnya dipuncak tahta. Namun dalam pendakian,beliau amat tertib dan sabar.Mungkin kerana latar belakangnya yang dipalit dengan lumpur akhlak yang hitammenjadikan beliau bimbang melawan bosnya.

Tidak bagi Muhyidin. Beliau seorang yang agak terkawal sejarah silamnya. Tidak sehitam Najib. Muhyidin dilihat seorang yang tidak sabar. Beliau boleh saja menongkah arus walaupun dengan bosnya. PakLah adalah antara pemimpin yang terpaksa berundur gara gara kritikan terbuka Muhyidin.Pada ketika itu Muhyidin bukan timbalannya. Hanya kabinetnya.Kini Muhyidn adalah timbalan yang hanya perlu setangga lagi untuk berada di puncak.

Jika Muhyidin menunjukkan kesabarannya, mungkin Muhyidin akan kempunan duduk di singahsana tahta itu.Kini raja pencatur- Tun Mahathir dikatakan di belakang Muhyidin. Zahid juga diatur bersama Muhyidin.Siapa yang akan singkirkan siapa?Persoalan yang hanya masa menentukannya... Rakyat Perak mengharapkan Najib bakal kehilangan kuasa dari tangan orang yang akan merampasnya...mungkin sepertimana Zamri diatur merampas kuasa dari DS Nizar... maka Tun Mahathir akan mencaturnya untuk Muhyidin...segalanya berkemungkinan.....

Selasa, 23 Februari 2010

RAIS CADANG DSAI LETAK JAWATAN.... KITA CADANG RAIS PANDANG BELAKANG..


Tak pasal pasal Raiis Yatim mencadangkan agar DSAI meletakkan jawatan memimpin PR atas alasan tuduhan Liwat masih di mahkamah. Kes yang dihadapi DSAi adalah kes yang serius. Ia membabitkan soal kredebiliti seorang pemimpin besar. Sewajarnya sebagai pemimpin besar yang dituduh dengan tuduhan sebegitu melatakkan jawatan.

Namun kes itu tak wajar berlaku di Malaysia kerana kredebiliti mahkamah Malaysia sangat diragui. Tuduhan kepada DSAI dilihat satu tuduhan politik yang merupakan ulangan kedua setelah skrip pertama gagal akibat silap langkah kerana terlalu ghairah.

Rakyat telah hilang kepercayaan kepada mahkamah. Sebab itu apa sahaja yang berkait dengan keputusan mahkamah di Malaysia sangat diragui terutama yang mempunyai kepentingan politik. Ia bukan baru tetapi telah menjadi biasa....

Paling meragukan ialah kes rakaman perbualan Linggam yang didakwa mencatur hakim negara. Kes ini tidak diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati rakyat. Orang yang dituduh tidak didakwa. Kalau didakwa juga ia diragukan kerana hakim yang mengendalikannya adalah dibawah pentadbiran oleh ketua hakim yang diragui.

Apa lagi diharap dari sistem keadilan di Malaysia apabila ketua hakim negara sendiri dipersoalkan ketelusan dan kelayakannya untuk mengadili rakyat. Mahkamah hanya diyakini jika semua hakim utama dibebaskan dari belenggu yang bergantung ditengkuk mereka....

Kembali kepada cadangan Rais agar DSAImeletakkan jawatan. Lontaran itu hanya lontaran gurauan yang tidak membawa apa erti apatah lagi datangnya dari seorang yang tiada kaitan dengan PR. Lebih memalukan ianya dilontarkan oleh seorang menteri yang mempermainkan kajian ilmiahnya sewaktu mengejar gelaran seorang doktor undang undang... Kalau kajian ilmiahnya sendiri dikhianati... apa lagi diharap dari orang seumpama Rais yang juga pernah membakar jambatan yang ia kini sedang menjunjungnya untuk bersama umNOOOOO

Kalau Rais cadang DSAI letak jawatan, kita cadang Rais pandang belakang....sejarah yang pernah ditemberangnya....

TUTUP BANGKAI GAJAH....


Kerajaanpilihan mahkamah yang dipimpin Zamry di Perak sekali lagi cuba memutar kebenaran demi menghalalkan apa yang diingini. Ketika membalas kesediaan kerjasama Pakatan Rakyat, Zamry menolak kerjasama jika PR menuntutnya dengan syarat. Apa yang disyaratkan oleh PR bukan pelik.Ia berkaitan hak rakyat dan wakil rakyat.

Demi menghalalkan tindakannya menafikan hak rakyat dan wakilpilihan rakyat, kerajaan mahkamah pimpinan Zamry cuba mereka ceriyta kononnya semasa PR memerintah Perak, mereka tidak melibatkan ADUN BN. Namun usaha Zamry itu umpama menutup bangkai gajah dengan tiket feri Pangkor! DS Nizar dan ADUn Pakatan Rakyat telah mendedahkan pembohongan ini....kalau permulaan sudah haram...mungkinkah ada kerja yang halal di dalamnya??? tunggulah kerja haram dari kerajaan mahkamah ini seterusnya....

IPOH, 23hb Feb :- Saya menyatakan hasrat Pakatan Rakyat memberi khidmat kepada semua rakyat dengan bentuk kerjasama kepada kerajaan mahkamah Zambry namun respon dari TPM dan Zambry mengatakan tidak perlu ada kerjasama, demikian penjelasan awal dari MB Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang berkaitan isu pembohongan Zambry di pejabat PR disini.

Semasa kita memerintah semua rakyat boleh guna kemudahan rakyat seperti dewan, kemudahan awam dan sebagainya, tegasnya.

Beliau juga mengesahkan beri surat tawaran kepada ADUN BN untuk hadir dalam mesyuarat JKTD, kita keluarkan surat kepada Pegawai Daerah, Pegawai Daerah memanggil semua ADUN PR dan BN. Ada mereka yang hadir. Ini menunjukkan sifat ketelusan kami.

Contohnya di Kerian, mereka tidak hadir, ini masalah mereka. Ini menunjukkan mereka diundang.

Sifat PR kita undang dan jemput semua ADUN dan ahli Parlimen.

Ds. Nizar juga menafikan PR tidak undang dan jemput, "saya menafikan, ini pembohongan yang besar. Kami ada bukti yang jelas ", sambil merujuk kepada Daerah Kinta, Kerian dan Larut Matang. "Kami tegaskan apa yang dikatakan Zambry dan pengkhianatan dan pembohongan. Sewajarnya kita malu dengan MB yang berbohong. Tegasnya.

Inilah kerjasama yang kita nak berikan dan dinafikan. Begitu juga permis rakyat, selepas JKK dipecat dan mereka menghalang kita gunakan.

Kita terangkan supaya kita tidak difitnah kononnya tidak melantik MP dan ADUN BN dalam JKTD.

Sementara itu YB. V.Sivakumar juga memberi beberapa kenyataan seperti berikut.

"Saya hadiri semua dalam JKTD tetapi mereka tidak hadir dalam JKTD Kinta, dan kami tetap letakkan nama masing-masing diatas meja tanda nama. Katanya sambil menunjukkan bukti.

"JKTD penting kerana membincangkan masalah rakyat, dan apakah salahnya kami dijemput dan memberitahu apa saja masalah" jelasnya.

Saya tidak faham kenapa perlu dibuat secara senyap-senyap semasa ADUN BN. Inilah peluang semua wakil rakyat bertemu dengan semua pegawai kerajaan.

PERASMIAN DIALOG PEMIMPIN AGAMA




SILA TEKAN CONTINUE...

ENJIN PROTON UNTUK KAPAL TERBANG

Sejak dulu PAS berjuang agar sistem Islam dilaksanakn sepenuhnya di bumi Malaysia. umNO pula sejak dulu menganggap siatem Islam adalah zalim dan ketinggalan zaman. Mereka beriman dengan undang undang yang digubal oleh parlimen yang bersendikan ruh Lord Reid. Inilah beza antara PAS dan umNO jikasaling mendakwa melaksanakan Islam.

Akhir akhir ini , negara dihebohkan dengan isu hukuman sebatan rotan kepada pesalah Zina. Ia dilakukan di penjara disaksikan beberapa orang di penjara. Apabila kumpulan pembela mendakwa ianya menindas wanita maka pihak kementerian Dalam negeri yang diketuai oleh HishamudinTun Hussin mempertahankannya atas alasan keadilan Islam. Kesannya.... yang menanggung akibat ialah islam. Yang berada di dalam dilemma ialah orang yang mendakwa menyokong Islam.

Malangnya keadaan ini berlaku...yang rugi dan terfitnah ialah Islam. Islam ialah agama yang didatangkan secara pakej. ia bukan satu yang terpisah oleh juzuk tertentu. Hukum Islam pula bukan datang dalam bentuk dan rupa hukuman. Ia mesti dilihat dari suasana ia dilaksanakan, Orang yang melakukan, juga beberapa perkara lain yang membolehkan ia disabitkan hukuman tersebut. Juag yang membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan atau dibatalkan atau mungkin dilaksanakan dalam keadaan ditangguhkan seperti selepas anak dilahirkan.

Apa yang berlaku di penjara kajang bukan hukuman Islam. Hukuman Islam menetapkan orang berzina dirotan seratus rotan. kaedah pendakwaan dan beberapa tatacara lain membolehkan ia disabitkan dengan hukuman tersebut. Walaupun diakui rotan itu adalah kaedah hukum islam, namun 3 atau 6 rotan bukanlah bilangan yang ditetapkan islam.

Sebagai perbandingan... bolehkah kita menggunakan enjin proton saga untuk menggerakkan sebuah kapal terbang.? atau sebuah mercedes? Walaupun enjin itu mungkin berbunyi...namun ia ntetap tidak mampu menerbangkan kapal terbang itu... atau mungkin tidak akan menggerakkan sebuah mercedes sebagaimana mercedes yang asli....

Sebenarnya umNO sedang membina fitnah untuk agama islam... dan akibatnya nanti akan ditanggung oleh orang yang berjuang Islam.. umNO boleh saja meninggalkan apa yang ia pertahankan sekarang kerana desakan tertentu... namun kekeliruan akan terus ditanggung oleh Islam dan orang yang berjuang dengannya. Ini adalah bentuk label buruk kepada Islam yang dicipta oleh umNo..hanya orang bodoh yang memepercayai sebatan yang dilakukan oleh kerajaan umNO adalah sebatan undang undang islam...

Isnin, 22 Februari 2010

SINAR HAIRAN DAN BERITA HAIRAN- SUMBER ANDA???


Kemunculan Sinar Harian dilihat berjaya menawan hati pembaca yang telah muak dengan berita palsu dan jahat dari utusan dan Berita hairan. Walaupun umum mengetahui bahawa sinar harian sendiri adalah adik beradik dan keluarga yang hati serta darah yang mengalir di dalamnya adalah dari sumber yang sama. Ia umpama denyut nadi yang sama mengalirkan darah ke seluruh anggota. Bezanya mungkin Berita hairan adalah wajahnya sebaliknya sinar harian adalah tangan yang boleh bergayut dan bergantung di atas mana mana tubuh yang menguntungkannya.

Sebagai seorang yang dididik dengan Al Quran yang mengingatkan tentang sifat Fasiq tentu kita lebih berwaspada dengan segala berita yang disiarkan. Jangan disalahkan pimpinan yang tak membetulkan kenyataan atau suka membuat kenyataan , namun harus juga disalahkan diri yang sangat suka memetik berita dari sumber musuh yang dirasakan sehati dengan cita cita sendiri.membaca tak salah..tetapi harus meneliti sebelum dijadikan dalil dan hujjah. Jangan kerana sinar harian ada menyiarkan berita kita maka ia dianggap sahabat dan sumber yang kita percayai.

Belajarlah dari pengalaman dan sejarah.. Tidakkah musuh menyerang islam kini melalui orentalis yang berwajah Islam tetapi berhati kafir. Menggunakan apa sahaja bahan Islam untuk menghentam islam?
Terkini ialah apa yang melibatkan Tuan Ibrahim Tuan Man;

Oleh Basiron Abdul Wahab TEMERLOH, 22 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya. Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka.
“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, menyebabkan apa sahaja keputusan Lembaga Displin dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi. Menurutnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan: ‘Hendak diluahkan mati mak, mahu ditelan mati bapak’.

Kenyataan itu jelasnya, hanya rekaan untuk mensensasikan berita tetapi sebenarnya ia tersasar jauh daripada apa yang saya sebut semasa dihubungi pemberita terbabit. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah menerima permohonan maaf daripada pemberita berkenaan melalui khidmat pesanan singkat (SMS).

Ahad, 21 Februari 2010

JANGAN LAGI SEBUT NAMA ZUL....

Tak pasal pasal nama Zulkifli Nordin tiba tiba meletup.Ini adalah kali kedua namanya glamour setelah isu murtad Aisyah Bukhari beberapa tahun dahulu. Jika kita menyusur perjalanan politik Zul, kita dapat melihat sifat ego dan angkuh beliau yang bersandar dengan isu agama.

Sebenarnya Zul ni adalah patung ciptaan umNo bagi mebgalih isu dan perhatian rakyat terhadap kejahatan umNO dan BN. Malangnya kesilapan kita memberi perhatian kepada Zul menjadikan beliau semakin hilang kawalan. Apalah nilai mamat sekor ni yang takde jasapun dalam politik negara.

Umum mengetahui apa yang dilakukan oleh Zul di Parlimen Bandar Baru Kulim. Tidak keterlaluan jika dikatakan Zul ni makan duit haram. Wajarkah seorang yang makan duit haram bercakap soal Islam??? Sebab itu Zul yang gagal menjalankan tugas sebagai wakil Rakyat Kulim wajib meletakkan jawatan. Beliau tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil penduduk Kulim. Wang yang diterima Zul adalah duit Haram dan tak hairanlah jika Zul makin sawan .

Zul takkan sawan sebegini jika kita tak memperdulikannya. Jadi cukuplah masa kita habiskan untuk bercakap soal Zul. Apa nilai Zul??? Semakin kita bercakap tentang Zul...semakin seronok lah dia kerana mungkin harganya semakin mahal dengan perhatian yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Sewajarnya TGNA tidak mencemar diri dengan politik Zul yang sedang menawar harga dirinya ini.

Untuk PKR cukuplah, menghabiskan masa melayan Zul. Jelas Zul tidak boleh akur lagi dengan PKR dan tiada pilihan terbaik melainkan memecat keahliannya.Banyak kerja lain yang boleh dilakukan lagi selain melayan budak sawan sekor ni...

Harapan saya , cukuplah kita melayan beliau samada di peringkat bawahan apatah lagi peringkat pimpinan... Tiada nilainya Zul ini di sisi rakyat Malaysia jika kita melupakannya... umNO juga pasti tidak akan mempedulikannya lagi jika kita semua tak peduli..... percayalah... jika tiada lagi pimpinan Pakatan Rakyat menyebut nama Zul...akhirnya umNO juga tidak akan pedulikannya... tak Percaya??? mari kita cuba...

JANGAN KELIRU TENTANG ASOBIAH.


Perkembangan islam di Malaysia telah berjaya memadamkan faham asobiah yang berakar umbi di kalangan masyarkat melayu, jua Cina dan India. Secara pasti, keruntuhan khilafah Islam Turki adalah hasil kejayaan musuh meniupkan semangat asobiah itu. Bom jangka yang ditinggalkan di Tanah Melayu juga telah meletus angkara asobiah pada tahun 1969.

Asobiah mula dilihat perkara yang buruk di sisi masyarakat Islam hasil perjuangan panjang PAS , namun kekeliruan terhadap erti asobiah melahirkan golongan yang menuduh asobiah tanpa adil dan ilmu. Kekadang taksub terhadap kelompok yang pelbagai tanpa asas yang benar dan adil tidak pula dianggap asobiah. Asobiah hanya difahami sebagai taksub bangsa semata dengan tidak memahami tujuan larangan atau asas larangan Rasulullah.

Asas penolakan Islam terhadap Asobiah adalah hadis Rasulullah yang diriwayatkan Muslim, Abu Daud dan Nasai;

“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan bukan dari kalngan kami yang mati atas dasar asobiah.”

Seorang sahabat bertanya:
“Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”

Nabi Muhammad menjawab:
“Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i).


Jika faham penolakan terhadap asoniah tidak bermula dari hadis ini, berlakulah kekeliruan dan tuduhan tanpa panduan Islam. Ia hanay akan menyerlahkan kekeliruan dan kejahilan kita. Cinta bangsa bukan asobiah. Yang salah ialah menyokong dan membela kaum atau bangsa sekalipun salah. Termasuk juga menolong puak, geng, kelompok, parti atau apa sahaja sekalipun bersalahan dan bertentangan dengan syariat. Inilah asobiah.

Islam mengiktiraf perasaan kasih pada bangsa dan tanah airnya kerana Allah berkata kepada Nabi Muhammad dalam surah al-Syuarak ayat 214,

“Berilah amaran kepada keluargamu yang hampir.”

Nabi Muhammad pernah berkata pada Hari Pembukaan Kota Mekah,

“Demi Allah, sesungguhnya engkaulah (Mekah) sebaik-baik bumi Allah, dan bumi Allah yang paling Allah kasih kepadanya. Kalaulah tidak kaumku mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak keluar.

(Riwayat oleh at-Tirmizi)

Walau bagaimanapun, Islam melarang kasih pada sesuatu yang melebihi daripada Allah, Nabi Muhammad dan Islam. Lebih membimbangkan apabila seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah dengan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan melampaui batas-batas Allah. Kerana Allah menyebut dalam surah at-Taubah, ayat 24,

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).”

Allah menyebut lagi dalam surah al-Mujadalah, ayat 22,

“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.”

Ini adalah bukti akidah Islam mengatasi segala hubungan yang lain sama ada hubungan keluarga, keturunan dan bangsa. Al-Quran melarang Nabi Muhammad dan umat Islam memohon ampun untuk orang musyrik walaupun mereka daripada kaum keluarga. Allah menyatakan kisah Nabi Nuh yang kasihan kepada anaknya yang ditenggelami banjir tetapi Allah tidak mengizinkan beliau untuk memohon ampun kepada anaknya. Kisah nabi Ibrahim dengan ayahnya yang tidak beriman juga menunjukkan kasih sayang keluarga tidak boleh dijadikan asas bagi memohon keselamatan dunia dan akhirat sekiranya Islam tidak dijadikan teras dalam kehidupan.umNO adalah antara contoh perkauman tinggalan penjajah. Mereka bersaing dengan India dan Cina melalui MCA dan MIC yang jua dalam kelompok BN. tanpa memperdulikan apa asas pembelaan , mereka saling berbalah kononnya mempertahankan bangsa masing masing sekalipun salah.
Cinta bangsa dan kaum atau kelompok adalah fitrah manusia. Yang ditegah Islam ialah menyokong mereka sekalipun salah.Inilah yang dilarang islam.. Islam melarang asobiah kerana ia menolak keadilan. semoga kita cermat dalam menilai apa itu asobiah... jika kita berhujjah dengan Islam...

Sabtu, 20 Februari 2010

ANTARA DUA KEMALANGAN

Seorang buruh ladang warga Indonesia terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya kemalangan dengan Toyota Harrier yang dipandu Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, semalam (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 pagi semasa Rina Kumala, 23, membuat pusingan U.

Beliau berkata lelaki itu yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
____________________________________________________________________

Saja nak det nak kasi perangat balik cerita 2-3 hari sudah, bapak samseng dan adun dap sekinchan, ng sue lim telah melanggar seorang pelajar ipta berbangsa melayu di persimpangan lampu isyarat unisel seksyen 7 shah alam, menurut saksi, adun itu memandu dalam keadaan mabuk dan dia dikatakan melanggar lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah.

Sue lim dikatakan baru pulang dari mengambil wang colection kedainya di sekitar kawasan seksyen 7 itu, keadaan pelajar melayu itu sekarang ini masih koma, tapi malangnya dalam laporan yang dibuat oleh adun itu kepada polis, dia menyalahkan pelajar itu, kononnya pelajar itu langgar lampu merah, ketika dia membuat laporan polis di balai seksyen 11 shah alam, ramai saksi mengatakan yang dia dalam keadaan mabuk, sehinggakan bau arak di mulutnya boleh di hidu dari jarak 2 meter, kata saksi.

Tapi malangnya pihak polis gagal menjalankan ujian alkohol kepada sue lim, tidak tahu mengapa? mungkin di balai itu tidak terdapat alat ujian pernafasan kut atau alat itu mungkin hanya ada satu unit sahaja dan alat itu sedang digunakan oleh polis untuk operasi mereka malam kejadian itu. kalau ada pegawai tinggi polis yang terbaca blog det, minta tolong lah supply alat ujian alkohol tu lebih sikit kepada balai seksyen 11, supaya pemandu mabuk macam adun ini boleh ditahan pada malam itu juga.

Jumaat, 19 Februari 2010

TALIAN HAYAT UNTUK ZAMRY

Menyedari rakyat semakin benci, maka tiada cara lain bagi umNO selain bergayut dengan institusi raja. Umum rakyat Perak mengetahui keterbukaan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah, beliau seringkali dilihat bertindak matang dengan meraikan rakyat secara adil samada umNO atau Pakatan Rakyat.

Peristiwa di DUN Perak dalam sidang lalu membunktikan keterbukan baginda. Baginda boleh berbincang dengan DS Nizar untuk menenanangkan keadaan dan mengizinkan DS Nizar mengiringi baginda di dalam lif sekalipun cuba dihalang oleh barua umNO Setisusaha kerajaan umNO.

Bernama melaporkan bagaimana Zamry cuba mengambil kesempatan di atas keterbukaan Raja muda Perak dengan menjemput baginda ke Pangkor... lubuk Zamry.... hanya untuk menyampaikan sumbangan kepada orang miskin... sampai program macam tu pun jemput baginda... jelas Zamry sedang mengharapkan talian hayat kedua dari istana..

PANGKOR, 19 Feb (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pada hari Jumaat berkenan melakukan lawatan sehari ke Pulau Pangkor, tempat kelahiran dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang diiringi Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim memulakan program dengan menghadiri majlis penyampaian sumbangan kewangan untuk para pelajar miskin serta golongan miskin di Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di sini pada sebelah pagi.

Baginda turut berkenan meninjau kawasan Kampung Masjid yang terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor selain turut melawat ke rumah keluarga Menteri Besar yang terletak dalam kampung berkenaan.

Pada sebelah tengah hari, Raja Nazrin berangkat untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Teluk Raja Bayang di sini dengan diringi Zambry, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria serta para pemimpin negeri dan tempatan.

Pasangan diraja itu mengakhiri program lawatan dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Masyarakat Pangkor di Dataran Pangkor di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

BERBLOG MENCARI PAHALA BUKAN DOSA.


Kini semua pihak mengetahui kepentingan peranan yang dimainkan oleh blogger. Mereka adalah lidah baru yang boleh mendamaikan dan mengkucar kacirkan negara. Ia ibarat lidah yang disifatkan rasul sebagai senjata tajam. Jika disalah guna rosakkalah segalanya.

Sebagai sebuah Gerakan Islam dan parti politik PAs perlu memanafaatkan ruang ini sebagai medium yang penting dalam menggerakkan misinya. Ahli Pas adalah antara yang banyak melinatkan diri di ruang ini walaupun ytanpa sebarang bayaran. Segalanya dengan pengorbanan atas dasar sayangkan jamaah Islam. Jika itulah matlamatnya ...tentu jaminan pahala dari Allah.



Malangnya ada yang menulis dengan ikhlas tetapi tidak menggunakan adab dan bimbingan agama, akhirnya pahala menjadi dosa. Perkara yang sepatutnya menghasilkan kebaikan menimbulkan keresahan dan perpecahan sesama jamaah... Alangkah rugunya kerja sukarela yang menyusahkan tidak menghasilkan pahala sebaliknya dosa...lebih baik tak payah menulis.... kerana tulisan itu akan kekal dengan ganjarannya selagi ia menjadi rujukan atau punca segala perkara... demikianlah kefahaman hadis Muslim yang menyebut tentang contoh baik dan buruk yang menjadi ikutan akan dibalas sama seperti kesan yang dilakukan..

Atas tanggungjawab itu...penulis yang ikhlas ini perlu dibimbing... Jangan biarkan mereka seperti upahan umNO . Dibayar untuk memecahkan dan menimbulkan fitnah! Pas Perak melalui Penerangan negeri bersama blogger Al Banjari melaksanakan tanggungjawab memimpin sebagaimana di ajar Islam. semoga hasil yang terbaik dimiliki....

Ayuh kita bersama menyokong usaha memperkasakan jamaah Islam dan misi tewan Perak!

Khamis, 18 Februari 2010

JATUHKAN KEPIMPINAN ULAMA



Permulaan Islam terpaksa berhadapan dengan musuh luar yang mencurigai kecemerlangan dakwahnya. Setelah Islam kian berkembang, kecurigaan menjadi dendam dan kemarahan. Namun cahaya Islam tidak dapat dipadamkan. Berhadapan dengan Islam secara berhadapan ibarat cuba menahan tsunami ganas yang datang. Mereka akhirnya memilih menyusup di dalam Islam.

Golongan ini dikenali sebagai Munafiq. Pemimpin tersohor mereka dikenali sebagai Abdullah Bin Ubay. Umum mengetahui ibn Ubay sentiasa kelihatan mendampingi nabi walaupun di belakang nabi beliaulah musuh dalam selimut. Antara modus operandi mereka ialah memecahkan kesepaduan Islam dengan mewujudkan kelompok yang mereka jenamakan dengan kehendak dan kecenderungan hati mereka.

Allah merakamkan dalam surah munafiqun ayat ke 8 dengan mengistilahkan orang Muhajirin dari Mekah sebagai golongan hina kerana mereka adalah pendatang di bumi Madinah. Akhirnya terdedah rancangan munafiqin tersebut apabila keghairahan mereka seperti tidak dapat dibendung lagi. Seringkali usaha mereka digagalkan oleh perancangan Allah yang maha kuasa. Akhirnya orang Islam yang seakan terpengaruh dengan propoganda golongan tersebut mula menyedari dan meninggalkan mereka. Antara peristiwa mereka yang paling barjaya ialah fitnah terhadapisteri Nabi SAW sendiri yang dikenali dengan hadis al Ifk. juga perbalahan dan peperangan Siffin dan Jamal kemudiannya.

Kekuatan PAS yang mewarisi perjuangan Rasulullah ialah Islam yang ditunjangi Ulama. Bermula era kepimpinan Ulama hasil desakan Dewan Pemuda yang dipimpin oleh Datuk Mustapha Ali telah merubah rupa bentuk PAS. Kehebatan pidato TG Hj Hadi yang mewakili Ulama muda sangat memberi pengaruh kepada perkembangan Islam yang di bawa PAS. Kepimpinan Al Marhum Yusuf Rawa yang diteruskan Al marhum Ustaz Fadzil Nor sangat berkesan. Kebangkitannya seakan tidak mampu dikekang lagi.

Musuh telah meramalkan bahawa kepimpinan PAS akan diterajui oleh TGHH yang merupakan pimpinan popular dan watak utama yang juga merupakan pimpinan ulama antarabangsa. Usaha memblokkan PAS bermula di zaman Ustaz Fadzil Nor apabila mereka mewujudkan golongan profesional dan Ulama. Ketangkasan Ustaz Fadzil menyekat usaha ini dengan mencantumkan Profesional dan ulama telah mengecewakan mereka.

Pemergian Ustaz Fadzil meninggalkan kita menjadikan mereka semakin bersemangat. Bermula kepimpinan TGHH , beliau dilabelkan sebagai ekstrim. Ia dilakukan oleh kalangan dalaman sendiri dengan wajah memuji dan memuja watak tersebut tetapi sebenarnya cuba menyediakan kebimbangan terhadap kepimpinan TGHH. Walaupun agak sukar membebaskan diri dari gambaran tersebut, Namun watak sebenar TGHH terserlah sebagai seorang yang toleran telah mengikis tanggapan negatif ini.

Ustaz Nasaruddin Isa yang dilantik membantu TGHH lebih menyerlahkan ulama profesional dan menambahkan kepercayaan rakyat terhadap wajah ulama PAS yang tak perlu dibimbangi. Kesetiaan ustaz Nasa membantu dan mendokong aspirasi TGHH sangat membimbangkan mereka. Harapan agar Ustaz Nasa dapat melenturkan kepimpinan ulama gagal kerana ustaz Nasa adalah anak didik Ustaz Fadhil yang menghayati kepimpinan Ulama.

Isu UG yang merupakan lontaran awal TGHH yang belum sempat dihadamkan konsepnya telah dijadikan bola tanggung oleh kelompok anti kepimpinan ulama ini. Mereka menggunakan sepenuhnya kawalan media yang dimiliki melalui blogger tertentu serta wartawan yang diserapkan melalui akhbar parti dan alternatif.

PAS mula dipecahbelahkan. Mereka mengimaginasikan penyatuan PAS dan umNO melalui perbincangan yang telah berlaku. Perbincangan yang dilakukan sebagai alternatif ijtihad dalam menentukan halatuju perjuangan PAS di Malaysia. Ia bukan keputusan dan tiada keputusan dibuat PAS bersatu dengan umNO. Ia adalah pelbagai alternatif yang terbentang setelah harga PAS yang begitu bernilai selepas pilihanraya 2008.

Ia adalah pelbagai tawaran yang diterima dan mesti diperhalusi...bukan sahaja dari umNO malah jua dari rakan Pakatan sendiri. Tawaran yang mesti ditimbang untuk masa depan Islam. bukan peribadi. Tuduhan ianya kepentingan peribadi adalah berniat jahat dan hasad kelompok ini.!

Semua yang menyokong presiden dan yang setia dengan kepimpinan parti dituduh kelompok UG yang tak wujud lagi. Mereka sangat kecewa apabila semua isu yang memecahkan PAS dimatikan oleh konvensyen khas baru baru ini. Serangan terus dilakukan. Usaha memecahkan PAS melalui jenama khayalan mereka dibuat. Terkini mereka menjenamakan pendokong setia kepimpinan ulama sebagai pro Trengganu.

Usaha munafiqin menjenamakan kelompok Islam bukan perkara baru. Orang Mekah dilabel pendatang di Madinah. Pejuang Islam Bugis di Indonesia dinamakan lanun. Mujahidin di Afganistan dinamakan pengganas. paling kurang pejuang Islam ini dijenamakan dengan Ekstremis. Di Malaysia PAS pernah dilabel kolot dan parti tok lebai. Namun ia tidak mampu menyekat kebangkitan Islam dan sambutan anak muda terhadap perjuangan Islam. Ulama adalah teras kepimpinan mereka diseluruh dunia. Inilah kunci yang sangat ditakuti musuh.

Siapa sahaja yang mendokong kepimpinan Ulama adalah musuh golongan ini. Mereka adalah munafiq yang cuba membunuh kebangkitan Ulama. Bagi yang membaca sejarah kebangkitan Islam tidak merasa pelik dengan kejayaan musuh menempatkan agen mereka. Paling tidak orang yang membaca sejarah Kamal Attartuk tentu tahu bagaimana Kamal telah dipuja sebegitu tinggi melebihi ulama.Malah ulama dilihat lembab dan tidak berdaya memimpin ummat Turki...akhirnya setelah berjaya..barulah terdedah siapa Kamal sebenarnya...

Demikianlah nasib kepimpinan ulama PAS kini. TGHH adalah ulama antarabangsa yang digeruni. Jangan pelik jika tangan antarabangsa dan pemikir mereka mempunyai sumbangan dalam usaha ini. Musuh selamanya tidak akan diam. Jangan mengurung pemikiran dibawah tempurung seperti katak yang tidak melihat dunia luar. Matlamat tertinggi perjuangan Islam di dunia ialah menegakkan kembali khilafah. TGHH adalah tokoh yang menonjol di dunia Islam.

Siapa sahaja yang menjadi pagar mempertahankan TGHH akan menjadi sasaran golongan ini. Ustaz Nasa telah mengalaminya. Dr Harun Din juga menjadi sasaran apabila berjaya menjadi pendamping terbaik buat TGNik Aziz. Hassan Ali turut menerima bahana kerana beliau adalah lantikan TGHH dan pembantu TGHH di Selangor. Mustapha Ali berdosa kerana menggerakkan pemuda mendokong kepimpinan ulama sewaktu memimpin pemuda. Tuan Ibrahim tidak lepas menjadi sasaran kerana dilihat sebagai tokoh masa depan kepimpinan ulama dalam PAS. TG Nik Aziz juga menjadi sasaran baru baru ini melalui menantunya..juga beberapa kekalutan isu di Kelantan. TGHH dan TGNA adalah simbol kepimpinan ulama dalam PAS.

Apa yang cuba saya bentangkan adalah sekelumit rentetan yang sempat dan mampu saya lakarkan bagi menjelmakan wajah golongan yang menimbulkan kekalutan dalam PAS akhir akhir ini. Jika kita menyingkap kembali susur galur ini secara teliti, tahulah kita..sasaran mereka ialah menyerang kepimpinan Ulama. Walau mereka akan menafikan hakikat ini, tetapi kenyataan hujjah mereka dan serangan terhadap individu Ulama dalam PAS dan yang mendokong kepimpinan ulama tidak dapat memadamkan semua ini. Sekalipun mereka cuba menamakan beberapa nama "ulama" yang bersama mereka termasuk "ulama" yang meninggalkan tanggungjawab memimpin bersama kepimpinan ulama. Jangan pelik jika ada "ulama yang turut tertipu kerana masing masing ada kelemahannya apatah lagi yang ada kepentingan dunia....

Kepada pendokong PAS...jujurlah dalam menilai jika anda sayangkan PAS dan kepimpinan Ulama. Jika ulama tidak lagi menunjangi kepimpinana PAS , maka hilanglah identiti perjuangan Islam dan tidak mustahil tiada beza PAS dengan parti lain yang da di Malaysia.....

Hingga kini PAS dilihat hebat dan dikagumi kerana prinsipnya. Apa yang berlaku di Kelantan yang mampu dipertahankan walaupun satu kerusi sangat dikagumi. Memang diakui sebagaimanusia ada kelemahan dan kekurangan. Maka atas prinsip Islam ia diselesaikan secara amanah dan akhlak Islam. Hujjah Salman yang menegur Saidina Umar adalah betul namun digunakan dengan situasi dan tujuan yang salah.

Pemimpin sekalipun ulama sentiasa terbuka kepada teguran. Sebab itulah TGHH dan kepimpinan lain hadir dan berlapang dada dengan teguran Dr Aziz yang agak melampau ketika konvensyen PAS. Beliau yang sebelum itu mengkritik keras TG Presiden masih diundang dan TGHH sendiri hadir. Apa yang penting adalah akhlak menegur sebagai pengikut kepada jamaah Islam. Kalau anak yang tidak beradab dinamakan " kurang ajar". Ahli yang tak beradab entahlah pulak....

Inilah yang mengindahkan Islam dan jamaah Islam...bila akhlak ini hilang dan diganti dengan sifat kurang ajar dan melalak ke sana kemari... takut nanti ada yang menganggap kita gila Ustaz saya mengajar di awal tingkatan satu semasa belajar bahasa arab. Kalimah pertama yang disuruh kami hafaz ialah.... Faman laisa adabun, fahua dubbun.... siapa tak de adab dia beruang.....

Rabu, 17 Februari 2010

PEMIMPIN YANG DISAYANGI BERKORBAN UNTUK RAKYAT YANG DISAYANGI

Oleh HermanSamsudeen

Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya. Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya.

p/s-Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar nia dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia. Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau

----------------------------------------------------------------------------------------------

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.

(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.

"Hari itu, lepas solat Asar Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belabor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.

Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.

Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.

"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.

Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.

Ini adalah catatan beliau dalam facebooknya.

"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.

"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."


Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.


KENAPA SYED MOKHTAR KAYA ORANG TAK KISAH???


Inilah masalahnya dengan golongan khinzir buta. Dalam Islam diistilahkan Taqlid buta. Tak mampu menilai langsung. Dalam kepalanya apa yang dikaitkan dengan melayu adalah baik tanpa menilai. Islam sifatkan golongan ini sebagai asobiah. Apabila sahabat bertanya apa itu asobiah wahai Rasulullah... Baginda menjawab..menolong kaummu atas dasar zalim..

Apabila kita mempersoalkan kekayaan Mokhzani dan Nazir , orang umNO marah sebab tak peduli Robert kuok dan ananda yang kaya. Katanya busuk hati... tak sedar diri tu yang hati mati. Kalau kita dengki dengan melayu tentunya Al Bukhari menjadi sasaran kerana di berada di kedudukan ke tujuh. Ini bukan masalah siapa yang kaya...tetapi umum mengetahui bagaimana mokhzani di selamatkan beberapa kali dengan wang kerajaan semasa zaman Mahathir. Syarikat kerajaan menjadi mangsa menyelamatkan perniagaannya. ini bukan rahsia!

Ingat kut bila dah belajar pandai boleh la pikir sikit..tapi otak sembab juga... entahlah.... malas lak nak habiskan ulasan... sendiri pikir la....

Selasa, 16 Februari 2010

TOK PA... JAHIL ATAU JAHAT???

Tok Pa sekali lagi cuba menunjukkan kebangangannya terhadap komentar TG Nik Aziz berkaitan perarakan Maulidurrasul. Memang tiada banyak pihak yang menolak kelebihan sambutan Maulidurrasul tetapi yang ditolak ialah perarakan Maulidurrasul. Tiba tiba TokPa mengulas seakan TGNA menolak sambutan Maulidurrasul.... takkan tak paham kerana Tok Pa orang Kelantan yang paham dialek yang TGNA gunakan....

Ulama sememangnya tidak sepakat tentang kelebihan sambutan Maulidurrasul. Yang pasti ia bukan sunnah Rasulullah SAW. Sambutan yang diadakan dianggap baik selagi ianya memberi manafaat. Memang diakui banyak negara lain yang menyambut Maulidurrasul tetapi adakah mereka mengadakan perarakan seperti kita? Di situlah kebangangan Tok Pa atau cuba membangangkan orang lain...

Apa yang pasti, Tok Pa akan kelihatan lebih bangang di sisi orang yang memahami agama... lainlah bagi yang tak paham agama atau yang paham hanya melalui warisan dan keturunan semata mata. di sinilah kita menilai Tok Pa.... samada dia memang jahil atau dia jahat. Tiada yang lain dari keduanya apabila memahami ulasannya....

"Umno Kelantan dukacita dengan kenyataan Nik Aziz kerana Maulidur Rasul telah menjadi amalan di negara ini. "Beliau sanggup mengatakan tiada fadilat dalam sambutan itu semata-mata atas kehendak politik DAP dan membelakangkan amalan yang dibuat di negara kita, sambutan itu bukan sahaja diamalkan di negara kita malah ianya juga diamalkan dinegara-negara Islam lain," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu hari ini.

Lagi satu...mudahnya Tok Pa menilai agama... hanya berpandukan ianya amalan umat Islam di negara lain.... inikah tahap pemimpin Islam yang ada di dalam umNO??? malunya.... Kalau itulah ukurannya...maka agama akan sentisa berubah kerana amalan ummat akan terus berubah...

Patutlah Rosmah tak pakai tudung kerana memang ramai perempuan Islam di negara lain tak pakai tudung... Patutlah kerajaan benarkan arak kerana banyak negara Islam lain jual arak. Patutlah kerajaan benarkan judi kerana banyak negara orang Islam lain ada judi.. Patutlah kerajaan izinkan kasino mega di Genting supaya negara Islam lain juga akan kata Malaysia yang islam pun ada kasino.... tak gitu Tok Pa???

INILAH CONTOH RAKYAT YANG DIDAHULUKAN umNO

Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Siapa rakyat itu. Bagaimana pencapaian itu. Inilah yang tak pernah ditanya oleh gurkha dan nasionalis tulen umNO. Mereka hanay disuruh mengangguk dan mengiakan setiap apa yang diucapoleh pemimpin. Mereka langsung tidak bertanya, siapakah melayu itu...rakyat bawahankah atau kroni pemimpin umNO... biarlah berita ini membanggakan pencacai dan Gurkha umNo di Kampung dan bandar.....

Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut kaji selidik Malaysian Business, kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia mencatat peningkatan terkumpul bernilai RM156.7 bilion pada 15 Januari atau 63 peratus lebih RM96.3 bilion, berikutan pemulihan dalam pasaran saham.

Bagaimanapun, menurut kenyataan majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Jan tahun ini.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini - 22 orang iaitu lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

BILA DEDALU KIAN MEMBESAR...

Bila Dedalu kian membesar


KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI.

_________________

Pas telah membuktikan ruh dan jiwanya adalah ruh dan jiwa Islam. Jelas Islam bukan hanya tercatat sebagai perlembagaan Pas dan cita-cita perjuangan Pas. Pas bertahan dengan prinsip islamnya walaupun terpaksa menghadapi kekalahan dalam banyak siri pilihanraya sebelum ini. Pas bukan tidak berselera untuk menang dan memegang tanpuk kuasa dalam negara ini, tapi bagi Pas apalah ertinya kuasa jika Islam tidak dapat didaulatkan.

Politik hanya satu juzuk daripada tuntutan perjuangan yang ada dalam kerangka perjuangan Pas. Perinsip ini terus menjiwai perjalanan Pas melangkah berbagai era. Hatta dalam era "Informasi" yang dibanggakan ini pun Pas masih dengan perinsipnya. Era 80an menyaksikan Pas kembali berada di bawah kepimpinan Ulama. Dewan Pemuda ketika itu telah memberikan sumbangan yang cukup besar. Atas desakan mereka melalui muktamar pemuda, telah membentuk satu perubahan besar landskap perjuangan Pas. Masyarakat umum mula menyaksikan sayap perjuangan Pas mula menyentuh soal-soal Gerakan dan penghayatan Islam yang syumul. Tidak lagi hanya berkisar kepada soal-soal politik semata-mata. Ceramah-ceramah Pimpinan Pas yang menekankan aspek Akidah telah meniupkan kesedaran kepada masyarakat umum bahawa Pas benar-benar serius dan bersungguh-sungguh mengembalikan ummah kepada dasar-dasar Islam yang menyeluruh.

Dimana-mana kuliah ulama-ulama Pas dipenuhi hadirin. Peristiwa Memali dan cengkaman ISA tidak berjaya melemahkan semangat ahli-ahli Pas, bahkan mereka semakin yakin dengan perjuangan yang dipandu oleh Pas. Tindakan jahat kerajaan Umno semakin menampilkan wajah "Thoghut" mereka pada mata ahli Pas dan Masyarakat umum. Pas terus menapak. Kesenian pimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor diadun dengan Pidato bersemangat Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Kelembutan sentuhan kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta Kebernasan Pidato Abang Mad ( Mohd Sabu) telah menarik ramai orang untuk mengenali dan seterusnya menyertai Pas. Seiring dengan itu, gerakan-gerakan pelajar mula tumbuh dimana-mana dengan semangat "perjuangan Islam".

Disamping menghadapi kejahatan BN khususnya UMNO, Pas juga terpaksa bertarung dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Ada antara mereka secara terang-terangan menzahirkan mereka Pro Umno dan ada yang menamakan mereka jamaah Islam tetapi bertindak menyerang Pas. Pas dianggap tidak syumul dalam perjuangannya. Pas bergerak secara tidak sistematik, Pas masih tradisional dan tidak mampu menjuari zaman. Pas tidak syarie,kerana mengambil pendekatan Demokrasi. Sedikit sebanyak suara-suara itu menganggu perjalanan Pas, khususnya pelajar-pelajar yang mula berjinak-jinak dengan Pas di Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Hingga berlaku rebut merebut ahli Usrah. Penampilan "elit" jamaah tersebut berjaya mencuri anak-anak usrah Pas yang seketika terlupa erti "berjamaah dan wala".

Dengan kehendak Allah..Pas berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Sejak itu Pas terpaksa memperluaskan tingkapnya ( bukan hanya pintu dibuka) kerana menyambut "tetamu" yang datang dari segenap lapisan masyarakat. Parti yang dahulunya dilihat kolot dan tradisional mula dipuji dan didampingi. Benarlah kata seorang ulama; "tawanlah kerusi nescaya engkau akan lebih berjaya menawan hati". Alhamdulillah..akhirnya mereka-mereka yang sebelum itu agak geligeleman untuk berdampingan dengan Pas, kerana dilihatnya Pas hanya parti pak-pak lebai yang tidak punya wawasan,akhirnya dapat makan setalam. Kumpulan elit yang gagal membentuk "jamaah Islam elit" akhirnya terpaksa bertenggek di dahan Pas. Ramai antara mereka yang telah insaf bahawa jamaah Islam mestilah syumul sebagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang syumul.

Namun malangnya..ada antara mereka masih tidak senang berketuakan sesetengah pimpinan Pas. Lalu dibentuknya Komuniti sendiri diatas "dahan Pas". Sesekali dilihat dari jauh mereka seperti sebahagian dari dedaun yang merimbun diatas pohon Pas. Namun bila diamat-amati rimbunan itu rupanya DEDALU yang sedang bertenggek dicelah dahan. Mereka ada ketua sendiri yang lebih mereka wala'. Mereka ada mesyuarat sendiri yang lebih mereka taati. Mereka ada wawasan sendiri yang sesekali dilontar dan jelas bertentangan dengan wawasan Pas. Justeru itu mereka tidak hairan dengan pimpinan Pas. Justeru itu tiada lagi adab dan hormat kepada pimpinan Pas. Kini rimbunan Dedalu itu semakin membesar. Benih-benih kecil mula bertenggek disetiap dahan. Percaturan disusun dengan rapi ...Tahniah kepada yang ikhlas bersama dengan Pas dan Awaslah kepada yang berniat khianat. Keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati.Waspadalah sentiasa agar jamaah ini terpelihara daripada pengkhianatan.


KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI.

_________________

Pas telah membuktikan ruh dan jiwanya adalah ruh dan jiwa Islam. Jelas Islam bukan hanya tercatat sebagai perlembagaan Pas dan cita-cita perjuangan Pas. Pas bertahan dengan prinsip islamnya walaupun terpaksa menghadapi kekalahan dalam banyak siri pilihanraya sebelum ini. Pas bukan tidak berselera untuk menang dan memegang tanpuk kuasa dalam negara ini, tapi bagi Pas apalah ertinya kuasa jika Islam tidak dapat didaulatkan.

Politik hanya satu juzuk daripada tuntutan perjuangan yang ada dalam kerangka perjuangan Pas. Perinsip ini terus menjiwai perjalanan Pas melangkah berbagai era. Hatta dalam era "Informasi" yang dibanggakan ini pun Pas masih dengan perinsipnya. Era 80an menyaksikan Pas kembali berada di bawah kepimpinan Ulama. Dewan Pemuda ketika itu telah memberikan sumbangan yang cukup besar. Atas desakan mereka melalui muktamar pemuda, telah membentuk satu perubahan besar landskap perjuangan Pas. Masyarakat umum mula menyaksikan sayap perjuangan Pas mula menyentuh soal-soal Gerakan dan penghayatan Islam yang syumul. Tidak lagi hanya berkisar kepada soal-soal politik semata-mata. Ceramah-ceramah Pimpinan Pas yang menekankan aspek Akidah telah meniupkan kesedaran kepada masyarakat umum bahawa Pas benar-benar serius dan bersungguh-sungguh mengembalikan ummah kepada dasar-dasar Islam yang menyeluruh.

Dimana-mana kuliah ulama-ulama Pas dipenuhi hadirin. Peristiwa Memali dan cengkaman ISA tidak berjaya melemahkan semangat ahli-ahli Pas, bahkan mereka semakin yakin dengan perjuangan yang dipandu oleh Pas. Tindakan jahat kerajaan Umno semakin menampilkan wajah "Thoghut" mereka pada mata ahli Pas dan Masyarakat umum. Pas terus menapak. Kesenian pimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor diadun dengan Pidato bersemangat Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Kelembutan sentuhan kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta Kebernasan Pidato Abang Mad ( Mohd Sabu) telah menarik ramai orang untuk mengenali dan seterusnya menyertai Pas. Seiring dengan itu, gerakan-gerakan pelajar mula tumbuh dimana-mana dengan semangat "perjuangan Islam".

Disamping menghadapi kejahatan BN khususnya UMNO, Pas juga terpaksa bertarung dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Ada antara mereka secara terang-terangan menzahirkan mereka Pro Umno dan ada yang menamakan mereka jamaah Islam tetapi bertindak menyerang Pas. Pas dianggap tidak syumul dalam perjuangannya. Pas bergerak secara tidak sistematik, Pas masih tradisional dan tidak mampu menjuari zaman. Pas tidak syarie,kerana mengambil pendekatan Demokrasi. Sedikit sebanyak suara-suara itu menganggu perjalanan Pas, khususnya pelajar-pelajar yang mula berjinak-jinak dengan Pas di Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Hingga berlaku rebut merebut ahli Usrah. Penampilan "elit" jamaah tersebut berjaya mencuri anak-anak usrah Pas yang seketika terlupa erti "berjamaah dan wala".

Dengan kehendak Allah..Pas berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Sejak itu Pas terpaksa memperluaskan tingkapnya ( bukan hanya pintu dibuka) kerana menyambut "tetamu" yang datang dari segenap lapisan masyarakat. Parti yang dahulunya dilihat kolot dan tradisional mula dipuji dan didampingi. Benarlah kata seorang ulama; "tawanlah kerusi nescaya engkau akan lebih berjaya menawan hati". Alhamdulillah..akhirnya mereka-mereka yang sebelum itu agak geligeleman untuk berdampingan dengan Pas, kerana dilihatnya Pas hanya parti pak-pak lebai yang tidak punya wawasan,akhirnya dapat makan setalam. Kumpulan elit yang gagal membentuk "jamaah Islam elit" akhirnya terpaksa bertenggek di dahan Pas. Ramai antara mereka yang telah insaf bahawa jamaah Islam mestilah syumul sebagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang syumul.

Namun malangnya..ada antara mereka masih tidak senang berketuakan sesetengah pimpinan Pas. Lalu dibentuknya Komuniti sendiri diatas "dahan Pas". Sesekali dilihat dari jauh mereka seperti sebahagian dari dedaun yang merimbun diatas pohon Pas. Namun bila diamat-amati rimbunan itu rupanya DEDALU yang sedang bertenggek dicelah dahan. Mereka ada ketua sendiri yang lebih mereka wala'. Mereka ada mesyuarat sendiri yang lebih mereka taati. Mereka ada wawasan sendiri yang sesekali dilontar dan jelas bertentangan dengan wawasan Pas. Justeru itu mereka tidak hairan dengan pimpinan Pas. Justeru itu tiada lagi adab dan hormat kepada pimpinan Pas. Kini rimbunan Dedalu itu semakin membesar. Benih-benih kecil mula bertenggek disetiap dahan. Percaturan disusun dengan rapi ...Tahniah kepada yang ikhlas bersama dengan Pas dan Awaslah kepada yang berniat khianat. Keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati.Waspadalah sentiasa agar jamaah ini terpelihara daripada pengkhianatan.

Ustaz Mokhtar senik.

RAKYAT ATAU PEMBANGUNAN DIDAHULUKAN???


Isu Kampung Baru sekali lagi mengugat hak orang melayu. umNO yang dikatakan membela melayu sekali lagi teruji dengan kehendak golongan kapitalis. Rakyat sebenarnya sedang dipersembahkan dengan hakikat sebenar perjuangan umNO dan kerajaan yang memerintah sekarang. Apakah mereka mendahulukan rakyat atau pembangunan yang menjadi nafsu serakah kapitalis??? Rakyat mampu menilai...

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.

“Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan

keputusan membangunkan kawasan itu.

“Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya,” kata beliau dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan TV3 malam tadi.

Raja Nong Chik berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara.

Bagaimanapun, mereka mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan, katanya.

KEMBALI DENGAN SELAMAT...

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu, selamat dan telah pulang ke rumahnya di sini petang tadi.

Mohamad dikatakan pulang sendiri ke rumah beliau kira-kira 3 petang tadi.

Ia disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Saya dimaklumkan beliau sudah pulang ke rumah petang tadi dan beliau selamat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

“Beliau dikatakan pulang dari kawasan Temerloh, ya, tiada apa-apa masalah...” katanya ringkas.

Mohamad, 52, yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan tidak dapat dikesan sehingga pagi tadi.

Oleh itu laporan polis dibuat pagi ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi tadi oleh keluarga mereka.

Isnin, 15 Februari 2010

umNO BELA MELAYU ATAU MELAYU BELA umNO?

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegesaskan dan
mempersoalkan dalam kenyataan media beliau, setelah sekian lama Umno
itu dipertanggung jawabkan untuk membela nasib orang Melayu, apa yang
mereka lakukan untuk membangunkan orang melayu, sebaliknya pimpinan
umno terus mengkayakan keluarga dan kroni mereka untuk keseronokan
diri mereka semata. Menurut beliau tidakkah mereka merasa malu, jika
tidak kerana orang Melayu yang memilih mereka dalam beberapa
pilihanraya sebelum ini maka sudah lama politik umno ini akan
terkubur.

Menurut beliau umno selama ini sudah lali dengan politik hasad dengki,
cantas-mencantas dan sebagainya sudah sebati dengan politik Umno., apa
yang penting bagi umno ialah kuasa dan harta.

Menurut beliau lagi perkara ini boleh ditanaya sendiri dengan pimpinan
Umno. Pasti tidak ada siapa yang sanggup menafikannya. Bila kuasa ada
di tangan, mereka gunakan segala kesempatan yang ada untuk mengumpul
harta untuk mengisi tembolok dirinya dan kaum keluarga, dan lebih
buruk lagi apabila umno telah merampas kuasa rakyat di negeri Perak

Beliau turut menyatakan bahawa masa semakin hari semakin beredar,
orang Melayu tidak lagi seperti orang Melayu pada tahun 1970-an. Orang
Melayu sekarang sudah bertambah cerdik. Sebab itu saya menentang keras
jika ada yang mengatakan bahawa parti pembangkang telah meracuni
fikiran orang Melayu, mempengaruhi orang melayu, menghasut orang
Melayu dan sebagainya.

Dalam keadaan tertekan seperti sekarang pun pemimpin Umno terus
bermain wayang kulit. Jari mereka tidak pernah membengkok. Sebaliknya
terus menerus menudingkan ke arah orang lain. Saban hari orang Melayu
dipersalahkan. Orang Melayu dituduh tidak tahu mengenang budi. Orang
Melayu tidak tahu bersyukur. Kemudian jari itu ditudingkan lagi.
Kepada parti pembangkang pula dikatakan memutar belitkan fakta,
meracuni fikiran rakyat, jelas beliau
Sehubungan dengan beliau menasihatkan kapada masyarakat melayu
khususnya supaya meninggalkan perjuangan umno yang selama ini hanya
menipu dan mempergunakan nama melayu untuk kepentingan politik mereka.

PJ PAS WILAYAH HILANG


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor (gambar) yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu, berusia 52 tahun, dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi ini, kata Pengerusi Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya hanya tahu apabila dimaklumkan pagi tadi bahawa keluarganya akan membuat laporan polis... beliau keluar rumah Khamis lalu dan tidak dapat dikesan sejak itu.

“Oleh itu, saya sudah meminta ahli-ahli Pemuda PAS supaya menggerakkan usaha mengesan beliau,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali yang menghadiri mesyuarat koperasi itu memberitahu Harakahdaily, Mohamad ada memaklumkannya mahu berjumpa dengan kawan beliau tengah malam selepas mesyuarat itu.

“Namun sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar Mohamad berada dalam keadaan selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

“Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera,” katanya.

Dalam pada itu anak Mohamad, Umar berkata kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada malam Jumaat lalu.

Katanya, kira-kira pukul 8 pagi keesokan hari telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

“Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah kami,” kata Umar.

Menurut Umar lagi, perkara ini tidak pernah berlaku ke atas ayahnya kerana beliau akan memaklumkan pergerakannya kepada keluarga mereka.


Ps: seorang sahabat dari Teluk Intan memaklumkan bahawa PJ ni dah balik . Maklumat diterima pada pkul 6.20 ptg. ada yang boleh pastikan??

Ahad, 14 Februari 2010

BAWA BALIK BESI BURUK...

Mengikut laporan Malaysia AG akan ke Uruguay untuk membawa pulang enjin Jet yang ditemui semula di sana. Enjin itu difahamkan disedari hilang setelah setahun. SANGAT PELIK bagaimana barang keselamatan yang bukan sebesar jed Cina atau sepanjang sebilah keris tak bersarung tidak disedari kehilangannya. Itulah kepelikan dalam negeriku...

Apa yang membimbangkan kita ialah ketelusan soal keselamatan negara. Kebocoran maklumat sulit dan kebocoran serta kerosakan kepada kapal tak boleh selam yang baru diterima negara. Walaupun pihak kerajaan sering berdalih untukmengurangkan kebimbangan rakyat, namun fakta tidak boleh dinafikan.

Apabila enjin jet yang didakwa hilang dianggarkan bernilai lebih 50 juta, kerajaan telah mengeluarkan nilai sebenar hanya sekitar RM 303570 sahaja. Apakah lojik dan waras di akal nilai enjin itu hanya tak sampai setengah juta telah dirompak dan dilarikan hingga ke Uruguay. Berapa pula kos mengeluarkan enjin tersebut secara senyap dari perairan negara? Ia bukan dilarikan ke Siam yang mungkin hanya memerlukan kos RM1000.

Kalau itulah angka sebenar, sahlah pencuri tersebut terlalu BODOH . Ia bukan kerja seorang. Ia kerja antarabangsa. Dan kalau benarlah itu angkanya...beerti alatan keselamatan negara begitu rendah harganya berbanding harga dibeli sebelum ini. Apakah memang negara membeli barangan yang rendah harganya dan dibeli dengan harga yang mahal??? harga sebenar hanya diketahui apabila ia di jual sebagai barang terpakai. Sama seperti seorang yang membeli barangan tiruan dengan harga yang mahal... bila nak di hantar ke pajak gadai baru diketahui nilai sebenar....

Jika pula harga nya memang semurah itu, ia bukan diukur dari sudut harga... persoalannya sekarang ialah kelemahan sistem pertahanan negara. kehilangan itu berkait dengan maruah negara dan nilaian antarabangsa terhadap tahap kekuatan pertahanan negara. Kalau di negara luar, pastinya menteri pertahanan dituntut meletakkan jawatan... masalahnya menteri pertahanan itulah yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia.... beerti Malaysia sekarang dipimpin oleh seorang yang terlalu lemah dan gagal menjaga keselamatan negara!

Fakta nilai itu mungkin tepat. Sebab itulah kapal tak boleh selam yang dibeli dengan harga yang mahal telahpun mengalami kerosakan. Menteri pertahanan sekali lagi menenangkan rakyat bahawa kerosakannya adalah kecil. Walau sekecil manapun ia dianggap tidak berkualiti. Berbaloikah harga yang mahal untuk barang yang tak berkualiti???

Kapal Selam bukan barang aksesori untuk dipertontonkan, ia adalah alatan keselamatan yang membabitkan maruah negara. Kalau Honda dan Toyota dilaporkan baru baru ini menarik kereta keluaran mereka kerana ada beberapa masalah teknikal, mungkin ia dianggap wajar. Namu kerosakan alatan keselamatan adalah memalukan. Syarikat pembekal bukan hanya mesti membaikinya semula kerana dalam tempoh jaminan tetapi wajar membayar ganti rugi dan kerajaan sepatutnya menyaman syarikat pembekal kerana mendedahkan negara kepada bahaya.

Kalau kereta kita kemalangan, syarikat insuran bukan hanya menanggung kos kerosakan tetapi juga kos keperluan kenderaan kita sepanjang tempoh pembaikan. bagaimana dengan kapal selam ini??? apakah ada perkara yang dibimbangi terbongkar jika syarikat pembekal di saman kerana kerosakan??? kita mampu menduganya...

umNO MENDIDIK MELAYU MENJADI PAK PANDIR.


Isu perarakan Maulidurrasul mula menjadi isu politik yang lebih bersifat perkauman. Memang umNO menggunakan isu agam adan kaum untuk menguasai pengundi melayu, sebaliknya bagi pengundi bukan melayu mereka akan dipengaruhi melalui peruntukan.

Di saat orang melayu dilalaikan dengan isu nama Allah, orang bukan melayu diberi peruntukan. Di Perak sebagai contohnya... mereka dianugerahkan dengan lot tanah, peruntukan untuk SJKC/T, dan berbagai peruntukan lain lagi. Sayangnya melayu terus dihangatkan dengan isu yang datang dan pergi. Lebih malang lagi isu itu pula ialah isu yang bukan keputusan yang diangkat menjadi isu negara.

Di saat TPM mensifatkan pembatalan itu sebagai satu penghinaan terhadap Islam, Khairy Jamaludin juga mensifatkannya sebagai satu penghinaan. Lim Guan Eng sebagai ketua Menteri Pulau Pinang menafikannya dan Abd Malek pula telah menjelaskan kekeliruan tersebut.

Isu perarakan sempena Maulidurrasul hanyalah satu program tradisi. Ia dijadikan amalan masyarakat Malaysia. Ia bukan tuntutan agama.. bukan syariat, hanya mungkin bersifat syiar. Diadakan atau tidak perarakan itu tidak penting, namun mengisi program yang bermanfaat adalah agenda utama yang disarankan untuk menghargai sambutan tersebut. Apa guna dihabiskan wang yang banyak hanya untuk berarak jika yang berarak itu pula ada yang tak solat lantaran letih berarak.

Berarak atau tidak bukan isu. Isunya orang melayu dilenakan dengan isu yang tidak membawa mereka kemana mana. Di saat bangsa lain menuntut sesuatu yang bersifat nyata danmenguntungkan, umNO mempermainkan bangsa melayu dengan isu yang akan berlalu begittu sahaja. Inilah politik membodohkan melayu yang diamalkan umNO.

Benarlah kisah Pak Pandir... menang sorak , kampung tergadai.....umNOlah yang mengajar bangsa melayu menggadai kampung dan negeri mereka