Sabtu, 4 Oktober 2008

ISA-soal siasat wakil syaitan!!!


Beberapa hari ni saya berkesempatan menonton berita TV 3. Ada rencana bersiri tentang ISA. Pro dan kontra dari pelbagai pihak. Antara yang popular ialah MP Pasir Salak atau pernah digelar six milion dollar man. Polemik ISA kembali hangat setelah tangkapan membabitkan Raja Petra, Tresa kok dan wartawan cina. Kemuncaknya ialah serangan dan perletakan jawatan Zaid Ibrahim. Bukan setakat itu, beliau menulis surat terbuka yang disiarkan malaysia kini.

Saya bukanlah peminat Zaid Ibrahim malah adalah orang yang membencinya. Saya tak tahu mengukur islam beliau sejak beberapa kali mempertikaikan hudud. Kemuncaknya menyaman kerajaan PAS Trengganu dan Kelantan yang meluluskan hudud di DUN. Namun sikap Zaid tentang ISA wajar disanjung. Setahu saya belum ada menteri yang meletak jawatan semata mata mempertahankan prinsip yang bercanggah dengan PM yang melantiknya. Zaid adalah pencetusnya.

Saya tak berapa tahu tentang pengalaman ISA kerana saya tak pernah melalui ISA dan tak teringin untuk merasa pengalaman ISA. Beberapa penerangan khususnya dari Dato Abu Bakar Chik, Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lagi ketika forum sambutan 50 tahun Dewan Pemuda PAS Pusat di Kedah dulu cukup untuk mengenalinya. Pengalaman dituduh tanpa diberi ruang membela diri dalam beberapa pengalaman sudah cukup menyakitkan. Itu hanya hukuman lidah bukan lagi perasaan dan fizikal yang dipisahkan dari masyarakat.

Seorang sahabat yang dibebaskan dari ISA kerana tuduhan pembabitan dengan KMM cukup menarik perhatian saya. Ceritanya....Sewaktu polis menahan beliau... dirasakan waktu itu seperti malaikat Izrail yang datang mencabut nyawanya.Tiada peluang merayu atau bertanya atau memohon penangguhan. Ketika dalam siasatan dirasakan sepertiMungkar nangkir menyoal di kubur. Tiada ruang dan peluang. semuanya asakan dari hujah atau bukti direka. hanya dipaksa mengaku sahaja....hinggalah ke akhirnya.... katanya lagi...saya mengharapkan agar pengalaman disoal siasat oleh wakil syaitan itu akan memudahkan sedikit apabila berhadapan dengan siasatan wakil tuhan nanti. demikianlah pengalamannya.....

Sebagai manusia yang normal tiada yang rela diri mereka menerima tuduhan tanpa peluang membela diri. Walaupun hanya dituduh melepaskan angin(kentut) yang busuk baunya di dalam majlis. Apatah lagi dituduh sebagai pengganas!!!. Entahlah manusia apa yang merelakan diri orang lain diperlakukan sebegitu.Bagaimana nasib anak isteri yang ditinggalkan??? Pernah dilaporkan isteri seorang tahanan JI di Sandakan terpaksa berkerja sebagai pelayan kelab untuk menyara anak kecilnya... Siapa harus dipersalahkan..apatah lagi fatwa Mashitah Ibrahim dulu boleh menjadi pelacur jika darurat! Entahlah...

Apapun harus diingat dosa ini tidak hanya untuk yang melakukan sahaja. Perlu diingat mereka melakukan dengan kuasa yang mereka miliki. Kuasa itu yang pastinya datang dari pilihanraya yang tangan sebahagian kita mendokongnya.Teringat kisah Imam Ahmad Hambal yang ditanya oleh pemukul yang bekerja dengan kerajaan. Katanya dia terpaksa memukul Imam kerana mancari rezki walaupun tidak restu. Di tanya kepada Imam... apakah saya termasuk di kalangan orang yang zalim dari mafhum ayat : Jangan kamu cenderung kepada orang zalim nanti kamu disentuh api neraka??(HUD 113) kata Imam " kamu tidak termasuk golongan yang cenderung tersebut tetapi kamu ialah orang yang zalim... yang termasuk cenderung ialah pembantu rumah kamu.... tukang cuci kamu....

Apakah kita terlibat dalam kalangan yang cenderung kepada kezaliman atau kita adalah orang yang zalim kerana merestui ISA???

Tiada ulasan: