Isnin, 9 Februari 2009

HIMPUNAN RAKYAT DI RESIDEN RASMI MB

8 Februari, satu lagi sejarah tercipta di kediaman rasmi MB Perak. Lebih 30 ribu memenuhi ruang kediaman rasmi tersebut semata mata menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Kerajaan PR yang diterajui DS Nizar Jamaludin.


Gambar dari Cina Islam.

Kehadiran pelbagai bangsa dan seluruh pelusuk negara tersebut sedikit terhalang lantaran sekatan di sekeliling jalan ke kediaman rasmi. Orang ramai terpaksa berjalan ber KM tanpa putus asa. Bandaraya Ipoh menjadi sesak. Rakyat dilihat begitu bersemangat. Pemimpin PAS diketuai Presiden dan Timbalan Presiden. Naib Presiden dan beberapa kepimpinan lain turut serta. PKR dipimpin oleh Ketua Umumnya di samping beberapa pemimpin peringkat pusat. DAP pula diketuai oleh Dr Tan Seng Giaw.

Perhimpunan semalam menampilkan Cikgu Azmi Abd Hamid mewakili NGO yang bersama mendokong kerajaan PR dalam isu rampasan kuasa oleh BN Perak. NGO telah membuat keputusan untuk pohon mengadap DYMM Paduka Sultan bagi menyatakan sikap mereka. Beberapa ketetapan jua akan di persembahkan termasuk memohon dikembalikan mandat kepada rakyat dalam menentukan parti yang memimpin mereka.

Penampilan DS Nizar yang dilihat cukup tenang dan bersemangat membangkit suasana hiba di kalangan pendokong yang menyayangi beliau. NIzar yang kelihatan cukup tabah terus menyuntik semangat kepada para pendokong. Setiap ungkapan DS Nizar di sambut dengan penuh bersemangat dan penuh yakin hadhirin terhadap keupayaan DS Nizar untuk mempertahankan kerajaan PR dan memperjuangkan hak rakyat.

Dr Tan turut menyeru pendokong dan rakyat Perak terus bersama DS Nizar bagi perjuangan yang pastinya panjang ini. Beliau yang sesekali barbahasa Cina bagi meraikan pendokong berbangsa cina yang ramai hadir pada malam tadi. Paling menarik ialah apabila Dr Tan memetik ayat al Quran dari surah Maryam yang membawa faham : Allah akan bersama orang yang bertaqwa dan orang yang zalim akan di campakkan ke dalam neraka! Berulangkali Dr Tan yang belum Islam menyeru Najib agar mengambil kira siksaan di neraka.

Penampilan Presiden PAS < DS TG HJ Hadi Awang penuh bersemangat. Jarang sekali TG berucap dengan nada dan bahasa yang cukup mengejutkan. Sememangnya ketokohan pidato beliau pada malam itu seumpama era kebangkitan dan kemuncak populariti beliau sewaktu memimpin gerakan perubahan di akhir 80an. Beliau menyeru rakyat terus mempertahankan kerajaan PR dengan membawa contoh bagaimana Saidina Usman Affan yang tetap berkeras mempertahankan amanah yang telah dipikulkan ke atasnya.

D Anuar Ibrahim menutup pidato malam tadi dengan menyeru rakyat Perak terus mempertahankan Undang undang yang ada. Kini UMNO yang pernah menghina Raja dan Institusi Raja sedang berlindung di sebalik Istana. PR tidak berhasrat menentang Institusi raja sebagaimana UMNO tetapi akan terus berjuang mengembalikan hak rakyat dan meletakkan institusi raja terus di sanjungi rakyat jelata,. Beliau turut menjelaskan pimpinan tertinggi PR memohon untuk mengadap Sultan Perak bagi menyetakan sikap dan harapan seluruh rakyat jelata.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Misbah selaku SETPOL MB memberi jaminan akan terus menggerakkan kebangkitan ini dan MB akan turun ke seluruh pelusuk negeri Perak . Perhimpunan berjaya menghimpunkan lebih 13 ribu disamping wang asing bagi membela wira rakyat yang di tahan dalam peristiwa hitam Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Tiada ulasan: