Khamis, 21 Ogos 2008

KONSPIRASI 31 OGOS.

Berita tangkapan 2 exco Perak bersama beberapa rakan mereka sedikit mengejutkan. Bermula jam 11 pagi setelah TV 3 menyiarkan dalam berita terkini sms dan telefon dari rakan termasuk dari Kelantan, Kedah, Melaka dan Sabah. Saya cuba menghubungi beberapa rakan bagi mengesahkan berita sebenar. Walaupun ianya telah sampai ke pengetahuan saya semenjak malam 19 ogos, namun saya mendiamkan diri menanti perkembangan tersebut.

Sememangnya latarbelakang ADUN PKR tidak disenangi sebahagian pendokong Totok PAS. Bagi golongan ini, siapa sahaja yang menolak Islam dan tiada sahsiah Islam, ianya mesti dicurigai. Hanya mereka yang memiliki iman sahaja yang akan diyakini mampu berhadapan dengan apa sahaja ujian. Itu memang benar.Tiada mustahil keterlibatan sesiapa sahaja yang tiada iman dengan rasuah.

Saya tidak mengiakan atau menafikan apa yang berlaku. Kebetulan anak saudara kedua exco tersebut adalah rakan saya. sedikit sebanyak latar belakang mereka dikenali. Me seseorang dianggap tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah adalah prinsip yang mesti dipegang bersama. Itu di akui semua pihak!!! Saya di fahamkan operasi ini telah bermula sejak 3 bulan yang lalu. Ia sumber dari BPR sendiri. Saya bersama seorang sahabat bekas polis bertemu rakan lamanya ketika berhenti makan laksa di Kuala Kangsar. Rakannya itu kini bertugas dengan penyiasatan BPR Putrajaya. Menurut katanya beliau balik 3 bulan ke Perak kerana menyiasat kes besar. Mungkin inilah kesnya!!!

Tajol Rosli masih Istiqamah bahawa kerajaan PR akan tumbang sebelum 31 Ogos. Cita cita membeli ADUN PR berkubur begitu sahaja. Petisyen pilihanraya ditolak. PAS Perak menyangka UMNO Perak kehabisan modal.... Rupanya perangkap tak pernah lupakan pelanduk... kini perangkap menangkap pelanduk... soalnya mampukah pelanduk melepaskan diri????

Datuk Seri Nizar mengeluarkan kenyataan bahawa Projek 180 juta yang menyebabkab kes rasuah ini tidak pernah wujud. Kalau tak wujud bagaimana boleh rasuah??? saya tidak tahu di sudut undang undang apakah rasuah projek yang tak wujud boleh diterima??? Kini beberapa persoalan timbul.
1. Benarkah mereka terlibat rasuah?
2. Jika benar mereka rasuah projek yang tak wujud,,, apakah sabitan itu boleh dikuatkuasakan???
3. Apakah semua yang terlibat itu diinaya atau ada dikalangan mereka yang sengaja mewujudkan plot terinaya untuk menjayakan impian konspirasi 31 ogos Tajol?
4. Siapa yang merancang dengan terancang dan siapa yang terjebak dalam perancangan ini dan siapa pula yang sengaja mengajak rakan mereka terjebak dengan rancangan ini??

Ianya persoalan yang boleh terbit dari segala kemungkinan. Itupun hanya bagi yang mahu dan mampu melihat yang tersirat dari yang tersurat


Berjayakah konspirasi Tajol??? dan pastinya Tajol akan sentiasa memantau lukah yang banyak dipasang sejak beliau hilang kerajaan Perak. Beliau sedar ramai dari ADUN PR belum matang dengan sepak terajang politik. Kebanyakannya baru pertama kali menyertai politik. Kini masanya mereka belajar berpolitik.... Namun apa yang membimbangkan .... cagarannya ialah KERAJAAN PERAK???? Berjayakah Konsprasi ini???? Berdoalah semoga Allah menjauhkan dan menggagalkan usaha jahat musuhnya!!!!

Tiada ulasan: