Jumaat, 12 Disember 2008

SATU LAGI PROJEK BN TAWAN PERAK

SERI ISKANDAR-Kerajaan Negeri Perak akan menerima suntikan dana khas sebanyak RM60 juta daripada kerajaan pusat.
Pengarah Pembangunan Negeri (gambar) Datuk Zainal Abidin Omar berkata semua JKKKP di setiap kawasan Parlimen di arah menghantar senarai projek yang perlu dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Katanya,peruntukan khas itu diperolehi menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Timb. Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini." Kita juga telah mengarahkan Pejabat Pembangunan Negeri agar mengemukakan senarai projek baru termasuk menaik taraf kemudahan asas yang perlu dilaksanakan segera".

" Kerja-kerja pembangunan projek itu akan dilakukan segera pada akhir bulan ini walaupun peruntukan hanya akan diperolehi awal tahun depan"katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama kira-kira 700 JKKKP diseluruh Perak bertempat di Institut Latihan Kemas Di sini semalam.

Beliau juga turut menggesa semua JKKKP supaya terus mengurus tadbir Dewan Orang Ramai di kawasan masing-masing,dan tidak sesekali menyerahkan kepada JKKK yang ditadbir kerajaan negeri." Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa kesemua Dewan Orang Ramai tersebut adalah dibina atas tanah kerajaan negeri tetapi menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Pusat ".

" Oleh itu Dewan Orang Ramai mesti diuruskan oleh JKKKP dan segala penyelenggaraan akan dibuat melalui peruntukan yang diterima daripada kerajaan Pusat selepas ini " katanya.

Petikan Kosmo!

Tiada ulasan: