Khamis, 4 September 2008

31 OGOS PERGI, 16 SEPT MENANTI

Sebagai anak watan Perak Darul Ridzuan, rasa bersyukur tetap dilafazkan apabila 31 ogos berlalu pergi.Bukan hanya kerana ulangtahun kemerdekaan negara, tetapi tarikh itu ialah tarikh mimpi Tajol Rosli.

Walaupun tarikh 31 Ogos janji Tajol Rosli bukanlAh sesuatu yang boleh di percayai namun menyedari UMNO yang penuh dengan hasad dengki dan taktik kotor yang tak pernah jauh dari pemimpinnya, tarikh itu tetap dibimbangi. Apa yang UMNO tak pernah buat untuk kuasa di Malaysia? Mereka pernah mengistiharkan darurat untuk mengembalikan kuasa setelah kehilangan beberapA negeri. Mereka pernah membunuh seperti di Felda Lubuk Merbau dan kampung Memali demi kuasa politik. Menangkap melalui ISA tak payah diceritakan lagi. Berapa ramai menjadi mangsa termasuk Allhyarham Dr Burhanuddin Al Helmi yang telah kembali menemui Ilahi hinggalah kepada yang masih terkurung di tirai besi Kemungting sehingga kini.

Itulah sejarah UMNO terhadap musuh politiknya. Barang jangan dilupa kerja jahat mereka sesama sendiri. Apa yang terjadi kepada DSAI yang merupakan orang nombor dua UMNO? Bukan hanya dikhianati oleh Dr M sahaja malah rakan dan sahabat yang beliau angkat sendiri termasuk Datuk Husni yang kini menjadi menteri . Segala kejahatan boleh berlaku dalam UMNO. Sebab itu tidak keterlaluan apabila ada penceramah mengakhirkan ceramah mereka dengan kalimah SEGALA YANG BAIK DARI ALLAH DAN YANG JAHAT ITU DARI UMNO BARISAN NASIONAL. Walaupun saya tidak pernah menggunakan kalimah tersebut namun saya tidak pula tidak bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan tersebut.

Di Perak bermula dengan usaha memujuk PAS melalui Pesuruhjaya Perak, melalui orang tengah termasuh Zahid Hamidi dan Pak Mufti Harusani ( dua kali harus) hingga dijejaki pemimpin tertinggi PAS seperti Presiden dan Mursyidul Am. Tak cukup dengan itu dihalang perlantikan MB, diteruskan lagi dengan usaha membeli. Ada ADUN mengadu ditawarkan hingga RM 35 Juta.... MasyaAllah.... Akhirnya di celah kesibukan Pilihanraya Permatang Pauh di jerat dua Exco dengan rasuah....semuanya senyap...soh kata orang perak!

Tiada lagi Tajol Rosli dengan mimpi 31 Ogos di Perak. Apa yang dinanti dan menjadi igauan ngeri UMNO pelusuk negera ialah tarikh 16 Sept. Hingga igauan itu terngiang di telinga PAK Lah masa pembentangan belanjawan 2008 lalu. Tak dapat disembunyikan hingga akhirnya termuntah jua dihujung ucapannya. Kini Tajol Rosli telah membawa diri. 31 Ogos pun tak menjadi... mungkin tajol jua bermimpi agar 16 Sept jua seperti mimpinya yang tak jadi.... apapun Allah maha berkuasa melakukan apa yang dikehendaki...

DIALAH YANG MEMBERI KERAJAAN KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKI, MENCABUTNYA DARI SIAPA YANG DIKEHENDAKI, MEMULIAKAN SIAPA YANG DIKEHENDAKI, MENGHINAKAN SIAPA YANG DIKEHENDAKI, DITANGANNYA LAH KEBAIKAN, SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU.....DIALAH YANG MENGGANTIKAN MALAM DAN SIANG, SIANG BERTUKAR MALAM, MENGELUARKAN YANG MATI HIDUP KEMBALI DAN MEMATIKAN YANG HIDUP.....

Tiada ulasan: