Rabu, 18 Februari 2015

RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI

Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus di serang dengan momokan yang langsung tidak dibuktikan. Bagi yang memahami UG adalah kerajaan tanpa pembangkang, melihat ianya idea terkehadapan yang mendahului Konsesus Nasional tajaan PKR.

Pasma yang di taja bekas ahli PKR dan di pimpin oleh pemimpin bermasalah PAS Kedah (dan di soong beberapa JK PAS Pusat) terus memainkan isu UG sekalipun kepala mereka dah berulangkali terhantuk dinding kerana pening. Isu itu di mainkan dengan tersusun dan terancang sekali. Pasma, DAP dan PKR seakan senada menari tarian dan lengguk gerak yang sama.  Ia seakan mengalihkan ahli PAS terhadap poersoalan yang masih belum berjawab... MENGAPA KONSPIRASI YANG DI DEDAHKAN OLEH KETUA PEMUDA PAHANG BELUM BERJAWAB.

Mengapa seluruh ahli di bawa ke zaman nostalgia atas alasan kononnya PAS menuju bergabung dengan umNO. Jawapan ini telah berulangkali di nafikan oleh Tuan Guru Presiden. Apakah mungkin ada yang lebih berminat untuk melayan Fakhrurazi yang keketuman  bermimpi menjadi MB Kedah atau mempercayai seorang ulama zuhud yang memimpin gerakan Islam dunia?  jarak akhlak yang sangat jauh lebih dari perut bumi dan bulan purnama..

Di saat serangan UG  kepada , Pas, tiba tiba Keluarga Anwar dan di sokong pimpinan PKR mengakui wujudnya tawaran Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar.  DAP yang mengeleng kepala tak berani bersuara bila di tanya.. PAS menafikan bermaklumat tentangnya. Apakah sebenar hakikatnya??

Dari apa yang jelas, saya membuat kesimpulan mudah;

1) Berlaku pertemuan dan perbincangan sulit antara PKR dan UMNO atau lebih tepat lagi Anwar dan Najib.

2) Seperti biasa... semua "perancangan bijak" PKR tak perlu bagi tahu jauh sekali untuk berbincang dengan rakan.

3) Rafizi mengakui bahawa ia hanya tawaran tidak asli... jika ianya asli????... apakan PKR akan tinggalkan PR kerana hanya 4 jawatan menteri di tawarkan??? ermmmm...

Dari kesimpulan ringkas di atas... ia sesuatu yang jelas dan DI AKUI bahawa usaha penyatuan umNO dan PKR berlangsung tanpa pengetahuan PR.  Peliknya PAS pulang yang di dendang ber UG dengan umNO... di mana kewarasan kamu semua wahai yang berotak?

Saya ingin mengajak seluruh ahli PAS memfokuskan kepada isu besar yang telah di dedahkan oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan yang membabitkan Dr Hatta Ramli...  Semua ahli PAS sedang menanti respon dan jawapan hatta. Ia bukan sampah yang boleh di sapu di bawah karpet. Ia kaca yang meremukkan hati dan perasaan ahli PAS... Pengkhianatan pimpinan tertinggi menggunakan jentera terpenting parti....

Biarkan Pasma dengan khayalan UG nya... Biarkan PKR dengan impian Timbalan Perdana menteri dan 4 menterinya... biarkan DAP dengan kebingungannya... PAS mesti selesaikan isu dalamannya yang parah ini... DR HATTA MESTI BERHUJJAH DENGAN FAKTA BAGI MENAFIKAN TUDUHAN YANG DI LEMPARKAN KEPADANYA... bukan cerita kereta yang di simpan di luar pagar rumah yang di bakar.....

Selasa, 10 Februari 2015

YA ATAU TIDAK ... MUDAH BUKAN ???

Saya telah menjangkakan bahawa KP Kuantan tidak kosong dalam cabaran beliau. Saya sangat yakin beliau sedar beliau sedang berhadapan dengan ketua konspirasi khianat dalam sebuah jamaah Islam. Tentu dia juga sedar bahawa pengkhianat dalaman tentu ada tuan di luar rumah. Jesteru sangkaan itu benar apabila KP Kuantan mendedahkan bahan bukti yang di cop di hadapan suruhanjaya sumpah. Menjadikannya akuan bersumpah yang ada nilai undang undang..

Himpunan penyerahan memo yang kemudiannya di alih isukan kononnya demo menyokong presiden adalah tindakan terdesak. Khabarnya hanipa Myden macam kerasukan syaitan memaki seorang ulama antarabangsa...dalam mesyuarat jamaah Islam... biadab dan kurang ajar  sungguh perlakuannya... nasib la sekadar di tepuk belakang untuk di tenteramkan ( diangkat cerita seperti di tumbuk)... macam cerita azez mat rempit dari Baling... cuma tak pasti pulak Hanipa masuk hospital atau tidak...  cerita ini hanya cerita sensasi yang diangkat untuk nampak gahnya...persetankan cerita lawak ini...

Himpunan yang diketuai KP Kuantan itu bertujuan menyerahkan memorandum agar siasatan di buat terhadap tuduhan kepada Dr Hatta dan Aiman Athirah.  Tak timbul soal demo atau tak ikut saluran parti. Semuanya telah di jelaskan dalam memo tersebut. Bagi yang belum membaca memo itu atau Printscreen yang di sebarkan... baiklah jangan mengulas... nampak jahilnya...

Jangan sesekali terikut dengan rentak pengulas upahan yang sememangnya menjadi kumpulan media dan PGS Dr Hatta... mereka takut sangat jika bos mereka tercekik tulang ayam... Tak timbul soal jasa lama dan pejuang hebat... India PKR ni lagi hebat sampai terlucut seluar...

Saya sangat yakin.... dan mudah untuk di fahami... Tuntutan KP Kuantan ialah penjelasan dari Dr Hatta khususnya...APAKAH PRINT SCREEN ITU BETUL ATAU SALAH.. Jika benar .... ia satu pengkhianatan... jika tidak... ia satu tuduhan yang sangat mencemarkan. jangan di biarkan...!!!

Sebagai orang lama dalam parti, beliau tentunya memahami tuntutan anak muda ini... mereka orang yang sayang jamaah Islam. mereka tidak mahu adanya pengkhianatan berlaku terhadap jamaah Islam. Jika Hatta juga sayang kepada Jamaah Islam dan sayang kepada anak muda yang bakal meneruskan perjuangan Islam... berilah penjelasan... mereka anak muda....

Saya tidak fikir Dr Hatta akan melarikan diri dari menjawab kehendak mudah ini... Ya atau Tidak... mudah bukan..???? jom kita tumpukan isu ini hanya di bawah dua kalimat mudah... YA atau TIDAK??


Isnin, 2 Februari 2015

TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…



Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati di depan… fitnah dihalalkan atas nama Khid’ah…. Kutukan di haruskan atas nama kritikan… cacian di bolehkan atas nama menegakkan kebenaran… namun hakikatnya mereka sendiri tahu sebenarnya mereka sedang menipu… ,menipu diri sendiri dalam sangkaan mereka menipu Allah dan orang beriman.

Pepatah arab menyebut “ dia pukul kita dia yang menangis, dia yang zalimi kita dia yang mengadu…. Dia yang label orang… dia yang kata di label… jelas dan terang…. Dia yang mula label UG… seantero dunia di ratib UG yang di cipta dengan kefahaman khayalan sendiri… akhirnya dia yang mengadu di label munafiq haraki…. Dia yang sawan suruh keluar PR … tetiba melompat mengadu di halau dari PAS… “sawan kekhinziran” apakah ini???

Islam bukan lagi impian dan harapan yang nak di tegakkan… Hanya mengejar impian putrajaya tanpa peduli apa yang nak diisi dalam bangunan berkubah  hijau di sana… Kemarahan kepada umNo yang menentang Hudud tiada lagi setelah rakan sendiri (DAP dan PKR) juga bernada serupa. Salahnya kerana ia datang dari umNO bukan kerana Islam yang di musuhi…. Ayah sendiri dimaki dan di caci atas nama keterbukaan dalam melontar kritikan dan teguran… Sejarah Umar di mimbar di sadurkan sekalipun jauh tersesat dalam perbandingan…

Rahsia rumahtangga malah di bilik tidur boleh sampai ke telinga jiran tetangga sebelum ayah keluar dari bilik tidurnya,…. Anak manakah yang derhaka sebegini??? Atau isteri yang curang gila nak berlaki yang sedang mimpi tidur di singgahsana putrajaya???? Tabah dan sabarnya sang ayah… hanya di sindir isteri… kalau dah gila nak cari laki… pergilah… tak siapa menghalang… sang anak jua… pergilah kalau nak berayah tiri yang sedang meratib putrajaya dalam tidurnya di tengah hari di pondok di tengah sawah padi…. Adussss…..


Membaca tulisan dan lontaran Timbalan ketua Pemuda Pahang menjadikan aku tersentak. Benarkah ada pimpinan jawatankuasa PAS Pusat malah di kecilkan tuduhan itu kepada Jawatankuasa harian terlibat dalam penyebaran pornografi Setiausaha Agong… begitu berani timbalan ketua Pemuda PAS Pahang ini. Maklumat manakah yang di jumpa??? Perkhabaran dari wikileaks atau sememangnya beliau punya bukti??
Siapa JK harian yang beliau maksudkan ?? masih samar … sebaran pornografi ini kalau dalam umNO dilakukan oleh unit sarafnya… untuk menjatuhkan tokoh yang tak di senangi… Ia mesti di lakukan dengan teliti… Takkanlah unit saraf PAS yang di maksudkan??? Nau’zubillah…. Semoga Allah lindungi pejuang Islam dari kerja terkutuk tesebut.

Apa pun … tuduhan itu sudah diketahui umum….. namun tiada respon atau desakan agar Timbalan ketua Pemuda Pahang itu untuk mendedahkan… kegilaan apakah ini??? Satu tuduhan yang sangat mencalar imej JK Harian Parti Islam tersohor di dunia di biarkan tanpa ada kepedulian???  Saya sangat berharap tuduhan itu palsu…

Jika tuduhan itu palsu .. ayuh kita mendesak agar penulis tersebut di ambil tindakan… jika beliau ada bukti yang meyakinkan … ayuh kita desak agar di dedahkan … agar tiada lagi bangkai busuk yang menghalang pertolongan Allah dalam bilik tidur utama Parti Islam ini. Jika di zaman nabi Musa … doa seorang Rasul memohon hujan terhalang kerana seorang pengumpat … apakah mungkin di harap kemenangan dari doa dan kerja kita dalam keadaan penyebar fitnah berada di kedudukan JK harian yang sangat tinggi dalam  hiraki jamaah Islam PAS ini??... ujian apakah ini ya Allah… bersihkan jamaah yang berjuang untuk agama Mu ini dari pengkhianatan sedemikian rupa ya Allah.. berat benar ujian menuju kemenangan…

Aku hairan sangat kerana tiada sambutan meluas terhadap pendedahan sebegini penting. Apatah lagi di lakukan oleh seorang yang mempunyai kedudukan sebagai pimpinan pemuda di peringkan negeri. Kalau tulisan peguam 7 undi yang di angkat oleh Ketua Pemuda Pusat dan meletakkan jawatan di dendang dan di sambut oleh hampir semua bloger dan keyboard worrior termasuk pimpinan  PAS Pusat … mengapa tuduhan terhadap JK tertinggi itu di senyapkan?

Lontaran sawan calon 7 undi itu hanya lontaran igauan mabuk beliau yang masih meratap 7 undi yang di dapatinya dari pemilihan lalu… di sambut dengan penuh bersungguh… apakah kerana itu membabitkan TG Presiden??? Ia bukan tuduhan kerana tiada apa yang perlu di buktikan… tak di layan pun tak merugikan… Mengapa tuduhan yang membabitkan batang tubuh setiap JK harian dari seorang pimpinan utama pemuda negeri yang menang tak di pedulikan??? Apakah bimbang ada kebenaran atau bukti yang diserlahkan???

Sekali lagi saya menuntut JK Harian agar mengambil tindakan atau setidak tidaknya mencabar Timbalan ketua Pemuda PAS Pahang agar mendedahkan bukti tuduhan berat itu…  



Rabu, 8 Oktober 2014

FAKTA KONSPIRASI DUNIA TERHADAP TG HJ HADI

Oleh : AHMAD HAKIMI IBN KHADIJAH   (SUMBER)


Saya melihat ada di kalangan yang cuba menolak apa yang disebut YB Nik Abduh tanpa melihat keseluruhan cerita. Mereka cuba mengkelakarkan isu ini apabila tulisan beliau dipetik oleh Berita Harian dan utusan Malaysia.
Mereka menyamakan apa yang disebut sebagai konspirasi teori.

Mari kita melihat asas kepada apa yang disebut ustaz Nik Abduh.
1. Dunia ISLAM sekarang dalam mood kebangkitan, dari timur dan barat. TGHH menjadi rujukan di seluruh dunia dalam gerakan ISLAM.
2. TGHH menjadi penasihat utama Mursyidul AM sehingga ada ura ura beliau dilantik sebagai Mursyidul AM IM selepas pimpinan IM di tangkap.
3. Beliau terlibat menyelesaikan konflik Yemen, kawan akrab beliau Dr majid Az Zindani adalah pemimpin Parti Islah Yaman. Konflik di Yemen sekarang kerana mahu menghapuskan Parti ISLAH.
4. Sebelum Pemilu Indonesia, TGHH turun ke Indonesia supaya Parti ISLAM indonesia yang berjumlah lebih 40 buah parti agar bersatu. beliau turun ke pesantren darus Salam dan menyeru kepada penyatuan Partai ISLAM, namun tidak mencapai hasil yang diinginkan.
5, Beliau mengusahakan penyelesaian kepada pergolakan di selatan Thailand dan Filipina, menggunakan hubungan dengan kerajaan Malaysia supaya urusan diplomatik dapat diselesaikan.
6. Beliau diberi penghormatan untuk memberi panduan dalam ESOM, persidangan ekonomi di turki yang ingin menembusi Pasaran Eropah melalui jaringan jaringan yang sudah diatur oleh Almarhum Necmettin erbakan (Milli Gorus).
Peranan peranan yang dimainkan oleh TGHH di peringkat antarabangsa ini menimbulkan ketidaksenangan oleh dasar Barat dan Amerika. Amerika cuba menyekat pergerakan TGHH melalui pelbagai cara.
Namun, oleh kerana TGHH terkenal dengan cara politik Muwajahah Silmiyyah dalam melawan barat, mereka tidak dapat mengaitkan TGHH dengan sebarang aktiviti keganasan.

Oleh itu, barat menerusi dialog dan wacana intelek, cuba membawa kembali metode serangan kepada Dunia ISLAM yang digepalai TGHH dengan cara lama, Cara penyusupan ke dalam Gerakan ISLAM. Cara yang pernah digunakan untuk meruntuhkan empayar ISLAM Turki Uthmaniyyah.
Di Mesir, kita melihat Kamal helbawy, yang dulu pernah jadi presiden WAMY dan wakil ikhwan di UK, telah berpaling tadah kepada regim As Sisi.
Dalam banyak perkara, gerakan gerakan ISLAM di seluruh dunia ditanam pertembungan dalaman melalui rancangan yang jahat dan sudah lama dirancang.

Oleh kerana di Arab Saudi, parti politik dan Ikhwan Muslimin di haramkan, USA dapat menjalankan hubungan baik dengan Saudi. Namun begitu, hubungan dinamik, Iran, hizbullah, saudi, Mesir, Syria dan lain lain memeningkan semua Pihak. Kedinamikan ini banyak tidak difahami melainkan diterangkan satu persatu oleh TGHH kepada pimpinan gerakan ISLAM sedunia. Sebab itu, kalau kita meneliti pergerakan Syeikh Yusuf Al Qardawi, bukankah sebelum ini beliau lantang menentang syiah dalam Kes Syria? Kenapa akhir akhir ini, beliau tidak lagi cuba mencampuri isu Syiah -Syria? Dan kenapa Pula TGHH diterima senang hati sebagai Naib Presiden Ittihad Ulama sedunia ? Semua ini bukan kebetulan semata mata seperti mana yang difahami kebanykan orang.
Akhirnya, barat mengambil contoh Turkey dan Annahdoh Tunisia, sebagai senjata baru untuk menenggelamkan aspirasi gerakan ISLAM.
Mereka cuba memberi penekanan dan sokongan kepada cara turki dan An Nahdoh membawa politik ISLAM. akhirnya, media di dunia ISLAM dan barat, dan juga melalui perbahasan akedemik, wacana Politik baru islam (post islamisme) diangkat ke tengah tengah fikiran umat ISLAM.

Kalau di indonesia, Ahmad Dzakirin telah menulis satu buku kebangkitan Pos islamisme bagi memuji AKP dalam Pemilu Turki. Ahmad Dzakirin adalah lulusan Nanyang insitute of Technology, Singapura. Tulisan dia banyak menyokong cara AKP, namun begitu secara faktanya, beliau banyak mendedahkan bagaimana strategi AKP sedikit demi sedikit terikat dengan sekuler dan liberal demokrasi di Turki.
Berkenaan isu menjatuhkan TGHH adalah untuk menidakkan peranan beliau di peringkat antarabangsa dan Menyekat cara dan Manhaj beliau yang berpolitik di Malaysia. Gerakan ISLAM seluruh Dunia telah memandang PAS sebagai satu model yang paling baik bila berhadapan dengan Demokrasi dan Muwajahah Silmiyyah. Malah, menurut laporan dari sahabat sahabat IM di Mesir dan timur Tengah, Mereka amat terkejut apabila Abang Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dan digunakan oleh media Syria berbulan bulan sebagai propaganda sokongan PAS terhadap Regim Basyar Assad. Lawatan Mat Sabu ke Syria pada tahun lepas menjadi isu hangat dalam gerakan ISLAM sedunia.
Gerakan memposisikan pemimpin citra Post islamisme adalah gerakan terancang di seluruh Dunia. Kegagalan An Nahdoh menangani politik tunisia, PKS menangani Politik Indonesia menyebabkan aliran baru dunia ISLAM ini hilang punca selain bergantung penuh kepada Model Turki.
Namun, Kelemahan Model turki ialah AKP berjuang dalam lanskap sekuler yang TOTAL. Ini memberi sedikit rukhsah kepada AKP bertindak begitu. Namun begitu, ia turut dikecam Almarhum Necemttin Erbakan kerana merasakan AKP terperangkap dalam rancangan Israel raya oleh pergerakan Zionis. Keberadaan AKP dalam politik turki boleh sangat dijawab secara ilmiah oleh mana mana ilmuwan gerakan ISLAM yang lain.
Gerakan Post Islamisme ini banyak didokong secara ilmiah oleh tokoh tokoh dari IIIT dan disokong oleh Dana yang banyak melalui prince Talal Al Waleed foundation yang berpusat di Amerika dan Riyadh. Mereka juga bergabung dengan NGO NGO islam seluruh eropah dan barat dalam mengetengahkan fekah baru yang diketengahkan mereka.
Malah kalau dilihat dari semua penulisan mereka, bentuk Daulah ISLAMIAH tidak banyak diiktiraf, sebaliknya hanya menumpukan kepada hak kesaksamaan universal. Sedangkan isu ini hanya terkandung dalam Feqg Al Aqiliiyyat (minoriti) yang diaplikasi di barat, Feqh ini tidak boleh dieksport ke dunia ISLAM yang majoiriti Umat ISLAM adalah rakyat.
Perkembangan semasa dalam PAS, yang boleh disimpulkan dalam Perbahasan Muktamar ke 60 baru baru ini juga memberi gambaran bahawa terdapat gerakan gerakan yang cuba menolak TG Presiden. Ucapan KP Kelantan Ustaz Fadzli Shaari dalam membahas Ucapan Dasar Presiden, telah mendedahkan ada rakaman rancangan PasMa yang diadakan di Pustakan Az Zahra, Kota Bharu. Pendedahan beliau ini langsung tidak disentuh oleh mana mana pemimpin lain dan ini menandakan bahawa isu yang dibawa boleh menyebabkan pembongkaran pembongkaran terus dibuat dan akan merugikan pergerakan tersebut.
Sebaliknya, mereka cuba menutup dengan isu remeh temeh label dan adab yang sudah diterangkan oleh ramai perwakilan.

Asalnya, saya mahu menulis secara ringkas berkenaan gerakan menjatuhkan TG Presiden PAS di peringkat dunia dan Malaysia. Namun, kerana perlu menjelaskan dengan perlbagai sudut, tulisan ini terpaksa dipanjangkan. Moga tulisan ini mampu memberi pencerahan

Jumaat, 3 Oktober 2014

JATUHKAN TUAN GURU HAJI HADI AGENDA MUSUH ISLAM ANTARABANGSA...

Aku mula mendengar nama Tuan Guru Hj Abd Hadi di awal 80an. Waktu itu aku masih di sekolah rendah. TgHH adalah fenomena di masa itu.. Pidato beliau mengegarkan hati pendengar. Ia mampu menarik pendengar menjangkau dua atau tiga buah negeri. Aku masih ingat, ayah aku bersama dengan pendokong tegar PAS yang hanya beberapa kerat masa tu sanggup ke Kedah berkongsi minyak dan belanja kereta untuk mendengar pidato TgHH.

Surat khabar yang agak terbuka masa tu ialah  Bumi dan Watan. Ayah aku menjadi pelanggan tetap surat khabar berkala itu... kalau tak silap dua kali seminggu seperti harakah hari ini. Ada kolum khas untuk tokoh fenomena masa itu.. TgHH.... Haji Hadi yang saya kenali... di kendalikan oleh wartawan yang kalau tak silap namanya ialah Samsuri dan sorang lagi yang aku dah lupa namanya...

Aku yang masa tu baru di sekolah rendah mengunting keratan kolum tersebut dan tampal di buku sekolah. Ayah aku juga sering beli kaset yang di keluarkan oleh Gedung Gua entp...GG Edar( kalau tak salah ingatan) Kaset itu terus aku simpan sehinggalah kaset bukan lagi satu kegunaan apabila munculnya teknologi CD. Aku pernah terbaca di perpustakaan Tun Razak di Ipoh sebuah buku berkaitan tokoh tokoh hebat.. antaranya penulis mengambil kenyataan seorang wartawan Perancis yang menimbulkan persoalan ... siapakah lebih hebat antara Hj Hadi dan Khoemeini... sedangkan ketika itu Khomeini adalah pemimpin utama Iran selepas revolusi...

TgHH juga menjadi semakin terkenal apaabila wajahnya terpampang di muka depan majalah Asiaweek yang sangat berpengaruh di Asia... Aku semakin mengkaguminya...

Setelah bintangnya semakin begemerlapan.. memimpin sebuah gerakan Dakwah siasah PAS sebagai Presiden, beliau semakin di kenali dunia Islam. Anak didik Said Hawwa ini menjadi orang penting dalam gerakan Islam antarabangsa...

Ketika dunia Islam berdepan dengan kejahatan musuh Islam di seluruh dunia, TgHH sentiasa bersama pimpinan gerakan Islam dunia mencari jalan penyelesaiannya. Beliau antara orang penting yang menyertai rombongan gerakan dunia Islam menemui pemimpin negara teluk ketika krisis Iraq dan kuwait.

Baru baru ini ketokohan TgHH terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi.. Nama TgHH juga pernah mengemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah di tuduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf.

Semua rentetaan itu menunjukkan TgHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TgHH kini adalah pemimpin dunia Islam... beliau juga mesti di halang.

Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus... Untuk menyekat TgHH... porak porandakan jamaah pimpinannya... alasannya... jamaah sendiri tak boleh jaga. macammana nak pimpin dunia Islam...

Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin , mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS. Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan... y ang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam...  dalam PAS yang di lihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia...

Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau... Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TgHH adalah gelombang yang di gerakkan oleh perisikan rahsia antarabagsa  musuh Islam kerana beliau adalah tohoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. Di Malaysia...mereka hanya bercita cita mahu menyekat TgHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TgHH memimpin Umat Islam antarabangsa.

 Usaha menjatuhkan kepimpinan TgHH sebagai Presiden PAS sedang di lakukan secara tersusun. Ia di rancang dengan teliti dan halus...Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya. Ia adalah strategi munafiqin sejak zaman rasulullah yang menyerang saidatina Aisyah melalui fitnah dalam kisah haditsul ifk untuk melemahkan Rasulullah.

Cara munafiq dan musuh Islam tetap sama kerana mereka adalah pewaris perjuangan yang sama.. pelik ke?????

Jumaat, 19 September 2014

ADA KASTA KE UNTUK MENILAI ADAB???

Hebat pembahas dalam Muktamar PAS hari ini. Siap minta Pemuda PAS yang keluar dewan diam-diam disiasat oleh badan tatatertib dan diambil tindakan. Dunia demokrasi akan mentertawakan mereka sedangkan selama ini demokrasi dan kebebasanlah yang beratib di bibir masing-masing. 

Yb Khalid Samad dan rakan-rakannya dari kalangan AJK PAS Pusat selalu mengulang-ulang dalam ucapan dan tulisan mereka - jangan kita marah kepada pengkritik kita.. kita kena bersedia kerana nanti bila jadi kerajaan, kita kena biasa berdepan dengan kritikan rakyat. Ini baru protes senyap keluar dewan, sudah bergegar satu dewan dibahas. Pembahas pemuda PAS lagi matang. 

Saya dimaklumkan tidak ada pun yang sentuh tentang perkara itu dalam perbahasan mereka. Kecuali AJK Pemuda PAS Malaysia, Sany ketika penggulungan. Itu pun dia sentuh sepintas lalu sambil lawak tidak kelakar minta perwakilan bangun atas kerusi. Pelik..pelik.

Sepanjang pengamatan saya, tindakan Pemuda PAS yang keluar senyap-senyap itu pun boleh dikategorikan sebagai berakhlak. Mesti geng ustaz dan ulamak PAS tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Ini negara demokrasi, izinkan saya untuk berbeza. Saya difahamkan melalui media, pemuda yang bangun itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan Mohd Sabu sebab kononnya Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden tidak banyak berperanan menguatkan Presiden PAS, malah sering dilihat bercanggah. 

Pemuda PAS itu saya anggap sangat berakhlak sebab mereka tidak baling-baling kerusi seperti PKR. Mereka tidak mencetuskan huru-hara atau mengeluarkan kata-kata kesat. Saya andaikan mereka tengah marah. Orang marah, kalau dia sedang berdiri elok duduk. Kalau sedang duduk elok berbaring. Tapi tidak munasabah kalau mereka berbaring dalam dewan sebegitu. Daripada kemarahan mereka memuncak dan tidak terkawal, baguslah mereka keluar, ambil air sembahyang, sembahyang atau ambil angin di luar. Biar marah itu reda. Itu pun dilabel dengan pemuda biadap dan tidak berakhlak. Dalam perbahasan kata jangan mudah label, tapi sedar tidak sedar kita juga melabel. Pelik..pelik.

Bagi saya, itu hak pembahas PAS untuk mencadangkan supaya pemuda-pemuda itu disiasat dan diambil tindakan tatatertib. Cuma saya rasa pelik, kenapa protes keluar dengan senyap itu seolah-olah jadi isu paling besar untuk disiasat oleh badan tatatertib PAS sedangkan banyak lagi aduan terbuka dari ahli PAS yang tidak pula dibahas sampai menggegarkan dewan? Pelik.. pelik.

- Bagaimana dengan akhlak 2 orang adun PAS yang lompat sokong PKR itu? Veteran PAS Subky Latif sudah berulangkali sebut. Sudah dipanggilkah?

- Bagaimana dengan pengakuan YB Saari Sungit ada pemimpin PAS yang arah dan minta mereka lompat? Berakhlakkah dan sudah siasatkah?

- Bagaimana dengan tahap akhlak pemimpin PAS yang berbohong kononnya tidak tahu menahu dan tidak ada kaitan dengan Pasma, tetapi turut hadir sokong penubuhan Pasma, malah menyampaikan ucaputama? Sudah siasatkah?

- Bagaimana dengan akhlak ahli PAS yang menubuhkan Pasma dan menjadikan wacana Pasma tempat sindir dan perli presiden PAS? 

- Bagaimana pula dengan AJK PAS pusat yang turut hadir dalam jemputan wacana Pasma dari sudut akhlaknya? Tidak perlu disiasatkah?

- Bagaimana dengan pembocor whatsapp group AJK PAS pusat itu? Betulkah dia pakai bluetooth? Bukankah itu isu akhlak yang sebenar?

- Bagaimana dengan laporan yang dibuat oleh kawasan-kawasan dalam muktamar pemuda PAS adanya penipuan daftar pemilih itu? Katanya hampir bergegar muktamar pemuda sehingga pengerusi tetap jatuh sakit? Sudah siasatkah?

- Bagaimana pula katanya ada penipuan tandatangan dalam buku laporan muktamar pemuda sebagaimana yang dinafikan oleh penama yang didakwa menandatangani? Sudah terjawabkah?


Saya rasa isu-isu akhlak dan penyelewengan di atas lagi berat dan besar bagi PAS yang perlu dibangkitkan oleh pembahas berbanding protes senyap pemuda-pemuda PAS itu. Jangan nanti orang luar melihat pembahas PAS seperti semut di seberang nampak, gajah di depan mata tidak perasan. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus. Jangan sangka anda boleh menyihir para perwakilan PAS dengan ucapan yang berdegar-degar. Kasihan PAS, pembahas ucaputama pun hendak berpolitik. Pelik.. pelik. SEKIAN .


Saudara MSO, 
18hb September 2014, 22.43pm, Malaysia.

Selasa, 16 September 2014

DULU LAIN SEKARANG LAIN...

Teringat lagu budak indon yang nyanyi ...dulu lain sekarang lain...
 
Dulu umNO kata Islam tak sesuai dengan zaman...
Dulu umNo Kata Ulama Tak pandai politik...
Dulu umNO kata Ulama peralatkan al Quran untuk kepentingan parti...
Dulu umNO kata kita masyarakat berbilang kaum, Islam tak boleh di amalkan...
Dulu umNo kata Ulama berfikiran sempit..
Dulu umNo kata Ulama menyesatkan...

SEKARANG... 

Sudah ada pemimpin PAS kata Islam tak sesuai dengan zaman ....
Sudah ada Pemimpin PAS kata Ulama tak pandai politik...
Sudah ada Ulama peralatkan al Quran untuk kepentingan parti...
Sudah ada pemimpin PAS kata kita masyarakat berbilang kaum, Islam tak boleh di amalkan...
Sudah ada pemimpin PAS kata Ulama berfikiran sempit..
Sudah ada pemimpin PAS kata Ulama menyesatkan...

Isnin, 15 September 2014

MUKTAMAR PANAS... PasMa

Esok bermula Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat diikuti bersamanya Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Kemuncaknya semuanya berkumpul di Batu Pahat untuk muktamar penuh Pas Pusat.  Ia di adakan di luar negeri kebiasaan, kali ini di Johor, negeri paling selatan dalam tanahair. Negeri yang di katakan umNO paling kuat dalam dunia.

Muktamar kali ini pastinya menjadi perhatian, bukan kerana ianya berlaku di Johor tetapi angin panas yang bertiup di dalam PAS. angin yang dulunya bergerak secara tersembunyi dan kurang di rasai malah tidak di mengerti sudah mula menunjukkan bahang panasnya.

Bermula dengan isu Selangor yang menatijahkan munculnya golongan penentang yang selama ini hanya bersifat baling batu sembunyi tangan kini tanpa takut dan malu lagi mereka melancarkan serangan terbuka. PAS seakan di lihat terbahagi dua, antara yang begitu setia dengan Pakatan Rakyat ( anwar) dan golongan yang setia dengan Presiden dan ulama.

Golongan yang setia dengan TG Presiden adalah tulang dan nadi kekuatan teras PAS iaitu para Ulama. Mereka mempertahankan keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat namun dalam masa yang sama mereka mahu PAS mempunyai jatidirI dan tidak hanya mengikut telunjuk Anwar . Mereka mahu PAS terus mempertahankan prinsip Islam dan meletakkan prinsip perjuangan lebih utama dari kemenangan . Manakala golongan kedua yang bersama Anwar di lihat mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat walau dengan apa keadaan sekali pun.

Sebagai alternatif golongan yang mahu kewujudan PAS dengan aspirasi Pakatan Rakyat dan bukan lagi Islam, mereka menubuhkan PasMa, PasMa mulanya mengejutkan umum dengan membariskan nama besar pimpinan PAS. Walaupun di nafikan , namun kehadiran mereka dalam program PasMa yang jelas bertujuan menyerang Tg Presiden dan Ulama dalam PAS menunjukkan mereka sedang menjaja parti baru bagi mengekalkan penyokong PAS di dalam PR.

Desas desus bahawa PasMa ditaja oleh kalangan pemuja Anwar seakan dibuktikan benar apabila pendaftaran Pertubuhan di katakan menyenaraikan beberapa orang PKR seperti hisomudin, budak muda yang menjadi orang kanan PKR di Kelantan. (Sumber menyatakan beliau pernah bekerja dengan datuk Seri najib sebelum ini.) Penglibatan pimpinan PAS dalam siri kempen golongan ini seakan menguji sejauh mana ahli PAS menerima alternatif kepada PAS. Peliknya bagaimana pula orang PKR bersama PasMa yang khabarnya untuk alternatif ahli PAS. Ia bukti bahawa satu gerakan terancang menggulingkan Presiden  dan menyingkirkan Ulama dalam kepimpinan PAS sedang berjalan. Seakan mereka tidak sabar menunggu pemilihan tahun depan??? kenapa??? jawapan yang perlu di fikirkan... saya belum mahu menjawab...

Kumpulan anti Presiden dan ulama ini di lihat sangat terdesak. Ia seakan terdesaknya anwar menanti tempoh keputusan rayuannya. Berbagai perancangan memalukan Tg Presiden telah di rancang. Aku mengharapkan agar ahli PAS yang ikhlas dapat menilai semua yang berlaku ini sebagai satu bukti bahawa gerakan mengambil alih dan menyalin baju prinsip PAS sedang berlaku.. Jika sayangkan PAS... pastikan gerakan ini gagal..

TG Presiden di serang dari segenap arah, termasuk dari timbalannya sendiri yang pernah berjanji bertanding untuk membantu Presiden. Pemimpin PAS ini  sudah mula menanggalkan pakaian Prinsip Islam, sebaliknya sudah memakai pelbagai warna baju termasuk sosialis. Yang penting bagi mereka , Islam seolah menghalang undi bukan Islam kepada PAS.... Islam perlu di kendurkan atau bukan lagi keutamaan.

Kita nantikan muktamar ini untuk melihat perancangan berpuluh tahun mereka akan berjaya atau tidak. Semuanya di Muktamar... jangan tunjukkan kebodohan bahawa sokongan kepada TG Presiden di tentukan oleh pandangan maaya...


Ahad, 14 September 2014

SERPIHAN AKAN KECUNDANG


Cita cita jahat kumpulan serpihan PAS yang katanya hanya NGO untuk memastikan PAS kekal dalam PR.... bukannya PAS kekal dengan prinsip Islam.... Sejarah mengajar kumpulan ini akan kecundang... Gah je lebih... siap buat servey di alam maya kononnya nak undi tak percaya kepada TG Presiden... biarlah luncai ini terjun dengan labu labunya...
Baca tulisan anak muda PAS ini tentang sejarah serpihan dan nasib mereka...
 
Ketika semua orang sibuk menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos baru-baru ni, ada sekumpulan ahli PAS telah cuba  memerdekakan diri daripada ketaatan kepada pimpinan PAS. Mereka menggelarkan diri sebagai PasMa.

Saya mendengar mereka berkumpul di Pustaka Dar AZ-Zahra, Kota Bharu malam itu kononnya untuk membetulkan PAS jika tergelincir dari landasan perjuangannya. Tiba-tiba ada kawan menunjukkan satu rakaman pertemuan precouncil mereka di rumah salah seorang Naib Presiden PAS di Salor, Kota Bharu.

Walaupun tokoh kanan PAS itu berjaya menyembunyikan dirinya dari muncul di Dar Az-Zahra, dia belum dapat melepaskan diri untuk dikaitkan sebagai mastermind pergerakan PasMa. Dalam precouncil di rumahnya itu, seorang yang rapat dengann Ketua Pemuda PAS Malaysia mencadangkan supaya Presiden PAS dikenakan undi tak percaya.

Bila mengenang langkah PasMa yang sumbang ini, teringat pula kepada tindakan Cikgu Ahmad Fakharuddin pada 1974 dan juga Dato' Nik Man pada 1983. Kedua-duanya cuba membantah pendirian PAS lalu menubuhkan organisasi haram bagi memulakan langkah mereka.
Kononnya kerana tidak berpuas hati dengan PAS dalam BN, Cikgu Ahmad Fakharuddin dan Daud Yatimee  "Gerakan" untuk menggulingkan Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda. Mereka mendakwa Presiden PAS tergelincir daripada perjuangan asal.

Di peringkat awal, Ustaz Amaludin Darus yang keluar setelah Ustaz Abu Bakar Hamzah dipecat. Kemudian
 
Cikgu Ahmad Fakharuddin melancarkan Revolusi 14 Mac bersama Daud Yatimee, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan ketika itu. Mereka menggerakkan semua orang yang tidak sebula dengan Asri untuk menggulingkan presiden PAS itu.

Dalam pilihanraya umum pada jun 1974, Revolusi 14 Mac menubuhkan Barisan Bebas Bersatu untuk menentang semua calon PAS yang berlogo Dacing di Kelantan ketika itu.

Pasca pilihan raya itu, bekas-bekas pemberontak PAS ini bergabung dengan IMAM yang ditubuhkan oleh Ustaz Amaludin Darus. Apabila krisis politik memuncak pada 1977, Dato' Mohd Nasir telah membawa penyokongnya keluar PAS dan menubuhkan BERJASA. Barisan Bebas Bersatu bergabung dengan BERJASA untuk berpakat dengan UMNO bagi menumbangkan PAS pada Mac1978.
 
Akhirnya, Dato' Mohd Nasir menjadi menteri dan Daud Yatimee menjadi speaker Dun Kelantan. Rupanya mereka menentang Presiden PAS kerana ada habuan daripada kerjasama dengan UMNO.
Selepas era Kepemimpinan Ulamak, ada juga orang tidak berpuas hati dengan Presiden PAS ketika itu. Perletakkan jawatan Dato' Asri rupanya ada niat lain. Anak saudaranya, Dato' Ishak Lotfi bersama Dato' Nik Man bekas speaker Dun Kelantan membuat gerakan menentang Presiden PAS Haji Yusof Rawa.

Dato' Nik Man dilantik mengetuai satu badan yang dipanggil "Jawatankuasa Bertindak" untuk menentang Presiden PAS itu melalui gerakan dalaman. 13 orang tokoh utama gerakan ini. Dato' Asri menyembunyikan diri, tetapi diketahui dialah dalangnya.

Apabila PAS bertindak ke atas mereka, Jawatankuasa Bertindak ini segera bertukar menjadi HAMIM pada 1983 dan menentang PAS pada pilihan raya 1986. Dalam pilihan raya ini, calon-calon HAMIM berlogo Dacing. Rupanya mereka menyerpih daripada PAS utk bersama UMNO.
 
Ternyata, ketika krisis politik 1988, Dato' Asri cuba membubarkan HAMIM dan membawa pengikutnya menyertai UMNO, tapi gagal. Pengikut HAMIM ada yang menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditaja BERJASA. Ada kumpulan lain pimpinan Ustaz Wahab Yunus, menubuhkan Ikatan Masyarakat Muslimin Malaysia (IKATAN).

IKATAN kemudian dibeli oleh penyokong reformasi pada 1999 untuk dijadikan Parti Keadilan Nasional (PKN). Setelah bergabung dengan PRM, parti ini dikenali sebagai PKR.

Rupa-rupanya HAMIM juga senasib dengan Revolusi 14 Mac, kedua-dua akhirnya menjadi macai UMNO. Itulah akibat bila memberontak dalam jemaah kerana dengki dan kesumat. Kononnya presiden tidak betul, tapi bila bersama UMNO baru disedari apa sebenarnya matlamat.

Bila PasMa ditubuh dgn mesej yang sama dengan revolusi dan HAMIM, ahli PAS mesti belajar amat. Mereka ini tersesat di pemulaan kalimat. Nanti akhirnya, UMNO juga menjadi matlamat.
Orang kata PasMa ni orang PAS yang menjadi macai Anwar... Pas+Ma (Macai Anwar). Kita lihat.... siapa yang kena..

Ahmad Hakimi Othman
Selangor

Khamis, 4 September 2014

PENIPU YANG TERTIPU

PasMa di tubuhkan. Khabarnya sebagai alternatif kepada PAS yang di katakan nak keluar PR. TG Presiden dan Majlis Syuro dijadikan sasaran sebagai golongan yang bertanggungjawab nak bawak keluar PAS dari PR. Aku pun tak tau nak kata apa puak ni... Tapi teori yang depa pakai adalah teori komunis... ulang penipuan agar ia di percayai betul.

Aku teringat dalam satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil nor dulu cerita tentang perangai umNO. Dia kata umNO ni menipu sampai depa yang percaya cerita tipu depa sendiri. Almarhum Ustaz Fadzil Nor bawa satu cerita. Dia kata ada seorang pemuda kampung yang nak menipu orang kampung. Diciptanya cerita ada orang nak bagi duit kat Masjid selepas solat jumaat. Cerita itu tersebar ke seluruh kampung . Hari jumaat tu penuh orang di masjid. Pemuda yang mencipta cerita tipu itu pun lalu di masjid. Dia tengok ramai orang di masjid... bila di tanya semua orang kata nak ambik duit. Pemuda itupun akhirnya berbaris sama. Dia pun dah mula percaya ada orang nak bagi duit sebab tengok ramai orang di Masjid... gitu le ceritanya...

Yang jaja cerita PAS nak bersatu dengan umNO ni sejak dulu ialah manusia bernama khalid samad, Dr Zul, Hanifa Myden dan beberapa balaci penulis blog mereka. Dulu mereka jaja cerita UG sampai orang yang tak paham apa itu UG pun percaya UG tu nak kawin dengan umNO. Kononnya nak ambik jawatan MB Selangor. Kini isu Menteri Besar Selangor sekali lagi di jaja. Ia bermula dengan kerja gila PKR yang sanggup hilang Selangor untuk memastikan Azizah isteri Penasihat Umum PKR jadi Mb. Lalu di jaja sesiapa yang tak mahu angkat Azizah jadi MB itu nak kawin dengan umNO.

Pemimpin PAS yang hatinya bersama Anwar pun turut mendendangkan benda yang sama. Penulis balaci yang bencikan TGHH dan MSU pun mula la menyambung cerita tak soheh yang di jual oleh The Malaysian Insider TMI. TMI dah jadi sumber berita untuk pecah belahkan PAS dan memfitnah pimpinan Ulama PAS. Terkini TMI bawa berita kononnya Dr Khairudin Attakiri dedahkan PAS gagal bersama umNO kerana dua ADUN melompat. Ianya fitnah semata mata. Sapa yang baca tulisan itu dan memahami mana berita dan mana ulasan dan fitnah pemberita tentunya takkan menonjolkan kebodohan mereka melainkan sememangnya hati mereka busuk..

Husam Musa yang juga Naib Presiden PAS pun turut sama memainkan berita ini. Tulisan meleret Husam  yang di siarkan baru baru ni hanya membawa maksud dan beberapa tujuan yang mudah di fahami. Selain nak Bagi tahu TG presiden tak de kuasa sebab PAS bukan parti angguk macam umNO, dia  juga nak bagi tau ada agenda sulit nak bersatu dengan umNO. Dalam masa sama dia dah buat keputusan bahawa dua ADUN lompat itu tak perlu di kenakan tindakan.. secara halus..... di sampin beberapa agenda yang tak minat aku nak tulis.

Apa yang sangat pelik ialah , yang di tuduh tak pernah pun walau sekali menyatakan atau menunjukkan nak bersatu dengan umNO, sebaliknya golongan inilah yang bersungguh sangat kata ada yang nak bersama umNO. Nak kata mimpi, mata celik , nak kata gila,... macam ada... gila kuasa... karan projek Kn seakan ada bunyi nafas nya...

Penubuhan PasMa ini seakan menjelmakan TEORI (baca sini) yang aku tulis sebelum ini. ia bukan teori khayalan, tapi hasil maklumat yang aku kumpul dan buat kesimpulan. Ia sedikit tersasar kerana di lihat kumpulan ini terdesak nak PAS keluar dari PR. kini seakan cuba menyingkirkan PAS lebih awal dan tubuhkan parti baru. seakan mereka dah tak mampu tunggu lebih lama... Mungkin benar tulisan veteran politik yang juga bekas pemimpin PAS dan kolumnis Harakah dan Watan ... Tn Hj Subki Latif.. bimbang Anwar menjadi almarhum sebelum merasa jadi Perdana Menteri.

Kepala perancang kerja jahat kepada PAS ini dikatakan  adalah seorang Pakar Strategi dari parti yang di jiwai oleh kelompok yang duduk dalam Pas ini. Mereka menyerang Tg Presiden  dan Syuro kerana  keduanya adalah benteng terakhir pertahana PAS dari kelompok yang ingin merubah wajah dan ruh perjuangan islam Pas. Mereka sanggup menjaja fitnah ke serata alam... Hujahnya mudah... dari sumber dalaman...

Cukuplah fenomena Print Screen perbincangan PAS Pusat, Sumber dalaman itu terus bercerita yang wujud tanpa kefahaman sebenar dan cerita khayalan yang di reka untuk di percayai bersama. Sebagai muslim yang beriman, aku tetap berpegang dengan asas tabayyun setiap berita yang aku terima. Istilah sumber dalaman adalah contoh munafiq yang tak wajar di terima oleh pejuang Islam.  Golongan itu adalah hero bacul dan pelacur politik yang sanggup mereka cipta apa sahaja bagi memenangkan tujuan mereka.

Nampak sangat golongan ini semakin sawan sejak Tg Presiden di tabalkan sebagai pembantu Qardhawi bersama dua ulama dunia yang di akui hebat. Serangan kepada TGHH bukan baru. Ia telah di lakukan berkali kali sehingga di wujudkan agenda langgar Hadi... oleh bloger gila yang hampir di penjara... semuanya tak menjadi... Seakan mereka yang menjadi pencatur selama ini dah mula berang dan mereka sendiri muncul menyerang Presiden sendiri. Penulis Banjingan yang diharapkan sudah tak boleh dipercayai... tuan dan perancangnya sedang muncul satu persatu... seakan lubuk yang sedang dikocak  airnya... ikan kecil yang pening dah lama muncul... kini segala isi perut dalamnya di muntahkan... masih ada seorang dua yang berpegang dengan akar di dasar lubuk... tapi dah goyang... ada yang terkeluar dalam gambar yang menjadi tanda tanya kehadirannya dalam majlis orang lain... boleh tengok dalam Face Book yang dah banyak tersebar.

Aku menanti untuk melihat siapa PasMa dan penggeraknya... Katanya hanya 100 orang dan akan bergerak untuk roadshow, pertamanya di Shah Alam... kenapa Shah Alam.. Biasanya mana mana road Show akan bermula di rumah kerana ada penaungnya... Panel pertamanya ialah Mujahid, Husam dan Ahmad Awang... kenapa mereka??? tajuknya Pas + umNO... tajuk yang wujud dalam hati mereka...(PKR kembali dalam pelukan umNO)... Yang ni aku ulas kemudian...

Aku tulis kali ni sekadar nak bagi tau apa yang aku tulis sebelum ini bukan khayalan.. tetapi apa yang aku terjemahkan dari kertas sulit mereka... Apa yang aku harap dari tulisan ini... agar pejuang PAS yang ikhlas dapat menilai apa yang sedang berlaku ialah memisahkan PAS dari pimpinan TGHH... ulama yang di sanjung dunia kini bersama kalangan ulama lain yang bersamanya serta pendokong dari kalangan bukan ulama yang ikhlas untuk perjuangan Islam... aku sangat yakin, pejuang yang ikhlas ini akan sedar dan tidak tertipu dengan kalangan pimpinan yang sudah berpeluk kawin dengan Anwar dan juak juaknya dalam senyap, walaupun selama ini PAS hanya berkawan dengan PKR dan DAP. 

Aku juga sangat yakin di kalangan ahli PKR yang sudah mula merasai nikmat perjuangan mula muak dengan kerakusan pemimpin mereka... semoga mereka di beri hidayah untuk menganti kalangan khianat yang sedang menyebarkan fitnah kepada TGHH dan pimpinan ulama dalam PAS kini... sebagaimana gurauan yang tidak kosong... Tukar je suka sama suka Khalid Samad dengan Khalid Ibrahim....

Rabu, 3 September 2014

MAI BACA SAJAK UST DIN SAT

PESAKA MERDEKA 

Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah

Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka

Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah


Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu

Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !

Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka

Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita

Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ? 
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu
Merdekakah Kita ? 
Terbelakah Kita ?