Jumaat, 30 September 2011

JANGAN GATAL MULUT...

Isu hudud kini menjadi racun dan perangkap umNO. Secara jelas umNO tidak mampu terheret dalam isu hudud. Keputusan mesyuarat PR sangat praktikal. Apa yang umNO , Gerakaan dan MCA tak mampu lakukan. Sikap yang diambil oleh DAP juga dilihat sebagai menyediakan satu lagi peluru buat BN jika terus mengambil langkah menyerang isu Huduud... Sebab itu umNo mencuba isu Lim Guan Eng yang dikatakan menghina Johor dengan mengheret sultannya sekali.... tapi langkah LGE minta maaf "mematikan pucuk" nafsu umNO
( ini kita ulas lain kali kalau masih relevan).

1) Langkah DAP yang dikatakan menentang hudud adalah berasaskan undang undang. Ia dilihat bertentangan dengan perlembagaan negara. Maka jika undang undang hudud ingin dilaksanakan, ada kemungkinan DAP boleh terima jika perlembagaaan telah di ubah. maka untuk mengubah perlembagaaan negara memerlukan sokongan dua pertiga parlimen. Jika itu berlaku apa sikap umNO?

Sehingga kini umNo telah menjelaskan sikap menolak hudud atas alasan yang dicipta sendiri. umNO nampaknya tidak mampu berhadapaan dengan sikap dan pendirian MCA dan Gerakan . Saya sangat yakin cina dalam MCA dan Gerakan terutama Chua Seks Lek sangat takut dengan hudud zina walaupun ianya hanya untuk Islam.  Chua Seks Lek seakan merasai getaran dan kegerunan dari undang undang itu barangkali. 

Jika isu ini di bawa ke Parlimen, maka yang tersepit adalah umNO. Kini umNo gagal menjadi juara Islam.. pendirian Pakatan Rakyat dalam meraikan perjuangan masing masing sesuatu yang sukar difahami oleh BN, namun di sebaalik pendirian itu, perangkap besar menanti BN khususnya umNO dalam memenangi undi melayu. Maka sikap umNO kini ialah menggunakan musang umNO yang memakai baju "ayam" NGO termasuk  badan kerajaan berkaitan agama untuk mempertahankan mereka.

YADIM antara lubuk buangan umNO untuk agamawan yang berkubang di situ termasuk bekas Naib Yang Di Pertua PAS dulu , Nakhaei yang pernah menjadi pengerusinya.... turut bersuara. Namun ulasan pengerusi YADIM baru tu nampaknya sangat berpusing macam orang mabuk laut jalan atas darat. perhatikan sahaja ulasannya...

“Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya,” kata beliau. Peraturan belum pun dilaksanakan... dia dah merepek pasal perlaksanaan.... adil tak adil... 

 Saya yakin isu ini akan mati dalam sehari dua lagi setelah umNO dapat isu baru. Harap pimpinan Pakatan Rakyat jangan GATAL MULUT buat isu di masa genting ini. Pimpinan yang suka sangat menonjolkan muka kat akhbar jangan buat pasal. Biar pimpinan utama memandu keadaan. Banyak cakap mendedahkan parti kepada masalah terutama dalam isu sensitif.... tak payahle nak cari publisiti kerana pemilihan parti dah habis punnnn....

Tiada ulasan: