Selasa, 10 Februari 2009

PEMERGIAN SATU KEHILANGAN

Kematian mengejut MP Bukit Gantang memang satu kehilangan. Beliau adalah tokoh rakyat yang mudah di dekati. Ketokohannya dekat di hati rakyat. Ribuan rakyat pelusuk negeri membanjiri masjid dan rumah beliau di Changkat Larang. Turut kelihatan ialah orang India dan cina. Seorang sahabat menceritakan bagaimana beliau melihat 3 orang india wanita mengalirkan air mata kesedihan...Turut hadir DS Anuar Ibrahim, Datuk Mahfuz , MB dan beberapa pimpinan PR..

Kehilangan sememangnya di ratapi, namun di Perak, kehilangan itu disertai dengan semangat menebus maruah yang di cabuli hasil persekongkolan pusat, Umno negeri dan Istana. Kesedihan hanya seketika. Namun fokus kini ialah memastikan Bukit Gantang dalam gengaman. Paling menarik , DUN Changkat Jering yang diwakili pengkhianat berada di situ. Kita akan buktikan rakyat bersama PR.

Pengerusi DAP telah mencadangkan agar DS Nizar dipilih calon. Keputusan di tangan PAS Pusat, PAS Perak boleh mencadangkan dan rakyat akan bersedia memberi undi kepada siapa sahaja pilihan pemimpin. Matlamat hanya satu...mengajar BN Perak dan memberi isyarat kepada istana Perak suara hati dan denyut nadi rakyat.

Apapun.. takziah buat seluruh keluarga Allahyarham HJ Roslan dan seluruh pencinta PR. Pemergiannya satu kehilangan jua satu pengorbanan.... Alfatihah


Ribuan yang hadir



n Menyambut jenazah ke persemadian terakhir setelah disembahyangkan.



Orang ramai yang memberi penghormatan terakhir.



MB Perak ds Nizar sedang membaca talqin di tanah perkuburan.



Anak yang kehilangan ayah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syeikh Mohamad Nor al-Hafiz pun ada tu...tak bising ke sultan nanti?