Selasa, 19 Ogos 2008

MAHABBAH KEMBALI TERSIMPUL

Berakhirnya muktamar PAS Pusat dengan ucapan penangguhan TG Presiden umpama menyimpul kembali tali mahabbah yang nampak seakan longgar lantaran isu muzakarah atau muqablah. Ucapan yang agak ringkas namun ikatannya amat kemas yang terlalu sukar untuk dirungkai lagi. Semuanya tersimpul dalam istilah keperluan berilmu, memantapkan tarbiah, alwala' disamping penjelasan isu dan harapan dari perwakilan. Itulah kemampuan seorang pemimpin yang tidak hanya bergantung dengan kemampuan akal semata. Ianya lahir dari pergantungan dan penyerahan kepada Allah yang bulat.

Media seakan kaku untuk menyeliratkan ikatan jauh sekali untuk merungkainya kembali. Ternyata berita hanya mampu mengulas dengan nada yang sangat besederhana. seakan tumpul dan hilang daya memutarbelitkannya. Hati perwakilan telah ditaut kembali dengan ucapan penangguhan ini. Benarlah apa yang diingatkan Allah bahawa hanya Allah yang mampu menautkan hati manusia, bukan manusia sendiri walaupun dengan harta seluruh isi dunia.

Alangkah indahnya hidup di bawah payung jamaah Islam dinaungi kepimpinan ulama.Benar mereka tiada wahyu dari langit untuk memimpin sebagaimana Rasulullah namun wahyu yang diterima Rasul;ullah sudah cukup untuk mereka memandu kepimpinan Islam kerana Al Quran telah sempurna. Apa yang disebut Rasulullah dalam hadits Qudsi tentang wali Allah adalah benar. Allah menjanjikan kepada walinya bahawa mereka melihat dengan penglihatan Allah mendengar dengan pendengaran Allah malah kaki yang berjalan dan tangan yang semuanya milik Allah. Pastinya mereka sebenarnya dalam pimpinan Allah. Jelasnya inilah kehebatan KEPIMPINAN ULAMA!!!

Tiada ulasan: