Jumaat, 31 Oktober 2008

DISEBALIK WAJAH

Jumaat 24 Oktober saya ke Sekolah Tunas Bakti Taiping. Mengisi satu slot untuk pelajar yang difahamkan lebih seratus orang. Saya hadir lewat 2 minit. Namun kehadiran saya disambut oleh dewan yang kosong. Beberapa minit kemudian kelihatan penghuni sekolah berkenaan yang terdiri dari pelajar lelaki muslim menuju dewan. Saya hanya melihat disamping menanti sambil melayan latop untuk pengisian hari itu. Ada yang berseluar dan berkopiah, malah ada yang berkain. jam menunjukkan pukul 10 pagi.

Menanti urusetia menyediakan beberapa keperluan, saya mendampingi penghuni dengan duduk bersama mereka ... cuba menyelami situasi yang perlu saya tangani. Bau rokok yang terlalu kuat menyebabkan saya rasa tak selesa, namun teruskan jua. Ada yang kelihatan terus mencium sesuatu...ubat hidung berbentuk kiub yang biasa digunakan oleh penghidap selsema... Wajah sebahagian mereka agak bengis... petanda mereka adalah insan bermasalah...

Saya mengambil kesempatan dihujung penyampaian menyentuh hati mereka dengan ingatan kepada ibu bapa... di sammping bantuan LCD. Ternyata jiwa mereka masih tersentuh... petanda ada ruang untuk disantuni.... mungkin mereka perlu kasih sayang... apa yang penting hati mereka masih subur untuk disirami dengan petunjuk Ilahi...

Ketika saya meninggalkan dewan... mereka bersalaman.... sebahagiannya nampak petanda keikhlasan... ketika bergerak dengan kereta... saya terus di sapa... tanpa arahan sesiapa... dan mereka menuju asrama seumpama penjara kerana dipagari dawai dan pengawalsepanjang masa..saya meyakini di sebalik keterlanjuran silam...masih ada ruang memperbetulkan..andai kita memberi perhatian.
----------------------------------



Ahad 30 oktober .. saya bergegas ke Pasuukan Simpanan Persekutuan (FRU) setelah sampai di Ipoh dari LCCT menyambut rombongan sahabat dari Tawau Sabah.Buka kali pertama saya ke FRU...malah mungkin kali kelima atau keenam. Surau memang penuh. Difahamkan ada kursus seluriuh Malaysia di situ...patutle...

FRU mungkin digeruni ketika menangani tunjuk perasaan. Saya masih ingat hentakan cota berderap langkah mereka menyuraikan perhimpunan anti kenaikan Minyak di KLCC dan himpunan BERSIH tahun lalu... saya masih merasai perit asid dan air pancutan meriam yang memang pedih...

Wajah di hadapan saya yang berkopiah dan bersongkok tidaklah segarang di perhimpunan. Beberapa gurauan yang sebenarnya "perli" untuk mereka disambut dengan ketawa. Kesungguhan ketika mengingatkan nasib bangsa dan agama mendapat perhatian serius mereka.Kesimpulannya mereka adalah insan yang tetap punyai jiwa dan perasaan... ada ruang untuk mereka menjulang agama andai mereka diarah untuk menjulang agama... namun apakan daya...kerana perintah yang datang untuk mereka dari golongan yang tak fikirkan agama melainkan kedudukan mereka semata... ,maka...begitulah mereka bekerja...

Ketika di Sabah... berebapa kali saya masuk ke penjara. Berkongsi rasa dan agama dengan penghuninya. Ramai dari mereka menyesali apa yang telah terjadi... Sabahagiannya menjadi mangsa keadaan.. sebahagiannya tuntutan keluarga... dan semuanya lantaran suasana msyarakat dan negara yang tidak membina... mereka terjerumus dengan tuntutan nafsu mereka... Kini suasana sedang membantu mereka... namun dengan tekanan ingatan terhadap keluarga dan penyesalan terhadap masa depan yang entah bagaimana rupanya....

mereka semua ada harapan untuk kembali...setelah mereka menyesali...dan barangkali antara mereka akan lebih mulia dari kita jika benar taubat mereka... seperti Ibrahim Adham yang meninggalkan Istana... atau seperti Umar Alkhattab yang mendampingi Rasulullah setelah kian lama bercita membinuh baginda... Hidayah Milikya Jua... dariNya jua... dan Untuk sesiapa yang di kasihiNya

Semoga kita sebahagian dari mereka yang di kasihiNya...

Tiada ulasan: