Jumaat, 3 Oktober 2014

JATUHKAN TUAN GURU HAJI HADI AGENDA MUSUH ISLAM ANTARABANGSA...

Aku mula mendengar nama Tuan Guru Hj Abd Hadi di awal 80an. Waktu itu aku masih di sekolah rendah. TgHH adalah fenomena di masa itu.. Pidato beliau mengegarkan hati pendengar. Ia mampu menarik pendengar menjangkau dua atau tiga buah negeri. Aku masih ingat, ayah aku bersama dengan pendokong tegar PAS yang hanya beberapa kerat masa tu sanggup ke Kedah berkongsi minyak dan belanja kereta untuk mendengar pidato TgHH.

Surat khabar yang agak terbuka masa tu ialah  Bumi dan Watan. Ayah aku menjadi pelanggan tetap surat khabar berkala itu... kalau tak silap dua kali seminggu seperti harakah hari ini. Ada kolum khas untuk tokoh fenomena masa itu.. TgHH.... Haji Hadi yang saya kenali... di kendalikan oleh wartawan yang kalau tak silap namanya ialah Samsuri dan sorang lagi yang aku dah lupa namanya...

Aku yang masa tu baru di sekolah rendah mengunting keratan kolum tersebut dan tampal di buku sekolah. Ayah aku juga sering beli kaset yang di keluarkan oleh Gedung Gua entp...GG Edar( kalau tak salah ingatan) Kaset itu terus aku simpan sehinggalah kaset bukan lagi satu kegunaan apabila munculnya teknologi CD. Aku pernah terbaca di perpustakaan Tun Razak di Ipoh sebuah buku berkaitan tokoh tokoh hebat.. antaranya penulis mengambil kenyataan seorang wartawan Perancis yang menimbulkan persoalan ... siapakah lebih hebat antara Hj Hadi dan Khoemeini... sedangkan ketika itu Khomeini adalah pemimpin utama Iran selepas revolusi...

TgHH juga menjadi semakin terkenal apaabila wajahnya terpampang di muka depan majalah Asiaweek yang sangat berpengaruh di Asia... Aku semakin mengkaguminya...

Setelah bintangnya semakin begemerlapan.. memimpin sebuah gerakan Dakwah siasah PAS sebagai Presiden, beliau semakin di kenali dunia Islam. Anak didik Said Hawwa ini menjadi orang penting dalam gerakan Islam antarabangsa...

Ketika dunia Islam berdepan dengan kejahatan musuh Islam di seluruh dunia, TgHH sentiasa bersama pimpinan gerakan Islam dunia mencari jalan penyelesaiannya. Beliau antara orang penting yang menyertai rombongan gerakan dunia Islam menemui pemimpin negara teluk ketika krisis Iraq dan kuwait.

Baru baru ini ketokohan TgHH terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi.. Nama TgHH juga pernah mengemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah di tuduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf.

Semua rentetaan itu menunjukkan TgHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TgHH kini adalah pemimpin dunia Islam... beliau juga mesti di halang.

Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus... Untuk menyekat TgHH... porak porandakan jamaah pimpinannya... alasannya... jamaah sendiri tak boleh jaga. macammana nak pimpin dunia Islam...

Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin , mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS. Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan... y ang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam...  dalam PAS yang di lihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia...

Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau... Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TgHH adalah gelombang yang di gerakkan oleh perisikan rahsia antarabagsa  musuh Islam kerana beliau adalah tohoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. Di Malaysia...mereka hanya bercita cita mahu menyekat TgHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TgHH memimpin Umat Islam antarabangsa.

 Usaha menjatuhkan kepimpinan TgHH sebagai Presiden PAS sedang di lakukan secara tersusun. Ia di rancang dengan teliti dan halus...Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya. Ia adalah strategi munafiqin sejak zaman rasulullah yang menyerang saidatina Aisyah melalui fitnah dalam kisah haditsul ifk untuk melemahkan Rasulullah.

Cara munafiq dan musuh Islam tetap sama kerana mereka adalah pewaris perjuangan yang sama.. pelik ke?????

13 ulasan:

bat8 berkata...

Anak sengat

Aku pun nak tahu juga siapa musuh-musuh antarabangsa yang nak menjatuhkan TGHH? CIA? KGB? MI-5? MOSSAD? ATAU GABUNGAN KES3MUANYA SEKALI?

Katalah tuduhan sdra ni betul. Apa motifnya? Musuh antarabangsa ni takkan mahu menjatuhkan seseorang tanpa motif.

Mengapa nak m3njatuhkan TGHH, tidak Yusuf AlQardhawi yang jauh lebih berpegaruhi didunia Islam. Tak tahulah pulak aku TGHH lebih berpegaruh dari AlQardhawi. Tak pernah pun aku dengar TGHH mengeluarkan fatwa-fatwa antarabangsa seperti Al-Qardhawi yang menyerang secara direct kepentingan negara-n3gara yang memusuhi Islam.

Pun aku tak pernah dengar TGHH mengeluarkan fatwa meminta para p3juang Islam menyerang kepentingan Amerika dan s3kutunya di seluruh dunia.

Satu-satu fatwa TGHH yang aku pernah dengar dalam hisup aku yang dah lama ini ialah fatwa TGHH mengkafirkan orang UMNO dalam tahun 80an dulu.

Kamu ni biaq betul. Jangan kuat berkhayal benda bukan-bukan. Benda yang tak wujud untuk menegakkan sesuatu yang tak betul.

nonbal berkata...

Dan tokoh ulamak dunia ni lah yang takut nak minta pas menjadi mb selangor.... takut2 tak dapat nak mengotakan janji untuk menutup carlsberg di shah alam tu. Cakap berdegar2 menuduh umno membiarkan kilang arak.... kini berselindung disebalik pkr dan pr bila rakyat persoal janji mereka.... ulamak besar tuuuu

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Bacalah... kalau nak paham... kalau dah tak paham ...biarlah... aku menulis bagi yang mahu paham...

Unknown berkata...

Benar.. TGHH perlu disingkirkan. Golongan ulama perlu dijatuhkan dengan cara menjatuhkan maruah mereka. Serang habis habisan sesiapa sahaja yg bersama TGHH.

Tutup serta lindungi kesilapan yg dilakukan orang lain. Wujud dan perbesarkan isu berkaitan TGHH dan mereka disekelilingnya.

Unknown berkata...

ramai yang boleh bercakap tentang agama tapi semua ikut otak sendiri.Itu yg jadi bila ulama yg sebenarnya berhujuah dikatakan penipu.Muhasabah diri dan selalulah pergi dengar kuliah di masjid hati akan lebih tenteram dan tenang.Kita berjuang bukan untuk menang kerana kemenangan adalah milik Allah.Tapi berjuang untuk kemenangan agama Allah.

bat8 berkata...

Salman

Allah mengurniakan akal kepada manusia tidak kepada makhluk lain. Kerana kehebatan akallah kemajuan yang begitu menakjubkan dicapai hari ini.

Ulamak banyak jenis ulamak. Sebab itu ada yang jadi Mufti, jadi ulamak bertaraf dunia dan ada kita panggil tokguru di.kampong yang mengajar fardhu ain dan Al Quraan. Ulamak bukan memileki ilmu yang hakiki. Kita ambil contoh Rashad Khalifah di US. Dia mem8liki ilmu yang tinggi tetapi dikatakan menyeleweng. Dalam hal ini sdra lebih tahu. Mengapa ulamak seperti Dato Harusani, mufti Perak itu dipandang semacam oleh orang PAS?

Kita dianugerah akal. Kita diberi AlQuraan. Pengajian ugama begitu meluas di negara kita. Apa yang salah yang bercanggahan dengan logik akal akan menimbulkan was-was. Dengan intution akal yang dianugerah oleh Allah kita bol3h merasakan sesuatu itu mungkin salah atau tidak. Yang tinggal lagi ialah kita merujuk kepada sumber-sumber Islam yang sahih untuk memastikan perkara benar-benar salah atau tidak. Sumber dinegara kita ini banyak dan pelbagai dan pakar rujuk juga senang didapati.

Jadi jika sdra bercakap tindakan politik ulamak itu hakiki dan benar seperti ulamak membicara urusan ugama sdra silap. Tindakan politik baik ulamak atau sesiapa sahaja adalah ijtihad. Dia mungkin salah dan betul.

Bidang ugama memang bidang ekslusif ulamak kerana mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam. Bidang politik bukan bidang ekslusif ulamak. Dan kita b9leh mengatakan oleh kerana ulamak memileki kefaqehan bidang ugama memberi lesen besar untuk dia memonopoli secara hakiki bidang-bidang lain.

Kita ambil contoh kenyataan PJP Terengganu mengeluarkan kenyataan politik yang dia sendiri pun tak pasti benar atau tidak. Atau menuduh rakan dalam ikatan setiakawan politik dengan tuduhan pil kuda tanpa bukti sehingga hari ini - maka kita tidak ada hak untuk mempersoalkan tindakan diluar batas Islam. Menyanggahi tabii akal yang Allah anugerahkan.

Sdra pakai pukul rata sahaja dan bercakap secara umum. Itu masaalahnya. Bagaimana dalam kes pil kuda ni secara spesifik. Sebab yang tuduh itu diletakkan taraf ulamak maka kita kena terima ianya sebagai kebenaran yang hakiki?

Allah beri kita akal. Allah sediakan petunjuk kebenaran dan pelbagai sumber sokongan. Haruskah kita menjumudkan fikiran kita kerana apa yang diucapkan oleh seseorang beraraf ulamak diluar bidangnya yang nyata menyalahi akal dan sumber-sumber kebenaran? Ini persoalannya.

Kalau itu sdra mengkelaskan ulamak kita sama dengan paderi kristian. Penganut kristian diajar bahawa apa yang dikata oleh paderi-paderi mereka itu kebenaran hakiki dan perlu diterima sebagai kebenaran hakiki.

hah! berkata...

Anak sengat,
Apa yg anda kata ada kebenarannya pada saya dan bagi org yg memerhatikan gelagat politik dari dulu.......w/pun itu mungkin hanya satu agakan/spekulasi!
Hakikatnya, musuh Islam tak akan benarkan umat Islam bersatu, biar negara Islam kucar-kacir........tak kira parti Islam atau nasionalis, sosialis, sekularis Islam....asal mereka mengucap kalimah tauhid kedudukan mereka dan negara mereka perlu diganggu. Itulah terjadi di Mesir! Hosni Mubarak bukan islamik sangat, pun dijatuhkan.....dgn alasan rakyat tidak puas hati.....ini mengingatkan kita pada awal 90an, FIS di Algeria menjadi pilihan rakyat dinafikan begitu sahaja kerana tidak menguntungkan rakyat.

bat8 berkata...

Hah!

Saya setuju dengan pendapat anda tentang usaha musuh Islam menghapus pemimpin Islam di timor tengah. Itulah realitinya. Ia lebih kepada musuh Islam ingin menguasai minyak.

Tapi tajuk posting ini mengenai TGHH yang hendak dijatuhkan oleh musuh Islam antarabangsa. Ini yang aku terperanjat. Seperti hujah aku, mesti ada motif dan tujuan. Penulis tidak memberikan sebarang hujah bukti.

tok janggut berkata...

Isu ni dibangkitkan kerana nak menutup kelemahan Hj. Hadi.Supaya isu ini akan nenyebbkn ahli2 PAS akan terus menyokong HHadi.Isu MB Selangor telah menyerlahkan lagi kelemahan Hj. Hadi sebagai pemimpin untuk bersama PR. Setelah isu pil kuda, Lenin dan pertindanan bbrapa kawasan dalam PR12
kerana sifat tamak segelintir ahli PAS. Sehingga sekarang tiada permohonan maaf dari PAS.Ini adalah satu kaedah utk mndapat sokongan dgn sengaja mengujudkn satu senario ancaman/ ketakutan dan bukannya cara islamik yg sepatutnya.Ada pemimpin negara yg kedudukannya terancam telah menggunakan kaedah ini dgn mewujudkn cerita kononnya ekonomi negara terancam kerana sipolan-sipolan dan rakyat diminta bersama-sama pemimpin mmpertahankn negara...so PAS jangan nama saja parti Islam tapi kaedah brpolitik cara yahudi.HHadi dah diambang senja,tapi Puak2 UG kena pastikan HHadi terus berkuasa untk merealisasikan impian mereka,.



Sam berkata...

Apa mbah ibu Haryati main nombor itu haram hahaha

IBU TUTI TKI SINGAPUR berkata...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

Unknown berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Unknown berkata...

Assalamu alaikum wr wb...saya agustina member MBAH SANGKIL yang berhasil,angka yang di berikan MBAH SANGKIL kemarin 4d SGP tembus 100%,syukur alhamdulillah dapat kemenangan (400.juta) terima kasih banyak MBAH SANGKIL,berkat bantuanny saya sudah bisa melunasi hutang bapak saya sama rentenir,dan bukan hanya itu MBAH saya juga sudah bangunkan rumah untuk kedua orang tua,bagi teman-teman pecinta nomor togel kalau mau menang s eperti saya lansung hubungi MBAH SANGKIL di nomor hp: 0852-1049-3757 tidak usah di ragukan lagi karna saya sudah membuktikannya adapun bantuan lainnya selain pesugihan nomor togel (1.) Pesugihan Uang Ghaib (2) Pesugihan Minyak Penarik Uang (3) Pesugihan Uang Balik (4) Pesugihan Bank Ghaib (5) Pesugihan Tuyul (6) Pelet Ampuh (7) Transfer Janin