SPR telah membuat keputusan. Tiada pilihanraya! Kerajaan Perak bertegas. SPR salah dan pilihanraya MESTI di jalankan! Siapa berkuasa dan siapa tak tahu batas dan ruang kuasa? Pakar undang undang negara, Dr Aziz Bari telah menyatakan pandangan bahawa kuasa kekosongan dewan milik Speaker. SPR hanya mengesahkan menerima dan melaksankan tugas! bukan mahkamah yang menentukan sah atau tidak keputusan speaker. Inilah susahnya apabila driver nak lawan Bos.
Lebih menarik, bekas pengerusi SPR, Tan Sri RaSHIT turut menyatakan pandangan yang kontra dengan Pengerusi SPR . Apakah yang baru ini lebih SHIT dari Rashit? Kemelut ini tidak berakhir dengan mudah. Kerajaan PR memberi tempoh 48 jam.SPR tk mahu berganjak. Hanya mahkamah menentukannya... untuk sementara?? apa yang akan berlaku??? sukar memberi jawapan.
Kerajaan Perak mempunyai beberapa alternatif. Alternatif terakhir ialah membubarkan DUN Perak yang belum cukup setahun. Ia tidak baik namun kalau perlu ia MESTI dilakukan. Memotong kaki pesakit kencing manis adalah pilihan terakhir kerana risiko. Namun risiko kematian adalah lebih serius dari kehilangan kaki. Jawapannya MESTI dipotong!
MB Perak tidak menolak kemungkinan tersebut. Kebimbangan terhadap ADUN Jelapang yang nampak goyang pastinya turut memberi impak terhadap keputussan yang bakal di ambil. Kita tak tahu berapa ramai lagi ADUN PR yang telah dipinang secara senyap terutama di kalangtan PKR dan DAP. Menanti masa yang tak terduga terutama undi tak percaya adalah kerja jahat yang boleh mereka lakukan. segalanya tiada mustahil dalam politik terutama politik JAHAT!!!
Rakyat yang mendokong???? menanti dan melihat?? berserah dan berharap??? TIDAK!!! Jentera pilihanraya mesti digerakkan segera. Masa bersantai dan berbulan madu yang tak sepatutnya berlaku selama ini sepatutnya terhenti dengan semua kemelut yang terjadi. Persoalan Pilihanraya itu di peringkat kedua DUN atau seluruh erak bukan persoalannya. Kerja itu mesti bermula. Tempoh 60 hari bukan lama....
Kini masa menumpukan kepada kerja. Membincangkan apa yang terjadi penting tetapi bersedia dengan apa yeng terjadi lebih penting... BERSEDIALAH UNTUK KE MEDAN SEKALI LAGI.!!! Pilihanraya ini akan menentukan dan membersihkan Perak dari parasit yang berkeliaran mencari keuntungan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan